Dari lakonan ke nyanyian, pasti anda tertanya-tanya sejak bila pula Norish Karman boleh menyanyi kan?
Namun itulah yang menjadi kejutan buat para peminat Norish Karman yang mula menceburi bidang lakonan sejak tahun 1994 lagi dan pernah membintangi drama yang menjadi tontonan ramai, Spa Q & Spa Q 2. Norish yang kini sudah berumur 38 tahun sebenarnya adalah anak kelahiran Singapura dan dia sememangnya seorang yang berbakat besar kerana pernah berlakon dalam beberapa filem, drama dan juga teater.
Tahun 2012, Norish Karman telah berjaya menghasilkan album single-nya yang pertama yang mengandungi 2 buah lagu berjudul ‘Terus Melangkah (feat Filsuf)’ ciptaan Damien dan juga ‘Rahsia Hati’ ciptaan Julfekar. Untuk pengetahuan, pada tahun 2006 Norish pernah menyertai ‘World Championship of Performing Arts’ di Los Angeles. Disana, dia telah berjaya merangkul pingat emas dalam kategori Vokal (R&B).
Yang pasti kedua-dua buah preview single pertama Norish sudah boleh ditonton di laman Youtube namun album penuhnya akan dilancarkan pada pertengahan 2012. OHBULAN! pasti ramai akan tertarik dengan suara dan muzik yang bakal dimainkan oleh Norish Karman.
Apa pun, mari kita dengar dan tonton preview muzik video ‘Rahsia Hati’ selepas ini!