Penyanyi, Amira Othman berterima kasih di atas keprihatinan aktor, Fattah Amin yang datang menziarahinya sewaktu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selama lima hari akibat keracunan makanan, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Hadiahkan Amira Othman Sejambak Bunga Tulip
Artikel Berkaitan: Amira Othman ‘Upload’ Video Fattah Amin Seloroh Buat Trend TikTok, Netizen Terkejut – ‘Berkali Tengok Betul Ke Kak Long Yang Post’
Bunga daripada Fattah

Amira atau nama lengkap Nadia Amira Othman, 32, juga menghargai jambangan bunga pemberian Fattah.
Bunga itu memang daripada Fattah, tapi untuk menjawab pelbagai spekulasi orang , tiada apa-apa yang boleh dikatakan. Mak Fattah pun ada datang menziarah saya di hospital, terima kasih saya ucapkan.
Saya masuk hospital disebabkan keracunan makanan selepas menghadiri sebuah majlis hari jadi. Badan saya menjadi dehidrasi sehingga bacaan darah saya menurun.
Amira berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu baharu miliknya berjudul Dalam Sujudku yang diadakan di ibu kota, pada Selasa.
Tidak pernah mengambil hati dengan usikan netizen, Amira turut menafikan dakwaan mengenai satu tarikh istimewa kononnya bakal mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada tahun ini.
Kalau ada apa-apa tarikh penting, insya-Allah saya akan kongsikan kepada semua. Buat masa ini tiada sebarang tarikh ingin saya umumkan kecuali tarikh showcase saya. Kalau ada cerita menarik dari kami akan saya maklumkan.
Saya okay sahaja apabila peminat masih mengusik kami berdua sehingga hari ini, tambahan lagi kami banyak bekerjasama. Banyak projek kami lakukan bersama dan akan masuk lagi kontrak baharu membabitkan kami.
Hubungan?

Disoal sejauh mana hubungan dengan Fattah, bekas peserta Akademi Fantasia 2013 ini kekal dengan jawapanya mengatakan mereka hanya rakan seindustri.
Namun, Amira menyambut baik setiap doa peminat yang mahu melihatnya bahagia sehingga ke jinjang pelamin.
Jawapan saya tetap sama seperti sebelum ini, kami rakan seperjuangan dalam industri. Saya rasa tiada apa-apa yang menarik pun boleh dikongsikan, apa pun doakan yang baik-baik.
Fattah antara kawan lelaki yang rapat? Sebenarnya saya ada sahaja kawan lelaki dalam industri, cuma tidak ramai. Tetapi antaranya yang rapat memang Fattah.
Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, Fattah memuat naik gambar Amira sedang duduk di atas katil wad hospital sambil memegang jambangan bunga beserta kapsyen ringkas “get well soon teman sekerja”.
The post ‘Fattah Antara Kawan Lelaki Yang Rapat’ – Amira Othman first appeared on OHBULAN!.