Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36062

Bella Astillah Menangis Kegembiraan Syed Saddiq Dibebaskan

$
0
0

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menganggap sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap soal jodohnya dengan Ahli Parlimen Muar, Saddiq Syed Abdul Rahman.

Artikel Berkaitan: ‘Berani Kerana Benar, Esok Hari Penentu’ – Syed Saddiq

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Kongsi Detik Pertemuan Dengan Syed Saddiq, Netizen Terkejut Rupanya Dah 3 Tahun Kenal – ‘Wow, YB Tegur Dulu, Sweet!

Takdir Allah

Bella, 31, berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada takdir Ilahi dan meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk masa depannya.

Perancangan masa depan saya serahkan kepada Allah SWT. Kalau ada jodoh, Alhamdulillah.

Saya perempuan, tak manis untuk kongsi apa-apa perancangan masa hadapan, minta doa yang terbaik.

Bella berkata demikian ketika ditanya adakah dia dan Saddiq mempunyai perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya setelah keputusan mahkamah berpihak kepada ahli politik itu.

Tangisan kegembiraan

Dalam pada itu, ditanya mengenai air mata yang gugur, Bella menjawab itu adalah tangisan kegembiraan.

Semua gembira, rata-rata rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik semoga YB (Yang Berhormat) dilepaskan, keputusan hari ini buat semua orang gembira.

Dia memang seorang yang jujur, berani, dan dia buat semua perkara dengan ikhlas, mungkin ini balasan atas apa yang dia lakukan selama ni.

Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada Rabu atas empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

The post Bella Astillah Menangis Kegembiraan Syed Saddiq Dibebaskan first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 36062