Pasti ramai sudah tahu mengenai berita percintaan dua selebriti popular tanahair, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim kan?
Ada ura-ura mengatakan mereka akan berkahwin pada tahun hadapan dan banyak spekulasi seperti tarikh perkahwinan telah tersebar di laman-laman media tempatan.
Semalam, OHBULAN! telah menerima jemputan ke sebuah majlis pengumuman istimewa pasangan hangat, Lisa Surihani dan Yusry yang akan bertempat di Garden 1 Ball Room, Marriott Putrajaya Resort & Spa pada hari Sabtu ini, 24 Disember. Majlis ini akan turut dihadiri oleh ibubapa Yusry dan juga ibu Lisa Surihani.
Masih tidak dapat dipastikan apakah pengumuman istimewa itu, tapi kebanyakan media tempatan sudah dapat mengagak bahawa mereka bakal mendedahkan tarikh pernikahan dan perkahwinan mereka yang hanya akan disiarkan secara eksklusif oleh stesen TV swasta tempatan.