Semalam berlangsungnya majlis pernikahan antara pasangan selebriti Zahiril Adzim dan Syera Aiyob di rumah pengantin perempuan di Ipoh, Perak.
Bersaksikan keluarga kedua-dua pasangan dan rakan-rakan terdekat, mereka berdua telah dinikah oleh bapa Syera iaitu Aiyob Shaharuddin dengan mas kahwin sebanyak RM1001.
Zahiril & Syera yang telah bertunang pada 1 Mei lepas telah mengenakan pakaian berwarna putih rekaan khas oleh Hatta Dolmat.
Pada majlis tersebut, Syera Aiyob menerima sebanyak 11 dulang hantaran dan RM18,000 sebagai wang hantaran manakala Zahiril Adzim menerima 13 dulang hantaran.
Untuk pengetahuan, Zahiril & Syera berkenalan sewaktu sama-sama membintangi Sesuatu Yang Tertinggal. Kerana sikap Zahiril yang banyak membantu Syera dalam bidang lakonan, hubungan mereka sebagai kawan berakhir di jinjang pelamin tepat 20 November, semalam.