Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 34835 articles
Browse latest View live

‘Kulit Tapak Kaki Koyak’ – Zul Ariffin Syukur, Rasai Kepuasan Tunai Ibadah Haji

$
0
0

Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Bakal Pindah Ke Mekah Tahun Hadapan

Puas tunai ibadah haji

Terbaru, Zul tampil membuat satu ciapan di Twitter meluahkan rasa syukur apabila dia sudah hampir selesai mengerjakan rukun Islam kelima.

Kata pelakon drama Perempuan Itu, dia berasa puas meskipun mengalami sedikit kecederaan seperti koyak kulit di bahagian tapak kakinya serta berasa seperti terbakar satu badan dek kerana cuaca panas di sana.

Kulit satu badan terbakar, kulit tapak kaki koyak. Puas! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!

Respon netizen

Sumber: Twitter


Panduan Solat Sunat Aidiladha

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Tanggal 29 Jun 2023 iaitu bersamaan 10 Zulhijjah, umat Islam meraikan hari raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Raya Haji.

Solat sunat Aidiladha 2 rakaat

Sekadar gambar hiasan

Solat sunat Aidiladha boleh dilaksanakan sebanyak dua rakaat sesudah terbit matahari sekitar 30 minit selepas Syuruq iaitu dianggarkan pada jam 8.00 pagi waktu Malaysia sehinggalah tergelincirnya matahari iaitu sebelum masuk waktu Zohor.

Umat islam juga disunatkan untuk melakukan mandi sunat hari raya pada waktu pagi sebelum ke masjid.

Panduan menunaikan solat sunat Aidiladha

Lafaz niat:

Rakaat pertama

    1. Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat Aidiladha di dalam hati.
    2. Membaca doa iftitah.
    3. Lafaz takbir 7 kali diselang-seli dengan tasbih.

4.   Membaca surah Al-Fatihah.
5.   Membaca mana-mana surah dari al-Quran.
6.  Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

  1. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
  2. Lafaz takbir lima kali diselang-seli dengan tasbih.
  3. Membaca surah Al-Fatihah.
  4. Membaca mana-mana surah dari al-Quran.
  5. Solat diteruskan dengan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir.
  6. Memberi salam.

Adalah disunnahkan untuk melaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.

Namun sunat dimulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Sumber: Aku Islam

 

10 Selebriti Yang Telah Pegang Gelaran Haji & Hajah

$
0
0

Rezeki dalam menunaikan ibadah haji pastinya menjadi keinginan setiap umat islam. Namun, tidak semua diberikan rezeki yang cepat untuk dijemput ke tanah suci Makkah.

Ikuti 10 selebriti yang diberi kesempatan untuk menunaikan haji pada usia muda!

Artikel Berkaitan: Yana Samsudin Tunai Janji Bawa Ibu Bapa Tunai Ibadah Haji, Umrah

Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Teruja Dapat Tunai Haji 10 Jun Ini

Artikel Berkaitan: Nelydia Senrose & Suami Tunai Ibadah Haji

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Foto kredit: Instagram @ctdk

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan ibadah haji bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa pada tahun 2017.

Sekadar info, ketika itu Siti atau lebih mesra disapa Tokti berusia 28 tahun.

Aznil Haji Nawawi

Foto kredit: Facebook @Aznilhjnawawi

Rezeki buat pengacara popular tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi yang telah menunaikan haji pada tahun 2008.

Best memory ever. 

Difahamkan cuaca ketika dirinya menunaikan haji merupakan musim sejuk.

Adi Putra

Foto kredit: Instagram @adiputra

Pelakon hero pujaan ramai, Adi Putra menunaikan rukun Islam yang kelima itu pada tahun 2014.

Menerusi laman Instagramnya, Adi Putra berkongsi beberapa keping foto ketika di Tanah Suci Makkah.

Mizz Nina

Foto kredit: Instagram @officialmizznina & Gempak

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman mula berhijab dan mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan pada tahun 2013.

Usahawan dan aktivis kemanusiaan itu turut menunaikan haji bersama bekas suaminya, Noh Salleh pada tahun yang sama.

Neelofa

Foto kredit: Instagram @neelofa & Xtra

Pelakon dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor menunaikan ibadah haji yang pertama bersama ibu bapanya pada usia yang muda. Difahamkan, ketika tahun 2016, usia bekas hos itu baru 27 tahun.

Fizo Omar

Foto kredit: Instagram @fizoomar & Sinar Harian

Pengalaman pelakon dan usahawan, Fizo Omar dalam menunaikan ibadah haji pada tahun 2019 membuatkan dirinya memperoleh keinsafan.

Hal itu dikongsi melalui laman Instagramnya.

Nabil

Foto kredit: Instagram @nabilzira & Harian Metro

Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad tidak menyangka rezekinya dalam menunaikan rukun Islam yang kelima pada usia 32 tahun.

Difahamkan, Nabil pergi berseorangan bersama 21 jemaah lain dalam rombongannya pada tahun 2015.

Yana Samsudin

Foto kredit: Instagram @yanasamsudin

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Yana menunaikan janji membawa kedua orang tuanya mengerjakan ibadah haji.

Yana berjaya menyempurnakan niatnya pada tahun lepas bersama suami dan ibu bapanya.

Nelydia Senrose

Foto kredit: Instagram @nelydiasenrose

Pelakon jelita Nelydia Senrose diberikan peluang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun lepas bersama suaminya, Mohd Hafez Halimi.

Ini adalah anugerah Allah yang maha agung buat kami berdua.

Nelydia, 28, ketika itu memohon doa dari orang ramai menerusi Instagramnya agar dipermudahkan urusan di sana.

Wany Hasrita

Foto kredit: Instagram @wanyhasrita & Berita Harian

Pada tahun 2019, penyanyi Wany Hasrita dipilih untuk menunaikan ibadah haji bersama rakan artisnya, Amira Othman.

Difahamkan, tawaran itu datang pada saat akhir namun, Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah bersyukur dengan peluang yang diberikan.

Fizz Fairuz Tumbang 7 Ekor Lembu Untuk Raya Haji -‘Sebab Saya Nak 7 Anak’

$
0
0

Pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan dia bakal menumbangkan sebanyak tujuh ekor lembu untuk ibadah korban bersempana Hari Raya Aidiladha.

Artikel Berkaitan: Kalau Awak Kurus, Saya Mengandungkan Awak Balik’ – Fizz Fairuz Suka Almy Nampak Berisi

Artikel Berkaitan: ‘Berlakon Ini Kena Beringat, Tak Payah Nak Beriya Sangat’ – Fizz Fairuz

7 lembu 7 anak

Ketika ditemui OhBulan! Fizz atau nama lengkapnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 41, berkata tujuh ekor lembu itu sebagai simbolik kepada niatnya untuk memiliki tujuh orang cahaya mata.

Malah dia akui, sambutan hari raya korban pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun lalu.

Untuk Hari Raya Aidiladha kali ini saya tidak balik ke kampung kerana emak saya ada di sini dan kami sekeluarga akan menyembelih tujuh ekor lembu di sini. Alhamdulillah tahun ini paling meriah.

Kami korbankan tujuh lembu kerana saya mahukan tujuh orang anak, jadi kita sembelih lembu dulu. Emak saya mempunyai sembilan orang anak tapi saya mahukan tujuh orang. Insya-Allah.

Fizz berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filen Sue-On yang diadakan di Starling Mall, pada Selasa.

Berkongsi mengenai erti perngorbanan dalam hidup, pelakon filem Munafik itu berkata isteri tercinta, Datin Almy Nadia merupakan individu yang paling banyak berkorban untuk dia dan rumah tangganya.

Pengorbanan seorang ibu buat anak-anak, yang saya maksudkan itu adalah pengorbanan Almy pada anak-anaknya. Dia sanggup melakukan apa saja demi menuntut tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Jujurnya saya terharu melihat apa yang dikorbankan selama ini. Kalau anda duduk serumah dengan saya, anda boleh lihat bagaimana dia berkorban setiap hari. Banyaklah pengorbanan yang dilakukan.

Untuk info, Fizz dan Almy atau nama lengkapnya Almy Nadia Aminuddin Shah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2004. Mereka telah dikurniakan empat cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat.

‘Saya Sanggup Mula Dari Bawah’ – Tak Pasti Istilah Cuci Duit, Perniagaan Fouziah Gous 100% Modal Sendiri

$
0
0

Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous menegaskan dia sama sekali tidak tahu menahu tentang penggubahan wang haram yang dikaitkan dalam perniagaan. Malah, dia mendedahkan perniagaannya tidak terlibat dengan mana-mana pelabur.

Artikel Berkaitan: ‘Suami Saya Ada Watikah, Kad & Hitam Putih’ – Fouziah Gous Jawab Dakwaan ‘Datuk Palsu’

Artikel Berkaitan: [VIDEO & FOTO] Sekitar Majlis Ulang Tahun Kelahiran Fouziah Gous, Dah Macam Heroin Bollywood, Cantik!

Tiada pelabur dalam perniagaan

Menurut Fouziah atau nama sebenarnya Nor Fouziah Mohd Gaus berkata sejak menjalankan perniagaan pada 2008 dia tidak pernah mengetahui tentang penggubahan wang haram yang sering dikaitkan dengan perniagaan selebriti.

Saya tak faham sangat istilah cuci duit ini dan nak komen pun tak berani sangat takut tersalah cakap pula.

Kata aktres berusia 40 tahun, dia tidak bergantung kepada pelabur kerana lebih selesa mengeluarkan modal sendiri untuk bisnes.

Kena tahu siapa rakan niaga kita sebab macam saya, saya tak ada masalah. Perniagaan saya  100% tiada pelabur. Mungkin peningkatan agak perlahan tetapi dari segi jangka panjang, kebebasan dan keputusan, ini adalah lebih baik untuk saya.

Saya juga tak pandai nak berhutung dengan orang. Saya sanggup bermula dari bawah, secara perlahan-lahan walaupun orang tidak nampak tak mengapa asalkan saya tahu apa yang saya lakukan.

Dalam pada itu, dia juga menasihati siapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan supaya memeriksa latar belakang rakan niaga terlebih dahulu.

Saya beritahu kepada suami, jika ingin memulakan sesuatu perniagaan bersama-sama rakan niaga, dia perlu siasat latar belakang mereka dan itu adalah perkara wajib.

Itu nasihat saya juga untuk selebriti dan untuk orang diluar sana. Kita kena ambil tahu dan itu antara perkara asas.

Fouziah berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di pelancaran restoran Rightside di Petaling Jaya baru-baru ini.

Disoal tentang kerjaya dalam bidang lakonan, pelakon filem Polis Evo 3 itu berkata dia lebih selektif dalam pemilihan watak selain faktor kekangan masa walaupun mendapat sokongan suami.

Saya tak rasa bosan kerana ketika ini saya masih lagi menjadi pengacara untuk program televisyen.

Bagi lakonan pula, agak susah sedikit kerana dari segi masa. Sebelum ini saya sudah banyak mencuba pelbagai watak, jadi kalau nak kembali berlakon mungkin saya perlu pilih watak yang betul-betul berbaloi. Suami saya juga sangat menggalakkan kerjaya saya sebagai pelakon.

MK K-Clique Bawa Siti Hajaar Sambut Aidiladha Di Sabah

$
0
0

Pertama kali menyambut Aidiladha sebagai pasangan suami isteri, penyanyi MK K-Clique teruja membawa isteri tercinta, Siti Hajaar pulang ke kampung halamannya di Sabah.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Kini Milik Siti Hajaar, Serah Mas Kahwin RM302 & Seutas Rantai Emas

Artikel Berkaitan: Noniswara Gembira Suami Dapat Menantu, Isteri MK K-Clique Rupanya Anak Tiri

Rasa suasana kampung

Ketika ditemui OhBulan!, MK menyatakan dia dan isteri meraikan hari raya haji bersama keluarga di Tawau.

Saya menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga di Sabah. Insya-Allah.

Ditanya sama ada Siti Hajaar boleh bertutur dalam dialek Sabah, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata isterinya masih dalam pembelajaran.

Dia boleh bercakap dalam dialek Sabah tapi bunyi Indonesia sikit (ketawa). Dia faham bila saya bercakap. Alhamdulillah, saya pun fasih sikit bahasa Semenanjung.

Dia balik ke kampung saya di Tawau, baru dia merasa suasana sana.

Dalam pada itu, menerusi hantaran terbaru di Instagram Story, pelakon berumur 27 tahun mengucapkan ‘Salam Aidiladha Mubarak’ kepada peminatnya.

Terdahulu, MK dan Siti Hajaar selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor, pada 16 Jun lalu.

Chef Dave Pertahankan Juadah Tradisi, Selar Komen Netizen Samakan Makanan Dengan Najis Lembu

$
0
0

Sebelum ini, resepi masakan tradisi yang dimuat naik oleh chef pempengaruh, Chef Dave dikecam warganet serta masakannya disamakan dengan najis.

Artikel Berkaitan: Juri MasterChef Australia, Jock Zonfrillo Meninggal Dunia Di Usia 46 Tahun

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Berniat Untuk Mencaci & Mengutuk Masakan Awak’ – Nabila Huda Dikecam Gara-Gara ‘Bahan’ Resepi Nasi Goreng

Guna bahasa yang baik

Chef Dave yang terkenal dengan perkongsian resepi berasaskan tumbuhan berkata rasa hormat terhadap makanan tradisi dan juga menggunaan bahasa yang baik semasa menggunakan media sosial adalah perkara asas yang perlu ada dalam diri setiap individu.

Ini adalah berkenaan kita punya rasa hormat terhadap makanan. Makanan itu adalah makanan tradisional tetapi disebabkan warna yang hijau, ada segelintir orang yang kaitkan makanan itu dengan najis lembu.

Jadi saya rasa ianya adalah budi bahasa yang asas yang perlu ada ketika menggunakan sosial media. Gunalah budi bahasa yang baik.

Dalam pada itu, dia juga menegaskan bahawa dia tetap akan mempertahankan makanan tradisi negara ini walaupun dikecam hebat oleh mana-mana individu.

Bagi saya itu adalah masalah mereka dan bukan masalah saya, namun saya tetap respon terhadap komen-komen tersebut kerana saya mahu mempertahankan makanan Malaysia.

Kalau orang kecam makanan kita tak kira lah makanan Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Sabah, Sarawak…saya perlu pertahankan.

Sebagai contoh, saya tak suka makan tempoyak tetapi saya tidak akan berdiam jika ada orang yang mempermainkan tentang tempoyak.

Chef Dave berkata demikian semasa ditemui OhBulan! ketika pelancaran restoran Rightside di Petaling Jaya baru-baru ini.

Sementara itu, pihaknya sebelum ini pernah mengambil tindakan dengan memadam komen-komen negatif namun bagi kes tersebut ianya tidak dapat dikawal.

Sebenarnya saya jarang ‘block’ mereka, tetapi kalau boleh saya akan cuba suruh team saya untuk padam komen-komen yang negatif supaya saya tak baca kerana ia beri kesan terhadap kesihatan mental saya. Tapi untuk kes ini kami tak boleh nak elak kerana terlalu banyak komen.

OHSEM360 Bersama Media Prima Sediakan Platform Untuk Pemasaran PKS

$
0
0

Media Prima Berhad (MPB) bersama Dattel Asia Group (DTL) akan menganjurkan acara pemasaran terulung OHSEM Marketing 360 bersama Media Prima (OHSEM360), di Malaysia pada 10hb Ogos 2023 bertempat di Hotel Pullman, Bangsar.

Tema iklan, AI, konten

Acara OHSEM360 yang disokong oleh unifi Business, OMNIA dan REV Media Group sebagai rakan strategik Platinum ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mengenai teknologi dan solusi pemasaran terkini.

OHSEM360 mengetengahkan tiga tema utama iaitu iklan, AI dan Konten bertujuan untuk memastikan pemasaran produk dan perkhidmatan PKS mendapat ROI yang dikehendaki dengan kos yang paling efektif.

Bicara OHSEM turut menampilkan pengacara terkenal Nazruddin Abdul Rahman (hos Jalan Jalan Cari Makan). Terdapat juga 30 bengkel dan sesi kelas induk, serta 40 peserta pameran yang mempamerkan teknologi dan penyelesaian pemasaran.

Pakar industri

Selain belajar daripada pakar industri, PKS akan berpeluang mendapatkan pakej pengiklanan dan penyelesaian pemasaran pada kadar diskaun yang tinggi. Peserta yang hadir berpeluang mendapat baucar pengiklanan bernilai RM7,000 secara percuma, akses kepada platform data pengguna bernilai RM10,000 dan diskaun sehingga 85% peratus untuk produk pengiklanan dan teknologi pemasaran.

Di antara pakar industri yang akan berkongsi termasuklah En Ashran Dato Ghazi (CEO Dattel Asia Group), En Mohd Effendi Omar (COO, Media Prima OMNIA), Ts Yusman Ammeran (Ketua Unit SME, unifi Business), Pn Nadira Yusoff (CEO Kiddocare), Dato Abdul Al Halim Al Fadzil (CEO, Alha Alfa Legacy), Richard Ker (CEO, Richard Ker Digital), Datin Norashikin Habibur Rahman (COO, WOW Shop) dan ramai lagi.

CEO Dattel Asia Group iaitu Ashran Ghaz menyatakan bahawa OHSEM360 bertujuan menyediakan platform buat PKS untuk mengambil tindakan segera bagi perniagaan mereka.

OHSEM360 guna pelbagai platform

Topik-topik yang akan dikongsi semasa OHSEM360 merangkumi pengiklanan di pelbagai platform seperti TV, Radio, DOOH, Laman Kandungan Premium REV, Laman Media Sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram.

Topik yang akan menarik minat usahawan termasuklah peluang untuk pamer dan jualkan produk melalui WOWShop dan juga pencerahan mengenai rangkaian audien digital terbesar di Malaysia (REV Media Network).

Ketua Unifi Business iaitu Mohamad Yusman Ammeran, pihaknya sentiasa prihatin dan peka kepada kehendak PMKS.

Sokongan kami kepada OHSEM360 berlandaskan aspirasi kami dalam membantu transformasi pendigitalan perniagaan PMKS.

Untuk mendapat kesemua insentif, anda hanya perlu daftar kehadiran anda di www.ohsem360.com dan hadir pada 10hb Ogos untuk tebuskan insentif-insentif tersebut kerana semua ini terhad pada hari OHSEM Marketing 360 bersama Media Prima sahaja.


Ikon Permotoran Ditahan Polis Dalam Op Samseng Jalanan

$
0
0

Foto: Bernama

Pempengaruh media sosial yang juga dipromosikan sebagai ‘Ikon Permotoran’ antara 284 individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Pegawai, pada malam Rabu.

Artikel Berkaitan: Haqiem Stopa Didakwa Simpan Foto, Video Lucah Bekas Kekasih

Tonton perlumbaan motosikal haram

Foto: Bernama

Memetik laporan BH Online, lelaki berusia 23 tahun dari Kuala Lumpur itu ditahan kerana menonton perlumbaan motosikal haram di kawasan terbabit, tetapi memberi alasan datang ke negeri ini untuk berniaga dan singgah di Jalan Pegawai kerana bosan.

Selain ‘influencer’ itu, polis turut menahan 10 remaja bawah umur dan tiga wanita dalam gerakan bermula jam 11 malam sehingga kira-kira jam 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata semua penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi itu diarah menolak motosikal masing-masing sejauh tiga kilometer dari Jalan Pegawai ke Balai Polis Trafik Alor Setar.

Semua yang ditahan berusia antara 15 hingga 20-an, termasuk 10 remaja bawah umur berusia antara 15 hingga 18 tahun dengan lapan masih bersekolah.

Sebanyak 284 motosikal diperiksa dalam operasi itu yang mana 50 motosikal disita kerana pelbagai kesalahan dan disiasat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sebanyak 194 saman dikeluarkan atas 194 kesalahan, iaitu 47 kerana tiada lesen memandu, 40 kes tiada nombor pendaftaran, 25 kes ubah suai motosikal dan 23 kesalahan berkait cermin sisi.

Selain itu, 22 kes tidak pamer pelekat ‘P’ dan ‘L’ , 17 kes berkaitan aksesori dan masing-masing 12 kesalahan tiada insurans serta lima kes cukai jalan serta lesen memandu tamat tempoh.

Dalam pada itu, polis turut memanggil ibu bapa penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu sebelum mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.

Sumber: BH Online

Syifa Melvin Akhirnya Tunjuk ‘Baby Bump’ -‘Rezeki Yang Cukup Indah, Doakan Kami’

$
0
0

Pelakon dan selebriti media sosial, Syifa Melvin akhirnya berkongsi foto ‘baby bump’ kepada umum.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Safawi Rasid Sahkan Syifa Melvin Hamil 6 Bulan

Baby Bump

Menerusi kemas kini terbaharu di Instagram, Syifa memuat naik sekeping foto bersama suami yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid bersempena Hari Raya Aidiladha.

Menerusi foto tersebut, Syifa dan suami dilihat sedang meletakkan tangan mereka di atas perut aktres itu sehingga menampakkan bentuk perutnya yang sedang hamil.

Sementara itu, Syifa menerusi ruang kapsyen meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan dan berdoa agar urusan mereka serta bayi dipermudahkan.

Tak lama lagi menanti zuriat dari Allah S.W.T akan mendapatkannya, Allah pasti makbulkan segala permintaan hamba-Nya yang selalu yakin dalam berdoa Aamin Ya Mujib. Kurniakan mereka rezeki zuriat agar mereka dapat merasai kebesaran-Mu, Aamin.

Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang sangat indah ini. Sentiasa doakan kami dan dipermudahkan segala urusan. Eid Adha dari kami dua setengah.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya menitipkan doa serta ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Terdahulu, Safawi menerusi satu sesi temubual pada 15 Jun lalu mendedahkan isterinya sedang hamil dan usia kandungan sudah memasuki enam bulan.

Imbas kembali, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya.

Sumber: Instagram

‘Assalamualaikum Isteriku, Terima Kasih Sudi Menjadi Isteri & Ibu Kepada Anak-Anakku’– Shuib

$
0
0

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib meluahkan kata-kata manis buat isteri tercinta, Watie.

‘Assalamualaikum isteriku’

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram semalam, Shuib berharap agar Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah menjadi seorang isteri dan ibu yang baik kepada anak-anaknya.

Assalamualaikum isteriku. Semoga menjadi isteri yang baik, isteri yang solehah. Isteri yang menjadi ibu yang baik buat Uwais, Talita, Matin dan Ayash. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusanmu sayang.

Terima kasih sudi menjadi isteri dan ibu kepada anak-anakku. Terasa indah dan hebatnya aturan Allah SWT.

Bahagia duka, itulah tanda kasihnya Allah SWT pada kita. Sesungguhnya Allah Maha hebat. Semoga keluarga kita ini dirahmati di dunia dan akhirat.

Dalam kesempatan itu, Shuib meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua individu yang mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.

Sebagai info, Shuib sah bergelar suami kepada Watie dengan hanya sekali lafaz dalam majlis ijab kabul yang berlangsung di Putra Glass Hall, Shah Alam pada 23 Jun lalu.

Sumber: Shuib

‘Anak Saya Memang Kuat Bergurau’– Londeh Seluar Rakan Punca Guru ‘Kurung’ Murid

$
0
0

Beberapa hari yang lalu, kecoh mengenai berita mengenai seorang bapa yang berang apabila anaknya yang berusia tujuh tahun didakwa dikurung oleh seorang guru di dalam jeriji besi.

Namun begitu, ibu bapa kepada pelajar berkenaan difahamkan telah tampil membuat permohonan maaf  dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

Artikel Berkaitan: Murid Darjah 1 Didakwa Dikurung Guru Dalam Jeriji Besi Bersama Kotak Elektrik, Menteri Jalankan Siasatan

Rupanya anak bergurau

Memetik laporan Harian Metro, tindakan sekolah yang mendenda anaknya itu adalah kerana gurauan anaknya yang melondehkan seluar salah seorang rakannya di sekolah.

Lelaki yang tidak mahu didedahkan namanya itu memaklumkan bahawa permohonan maaf telah dibuatnya kepada ibu bapa murid berkenaan.

Saya juga sudah mohon maaf kepada ibu bapa murid itu terhadap tindakan anak saya. Mereka enggan memanjangkan isu itu berikutan anak kami memang berkawan baik di luar sekolah. Malah anak saya memang kuat bergurau.

Semua pihak sudah saling bermaaf-maafan ketika perjumpaan semalam (kelmarin). Saya dan isteri tidak simpan dalam hati, bagaimanapun saya sudah serahkan segalanya kepada PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) untuk siasat.

Buka itu sahaja, lelaki tersebut juga difahamkan tampil memberikan penjelasan yang sebenar di Facebook mengatakan perbincangan dibuat antara pihaknya, sekolah, polis dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pada 10.30 pagi di sekolah itu kelmarin.

Saya dimaklumkan guru kelas, anak saya bergurau dengan menarik seluar kawannya. Bukan anak saya seorang yang melakukannya. Malah ia turut membabitkan tiga atau empat murid lain.

Anak saya tidak mahu hadir ke sekolah akibat trauma dimasukkan ke dalam ‘penjara’ itu

Bagaimanapun, cukup setakat ini saja, saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini.

Semua anak-anak ada di media sosial, mereka membaca dan sedih. Sekarang saya nak perbaiki dulu mental dan emosi anak-anak saya. Lagipun kami sudah bermaafan dan anggap perkara ini sudah selesai.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai kisah seorang pelajar tahun satu di sebuah sekolah di Rembau, Negeri Sembilan yang didakwa dikurung di dalam jeriji besi akibat didenda oleh guru.

Kejadian itu menjadi tular dan mendapat respon pelbagai dari wargamaya yang sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan gurunya itu.

Hasil siasatan PPD mendapati bahawa kanak-kanak terbabit dihukum gurunya selepas dia difahamkan melakukan kesalahan dengan cara mengganggu rakannya dengan suka melondehkan seluar walaupun sudah diberikan peringatan.

Sumber: Harian Metro

Raisuddin Hamzah Minta Shuib Utamakan Mentua Baharu, Jaga Perasaan Isteri

$
0
0

Umum mengetahui, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihan, Watie Hanifiah selepas hampir dua tahun kehilangan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah.

Bapa mentua kepada Shuib, Raisuddin Hamzah turut menjadi saksi bagi perkahwinan Shuib dan Watie yang diadakan pada 23 Jun yang lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Sah Jadi Milik Watie Hanifiah

Artikel Berkaitan: ‘Bangun Pagi Know Know Dah Ada Suami’ – Watie Hanifiah

Gembira dengan perkahwinan Shuib

Terbaru, Raisuddin mendedahkan bahawa dia sangat gembira dengan pernikahan yang dikecapi Shuib itu serta yakin Watie mampu untuk menjadi seorang ibu yang baik kepada cucu-cucunya.

Saya lihat Watie rapat dengan cucu-cucu, insya-Allah saya percaya dia boleh menjadi ibu yang baik.

Saya ada bercakap dengan Watie dan menitipkan pesan agar dia menjaga empat anak tirinya seperti anak sendiri.

Apa yang bakal berlaku di hadapan biarlah Allah yang tentukan. Setakat ini, saya yakin Watie mampu menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dengan baik.

Tambah Raisuddin lagi, meskipun sudah hampir dua tahun Siti Sarah pergi menghadap Ilahi, Shuib sama sekali tidak pernah meminggirkannya malah sering mengutamakannya dalam segala hal.

‘Dia tak sepatutnya fikirkan saya lagi’

Dalam pada itu, pelakon drama Nenek Kebaya itu turut memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak kisah sekiranya Shuib lebih mengutamakan Watie berbanding dirinya kerana itulah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh seorang suami.

Malah, Raisuddin berharap agar menantunya itu mengutamakan keluarga mentuanya yang baharu.

Saya tidak kisah sekiranya Shuib melebihkan isterinya dan keluarga mentua baharu.

Dia tidak sepatutnya memikirkan saya lagi, sebaliknya Shuib harus mengutamakan dan menjaga perasaan isterinya seperti mana dia melayan arwah isterinya dan keluarga saya suatu ketika dahulu.

Walaupun arwah Siti Sarah sudah tiada, Shuib menganggap saya seperti bapanya sendiri dan mendahulukan saya dalam segala hal sehinggalah pada majlis pernikahannya, dia minta saya duduk di depan menemaninya sebagai saksi.

Menurut Raisuddin lagi, dia sangat yakin bahawa menantunya itu mampu untuk menjadi seorang suami serta ayah yang bertanggungjawab.

Tiada apa yang ingin saya nasihatkan, Shuib seorang yang sangat prihatin dan akan mendahulukan keluarga dalam apa juga perkara.

Sekadar info, Shuib sah bergelar suami kepada Watie dengan sekali lafaz pada tanggal 23 Jun yang lalu di Putra Glass House, Putra Heights, Subang Jaya.

Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Siti Sarah pada 2011 dan telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2.

Sumber: Berita Harian

[VIDEO] PU Riz Beritahu Neelofa Dah Masuk Wad

$
0
0

Meskipun bila-bila masa saja Neelofa boleh bersalin, penceramah selebriti, Haris Ismail tetap menunaikan tugasan kerja seperti biasa.

Artikel Berkaitan: Neelofa Gementar Menghitung Hari Bersalin Anak Kedua – ‘Kali Ini Saya Berpantang Secara Tradisional’

Selesai kerja terus gerak

@seorangnur Pengorbanan seorang suami. Semoga dipermudahkan proses kelahiran untuk Lofa ???? #neelofa #harisismail #neelofaharis #bilal #fyp #foryou #fypage #xyzbca ? A warm piano instrumental ballad(808701) – NOPPO MUSIC

Menerusi hantaran di TikTok, Haris atau dikenali sebagai PU Riz menyatakan ‘due date’ Neelofa melahirkan anak kedua sudah tiba. PU Riz, 28, memberitahu perkara tersebut ketika sedang mengendalikan program Salam Baitullah.

Isteri dah di warded. Insya-Allah doakan untuk mereka.

Rakan gandingan iaitu Fakhrul Radhi memohon doa agar urusan Neelofa dan PU Riz dipermudahkan Allah SWT.

Tapi sanggup berkorban tu, datang juga. Insya-Allah, kita doakan segalanya dipermudahkan.

Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail memberitahu dia bergegas pulang sejurus usai untuk menemani isterinya.

Korban tak korban. Selepas ini saya terus pergi.

Untuk info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Atiq Azman Berang Dilabel Budak Tahfiz Yang ‘Teruk’ –‘Habis Itu, Pangkat Ustaz Yang Liwat?’

$
0
0

Baru-baru ini, tindakan pelakon Atiq Azman memuat naik beberapa gambar yang mendedahkan auratnya telah menerima kecaman hebat netizen.

Artikel Berkaitan: Posing Tepi Pantai Sambil Tayang ‘Sixpack’, Netizen Tegur Atiq Azman -‘Dulu Acah Jaga Aurat’

Artikel Berkaitan: Ramai Artis Lelaki Kongsi Gambar Sebegitu, Kenapa Tak Kena Kecam?’ – Atiq Azman Benci Dituduh ‘Gay’

‘Bukan menghina’

Susulan itu, Atiq menerusi perkongsian terbaharu di Instagram Story (IG Story) berkata tidak salah untuk menegur dirinya, namun seeloknya dengan cara yang baik dan bukan menghina.

Pertama sekali saya nak cakap, terima kasih yang tegur saya. Tidak salah, dipersilakan. Cara nak tegur bukan tegur menghina, cakap orang macam tiada dosa, diri sendiri tak cermin buat dosa komen begitu?

Cara tegur seeloknya doakan yang baik-baik, ini tidak. Rasa diri bangga dengan cara teguran yang tak mencerminkan diri.

Dalam masa sama, pemilik nama penuh Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah sekali lagi menegaskan dirinya bukan individu yang menyukai golongan sejenis (LGBT) seperti yang didakwa segelintir pihak.

Kemudian, yang tekan kan LGBT sekali lagi, ini paling kelakar. Takkan aku nak tunjuk keliling aku perempuan, pastu mulut lancang juga. Nanti mula lah ‘eh la buaya mamat ini’.

Justeru, aktor berusia 23 tahun itu menekankan untuk menegur kesilapan seseorang dengan cara berhemah dan profesional kerana manusia sememangnya tidak boleh lari daripada membuat kesilapan.

Sebenarnya saya nak cakap dekat sini, bukan nak menggelupur, kau tengok artis lain berlambak, lepas itu tegur aku satu-satunya bekas tahfiz yang teruk. Habistu itu, pangkat ustaz-ustaz yang liwat semua itu?

Masing-masing ada salah, bukan nak cakap dosa tanggung masing-masing, tapi cara teguran itu tidak manis, jadi la profesional sikit.

Terdahulu, Atiq berkongsi beberapa foto ketika sedang bercuti di sebuah pusat perangingan popular, Pulau Perhentian.

Bagaimanapun, foto berkenaan telah mendapat kecaman netizen gara-gara aktor itu mendedahkan bahagian depan tubuhnya yang sasa sehingga menampakkan pusatnya.

Menurut netizen, mereka berasa terkejut dengan tindakan Atiq memandangkan aktor itu sebelum ini sangat menitikberatkan soal aurat. Malah, dia juga difahamkan bekas pelajar sekolah tahfiz.

Sumber: Instagram


Penyanyi Hamilkan 4 Wanita Termasuk Peminat, Siap Bagi Duit Paksa Gugurkan Kandungan?

$
0
0

Seorang penyanyi muda dari China, Cai Xukun menjadi bualan hangat di media sosial selepas didakwa menghamilkan empat wanita.

Penyanyi hamilkan wanita?

Isu tersebut mula tercetus selepas seorang wanita yang dikenali sebagai C mendedahkan telah menjadi mangsa Xukun. Menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan C, dia turut menunjukkan beberapa bahan bukti termasuk imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya (sebelum ini) dan perbualannya bersama ibu Xukun.

Difahamkan, Xukun dan C telah melakukan hubungan intim sekitar Mei 2021 iaitu selepas mereka bertemu di sebuah KTV di Beijing, China. Sebulan kemudian, C mendapati dirinya hamil namun Xukun enggan bertanggungjawab atas kehamilan tersebut.

Paksa gugurkan kandungan?

Pada bulan Julai tahun yang sama, C telah menggugurkan kandungan tersebut selepas dipaksa oleh Xukun dan ibunya. Wanita terbabit tidak percaya bahawa bayi dalam kandungan itu adalah milik anak lelakinya. Dia percaya C hanya mempergunakan Xukun.

Menerusi laporan media lain mendakwa Xukun juga ada terlibat dengan beberapa skandal seks lain sehingga telah menghamilkan tiga wanita pada masa lalu termasuklah seorang wanita dari industi fesyen, anak jutawan yang masih dibawah umur dan seorang peminatnya.

Difahamkan, pihak media telah menghubungi Xukun untuk bertanyakan responnya mengenai pendedahan tersebut tetapi dia hanya menjawab ‘tidak tahu’ dan terus meletekkan panggilan.

Sumber: Today Online, China Film Insider

‘Ira Kazar Makin Pandai Masak Sejak Berumah Tangga’ – Kakak

$
0
0

Kakak kepada pelakon Ira Kazar iaitu Yasmin Kazar, 37, memuji adiknya yang semakin handal beraksi di dapur selepas mendirikan rumah tangga sejak Januari lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kakak Kongsi Keadaan Terkini Ira Kazar -‘Dia Sentiasa Positif, Ayah Paling Okay’

Artikel Berkaitan: Ira Kazar Dipuji Pandai Masak Sotong Tumis

‘Makin pandai masak’

Ketika ditemui OhBulan!, Yasmin berkata pujian tersebut diberikan kepada Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin sebagai pembakar semangat untuk dia terus belajar memasak.

Benar, Ira sekarang dah semakin pandai masak sejak dia berumah tangga. Itu adalah perkara baik untuk dia.

Saya dan dia malah adik beradik yang lain bukan yang pandai masak sangat pun sebelum ini.

Kemudian lepas kahwin, masing-masing semakin pandai, itu adalah perkembangan baik juga.

Saya puji dia tentang itu, untuk beri dia semangat juga.

Terdahulu, Yasmin menerusi perkongsian di Instagram Stories (IG Story) memuat naik gambar sotong tumis yang dimasak Ira dan memuji hasil air tangan adiknya itu.

Malah, Yasmin akui terkejut dan tidak menyangka aktres itu mampu masak dengan sedap.

Sementara itu, kakak sulung kepada Ira yang dikenali sebagai Melor Kazar, 40, berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat rumah tangga adiknya bersama suami yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Saya doakan yang terbaik untuk Ira dan suami (Syamsul). Saya pun nak cakap lebih tak boleh sebab bukan saya yang hadapi ujian itu.

Masing-masing dan besar, insya-Allah mereka boleh lalui semua ini.

Imbas kembali, Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari selepas berita itu diumumkan sendiri oleh pengarah filem Mat Kilau itu menerusi sepotong video di Instagramnya.

Susulan itu, Puteri Sarah yang masih isteri pertama Syamsul ketika itu bertindak menfailkan perceraian sebelum sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirkan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

[VIDEO] Leher Watie Terdedah, Shuib ‘Sweet’ Tutup Guna Tangan

$
0
0

Sejak pelawak dan penyampai radio Shuib berkahwin dengan usahawan, Watie Hanifiah, pasangan ini terus menerus menjadi perhatian warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: Watie Dedah Masa Bercinta Tak Pernah Keluar Berdua, Sifatkan Shuib ‘Suami Kiriman Tuhan’

Artikel Berkaitan:  ‘Bangun Pagi Know Know Dah Ada Suami’ – Watie Hanifiah

Bercuti dengan anak-anak

@norainibasre88 Membalas kepada @zailinakasim #husbandwife #honeymoon #shuibsepahtu #watiehanifiah #norainibasre #binafshasweet #artismalaysia #Aidiladha ? bunyi asal – Noraini Basre

Terbaru, Shuib dan Watie dilihat meraikan Hari Raya Aidiladha dengan bercuti bersama anak-anak serta bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raisuddin Hamzah dan ibu tiri, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra disapa Mokder.

Keluarga bahagia ini difahamkan bercuti ke sebuah pusat peranginan terkenal.

Di Instagram Story, Watie, 35, memuat naik video meriba anak perempuan Shuib, Zahira Talita Zahra manakala Shuib bersama Ariq Matin ketika menaiki ‘buggy ride.’

Apa yang menjadi bualan warganet di TikTok adalah tindakan spontan Shuib menutup bahagian leher Watie yang terdedah dengan menggunakan tangannya.

Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah hanya memakai ‘inner’ tudung hitam dengan ‘bucket hat’ berwarna krim.

Pada 23 Jun lalu, pemilik nama Shahmira Muhamad sah menjadi suami kepada usahawan, Watie, dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Heights.

Dalam majlis serba putih dan ‘dusty pink,’ Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 atas simbolik tarikh lahir Watie. Kini, pasangan sama cantik sama padan ini sedang berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Sumber: TikTok

[VIDEO] Memalukan! Netizen Kecam Wanita Buat Konten Menari Dipercayai Di Makkah

$
0
0

Kecoh baru-baru ini tentang video tular seorang wanita yang melakukan aksi menari dipercayai di Makkah sehingga mendapat pelbagai kritikan daripada warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Kulit Tapak Kaki Koyak’ – Zul Ariffin Syukur, Rasai Kepuasan Tunai Ibadah Haji

Artikel Berkaitan: 10 Selebriti Yang Telah Pegang Gelaran Haji & Hajah

Langgar pejalan kaki

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita tersebut dilihat memakai jubah hitam dan mengenakan purdah sedang menari di hadapan kameranya.

Ketika melakukan aksi itu, dia berada di tengah-tengah jalan sehingga berlanggar dan mengganggu pejalan kaki yang lain.

Walaupun dilanggar, wanita itu dilihat masih lagi meneruskan aksinya demi sebuah konten di TikTok.

‘Semoga dapat hidayah’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam aksi wanita tersebut kerana sebagai seorang muslim ia adalah perbuatan yang sangat memalukan kerana tidak menghormati Tanah Suci.

Dalam pada itu, ada juga yang menasihatinya untuk bertaubat dan mendoakannya agar membetulkan niat semasa menjalankan ibadah haji di sana.

Tunjauan OhBulan! mendapati video tersebut setakat ini telah memperoleh 5.1 juta tontonan dan sebanyak 81,000 tanda suka.

@ariellalalaa_

? If We Ever Broke Up – Mae Stephens

Sumber: TikTok

[VIDEO] ‘Mario Maurer Datang Kampung Aku’– Peminat Teruja Jumpa Pelakon Terkenal Thailand Di Terengganu

$
0
0

Pelakon popular Thailand, Mario Maurer dilihat berada di beberapa buah negeri di Malaysia baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Naikkan Gaji Hos!’ – Netizen Puji Uyaina & Jirayut Bantu Terjemah Pelbagai Bahasa Untuk Peserta Program Dangdut

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berjalan Dengan Selipar & Tanpa ‘Bodyguard’, Lisa Blackpink Raih Pujian Dari Netizen

Jalankan penggambaran

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan pelakon filem Pee Mak itu dipercayai sedang menjalankan penggambaran bagi kandungan di platform YouTube.

Kehadiran pelakon tersebut membuatkan peminatnya teruja kerana tidak menyangka akan bertemu dan mengambil gambar bersama aktor tersebut dengan begitu dekat.

Mario Maurer datang kampung aku.

Difahamkan, peminat tersebut mengetahui keberadaan Mario di Malaysia selepas dia melihat ciapan di Twitter yang mengatakan pelakon itu akan berada di beberapa buah negeri di negara ini.

Berdasarkan ciapan berkenaan, aktor kacukan German dan Thailand itu bersama rakan-rakannya menggunakan kereta antik bagi penggambaran tersebut. Difahamkan mereka menjelajah dari Betong ke Pulau Pinang sebelum berada di Terengganu.

Netizen ‘excited’

Perkongsian tersebut telah meraih pelbagai reaksi warganet yang rata-rata turut teruja melihat Mario. Dalam pada itu, ada juga secara berseloroh menyangka Mario yang dikatakan adalah permainan terkenal dari Jepun iaitu Super Mario.

@wabored

Weh mario maurer mari kampung aku ?????? #mariomaurer #fyp

? original sound – Wawa Ruslan – Wawa Ruslan

Sumber: TikTok

Viewing all 34835 articles
Browse latest View live