Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35411

“Tak Berminat Menjadi Pengarah” – Zul.

$
0
0

Gerak Khas, sebuah drama berkonsepkan polis sudah bersiaran di televisyen selama 12 tahun, kini memiliki lebih 500 episod yang menjadi ikutan ramai penonton seluruh Malaysia. Secara tidak langsung, Gerak Khas merupakan satu-satunya drama yang paling lama bertahan sehingga hari ini.

Pelakon bertubuh tegap seperti Zul atau nama sebenarnya Zul Ariffin berasa dihargai apabila diberi peluang oleh produser, Dato’ Yusof Haslam untuk berlakon sebagai Inspektor Asraf ketika Gerak Khas menyambut ulang tahun yang ke-10, kira-kira 2 tahun lepas.

Zul, sempat berkongsikan pengalamannya sepanjang menjadi pelakon untuk Gerak Khas kepada OHBULAN!

“Pertama kali saya menonton drama Gerak Khas ketika darjah 6. Setiap minggu saya ikuti kerana Gerak Khas akan menghidangkan jalan cerita yang baru. Pada saya, Gerak Khas merupakan drama yang mengikuti isu semasa, ada pengisiannya.

“Sebelum berlakon, saya ingatkan watak sebagai polis ni senang sangat nak dilakonkan. Tapi sebenarnya tidak langsung. Saya kena jaga fizikal kerana drama Gerak Khas menampilkan imej polis yang sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Dan, bukan semua orang boleh membawa watak polis. Dato’ Yusof Haslam amat teliti dalam memilih kriteria pelakon supaya penonton akan nampak jiwa sebenar seorang polis dalam drama tersebut.

“Setakat ini, kebanyakan penonton Gerak Khas merupakan penonton yang berada di luar bandar. Saya dapat tahu, ada peminat berketurunan India yang mengikuti Gerak Khas sejak episod pertama lagi,” kata Zul dalam nada bangga dengan pencapaian Gerak Khas sehingga hari ini.

Walau bagaimanapun, Zul tidak mempunyai minat untuk mengarah sesebuah drama atau filem sebagaimana yang sering diceburi oleh selebriti yang lain.

“Saya tak berminat nak jadi pengarah kerana komitmen kerjanya sangat tinggi. Setakat ini, saya lebih selesa berlakon & mengikut tunjuk ajar pengarah sahaja. Lagipun, tak boleh lah nak jadi pelakon sekerat jalan, tiba-tiba nak tukar kerja lain pula,” kata Zul mengakhiri temubualnya bersama OHBULAN!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35411

Trending Articles