Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 35732

Friday Trailer: Karya Anak Malaysia, ‘Fist Of Dragon’ Goncang Adrenalin Februari 2012!

$
0
0

Pernahkah anda berdepan dengan situasi di mana anda yakin dan mampu membantu seseorang atau cuba menyelesaikan sesuatu masalah namun niat murni anda itu sebaliknya cuma 10 kali ganda menyusahkan orang lain dan 10 kali ganda bikin keadaan lagi huru hara?!

Itulah yang dialami oleh seorang pemuda Li (Michael Chuah), yang sanggup mengembara beribu batu dari China ke sebuah pekan kecil di Malaysia semata-mata untuk membantu bapa saudaranya, Uncle Chen, seorang pemilik kedai kopi dari cengkaman samseng-samseng yang bermaharajalela di pekan tersebut.

Malangnya niat murni Li untuk menentang keganasan seakan membakar kemarahan kumpulan samseng terbabit malah mengundang 1001 masalah seterusnya mencetus kekacauan di seluruh pekan tersebut. Bak menambahkan parah, ketika konfrontasi di antara kumpulan samseng dan penduduk pekan memuncak, hubungan Uncle Chen dengan anak perempuannya, Lily yang bersekongkol dengan kumpulan samseng terbabit terjejas teruk.

Signifikan dengan tagline, ‘Rise and Fight as one’, filem aksi komedi arahan pengarah Malaysia yang merupakan penerbit filem ‘Ip Man 2‘ , bergandingan dengan aktress kelahiran Singapura, Fiona Xie, Henry Thia dan Wang Xiao-Chen, ‘Fist Of Dragon’ mengangkat tema semangat bersatu padu demi menentang penindasan selain kecintaan pada keluarga yang disampaikan menerusi sorotan aksi cemas, suspen dan humor mencuit hati.

Berlatarkan panorama indah Melaka, bandaraya bersejarah serta beberapa lokasi di China, apakata anda saksikan trailer penuh aksi filem ‘Dragon Fist’ yang akan membuat jantung anda berdegup penuh kelajuan di pawagam pada 23 Februari 2012!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 35732