Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 34857 articles
Browse latest View live

Sharnaaz Ahmad Perli Penerbit Malaysia? -‘Inilah Bila Musibat Yang Salah Jadi Nakhoda’

$
0
0

Baru-baru ini, aktor popular Korea Selatan Lee Jung Jae dilaporkan meminta bayaran sebanyak AS$1 juta bersamaan sekitar RM4.6 juta untuk setiap episod bagi siri terbaharu drama Squid Games 2.

Artikel Berkaitan: Dinobatkan Sebagai Hero Malaya Idaman Wanita, Sharnaaz Ahmad Bergurau -‘Dah Habis Pikiaq Ke?’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Shooting Filem Polis Evo 3 Ketika Rumah Tangga Bergolak – ‘Waktu Itu Fasa Sukar Dalam…’

Difahamkan juga, pihak penerbit drama bersiri popular Netflix itu bersetuju dengan permintaan tersebut sekali gus menjadikan Jung Jae sebagai aktor yang tertinggi menerima bayaran.

Musibat jadi ketua?

Sementara itu, berita tersebut telah berjaya menarik perhatian aktor tanah air iaitu Sharnaaz Ahmad apabila dia dilihat berkongsi semula berita berkenaan di Instagram Stories (IG Story) miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Sharnaaz seakan memberi pujian kepada penerbit Korea Selatan yang sanggup memenuhi permintaan bayaran para pelakon.

Namun sebaliknya, apabila aktor itu seperti memerli penerbit yang ada di Malaysia serta berkata para pelakon tempatan terpaksa mengejar bayaran bagi lakonan mereka.

Malah, pelakon filem Polis Evo 3 itu menyifatkan masalah bayaran timbul disebabkan dipimpin oleh ketua yang salah.

Malaysia masih kejar bayaran? Inilah bila musibat yang salah jadi nakhoda (ketua).

Terdahulu, Sharnaaz pernah mengemukakan pendapat mengenai budaya melenjan pelakon dan kru produksi dengan mempertikai sikap segelintir produser yang disifatkan tamak semata mata mahu menjimatkan kos.

Jelas Sharnaaz bayaran yang diterima oleh pelakon dan kru bukan menjadi tiket untuk mereka dilenjan.

Sumber: Instagram


Ibu Engku Emran, Mentua Noor Nabila Meninggal Dunia

$
0
0

Kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila berkongsi berita duka di Instagram Story.

Meninggal dunia

Menerusi hantaran video yang dimuat naik, Nabila memaklumkan ibu kepada Engku Emran iaitu Hajah Salmah Abu Bakar telah meninggal dunia, pada pagi Ahad.

Usahawan berumur 38 tahun itu memohon agar orang ramai sedekah Al-Fatihah.

Terdahulu, Nabila dan Engku Emran didakwa sudah tidak tinggal sebumbung dan dalam proses perceraian selepas dua tahun berumah tangga.

Sekadar info, Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres jelita, Erra Fazira dan memiliki cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.

Kemudiannya, Engku Emran berkahwin dengan aktres Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahaya lelaki, Jebat Jayden.

Sumber: Instagram

‘Kepada Pak Cik Zaki Yamani, Awak Dah Buat Saya Kena Marah & Huru Hara Nama Saya Hari Ini’

$
0
0

Di Instagram, penyanyi, Zaki Yamani memberi penjelasan bahawa teguran yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Twitter, semalam bukan ditujukan kepada dirinya.

Huru hara nama saya hari ini

Kepada pak cik Zaki Yamani, awak dah buat saya kena marah dan huru hara kan nama saya harini. Siapa nak jawab bila ayah saya dah sound saya ni.

Menurut Zaki, hidupnya menjadi huru hara apabila ramai orang salah sangka dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri. Ujar Zaki, ayahnya iaitu Datuk Jamal Abdillah turut salah sangka dengan kenyataan tersebut selain menegurnya agar tidak mencampuri urusan berkaitan politik.

Terdahulu, Anwar memuat naik satu ciapan di mana beliau memohon Zaki Yamani untuk membuat permohonan maaf dalam kadar segera.

Individu yang dimaksudkan oleh Anwar ialah seorang pengguna Twitter yang menulis ciapan biadab berhubung keadaan kesihatan presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini berada di hospital.

Sumber: Zaki Yamani

Afgan Kembali Gegar Kuala Lumpur Disember Ini

$
0
0

Nama penyanyi terkenal Indonesia, Afgan tidak perlu diperkenalkan lagi. Sejak di awal kemunculannya, bintang berusia 34 tahun ini berjaya memukau pencinta muzik dengan deretan lagu yang dihasilkan.

Tidak hanya mengecap kejayaan luar biasa di negara kelahirannya, Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza turut mencipta fenomena di Malaysia. Selain lagu, kualiti vokal dimiliki membuatkan ramai yang kagum dan jatuh cinta.

Artikel Berkaitan: Alami Depresi, Afgan Pulih Selepas Jumpa Psikiatri

Kembali ke rumah kedua

Seiring kematangan usia pembabitannya dalam industri muzik Indonesia yang sudah mencecah 15 tahun, Afgan juga menjadi antara penyanyi yang kerap mengadakan konsert solo termasuk di Malaysia.

Justeru, kejayaan konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu menjadi penanda aras baharu Afgan untuk terus berkarya dan menghiburkan peminat setianya di sini.

Atas sambutan dan permintaan ramai, Afgan bakal kembali menggegarkan Kuala Lumpur menerusi Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Plenary Hall, KLCC pada 2 Disember 2023 yang dibawakan secara eksklusif oleh penganjur, Renjana Idea.

Afgan yang baru selesai menjayakan konsert Afgan Evolution Live In Jakarta, semalam (1 Julai) berkata, dia teruja dan tidak sabar untuk kembali ke Malaysia bagi menghiburkan seluruh peminat.

Tidak dinafikan, Malaysia ibarat rumah kedua saya dalam berkarya. Setiap lagu saya diterima baik dan mendapat sambutan menggalakkan oleh peminat. Apatah lagi setiap kali saya menjayakan konsert di Malaysia, peminat tidak henti-henti memberikan sokongan. Itu satu penghormatan buat saya.

Sejujurnya, saya juga tidak menjangka penganjur sekali lagi memilih saya untuk mengadakan konsert selepas Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu. Namun, saya percaya mereka ada alasan tersendiri. Selain saya juga senang bekerjasama dengan mereka.

Apa boleh dikatakan, untuk Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) ini,ia sesuatu yang cukup mengujakan kerana buat pertama kali saya bekerjasama dengan pemuzik daripada Malaysian Philharmonic Orchestra.

Apabila dimaklumkan mereka bersetuju untuk menjayakan konsert ini, bagi saya it’s amazing! Tidak sabar rasanya untuk menghiburkan peminat nanti.

Diiringi MPO

Sementara itu, Pengarah Urusan Renjana Idea, Aliya Arisya Anuar berkata, pihaknya berbesar hati kerana Afgan sekali lagi menerima pelawaan dan bersetuju untuk menjayakan konsert di sini.

Kali ini kita mahu memberikan kelainan pada konsert Afgan. Tidak seperti dulu yang mana tahun ini persembahan Afgan akan diiringi oleh MPO. Saya pasti deretan lagu popular Afgan itu menjadi lebih hebat dengan iringan pemuzik MPO. 

Jadi, kepada semua yang tak dapat nak menyaksikan konsert sebelum ini, jangan lepaskan peluang untuk hadir pada Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO). Kami menjanjikan persembahan hebat daripada Afgan.

Berbeza dengan konsert sebelum ini, pada Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal menyaksikan Afgan menyanyikan lagu-lagu popularnya.

Menariknya juga, pada konsert ini turut menghiburkan peminat adalah penyanyi jemputan yang bakal diumumkan penganjur kelak.

Tiket menyaksikan konsert Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) mula dijual pada 5 Julai 2023, jam 10 pagi, di website GoLive Asia.

Cubaan Bunuh Diri, Seorang Lelaki Bertindak Kelar Leher Sendiri & Tarik Keluar Usus

$
0
0

Seorang lelaki yang difahamkan mengalami masalah mental bertindak kejam ke atas diri sendiri di hadapan sebuah restoran di Taman Suria pada malam Khamis.

Artikel Berkaitan: Tular Video Wanita Sakit Mental Lahirkan Bayi Di Tepi Jalan, Netizen Desak Buat DNA Cari Pelaku

Artikel Berkaitan: Rakam Video Luah Rasa Cinta & Hantar Kepada Suami Sebelum Bunuh Diri, Penemuan Surat Bongkar Segalanya..

Artikel Berkaitan: Bapa Bunuh Diri Lepas Campak 3 Anak Dari MRR2, 2 Disahkan Meninggal Dunia

Masalah mental

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek berusia 32 tahun itu dijumpai dalam keadaan lemah dan terbaring di tepi jalan pada jam 10:53 malam.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, suspek dilihat menikam perutnya sendiri, menarik usus keluar dan mengelar leher.

Lelaki tersebut dirujuk ke doktor psikiatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Difahamkan, suspek didakwa cuba membunuh diri dalam keadaan dirinya yang tidak stabil.

Sumber: Sinar Harian

Wanita Maut Disyaki Ditikam Bekas Suami Di Rumah Sewa

$
0
0

Seorang peniaga maut dipercayai ditikam oleh bekas suaminya dalam satu kejadian di Taman Desa, Pasir Tumboh, pada pagi Ahad.

Bunuh sebab cemburu

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut dipercayai berpunca akibat cemburu kerana mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan mempunyai teman lelaki dan suspek (bekas suami kedua) ingin mengajak mangsa kembali bersamanya.

Kejadian tersebut disedari salah seorang jiran mangsa yang melihat kehadiran ambulans dan trak polis di perkarangan rumah sewa mangsa.

Kami diberitahu beberapa individu mengenai penemuan mayat wanita yang didakwa ditikam di rumah itu, manakala seorang lelaki didapati cedera parah dalam rumah sama.

Suspek bekas suami kedua mangsa

Mangsa yang mengalami 13 kesan kecederaan pada tubuh disahkan meninggal dunia di dunia manakala suspek yang mengalami kecederaan di bahagian perut dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Polis turut merampas satu pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Menurut sumber, mangsa merupakan ibu tunggal kepada tiga anak (14 hingga 24 tahun) hasil perkahwinan bersama suami pertamanya manakala suspek adalah suami kedua mangsa dan telah berpisah sejak enam tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian

Budak Lompat Dari Tingkat Lima, Dipercayai Tak Tahan Dipukul Ibu

$
0
0

Foto: South China Morning Post

Seorang kanak-kanak lelaki bertindak melompat dari tingkat lima di sebuah blok rumah pangsa untuk melarikan diri daripada ibunya yang dipercayai sering memukulnya.

Artikel Berkaitan: Ibu Dera & Kurung Anak Dalam Sangkar Anjing, Disyaki Cuba Membunuh

Artikel Berkaitan: Dera Anak Kerana Terlalu Nakal, Pasangan Jual Nasi Lemak Ditahan Polis

Kejadian sempat dirakam

Foto: South China Morning Post

Insiden yang berlaku di Anhui, China tersebut berjaya dirakam oleh orang awam dengan menyaksikan kanak-kanak itu melompat dari penyaman udara di bahagian luar blok kediaman tersebut. Kejadian itu berlaku dipercayai selepas ibunya yang berada dalam rumah memukulnya beberapa kali menggunakan kayu.

Difahamkan individu yang merakam kejadian berkenaan menjerit meminta wanita itu untuk berhenti memukul anaknya sebelum kanak-kanak tersebut bertindak untuk terjun. Video itu kemudian mendapat lebih daripada 10 juta tontonan di platform Weibo.

Menurut pihak polis, kanak-kanak lelaki itu dikejarkan ke hospital dan didapati tulangnya patah di beberapa bahagian badan.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan yang disiarkan di akaun rasmi media sosial polis telah mencetuskan kemarahan orang ramai apabila penyiasat berkata ibu kanak-kanak itu bertindak memukulnya kerana mahu memujuk dia untuk masuk semula ke dalam rumah selain bimbang dia mungkin terjatuh.

Memetik laporan Jiupai News pula, seorang kakitangan dari Persekutuan Wanita China mendakwa bahawa ibu kanak-kanak itu hanya ‘main-main’ untuk memukulnya dan percaya bahawa dia telah terjatuh dari bangunan secara tidak sengaja.

Sementara itu, kejadian tersebut juga mendapat pelbagai reaksi warganet yang mengecam tindakan wanita itu kerana memukul anaknya dan mendakwa kanak-kanak berkenaan pasti berada dalam ketakutan sehingga sanggup terjun.

Sumber: South China Morning Post

[VIDEO] Bapa Bankrap, Ibu Sanggup Gadai Cincin Beli Ayam Goreng Untuk Nikita Willy

$
0
0

 

Pelakon terkenal Indonesia, Nikita Willy berkongsi tentang pengorbanan ibunya ketika keluarga diuji dengan masalah kewangan.

Artikel Berkaitan: Tak Nak Jumpa Ramai Orang, Nikita Willy Pilih Bersalin Di Amerika Syarikat

Artikel Berkaitan: Kurang Tidur & Tidak Sempat Bersolek, Nikita Willy Akui ‘Postpartum’ Sukar

Tak cukup duit

Menerusi temu bual program Curhat Bang Denny Sumargo di platform YouTube, Nikita berkata keluarganya pernah jatuh bankrap.

Ketika itu ayah saya jatuh bankrap dan kami tak punya duit yang cukup. Saya sendiri tidak tahu berapa sebenarnya duit yang tinggal.

Lebih menyayat hati, demi memenuhi keinginan seorang anak, ibu aktres ini pernah menggadaikan cincin semata-mata untuk membeli ayam goreng untuknya.

Saya beritahu ibu saya nak sangat ayam goreng, ketika itu saya sedang menghadiri uji bakat. Ibu saya menyuruh saya untuk teruskan uji bakat sambil itu dia pergi beli ayam goreng.

Saya baru tahu, rupa-rupanya dia menjual cincin untuk beli ayam goreng itu untuk saya.

Dalam pada itu, Nikita atau nama sebenarnya Nikita Purnama Willy berkongsi ketika berusia 18 tahun dia mahu tinggal berasingan, namun setelah dewasa dia merindui momen bersama keluarga.

Apabila saya sudah berkahwin dan tidak tinggal sekali dengan ibu, baru saya sedar saya tidak sepatutnya tinggalkan rumah ketika usia remaja.

Sekarang apabila sudah menjadi ibu baru saya tahu betapa susahnya pengorbanan seorang ibu.

Untuk info, aktres berusia 29 tahun itu berkahwin dengan ahli perniagaan tersohor iaitu Indra Priawan Djokosoetono pada 16 Oktober 2020 di Jakarta dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia setahun.

@indahfqog7s

#nikitawilly #nikita #curhatbangdennysumargo #foryou #xzybca? #fyp #fyp?

? somewhere only we know – speed – INDRAGERSN

Sumber: TikTok


[VIDEO] Adira ‘Naik Angin’ Lelaki Miang Mesej Ajak Skandal – ‘Kalau Nak Dari Dulu Lagi Saya Cari’

$
0
0

Penyanyi Adira Suhaimi mendedahkan dia ada menerima mesej daripada seorang lelaki tidak dikenali yang menawarkan diri untuk menjadi ‘kekasih gelap’.

Artikel Berkaitan: ‘Sayang Kamu Dunia Akhirat’- Adira Suhaimi Tayang Kemesraan Pimpin Tangan Madu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Suhaimi Nafi Bercerai, Masih Bahagia Dengan Datuk Red

‘Tolong hormat’

Berang dengan kelakuan tidak senonoh individu tersebut, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkongsi mesej itu di TikTok dengan menyifatkan perbuatan individu berkenaan melampaui batas.

Menerusi tangkap layar yang dipaparkan oleh Adira, individu itu bukan sahaja menawarkan diri untuk menjadi skandal malah dia memberikan nombor telefon bimbitnya.

Saya bukan jenis melayan benda-benda negatif atau perkara yang tidak mendatangkan duit, tapi saya rasa ini dah melampau.

Penyanyi berusia 31 tahun itu menegaskan bahawa dia adalah seorang yang selalu bergurau namun mesej tersebut tidak sewajarnya dihantar kepada seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga.

Berani awak ya? Saya boleh bergurau tetapi bukan cara macam ini.

Kalau saya nak cari skandal, dari dulu lagi saya akan cari. Tak perlu saya tunggu sampai beranak-pinak macam ini.

Kau jangan ingat benda-benda macam ini boleh bawa bergurau.

Dalam pada itu, pelantun lagu Takdir Tercipta ini memberi amaran bahawa dia akan mengambil tindakan dengan membuat laporan polis andai dia menerima lagi mesej yang sama daripada mana-mana individu.

Saya buat video ini supaya tak ada lagi mana-mana ‘jantan’ yang berani direct message saya. Selagi di Malaysia ada undang-undang jangan pernah berani, tolong hormat.

Selepas ini kalau ada lagi yang berani direct message saya macam ini, saya tak akan teragak-agak untuk buat laporan polis.

Sekadar info, Adira bernikah dengan ahli perniagaan, Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

@adira.suhaimi

penting sangat adab tu sebenarnya . jangan dibawa bergurau benda benda begini … AWAS ! sekali lagi kau ah .. #fyp

? original sound – adira.suhaimi – adira.suhaimi

Sumber: TikTok

[VIDEO] Nonny Nadirah Kembali Bertudung, Mila Syukur Dapat Jumpa Selepas 3 Tahun –‘Jangan Hilang Lagi’

$
0
0

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin berkongsi pertemuan dengan rakan baiknya, Nonny Nadirah selepas tiga tahun aktres itu menghilangkan diri.

Artikel berkaitan: Sakan ‘Joget’ Dalam Kereta, Nonny Nadirah Selesa Jadi Diri Sendiri

Artikel Berkaitan: ‘Minta Maaf. Yang Tak Baik Itu Saya’ – Nonny Nadirah

Dah lama cari

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Mila bersyukur apabila dapat bertemu dengan sahabat yang dirindui. Kata Mila, 35, dia hampir untuk menjejaki Nonny namun usaha itu terpaksa ditangguh kerana tidak diberi alamat rumah yang lengkap.

Masya-Allah saya tak sangka sebab saya dapat berjumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari.

Nasib baik tak sampai depan rumah dia, dah nak pergi mujur dia tak bagi alamat. Kalau dia bagi alamat, dah sampai dah.

Aku sayang kau

@milajirin_bizmilla SAHABAT tak ada setiap masa disisi tetapi AKAN ADA disisi bila diperlukan ?? #NonnyNadirah ? Thank You Allah – Maher Zain

Dalam rakaman itu, pemilik nama Nonny Nadirah Zainuddin tampil berpakaian serba hitam serta sudah kembali berhijab.

Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin turut berharap agar hubungan persahabatan mereka tidak akan putus lagi.

Selepas tiga tahun baru berjumpa. Alhamdulillah.. Aku sayang kau Nonny. Jangan hilang lagi dari radar persahabatan.

Terdahulu, Nonny mencetus kontroversi apabila berkongsi penampilan seksi selain menari di dalam kereta sambil membuat siaran langsung (live).

Tindakannya itu telah menarik perhatian Mila untuk memberi teguran supaya kembali ke pangkal jalan namun tidak dihiraukan.

Sumber: TikTok

Pasangan Kekasih Bertindak Cekik & Tanam Bayi Berusia Lima Hari

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Rezeki dalam memiliki cahaya mata adalah sesuatu yang berharga untuk setiap pasangan. Malangnya, tidak semua menghargainya.

Begitulah kisahnya apabila sepasang kekasih yang bertindak membunuh bayi mereka sendiri yang baru berusia lima hari.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tekup Dia Dengan Bantal Sampai Mati’ – Bapa Bunuh Bayi 3 Bulan, Buang Mayat Dalam Timbunan Sampah

Artikel Berkaitan: Takut Diketahui Keluarga, Ibu Bunuh Bayi Baru Lahir Guna Seluar Dalam

Artikel Berkaitan: Ibu Tergamak Bunuh Dua Bayinya & Mayat Disimpan Dalam Peti Sejuk

Bunuh dan tanam bayi

Menerusi laporan The Sun Daily, sepasang kekasih didakwa membunuh bayi mereka dengan mencekiknya. Bukan itu sahaja, pasangan berkenaan turut menanam bayi malang itu di kawasan pergunungan di Geoje, Korea Selatan.

Difahamkan kedua-dua suspek turut membuat penukaran mengenai pengakuan mereka.

Pada awalnya, mereka mendakwa menemui jasad bayi itu pada 9 September lalu dan menanamnya pada keesokan hari. Namun menukarnya kepada membunuh bayi dan dihanyutkan di sungai.

Walau bagaimanapun, suspek wanita, 30-an dan pasangannya, 20-an itu ditahan pada Ahad lepas atas tuduhan membunuh bayi seawal usia lima hari.

Sumber: The Sun Daily

Awie Dedah ‘Influencer’ Minta Harga Tinggi Melambung, Puji Erra Fazira Profesional Ganti Watak Kecil

$
0
0

Penerbit filem Sue-On, Datuk Awie mendedahkan pada awalnya dia tidak berhasrat untuk memanggil pelakon jelita, Erra Fazira untuk membintangi filem tersebut.

Artikel Berkaitan: ‘Belum Apa-Apa Dah ‘Condemn’ Atas Pentas’ – Ropie Kongsi Pengalaman Kerjasama Dengan Pelawak Baharu

Artikel Berkaitan: Ikut Selera Penonton, Awie Terbitkan Filem Seram Komedi Lagi Berjudul ‘Sue-On’

Influencer mahal

Ketika ditemui OhBulan!, Awie berkata watak yang dimainkan Erra pada asalnya ditawarkan kepada seorang pempengaruh media sosial, bagaimanapun harga yang diminta itu terlalu mahal.

Susulan itu, pihak produksi terpaksa menggugurkan namanya.

Watak Erra itu sebenarnya untuk influencer, tapi demand yang diminta terlalu tinggi. Lebih mahal daripada Erra. Jadi team saya telefeon influncer itu untuk menolak dia.

Kemudian saya terus telefon Erra dan alhamdulillah dia bersetuju. Kebetulan dia tiada kerja waktu itu, tengah free.

Mungkin zaman sekarang, zaman influencer popular dalam media sosial belum tentu pun boleh tarik penonton. Saya hanya tengok gambar sahaja influencer itu.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Sue-On yang berlangsung di Starling Mall, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Awie turut memuji Erra dengan menyifatkan dia sebagai seorang aktres yang profesional.

Watak itu tidaklah besar mana, tapi bila Erra yang pegang terus jadi lain. Itu yang bagusnya bila bagi pada profesional, walau sedikit tapi besar maknanya.

Erra punya bahagian sekejap je, dia datang shooting pun hanya satu hari. Saya tak nak bagi watak kecil macam itu kerana selepas ini ada plan watak besar untuk Erra.

Sue-On merupakan filem pertama terbitan Awie di bawah syarikat Rumah Produksi Merah yang akan ditayangkan di pawagam mulai 6 Julai 2023.

Selain bertindak sebagai penerbit, Awie juga memegang watak utama sebagai Mat Dosa dalam filem seram komedi berkenaan.

Turut membintangi filem tersebut adalah Reen Rahim, Achey, Azlee Senario, Ropie dan ramai lagi.

Aliff Syukri ‘Mengamuk’ Lagi, Dakwa Bekas Menteri Hutang Puluhan Juta

$
0
0

Sebelum ini, usahawan berkontroversi Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kesal apabila seorang usahawan wanita terkenal dikatakan ‘liat’ untuk membayar hutangnya meskipun sudah banyak kali dihubungi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rancak Kongsi Momen Tunai Haji, Aliff Syukri Ditegur Netizen – ‘Tinggal Lah Kejap Media Sosial Ini’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tunai Haji, Baru Terbuka Hati Selepas 15 Tahun – ‘Dengan Kerelaan Diri Sendiri Tanpa Paksaan’

Bekas Menteri berhutang?

Terbaharu, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman mendakwa terdapat seorang lagi individu berpangkat Tan Sri yang cuba mengelak daripada membayar hutang berjumlah puluhan juta ringgit.

Menerusi kemas kini di Instagram, Aliff berkata dia sudah pun menghubungi Tan Sri berkenaan, namun panggilan telefon serta mesej pesanan ringkas yang dihantar tidak dijawab dan dibalas.

Mengejutkan lagi apabila Aliff mendedahkan Tan Seri berkenaan merupakan seorang bekas menteri.

Tak kan bekas menteri macam ini? Saya hubungi dia tak angkat, saya Whatsapp dia tak balas.

Waktu pinjam dulu nak minta bantuan saya, dialah yang terhengeh-hengeh nak jumpa saya.

Siapa kenal Tan Sri ini? Minta dia bayar duit saya yang berpuluh juta itu. Dia mesti kaya sebab bekas menteri.

Menerusi perkongsian tersebut, Aliff turut memuat naik sekeping gambar yang didakwa Tan Sri yang dimaksudkan, namun menutup sedikit wajahnya dengan ‘sticker’.

Pun begitu, ayah kepada enam cahaya mata itu enggan berkongsi secara terperinci, namun berharap posting berkenaan sampai kepada pihak Tan Sri tersebut.

Saya tak mahu cerita perkara sebenar, nanti malu satu keluarga Tan Sri dan keturunan Tan Sri. Jadi saya sabar jelah.

Orang Langkawi mesti kenal dia hartawan Malaysia. Saya minta tolonglah kalau posting ini dilihat oleh anak dia, saudara mara dia ke. Tan Sri tolonglah jangan buat macam ini dah tua. Jangan zalimi saya.

Bapa angkat?

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen berasa terkejut dengan pendedahan tersebut dan dalam masa sama simpati ke atas nasib Aliff.

Dalam pada itu, ada segelintir wargamaya yang mendakwa Tan Sri tersebut merupakan bapa angkat kepada usahawan itu.

Komen berkenaan kemudian mendapat perhatian Aliff dan menegaskan Tan Sri itu bukan lagi bapa angkatnya.

Sumber: Instagram

Fizz Fairuz Nafi Beli Anugerah Perniagaan Terbaik -‘Saya Berniaga, Sambal Sampai Turkiye’

$
0
0

Pelakon Datuk Fizz Fairuz menafikan dakwaan yang mengatakan dia ‘membeli’ anugerah Best Business Award 2023 yang diterimanya dalam majlis Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia 2023, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz Tumbang 7 Ekor Lembu Untuk Raya Haji -‘Sebab Saya Nak 7 Anak’

Artikel Berkaitan: Almy Nadia Berhijab Atas Kemahuan Sendiri – ‘Kini Sampai Masanya Untuk Saya Berhijrah’

Nafi beli

Ketika ditemui OhBulan!, Fizz atau nama lengkapnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, berkata berkemungkinan tuduhan itu dilemparkan netizen disebabkan perniagaan yang diusahakan bersama isteri, Datin Almy Nadia tidak mendapat perhatian umum.

Pun begitu, Fizz menjelaskan dia sama sekali tidak tersinggung mahupun mengambil hati dengan dakwaan tersebut.

Sebenarnya anugerah itu diberikan oleh orang. Ya saya tahu di laman sosial TikTok ramai yang bertanya saya berniaga apa sehingga diberikan anugerah.

Saya bukannya Meerqeen atau Anna Jobling yang orang ramai ikuti setiap perkembangan.

Saya sememangnya ada berniaga, dan ada produk yang saya jual seperti songkok, sambal yang juga sudah sampai ke Turkiye, dan juga produk kecantikan seperti gincu. Ada lima produk yang saya jual.

Takkan semua saya nak cerita pada orang. Tapi saya tidak kecil hati sebab selama saya dalam industri, saya tak pernah sentap.

Saya pun bukan jenis baca komen orang ramai tapi ada dua atau tiga komen saya baca dan balas.

Fizz berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada malam gala tayangan filem Sue-On yang diadakan di Starling Mall, baru-baru ini.

Justeru, Fizz berkata selepas ini dia akan lebih terbuka untuk berkongsi perniagaannya kepada khalayak ramai terutama dalam media sosial.

Mungkin saya pun tidak muat naik banyak mengenai perniagaan saya jadi ramai yang tidak tahu.  Selepas ini mungkin saya akan kongsi lebih banyak.

Bertemakan Faces of Excellence, Anugerah Perniagaan Terbaik Malaysia atau Malaysia Best Business Award 2023 anjuran Media Home Communication menghimpunkan lebih 50 usahawan yang berjaya dalam pelbagai kategori perniagaan masing masing.

Majlis tersebut bertujuan untuk meraikan usahawan sama ada secara individu mahupun syarikat yang berjaya meneruskan usaha masing-masing tatkala ekonomi dilanda cabaran getir tanpa menyerah kalah dan terus berjuang dalam bidang tersendiri.

Abai Notis & Tidak Hadir Beri Keterangan, JPJ Minta Pertolongan Polis Kesan Opai

$
0
0

Isu penggunaan nombor pendaftaran ‘QPA1’ oleh suami pelakon Fatin Afeefa iaitu Opai masih belum selesai dan terbaharu pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meminta bantuan polis mengesan keberadaannya.

Artikel Berkaitan: Pemilik McLaren Cerita Hal Sebenar, Opai Minta Netizen Hantar Nama Untuk Diampunkan ‘Dosa’

Artikel Berkaitan: ‘Atas Jalan Raya Tak Pakai Nombor Plat QPA1’ – Opai

Artikel Berkaitan: McLaren Didakwa Bukan Milik Opai, Nombor Plat Daftar Atas Nama Orang Lain?

Cabar JPJ

Foto: NSTP

Memetik laporan Berita Harian, tindakan itu adalah susulan penggunaan nombor pendaftaran tersebut yang bukan didaftarkan pada kereta McLaren miliknya.

Menurut Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata selepas notis panggilan temu siasat diserahnya pihaknya kepada Opai, dia didapati masih belum menghadirkan diri ke Pejabat JPJ bagi merakam keterangan.

Kita sudah menyerahkan notis itu ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia tidak datang.

Jadi kita meminta bantuan polis kerana mereka ada kuasa untuk mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah.

Dalam pada itu, beliau menganggap tindakan Opai mengabaikan notis temu siasat tersebut sebagai mencabar JPJ dan beliau percaya dia masih berada di ibu negara ketika ini.

Terdahulu, Opai dikecam warganet apabila tular video dia didakwa menghina kereta jenis bukan ‘super car’ pada sebuah acara pertunjukan kereta.

Kemudian kecoh di media sosial apabila terdapat dakwaan Opai menggunakan nombor pendaftaran kenderaan pihak lain pada kereta Mc Laren tersebut.

Susulan itu, pemilik asal kereta berkenaan tampil menjelaskan hal sebenar dengan mendedahkan kereta mewah tersebut sebenarnya sudah dibeli Opai pada November tahun lalu. Bagaimanapun, proses penukaran pindah milik kenderaan masih lagi belum dilakukan.

Sumber: Berita Harian


Bekerja Sambil Kumpul Pahala, Ean & Aishah Bergelar Mutawwif Pada Usia 21 Tahun

$
0
0

Jika kebanyakan anak muda lebih cenderung memilih pekerjaan yang lebih mudah dan menjanjikan gaji yang lumayan tanpa perlu berpenat lelah, berbeza buat dua anak muda, Ean dan Aishah yang membulatkan hati memilih untuk menjadi mutawwif serta mutawifah.

Ean atau nama sebenarnya, Muhammad Aries Sofean Mohd Nor, 21, memilih pengajian berkenaan kerana minat selain menyifatkan pekerjaan itu adalah kerjaya mulia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tunai Haji, Baru Terbuka Hati Selepas 15 Tahun – ‘Dengan Kerelaan Diri Sendiri Tanpa Paksaan’

Artikel Berkaitan: 10 Selebriti Yang Telah Pegang Gelaran Haji & Hajah

Pengalaman mahal

Ean yang merupakan pelajar kumpulan pertama Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di YEG Academy (M) Sdn. Bhd. berkata, pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan adalah menjalani latihan praktikal selama tiga bulan di Mekah dan Madinah.

Tempoh pengajian adalah dua tahun setengah, dua tahun hanya belajar teori selebihnya praktikal di sana. Saya masih ingat, saya adalah pelajar pertama yang dihantar ke Mekah pada bulan Februari 2022.

Waktu itu, sempadan negara baru sahaja di buka selepas penularan virus Covid-19. Perasaan ketika itu saya tidak boleh gambarkan kerana tidak tahu keadaan di sana dan ada atau tidak pekerjaan selepas praktikal memandangkan keadaan pasaran industri haji umrah yang tidak menentu ketika itu.

Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Sepanjang tiga bulan saya merasai sendiri realiti pekerjaan seorang mutawwif, ada manis dan pahitnya.

Pengalaman paling berharga adalah saya dapat ilmu pengurusan jemaah, pengangkutan, penginapan dan ilmu sirah Nabawiah. Semuanya dapat dipelajari dalam tempoh tiga bulan di sana.

Selepas menjalani praktikal, Ean bertekad untuk bekerja sebagai seorang mutawwif dan selepas hanya 15 hari menamatkan latihan praktikal, dia terus ditawarkan pekerjaan tetap di sebuah syarikat pengendali umrah dan haji terkenal.

Biasanya kita dengar keluhan graduan yang sukar dapat kerja selepas tamat belajar, tetapi saya bersyukur Allah beri rezeki untuk saya terus mendapat pekerjaan pada usia 21 tahun.

Cuma saya ingin pesan kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi mutwawif jangan melihat pada gaji lumayan semata-mata, sebaliknya lihatlah pada kemuliaan dan keberkataan yang diperoleh menerusi pekerjaan ini.

Bagi saya perkara yang sangat mahal adalah, saya dapat bekerja dan beribadah serentak. Sambil bekerja sambil mengumpul pahala.

Nak jadi ‘orang tengah’

Sementara itu, seorang lagi graduan diploma yang sama, Syaidatul Aishah Jusoh, 21, menjelaskan, dia memilih bidang ini kerana dari kecil bercita-cita untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci.

Namun, pada pemikirannya cita-cita berkenaan hanya dapat dicapai ketika berusia emas kerana sedar kos tinggi yang diperlukan untuk menjalani ibadah umrah mahu pun haji.

Rezeki saya mendapat biasiswa daripada pihak akademi. Seluruh kos pengajian sehingga praktikal semua ditanggung tanpa saya perlu keluarkan wang sesen pun.

Ketika pertama kali melihat Kaabah sebagai seorang jemaah dan pelajar praktikal saya tidak tahu hendak gambarkan perasaan seronok, sebak dan sedih semuanya ada.

Sebelum itu saya memang tidak pernah sampai ke Mekah dan Madinah, menerusi pengajian ini saya berpeluang ke sana secara percuma.

Tambah Aishah yang ditawarkan pekerjaan tetap pada hari terakhir menjalani latihan praktikal, niatnya hanya satu iaitu ingin menjadi ‘orang tengah’ yang memudahkan orang ramai melakukan ibadah umrah mahupun haji.

Jika saya bekerja sebagai mutawifah yang membimbing jemaah wanita, saya memperolehi gaji, pengalaman, ilmu, manfaat dan paling penting pahala.

YEG Academy turut menawarkan Sijil Profesional Haji dan Umrah buat golongan dewasa yang ingin menambah ilmu atau membina kerjaya sebagai seorang mutawwif dan mutawifah.

Dalam pada itu, ketika program Melahirkan Mutawwif Profesional 2.0 yang berlangsung di IDCC, Shah Alam, Selangor pada 24 Jun lalu, seramai 2,000 orang dari seluruh negara termasuk Brunei hadir untuk mendaftar sebagai pelajar.

Melihat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada pelajar lepasan SPM, tetapi juga golongan dewasa yakin industri haji dan umrah negara akan berkembang dengan pesat pada masa depan.

Pengarah Urusan YEG, Hasan Ithnin berkata, pihaknya agak terkejut melihat sambutan luar biasa daripada bakal pelajar yang berminat mengikuti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah dan Sijil Profesional Haji dan Umrah.

Kami sasarkan sekitar 1,000 orang sahaja yang akan hadir, tetapi yang datang untuk mendaftar dan mengetahui lebih lanjut tentang bidang ini adalah lebih 2,000 orang.

Ada yang datang dari jauh termasuk Brunei. Sambutan memberansangkan ini membuatkan pihak kami lebih bersemangat untuk memberi yang terbaik bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga untuk kemajuan ummah.

Sertai My Game On! #KitaSamaLevel Eratkan Komuniti Gamers Dalam Dunia e-Sukan

$
0
0

REV Media Group (RMG) menerusi saluran gaming MyGameOn (MGO) dengan bangganya mempersembahkan inisiatif #KitaSamaLevel, yang bertujuan mengeratkan komuniti pemain game secara inklusif dan bersama-sama.

Artikel Berkaitan: REV Media Group Terus Kukuh Dalam Industri Digital, Rangkul 6 Anugerah Di MDA Awards 2023

Artikel Berkaitan: REV Media Group Terus Dominasi Inovasi Teknologi & Pemasaran Digital, Bersinar Dalam Kategori Baharu

#KitaSamaLevel

Kempen ini ditujukan kepada semua pemain, termasuk penggemar permainan tabletop dan cosplay. MGO ingin mencipta komuniti yang inklusif dalam dunia gaming menerusi platform sosial gaming iaitu Discord.

Setiap minggu MGO akan memperkenalkan komuniti-komuniti kegemaran anda. MGO akan berkongsi berita, strategi, dan pelbagai maklumat menarik tentang permainan video ini. Anda pasti tidak mahu terlepas peluang untuk mendapatkan perkongsian ini.

Selain itu, kempen ini turut bertujuan untuk merancakkan lagi arena permainan video dan e-sukan di tanah air.

MGO turut komited mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik, termasuk mengadakan perjumpaan di kafe gaming, memperkenalkan komuniti baru, menganjurkan kejohanan peringkat komuniti dan memberikan peluang kepada anda mempelajari kemahiran baru untuk terlibat dalam industri gaming dan e-sukan!

Sekiranya tidak mahu terlepas kandungan menarik dalam kempen #KitaSamaLevel, pastikan anda mengikuti kesemua media sosial MyGameOn. Ikuti di Facebook, Twitter, dan Instagram untuk mendapatkan kemas kini dan maklumat terperinci tentang aktiviti dan acara yang berkaitan dengan kempen ini.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini mengenai kempen #KitaSamaLevel, sila layari laman web komuniti.mygameon.my.

Bagi mereka yang berminat untuk berkolaborasi dengan MGO dalam kempen #KitaSamaLevel, sila hantar maklumat ke news@mygameon.my.

Sertailah perjalanan yang luar biasa ini untuk mengeratkan komuniti pemain game!. Mari sama-sama merancakkan dunia e-sukan dan memajukan dunia gaming!

Netizen Malu Wanita Bertudung Galak, Buka Aib Sendiri Di TikTok

$
0
0

Gambar sekadar hiasan

Bila berbicara soal aib, seseorang itu perlulah menutup serapat-rapatnya segala kesalahan ataupun kekhilafan yang pernah dilakukan satu ketika dahulu.

Namun begitu, lain pula jadinya apabila segelintir wanita dilihat membuka aib mereka sendiri secara terang-terangan menerusi ruangan komen di sebuah hantaran di TikTok sehinggakan menjadi bualan ramai.

Artikel Berkaitan: Ditegur Tak Baik Buka Aib Ayah Secara ‘Public’, Netizen Sedih Dengar Kisah Puteri Balqis

Buka aib sendiri?

Menerusi ciapan yang dimuat naik pengguna dikenali sebagai Tir di Twitter, difahamkan hantaran yang tular di TikTok itu memaparkan konten yang berunsur lucah sehingga mendapat perhatian ramai wanita yang rata-ratanya beragama Islam dan bertudung.

Ingat wanita, hidup ini keras kalau tak boleh sampai tekak jangan paksa.

Tir yang memuat naik semula tangkap layar itu dilihat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir wanita berkenaan.

Ini kerana, komen-komen yang ditinggalkan mereka itu seakan menunjukkan mereka ini merupakan dalam kalangan yang biasa melakukan perkara sedemikian.

Di akhir ciapannya, Tir turut meninggalkan pesan kepada semua pengikutnya untuk sentiasa menyimpan dan janganlah dibuka aib yang ada.

Kita ni semua pendosa. Kalau tuhan dah simpan aib elok, jangan bukak.

Dan jangan mengata orang lebih juga, takut terkena dekat diri sendiri. Peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca.

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen kesiankan ibu bapa kepada wanita yang meninggalkan komen di hantaran TikTok tersebut dan berdoa agar mereka segera bertaubat.

Sumber: Twitter 

Suami Syok ‘Check-In’ Dengan Penyondol Lepas Jatuhkan Talak Depan Anak-Anak –‘Awaklah Punca..4 Kali Kantoi’

$
0
0

Hati isteri mana yang tidak luluh apabila mendapati suami yang dipercayainya selama ini tergamak berlaku curang di belakangnya.

Ditalak depan anak-anak

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Mell meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila suaminya lebih memilih untuk pergi bersama wanita lain sehingga tergamak menjatuhkan talak terhadapnya di hadapan anak-anak.

Terima kasih sudah musnahkan rumah tangga saya, dan untuk awak suami, terima kasih atas semuanya. Dan, untuk betina itu terima kasih atas penipuan korang berdua buat dengan saya.

Lebih meruntun hati apabila mengetahui si suami dan kekasih gelapnya itu telah menyewa sebuah hotel selepas menjatuhkan talak terhadapnya.

Awaklah punca anak-anak saya kehilangan ayah. Awak dah rampas kebahagiaan saya dan anak-anak saya. Disebabkan awak, (suami) lafazkan talak di hadapan anak-anak. Hancur perasaan anak-anak saya menjadi saksi atas apa yang berlaku dan sebab awak saya dan anak-anak keluar dari rumah yang sama-sama kami hadapi susah senang.

Di mana hati naluri kau sebagai wanita, sedang saya melutut memohon menjauhi dia (suami). Tapi, malam Jumaat kau dan dia sewa hotel dan di hari Jumaat juga dia lafazkan talak.

Bukan itu sahaja, Mell turut mendakwa wanita penyondol tersebut meminta suaminya untuk mematikan data, pengesan lokasi termasuklah meletakkan telefon bimbit dalam mod pesawat hanya untuk menutupi hubungan mereka.

Saya dan suami dan pjj bertahun-tahun lamanya, tahun ni baru Allah tunjuk satu per satu. Perempuan tu satu tempat kerja dengan dia. Diaorang pun dah nak kahwin.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat supaya Mell terus kuat meneruskan kehidupan bersama anak-anakanya.

Suami kantoi curang

Sumber: TikTok

‘Kalau Diberi Peluang Untuk Lahir Semula, Kita Bentuk Keluarga Ini ‘ – Adik Mangsa Nahas Kepala Air

$
0
0

Foto: Utusan

Semalam kita dikejutkan dengan berita mengenai penemuan dua mayat iaitu Azizah Eiyi, 40, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, yang disyaki lemas dalam satu tragedi kepala air di Jeram Mawar, Terengganu.

Artikel Berkaitan: Tragedi Nahas 5 Beranak, Suami Reda – ‘Terima Kasih Allah Untuk Tempoh 24 tahun Hidup Bersama Mereka’

Lapan masih hilang

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Harian Metro, lapan lagi mangsa yang terdiri daripada tujuh sekeluarga dan seorang lelaki yang merupakan bakal menantu keluarga itu kini sudah pun dikenal pasti.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, kesemua mangsa yang sudah dikenal pasti itu ialah Karim Abdullah, 39, serta enam anaknya iaitu Putri Balqis Izzati, 18, Putri Alleya Maisarah, 16, Putri Nor Fatin, 14, Putri Nurerina Natasya, 10, Muhammad Haziqah Ziqree, 6, dan Putri Aryana Umaira, 4.

Seorang lagi mangsa ialah Muhammad Fikri Salman, 24, yang juga tunang Puteri Balqis Izzati.

Muhammad Fikri berasal dari Batu Pahat, Johor dikatakan mengikut keluarga terbabit untuk berkelah di situ.

Hanyan turut memaklumkan bahawa Azizah dan Zulqarnain Hailkal yang ditemui oleh orang awam pada Ahad merupakan isteri serta anak Karim.

Pihak polis turut percaya motosikal jenis SYM dan Proton Gen2 yang ditemui di lokasi kejadian merupakan kenderaan dinaiki mereka sekeluarga manakala motosikal yang ditemui itu ditunggang Muhammad Fikri dan Puteri Balqis Izzati.

Operasi mencari dan menyelamat disambung semula pada hari ini selepas pihak bomba terpaksa menangguh proses pencarian pada Ahad kerana bimbang kepala air akan berulang.

Moga keluarga disatukan semula di alam sana

Dalam pada itu, adik kepada Azizah, Syawalluddin Eiyi, 29, mengakui terkejut dengan berita ini dan memaklumkan tragedi yang menimpa kakaknya sekeluarga itu meninggalkan kesan yang sungguh mendalam buat mereka sekeluarga.

Saya masih terkejut dan tak percaya dengan kejadian yang berlaku ini.

Tak sangka pula kali ini tragedi tak diingini berlaku kepada mereka sekeluarga. Saya berharap sangat dan berdoa agar masih ada yang terselamat.

Syawalluddin juga tampil memuat naik satu hantaran di Facebooknya berharap agar mereka sekeluarga dapat ‘disatukan’ semula di alam sana sebaik sahaja dilahirkan semula kerana terlalu menyayangi kakaknya sekeluarga.

Semoga kakak di tempatkan dengan orang yang beriman,

Kalau diberi peluang untuk lahir semula kita bentuk keluarga ni semula ya

Jangan pisah walau sorang pun, aku sayang korang semua.

Hantaran TikTok Syawalluddin

@syawaleiyi #tragedikepalaair #jeramairputihganu ? bunyi asal – Syawal Eiyi

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian, Facebook, TikTok

Viewing all 34857 articles
Browse latest View live