Kumpulan Elite yang dianggotai Linda Rafar, Sasha Saidin, Watie Sadali, Abby Abadi dan Azza bakal menghadiahkan ‘Tamparan’ Elite Live 25 buat para peminat pada 20 September ini di Plenary Hall Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: KRU Jadi Fenomena, Elite & Adam AF Buat Kejutan Untuk Lebih 11,000 Penonton
Artikel Berkaitan: Azza Elite ‘Reveal’ Rupa Bekas Staf Songlap Duit Bisnes Kek Coklat – ‘Diam Aku Bukanlah Harus Boleh Kau Pijak’
Konsert sulung

Sempena ulang tahun kumpulan wanita lagenda, Elite yang ke-30, kelima-lima ahli bakal mencipta sejarah baharu bersama peminat dengan karya-karya popular 90-an.
Konsert Elite Live 25 ini disokong hebat oleh penganjur yang berkaliber iaitu Icon Entertainment.
Menurut Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, Elite Live 25 ini bakal menjadi satu momen penting dalam industri muzik tempatan.
Bukan itu sahaja, kemunculan Elite sewaktu di pentas genKRU menerima tepukan gemuruh dan mengubat rindu para peminat.
Konsert ini telah melalui beberapa fasa penelitian, perancangan dan pelaksanaan.
Elite Live 25 ini bakal menjadi sejarah penting bukan hanya kepada kumpulan ini tetapi dalam industri muzik dengan karya mereka yang menjadi kegemaran ramai.
Bagaimanapun, keputusan ini diputuskan selepas mengambil kira karya-karya Elite yang masih relevan serta meraikan peminat baru yang mengenali kumpulan wanita tersebut.
Untuk yang berminat, tiket bakal dijual pada 26 Jun, jam 2:00 petang di www.ticket2u.com.my/elite dengan harga yang bermula daripada RM268 hingga RM1088.
The post Elite Kembali Dengan Konsert Sulung, Rai 30 Tahun Dalam Industri Muzik first appeared on OHBULAN!.