Siapa yang tidak kenal Justin Timberlake yang popular dengan lagu-lagu seperti “What Goes Around Comes Around” dan juga “Cry Me A River” ini? Justin Timberlake yang telah digandingkan bersama Mila Kunis, pelakon kelahiran Rusia dalam filem terbaru mereka berdua iaitu “Friends With Benefits”, telah meletup di panggung luar negara kerana aksi panas mereka dalam filem tersebut!
Mereka berdua yang baru-baru ini muncul dan ditemubual di Moscow mengenai filem lakonan terbaru mereka telah ditanya beberapa soalan mengenai filem terbaru mereka. Menariknya, Justin Timberlake telah ditanya dengan beberapa soalan biasa dari medi. Namun dijawab secara panas dan pantas pula oleh Mila Kunis. Ikuti perbualan mereka dan terjemahan dalam Bahasa Melayu.
Reporter: “Saya ada 2 soalan, mengenai filem dan seks”
Mila: “Apa?”
Reporter: “Tentang filem dan seks”
Mila: “Oh, saya ingat saya dengar seks sahaja”
Justin: “Saya tak suka ini!”
Reporter: “Apa yang menarik minat awak untuk berlakon? Kenapa awak berlakon?” (bertanya pada Justin)
Mila: “Apa?!” (Mila Kunis mencelah kerana Justin tidak faham Bahasa Rusia)
Reporter: Kenapa berlakon?”
Mila: “Kenapa berlakon?”
Reporter: “Sudah ramai artis berpindah dari menyanyi ke berlakon, dan kadang-kadang untuk kebaikan,tapi kenapa Justin pula berlakon?”
Mila: “Kejap, awak tanya kenapa dia berlakon?”
Reporter: “Ya.”
Mila: “Apa yang anda rasa dia patut buat?”
CROWD: Ketawa, bertepuk tangan
Reporter: “Maksud saya, tidak cukupkah menyanyi?”
Mila (exasperated): “Jadi, kalau dia mahu berlakon, dan dia boleh, kenapa tidak? Soalan jenis apakah ini? Kenapa AWAK disini?”
CROWD: Ketawa, bertepuk tangan
Reporter: “Saya sedang membuat kerja saya”
Mila: “Justin pun lakukan benda yang sama, membuat kerjanya!”
(memandang Justin, bertanya jika dia perlu menterjemahkan perbualannya)
Justin: “Mila adalah bodyguard saya!”
Sampai begitu sekali Mila Kunis mempertahankan Justin Timberlake! Apa-apa pun anda semua bolehlah menonton filem mereka berdua iaitu “Friends With Benefit” yang hangat di panggung US! Cuba cari DVD original di kedai-kedai berdekatan ya!