Panas! Terbaru dari Hollywood dilaporkan bahawa Jennifer Lopez atau mesra dipanggil media sebagai JLo telah bergambar bogel untuk iklan terbaru minyak wangi jenama ‘Glowing’!
JLo yang juga salah seorang juri American Idol ini dengan beraninya berbogel tanpa seurat benang pun namun tangan dan kakinya menutup bahagian tertentu. Gambar ini telah mencetuskan provokasi dikalangan peminatnya namun ia tidak diendahkan oleh Jennifer Lopez. Di waktu umur sudah mencecah 42 tahun, OHBULAN! pasti ramai yang cemburu melihat kecantikan bentuk tubuh JLo kan?
Ketika ditemubual oleh Women’s Wear Daily, JLo menjelaskan kenapa dia sanggup berbogel untuk iklan minyak wangi tersebut. Menurutnya, minyak wangi terbaru dari ‘Glowing’ ini benar-benar mempunyai keunikan yang tersendiri.
“Glowing merupakan sisi lain dari keindahan. Glowing adalah minyak yang beraroma semulajadi. Itu sebabnya saya selalu menyukainya. Saya sukakan bau yang semulajadi,” ujar JLo mengenai minyak wangi ‘Glowing’.
Biasalah selebriti Hollywood, bergambar bogel tidak pernah menjadi masalah buat mereka.