Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35985

Shopee Himpun 2,000 Affiliate Sempena 7.7 Jualan Tengah Tahun

$
0
0

Acara gempak anjuran Shopee baru-baru ini berjaya menghimpunkan lebih 2,000 affiliate dari seluruh Malaysia dalam edisi terbaru Shopee House, sekaligus menjadi acara affiliate terbesar setakat ini menjelang kempen Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun.

Bertempat di Petaling Jaya, acara yang berlangsung Sabtu lalu ini bukan sekadar sesi berkumpul biasa, tapi satu peluang berharga untuk pencipta kandungan, jenama, dan komuniti Shopee berhubung, belajar, dan berkolaborasi.

Tujuannya adalah untuk membantu rakyat Malaysia buat pembelian lebih bijak dengan tawaran Lagi Murah dan Lagi Cepat.

Dibanjiri jenama popular & aktiviti padat

Acara kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 80 jenama termasuk nama besar seperti Kiehl’sLa Roche-PosayKérastaseMaybelline, serta jenama tempatan kegemaran ramai seperti NaelofarThe Pastels ShopZUS Coffee, dan banyak lagi.

Peserta berpeluang melihat demo produk secara langsung, sertai aktiviti content creation spontan, dan berinteraksi sendiri dengan jenama – menghasilkan kandungan yang lebih asli, lokal dan menarik untuk pengguna. Bayangkan sesi nyahkotak gajet, tutorial kecantikan dan sesi Q&A secara langsung — semuanya dalam satu tempat!

Lebih ramai sertai Shopee House

Berbanding edisi sebelum ini pada bulan Februari, kehadiran kali ini mencatatkan lebih dua kali ganda peningkatan, membuktikan komitmen Shopee untuk terus memperkasa pencipta kandungan menerusi acara seperti ini.

Sepanjang hari, peserta turut menyertai sesi panel, masterclass, booth jenama dan sesi padanan untuk strim langsung — memberikan peluang kepada affiliate untuk tampil bersama penjual dan meningkatkan pendedahan menjelang kempen 7.7 nanti.

Inspirasi daripada Content Creator Ternama

Beberapa nama popular dalam dunia kandungan turut dijemput berkongsi ilmu dan pengalaman, antaranya BrozakiJoyahSiKepoh, dan FHStore dalam panel bertajuk “Content With Purpose”.

Mereka menekankan pentingnya kejujuran, keaslian dan konsistensi dalam membina kepercayaan serta mendorong pembelian.

“Bukan soal jadi viral, tapi kandungan yang jujur tu lebih beri impak,” jelas Brozaki.

JoyahSiKepoh pula berkongsi, “Shopee mudahkan saya kongsi minat terhadap produk dengan fungsi-fungsi berguna macam pautan jejak, baucar, dan label ‘Shopee Lagi Murah’.”

FHStore pula tekankan konsistensi sebagai kunci utama. “Tak perlu terlalu rumit, yang penting kita faham pelanggan kita dan sampaikan mesej dengan jelas.”

Selain itu, peserta juga dibimbing menerusi Masterclass Shopee Live oleh Mekallynashop dan Masterclass YouTube oleh TheKampungNerd, yang berkongsi strategi berkesan menggunakan ciri platform secara optimum dan cara hasilkan kandungan jangka panjang walaupun dengan sumber terhad.

Lebih banyak peluang jana pendapatan bersama Shopee

Menurut Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, acara ini merupakan cerminan komitmen Shopee dalam memperkasa ekonomi digital yang dipacu kandungan. Inisiatif seperti Content Creator ClubLivestream Ads Incentives, dan kolaborasi strategik bersama YouTube membolehkan affiliate menukar kandungan kepada jualan sebenar dengan lebih mudah dan efektif.

Kini, Program Affiliate Shopee merangkumi lebih 500,000 pencipta kandungan dari pelbagai latar belakang – dari suri rumah, pelajar, pencipta niche hinggalah ke full-time streamer – yang semuanya memainkan peranan penting membantu pengguna membuat keputusan pembelian berdasarkan pengalaman sebenar.

Nantikan Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun!

Dengan semangat kolaborasi yang dibina di Shopee House, pengguna boleh nantikan kandungan berkualiti tinggi, ulasan jujur dan demo masa nyata di Shopee Live dan Shopee Video sepanjang kempen 7.7 ini.

Kalau korang tengah buat wishlist barangan keperluan atau nak tahu produk mana yang berbaloi dibeli, inilah masa terbaik untuk berbelanja secara bijak.


Jadi, bermula 25 Jun 2025 ni, jangan lepaskan peluang untuk tebus diskaun menarik dan dapatkan produk Lagi Murah dan Lagi Cepat di: https://shopee.com.my/m/7-7

The post Shopee Himpun 2,000 Affiliate Sempena 7.7 Jualan Tengah Tahun first appeared on OHBULAN!.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35985