Selepas namanya menjadi bualan ramai, pempengaruh media sosial dan usahawan, Kieda Crepe tampil memuat naik satu hantaran di Facebook.
Artikel Berkaitan: ‘Kieda Tak Kendalikan Makanan Di Kedai’ – Staf
Artikel Berkaitan: ‘Gurau Suami Isteri, Tak Ada Yang Serius Pun Herpes Itu’
Kieda akui khilaf

Menerusi hantaran yang dibuat, Kieda membuat permohonan maaf dan mengakui kekhilafan yang telah dilakukannya.
Dalam masa yang sama, pemilik nama Khalieda Yusra ini meminta orang ramai menghentikan kecaman yang melampau sehingga boleh menjatuhkan semangatnya.
Kieda salah dengan diri Kieda sendiri, tapi awak hentam Kieda seolah awak tiada salah.
Saya terima semua teguran. Tapi jangan sampai menghina.
Ya tahu tak suka Kieda, tapi tak payah tokok tambah cerita banyak sangat sampai kata Kieda macam-macam. Awak ajak yang lain lagi membenci saya.
Dah seminggu tak urus bisnes

Berkongsi lanjut, pempengaruh berusia 28 tahun memaklumkan sudah seminggu dirinya tidak terlibat dengan urusan perniagaan kerana sedang menguruskan rumah baharunya.
Jujur Kieda dah lama tak masuk focus di kedai sebab sibuk masuk rumah baru.
Jangan risau bab kedai semua staff handle, saya cuma pantau dari rumah.
Saya ada team yang hebat untuk handle semua . Kieda kalau doktor bagi cuti seminggu pun, Kieda tetap suruh doktor bagi cuti sebulan sebab kerja luar saya banyak.
Tambahnya, meskipun ramai yang menghina, dia memilih untuk jalan terus kerana yakin dengan rezeki dan ketentuan Allah SWT.
Tak apa, teruskan saja kalau itu boleh buat awak semua bahagia.
Tapi ingatlah, rezeki kita Allah yang bagi. Ujian juga dia titipkan.
Di akhir hantaran, Kieda memohon orang ramai untuk memberikannya ruang memperbaiki kekurangan yang ada pada dirinya.
Doakan Kieda, minta maaf kerana banyak kecewakan orang.
Kieda cuba usaha jadi lebih baik dan baik lagi.
Insya-Allah, Kieda akan lebih berhati-hati lagi ya selepas ini.
Terdahulu, pempengaruh media sosial dan usahawan, Kieda Crepe menyorot perhatian apabila berseloroh mengaitkan punca jangkitan Herpes yang dialaminya dengan kebersihan alat sulit suami, Hilmi Zaki.
Kenyataan Kieda itu kemudiannya menuai pelbagai komen negatif daripada netizen.
Tidak terhenti di situ, Hilmi kemudiannya tampil mempertahankan isterinya dengan memaklumkan bahawa perkara itu adalah gurauan sesama suami isteri dan konten semata-mata.
Sumber: FB Kieda
The post Kieda Crepe Mengaku Salah – ‘Saya Terima Teguran Tapi Jangan Sampai Menghina’ first appeared on OHBULAN!.