Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35736 articles
Browse latest View live

Puteri Sarah Tarik Kes Saman, Ira Kazar Kini ‘Bebas’

$
0
0

Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan kes saman pelakon Puteri Sarah terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Nak Tarik Balik Saman Terhadap Jawi & Maiwp?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Setuju Bayar Nafkah Bulanan Anak RM6,000, Edah Puteri Sarah RM15,000

Tarik kes saman

Memetik Harian Metro, peguam yang mewakil Puteri Sarah, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff berkata, perkara itu dimaklumkan ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Norakhmar Mohd Sani.

Mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak (Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar) pada hari ini di mana mereka menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah.

Ada perkara yang sulit untuk didedahkan, jadi kes ini diselesaikan secara baik. Kes selesai. Saya mewakili Puteri Sarah selaku plaintif, manakala Ira Kazar sebagai defendan diwakili peguam, Ammar Ghalip.

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua belah pihak yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah serta keluarganya, keluarga mentuanya termasuk suaminya, Syamsul.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Harian Metro


‘Sebolehnya Saya Nak Anak Berzodiak Libra Tapi Jadual Agak Padat, Tahun Ini Memang Tak Sempat’ – Janna Nick

$
0
0

Setelah mendirikan rumah tangga pada 10 Jun yang lalu, pelakon Janna Nick mengakui ada merancang soal anak dan sama sekali tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Janna Nick & Dini Schatzmann Sah Suami Isteri, RM2,703 Jadi Simbolik Tarikh Perkenalan

Impikan anak berzodiak Libra

Memetik Harian Metro, pelakon filem Juang itu memaklumkan bahawa dia mengimpikan untuk melahirkan anak dengan zodiak Libra namun mengakui mempunyai jadual yang padat sehingga tahun hadapan.

Kita merancang, namun jujur saya cakap perjalanan kerjaya seni saya, sekarang ini jadual saya agak penuh sampai hujung tahun. Jadi ruang untuk kita ada cahaya mata itu kalau diberikan rezeki Alhamdulillah.

Tapi seboleh-bolehnya saya nak anak saya zodiak Libra, jadi jika diikutkan pada tahun ini macam sudah tidak sempat.

Entah kenapa saya meminati zodiak itu jadi InsyaAllah tahun depan. Itu kalau ada rezeki saya nak anak saya Libra. Apa pun kita hanya merancang saja.

Dalam pada itu, Janna mengakui dia masih mencuba sedaya upayanya untuk menyesuaikan diri dengan peranan sebagai seorang isteri.

Masih lagi dalam fasa tengah cuba untuk menyesuaikan diri. Biasalah, sebelum ini hidup bujang. Masih kekok bila orang mengucapkan tahniah dan sebagainya, rasa malu pun ada juga.

Saya hendak sebut suami pun rasa macam malu. Bila berada dalam industri ini saya masih lagi fokus dengan kerjaya.

Bukan hal peribadi dan saya anggap hal rumah tangga serta keluarga dalam skop peribadi saya. Oleh itu, saya akan cuba seboleh-boleh untuk cuba asingkan peribadi dan juga kerjaya.

Terdahulu, Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner selamat mendirikan rumah tangga bersama pelakon berdarah Inggeris, Dini Azan Schatzmann pada 10 Jun yang lalu.

Sumber: Harian Metro

Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 41, Badan Hancur & Cebisan Mayat Berterabur Di Luar Hotel

$
0
0

Foto: Harian Metro

Seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan yang mengerikan di hadapan parkir lobi sebuah hotel yang terletak di persisiran Sungai Melaka pada malam Selasa.

Artikel Berkaitan: Budak Perempuan Maut Jatuh Dari Apartmen Tingkat 10

Jatuh dari tingkat 41

Gambar sekadar hiasan

Memetik Harian Metro, mangsa yang berusia 52 tahun itu dipercayai maut selepas terjatuh dari tingkat 41 hotel berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, mayat mangsa ditemukan oleh seorang pekerja hotel terbabit dalam keadaan hancur separuh badan.

Tubuh mangsa hancur daripada separas pinggang ke atas.

Kami turut menemukan cebisan mayatnya di sekitar kawasan berkenaan.

Tambah Christopher lagi, pekerja hotel yang merupakan saksi kejadian itu mendakwa terdengar bunyi umpama tayar meletup.

Sejurus menoleh, saksi mendapati mangsa dalam keadaan terlangkup dengan separuh daripada badannya hancur.

Dua lagi saksi iaitu warga Bangladesh mendakwa melihat mangsa dalam keadaan mencurigakan sebelum terjatuh daripada bangunan itu.

Mayat mangsa kini dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Sumber: Harian Metro

[VIDEO] Lelaki Tak Berbaju Pagi-Pagi Buta Main Loceng, Bentang Tilam Depan Rumah Jiran

$
0
0

Seorang wanita iaitu pemilik sebuah rumah meluahkan kerisauan dengan memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki yang didakwa berkelakuan aneh di hadapan pintu rumahnya.

Artikel Berkaitan: Lelaki ‘Skodeng’ Sambil Meniarap Panik Bila ‘Kantoi’

Artikel Berkaitan: Rakam Gambar & Video Wanita Mandi Kolam Sejak 30 Tahun Lepas, Geng Mengintai Akhirnya Tumpas

Tidak tahu motif sebenar

Kejadian pada pukul 4 pagi itu difahamkan berlaku di sebuah rumah kedai di Damansara Damai, Petaling Jaya pada Rabu.

Pukul 4 pagi tekan loceng rumah orang dah kenapa? Dengan pakai macam itu je.

Ya Allah bahayanya orang macam ini, risau dibuatnya.

Menerusi rakaman CCTV yang dimuat naik di TikTok, dilihat lelaki tersebut datang dari tingkat bawah rumah kedai dengan tidak berbaju sambil membawa tilam.

Lelaki berseluar pendek itu kemudian menaiki tangga berhadapan unit rumah wanita tersebut lalu membentangkan tilam. Kemudian dia dilihat menekan loceng rumah wanita berkenaan sebelum turun dari tangga.

Walau bagaimanapun, tinjauan OhBulan! mendapati sehingga sekarang masih belum ada maklumat tentang identiti lelaki itu.

‘Report polis’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati wanita berkenaan untuk membuat laporan polis demi keselamatannya ekoran lelaki tersebut telah menjadikan rumahnya sebagai sasaran dan berkemungkinan akan bertindak lebih berani.

Dalam pada itu, mereka juga mencadangkan agar wanita tersebut sentiasa menyimpan botol semburan lada di rumahnya sebagai pelindungan diri jika berlaku perkara yang tidak diingini.

@asmeimay2

Ya allah bahaya orang macam ni ? risau dibuatnye ?

? original sound – M / Z ?? – M / Z ??

Sumber: TikTok

Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 41, Badan Hancur & Cebisan Mayat Berterabur Di Luar Hotel

$
0
0

Foto: Harian Metro

Seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan yang mengerikan di hadapan parkir lobi sebuah hotel yang terletak di persisiran Sungai Melaka pada malam Selasa.

Artikel Berkaitan: Budak Perempuan Maut Jatuh Dari Apartmen Tingkat 10

Jatuh dari tingkat 41

Gambar sekadar hiasan

Memetik Harian Metro, mangsa yang berusia 52 tahun itu dipercayai maut selepas terjatuh dari tingkat 41 hotel berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, mayat mangsa ditemukan oleh seorang pekerja hotel terbabit dalam keadaan hancur separuh badan.

Tubuh mangsa hancur daripada separas pinggang ke atas.

Kami turut menemukan cebisan mayatnya di sekitar kawasan berkenaan.

Tambah Christopher lagi, pekerja hotel yang merupakan saksi kejadian itu mendakwa terdengar bunyi umpama tayar meletup.

Sejurus menoleh, saksi mendapati mangsa dalam keadaan terlangkup dengan separuh daripada badannya hancur.

Dua lagi saksi iaitu warga Bangladesh mendakwa melihat mangsa dalam keadaan mencurigakan sebelum terjatuh daripada bangunan itu.

Mayat mangsa kini dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Sumber: Harian Metro

Abang Cekik Adik Sehingga Maut, Ibu Nampak Dari CCTV

$
0
0

Gambar sekadar hiasan

Seorang remaja berusia 14 tahun didakwa mencekik adik lelakinya yang berusia sembilan tahun di Kampung Bukit Piatu, Melaka pada Rabu jam 12 tengah hari.

Artikel Berkaitan: Pasangan Kekasih Bertindak Cekik & Tanam Bayi Berusia Lima Hari

Artikel Berkaitan: Remaja Mati Dicekik Bekas Kekasih, Mayat Disetubuhi Sebelum Disumbat Dalam Plastik & Dibuang Bawah Jambatan

Jiran jadi saksi

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Sinar Harian, saksi kejadian yang juga jiran, Qhurun Ain Johani menjelaskan ibu mangsa ada menghubunginya dengan memaklumkan bahawa remaja itu sedang mencekik adiknya.

Ibu kanak-kanak itu menyedari kejadian tersebut setelah melihat kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya menerusi telefon bimbit.

Difahamkan, ketika insiden berlaku mangsa tidak ke sekolah kerana mengalami sakit mata dan tinggal bersama abangnya.

Dalam pada itu, sejak beberapa minggu lalu anak sulung dari empat beradik itu dipercayai sedang mengalami masalah kesihatan.

Saya bergegas ke rumah mereka dan terkejut melihat mangsa terbaring di atas lantai dalam keadaan kebiruan.

Abangnya pula seperti tidak sedar apa yang sedang dilakukan dan masih mencekik adiknya hingga beberapa jiran lain datang membantu.

Saksi berusia 31 tahun itu bagaimanapun masih terkejut dengan insiden yang berlaku kerana menurutnya remaja tersebut berperwatakan baik dan selalu bermain bersama-sama anak-anak jiran.

Tambahnya lagi, remaja itu dilihat berubah selepas pulang dari tempat belajarnya iaitu di sekolah agama. Dia juga mendakwa baru-baru ini remaja berkenaan pernah mengalami trauma seolah-olah dirasuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan insiden berkenaan dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjaga sensitiviti keluarga.

Sumber: Sinar Harian

Syura Badron Menangis Besarkan Anak, Mengaku Badan Sakit & Tak Cukup Tidur

$
0
0

Penyanyi Syura Badron akui pengalaman menjaga cahaya mata keempatnya sedikit mencabar fizikal apabila kali terakhir menguruskan anak kecil adalah pada 12 tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Syura Badron Anggap Zaki Jinggo Peminat – ‘Kenakalan Saya, Membuatnya Teringat Sampai Sekarang’

Artikel Berkaitan: Syura Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Beri Nama Muhammad Umar Eussof

‘Sampai menangis’

Menerusi perkongsian di IG Story, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 36, berkata dia merasa bangga dengan pengorbanan yang telah dilakukan dalam membesarkan anak-anaknya.

Malah, dia akui sebak sehingga menitiskan airmata apabila mengenang semula pengorbanan tersebut.

Selepas 12 tahun tak ada baby, kali ni betul-betul mencabar badan aku. Sakit badan, tak cukup tidur tu semua dah jadi kebiasaan. Sampai satu tahap, kita menangis sendiri.

Bukan menangis sebab sakit, tapi menangis sebab bangga dengan pengorbanan yang kita buat demi membesarkan anak-anak.

Dalam pada itu, pelantun lagu Nazam Berkasih itu turut melahirkan rasa syukur kerana mempunyai seorang suami yang sentiasa memahami dan membantu dalam menjaga bayi mereka.

Bertuahnya aku dapat suami yang sentiasa memahami dan rajin membantu (walaupun kadang-kadang dia selalu lawan berdengkur dengan anak dia).

Aku salute semua para ibu dekat luar sana yang jaga anak tanpa ada pembantu/maid! Semoga Allah berikan kita kesihatan dan kekuatan untuk kita enjoy every moment as a mothery, ia tidak ternilai.

Untuk info, Syura menamatkan status ibu tunggal sejak sembilan tahun lalu apabila melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Muhamad Farizat Ismail, pada 22 Januari 2022.

Pada 13 Mac lalu, Syura selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Umar Eussof secara normal di salah sebuah hospital di Johor Bharu, Johor.

Sebelum itu, Syura pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 16, Nurul Qaisara Sofia,14, dan Muhammad Irfan Aryan, 12 tahun.

Sumber: Instagram

‘Mengapa Pilih Saya? Iqbal Putih, Saya Hitam’– Inspektor Sheila

$
0
0

Seorang anggota polis yang dikenali sebagai Inspektor Sheila berasa hairan dengan tindakan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli yang menyatakan hasrat untuk berkenalan dengannya.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Betul Garang, Saya Boleh Lembutkan Inspektor Sheila’ – Iqbal Zulkefli

Artikel Berkaitan: ‘Ada Sesiapa Yang Nak Kahwin Dengan Saya?’ – Inspektor Sheila Nak Cari Calon Suami

‘Saya hitam’

Memetik Harian Metro, Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, akui ada membaca kenyataan yang dikeluarkan Iqbal sebelum ini mengenai hasratnya.

Justeru, Sheila tertanya apakah motif sebenar Iqbal berbuat demikian dan akui sehingga kini tiada menerima sebarang mesej daripada pempengaruh itu.

Apa motif dia nak berkenalan? Saya tak kenal dia (secara peribadi), tak tahu dia artis atau tidak tetapi ada terbaca sebelum ini mengenai dia dengan Vida (Datuk Seri Vida).

Setakat ini, saya tiada pula terima DM (kiriman mesej) daripadanya.

Saya nampak dia putih (berkulit putih) dan saya pula hitam jadi mengapa saya?

Terdahulu, Iqbal menerusi sesi soal jawab (Q&A) yang dilalukan di IG Story miliknya menerima pertanyaan daripada netizen apakah dia sudi menikahi Sheila.

Jawab Iqbal, dia terbuka untuk mengenali Sheila dengan lebih dekat serta percaya anggota polis itu memiliki sifat lembut disebalik ketegasannya.

Sebelum ini, Sheila ada memuat naik hantaran di Facebook mencari teman hidup tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya.

Dalam hantaran itu, Sheila menyatakan beberapa kriteria ditetapkan dan mereka yang berminat dipelawa mencuba nasib dengan membalas komen di Facebook sebelum 1 Julai.

Sheila sebelum itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

Dia didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber: Harian Metro


Lumpuh Akibat Kecuaian Hospital, Budak Dua Tahun Menang Saman RM5.6 Juta

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Sebuah hospital kerajaan diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar pampasan RM5.6 juta kepada seorang kanak-kanak perempuan kerana mengakibatkan mangsa lumpuh.

Menang saman RM5.6 Juta

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Nur Adeena Mohd Syahmir, 2, yang dilahirkan secara caesarean mengalami kecederaan saraf tunjang berikutan komplikasi pembedahan yang menyebabkannya lumpuh dari leher ke bawah. Mangsa juga terpaksa bergantung kepada ventilator dan dipasang trakeostomi (tebukan pada leher).

Susulan daripada itu, kanak-kanak itu selaku plaintif melalui bapanya menfailkan saman kecuaian perubatan terhadap 19 defendan terdiri daripada kerajaan Malaysia dan 18 pegawai perubatan yang bertugas di sebuah hospital kerajaan.

Defendan pertama (kerajaan Malaysia) mengakui liabiliti pada 26 Julai 2022 menyebabkan plaintif menarik balik semua tuntutan terhadap defendan kedua hingga ke-19.

Mangsa berstatus OKU

Sekadar gambar hiasan

Dua saksi iaitu ibu plaintif dan saksi pakar Dr Kavitha serta saksi pakar S Mohaneswari telah dipanggil menghadiri perbicaraan untuk penilaian ganti rugi.

Berikutan daripada itu, mahkamah memutuskan mangsa perlu mendapat pampasan sebagai perbelanjaan tambahan sepanjang hayatnya sebagai seorang orang kelainan upaya (OKU).

Mahkamah mempertimbangkan keterangan daripada doktor pakar bahawa mangsa berkemungkinan hidup sehingga usia 23 tahun berdasarkan keadaannya dan disebabkan itu, plaintif perlu diberikan pampasan yang mencukupi untuk menampung baki jangkaan hayatnya 21 tahun lagi.

Siasatan mendapati pegawai perubatan yang bertugas tidak mempunyai pengalaman melakukan pembedahan dan ia dilakukan tanpa pengawasan pakar perbidanan dan sakit puan.

Sumber: Harian Metro

Penyanyi Coco Lee Meninggal Dunia, Bunuh Diri Akibat Tekanan Perasaan

$
0
0

Penyanyi terkenal Hong Kong, Coco Lee disahkan meninggal dunia pada usia 48 tahun.

Artikel Berkaitan: Demi ‘Content’ Media Sosial, Wanita Maut Ketika Berlakon Aksi Bunuh Diri

Dipercayai bunuh diri

Berita mengejutkan itu disahkan sendiri oleh adik kepada Coco, Nancy Lee menerusi satu hantaran dimuat naiknya di Instagram.

Menurut Nancy, kakaknya yang difahamkan mempunyai masalah tekanan perasaan ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya pada Ahad yang lalu.

Selepas koma beberapa hari di Hospital Queen Mary, Coco disahkan meninggal dunia pada Rabu.

Sekadar info, Coco Lee yang memulakan kariernya pada 1994 sudah melancarkan 15 buah album dan mencapai jumlah jualan sebanyak 10 juta unit.

Antara kejayaan terbesarnya ialah apabila single berbahasa Inggeris, Do You Want My Love pernah menduduki tangga keempat carta Billboard pada Disember 1999.

Coco Lee juga sering dijadikan rujukan penyanyi-penyanyi Hong Kong yang lain selepas berjaya menembusi pasaran antarabangsa termasuk Amerika Syarikat.

Posting Nancy

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nancy Si Lin Lee (@nancy_yauyetei)

Sumber: Instagram

Selepas Selesai Kes Saman, Ira Kazar ‘Update’ Foto Terbaru Di Instagram

$
0
0

Semalam, Mahkamah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan kes saman pelakon Puteri Sarah Liyana terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Tarik Kes Saman, Ira Kazar Kini ‘Bebas’

Artikel Berkaitan: ‘Som Som’ Ira Kazar Dipuji Cukup Rasa Lemak

Kongsi gambar

 

Hari ini, Ira dilihat mengemaskini akaun Instagram (IG) dengan memuat naik satu foto ‘selfie’ ketika berada dalam kereta, pada Khamis pagi.

Menerusi hantaran itu, Ira, 27, memakai baju berwarna hijau muda bersama selendang krim.

Bagaimanapun, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin tidak meletakkan sebarang kapsyen sebaliknya memilih lagu Liquide nyanyian Shay.

Hasil pemerhatian OhBulan!, kali terakhir anak kepada aktor Kazar Saisi ini berkongsi gambar di akaun media sosial adalah pada 1 Ogos 2022.

Sebelum ini, Ira pernah ‘repost’ momen ketika keluar makan sushi bersama rakan baik di Instagram Stories.

Imbas kembali, pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua belah pihak yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah serta keluarganya, keluarga mentuanya termasuk suaminya, Syamsul.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Instagram

‘Sedangkan Lautan Sanggup Ku Renangi, Inikan Pula Inspektor Laa’– Iqbal

$
0
0

Sebelum ini, Inspektor Sheila meluahkan rasa hairan dengan tindakan pelakon dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli yang menyatakan hasrat untuk berkenalan dengannya yang berkulit hitam.

Artikel Berkaitan: ‘Mengapa Pilih Saya? Iqbal Putih, Saya Hitam’ – Inspektor Sheila

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Betul Garang, Saya Boleh Lembutkan Inspektor Sheila’ – Iqbal Zulkefli

Artikel Berkaitan: ‘Ada Sesiapa Yang Nak Kahwin Dengan Saya?’ – Inspektor Sheila Nak Cari Calon Suami

Berjuang dapatkan cinta

Terbaru, kenyataan itu telah menarik perhatian Iqbal untuk mengulas lanjut. Menerusi Instagram Stories, Iqbal, 29, menyatakan cinta tidak mengenal warna kulit.

Cinta tak mengenal kulit dan warna Umi. Sedangkan lautan sanggup ku renangi, inikan pula Inspektor Laa (panggilan Sheila) yang ku sayangi.

Abi akan perjuangkan hingga titisan darah yang terakhir (Kalau Inspektor Laa tak tendang. Kalau tendang kita cari perempuan lain lagi).

Dalam hantaran berbeza, pemilik nama Ahmad Iqbal Zulkefli turut membuktikan dia memenuhi kriteria Inspektor Sheila yang menginginkan lelaki yang ‘fit’ dan cergas.

Pelakon drama Perempuan Itu berkongsi video sedang melakukan ‘workout’ di sebuah pusat gimnasium.

Terdahulu, Iqbal menerusi sesi soal jawab (Q&A) yang dilalukan di IG Story miliknya menerima pertanyaan daripada netizen apakah dia sudi menikahi Sheila.

Jawab Iqbal, dia terbuka untuk mengenali Sheila dengan lebih dekat serta percaya anggota polis itu memiliki sifat lembut disebalik ketegasannya.

Sebelum ini, Sheila ada memuat naik hantaran di Facebook mencari teman hidup tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya.

Dalam hantaran itu, Sheila menyatakan beberapa kriteria ditetapkan dan mereka yang berminat dipelawa mencuba nasib dengan membalas komen di Facebook sebelum 1 Julai.

Sumber: Instagram

Ibu Meninggal Dunia Lepas 14 Jam Bayi 5 Bulan ‘Pergi’ Ketika Tidur

$
0
0

Seorang ibu berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia 14 jam selepas bayi lelakinya, Kevin Deguitas  yang berusia lima bulan meninggal dunia.

Meninggal lepas pemergian bayi

Foto: Viktorija Mardosiene

Memetik laporan Mirror UK, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada Ogos tahun lalu iaitu selepas Kevin dipercayai berada dalam keadaan kesejukan selain tidak bernafas ketika tidur. Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Universiti Royal Stoke, England namun mangsa tidak dapat diselamatkan.

Viktorija Mardosiene (ibu Kevin) yang mengalami sakit dada telah pergi hospital untuk mendapatkan rawatan namun siapa sangka, sekitar 14 jam selepas pemergian anak tercinta, Viktorija disahkan meninggal dunia di hospital yang sama dengan Kevin akibat serangan jantung.

Hasil pemeriksaan di rumah mendapati ruang tamu dipenuhi dengan kotak selain mainan berselerak di lantai. Turut ditemui beberapa tin alkohol di bilik tidur Viktorija.

Berdasarkan siasatan awal, paramedik memberitahu bahawa Kevin dipercayai tidak mendapat udara yang mencukupi. Hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kecederaan dalaman atau luaran yang dialami Kevin.

Sumber: Mirror UK

[VIDEO] ‘Kau K*ngkang, Kita M*in Ramai-Ramai’ – Ali Puteh Dakwa Isteri Pernah Terima Ugutan Netizen

$
0
0

Pelawak, Ali Puteh memaklumkan bahawa dirinya banyak menerima kecaman serta ugutan yang kejam dari wargamaya di media sosial.

Pendedahan itu dibuat Ali ketika menjadi tetamu bagi sesi podcast bersama dua penceramah selebriti Pencetus Ummah, PU Amin dan PU Rahmat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mana Hati Budi? Saya Ada Anak Kecil’ – Ali Puteh Kecewa Rumah Arwah Mak Bakal Disita

Isteri dan arwah ibu dipermainkan

Menerusi potongan video yang tular di TikTok, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan mendakwa isterinya pernah mendapat hantaran mesej oleh seorang wargamaya yang ingin merogolnya di Instagram.

Yang paling teruk (diugut) isteri saya lah. Saya boleh sebut ya di sini?

‘Ini isteri Ali Puteh eh? Kau datang sini, kau kangkang depan kita, kita main kau ramai-ramai. Baru kau tahu nikmat atas meja’.

Tak tahu lah kalau ustaz tapi saya ni suami ni. Rasa macam tak tahu nak cakap apa, sampai tahap macam tu sekali.

Bukan itu sahaja, Ali mendedahkan dia juga pernah menerima kata-kata kecaman yang sangat menyakitkan hatinya hanya selepas dua bulan kehilangan ibu tercinta.

Waktu itu arwah mak saya baru meninggal dua bulan, ada orang DM saya, dia cakap ‘kalau aku jadi mak kau, kalau tahu keluar anak macam kau, aku suruh mak kau pakai kondom main dengan bapa kau supaya tak keluar anak macam kau’.

Ha macam tu ustaz, mak saya baru meninggal masa tu, (dua bulan).

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terkesima mendengar pendedahan dibuat pelawak itu dan berharap Ali sekeluarga tabah menghadapi ujian mendatang.

Namun, ada juga segelintir netizen yang mempertikaikan pendedahan itu dan mendakwa Ali seakan mereka-reka cerita. Pada mereka, sekiranya benar ugutan itu berlaku, Ali sewajarnya membawa perkara ini ke muka pengadilan.

Terdahulu, nama Ali Puteh mula menjadi bualan ramai selepas perselisihan faham yang berlaku bersama kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali selepas kematian abangnya, Allahyarham Abam.

Video

@langkastudio Sampai macam ni sekali UGUTAN yang keluarga Ali Puteh dapat. Allahu.. #minmatpodcast #langkastudio #aliputeh #purahmat #puamin #podcastmalaysia ? Epic Orchestra – RK Sound

Sumber: TikTok

[VIDEO] ‘Terlalu Penat, Terlalu Lama Bertahan’ – Nadya Syahera Menangis, Netizen Bagi Kata Semangat

$
0
0

Pelakon Nadya Syahera memuat naik video di sosial media yang seolah-olah menggambarkan dirinya sedang menghadapi ujian hidup yang besar.

Artikel Berkaitan: ‘Bukan Buka Aib, Hanya Nak Perhatian Suami’ – Nadya Syahera

Artikel Berkaitan: Suami Sibuk Dengan Kerja, Nadya Syahera Stres Urus Anak-Anak Sendirian

Hanya menangis

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nadya atau nama sebenarnya Nadya Syahera Rosli kelihatan berada di dalam kereta dalam keadaan sebak lalu mengalirkan air mata.

Pelakon berusia 30 tahun itu bagaimanapun hanya diam membisu namun dia menulis luahan hatinya di video tersebut dan di ruangan kapsyen. Menurutnya, menangis adalah cara untuk melepaskan segala kesedihan sebelum kembali kuat menempuh kehidupan.

Kadang-kadang cara ini sahaja boleh kita rasa ringan. Menangis kemudian bangkit semula seperti selalu.

Dalam pada itu, dia juga menyatakan bahawa dirinya lama bertahan tetapi tetap perlu kuat untuk diri sendiri.

Terlalu banyak pendam, terlalu banyak diam, terlalu banyak sendiri, terlalu banyak pujuk diri, terlalu penat, terlalu lama bertahan.

Kadang tewas juga. Bangun dan kuat seperti selalu wahai diri sendiri.

Bagaimanapun, aktres tersebut tidak menyatakan apakah masalah yang sedang dihadapinya ketika ini.

‘Kalau tak tahan, lepaskan’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengaitkan keadaan Nadya dengan mendakwa dia mungkin sedang menghadapi masalah dalam rumah tangga. Mereka juga menasihati Nadya jika masih terluka kerana masalah yang sama, jalan yang terbaik adalah dengan ‘melepaskan’.

Sementara itu, rakan-rakan artis juga memberi kata-kata semanagat serta mendoakannya supaya terus kuat dalam menghadapi ujian yang menimpa.

 

@nadyasyahera

Kadang2 cara ni saja boleh buat kita rasa ringan. Menangisss kemudiab bangkit semula sperti selalu. #fyp #healing #life #womenempowerment #mentalhealth

? Cukup – Rizal Rasid

Sumber: TikTok


[VIDEO] Isteri Pertama Dedah WhatsApp Di ‘Block’, Anak Nangis & Demam Rindukan Boss Kay Tapi Tak Dilayan

$
0
0

Isteri pertama Boss Kay iaitu Nooraini ada berkongsi satu video memaparkan anak lelakinya menangis kerana merindui sosok si ayah.

Artikel Berkaitan: Dah Cerai Dua Isteri, Boss Kay Selamat Nikahi Tash Yong Ramadan Lalu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Influencer Hadir Ke JPN, Selesaikan Isu Pendaftaran Nama Anak

Anak sampai demam rindu

Menerusi video yang dikongsikan, anak sulung pasangan ini dilihat memegang telefon bimbit seakan menanti mesejnya dibalas oleh bapa tercinta. Kanak-kanak ini mengalirkan air mata kerana terlalu merindui sosok si bapa. Nooraini sempat menjelaskan kepada anak lelakinya itu bahawa Boss Kay telah menyekat nombor telefon mereka dan disebabkan itu, dia gagal dihubungi.

Saya okay kena block tapi anak-anak tak faham. Dia tetap cuba. Dia kata tak apa, dia nak cuba mana tahu papa baca.

Lebih menyedihkan apabila anak kedua pasangan ini iaitu Anzalna kerap mengalami demam kerana terlalu merindui si bapa. Dakwa Noni lagi, dia juga sudah berusaha untuk menemukan anak-anak dengan bapa mereka namun gagal.

Paling sedih bila Nono DM sahabat boss kay secara personal, jawapan mereka tak nak masuk campur. Hanya nak ilmu Boss Kay.

Abang tak demam tapi dia patah hati. Bapa dia tak nak jumpa dia. Anzalna (anak kedua) demam baik, demam baik. Apa lagi Noni nak buat.

Dakwa Nooraini lagi, dia seperti digantung tidak bertali kerana Boss Kay atau nama sebenarnya Khaireel Azlee Abdul Aziz dipercayai tidak hadir ke prosiding mahkamah meskipun tarikh sudah ditetapkan sebanyak dua kali.

Video

Sumber: TikTok

CEO Uzurocks Didakwa Beli Kereta Mewah.. Tapi Hutang Bayaran Gaji Song Ji-Hyo Hampir RM3.5 Juta

$
0
0

Lebih kurang sebulan yang lalu, pelakon terkenal Korea Selatan, Song Ji Hyo membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan untuk meninggalkan agensi Uzurocks Entertainment hanya selepas beberapa bulan menyertainya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mahir Berbahasa Isyarat, Song Ji Hyo Makin Disayangi Peminat Di Malaysia

Hutang hampir RM3.5 juta

Memetik laporan KoreaBoo, sehingga pada bulan Januari 2023, agensi berkenaan dilaporkan tidak pernah membayar gaji ahli Running Man itu yang bernilai 900 million KRW (RM3.219 juta).

Lebih menyentuh hati, terdapat juga dakwaan mengenai agensi berkenaan yang culas membayar gaji pekerjanya sehinggakan mereka mempunyai masalah untuk membayar tanggungan dan terpaksa menggunakan kredit kad.

Perkara tersebut menguatkan lagi sebab untuk Song Ji-Hyo meninggalkan agensi berkenaan. Malah, pelakon Intruder itu turut menyaman agensi berkenaan kerana berlaku kejam terhadap para pekerjanya.

Saya tidak kisah walaupun masih belum mendapat sebarang duit namun, pekerja di syarikat itu kini sudah terjejas. Kad kredit mereka ditolak dan sebagainya.

CEO siap beli kereta Porsche

Dalam perkembangan lain, seorang dispatch yang bekerja di Uzurocks tampil menyuarakan kehairanannya terhadap CEO agensi tersebut yang culas membayar gaji Song Ji-Hyo dan para pekerja yang lain namun mampu untuk membeli sebuah kereta mewah berjenama Porsche.

Namun dispatch tersebut berasa terharu dan memuji tindakan Song Ji-Hyo yang membantu memberikan sedikit wang kepada pekerja syarikat terbabit meskipun gajinya tidak dibayar.

Rata-rata pekerja Uzurocks yang terkesan dengan situasi itu memuji Song Ji-Hyo yang turut menawarkan kepada mereka untuk menggunakan ‘personal card’ miliknya bagi membayar tanggungan mereka.

Sekadar info, Song Ji-Hyo yang begitu terkenal ketika menyertai rancangan realiti Running Man menyertai agensi Uzurocks Entertainment pada Oktober 2022 yang lalu.

Namun, sehingga Januari 2023 yang lalu, Song Ji-Hyo dilaporkan tidak menerima sebarang gaji bernilai Rm3.219 juta dan mengambil keputusan untuk meninggalkan agensi terbabit.

Sumber: KoreaBoo

Rakan Dedah Noh Salleh Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat?

$
0
0

Di Instagram, seorang wanita yang dipercayai rakan baik kepada Noh Salleh memberitahu bahawa penyanyi tersebut bakal menamatkan zaman dudanya tidak lama lagi.

Artikel berkaitan: Noh Salleh Dah Bertunang Dengan Peguam

Get married soon

Birthday made meaningful with my fave rockstar who is gonna get married soon. Congratulations.

Menerusi posting yang dikongsikan, wanita yang dikenali sebagai Karen itu dipercayai baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya bersama Noh. Ujar Karen, hari lahirnya sangat bermakna apabila dapat disambut dengan ‘rockstar’ kegemarannya. Lebih mencuri tumpuan, Karen berkata vokalis kumpulan Hujan itu akan berkahwin tidak lama lagi.

Terdahulu, Noh Salleh selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa. Majlis yang diadakan secara tertutup itu berlangsung di kediaman keluarga perempuan di Putra Heights, Subang Jaya dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Menurut sumber terdekat yang juga kenalan ibu bapa Fatin menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran. Difahamkan juga, pasangan ini dijangka diijabkabulkan pada 23 September 2023.

Fatin merupakan seorang peguam dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Sumber: Karen

[VIDEO] Noh Salleh Jalani Hidup Sukar Lepas Bercerai Dengan Mizz Nina, Terpaksa Berebut Anak

$
0
0

Penyanyi Noh Salleh mengakui kehidupannya menjadi sukar selepas bercerai dengan bekas isterinya yang juga aktivis kemanusian, Mizz Nina pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Noh Salleh Dah Bertunang Dengan Peguam

Artikel Berkaitan: Mizz Nina Umum Nikah Kali Kedua, Jumpa Pengganti Nama Essam Muhammad

Hidup sukar

Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh, 38, mendedahkan perkara itu menerusi satu sesi temu bual di TikTok Pophariini yang bertanyakan mengenai lima lagu band Indonesia kegemarannya.

Menerusi video tersebut, Noh menjawab salah lagu kegemarannya adalah Manusia nyanyian asal David Bayu yang dikatakan begitu dekat dengan kehidupannya.

Lagu Manusia nyanyian David Bayu, lagu ini benar-benar satu refleksi terhadap diri saya.

Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar. Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak.

Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sendiri sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup.

Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun disahkan bercerai pada Ogos 2022.

Sementara itu, pada tahun sama, mereka telah mengambil seorang anak angkat yang dikenali sebagai Musa.

Dalam perkembangan lain, vokalis kumpulan Hujan itu turut mengejutkan ramai pihak apabila dikatakan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang peguam dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada September depan.

Manakala, Mizz Nina pula berkongsi berita gembira apabila mengumumkan sudah bernikah dengan seorang penyanyi rap terkenal kelahiran Magribi iaitu Essam Muhammad pada suku kedua tahun 2023.

Video

@pophariini.com Lagu Indonesia apa yang menemani kalian di masa sulit? #PopHariIni #NohSalleh #fyp? #masukberanda ? original sound – Pophariini


Sumber: TikTok

Netizen Bergaduh Sesama Sendiri Lihat Fasha Sandha Pakai Crop Top -‘Walau Pakai Inner, Tetap Haram’

$
0
0

Umum mengetahui, pelakon jelita Fasha Sandha kini memiliki bentuk badan yang langsinh dan menawan selepas mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Alhamdulillah Saya Sihat’ – Fasha Sandha Tepis Dakwaan Netizen Kurus Sebab Sakit

Artikel Berkaitan: Aksi Mesra Fasha Sandha & Nora Danish Curi Tumpuan, Jejai Puji ‘Steady’ Dekat Bekas Isteri

Malah, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan dilihat tak lokek berkongsi momen dia melakukan pelbagai aktiviti senaman di laman sosial miliknya.

Pakai crop top

Bagaimanapun, baru-baru ini, tindakan Fasha mempromosikan sebuah jenama produk kesihatan telah menarik perhatian netizen.

Menerusi sepotong video yang tular, aktres berusia 39 tahun itu dilihat mengenakan pakaian jenis crop top yang dipadankan dengan seluar berwarna hitam sambil menari.

Seperti dijangka, perkongsian tersebut bakal menuai pelbagai reaksi kurang senang wargamaya.

Netizen gaduh

Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas merasa terkejut dengan pakaian yang digayakan pelakon drama Khilaf Asmara itu.

Namun, terdapat segelintir netizen yang tampil mempertahankan Fasha dengan mengatakan aktres itu memakai inner jenis warna kulit di bahagian dalam.

Sungguh begitu, masih ada netizen yang menegaskan meskipun memakai inner, masih dianggap salah dan boleh menimbulkan fitnah.

Viewing all 35736 articles
Browse latest View live