Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36800

10 Tahun Tinggal Di Hotel Akhirnya Ramli MS Beli Rumah!

$
0
0

Selepas 10 tahun menjadikan hotel sebagai kediamannya, akhirnya konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli MS Nekad membuat keputusan untuk berpindah ke rumah baru yang dibelinya pada awal tahun depan.

“Sudah sampai masanya untuk saya memikirkan masa depan dengan memiliki rumah sendiri yang selesa agar dapat tinggal bersama ibu saya yang masih menetap di Singapura,” ujar Ramli dipetik dari laman mStar.

Tambah Ramli lagi, salah satu sebab dia bertahan tinggal di hotel adalah kerana faktor keselamatan. Selain itu, dengan perkhidmatan yang disediakan dia tidak perlu memikirkan tentang masalah mengemas rumah bersepah apatah lagi dirinya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni.

Walaubagaimanapun, dia kini perlu memikirkan tentang masa depan. Ramli juga memberitahu dia akan membawa ibunya berpindah bersama sekita bulan Januari atau Februari depan.

“Saya akan mengubahsuai salah satu bilik di rumah itu untuk dijadikan sebuah mini studio bagi memudahkan kerja-kerja seni,” tambah Ramli lagi.

Ramli turut menafikan keputusan nekad membeli rumah selepas 10 tahun selesa mendiami hotel bukan disebabkan dirinya akan menamatkan zaman duda dalam masa terdekat ini.

“Banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan rumah pembelian baru. Jadi saya tidak terfikir pun untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. tapi sudah tentu saya mahu kahwin dalam suatu hari nanti,” ujar Ramli.

Mengimbas semula memori selama 10 tahun menjadi penghuni hotel, menurut Ramli tiada memori yang indah untuk diingati memandangkan dirinya terlalu fokus pada kerjaya namun dia gembira kerana pekerja hotel tersebut melayannya dengan baik.

“Memandangkan saya sudah lama tinggal di sini, mereka telah memberi kebebasan untuk saya, bayangkan mereke turut membenarkan saya memasak di dapur hotel. alhamdulillah, saya dilayan dengan baik. Mungkin selepas berpindah nanti saya baru terasa perbezaannya,” tutur Ramli lagi.

Ramli turut berharap agar dirinya dapat menguruskan rumah barunya dengan baik lebih-lebih lagi dari segi penjagaan dan sekuriti rumah.

  • No related posts.

  • Viewing all articles
    Browse latest Browse all 36800