Baru pun sebulan founder Apple Inc. meninggal dunia, kini ada sudah ura-ura yang mengatakan dua aktor Hollywod, George Clooney dan Noah Wyle, sedang bersaing menggantikan tempat Steve Jobs.
Bukan menggantikan kerusi CEO Apple Inc. kerana ia terlebih dahulu diserahkan kepada Tim Cook. Jauh sekali menjadi teman pengubat duka isteri Steve, Laurene Powell (oh tidak sama sekali) sebaliknya kedua-dua bekas bintang drama siri ‘ER’ itu masing-masing sedang bersaing merebut watak Steve menerusi sebuah projek baru Sony Pictures.
Meskipun masih belum ada kesahihan berhubung berhubung khabar angin ini, filem biopic mengenai Steve itu dijangka akan memulakan produksi pada 2012. Sony Pictures juga dikatakan telah sebulat suara memilih penulis skrip ‘The Social Network’, Aaron Sorkin sebagai penulis skrip dan lakon layar untuk filem biopic yang diadaptasi daripada buku biografi Steve karya Walter Isaacson.
Buku biografi tulisan Walter itu dihasilkan melalui lebih dari 40 sesi temubual bersama Steve dan lebih dari 100 kali perbualan dengan sanak saudara, sahabat handai, rakan sekerja juga pesaing perniagaan Steve sendiri. Malah Walter merupakan salah seorang penulis yang dipilih sendiri oleh ‘bapa’ Apple Inc. itu untuk mengabdikan memoir hidupnya sebagai sebuah naskah biografi.
Seandainya khabar angin ini benar, sudah pasti figura bernama besar seperti George tidak mempunyai masalah melakonkan watak tersebut. Malah George juga tidak mempunyai masalah untuk mengenakan baju berpotongan turtle-neck seperti yang menjadi trandemark Steve kerana ia turut dipakai aktor A-List ini. Cuma tidak dapat membayangkan kalau-kalau George sanggup mengorbankan rambut ‘Hollywod’ kesayangannya itu semata-mata mempotray Steve.
Berlainan pula dengan Noah, kerana sebelum ini dia pernah melakonkan watak Steve menerusi biopic TV tahun 1999, ‘Pirates of Silicon Valley’. Malah satu bonus baginya juga apabila Steve sendiri mengakui lakonan Noah dalam filem-TV tersebut ‘fantastic’.
Tidak cukup dengan itu, Steve juga pernah menjemput Noah muncul pada Macworld Expo dan memintanya tampil meniru lagak gaya Steve pada hari pembukaan ekspo tersebut. Sehari sebelum ekspo tersebut, Steve telah membelikan Noah sepasang persalinan baju ‘Turtle-neck’ hitam dan seluar jeans biru untuk dipakai Noah agar lebih menyerupai Steve.
Soal siapa yang layak dan siapa lagi bagus untuk melakonkan watak Steve adalah sangat subjektif memandangkan kedua-dua aktor ini masing-masing punya aura dan kredibiliti lakonan tersendiri. kita tunggu dan lihat saja nanti siapakah menjadi pilihan Sony pictures untuk filem yang dijangka menemui pawagam pada 2013.