Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Itulah yang benar-benar berlaku terhadap penulis dan penyanyi wanita yang popular dengan lagu “Rehab”, Amy Winehouse. Kehilangan genius yang berbakat besar dalam bidang muzik ini benar-benar dirasai oleh semua orang sehinggakan apabila beliau sudah pergi, masih ada album yang dikeluarkan bertajuk, “Lioness: Hidden Treasure”.
Baru berusia 27 tahun ketika meninggalkan kita, album ketiga dan juga terakhir dari mendiang Amy Winehouse atau nama sebenar, Amy Jade Winehouse ini akan menampilkan kompilasi 12 buah lagu yang tidak sempat dilancarkan pada umum. Antaranya termasuklah ‘Tears Dry’, ‘Wake Up Alone’, ‘The Girl From Ipanema’ dan juga ‘Valerie’. OHBULAN! sendiri sudah mendengar keseluruhan lagunya, sangat menyentuh hati dan sesuai untuk lapisan masyarakat.
Kesemua lagu ini dirakamkan ketika Amy Winehouse bersama dengan produser beliau yang paling rapat iaitu Salaam Remi dan Mark Ronson sepanjang tahun dari 2002 – 2009. Mereka berdua adalah antara sahabat yang selalu bersama dengan mendiang ketika beliau masih hidup. Masih menyimpan beberapa rakaman original ketika bersama Amy Winehouse, mereka berdua telah bersetuju dengan keluarga mendiang Amy Winehouse untuk melancarkan album kompilasi yang tersimpan di studio mereka.
Antara kata-kata yang diberikan oleh Mark Ronson terhadap mendiang,
When I listened back, you would hear some of the conversations in between — that was emotional. It has been hard, but it has also been an amazing thing. Amy was a gifted girl. I believe she has left something beyond her years. She has put a body of work together that will inspire an unborn generation. I’m blessed to be part of that process, to have known that person and to continue her legacy with this album.
Untuk rekod, di UK sahaja, album ini berjaya menduduki carta pertama Album UK. Ia telah terjual sebanyak 194,000 salinan dalam minggu pertama, kali pertama rekod sebegini oleh seorang penyanyi. Manakala di US, album ini mencatatkan rekod di tangga ke-5 Billboard Top 200 dengan 144,000 unit telah terjual dan juga mencatat rekod tertinggi di US.
Jadi, kepada anda diluar sana, pihak Universal Music Malaysia telah mula mengedarkan album kompilasi berjudul “Lioness: Hidden Treasure” ini di kedai-kedai muzik berdekatan. Apa tunggu lagi? Dapatkan anda punya sekarang!