Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35736 articles
Browse latest View live

[VIDEO] Netizen Tampil ‘Backup’ Anak Che Ta –‘Jangan Cakap Kecil-Kecil Dulu Tak Pernah Pakai Makeup Mak’

$
0
0

Seorang wanita tampil mempertahankan anak perempuan kepada pelakon jelita Rozita Che Wan iaitu Aisyah Dhia Rana gara-gara ramai yang mendakwa Aaisyah tidak menjalani zaman kanak-kanak sebenar kerana sering mengenakan solekan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Beli Katil Hampir RM10K, Kualiti Ta*k’ – Rozita Che Wan Kecewa Dengan Perabot Lokal

Artikel Berkaitan: Anak Che Ta Stabil, Jalani Pembedahan ‘Supernumerary Mesiodens Tooth’

Budak perempuan suka ‘makeup’

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, wanita berbangsa Cina itu berkata ia adalah normal bagi seorang kanak-kanak perempuan menunjukkan minat dalam solekan.

Ramai yang kata anak Che Ta tidak menjalani kehidupan kanak-kanak kerana memakai ‘makeup’.

Sebenarnya dia memang sedang menjalani kehidupan sebagai seorang kanak-kanak. Jangan cakap awak tidak pernah bermain dengan alat solek ibu awak dan tak pernah pakai ‘makeup’ semasa kecil dahulu.

Saya tahu anak Che Ta tidak memakai ‘makeup’ ini sendiri tetapi saya pasti itu adalah hasil solekan yang dia mahukan.

Dalam pada itu, dia juga berkongsi beberapa keping gambarnya ketika masih kecil dan ternyata dia juga minat dan selalu mengenakan solekan.

Saya sendiri pakai ‘makeup’ setiap kali saya keluar rumah sehinggalah saya baligh kerana ketika itu saya mengalami masalah jerawat yang teruk. Sebab itulah saya berhenti bersolek sehingga sekarang.

Saya masih ingat setiap kali saya ke pasar raya, saya akan ke bahagian alat solek dan saya cuba memakai ‘tester’ yang disediakan. Itulah zaman kanak-kanak saya.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet bersetuju dengan wanita tersebut dan turut berkongsi zaman kanak-kanak mereka yang sering bermain dengan alat solek dan barang-barang ibu mereka.

Terdahulu, di ruangan komen pada hantaran di Facebook (FB) OhBulan!, warganet memberi pelbagai reaksi terhadap gambar Aaisyah, antaranya kanak-kanak itu didakwa lebih awal terdedah kepada alam dewasa berbanding usianya yang sangat muda.

@hokkien_laobu2.0

It’s only overboard when it becomes an obsession. I don’t think her mom (che ta) forced her into this, she was simply copying her mom. It’s a very kid thing to do. You guys identified the wrong root. If there is anything that her mom has been doing wrong, it would be that her mom did not explain to risk of long term exposure to makeup. #malaysiantiktok?? #fyptiktokmalaysia?? #fypmalaysia?? #malaysiatiktokviral #cheta #anakcheta #rozitachewan

? original sound – Hokkien_LaoBu – Hokkien_LaoBu

Sumber: FB OhBulan! TikTok

 


Tak Mampu Bayar Kos Pengebumian, Bapa Simpan Jenazah Bayi Dalam Peti Sejuk

$
0
0

Seorang lelaki yang berasal dari negara seberang, Indonesia mengambil keputusan menyimpan mayat bayinya di dalam peti sejuk akibat daripada masalah kewangan yang dihadapinya.

Artikel Berkaitan: Ibu Tergamak Bunuh Dua Bayinya & Mayat Disimpan Dalam Peti Sejuk

Artikel Berkaitan: Pasangan Kekasih Simpan Mayat Anak Selama Tiga Bulan

Artikel Berkaitan: Sorok Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk, Hukuman Penjara 6 Tahun Pengasuh Adam Rayqal Kekal

Tiada duit

Menerusi laporan Tribun News, bayi milik pasangan suami isteri itu meninggal dunia ketika berada dalam kandungan yang berusia lapan bulan.

Difahamkan, keadaan yang memaksa seorang bapa untuk bertindak sedemikian kerana kos untuk menguruskan pengebumian jenazah anaknya tidak mampu dibiayai.

Penduduk di Ciledug, Kota Tangerang, Banten, Indonesia menemui mayat bayi itu di dalam peti sejuk dengan keadaannya sudah membeku.

Walau bagaimanapun, mayat bayi tersebut selamat dikebumikan pada Selasa lepas setelah berada di dalam peti sejuk sejak Ahad.

Sumber: Tribun News

[VIDEO] Shila Amzah ‘Koyak’, Netizen Suruh Putus Tunang Dengan Ubai

$
0
0

Penyanyi, Shila Amzah berasa geram dengan tindakan segelintir netizen yang tidak henti-henti mengganggu urusan peribadinya.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah & Ubai Bertunang, Netizen Doakan Urusan #ShiBai Dipermudahkan

Artikel Berkaitan: Tunang Shila Amzah Mengamuk? Dakwa Ada Pihak Dengki Dengan Keluarga -‘Kau Nak Apa Sebenarnya…’

Suruh putus tunang dengan Ubai

Menerusi temu bual bersama Melodi, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah, 32, mendedahkan ada wargamaya yang menghasutnya untuk memutuskan tali pertunangannya dengan Ubai.

Lebih menyakitkan hati apabila ada yang mendoakan hubungannya dengan Ubai tidak berpanjangan.

Misi mencucuk jarum? Nak kata pasal menghasut kami berdua banyak je dapat DM yang pelik-pelik. ‘Patut Shila ni dengan si polan dan si polan’.

Tapi kita lagi tahu pasangan kita macam mana. Dan semestinya Sha akan ‘koyak’, sejak berkawan dia (Ubai) yang paling tahu.

Ada yang sampai mendoakan hubungan ini tidak lama.

Dugaan bertunang

Dalam pada itu, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mengakui pelbagai ujian yang datang sejak dirinya mengambil keputusan untuk berkawan dengan pelantun lagu Masih Aku Cinta itu.

Jangan cakap ujian bertunang, ujian kehidupan ni pun sejak saya berkawan dengan Shila dah lama dah (ada).

Bila kita umumkan kita bercinta, lagi banyak dugaan yang datang, kena tabahlah.

Lagi-lagi bila dah bertunang, itu ini orang cakap. Ada juga yang mendoakan ‘tak lama ni’, tapi kita tahu apa yang kami lalui jadi Insya-Allah, semuanya baik-baik.

Bagaimanapun, Ubai tidak terkesan sebaliknya menganggap segala dugaan yang mendatang sebagai satu ujian di samping memilih untuk tidak memburukkan nama individu yang sering melemparkan kecaman.

Ujian, DM semua makin kencang. Kalau datang job tak apa tapi yang datangnya kecaman, hinaan. ‘Kenapa Shila? Sedangkan boleh dapat yang lain’.

Aada juga yang persoalkan umur dan sebagainya. Kita tak boleh puaskan hati semua orang jadi kita jaga sahajalah nama baik kita dan jangan burukkan nama orang yang dah DM kita macam-macam.

Kita abaikan je lah dan janganlah kita pergi sebarkan aib dia pula.

Sekadar info, Shila dan Ubai kini menanti hari bahagia untuk mendirikan rumah tangga selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 27 Mei yang lalu.

Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun usia perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun apabila mereka disahkan bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang putera bernama Seth Uwais yang kini berusia tiga tahun.

Video

Sumber: Melodi

Tersebar Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Terkenal Bersama Suami Orang, Netizen Cakap Macam Edit Je

$
0
0

Nama adik kepada pelakon Raffi Ahmad iaitu Syahnaz Sadiqah masih lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang meskipun dirinya sudah berkahwin.

Artikel Berkaitan: Isteri Pelakon Bongkar ‘Sisi Gelap’ Suami Curang Dengan Isteri Drummer, Tatu Badan Pun Wajah Si Penyondol

Artikel Berkaitan: Pelakon Mengaku Tatu Di Belakang Badan Muka Adik Raffi Ahmad, Cacah Sebab Sakit Hati Dengan Isteri

Siapa dalam video tular?

Baru-baru ini, tular pula satu video yang memaparkan aksi tidak senonoh antara seorang lelaki dan perempuan di dalam sebuah bilik. Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah wajah serta gaya rambut pasangan dalam video tersebut mirip Syahnaz dan kekasih gelapnya, Rendy Kjaernett.

Tetapi kebanyakan netizen tidak percaya bahawa aksi intim tersebut dilakukan Syahnaz dan Rendy. Sebaliknya, mereka mendakwa video tersebut hanyalah satu suntingan yang sengaja mahu menjatuhkan imej kedua-dua pelakon terkenal ini. Lebih menguatkan lagi pendapat mereka apabila video tersebut tidak menampakkan wajah sebenar pasangan terbabit kerana telah disensor.

Sementara peguam yang mewakili Rendy menafikan bahawa lelaki dalam video tersebut bukanlah anak guamnnya seperti yang didakwa orang ramai.

Sumber: Liputan6, Detik

Nak Kekal Segar & Sejuk Dalam Cuaca Panas? Lifebuoy Cool Range Boleh Bantu Korang!

$
0
0

Cuaca sekarang panas semacam oi!

Korang perasan tak yang cuaca di Malaysia kebelakangan ni memang panas membahang kan?

Suhu yang tinggi boleh membuatkan kita rasa tak selesa dan dehidrasi. Kadang-kadang tu, tak buat apa sangat pun tapi terasa penat sangat sebab cuaca yang agak panas dan badan kita pun cepat lesu.

Haaa…Musim-musim macam ni korang kena sentiasa minum air yang secukupnya untuk menyejukkan badan dan elakkan dehidrasi tau.

Korang tahu tak yang korang boleh kekal cool dan fresh sepanjang masa selain daripada minum air? Nak tahu apa tak?

Kekal ‘FRESH’ dengan Lifebuoy Cool Range!

Kalau dah namanya musim panas ni korang mesti kejap-kejap nak mandi kan? Yalah nak sejukan badan punya pasal. Sebenarnya pemilihan sabun mandi pun penting tau.

Korang kenalah pilih sabun mandi yang mampu memberikan kesegaran yang berpanjangan baru selesa nak lakukan apa-apa aktiviti harian.

Antara sabun mandi yang min sangat rekomen untuk korang gunakan ialah sabun mandian Lifebuoy Cool Range. Ia membunuh 99.9% kuman yang mampu melindungi korang seisi keluarga.

Siapa je yang tak kenal Lifebuoy kan? Sabun Antibakteria Dengan Penjualan No.1 Di Dunia*. Wow!

*Berdasarkan jualan unit NielsenIQ untuk kategori Pembersihan Kulit (12 bulan terkini yang tersedia), 2022, Nielsen IQ.

Korang mesti dah biasa dengar atau guna Lifebuoy Lemon Fresh dan Cool Fresh kan? Kini Lifebuoy dah keluarkan variasi baharu iaitu Fresh Coconut Water & Mint. Mantap!

Melindungi diri daripada kuman punca bau badan

Biasanya si empunya diri takkan sedar mereka hadapi masalah bau badan. Malu wei kalau sampai orang tegur. Masalah ni sebenarnya dipengaruhi oleh peluh. Cuaca sekarang panas pulak. Memang kadar peluh lebih tinggi la. Tapi bau badan ni dapat dikurangkan dengan mandi lebih kerap.

Lifebuoy Cool Range kali ini merupakan sabun mandian ni boleh melindungi diri daripada kuman yang menyebabkan bau badan. Jadi, mestilah guna Lifebuoy Cool RangeRecommended!

Kesegaran yang tahan lama, sehingga 12 jam

Sepanjang gelombang haba melanda, mesti la kita nak rasa sejuk dan segar sepanjang hari kan? Maklum la banyak aktiviti nak buat. Lebih-lebih lagi buat yang dah berkeluarga. Anak-anak korang mesti tak nak duduk diam punya.

Apa yang istimewanya tentang Lifebuoy Cool Range? Korang dapat nikmati kesegaran sehingga 12 jam. Sabun mandian ni dapat bantu korang untuk tetap sejuk dan segar dengan lebih lama. Nak beraktiviti bersama keluarga pun jadi lebih selesa.

Paling penting, Lifebuoy Cool Range telah diuji secara dermatologi. Dijamin selamat untuk digunakan seisi keluarga. Barulah yakin nak guna kan!

Menampilkan 3 varian dengan bau wangi tersendiri

Buat pengetahuan korang, Lifebuoy Cool Range ni ada 3 varian, iaitu Cool Fresh, Lemon Fresh, dan Fresh Coconut Water & Mint Bodywash terbaru. Setiap jenis ada bau wangi dan kebaikan yang tersendiri.

Lifebuoy Cool Fresh Antibacterial Body Wash

  • Mengandungi kristal mentol organik daripada minyak daun pudina yang berkhasiat membantu diri berasa sejuk dan segar.
  • Melindungi kulit daripada jangkitan kuman dan direka untuk membersihkan pori-pori secara mendalam.

Lifebuoy Lemon Fresh Antibacterial Body Wash

  • Mengandungi lemon ekstrak yang mampu membuatkan korang segar sepanjang hari.
  • Melindungi kulit daripada kuman.

Lifebuoy Fresh Coconut Water & Mint Antibacterial Body Wash

  • Mengandungi air kelapa dan pudina yang terkenal dengan sifat penghidratan dan antioksidan.
  • Aroma air kelapa dan pudina memberikan kesegaran kulit yang berpanjangan.

Min jamin selepas korang pakai Lifebuoy Cool Range confirm badan korang akan kekal sejuk dan fresh sepanjang hari, cuaca panas? no problem la!

No more masalah bau badan dan jangkitan kuman lagi lepas ni!

Jom dapatkan Lifebuoy Cool Range di pasaran sekarang. Rekomenkan sekali kat keluarga dan kawan-kawan korang untuk gunakannya okay?

Jangan lupa untuk dapatkan sabun mandian dari Lifebuoy di WatsonsGuardian ataupun kedai yang berdekatan sekarang tau. Run bestie run!

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman Lifebuoy Facebook atau Instagram mereka.

4 Dekad Membina Legasi, Anuar Zain Bakal Bertemu Peminat Di ‘Anuar Zain 40th Anniversary Concert’

$
0
0

Nama penyanyi, Anuar Zain tidak lagi asing dalam industri muzik tanah air dengan 40 tahun pembabitannya yang masih disanjungi sehingga kini.

Sempena meraikan penghargaannya terhadap peminat, Anuar Zain bakal tampil dengan Anuar Zain 40th Anniversary Concert pada 28 Oktober depan.

Artikel Berkaitan: Anuar Zain Enggan Jadi Juri Untuk Mana-Mana Pertandingan

Artikel Berkaitan: ‘Tak Ada Cabaran Yang Besar, Mereka Well Prepared,’- Gandingan Anuar Zain & Okestra Sekolah Puaskan Penonton!

Artikel Berkaitan: Anuar Zain Buat Kemunculan Khas Di Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds

Demi peminat

Ketika ditemui OhBulan!, Anuar atau nama penuhnya Shahrul Anuar Zain mendedikasikan konsert ini buat peminatnya yang tidak putus memberi sokongan sepanjang empat dekat membina legasi dalam industri muzik tempatan.

Saya menyasarkan full house untuk konsert kali ini. Tujuan utama untuk menghiburkan peminat dengan semua lagu yang dipersembahkan.

Boleh dikatakan, konsert kali straight forward sahaja tanpa sebarang gimik atau elemen kejutan yang ditampilkan.

Anuar Zain berkata demikian ketika sidang media Anuar Zain 40th Anniversary Concert di JioSpace, semalam.

Tambahnya lagi, penyanyi jemputan untuk konsert yang bakal tiba itu masih belum diputuskan kerana terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Tempat bernostalgia

Apabila ditanya tentang lokasi pemilihan untuk konsert ini, pelantun lagu ‘Sedetik Lebih’ itu memaklumkan Stadium Malawati merupakan tempat yang memberi kenangan manis buatnya.

Ulasnya lagi, Shah Alam merupakan tempatnya membesar.

Saya sudah mengadakan konsert di beberapa lokasi tetapi Stadium Malawati memberi saya nostalgia yang sangat manis. Tambah lagi, lokasi itu sangat praktikal dengan bentuk empat segi dan sangat senang untuk bekerja. Pencahayaan dan sistem bunyian juga baik.

Selain itu, Shah Alam adalah tempat saya tinggal dan membesar. Shah Alam juga bukan bandar yang sibuk. Yang paling penting, peminat mudah untuk cari parking.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Melaka itu turut menyatakan bahawa penceritaan bakal ada mengenai perjalanannya sepanjang 40 tahun pada hari konsert berkenaan. Namun, fokus utamanya masih untuk menghiburkan peminat yang hadir.

Anuar Zain 40th Anniversary Concert ini bakal diadakan pada 28 Oktober 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam jam 8:30 malam.

Pada yang berminat untuk hadir, tiket yang dibawakan oleh JioBuddy akan mula dijual pada 12 Julai ini jam 10:00 pagi di laman sesawang www.jiotix.asia. Harga tiket bermula dengan RM188 (Gold) sehingga RM1188 (VIP 1).

‘Saya Tak Bodoh! Kalau Tak Selevel Kenapa Pinjam Duit?’ – Aliff Syukri

$
0
0

Sebelum ini, bekas Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menjelaskan beliau telah menyerahkan kepada peguamnya untuk menguruskan ‘ugutan’ usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang mendakwanya berhutang puluhan juta ringgit.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Nak Turunkan Level Saya Ke Tahap Aliff Syukri’ – Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir

Artikel Berkaitan: ‘Pagi Petang Saya Berniaga Buat Live, Senang-Senang Tan Sri Ambil Hak Saya’ – Aliff Syukri

Malah menurut Abdul Kadir, beliau enggan meletakkan kedudukannya serendah usahawan terbabit.

Terasa pedas?

Tidak mendiamkan diri, Aliff menerusi perkongsian di Instagram tampil mempertahankan dirinya dengan berkata dia tidak memetik nama mana-mana individu, sebaliknya hairan mengapa Abdul Kadir terasa.

Jelas Aliff lagi, sekiranya Abdul Kadir tidak setarafnya, mengapa bertindak meminjam wang dan meminta bantuan daripadanya.

Saya tiada sebut nama mana-mana Tan Sri pun, kenapa terasa pedas?

Memang saya tidak selevel Tan Sri, saya anak orang kampung asal pun Felda Ulu Banat. Susah saya nak cari duit bermula dari pasar, menjaja siang malam.

Tan Sri kalau tak selevel kenapa minta saya bantu dan kerjasama? Dah dapat duit lepas tu lari dari saya . Tak nak turunkan diri jumpa saya. Tak selevel ya?

Dalam masa sama, bapa kepada enam cahaya mata itu berkata dia juga ada merakam video ketika mereka mengadakan pertemuan bersama sebelum ini.

Wahai Tan Sri , saya tak bodoh masa kita bincang dan meeting, keliling saya letak kamera! Tan Sri tak perasan sebab level Tan Sri bilion bodyguard keliling pinggang, saya anak kampung sahaja.

Kalau tak selevel pulangkan hak saya yang puluhan juta tu. Pelik juga kalau tak selevel kenapa ajak saya datang rumah? Ajak pergi makan, memancing kat kampung?

Semua ada video Tan Sri di YouTube. Siap ajak pergi resort layan saya macam raja. Ingat saya bukan anak kampung yang bodoh yang boleh dikotak katekkan, dan rakyat Malaysia tak bodoh menilai. Jangan makan duit rakyat marhen mcm saya ni Tan Sri.

Terdahulu, Aliff menerusi perkongsian di Instagram mendakwa terdapat seorang individu berpangkat Tan Sri yang liat untuk membayar hutangnya meskipun sudah dihubungi.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana individu, namun difahamkan perkongsian tersebut ditujukan kepada Abdul Kadir.

Sumber: Instagram

YouTuber Bina Badan, Jo Lindner Meninggal Dunia –‘3 Hari Mengadu Sakit Leher’

$
0
0

Pempengaruh YouTube dan ahli bina badan, Jo Lindner atau lebih dikenali sebagai Joesthetics disahkan meninggal dunia di Thailand pada Sabtu yang lalu.

Artikel Berkaitan: Juri MasterChef Australia, Jock Zonfrillo Meninggal Dunia Di Usia 46 Tahun

Artikel Berkaitan: Penyanyi Coco Lee Meninggal Dunia, Bunuh Diri Akibat Tekanan Perasaan

Kematian disebabkan aneurisme

Berita mengejutkan itu disahkan sendiri kekasihnya, Nicha menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan dirinya ada bersama Jo ketika dia menghembuskan nafas yang terakhir.

Menurut Nicha, Jo yang mengadu sakit di bahagian lehernya tiga hari sebelum meninggal dunia difahamkan meninggal dunia akibat penyakit yang dipanggil sebagai aneurisme.

Sekadar info, aneurisme ialah pembengkakan atau bonjolan yang tidak normal pada dinding saluran darah.

Untuk rekod, Jo Lindner sangat dikenali ramai dan mempunyai sejumlah 8.4 juta pengikut di Instagram serta memperoleh hampir 500 juta tontonan di YouTube.

Posting Nicha

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NICHA (@immapeaches)

Sumber: Instagram


Dilayan Seperti ‘Mesin Buat Anak’, Wanita Fail Cerai Selepas Dipaksa Hamil ‘Baby Boy’

$
0
0

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita memfailkan perceraian selepas dia dipaksa suaminya untuk hamil anak lelaki walaupun mereka telah dikurniakan enam orang anak perempuan.

Artikel Berkaitan: Kejam! Suami Tergamak Curah Petrol Bakar Isteri & Anak-Anak Sampai Melecur 55%

Artikel Berkaitan: [VIDEO] 15 Tahun Menanti Cahaya Mata, Abang Lori Syukur & Sebak Dikurniakan Anak – ‘Orang Ingatkan Cucu Saya’

Mahkamah tolak permohonan cerai

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan South China Morning Post, wanita bernama Xiong dari wilayah Hunan, China itu berkahwin dengan suaminya yang bernama Ou pada tahun 2015.

Difahamkan mereka telah memiliki empat orang anak perempuan sebelum rasmi berkahwin dan selepas mendirikan rumah tangga mereka dkurniakan sepasang kembar perempuan.

Sepanjang perkahwinan, Xiong yang banyak mengurus enam anak mereka justeru dia keletihan. Namun, suaminya tetap menginginkan dan memaksanya untuk hamil lagi sehingga mereka mendapat anak lelaki.

Ekoran itu, wanita berkenaan meninggalkan rumah mereka dan tinggal bersama-sama ibu bapanya. Pada Jun lalu, dia mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian.

Walau bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan perceraiannya dengan menyifatkan dirinya sebagai bukan seorang ibu yang baik.

Dia juga diperintahkan oleh mahkamah untuk kembali ke pangkuan keluarga untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.

Susulan sudah viral, kisah tersebut telah menimbulkan kemarahan dan kritikan warganet.

Sumber: South China Morning Post

Aisha Hanim Hargai Peminat Dengan ‘Mini Konsert One Night Only Aishahanim’

$
0
0

Duo penyanyi, Aisha Hanim bakal melangsungkan mini konsert di Dewan Tun Dr. Ismail sebagai tanda penghargaan kepada keluarga, sahabat, rakan media dan peminat yang tidak berhenti memberi sokongan terhadap karier mereka.

Menerusi penganjuran Mini Konsert One Night Only Aishahanim, mereka meluahkan rasa keterujaan dalam menjayakan konsert ini yang bakal berlangsung pada 6 Ogos depan.

Artikel Berkaitan: AishaHanim Bakal Tampil Dengan ‘Raya Rumah Terbuka’

Mini Konsert

Menurut mereka, konsert ini bakal menjadi lembaran penceritaan perjalanan mereka dalam industri muzik tempatan menerusi 15 lagu yang disediakan.

Tambah Aisha Hanim, konsert One Night Only Aisha Hanim ini menjadi pentas untuk menceritakan kisah mereka sepanjang berada dalam dunia seni.

Setiap penyanyi mempunyai sejarah dan cerita sendiri. Begitu juga Aishahanim.

Kami juga mahu membuktikan, kami mampu untuk menyanyi secara langsung. 15 lagu bukan mudah tapi kami yakin dengan kemampuan dan bakat kami.

Setiap lagu yang dipersembahkan mempunyai cerita dan sejarah tersendiri dalam hidup kami. Tetapi 15 lagu yang bakal dipersembahkan adalah pilihan terbaik untuk konsert ini.

Difahamkan, konsert yang bakal berlangsung ini bakal berjalan sepanjang dua jam. Peminat bakal dihiburkan dengan rangkaian seleksi lagu-lagu nyanyian semula dan single hits Aisha Hanim seperti Angkara, Tinggalan Cinta dan Leka.

Selain itu, Aisha Hanim juga bakal menyanyikan lagu-lagu nyanyian idola mereka antaranya Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Anita Sarawak, Ziana Zain dan ramai lagi.

Persediaan konsert

Apabila disentuh tentang konsert, pastinya para artis perlu membuat persembahan dari pelbagai segi terutama stamina.

Dimaklumkan, Aisha Hanim kini giat berlatih menerusi senaman dan aktiviti riadah untuk memastikan stamina dapat dikonsistenkan sepanjang hampir dua jam persembahan nanti.

Persembahan ketika konsert itu nanti bakal diiringi oleh Band Tentera Darat Pork Dickson.

Untuk yang berminat, tiket mini konsert yang turut disertakan dengan makan malam itu sudah mula dijual bermula pada harga RM299 sehingga RM499.

Muat Naik Foto Berbusana Pengantin Di IG, Cat Farish & Shikin Maembong Sedang Meniti Hari Bahagia

$
0
0

Umum mengetahui, penyanyi, Cat Farish sedang hangat menjalin cinta bersama kakak pelakon, Emma Maembong, iaitu Shikin Maembong.

Terbaharu, pasangan ini sekali lagi menjadi perhatian apabila mereka memuat naik foto berbusana pengantin di akaun Instagram (IG).

Semua ini indah

Semua ini indah bila dikirimkan doa. Semua ini terjadi bila doa ibu dimakbulkan. Semua ini indah bila kita saling ingat mengingati dan percaya. Semua ini indah bila kita ikhlas, jujur, tak sakit hati dan busuk hati. Inshallah kami akan bina hidup baru. Amin. Terima kasih mama, mama, papa, ayoh, anak-anak, keluarga dan sahabat.

Menurut Cat, semua yang dirancang akhirnya termakbul dan mereka bakal bernikah tidak lama lagi. Ujar Cat, dia berterima kasih kepada semua orang yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya. Menerusi foto yang dimuat naik, Cat dan Shikin dipercayai merakam foto pre-wedding mereka bersama anak-anak. Lebih mencuri tumpuan, Cat berkata mereka sedang meniti hari.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut. Mereka berharap hubungan yang bakal dibina tidak lama lagi itu akan berkekalan buat selama-lamanya.

Sekadar info, Cat mendirikan rumah tangga dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 tetapi bercerai, Januari lalu, tanpa cahaya mata.

Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli, namun, berpisah pada April 2016. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.

Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, tetapi bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna. Shikin kemudian berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun, berpisah selepas dua tahun.

Sumber: Cat Farish

‘Zahid Perlu Jalani Pembedahan Mata, Pemimpin Banyak Tugasan’– Nurulhidayah

$
0
0

Nama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara perubahan wajah dan mata.

Artikel Berkaitan: PRU15: Ahmad Zahid Diasak Letak Jawatan Parti, Nurulhidayah Pilih Untuk Kekal Tenang – ‘Semua Sudah Menjadi Ketetapan Allah ..’

Lazy eye

Menjelaskan situasi sebenar, anak sulungnya, Datuk Nurulhidayah menjelaskan bapanya mengalami penyakit lazy eye (Ambliopia) atau kerosakan saraf optik.

Kata Nurulhidayah, Zahid perlu menjalani pembedahan sebelum menyebabkan kecacatan penglihatan.

Anak saya, Louie memang ikut mata datuk. Saraf mata dia memang perlukan pembedahan tapi nanti la sebab dia masih nampak lagi.

Grandpa (datuk) sampai dah mengganggu penglihatan dan menjadi keperluan untuk melakukan pembedahan. Bila berumur saraf makin kendur dan memudaratkan penglihatan.

Apa yg jadi lucu pun tak tahu la. Dalam keluarga semua ambil keputusan diamkan diri. Saya lain. Saya lebih terbuka kepada penjelasan. Bukan kita buat salah. Kita buat perkara untuk kebaikan.

Dalam pada itu, Nurulhidayah menyatakan Zahid memikul tanggungjawab yang besar untuk negara justeru beliau perlu cepat kembali sihat.

Bagi saya abah (Zahid) perlu lakukan sesuatu sebelum memudaratkan diri dia. Sebagai pemimpin dia banyak tugasan dan tanggungjawab. Ia amanah Allah. Tak boleh buat suka-suka.

Alhamdulillah Allah beri ilham untuk saya tampil beri penjelasan secara tidak langsung di ruangan komen.  Orang boleh buat cerita, cipta berita, caci maki dan menghina.

Bagi saya berbekalkan sedikit pengajaran perjalanan Haji, sebagai hamba Allah, apa sahaja tuduhan manusia tak penting. Kita perlu elok perangai dan akhlak untuk Allah sayang kita, jaga kita, lindung kita. Itu paling utama.

Sebelum ini, Zahid mencuri tumpuan apabila tampil memakai cermin mata hitam pada Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke-23 di Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram

5 Tahun Berpisah, Momen Bapa Buat Kejutan Sempena Hari Lahir Anak Undang Sebak

$
0
0

Tular di media sosial, video yang memaparkan seorang bapa yang telah berpisah dengan anak-anaknya tiba-tiba datang memberikan kejutan sempena hari lahir mereka telah mengundang sebak warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Berjaya Dapat Hak Jagaan Anak, Momen Anak Segan Jumpa Bapa Kandung Curi Perhatian Netizen

Artikel Berkaitan: Netizen Puji Bekas Suami Hantar Mesej Penghargaan Kepada Bekas Isteri Sempena Hari Lahir Anak – ‘Ex Dari Syurga’

Kejutan hari lahir

Menerusi hantaran di TikTok, video yang dipercayai dikongsikan oleh salah seorang guru kanak-kanak tersebut memaparkan seorang lelaki menghadirkan diri dengan membawa maskot dan kek bagi meraikan hari lahir anak-anaknya.

Difahamkan anak beranak itu pertama kali berjumpa setelah lima tahun terpisah.

Seorang ayah yang tidak pernah berjumpa anaknya selama lima tahun telah datang memberikan kejutan dengan membawa maskot dan kek untuk sambutan hari jadi anaknya di sekolah.

Semoga kasih sayang anak dan bapa ini berterusan sampai bila-bila.

Tinjauan OhBulan! mendapati bapa kanak-kanak berkenaan merupakan pesakit buah pinggang tahap empat yang ketika ini sedang menjalani rawatan dialisis.

‘Menitis air mata’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat detik pertemuan bapa dan anak-anaknya itu dan mendoakan agar lelaki tersebut sentiasa diberikan kekuatan serta kesembuhan.

@neezadahalan

Seorang ayah yang tidak pernah berjumpa anaknya selama 5 tahun telah datang buat surprise bawa maskot dan kek untuk sambutan Harijadi anaknya di sekolah. Semoga kasih sayang anak dan bapa ini berterusan sampai bila2. #CBN2 #fyp #sekolahku

? bunyi asal – hilang – hilang

Sumber: TikTok 

Ahmad Dhani Cipta Lagu Ketuhanan Untuk Fazura, Bakal Lancar Sempena ‘Birthday’

$
0
0

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura mengumumkan bakal melancarkan sebuah lagu baharu ciptaan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan: Fazura Bersedia Hamil ‘Anytime’, Kesian Tengok Fatima Sunyi Tiada Kawan

Artikel Berkaitan: ‘Anak Kedua? Doakan Rezeki Bakal Tiba’ – Fazura

Lagu ketuhanan

Ketika ditemui OhBulan!, Fazura berkata lagu tersebut sudah pun dirakam dan dinyanyikan oleh Ahmad Dhani, namun diubah semula melodinya untuk diberikan kepadanya.

Kongsi Fazura lagi, ketika pertama kali mendengar lagu tersebut, dia terus jatuh cinta.

Ahmad Dhani janji nak buat lagu untuk saya. Insya-Allah sudah ada pun, lagu tersebut dah pun rekod lama sebab itu lagu  Ahmad Dhani sendiri. Kemudian di gubah semula untuk saya. Tajuknya Jika Cinta Allah.

Bila saya dengar lagu itu saya terus jatuh cinta, dengan lirik dan melodinya. Saya beritahu Ahmad Dhani yang saya mahu lagu itu. Dia buat semuanya semula dan ada featuring juga. Ini merupakan kolabrasi pertama saya dengan dia.

Fazura berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran program Innovathon yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam masa sama, isteri kepada aktor Fattah Amin itu berkata dia bercadang untuk melancarkan lagu berentak ketuhanan itu ketika hari ulang tahunnya pada September depan.

Kononnya nak release tahun lalu sewaktu Faztival Fazura 2022, tapi tak sempat, aturan Allah. Namun Insya-Allah akan release sempena ulang tahun saya nanti.

Saya sekarang minat kepada lagu-lagu yang islamik dan ketuhanan sebab nak memberi motivasi serta semangat kepada orang ramai.

Kalau dalam playlist lagu pun saya banyak dengar lagu kumpulan Dewa 19 sahaja.

‘Saya Wajib Buat Susu, Pasang Kartun & Pakaikan Lampin Sebelum Tidur’– Isteri Dedah Suami Ada ‘Fetish’ Aneh

$
0
0

Menerusi program ‘Realiti’ episod keempat ‘Bahana Fetish Adult Baby Diaper Lover, Suamiku Bayiku’, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Alia tampil berkongsi mengenai masalah yang dihadapinya bersama suami tercinta.

Berperwatakan seperti seorang bayi

Menurut Puan Alia, dia sudah berumah tangga hampir enam tahun dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Sebagai seorang isteri, Puan Alia memberitahu bahawa suaminya mempunyai ‘fetish’ yang pelik. Ujar Puan Alia, suaminya mempunyai sindrom ‘Adult Baby Diaper Lover’.

Umur saya 29 tahun. Saya bekerja sebagai drop shipper, saya jual pakaian muslimah melalui online. Saya dah berumah tangga dengan suami saya hampir 6 tahun juga la. Kami belum ada rezeki untuk dikurniakan seorang anak lagi. Saya tak tahu sama ada orang luar tahu atau tidak, tentang ni, tapi suami saya ada sindrom Adult Baby Diaper Lover.

Tabiat ini is when seorang dewasa dia suka berperwatakan seperti seorang bayi. Macam kalau masa yang dia rasa dia nak dia akan suruh saya pakaikan lampin untuk dia. Bila lampin tu dah penuh dengan kencing, berak dia dia suruh saya tukarkan dengan lampin yang baru.

Dan kalau dia nak tidur, dia mesti wajib untuk saya buat susu untuk dia, susu panas sambil pasangkan kartun favourite dia. 

Bercerita lebih lanjut, Puan Alia berkata suaminya sudah bercakap mengenai hal tersebut di awal perkahwinan.

Pada awal perkahwinan dia ada sebut perkara ni, dia macam dia cakap minat jadi bayi. Tapi, untuk saya sebagai pasangan dia of course saya ingat macam okay kita sebagai pasangan, bermanja lah kan? Tapi saya tak sangka se-ekstrem ni dan se-detail ni dia punya perkataan ‘baby’ tu. 

Pada tahun pertama tu dia cuma hanya minta-minta kosong. Macam pakaikan diapers untuk dia. Tapi dia masih tak tekankan untuk saya buat benda tu. Sampailah lepas tahun pertama tu, dia dah mula beli diapers, beli botol susu, alat-alat kelengkapan keperluan bayi dan ada masa dia akan paksa saya untuk pakaikan dia lampin, dan mandikan dia. Kalau saya tak nak buat benda tu, dia akan merengek macam seorang bayi. 

Disoal tentang bagaimana cara Puan Alia menolak permintaan suami, wanita itu berkata dia terpaksa menuruti permintaan tersebut.

Dia perlu benda tu, untuk kebahagiaan dia. Suami saya adalah seorang cikgu sekolah. Dah hampir 10 tahun dia bekerja sebagai cikgu sekolah. Kalau dekat luar, dia macam orang yang lain. 100% berubah.

Kalau dengan kawan-kawan dia atau tempat kerja dia, orang akan sangka dia adalah suami yang sangat manly, sangat sempurnalah. Tapi bila dekat rumah, saya je yang nampak benda tu.

Sbagai seorang suami dia sangat jaga nafkah saya, makan minum saya, perasaan saya, tapi bab sindrom tu sahaja yang buat saya rasa macam tak sesuai untuk kehidupan saya sebagai seorang isteri.

Di akhir temu bual, Puan Alia berharap suaminya berubah dan menjadi seperti normal tatkala berada di rumah.

Video


Agresif Ketika Ditahan, Bekas Pemain Liga Super Disyaki Terlibat Kes Pecah Rumah?

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Bekas pemain bola sepak didakwa terlibat dengan kes pecah rumah yang berlaku di Pontian, Johor, baru-baru ini sehingga mengakibatkan kerugian hampir puluhan ribu ringgit.

Kes pecah rumah

Sekadar gambar hiasan

Suspek yang berusia 33 tahun itu bersama rakannya ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Penanhanan tersebut dilakukan selepas pihak polis melihat suspek dalam keadaan mencurigakan.

Suspek cuba bertindak agresif apabila Polis cuba menahannya menyebabkan berlaku sedikit pergelutan kerana dia tidak mahu memberikan kerjasama.

Hasil siasatan, suspek mengakui melakukan aktiviti pecah rumah sebelum dia bersama seorang lagi rakannya menunjukkan lokasi di mana hasil rompakan disimpan.

Sekadar info, bekas pemain bola sepak itu agak terkenal beberapa tahun lalu kerana pernah beraksi bersama beberapa pasukan gergasi Liga Super di Selatan dan Utara tanah air.

Malah, dia juga pernah berkelana ke Liga Thailand selama dua tahun selain turut menjalani pemilihan bersama kelab berpengkalan di Jepun.

Kali terakhir dia beraksi bersama pasukan Liga Super adalah pada 2018 bersama kelab berpengkalan di utara tanah air sebelum bekas pemain itu dikatakan menukar haluan dengan bermain bersama skuad Liga M3.

Sumber: Harian Metro

[VIDEO] ‘Pasti Akan Bahagia Dengan Orang Yang Tepat’– Netizen Tumpang ‘Happy’ Dengan Kebahagiaan Baru Mizz Nina

$
0
0

Pengumuman terkejut yang diumumkan sendiri oleh Mizz Nina mengenai perkahwinan keduanya bersama pilihan hati, Essam Muhammad pastinya mencetus rasa teruja dan tanda tanya dalam kalangan warganet.

Namun, setelah diketahui latar belakang suaminya, ramai yang lebih gemar melihat Mizz Nina yang kini bersama kebahagiaan barunya.

Artikel Berkaitan: Mizz Nina Umum Nikah Kali Kedua, Jumpa Pengganti Nama Essam Muhammad

Artikel Berkaitan: Mizz Nina Umum Nikah Kali Kedua, Jumpa Pengganti Nama Essam Muhammad

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noh Penyebab Mizz Nina Percaya Dengan Perkahwinan

Kebahagiaan baru

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu memuat naik video Mizz Nina bersama Essam yang dilihat sedang berbulan madu di Cappadocia, Turkiye.

Dalam video itu, pemilik nama Shazrina Azman menggayakan ‘dress’ biru yang panjang dengan berlatarbelakangkan beberapa belon panas. Manakala suaminya dilihat sedang merakam momen indah tersebut.

Hal itu meraih perhatian netizen yang merasakan Mizz Nina lebih tenang bersama pilihan hatinya yang baru.

@astandltxfd

Still honeymoon with my husband?? #mizznina #indahpadawaktunya #suamiistribahagia #husbandwife #loveu #masyaallahtabarakkallah

? Tercipta Satu Senyuman – Chorus – Reedzwann

Netizen tumpang bahagia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bahagia melihat pasangan itu yang berkongsi momen indah bersama. Selain itu, terdapat juga komen dalam kalangan warganet yang merasakan Mizz Nina membuat pilihan yang tepat dek kerana perkahwinan yang gagal sebelum ini menemukannya dengan seorang yang lebih serasi.

Sumber: TikTok @astandtxfd

[VIDEO] ‘Dua Kali Johan As’ari Lupa I Perempuan’– Afifah Nasir

$
0
0

Umum mengetahui, pelakon, Afifah Nasir sedang bertanding dalam program nyanyian ‘Mic On Selebriti’ anjuran sebuah stesen televisyen tempatan.

Terlalu teruja

Di Instagram, Afifah dilihat sering berkongsi momen di sebalik tabir mengenai persembahannya setiap minggu.

Terbaru, adik kepada Anzalna Nasir ini telah memuat naik sebuah rakaman video di mana pelakon, Johan As’ari terpeluk dirinya sewaktu mereka mendengar keputusan yang menggembirakan.

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Johan kelihatan tidak sengaja memeluk Afifah tatkala pengacara mengumumkan tiada penyingkiran. Menurut Afifah pula, Johan sudah dua kali terlupa bahawa dirinya seorang wanita.

Berikutan daripada posting tersebut, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Johan apabila berasa teruja. Pada masa yang sama, netizen berharap posting yang dikongsikan oleh Afifah itu tidak menjadi isu dan menimbulkan fitnah.

Dua kali @johanarrif_asari lupa I perempuan! Hahahahaha !

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)

Sumber: Afifah Nasir

[VIDEO] Cik B Ambil Lesen Kereta, Netizen Puji -‘Humble! Walau Kaya Tak Beli Lesen Terbang’

$
0
0

Apa sahaja perkongsian yang melibatkan anak kepada usahawan berkontroversi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B pasti mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih Sayang Cik B Walaupun Tak Macam Anak Kawan Mama’ – Cik B

Artikel Berkaitan: Cik B ‘Kagum’ Bibik Sanggup Panjat Pagar Duri, Lari Rumah Ikut Kekasih – ‘Harap Lelaki Itu Hargai ..’

Ambil lesen

Terbaharu, tular sepotong video yang memperlihatkan Cik B sedang menjalani kelas memandu kereta untuk mendapatkan lesen kenderaan.

Menerusi video yang dirakam seorang pengguna di TikTok, Cik B dilihat mengenakan baju bewarna merah dan ditemani seorang guru memandu di sebelahnya.

Difahamkan, pemilik video tersebut merakam Cik B ketikq keretanya berhenti di lampu isyarat.

Malah, Cik B sempat menyapa individu tersebut dan memberikan ‘mini love’ kepada mereka.

Humble

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji sikap Cik B dengan mengatakan meskipun dia datang dari keluarga yang kaya namun masih mengambil lesen seperti orang awam.

Malah, ada juga yang menyifatkan gelagat Cik B ketika sedang belajar memandu sebagai comel.

Video

@cikb_havoc Cikb tengah belajar memandu? #joke #funny #car #driving #tiktokmalaysia #viral ? original sound – cikb_havoc66

Sumber: TikTok

[VIDEO] Peminat Teruja Lee Sun Kyung Ingin Cuba Baju Kurung & Kebaya –‘Bangga Jadi Rakyat Malaysia’

$
0
0

Kepelbagaian kaum yang ada menjadikan Malaysia sebuah negara yang memiliki budaya yang unik dan latar budaya yang berbeza.

Hal itu turut disedari oleh artis popular dari Korea Selatan, Lee Sun Kyung yang berminat dengan pakaian tradisional melayu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mahir Berbahasa Isyarat, Song Ji Hyo Makin Disayangi Peminat Di Malaysia

Artikel Berkaitan: Park Seo Joon Buat Peminat Malaysia Angau, Tak Boleh ‘Move On’

Baju kurung dan baju kebaya

Menerusi perkongsian di TikTok, Lee Sun Kyung dilihat tertarik dengan Baju Kurung dan Baju Kebaya sehingga membuatkan dirinya teruja untuk mencuba suatu hari nanti. Hal itu turut mencetus rasa bangga dalam kalangan peminat di Malaysia.

Dalam video itu, Lee Sun Kyung yang merupakan duta bagi sebuah produk kecantikan ditanya beberapa soalan mengenai Malaysia.

Saya rasa mereka (orang melayu) kerap kali memakai pakaian tradisional. Pada saya, Baju Kurung dan Baju Kebaya agak menarik.

Saya ingin mencubanya bila saya berada di Malaysia.

@bioessence_my

Lee Sung Kyoung is deeply fascinated by Malaysia culture especially on Baju Melayu! ? She would love to try it! Are there any fans out there who are as excited as we are? ? #BioEssenceMY #BioGold #24KGold #LeeSungKyoung #GlowYourSkinLikeGold

? original sound – Bio-essence Malaysia – Bio-essence Malaysia

Bangga jadi rakyat Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja untuk melihat aktres kelahiran Korea Selatan itu menggayakan baju tradisonal apabila hadir ke Malaysia. Selain itu, terdapat juga komen dari segelintir netizen yang meluakan rasa bangga dengan keunikan dan kepelbagaian budaya yang ada di tanah air tercinta.

Sumber: TikTok @bioessence_my

Viewing all 35736 articles
Browse latest View live