Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 34778 articles
Browse latest View live

Nak Melancong Ke Hong Kong? Kami Kongsikan Tips & Pengalaman Menakjubkan Selama 4H3M Buat Pelancong Muslim!

$
0
0

Seperti yang kita semua tahu, Hong Kong kini merupakan satu destinasi yang kian mendapat tempat di hati pelancong.

Ini adalah kerana Hong Kong merupakan bandar yang mesra muslim bukan sahaja dari segi makanan, malah dari segi keselesaan dan kemudahan yang lebih dititikberatkan.

Lebih menarik, baru-baru ini admin juga berpeluang untuk berkunjung ke Hong Kong dan berkesempatan melawati pelbagai tempat tumpuan pelancong dan yang paling penting, muslim friendly! Jadi, buat korang yang ingin bercuti, Hong Kong wajib ada dalam list destinasi pilihan korang okay!

Jom admin kongsikan antara tempat-tempat yang min lawati dan beberapa tips penting buat pelancong Muslim!

Penerbangan selesa dengan seleksi makanan halal melalui Cathay Pacific!

Kredit: OHBULAN & Cathay Pacific

Buat korang yang masih tercari-cari penerbangan yang sesuai untuk ke Hong Kong, min cadangkan korang terbang dengan Cathay Pacific.

Untuk pengetahuan korang, Cathay Pacific adalah syarikat penerbangan asal Hong Kong yang ditubuhkan lebih 75 tahun dan merupakan ahli oneworld global. Kumpulan Cathay Pacific juga terdiri daripada syarikat penerbangan Hong Kong dengan pengalaman penerbangan dengan tempat duduk selesa, pilihan hidangan baharu yang lazat, sistem hiburan dalam penerbangan yang canggih dan krew penerbangan yang sangat mesra!

Dapur CPCS

Lebih menarik lagi, semua hidangan dalam penerbangan Cathay Pacific pergi dan balik ke Indonesia, Bangladesh, Malaysia dan negara timur tengah adalah halal dan disediakan mengikut kaedah halal melalui salah satu dapur penerbangan terbesar di dunia iaitu Cathay Pacific Catering Services (H. K.) Ltd. (CPCS). Memang halalan toyyiban, tak perlu ragu-ragu dah!

PENAFIAN: Buat penumpang yang ingin memesan makanan halal boleh membuat permintaan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum penerbangan yang dijadualkan, ok!

Kemudahan & tempat solat yang selesa

Kebiasaannya bila melancong ke bandar yang bukan majoritinya muslim, agak sukar untuk mencari tempat untuk solat, betul tak? Tapi di Hong Kong, jangan bimbang kerana dari lapangan terbang sehingga ke Pulau Hong Kong, terdapat puluhan surau dan masjid yang akan korang temui di seluruh bandarnya.

Berikut adalah beberapa pilihan untuk rujukan korang:

Hong Kong International Airport

Airport, Prayer Room

Terletak di tingkat 7, Balai Berlepas berdekatan Check-in Aisle A, bilik sembahyang ini dilengkapi dengan tempat mengambil wuduk dan penunjuk kiblat untuk kemudahan pengguna.

Masjid Ammar and Osman Ramju Saddick Islamic Centre

Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre

Terletak di Wan Chai, masjid yang juga pusat Islam ini adalah masjid ketiga yang dibina di Hong Kong. Di sini juga, korang boleh menikmati pelbagai makanan halal Cina Muslim terutamanya variasi dimsum dan menu-menu lain yang cukup menyelerakan di tingkat 5 masjid tersebut.

Masjid Jamia

Masjid Jamia

Masjid Jamia merupakan masjid yang tertua di Hong Kong. Ia terletak bersebelahan Mosque Street dan Mosque Junction yang dinamakan sempena masjid ini. Mufti Abdul Zaman adalah Imam utama Masjid ini dan beliau mengimami solat dan tarawih di bulan Ramadhan.

Klik di sini untuk surau dan masjid di seluruh Hong Kong.

Taman tema mesra Muslim!

Tak lengkap rasanya bercuti ke Hong Kong tanpa mengunjungi destinasi wajib Hong Kong seperti Disneyland dan Ocean Park.  Dalam trip kami kali ini, semestinya ini antara tempat yang paling ditunggu-tunggu!

Hong Kong Disneyland

Kredit: OHBULAN

Kredit: OHBULAN

Selepas berakhirnya pandemik, para peminat nombor satu Disney kini dapat merasai kembali keseronokan dan pengalaman mengujakan di tempat paling menggembirakan di bumi iaitu taman tema Disneyland!

Lebih menarik, tahun ini Hong Kong Disneyland membawakan pelbagai pengalaman terbaru seperti persembahan pentas Follow Your Dreams, pertunjukan lampu dan bunga api Momentous, sesi meet and greet bersama watak Disney: Mickey Mouse, Marvel Super Heroes dan Duffy and Friends!

Kami berpeluang menyaksikan pertunjukan musikal outdoor secara live iaitu Follow Your Dreams yang dipersembahkan oleh krew Disney dengan nyanyian dan tarian bertenaga mereka yang berlangsung selama 20 minit. Beberapa lagu terkenal juga telah disusun semula dan dihasilkan untuk memberi tetamu pengalaman yang tidak pernah didengari sebelum ini dengan menampilkan muzik elektronik.

Kredit: OHBULAN

Pada sebelah malamnya pula, kami dihiburkan dengan persembahan yang paling dinanti-nantikan dan digelar sebagai The Most Magical Show on Earth oleh peminat Disney iaitu pertunjukan lampu berteater, air pancut berkoreografi, laser, piroteknik dan pertunjukan bunga api di istana ikonik iaitu Castle of Magical Dreams!

Kredit: OHBULAN

Meliputi 6 bab, persembahan kali ini membawakan tema yang baru saja dilancarkan pada Jun ini iaitu Momentous. Pertunjukan yang berlangsung selama 20 minit ini bukan sahaja dapat memukau penonton, malah dapat mengimbau kembali memori mereka dengan karakter Disney semasa kecil. Sangat mengujakan!

Oh ya, lepas dah seharian berhibur, mesti perut pun dah lapar. Haa..untuk menjamu selera, jangan risau sebab di Tahitian Terrace yang terletak di kawasan Adventureland terdapat pelbagai pilihan menu yang disahkan halal. Kalau korang tertanya-tanya kat mana nak sembahyang pula, korang boleh pergi ke “quiet room” di kawasan Mystic Point untuk menunaikan solat dengan selesa dan mudah.

Ocean Park

Kredit: OHBULAN

Ocean Park Hong Kong ialah taman tema yang menggabungkan keseronokan, pendidikan dan pemuliharaan, daripada akuarium bertaraf dunia dan panda gergasi yang cantik kepada ekspedisi kutub dan rides yang mendebarkan yang mengujakan.

Kredit: OHBULAN

Di sini, korang bukan hanya boleh menikmati rides yang mencabar seperti roller coaster Hair Raiser, The Flash, The Rapids, Wild Twister, Mine Train, Rev Booster, Whirly Bird, Crazy Galleon, Ferris Wheel dan Cable Car, malah korang sekeluarga juga berpeluang untuk merasai pengalaman memberi makan penguin dan anjing laut, melihat panda di Panda Village dan banyak lagi!

Nak cari makanan halal pun mudah je, korang boleh menikmati makanan halal menyelerakan di Clown Corner dengan seleksi menu yang pelbagai. Di sini juga turut disediakan bilik solat untuk kemudahan pengunjung Muslim.

Makanan & restoran halal? Tiada masalah!

Selain surau dan masjid, restoran dan makanan halal adalah antara yang paling penting buat pelancong Muslim ketika bercuti. Siapa kata susah nak cari makanan halal di Hong Kong?

Tak perlu susah hati kerana korang akan temui banyak restoran halal yang bukan sahaja menyediakan makanan halal serta vegetarian, malah dengan dekorasi yang sangat Instagram-worthy! 

Jashan Celebrating Indian Cuisine (Halal Certified)

Kredit: Hong Kong Tourism Board

Kalau korang nak tahu, restoran ini dianugerahkan sebagai Restoran Masterchef Recommendation yang berprestij pada 2019 dan Restoran GHM Cordons Bleus Recommendation pada 2016. Ia juga merupakan restoran pertama di Hong Kong disebut dalam Panduan Michelin untuk masakan India.

Di sini, korang boleh nikmati menu masakan kontemporari India seperti chicken tikka masala, butter chicken, nasi beriyani, garlic naan, manisan gulab jamun dan banyak lagi.

Alamat: 1/F, Amber Lodge, 23 Hollywood Road, SOHO, Central.

Islamic Centre Canteen, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick

Kredit: OHBULAN

Untuk korang yang gemar makanan Cina Muslim, korang memang wajib ke sini. Kami dah cuba dan memang semua makanannya tidak mengecewakan! Terdapat pelbagai menu pilihan makanan autentik Kantonis dan Cina, dimsum halal juga merupakan antara menu yang paling popular di sini. Harganya pula sangat berpatutan dan berbaloi.

Alamat: 5/F, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Salvation Amy Street, Wan Chai

Gaylord Indian Restaurant (Halal Certified)

Kredit: OHBULAN

Restoran ini ialah syurga rahsia yang terletak di tengah-tengah Tsim Sha Tsui dan disyorkan oleh Michelin Guide dan diiktiraf untuk hidangan asli dan tradisional India sejak tahun 1972.

Rekaan dalamannya yang selesa, suasana yang elegan dan ambience yang meriah menambah pesona eksotiknya, menjadikannya tempat tumpuan pelancong dari segenap negara.

Gaylord Indian Restaurant menyajikan menu-menu asli India seperti golgappa, truffle naan, briyani, tandoori BBQ chicken, mango lassi dan banyak lagi.

Alamat: 5/F, Prince Tower, 12A Peking Road, Tsim Sha Tsui

JAJA 

Kredit: OHBULAN

Instagrammable, restoran vegetarian fancy dengan hidangan dan minuman vegetarian yang asli dan inovatif merupakan gambaran terbaik untuk restoran JAJA!

Sebaik je melangkah masuk ke JAJA, korang mesti akan terpegun dengan rekaan dalamannya yang serba merah jambu, dihiasi dengan perabot berwarna pastel dan teddy bear yang sangat cute!

Makanannya pun tak kurang lazat yang terdiri daripada fusion Jepun: Living Maki Platter, Cantonis & China: Soup-er Wontons, menu Itali: 1 Meter Red Curry Pizza, Smokey Corn Ribs dan paling istimewa signature desserts seperti pelbagai pilihan milkshake, jus dan kek.

Alamat: 6/F, Pusat Kesenian Hong Kong, 2 Harbour Road, Wan Chai

Flaming Frango

Kredit: OHBULAN

Nak tukar selera dengan makanan Cina dan India? Flaming Frango menyajikan kelainan dengan menu ayam Piri-piri grilled, burgers, wraps, buffalo wings, fajita serta hidangan pencuci mulut yang menyelerakan dan semestinya halal untuk dinikmati!

Alamat: G/F Escapade, 55 Elgin Street, Soho, Central, Hong Kong China

Untuk lebih banyak pilihan restoran halal di Hong Kong, korang boleh klik di sini. 

Nak beli buah tangan untuk yang tersayang? Imperial Patisserie menawarkan pilihan pastry yang halal & enak!

Tak lengkaplah bercuti tanpa bawa pulang buah tangan atau souvenir untuk yang tersayang, betul tak? Asyik-asyik beli fridge magnet dan key-chain, haa..apa kata kali ni kita buat kelainan sikit.

Kredit: OHBULAN & Hong Kong Tourism Board

Jika korang adalah peminat pastri Hong Kong, korang wajib berkunjung ke Imperial Patisserie sebuah kedai pastri yang pakar dalam pembuatan pastri Cina halal di Hong Kong yang sesuai untuk dijadikan cenderahati.

Imperial Patisserie menyajikan pelbagai produk pastri seperti Egg rolls, Michelin Palmiers, Crispy Cookies, Mooncakes dan Tonggwoji yang disahkan halal oleh The Incorporated Trustees of the Islamic Community Fund of Hong Kong. Mereka telah memperoleh pensijilan halal pada tahun 2020 dan menghabiskan banyak masa menyemak sumber bahan untuk memastikan ianya mesra Muslim!

Imperial Patisserie terdapat di pelbagai lokasi di Hong Kong termasuk Tsim Sha Tsui, Wan Chai dan Causeway Bay.

Dengan banyak pilihan makanan halal di Hong Kong, tempat untuk beribadah yang selesa dan hotel-hotel yang mesra Muslim, admin yakin, Hong Kong merupakan lokasi yang sangat unik dan ikonik untuk pengembara Muslim dari segenap pelosok bandar.

Kredit: OHBULAN

Jujur admin katakan, pengalaman 4 hari 3 malam di sana bukan sahaja memberikan keseronokan dan pengalaman mengasyikkan, malah membuka mata lebih ramai pelancong di luar sana untuk melihat Hong Kong sebagai bandar yang sangat meraikan pengunjungnya dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa.

Terima kasih Hong Kong Tourism Board di atas pengalaman yang sangat berharga ini!


Influencer Sarat Hamil Bongkar Suami Ada Skandal, Rupanya Dah 3 Kali Buat Projek Dalam Rumah Sewa

$
0
0

Seorang pempengaruh Indonesia iaitu Hanum Mega mendedahkan diselingkuhi si suami ketika dirinya sedang sarat hamil.

Suami curang berkali-kali

Foto: Hanum Mega

Menerusi pendedahan di Instagram, Hanum yang kini berusia 22 tahun mendakwa ini bukan kali pertama suaminya berlaku curang malah sebelum ini iaitu pada Mac 2023,  suaminya kantoi mempunyai hubungan dengan bekas teman wanitanya.

Disebabkan hubungan mereka belum serius, Hanum mengambil keputusan memaafkan dan memberi peluang dengan berharap lelaki itu berubah. Tetapi peluang yang diberikan itu disia-siakan, malah suaminya itu sekali lagi berlaku curang tetapi kali ini bersama kenalan mereka sendiri.

Hubungan mereka terjalin sejak bulan Mei lalu dan sudah berhubungan sex sebanyak tiga kali di rumah sewa perempuan itu. Patutlah selalu balik lewat, telefon banyak kali pun tak diangkat.

Kantoi cari cara gugurkan kandungan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanummegaa (@real.hanummegaa)

Namun siapa sangka, segala-galanya terbongkar selepas Hanum menemui mesej perbualan antara suaminya dan perempuan simpanan itu menerusi WhatsApp Web di komputer pejabat. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu ada bertanya kepada rakannya, Ruzli mengenai satu jenis ubat bernama Cytotec.

Tidak terhenti di situ, mereka turut membincangkan tentang nanas muda dan daging kambing yang dipercayai boleh menggugurkan kandungan sekiranya perempuan simpanannya itu terhamil.

Hanum akui sangat sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku namun dia perlu kuat demi meneruskan hidup dan membesarkan anak-anaknya.

Sumber: Hanum Mega

[VIDEO] Netizen Meloya Tengok Wanita Sedut Mata Lembu Mentah –‘Orang Cakap Bagus Untuk Buah Pinggang’

$
0
0

Kemeriahan Hari Raya Aidiladha pastinya dinantikan-nantikan dengan sesi penyembelihan yang dapat merapatkan ukhuwah antara penduduk setempat.

Namun begitu, seorang individu telah mencetus rasa loya dalam kalangan netizen apabila dirinya memakan mata lembu mentah.

Artikel Berkaitan: Mukbang Makan Kepala Lembu Tanpa Buang Kulit, Bikin Netizen Loya

Artikel Berkaitan: Chef Dave Pertahankan Juadah Tradisi, Selar Komen Netizen Samakan Makanan Dengan Najis Lembu

Mata lembu

@nanajiha.97

Rasa sumi masin gitu hahahaa … #selamatharirayaaidiladha #kelantan #melorkelantan #matalembu #korban #tiktok

? Funny – Gold-Tiger

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Najiha memuat naik video dirinya yang memotong mata lembu lalu makan.

Dalam video tersebut, Najiha turut sempat berkongsi rasa mata lembu yang dimakan mentah itu.

Rasa masin gitu.

Lendir tu yang rasa sedap. Kalau mata bulat tu hanyir.

Walau bagaimanapun, hal itu memberikan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Loya tekak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan keberanian individu tersebut untuk menjamah mata lembu mentah yang dikongsi bersama suaminya itu. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang mengatakan khasiat mata lembu baik buat mengubati masalah buah pinggang.

Sumber: TikTok @nanajiha.97

[VIDEO] ‘Ingatkan Jaga Batas’ – Netizen Kecewa Tengok Hawa Rizwana ‘High-Five’ Dengan Influencer Lelaki

$
0
0

Nama pelakon dan pengacara popular, Hawa Rizwana semakin melonjak naik dengan bakatnya yang dilihat makin meluas dalam pelbagai bidang.

Oleh demikian, segala pergerakan yang dilakukan sering diperhati dan menjadi perhatian.

Artikel Berkaitan: Hawa Rizwana Digelar Mangsa Fesyen, Netizen ‘Sakit Mata’ Tengok Pakaian Ketat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tersipu Malu Dengan Pengakuan Sendiri, Hawa Rizwana Pilih Hun Haqeem Sebagai ‘Celebrity Crush’

Artikel Berkaitan: ‘Sebenarnya Baju Yang Saya Gayakan Itu Labuh’ – Hawa Rizwana Minta Maaf Pakai Seluar Ketat

Tak menjaga batas

Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Hawa atau nama penuhnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan dilihat bersama seorang pempengaruh social media, Sid Murshid.

Dalam video itu, mereka dilihat bersama-sama menjayakan satu masakan iaitu nasi goreng yang dipilih sendiri Hawa.

Selain itu, Hawa dan Sid turut melakukan ‘high-five’ beberapa kali.

Pergaulan yang ditonjolkan semasa memasak itu mencetus rasa kurang selesa dalam kalangan netizen yang menganggap Hawa bukan seorang yang sebegitu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sid Murshid (@sid_murshid)

Netizen kecewa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati aktres berusia 28 itu untuk menjaga batas pergaulan dengan imejnya yang bertudung. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang menegur kedua-dua pempengaruh itu untuk tidak membaling-baling bahan masakan ketika memasak.

Sumber: Instagram @sid_murshid

‘Ending’ Drama ‘Perempuan Itu’ Buat Ramai Mengalirkan Air Mata ‘ -Tahniah Atas Naskhah Yang Hebat!’

$
0
0

Sambutan drama ‘Perempuan Itu’ amatlah luar biasa dengan jalan cerita yang membuatkan rata-rata penonton dapat berkait rapat.

Setelah 30 episod berlalu, akhirnya watak Khalish lakonan Mimi Lana itu temui kebahagiannya yang baru.

Artikel Berkaitan: ‘Perempuan Itu’ Beri Mimi Lana Peluang Belajar Ilmu Agama

Artikel Berkaitan: ‘Promosi Drama Perempuan Itu? Saya Tidak Tahu’ – Zul Ariffin

Artikel Berkaitan: Hantar Laporan Bertulis Atau Drama ‘Perempuan Itu’ Mungkin Tidak Dapat Ditayangkan

‘Ending’ yang sebenar

Menerusi perkongsian di TikTok, kebanyakan warganet berpuas hati dengan jalan cerita yang diarahkan oleh Erma Fatima itu. Kesudahan cerita yang dikatakan ‘real’ membuatkan penonton menitiskan air mata.

Dalam episod terakhir, Khalish menemui kebahagian barunya dengan ditakdirkan dia memiliki cahaya mata. Namun apa yang lebih menyayat hati apabila Aryan nahas dalam sebuah kemalangan jalan raya tanpa sempat melihat anaknya yang baru dilahirkan itu.

Walau bagaimanapun, Khalish mengambil keputusan untuk tetap menjalinkan hubungan yang baik bersama bekas suaminya, Emir.

Netizen puas hati

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menerima baik kesudahan drama ‘Perempuan Itu’ kerana dapat memahami pengajaran yang cuba disampaikan oleh pengarah. Namun, terdapat segelintir warganet yang mempersoalkan ‘ending’ yang dikatakan tidak adil buat Khalish yang sudah berhadapan dengan pelbagai cabaran berumah tangga.

Sumber: TikTok @nak_set_apa

Afiq Muiz Ingatkan Alya Iman Balasan Tak Bertudung -‘Langgar Perintah Allah? Confirm Diseksa’

$
0
0

Pelakon Afiq Muiz menyifatkan tindakan aktres Alya Iman yang tidak lagi mengenakan hijab seperti melawan hukum agama.

Artikel Berkaitan: ‘Tanggungjawab Bapa Saya Dah Selesai Dekat Dunia’ – Alya Iman Bidas Kritikan Netizen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dah Lupa ‘Tudung Terbang’, Mula Puji Alya Iman Makin Cantik

Balasan akhirat

Menuruf Afiq, dia meminta Alya untuk memikirkan semula keputusan yang diambilnya itu memandangkan wanita yang tidak bertudung akan menerima seksaan di akhirat kelak.

Keputusan melawan perintah Allah dan Rasul ke? Fikir la sebab perempuan tak bertudung confirm diseksa Alya.

Afiq berkongsi mengenai perkara itu menerusi ruang komen pada sepotong video temu bual oleh Astro Gempak kepada Alya.

Menerusi temu bual berkenaan, Alya meminta orang ramai untuk menghormati keputusannya yang tidak lagi mengenakan hijab dan berhenti menyalahkan arwah bapanya yang juga pelakon Azmi Mustapha.

Meskipun ramai netizen yang bersetuju dengan kenyataan aktor berusia 31 tahun itu, namun masih ada segelintirnya yang kurang senang dengan komen tersebut dan menganggap Afiq tidak layak untuk memberi nasihat kepada Alya.

Nama Alya Iman mula menjadi bualan hangat wargamaya apabila dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab sekitar Mei lalu.

Menurut Alya, keputusan yang dibuat itu diambil selepas berbincang dengan keluarga dan akui lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa bersikap hipokrit dalam media sosial.

Sumber: Instagram

Netizen Tegur Perbuatan Teguk Air Beralkohol, Wanita Sedar Haram –‘Terima Kasih Untuk Nasihat’

$
0
0

Seorang wanita bertudung mengejutkan ramai orang apabila didakwa selamba meneguk minuman yang dipercayai mengandungi alkohol.

Artikel Berkaitan: Suami Pening Isteri Mengandung Mengidam Nak Minum Arak – ‘Ingat Tuhan Sayang..’

Teguk air haram?

Menerusi rakaman video yang dirakam dan dimuat naik di Twitter @Malaysiaviralll, gadis itu didakwa sedang minum minuman ‘non halal’ di dalam kereta sambil membuat siaran langsung.

Wanita yang memakai selendang berwarna coklat itu memberitahu dirinya sedang ‘down.’

Saya dah macam mental breakdown.

Selain itu, gadis terbabit juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pengguna media sosial yang menegur dan menasihatinya.

Ya haram. Akak tahu dik. Terima kasih untuk nasihat ya.

Semestinya tindakan wanita itu mendapat kecaman kerana air itu dikatakan tidak halal untuk diminum oleh individu beragama Islam.

Netizen turut mempertikan perbuatan tidak malu gadis itu yang menayang aksi tidak senonoh kepada khalayak umum.

Benda yang salah tetap salah. Ya faham dalam tekanan, tapi tak semestinya boleh dihalalkan dalam situasi ini.

Orang kita ni mau buat benda haram memang suka show off ke?

Mental pun tak payah buat live pakai tudung sambil minum. Kalau nak minum sangat boleh saja tak ada masalah sebab dia nak sangat. Tapi ini dah memalukan kaum wanita.

Sumber: Twitter

Sanggup Teman Ibu Seharian Bekerja, Anak Bujang Rossa Jadi Kegilaan Gadis –‘Teteh Mau Gak Jadi Mentua Aku?’

$
0
0

Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa meluahkan rasa terharu apabila anak lelakinya, Rizky Langit Ramadhan sanggup menemaninya sepanjang hari di tempat kerja.

Artikel berkaitan: Rossa Sedia Tambah 1 Malam Lagi Konsert, Bawa Rizky Febian & Mahalini

Sangat menghargai dan gembira

Menurut Rossa, baru-baru ini dia berasa tidak bersemangat dan tiada ‘mood’ untuk melakukan sebarang aktiviti harian mahupun keluar bekerja.

Berikutan daripada itu, Rossa mengadu mengenai perasaan tersebut kepada anaknya. Sebagai ibu, Rossa terharu mendengar respons anak bujangnya pada waktu itu. Ujar Rossa, Rizky sanggup menemaninya sepanjang hari ketika bekerja.

Mahu post ini. Saya ingat hari itu saya berasa tidak baik. Perasaan saya lagi ‘low’ dan tidak mempunyai mood untuk melakukan apa-apa sahaja. Terus saya beritahu sama Rizky. Rizky terus kata ‘aku temani deh seharian ibu kerja’. Saya sangat gembira dan menghargai apa yang dia lakukan. Semoga dia diberkati.

Tambah Rossa, dia mahu berkongsi momen ‘sweet’ itu di akaun Instagramnya.

Nak jadi menantu!

Di ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh dan bertanya kepada Rossa mengenai kriteria calon menantunya. Bukan itu sahaja, ada juga yang sukarela menawarkan diri untuk menjadi menantu pelantun suara ‘Hey Ladies’ itu.

Sekadar info, Rizky Langit Ramadhan merupakan anak hasil perkongsian hidup Rossa bersama bekas suami yang merupakan anggota kumpulan Padi, Yoyo. Pasangan tersebut berkahwin pada tahun 2004 dan bercerai pada tahun 2009.

Sumber: Rossa


[VIDEO] ‘Dalam Kelas Make Up Aku, Ko Jangan Banyak Cakap’– Jurusolek Sifatkan Inspektor Sheila Kawan Yang Baik

$
0
0

Nama Inspektor Sheila mula dikenali ramai apabila videonya memarahi anggota bawahan dan orang awam viral di media sosial.

Artikel berkaitan: Pegawai Polis Wanita Hina Anggota Lain Ditahan, Dikenakan Tatatertib & Jalani Pemeriksaan Mental

Terbaru di Tiktok, wanita tersebut dilihat menghadiri kelas solekan bersama jurusolek terkenal, Nurul Shukor. Lebih mencuri tumpuan, karakter Sheila ketika menghadiri kelas tersebut dikatakan sangat berbeza jika dibandingkan dengan video viral sebelum ini.

Sangat mesra

Menerusi rakaman video berdurasi 0:20 saat itu, Sheila kelihatan sangat mesra dan pandai bergurau dengan semua orang yang berada di dalam kelas tersebut. Menurut Nurul, Sheila seorang rakan yang baik dan peramah orangnya.

Walaupun mereka berdua baru mengenali antara satu sama lain, Nurul memberitahu dia sangat menyenangi wanita itu. Tambah Nurul, dia berharap segala urusan Sheila dipermudahkan.

Jangan bersangka buruk. Kalau polis dia boss, dalam kelas make up aku, kau jangan banyak cakap, akulah boss. Anyway Inspector Sheila ni very nice friend. Walau baru mengenali, babah sangat menyenangi beliau! Babah doakan semoga dipermudahkan segala urusannya. Kita perlukan orang seperti beliau dalam angkatan polis kita.

Video

@nurulshukorofficial

Jgn bersangka buruk…. Kalo polis dia Boss , dalam kelas make up aku, ko jgn byk ckp, akulah boss …. !!! Anyway Inspector Sheila ni very nice friend…..walau baru mengenali, babah sgt menyenangi beliau!! Babah doakan Semoga dipermudahkan segala urusannya….. kita perlukan org seperti beliau dlam angkatan polis kita .. classbeautyinfluencerfarmasi… Nak join class make up bersama Nurul Shukor pls DM me…. #farmasicosmetics

? original sound – Nurul Shukor – Nurul Shukor

Terdahulu, Sheila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam. Bukan itu sahaja, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengumumkan perintah tahan kerja terhadapnya.

Sumber: TikTok

Isteri Iklan & Jual Bayi Di Facebook, Suami Pula Sangka Diculik

$
0
0

Gambar sekadar hiasan

Seorang bayi yang baru berusia 10 hari dilaporkan hilang rupa-rupanya telah dijual oleh ibu kandungnya sendiri di platform Facebook.

Artikel Berkaitan: Ibu Tergamak Bunuh Dua Bayinya & Mayat Disimpan Dalam Peti Sejuk

Artikel Berkaitan: Wanita Dalam Pantang Ditemui Mati Dalam Keadaan Masih Memeluk Bayi

Bapa kandung buat laporan polis

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Tribun News, seorang bapa di Jambi, Indonesia melaporkan kes penculikan anaknya kepada pihak polis pada Ahad lalu selepas didapati hilang dari dalam bilik tidurnya kira-kira jam 6 pagi.

Bagaimanapun, bayi tersebut ternyata bukan diculik tetapi sebaliknya dijual kepada sepasang suami isteri untuk dijadikan anak angkat tanpa pengetahuan bapa kandungnya.

Wanita yang berada dalam kesempitan wang itu difahamkan telah mengiklankan anaknya menerusi media sosial Facebook sebelum bayinya lahir lagi. Dia kemudian menerima sebanyak RM2437.80 (8 juta Rupiah) daripada pasangan suami isteri berkenaan.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jambi, Kompol Indar Wahyu Dwi, ibu kandung bayi serta pasangan ibu bapa angkat bayi tersebut telah ditahan oleh pihak polis kerana telah melanggar Akta Perlindungan Kanak-Kanak.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa bagi proses pengambilan anak angkat, ianya perlu melalui keputusan mahkamah dengan mengikut saluran yang betul. Bagaimanapun, ibu kandung bayi tersebut tidak mengetahui tentang proses berkenaan.

Pengambilan anak angkat telah dikawal oleh Undang-undang Perlindungan Kanak-Kanak. Ada mekanisme supaya ia tidak dilakukan secara haram.

Sementara itu, polis berkata pasangan ibu bapa angkat bayi tersebut mengambil keputusan untuk membeli bayi berkenaan kerana mereka belum dikurniakan anak walaupun sudah lama berkahwin.

Tiada motif lain. Kami sudah memeriksa keadaan mangsa ketika ditemui dan menyelidik latar belakang pasangan itu.

Susulan itu, wanita tersebut telah ditahan dan anaknya kini dilaporkan selamat di bawah jagaan bapa kandungnya serta keluarga. Bagaimanapun, bayi itu perlu dibawa ke balai polis setiap hari disusukan ibunya.

Sumber: Tribun News

[VIDEO] KJ Tak Selesa Dengan Gelaran Pangkat, Rela Duduk Saf Belakang Bila Lambat Ke Masjid

$
0
0

Foto: Harian Metro

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin membuat warganet kagum dengan sikap dan tindakannya yang sentiasa merendah diri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Air Mata KJ Menitis Dengar Ucapan Dari Anak-Anak Sempena Hari Bapa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Lembut Juga Pinggang’ – Netizen Terhibur Tengok KJ Menari, Dah Tak Keras

Kurang selesa

Foto: Hot FM

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Hot FM, Khairy yang mesra disapa KJ bercerita, ketika beliau menjadi menteri terdapat dua perkara yang membuatnya kurang selesa antaranya adalah gelaran pada pangkat.

Ada dua benda yang saya ingatlah dulu yang saya kurang selesa. Yang pertama apabila orang nak memperkenalkan diri, mereka sebut gelaran mereka sekali. Contoh saya Datuk.. Saya tak selesa, cakaplah nama sahaja.

Selain itu, KJ juga meminta pegawai-pegawainya untuk tidak menyediakan saf khas di bahagian depan ketika menunaikan solat di masjid.

Yang kedua, yang ini saya minta pegawai saya hentikan perkara ini dahulu. Bila kita pergi solat, selepas itu ada yang khaskan tempat solat di bahagian depan.

Kalau datang lewat sepatutnya dekat belakang sahajalah. Sama sahaja kita dalam masjid itu. Saya tak akan duduk depan.

Dalam pada itu, AG dan Johan secara berseloroh merendah diri dengan berkata mereka juga meninggalkan gelaran ‘Datuk’ di rumah.

‘Salute dengan KJ’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap rendah diri bekas Ahli Parlimen Rembau tersebut terutama ketika beliau bertindak adil dengan tidak mementingkan diri ketika mengerjakan ibadah di masjid.

Dalam pada itu, warganet juga mahu pihak Hot FM mengekalkan gabungan KJ bersama-sama penyampai-penyamai Bekpes Hot.

@hotfm976_

Salute lah dekat Chief @Khairykj ! Sangat-sangat humble bila cakap pasal pangkat ni! Tapi, lain pulak @AGAzmeer ya? Nak tolak tawaran Datuk! Gerammm je! ?? #KJJadiDJ #BekpesHot #JohanKiniDiHotFM #YangHangatDanTerbaik #hotfm

? original sound – Hot FM – Hot FM

Sumber: TikTok 

[VIDEO] Jep Dedah Tak Dijemput Ke Majlis Kahwin Shuib & Watie

$
0
0

Tidak nampak kelibat penyampai radio, Jep Sepahtu di majlis perkahwinan Shuib bersama Watie Hanifiah pada 23 Jun lalu menjadi bualan warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: Watie Dedah Masa Bercinta Tak Pernah Keluar Berdua, Sifatkan Shuib ‘Suami Kiriman Tuhan’

Artikel Berkaitan:  ‘Bangun Pagi Know Know Dah Ada Suami’ – Watie Hanifiah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leher Watie Terdedah, Shuib ‘Sweet’ Tutup Guna Tangan

Kenapa tak pergi?

@ichanurintashah Jep live ptg smlm part 1 of 3. Like dan komen ye gaiss. #jeptapan #jepsepahtu #fyp #fyp??viral #foryoupage #masukberandafyp? #masukberanda #masukberandafyp #masukberandamu #viral #tiktokmy #tiktokmalaysia #tiktoksg #pelawakmalaysia ? original sound – nurinnatashah??

Terbaru, Jep, 38, akhirnya tampil menjawab spekulasi itu menerusi siaran langsung di akaun TikTok. Menerusi video yang dimuat naik semula, dilihat pengikut bertanya kepada Jep mengenai kenduri kahwin Shuib.

Jep, kenapa tak pergi Shuib kahwin?

Pemilik nama Muhd Nadzri Zainal Abidin mendedahkan dirinya tidak menerima jemputan daripada Shuib.

Oh saya tak dijemput.

Jawapan ‘straight forward’

Di ruangan komen, rata-rata netizen berpuas hati dengan jawapan suami kepada aktres, Sari Yanti yang tidak berkias langsung.

Pada 23 Jun lalu, pemilik nama Shahmira Muhamad sah menjadi suami kepada usahawan, Watie, dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Heights.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Sumber: TikTok

Hamil 36 Minggu, Dr Halina Dimasukkan Ke Hospital Sebab Demam Denggi

$
0
0

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa isterinya, Dr Halina terpaksa ditahan di wad hospital ekoran deman denggi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Sheikh Muszaphar Pandai Jaga Anak-Anak, Netizen Cakap Bertuah Dr Halina – ‘Ayah & Suami Idaman’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dua Puteri Dr Sheikh Muszaphar Ambil Lesen ‘Scuba Diving’, Netizen Cemburu Tengok

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Miliki Ketinggian 163cm Di Usia 12 Tahun, Netizen Puji Kecantikan Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar

Demam denggi

Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu bahawa mereka sekeluarga terpaksa menyambut Hari Raya Aidiladha di hospital kerana isterinya mengalami gejala batuk yang berpanjangan dan demam panas.

Memandangkan usia kandungan Dr Halina sudah mencecah 36 minggu dan boleh bersalin pada bila-bila masa, Dr Sheikh Muszaphar berkata isterinya terpaksa ditahan di wad dan dipantau oleh doktor.

Dr Halina kurang sihat. Sejuk menggigil. Suhu 39. Batuk tidak berhenti sejak beberapa hari lalu. Dr Imelda suruh admit untuk iv antibiotik dan memantau keadaan bayi. Malam raya pula tu. Sekarang dah 36 minggu dan boleh bersalin bila-bila masa.

Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar memuat naik sebuah video di Instagram mengenai perkembangan terkini keadaan isterinya di hospital. Ujar Dr Sheikh Muszaphar, isterinya mengalami demam denggi buat kali yang kedua.

Ini kali kedua Dr Halina kena denggi. Tak tahu dari mana dia dapat. Darah man is kot. Ibu dan anak sedang dipantau. Demam masih ada. Semoga Dr Halina kuat dan segala urusan dipermudahkan.

Video

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar

‘Kami Akan Kongsikan Bila Sampai Waktunya’– Neelofa Belum Bersalin Anak Kedua

$
0
0

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa berkongsi perkembangan terkini selepas dimasukkan ke hospital, pada Khamis.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Beritahu Neelofa Dah Masuk Wad

Tak bersalin lagi

Terbaru, Neelofa menyatakan dirinya masih belum melahirkan cahaya mata kedua. Menerusi Instagram Story, Neelofa, 34, berkata tujuan dia ke hospital adalah atas nasihat doktor serta untuk pemantauan kesihatan.

Salam semua. Alhamdulillah keadaan saya semuanya baik dan masih menghitung hari untuk menyambut anak kedua.

Ramai yang sangkakan kemasukan saya ke hospital kerana sudah selamat melahirkan. Namun, saya di hospital beberapa hari atas nasihat doktor dan tujuan pemerhatian kesihatan saya.

Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor memberitahu dia dan suami, PU Riz akan berkongsi mengenai kelahiran adik kepada Muhammad Bilal secara rasmi apabila tiba waktu yang tepat.

Sebelum ini, Pu Riz mendedahkan Neelofa sudah ditahan di wad dan akan bergegas pulang sejurus selesai mengendalikan sebuah program televisyen bersama teman gandingannya, Fakhrul Radhi.

Untuk info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.

Sumber: Instagram

[VIDEO] Uyaina Menangis Terharu Suami Beri Kata Semangat & Doa Ketika Siaran Langsung Dangdut Academy Asia 6

$
0
0

Umum mengetahui, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad kembali mengacara program D’Academy Asia 6 di Indonesia. Sebagai salah seorang hos, Uyaina dilihat sangat komited terhadap kerjayanya meskipun terpaksa berjauhan dengan suami tercinta, Raja Syahiran.

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Naikkan Gaji Hos!’ – Netizen Puji Uyaina & Jirayut Bantu Terjemah Pelbagai Bahasa Untuk Peserta Program Dangdut

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Saksi Tengok ‘Struggle’ Mak, Gadai Barang Emas Untuk Besarkan 4 Anak Seorang Diri

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Kisah Digelar Terpaling Ibu’ – Uyaina Arshad

Sentiasa beri sokongan

Menerusi konsert Top 30 group yang keempat semalam, Raja Syahiran dilihat tampil di studio Indosiar bagi memberikan sokongan terhadap Uyaina. Lebih mencuri tumpuan, Uyaina kelihatan sebak sebaik sahaja mendengar sokongan dan doa yang diberikan oleh suaminya ketika pertandingan tersebut bersiaran secara langsung.

Ujar Uyaina, dia sangat beruntung kerana mempunyai suami yang baik dan sentiasa menyokong minatnya. Berbicara lebih lanjut, Uyaina berkata suaminya sangat kagum melihat kesungguhan semua orang yang terlibat dalam pertandingan D’Academy Asia 6 tahun ini.

Dia cakap, ‘gilalah show you. Dahsyat sangat energy semua orang. I culture shock sekejap’. Haha! But you were great, love! Habis semua orang dekat sini panggil dia hubby juga. Btw, ada yang nonton?

Video

Sumber: Uyaina Arshad


Muat Naik Foto Pakai Serban & Berjubah Putih Di IG, Atiq Azman Nak Tengok Komen Netizen

$
0
0

Sebelum ini, nama pelakon, Atiq Azman menjadi sebutan netizen gara-gara tindakannya memuat naik beberapa foto yang mendedahkan aurat di media sosial.

Berikutan daripada itu, Atiq berkata dia tidak kisah sekiranya netizen mahu menegur dirinya, namun seeloknya dengan cara yang baik dan bukan menghina.

Artikel berkaitan: Atiq Azman Berang Dilabel Budak Tahfiz Yang ‘Teruk’ – ‘Habis Itu, Pangkat Ustaz Yang Liwat?’

Artikel Berkaitan: Posing Tepi Pantai Sambil Tayang ‘Sixpack’, Netizen Tegur Atiq Azman -‘Dulu Acah Jaga Aurat’

Artikel Berkaitan: Ramai Artis Lelaki Kongsi Gambar Sebegitu, Kenapa Tak Kena Kecam?’ – Atiq Azman Benci Dituduh ‘Gay’

Nak tengok komen

Terbaru, Atiq memuat naik foto dirinya memakai jubah putih dan serban di Instagram. Menerusi kapsyen foto tersebut, Atiq dipercayai ingin melihat komen dan reaksi netizen apabila dia berpenampilan sebegitu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berkata mereka memberi teguran buat Atiq disebabkan rasa sayang. Bukan itu sahaja, mereka mahu pelakon drama ‘Nur’ ini sedar mengenai aurat lelaki dan mengelakkan dirinya daripada menjadi mangsa fitnah.

Di samping itu, netizen turut memberi nasihat kepada Atiq agar sentiasa berlapang dada dan menerima teguran yang diberikan.

Sumber: Atiq Azman

Nad Zainal Beri Bayangan Sedang Hamil? -‘Nak Zoom Perut La Tu’

$
0
0

Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon Nad Zainal mencuri perhatian selepas memuat naik sekeping gambar seakan menampakkan ‘baby bump’.

Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Kekwat’ Dengan Peminat, Ungku Ismail Anggap Ramai Gadai Pahala Puasa

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Buat Muka ‘Slumber’ Ketika Disapa, Netizen Dakwa Nad Zainal Dan Suami Tak Mesra Peminat – ‘Senyum Pun Tidak’

Hamil?

Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memuat naik gambar itu bagi mempromosikan sebuah jenama produk.

Bagaimanapun, gambar tersebut mencuri perhatian ramai apabila perutnya kelihatan sedikit besar sekali gus menimbulkan dakwaan aktres itu sedang hamil.

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, isteri lepada aktor Ungku Ismail itu memuat sekeping gambar berserta kapsyen ‘nak zoom perut la tu’.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bertanyakan kepada Nad adakah benar dia sedang hamil atau tidak.

Malah, segelintir wargamaya turut menyampaikan ucapan tahniah sekiranya ibu kepada dua cahaya mata itu sedang berbadan dua.

Terdahulu, Nad mengejutkan orang ramai apabila tiba-tiba mengumumkan sudah pun bernikah dengan Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.

Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Namun, perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila Nad mengesahkan telah bercerai pada September lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, berusia setahun.

Sumber: Instagram

[VIDEO] Watie Dedah Shuib Tak Izin Menyanyi Di Majlis Kahwin, Netizen Puji Suara –‘Dengar Sampai 5 Kali’

$
0
0

Usahawan, Watie Hanifiah mendedahkan dia ingin menghiburkan tetamu yang hadir ke majlis pernikahan namun suaminya, Shuib tidak mengizinkan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jep Dedah Tak Dijemput Ke Majlis Kahwin Shuib & Watie

Artikel Berkaitan: Watie Dedah Masa Bercinta Tak Pernah Keluar Berdua, Sifatkan Shuib ‘Suami Kiriman Tuhan’

Artikel Berkaitan:  ‘Bangun Pagi Know Know Dah Ada Suami’ – Watie Hanifiah

Tak bagi menyanyi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Watie akui pernah mempersoalkan kenapa dia tidak boleh menyanyi sedangkan penyampai radio itu meletakkan ciri-ciri itu sebagai syarat utama.

Boleh la lepas kempunan sebab masa majlis perkahwinan haritu dia tak bagi isteri dia menyanyi.

Bukan senang sebenarnya si suami (Shuib) nak bagi isteri dia menyanyi. Sampai kan kadang-kadang tanya dekat dia, awak kata cari pasangan yang pandai menyanyi tapi kenapa tak bagi saya menyanyi? Saya nyanyi tak sedap ke?

Bagaimanapun, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah terharu apabila Shuib memberi ‘green light’ untuk dirinya mendengdangkan lagu Cinta Tak Harus Memiliki nyanyian asal kumpulan ST12.

Di hantaran itu, Watie, 35, memuat naik video yang memaparkan Shuib sedang bermain gitar di dalam sebuah bilik dengan pencahayaan samar-samar.

Tapi malam tadi dia baik hati. Buat pertama kali dia sudi main gitar sambil dengar isteri dia nyanyi.

Netizen suka suara Watie

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyangka Watie mempunyai bakat terpendam selain memuji kelunakan suara.

Pada 23 Jun lalu, pemilik nama Shahmira Muhamad sah menjadi suami kepada usahawan, Watie, dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Heights.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Sumber: Instagram

‘Paru-Paru & Satu Badan Bengkak Penuh Air, Jantung Sangat Lemah’– Pereka Fesyen Razman Masuk Hospital

$
0
0

Di Instagram, pereka fesyen terkenal Razmi berkongsi berita sedih di mana sahabat baiknya Razman telah dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami masalah paru-paru dan jantung.

Jantung lemah

Menurut Razmi, Razman pada mulanya ditempatkan di zon merah kerana keadaannya sangat kritikal pada waktu tersebut. Tidak lama kemudian, Razman telah dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) bagi tujuan pemeriksaan yang selanjutnya.

Ujar Razmi, paru-paru dan seluruh badan Razman menjadi bengkak dan dipenuhi dengan air. Manakala, jantungnya pula berada di tahap yang lemah.

Tambah Razmi, doktor pakar sedang mencari punca sebenar dan buat masa sekarang sahabatnya itu berada di bawah pemantauan doktor.

Menerusi Instagram Story, Razmi turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua orang yang mendoakan Razman kembali sihat.

Mana yang datang dan doakan, terima kasih. Semoga Allah balas jasa anda semua.

Air tak boleh minum banyak

Terbaru, Razmi telah memuat naik perkembangan terkini mengenai keadaan Razman. Jelas Razmi, sahabatnya itu telah dipindahkan ke Unit Penjagaan Coronary (CCU) semalam.

Tadi pakar dah sahkan jantung dia lemah. Sekarang kena makan ubat jantung, air tak boleh minum banyak. Jantung lemah tak boleh pump.

Sumber: Razman Razmi

‘Papa Doa Supaya Allah Tutup Pintu Hati Adik Ke Atas Mana-Mana Lelaki Kecuali….’

$
0
0

Sempena ulang tahun kelahiran Marissa Dania yang ke-18, pelakon, Norman Hakim berkongsi semula momen yang tidak boleh dilupakan olehnya dan bekas isteri, Abby Abadi.

Menurut Norman, anak gadisnya itu dilahirkan di dalam kereta.

Momen yang tidak boleh dilupakan

18 tahun lepas Allah pilih mama untuk lahirkan adik dalam kereta dan pilih papa untuk sambut kelahiran adik juga dalam kereta. Momen yang takkan papa lupakan seumur hidup. Hari ni walau dah 18 tahun, momen tu macam baru je semalam berlaku. Bezanya adik dah besar cantik depan mata Alhamdulillah.

Selain berkongsi momen tersebut, Norman turut memberitahu bahawa Marissa merupakan anak yang solehah, bijak dan sangat berdikari. Sebagai seorang bapa, Norman berkata dia sentiasa melakukan solat hajat dan berdoa untuk semua anak-anaknya.

Hari-hari papa tak pernah miss solat hajat doakan untuk semua anak-anak papa. Khusus untuk adik, hari-hari papa doa supaya Allah tutup pintu hati adik ke atas mana-mana lelaki kecuali nawaitu lelaki itu tulus dan ikhlas nak jadi imam buat adik dan bimbing adik ke Jannatul Firdausi.

Di akhir perkongsian, Norman berharap anaknya itu sentiasa berada dibawah lindungan Allah.

Sanah Helwah Selamat Ulangtahun kelahiran ke-18 adik. Mohon Allah sentiasa lindung adik dengan rahmat dan kasih sayangNya.

Sumber: Norman Hakim

Viewing all 34778 articles
Browse latest View live