Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35533 articles
Browse latest View live

Penumpang Cuak Tergantung Terbalik, ‘Roller Coaster’ Tergendala 3 Jam

$
0
0

Beberapa pengunjung di sebuah festival di Amerika Syarikat berdepan dengan detik cemas apabila roller coaster yang dinaiki mereka tergendala selama hampir 3 jam di udara.

Artikel Berkaitan: Teruja ‘Rai’ Penceraian, Lelaki Patah Leher & Pinggang Main ‘Bungee Jumping’

Tergantung secara terbalik

Memetik laporan portal Independent, kejadian yang berlaku di sebuah festival yang diadakan di Winconsin, Amerika Syarikat itu berpunca daripada masalah teknikal yang berlaku sehingga menyebabkan gangguan kepada permainan berkenaan.

Menurut Ketua Jabatan Bomba Crandon, Kapten Brennan Cook, masalah teknikal yang berlaku itu telah menyebabkan kesemua pengunjung yang menaiki permainan terbabit tergantung secara terbalik.

Kami dimaklumkan bahawa roller coaster itu berhenti secara tiba-tiba pada kedudukan menegak. Berdasarkan pemerhatian kami, kejadian tersebut berpunca dari masalah teknikal.

Setakat ini, kami belum mempunyai sebarang maklumat tetapi kami difahamkan permainan tersebut sudah pun diperiksa oleh pihak berkuasa Wisconsin baru-baru ini.

Bagaimanapun, kesemua penumpang berjaya diselamatkan dan kini mendapatkan rawatan selanjutnya di hospital.

Dalam pada itu, menerusi video yang tular di media sosial, dapat dilihat beberapa pegawai penyelamat menaiki landasan rel permainan tersebut untuk mencuba menyelamatkan mangsa.

Video

@cnn Eight roller coaster riders were trapped upside down for hours on the ‘Fireball’ amusement ride at the Forest County Festival in Wisconsin. #cnn #news #rollercoaster ? original sound – CNN

Sumber: Independent.co, TikTok


[VIDEO] ‘Nak Buat Macam Mana, Suami Kita Helok’– Fazura Dakwa Ada Pelakon Cuba ‘Sondol’ Fattah Amin

$
0
0

Pelakon, Fazura mendakwa ada seorang aktres wanita yang cuba untuk menyondol suaminya, Fattah Amin dan mahu menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya.

Artikel Berkaitan: Fazura Bersedia Hamil ‘Anytime’, Kesian Tengok Fatima Sunyi Tiada Kawan

Ketika mengandungkan Fatima

Menerusi satu temu bual bersama Hlive, Fazura memaklumkan dia menyedari cubaan menyondol pelakon wanita tersebut sewaktu dirinya sedang hamil anak pertama, Nur Fatima Aisya namun memilih untuk tidak cepat melatah.

Adalah, memang ada insiden sebelum ni juga (orang ketiga) yang mencuba-cuba tapi saya tak ada tanya pada Fattah ke apa cuma orang yang maklumkan pada saya.

Ada satu insiden tu di tayangan filem, saya ingat lagi waktu itu saya sedang hamil di rumah. Saya tak pergi sebab masa itu zaman Covid kan, jadi risaulah nak keluar apa semua.

Ada satu insiden seorang pelakon ni sampaikan dia cuba untuk mendekati Fattah dan sebagainya. Perkara itu disaksikan keluarga saya juga.

Tapi saya tenang, kalau apa-apa pun saya tak akan nak serang suami saya apa benda semua sebab pada saya kalau tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi jadi tak apa, saya tenang je.

Dalam pada itu, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu memaklumkan dia bukanlah seorang yang cemburu dan memilih untuk mempercayai suaminya untuk terus menjalani bahtera rumah tangga.

Saya seorang yang tak cemburu sebab saya percayakan suami saya dan Alhamdulillah Fattah merupakan seorang suami yang baik.

Memang saya tak pernah ada duduk berbincang dengan Fattah pun mengenai isu sebegini sebab saya percayakan suami saya tapi tulah nak buat macam mana? Suami kita helok.

Sekadar info, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Binti Sharifuddin telah pun mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah bin Mohd Amin pada 27 November 2017 yang lalu.

Hasil dari perkahwinan mereka itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Nur Fatima Aisya.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Sumber: Instagram

Lebih 16,000 Pekerja Dihargai, Sunway Rai Ulang Tahun Ke-50 Pada 2024 Dengan Lambang Emas

$
0
0

Sebut je Sunway, mesti ramai yang tahu. Dengan pengalaman yang luas di dalam Malaysia dan juga luar negara, banyak sumbangan Sunway dalam industri hartanah, pembinaan, hotel, hospital, pendidikan dan lain-lain.

Betapa kukuhnya jenama Sunway ni sampaikan pergi mana-mana pun, mesti nampak bangunan dengan nama Sunway. Ada Sunway Pyramid, Sunway Lagoon, Sunway Medical Centre, Sunway Hotel dan banyak lagi. Fuh!

Tahu tak? Sunway akan menyambut sesuatu yang istimewa pada tahun 2024 nanti. Serius tak dijangka!

Sunway akan meraikan ulang tahun ke-50 pada tahun 2024!

Cepatnya masa berlalu, Sunway tak lama lagi akan meraikan ulang tahunnya yang ke-50 pada tahun 2024. Kali ni lambang ulang tahun ke-50 Sunway dihiasi dengan emas bertaraf 5 bintang. Bukan biasa-biasa!

Demi masa depan yang lebih cerah, Pengasas dan pengerusi Sunway, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah mahu jadikan Sunway sebagai syarikat model Asia dalam pembangunan mampan dan berinovasi.

Tapi persoalannya, kenapa lambang Sunway kali ni dihiasi dengan emas eh?

Lima tonggak jenama Sunway jadi pemacu pencapaian selama lima dekad

Bagi memperingati ulang tahun jubli emas Sunway, pencapaian dan komitmen Sunway selama lima dekad ni sebenarnya mengikut lima tonggak jenama Sunway – Insan, Kelestarian, Perniagaan, Komuniti dan Kepimpinan.

Berpandukan nilai teras Sunway iaitu rendah diri, integriti dan kecemerlangan, Cheah dahulu seorang akauntan di kilang pemasangan motor mula mengasaskan Sunway Group pada tahun 1974.

Dengan pembangunan Sunway City Kuala Lumpur, kawasan perlombongan bijih timah yang terbiar kini berubah menjadi perbandaran pintar dan bersepadu sehingga hari ni. Tak sangka kan!

Sunway sekarang memiliki 16,000 pekerja di lebih 50 lokasi seluruh dunia

Dalam lima dekad, Sunway semakin berkembang menjadi salah satu konglomerat terkemuka di Asia Tenggara dengan kepentingan perniagaan dalam hartanah, pembinaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, peruncitan dan hospitaliti.

Bayangkan hari ni, Sunway dah mempunyai 13 bahagian perniagaan dengan 16,000 pekerja di lebih 50 lokasi di seluruh dunia. Macam ni semakin bertambah la semangat Sunway untuk terus menghargai orang sekeliling mereka. Hebat kan?

Sunway menjadi bintang terkemuka pada malam Putra Brand Awards 2022!

Malam yang bermakna buat Sunway apabila muncul sebagai bintang terkemuka di Putra Brand Awards 2022. Pada malam anugerah, Sunway merangkul lima anugerah termasuk Putra Brand of the Year.

Paling mengujakan, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah juga dinobatkan sebagai Putra Brand Personality of the Year!

Diiktiraf sebagai individu yang cemerlang dengan kreativiti, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang tersenarai dalam kumpulan dermawan terkemuka Asia yang ke-15 majalah Forbes pada tahun 2021.

Beliau pernah dinobatkan sebagai antara Forbes Asia’s Heroes of Philanthropy sebanyak empat kali dan menerima Asia’s Lifetime Achievement Award 2019 oleh penerbitan perniagaan yang berpusat di Singapura, Fortune Times.

Di Putra Brand Awards 2022, Sunway Education Group membawa pulang anugerah platinum teratas dalam kategori Pendidikan dan Pembelajaran, manakala Sunway Property dan Sunway Lagoon masing-masing memenangi gangsa dalam kategori Hartanah dan Hiburan.

Kemenangan 2022 adalah pencapaian terbesar Sunway sejak penyertaan sulungnya dalam Putra Brand Awards pada tahun 2010, yang memuncak dengan jumlah anugerah sebanyak 32, setakat ni.

Antara matlamat Sunway untuk dicapai mulai tahun 2024

Setelah menyentuh lebih setengah juta pengguna dengan #SunwayforGood, Sunway akan raikan tahun ke-50 pada 2024 dengan empat matlamat meliputi inisiatif CSR yang berterusan dalam pendidikan, keselamatan makanan, penjagaan kesihatan dan alam sekitar.

Ini antara matlamat yang ingin dicapai oleh Sunway menjelang tahun 2024:

  • Membina dan memperbaharui minimum 50 perpustakaan melalui program Sunway READ.
  • Membungkus dua juta hidangan untuk komuniti kurang berkemampuan.
  • Menubuhkan ladang bandar untuk 50 rumah anak yatim dan rumah warga emas melalui program Sunway SILK.
  • Menyediakan pemeriksaan kesihatan asas untuk komuniti kurang berkemampuan.

Kami yakin pasti banyak lagi usaha murni yang Sunway akan buat pada tahun 2024 nanti. Sama-sama kita nantikan!

Untuk info lebih lanjut tentang perkembangan terkini Sunway, korang boleh klik SINI.

Jom tonton siri video ulang tahun keemasan Sunway yang istimewa di bawah!

Yayan Ruhian & Beto Kusyairy Bergabung Balik!

$
0
0

Pelakon Indonesia, Yayan Ruhian dan aktor Malaysia, Beto Kusyairy sekali lagi digabungkan selepas dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan The Original Gangster arahan pengarah Syamsul Yusof.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Buat Aksi Bakar Diri, Beto Kusyairy Kena Bebel Dengan Isteri – ‘Bibir Saya Melecur Sikit’

Gabungan dua nama besar

Namun, kali ini berbeza apabila kedua bintang besar ini ‘muncul’ untuk Pak Mat Western (PMW) Cafe dan sekaligus jenama terkenal itu disifatkan sudah berada di tahap ‘another level up’.

Gandingan Yayan dan Beto itu juga serentak dengan pelancaran pembungkusan semula produk kambing perap PMW dipanggil Pek Murahdani berharga RM37.90 dengan berat 550 gram diperkenalkan sejak bulan lalu.

Menurut Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani berkata kemunculan Yayan dan Beto itu sebagai meneruskan tradisi kemuafakatan Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun.

Persetujuan dicapai oleh kedua- dua artis yang bukan lagi asing sesama mereka. Penggambaran dibuat di sebuah kediaman di Petaling Jaya minggu lalu mengambil tempoh 10 jam.

Kita juga lihat gabungan dua bakat hebat dua negara ini bukti jenama bumiputera seperti kami tak lupa meraikan mereka yang benar-benar hebat.

Yayan sendiri bukan pelakon calang-calang. Beliau sudah membintangi banyak filem Hollywood. Yayan paling diingati menerusi wataknya sebagai Tasu Leech dan filem ikonik Star Wars: The Force Awakens. Beliau turut membintangi filem John Wick: Chapter 3, Beyond Skyline, sekuel The Raid, Yakuza Apocalypse, dan lain-lain.

Dalam Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, watak antagonis Toga terus diingati. Beto pula umum tahu, dia seorang pelakon berjiwa besar dan setiap kemunculannya pasti ditunggu.

Jelas Nurina Izz lagi, menyatukan dua nama besar itu juga menjadi kebanggaan jenama berdaftar di bawah syarikat tersebut.

Ada yang anggap gandingan dua bakat serumpun itu sebagai isyarat PMW akan tembus ke negara jiran. Jika ia menjadi kenyataan, sudah tentu kami pasti teruja.

Namun, sejujurnya, belum ada perancangan ke arah itu dalam masa terdekat. Tapi kami anggap ia permulaan untuk kami terus terbang tinggi dan ‘next level’ selepas lebih empat tahun memperkenalkan makanan sejuk beku atau frozen.

Paling utama, kami mahu terus mengukuhkan legasi jenama makanan ini yang terkenal dengan tagline Citarasa Hotel, Harga Warong. Inisiatif kami itu tak pernah ternoktah. Harga mampu milik, tapi kualiti premium. Kita mahu sajikan hidangan makanan enak tanpa mengira kasta, kaum dan pangkat.

Isteri mengidam

Dalam pada itu, menerusi video aksi dan komedi dimuat naik di akaun media sosial, Yayan digambarkan sebagai watak hero. Manakala, Beto pula sebagai antagonis menjadi gangster.

Jalan ceritanya menarik kerana Beto yang melakonkan watak jahat dan ‘langsi’ terpaksa memenuhi permintaan isterinya yang mengidam kambing perap.

Yayan di dalam video itu digambarkan sanggup menjaga dan melakukan apa saja demi mempertahankan kambing perap disayangi.

Namun, hati Yayan tiba-tiba lembut dan sanggup berkongsi kambing perap itu dengan Beto dan isterinya.

Aku takkan biar sesiapapun ambil kau (daging perap). Ia memang kegilaan nusantara dan sedap ‘gilo’.

Kambing perap ini antara yang paling enak pernah dirasai saya. Jadi kalau rasa enak, semua patut rasa.

Malah hero aksi yang turut mahir dalam cabang seni mempertahankan diri itu menitipkan pesan dan bekal kambing perap buat isteri Beto.

Kita ini lelaki, bro. Bahasa cinta ialah usaha dan perjuangan kita membahagiakan wanita yang dicintai. Teruskan mencintai wanita tersayang.

Terdahulu video iklan berlatar belakang sekitar era tahun 1980-an menampilkan Yayan dan Beto dilancarkan enam petang tadi di semua platform media sosial.

Sumber: Instagram 

‘Mentally Bullied’– Ibu Kesal Anak Diejek Di Sekolah Hanya Kerana ‘Tudung Tak Jadi’

$
0
0

tudung tak jadi 982221222

Seorang ibu tampil meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir rakan-rakan anak perempuannya yang mengejek hanya kerana tudung.

Artikel Berkaitan: Tular Sekumpulan Remaja Dipaksa Melutut, Merangkak & Cium Kaki Pembuli

Artikel Berkaitan: Kakak ‘Viral’ Video Adik Dibelasah Sekumpulan Remaja Lelaki – ‘Pukul Adik Aku Sampai Macam Tu, Paling Hebat Lah?’

Gara-gara tudung

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang wanita berkongsi klip video pendek yang memaparkan anak perempuannya sedang memakai tudung dan bersiap-siap untuk ke sekolah.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut berkata anaknya mengambil masa yang lama untuk bersiap.

Tudung saya tak jadi, kawan-kawan gelakkan saya. Saya malu kawan-kawan saya tengok saya macam ini.

Wanita tersebut kemudian tampil meluahkan rasa kesal anaknya seperti dibuli secara mental hanya gara-gara penampilan yang dikatakan tidak sempurna di mata rakan-rakan sekolahnya.

Bagi saya ini ‘mentally bullied’ kerana pada saya tak ada masalah pun dengan tudung dia.

Dalam pada itu, dia menasihati orang ramai agar tidak mengejek fizikal seseorang kerana perkara tersebut akan menyinggung perasaan dan memberi kesan terhadap keyakinan diri mereka.

Satu lagi yang saya perasaan, kita sebagai ibu bapa, rakan sekerja atau sesiapa sahaja jangan sesekali mengata orang. Contohnya dia gemuk, kulit gelap..jangan pernah mengata mereka.

Pada kita, kita rasa perkara itu kelakar tetapi hakikatnya orang yang menerima ejekkan itu akan rasa kecil hati, akan rasa rendah diri dan rasa malu.

Ekoran kejadian itu, dia meminta anaknya untuk bertindak mempertahankan diri jika dia diejek lagi.

Anak saya tak pernah tak mahu pergi sekolah hanya disebabkan itu. Saya rasa sedih sangat kecil-kecil lagi dah kena macam ini.

Benda ini dah jadi perkara biasa dan akan memberi kesan terhadap mental dan saya pun tak tahu nak pujuk dia macam mana.

Netizen kongsi cerita

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat wanita tersebut. Dalam masa yang sama warganet turut berkongsi kisah mereka serta anak-anak mereka yang menjadi mangsa buli secara mental kerana diejek ketika dibangku sekolah.

Tinjauan OhBulan! mendapati setakat ini video tersebut telah memperoleh sebanyak 3.7 juta tontonan dan 312,700 tanda suka.

Sumner: TikTok

‘Tak Suka Diam, Jangan Jadi Manusia Terpaling!’– Zulin Aziz Nasihat Netizen Kes Fitnah Shuib

$
0
0

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz menyokong pelawak Shuib yang mengambil tindakan terhadap netizen yang menyebarkan fitnah di laman sosial melibatkan dirinya dan arwah isteri, Siti Sarah.

Artikel Berkaitan: Zulin Aziz Diganggu Makhluk Halus Ketika Bercuti Di Cameron Highlands -‘Kesan Tapak Tangan, Bunyi Perabot’

Artikel Berkaitan: ‘Hubungan Kami Semakin Rapat’ – Zulin Aziz Enggan Panjangkan Isu

‘Tak suka diam’

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Zulin berharap agar orang ramai tidak sesuka hati menulis sebarang kenyataan yang tidak sahih sehingga boleh menimbulkan fitnah.

Tegas Zulin, sekiranya tidak menyukai mana-mana individu sebaiknya mendiamkan diri.

Tolonglah jangan sesuka hati menulis, kongsi benda ikut perasaan dan jatuh fitnah ni. Kita tak kenal secara peribadi, kita cuma main agak-agak, main rasa, lepas itu kita tulis menuduh orang macam kita kenal dia siapa.

Makin menjadi-jadi kat media sosial ni. Makin lama makin seronok menulis, komen, mencemuh orang. Tak boleh ke kalau tak suka, duk diam! Kenapa nak jadi manusia terpaling?

Tak ada siapa paksa untuk kita suka pun, tak perlu pun nak komen apa-apa sebab kita siapa? Kita kenal pun tidak.

Justeru, Zulin berpesan agar orang ramai berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sebarang posting di laman sosial.

Asal ada isu laju saja nak tulis apa-apa dan nak jadi manusia terpaling, terawal, macam-macam fitnah keluar kat media sosial ini. Hati-hati sebelum bercakap dan menulis sesuatu. Fikir kesan dia.

Tak suka, diam sajalah. Tak payah fitnah, tak payah nak beritahu kau tak suka dan mengajak orang lain setuju sama.

Tak ada motif sebab dia pun bukan kenal kau. Tak penting pun perasaan tak suka kau kat mana-mana pihak.

Terdahulu, nama Shuib menjadi bualan ramai selepas didakwa terlibat dengan sebuah organisasi dikenali sebagai Freemason.

Bertambah teruk lagi, apabila ada individu yang mendakwa Shuib sengaja menidurkan arwah isterinya Siti Sarah sehingga menjadi punca penyanyi itu meninggal dunia.

Tahap kesabaran ayah kepada empat cahaya mata itu mula hilang lantas mengambil keputusan mengadakan sidang media tergempar untuk bertemu secara empat mata dengan pemfitnah tersebut.

Dalam sidang media berkenaan, individu yang menjatuhkan fitnah kepada Shuib mengaku salah dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, mengambil keputusan untuk memaafkan individu berkenaan.

Dalam pada itu, seorang lagi pemfitnah iaitu John Dihani tampil memohon maaf di Instagram Story namun Shuib tetap meneruskan tindakan undang-undang.

Sumber: Instagram

Caprice Cari ‘Doraemon’, Berani Gelar Isteri ‘Pelacur Vietnam’

$
0
0

Isteri kepada penyanyi rap Caprice iaitu Farra Inalis kesal dan berang apabila menerima komen berbaur hinaan di akaun media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Kiss Pun’ – Caprice Dedah Mesej Sejak Oktober 2019, Pendakwah Selebriti Terlebih ‘Manja’ Dengan Mangsa?

Artikel Berkaitan: Tular Isu Ebit Lew Bantu ‘Gelandangan’ Bertatu Dari Indonesia, Caprice Beri Amaran – ‘Jangan Sampai Cap Mula Balik’

Mulut kalah perempuan

Menerusi Instagram Stories, Farra mendedahkan dia dilabel sebagai ‘pelacur Vietnam’ oleh seorang lelaki di ruangan komen gara-gara penampilan dirinya yang belum sempurna menutup aurat.

Tidak mendiamkan diri, Fara menasihati individu itu untuk tidak menjadi ‘mak cik bawang.’

Cakap aku pelacur Vietnam? Kau orang ke binatang. Aku keliru sebab dalam gambar pun dekat kandang lembu.

Berdasarkan perkongsian itu, lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan penampilan Farra selain menekankan kewajipan berhijab.

Mencemarkan imej Islam? Habis tu yang tak pakai tudung? Warna pula rambut itu. Posing sana sini pakai baju tak cukup kain? Apa pulak itu? Set-set dah macam pelacur Vietnam.

Menaikkan imej Islam ke? Benda tak payah nak cakap tudung atau tidak. Tu soal dia punya perangai. Tudung sah benda wajib jaga.

Sapa hang panggil macam set pelacur?

Sementara itu, Caprice, 34, tampil mempertahankan maruah isteri dengan memohon orang ramai yang mengenali lelaki itu untuk menggesanya menghubungi di aplikasi WhatsApp.

Untuk rekod, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal anak satu pada November 2021.

Farra mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea hasil daripada perkahwinan terdahulu.

Sumber: Instagram

Isteri Setia Lunas Hutang & Jaga Ketika Sakit, YouTuber Terkenal Nikah ‘Penyondol’ Senyap-Senyap 

$
0
0

Seorang isteri kepada YouTuber terkenal mengambil keputusan untuk bercerai selepas 11 tahun perkahwinan kerana dimadukan tanpa pengetahuannya.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Ditendang’ – Bekas Kekasih Mahalini Pukul & Curang 4 Kali

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penyanyi Langgan Wanita Lain, Isteri Terpaksa Buka Purdah Demi Sara Keluarga

Jatuh bangun bersama suami

Memetik laporan Tribun News, kisah Wiwin Supiyah iaitu bekas isteri YouTuber, motivator, penulis dan usahawan iaitu Dewa Eka Prayoga mendapat perhatian dan kritikan oleh warganet di Indonesia.

Kisah sedih dan luahan Wiwin dimuat naik semula menerusi ciapan seorang pengguna di Twitter.

Maaf saya berputus asa pada tahun ke-11 perkahwinan kita. Saya sudah cuba yang terbaik dan saya juga tahu perjalanan hidup kita bukan mudah.

Alhamdulillah, saya telah menemani awak hingga ke puncak, menjadi motivator, Youtuber, usahawan yang mempunyai lebih 15 perniagaan berbeza, saya bangga dapat menemani awak ke peringkat ini.

Dalam pada itu, dia turut mendedahkan ketika diawal perkahwinan suaminya pernah berhutang sebanyak RM 2,375 (7.7 juta Rupiah) dan turut diuji dengan masalah kesihatan.

Awak ingat..kita baru 18 hari kahwin awak ada hutang 7.7 juta Rupiah, walaupun kita belum berbulan madu lagi.

Kemudian Allah uji lagi dengan penyakit yang sangat serius sehingga doktor pun hampir sukar untuk menyembuhkan awak. Saya sentiasa cuba kuatkan awak dan setia di sisi awak.

Kehadiran orang ketiga

Walau bagaimanapun, kesetiaan dan pengorbanan Wiwin tetap tidak dapat dikalahkan dengan kehadiran orang ketiga di dalam perkahwinan mereka.

Tapi nampaknya kesetiaan saya untuk menemani awak dari titik terendah dalam hidup awak tidak menjamin kesetiaan awak. Semuanya tidak bermakna setelah ada orang baharu yang berusia 24 tahun.

Macam mana makhluk yang saya harapkan, yang saya percaya sebagai pelindung tiba-tiba berpoligami dengan perempuan lain tanpa izin dan pengetahuan saya?

Terdahulu, Wiwin mengumumkan perceraiannya bersama Dewa menerusi hantaran di Facebook (FB) pada 22 Jun lalu.

Sumber: Tribun News, Twitter


[VIDEO] Syihan Hazmi JDT Kongsi Doa Yang Disangka ‘Mantera’ Dibaca Depan Gawang Gol

$
0
0

Penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Syihan Hazmi berkongsi doa yang dibaca setiap kali berdiri di hadapan gawang sebelum memulakan aksi mana-mana perlawanan.

Artikel Berkaitan: Telatah Anak Eyra Hazali ‘Selit’ Lagu Pasukan JDT Dalam Doa Bikin Netizen Berdekah -‘Tahulah Ayah Dia Goal Keeper’

Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Akhirnya Tunjuk ‘Baby Bump’ -‘Rezeki Yang Cukup Indah, Doakan Kami’

Doa pelindung

Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Syihan berkata doa yang diamalkan adalah doa pelindung yang memohon kepada Tuhan agar pasukannya dapat bermain dengan baik.

Ramai yang tanya saya berkenaan soalan ini (doa apa yang dibaca). Apa yang saya nak beritahu, saya sentiasa minta dan mohon kepada Allah untuk permudahkan perlawanan pasukan saya.

Ayat yang saya bawa dan baca adalah doa pelindung sahaja.

Menerusi video tersebut, Syihan turut membacakan doa berkenaan di hadapan umum ketika satu sidang media pasukan JDT baru-baru ini.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji sikap penjaga gol berusia 27 tahun itu serta berkata mereka turut mengamalkan doa yang sama.

Malah, ada juga netizen yang mengecam tindakan segelintir pihak yang mendakwa Syihan membaca ‘menderam’ atau ‘mantera’.

Terdahulu, segelintir individu bertindak menularkan video Syihan yang sedang berdiri di depan pintu gol dan dipercayai membaca sesuatu sebelum perlawanan.

Video

@pipitbiru Now we know….apa yang Syihan baca dekat gawang before game ? Siapa cakap ritual tu haaa ? #SyihanHazmi #33 #OurKeeperJdt #jdt?? #LuaskanKuasamuJohor #WhatCanYouDo ? Penenang Hati – Instrumental – Asraf Studio


Sumber: TikTok

 

3 Petua Yang Dikatakan Dapat Membantu Menghalau Nyamuk. Korang Pernah Cuba?

$
0
0

Baru-baru ni, sebanyak 2,500 kes denggi direkodkan di Malaysia! Tinggi tu! Masalah denggi ni dari dulu sebenarnya menjadi musuh rakyat Malaysia.

Tapi zaman dulu mereka lebih menggunakan ubat-ubatan traditional.  Ha zaman dulu nak ke doktor kan mahal dan agak susah, jadi mereka amalkan perubatan tradisional untuk merawat sakit. Disebabkan itu, ada bermacam-macam jenis petua dan cara dikeluarkan dengan menggunakan tumbuhan-tumbuhan yang ada di persekitaran mereka pada waktu itu. 

Mana satu yang paling selalu korang buat dan ikut sampai sekarang?

Tuam ais

Gatal-gatal bila kena gigitan nyamuk ni memang boleh buat marah! Jadi mengikut petua orang-orang tua dahulu, tuam kan tempat gigitan tu dengan ais supaya tempat gigitan tersebut menjadi kebas dan kurang gatal.

Letak gel aloe vera

Selain dari tuam dengan ais, gel aloe vera yang bersifat anti radang dan sejuk juga sering digunakan bagi membantu meredakan kemerahan dan kegatalan.

Gosokkan kulit kentang atau kulit pisang dekat kulit

Bukan sahaja gatal-gatal, apa yang membuatkan orang nak elakkan kena gigitan nyamuk ni ialah ia akan meninggalkan kesan hitam di kulit! Antara cara yang dikatakan boleh menghilangkan bekas gigitan ni ialah dengan mengosokkan kulit kentang atau kulit pisang dekat kulit. Berkesan ke tidak? Tak pasti la admin..

Ha, dalam banyak-banyak petua ni, mana yang korang pernah ikut? Ada yang menjadi ke?

Tapi sekarang ni korang tak payah dah nak ikut petua-petua ni, bukan apa cara-cara ni semua tak dijamin keberkesanannya, mungkin boleh menjadi baik tapi ada juga kes yang makin melarat pulak bekas gigitan tu.

Nak mudah, korang beli je pelindung nyamuk yang diperbuat dari bahan semulajadi. 

Antara produk yang menggunakan bahan semulajadi dan berkesan ialah Autan Botanicals, Pengeluar Penghalau Nyamuk No.1 di Dunia* ni!

Kalau nak gunakan bahan yang semulajadi tu boleh tapi pastikan ianya sudah di uji dan selamat untuk digunakan. Macam Autan Botanicals ni. Direkomendasi oleh para ahli farmasi dan juga merupakan produk plant-based!

Ada jenis losyen dan spray, pilih je mana yang korang suka!

Selain dari tahan lama, ia juga boleh digunakan untuk kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas. Sizenya yang kecil membuatkan ia menjadi pilihan ramai sebab mudah nak dibawa kemana sahaja.

Korang boleh pilih nak jenis losyen (50ml) atau spray (100ml). Muncung spraynya yang luas membuatkan radius penyemprotan lebih besar.

Bagi losyennya pula, teksturnya yang tidak melekit dan tidak berminyak membuatkan si pemakai lebih selesa. Sama ada losyen atau spray, kedua-duanya dilengkapi dengan minyak Eucalyptus!

Ia memberikan perlindungan sehingga 6 & 8 jam!

Tak seperti produk lain, bila korang pakai Autan Botanicals ni, korang tak perlu la asyik nak kena top-up sebab ia memberikan perlindungan dalam jangka masa yang lama.

Jenis spray memberikan perlindungan sehingga 6 jam manakala jenis losyen memberikan perlindungan sehingga 8 jam.

Paling best, bukan sahaja nyamuk tapi ia juga memberi perlindungan dari serangga-serangga dan ulat-ulatan lain seperti pacat dan kutu. Lepas ni takde masalah dah nak buat aktiviti luar dengan anak-anak korang.

So guys, apa lagi? Admin pun dah try dah produk ni, ternyata memang best! Bau pun sangat fresh dan tidak memeningkan.

Jangan jadikan nyamuk sebagai penghalang korang untuk beriadah dengan keluarga! Dapatkan Autan Botanical ni di farmasi-farmasi seperti Watsons atau Guardian atau beli je online! Tekan je mana-mana link ni Lazada & Shopee untuk dapatkan produk Autan Botanicals ni! 

**Kiraan S.C. Johnson & Son, Inc. berdasarkan data yang dilaporkan oleh Nielsen melalui Global Track Complete Service untuk kategori penghalau nyamuk untuk 52 minggu berakhir Dec 2020 sedunia – jumlah negara bergabung. Hakcipta © 2021, Nielsen Consumer LLC 

 

[VIDEO] Cium Mulut Cik B, Datuk Seri Vida Ditegur Netizen –‘Datuk Kena Belajar Sex Education Ni’

$
0
0

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida menerima kecaman teruk wargamaya selepas memuat naik gambar menicum bibir anaknya, Cik B.

Artikel Berkaitan: ‘Anak Dah Besar, ‘Stop’ Ajar Kiss Bibir’ – Netizen

Cik B merajuk

Menerusi laman Instagram (IG), Vida atau nama sebenarnya Datuk Sri Hasmiza binti Othman berkongsi momennya menaiki bot di tengah laut.

Kelihatan Vida cuba untuk memujuk Cik B yang merajuk dengannya kerana melebihkan adiknya, Kacak. Walau bagaimanapun, Cik B dilihat tidak mengendahkan ibunya itu.

Sehinggalah usahawan terkenal itu mencium bibir Cik B, barulah anaknya itu ceria dan mula untuk bergurau senda kembali dengannya.

Namun, perkongsian itu mengundang padah apabila Vida teruk dikecam wargamaya.

Respon netizen

Menjengah di ruangan balas, rata-rata netizen dilihat kurang senang dengan tindakan Vida yang mencium bibir Cik B dan menegur perbuatan usahawan terkenal itu.

Mereka berpendapat, meskipun mempunyai hubungan sebagai seorang ibu dan anak, perbuatan itu dianggap tidak sesuai memandangkan usia anaknya itu sudah meningkat dewasa.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Sumber: Instagram 

Pemilihan Kursus Universiti Yang Tepat Jamin Masa Depan, Ini Tips Yang Korang Boleh Guna Pakai!

$
0
0

Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi merupakan satu langkah untuk menggapai masa depan yang lebih cerah dan terjamin.

Namun korang tahu tak, ada banyak faktor yang perlu dititikberatkan ketika memilih kursus dan universiti agar kursus yang dipilih tidak hanya sesuai dengan cita-cita korang sebaliknya, kebolehpasaran kursus perlulah tinggi dan menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi dalam pasaran.

Buat 3 perkara ni agar korang tak salah pilih kursus dan universiti

Bagi korang yang masih tak tahu bagaimana nak pilih kursus dan universiti yang tepat, korang boleh buat 3 perkara ini. Ianya penting untuk menentukan hala tuju masa depan korang. Jadi, ambil masa korang sebelum buat keputusan.

1. Layari forum atau ruang perkongsian dalam talian bersama pelajar dan graduan mengenai kursus dan universiti yang korang pertimbangkan.

Langkah awal yang korang boleh ambil sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi adalah dengan membuat tinjauan melalui forum dan ruang perkongsian graduan mengenai kursus dan universiti yang korang minat.

Melalui forum dan ruang perkongsian ini, korang boleh bertanya terus kepada senior dan graduan yang telah melanjutkan pelajaran dalam bidang kursus yang korang minati. Bentuk forum lebih santai dan selalunya perkongsian yang diberikan adalah pelbagai.

So, dari sini la korang boleh nilai sama ada kursus dan universiti tersebut sesuai atau tidak untuk korang. Walau bagaimanapun, suka min ingatkan bahawa di forum orang boleh berkongsi apa sahaja. Penting, untuk korang sahkan maklumat tersebut dengan menghubungi pihak universiti.

2. Datang ke hari terbuka untuk melihat sendiri dan bertanya mengenai kursus yang korang minati.

Perkara kedua yang korang boleh buat sebelum melanjutkan pelajaran ke sesebuah universiti adalah dengan menghadiri hari terbuka yang diadakan oleh pihak universiti tersebut.

Di sini korang boleh dapat pelbagai maklumat termasuklah melihat persekitaran kampus, kemudahan yang disediakan, silibus pelajaran per semester dan jumlah yuran pendidikan.

Kalau boleh sebelum pergi hari terbuka buat sedikit kajian mengenai kursus yang korang nak mohon di sana. Bukan apa, hari terbuka ialah lubuk maklumat. Di sana korang boleh tanya apa sahaja soalan jika korang ada keraguan. Jadi, gunakan kesempatan ini sebaiknya.

3. Pilih kursus yang korang minat dan bukan yang orang lain cadangkan.

Last but not least, pilihlah kursus yang korang minati dan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi. Jangan ikut orang! Sebab matlamat kita dan mereka tak sama. Apa yang mereka suka juga tak semestinya apa yang kita suka.

Korang kena kenali potensi diri korang dan apa yang korang mahukan dan minat. Inilah yang akan bantu korang survive dan dapat CGPA yang baik di tahun-tahun pengajian akan datang.

MMU tawar program ijazah menarik!

In case, korang belum tahu nak belajar di mana dan nak ambil kursus apa, Multimedia University (MMU) ada menawarkan program ijazah yang menarik dalam bidang sains, sains komputer, teknologi maklumat, multimedia dan seni senimatik.

Bukan itu sahaja, mereka turut menawarkan pelbagai biasiswa dan bantuan kewangan untuk pelajar berkelayakan dan berprestasi tinggi atau bagi yang kurang berkemampuan.

Berikut min kongsikan program ijazah sarjana muda yang MMU tawarkan. Mana la tahu ada yang korang minat.

1. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) Dengan Kepujian 

Bidang pengajian ini merupakan kursus dimana korang akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membina sistem komputer, laman sesawang termasuklah aplikasi pintar.

Pekerjaan dalam bidang kursus ini juga sangat meluas antaranya Saintis Data, Jurutera Perisian, Penganalisis Laman Sesawang, Perunding AI, Jurutera Pembangunan dan banyak lagi.

2. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat Perisikan Perniagaan dan Analitis Dengan Kepujian 

Program ini merupakan program yang direka khusus bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk melakukan keputusan yang baik kepada institusi perniagaan selain membolehkan pelajar mengenali selok-belok dan cara menganalisi data perniagaan dengan tepat.

Bidang kursus ini membolehkan korang bekerja sebagai Pakar SAP, Juru Audit IT, Perunding dan Penasihat Perniagaan.

3. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perusahaan Digital Dengan Kepujian

Ijazah sarjana muda ini, adalah antara bidang pendidikan yang popular sekarang. Program ini membolehkan korang belajar mengurus dengan bijak perniagaan dalam talian termasuklah cara menguruskan laman sesawang dan aplikasi-aplikasi pintar.

Bukan mudah ye nak jaga sesebuah platform digital, ada banyak yang korang kena tahu termasuklah mengenai pengurusan iklan, pop-ups dan juga tools-tools digital yang boleh digunakan bagi mengawal selia sesuatu platform.

Banyak jawatan yang korang boleh sandang jika memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang ni, antaranya Perunding ERP, Perunding Analitis Data Perniagaan, Eksekutif Sokongan ERP, Perunding Proses Perniagaan, Perunding IT, Pengurus IT, Pembangun Aplikasi Mudah Alih dan Pentadbir Pangkalan Data.

4. Ijazah Sarjana Muda Sains Robotik Pintar Dengan Kepujian

Program pendidikan ini merupakan program 3 tahun yang akan membekalkan keseimbangan diantara asas kejuruteraan dan kemahiran praktikal. Ianya merupakan program yang menggabungkan bidang pelajaran elektronik, robotik, pembuatan, automotif dan pengaturcara komputer.

Program lengkap ini sesuai bagi mereka yang mahu menjadi sebahagian daripada asas pembangunan dunia teknologi 4.0.

Bidang pekerjaan dan jawatan yang tersedia dipasaran dalam bidang pengajian ini termasuklah Pereka/Pengaturcara Sistem Robotik, AI dan Pembangun Pembelajaran Mesin, Pereka Sistem Terbenam, Pakar Kawalan dan Automasi, Juruteknologi Aplikasi Lapangan, Pereka Papan Litar Bercetak (PCB), Jurutera Pengeluaran dan Perancangan, Juruteknologi Industri 4.0

5. Ijazah Sarjana Muda Animasi Multimedia Dengan Kepujian

Program ini adalah program yang diasaskan pada tahun 1997. Pada ketika itu ia dikenali sebagai Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Animasi & Filem).

Program ini diwujudkan untuk menjadi pemangkin kepada industri Animasi di Malaysia. Ianya merupakan program yang memfokuskan kepada seni & reka bentuk animasi, kesan visual & bahasa filem.

Korang yang minat nak kerja dengan syarikat-syarikat animasi Malaysia, bolehlah ambil bidang pengajian ni. Nanti boleh la korang kerja sebagai Pemodel, Artis Tekstur, Animator, Artis Papan Cerita, Artis Rigging, Pengarah Teknikal, Pengarah Kreatif, Pereka, Penulis Skrin, Artis Konsep, Penggubah, Pengarah Seni, Artis Pencahayaan, Artis Render, Artis 3D, Artis 2D, dan Editor.

6. Ijazah Sarjana Muda Seni Sinematik Dengan Kepujian

Program 3 tahun ini mengambil pendekatan menyeluruh kepada kaedah pembikinan filem “skrip-ke-skrin”, di mana pelajar memulakan pengajian mereka dengan asas-asas pembangunan idea sehingga menghasilkan dan menunjukkan karya mereka sendiri.

Pelajar Seni Sinematik diajar untuk menggabungkan teori dan amalan serta mengerjakan filem pendek, daripada filem fiksyen naratif dan dokumentari kepada video muzik dan imej bergerak interaktif dan banyak lagi.

Menariknya, bidang pengajian ini menawarkan program mentorship daripada orang dalam industri. Individu-individu hebat inilah yang akan bantu dan guide korang selain pensyarah.

Korang yang nak jadi Pengarah Filem, Penerbit Filem, Penulis Skrip, Editor Filem, Penerbitan Filem & Televisyen, Pengaturcara Televisyen, Showrunner, Pengiklanan, Pasca Produksi, Penulisan Skrin untuk Filem & Televisyen, Pembikinan Filem Dokumentari, Pendidikan Filem, Budaya & Industri Kreatif boleh ambil bidang pengajian ini.

Jadi apa lagi yang korang semua tunggu? Jom hadirkan diri ke Hari Terbuka bersama MMU untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan kursus-kursus yang ditawarkan.

Jumpa korang disana!

 

[VIDEO] ‘Gelaran Ni Macam Mana Kau Dapat?’– Adlin Aman Ramli Persoal Gelaran Ustaz Tido

$
0
0

Sejak akhir-akhir ini, seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ustaz Tido dilihat sering mengadakan sesi siaran langsung bersama-sama artis terkenal seperti Fad Bocey, Achey, Iqram Dinzly dan ramai lagi.

Sesi siaran langsung itu dilihat berjaya menarik ribuan tontonan kerana konten yang dilakukan mereka sangat bermanfaat disamping mampu membuat penonton ketawa terbahak-bahak.

Artikel Berkaitan: Meriah Sambutan Hari Jadi BCL, Netizen Pertikai Cara Berdoa – ‘Islam Ke Apa Ni?’

Adlin pertikai gelaran Ustaz Tido?

Terbaru, pelakon Adlin Aman Ramli yang turut serta melakukan sesi siaran langsung bersama Ustaz Tido mempertikaikan gelaran ‘ustaz’ yang digunakan pempengaruh media sosial berkenaan.

Menerusi potongan video yang tular, pelakon filem Puteri Gunung Ledang itu bertanyakan tahap pendidikan agama yang ada pada Ustaz Tido sehinggakan mampu untuk memberi ceramah agama di dalam media sosial.

Gelaran ni, gelaran ustaz ni mana kau dapat? Sekolah agama mana? Sekolah rendah ke sekolah menengah?

Level apa agama kau sampai kau dapat ustaz ni?

Mendengar kepada persoalan diajukan anak kepada pelakon Allahyarham A.R Tompel itu, Ustaz Tido atau nama sebenarnya Khailil Razak memaklumkan bahawa dia mempunyai kelulusan sijil ‘Thanawi’ daripada sebuah sekolah agama di Johor sekali gus mengaku dirinya layak bagi membawa gelaran tersebut.

Saya sekolah agama di Johor, ada kelulusan ‘Thanawi’.

Video yang tular itu turut mendapat respon yang pelbagai dari wargamaya.

‘Lama dah aku persoal’

Menjengah di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang bersetuju dengan tindakan Adlin yang mempersoalkan gelaran ustaz yang digunakan Khailil.

Mereka berpendapat bahawa gelaran ustaz ini tidak boleh diguna pakai dengan sewenang-wenangnya.

‘Dia memang ustaz, selalu tolong orang’

Dalam pada itu, ada juga yang mempertahankan Ustaz Tido dan memaklumkan bahawa pempengaruh itu merupakan seorang guru di sebuah sekolah agama dan sering membantu mereka yang memerlukan di media sosial.

Difahamkan, Ustaz Tido gemar membantu serta memberikan sumbangan kepada para penjual yang berniaga menerusi sesi siaran langsung di media sosial.

Mereka juga memaklumkan bahawa kedua-dua individu terbabit hanya berrgurau antara satu sama lain demi menjayakan konten mereka di media sosial.

Video

@malaysiakantoi Ustaz Tido menerima kecaman netizen. Pelakon Adlin Aman Ramli turut sekolahkan Ustaz Tido atas gelaran ‘ustaz’ yang dibawanya menjadi sangsi terhadap netizen hanya ingin membawa kepada keuntungan peribadi. #berita #news #trending #malaysiakantoi #kantoi #viral #masukberanda #fyp #fyp #terkini #masukberanda ? Oh No – Kreepa

Sumber: TikTok

Gadis Malaysia Sanggup Ke Bangladesh Demi Nikahi Jejaka Pilihan

$
0
0

Foto: Dhaka Tribune

Demi cinta dan setia terhadap kekasih, seorang gadis tempatan sanggup terbang ke Bangladesh untuk mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya.

Artikel Berkaitan: Disangka Hilang Semasa Tunai Umrah, Rupanya Nenek Ini Lari Ikut Jejaka Bangladesh

Artikel Berkaitan: Demi Masa Depan, Lelaki Ini Nekad Sediakan Hantaran ‘Lain Daripada Yang Lain’ Untuk Isteri Tercinta

Keluarga menerima

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Dhaka Tribune, lima tahun lalu lelaki berasal dari Noakhali, Bangladesh iaitu Farhad Hossian datang ke Malaysia untuk bekerja di sebuah syarikat.

Farhad dan gadis yang dikenali sebagai Smriti Ayesha Ramasamy kemudian berkenalan dan menjalin cinta.

Pasangan itu tetap berhubung walaupun kontrak lelaki berusia 26 tahun itu ditamatkan pada tahun ini dan perlu pulang ke Bangladesh. Bagaimanpun mereka tetap mengambil keputusan untuk berkahwin.

Saya dan Smriti menjalin hubungan selama lebih empat tahun. Apabila saya pulang ke rumah, Smriti menghubungi saya dan memutuskan untuk datang ke Bangladesh kerana cintanya terhadap saya.

Menurut undang-undang Malaysia, Smriti sudah dewasa dan membuat keputusan untuk datang ke Bangladesh sendiri. Kami semua gembira dengan perkahwinan ini termasuk keluarga saya.

Pada 24 Jun lalu, gadis berusia 22 tahun tersebut tiba di Bangladesh dan berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya itu pada keesokkan harinya di mahkamah.

Saya sayang Farhad dan saya sayang Bangladesh. Persekitaran di sini, layanan mesra dan kasih sayang daripada semua orang telah mempesonakan saya.

Seluruh keluarga Farhad telah menerima saya sebagai menantu mereka. Saya amat gembira menjalani kehidupan yang harmoni dengan semua orang disini.

Sumber: Dhaka Tribune

Terpaksa Tangguh Beberapa Job, Dinda Permata Umum Hamil Anak Pertama

$
0
0

Penyanyi Indonesia, Dinda Permata berkongsi berita gembira di mana dia sedang hamil anak pertama. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Dinda sendiri menerusi akaun Instagram miliknya. Tahniah!

Terima kasih

Menurut Dinda, dia memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu mengenai hal tersebut daripada pengetahuan semua pihak memandangkan usia kandungannya masih terlalu awal pada saat itu.

Baru berani posting, baru berani berkongsi di media sosial. Terima kasih ya anak kerana telah memilih kami sebagai calon orang tuamu. Awal tahun 2023 selepas check buat pertama kali saya rada terkejut kerana diberi hadiah dan amanah yang cukup indah.

Di mana saat itu banyak kerja masuk dan saya harus buat beberapa promo juga. Terima kasih awal kehamilan kamu kuat teman mami dan ulang alik Malaysia selesaikan kerja yang sememangnya harus ikut jadual.

Tambah Dinda, dia menerima banyak tawaran pekerjaan di Malaysia tatkala trimester pertama. Namun begitu, dia memilih untuk berehat seketika agar lebih fokus istirahat.

Akhirnya saya memilih untuk menunda beberapa pekerjaan dan promo agar bisa fokus istirahat. Semoga semuanya baik-baik sahaja sehingga waktu bersalin nanti.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dinda Permata (@dindapermata174)

Sekadar info, Dinda mula dikenali di Malaysia selepas dia menyertai program realiti Big Stage.

Sumber: Dinda Permata


Afifah Nasir Akhirnya Kongsi Wajah Kekasih Kepada Umum, Rupa Paras Tampan & Berjambang

$
0
0

Sebelum ini, pelakon Afifah Nasir menjelaskan dirinya lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai bakal suaminya kepada umum.

Artikel Berkaitan: Lebih Selesa Tidak Berkongsi Tentang Bakal Suami, Afifah Nasir Kahwin Tahun Depan

Malah, Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir berkata, tindakan tersebut dilakukan demi menjaga privasi pihak lelaki berkenaan.

Wajah kekasih

Bagaimanapun, baru-baru ini Afifah menerusi muat naik di Instagram Story miliknya dilihat mula berkongsi wajah kekasihnya itu kepada khalayak ramai.

Menerusi beberapa siri hantaran di entri berkenaan, Afifah dilihat keluar makan malam bersama kekasihnya di kedai kegemaran mereka.

Menurut Afifah pada kapsyen ditulis dalam perkongsian itu, meskipun kekasihnya berada dalam keadaan tidak sihat, namun masih sudi meluangkan masa bersama.

Bawa orang sakit pergi keluar makan. Favorite person, our favoritr place.

Lelaki berkenaan dilihat memiliki jambang dan berkulit cerah serta mempunyai rupa paras yang tampan.

Terdahulu, Afifah berkata dia mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujang bersama lelaki pilihannya.

Bagaimanapun, dia terpaksa membawa perancangan itu pada tahun hadapan disebabkan jadual kerja yang padat.

Malah, aktres itu berkata bakal suaminya itu tidak terlibat dalam dunia seni dan merupakan seorang jejaka yang biasa.

Sumber: Instagram

[VIDEO] ‘Meraung Tengok Muka Dia’ – Kakak Meradang Adik Cedera Didakwa Dihempuk Isteri, Punca Bercerai Tak Mahu Hidup Susah

$
0
0

Seorang wanita didakwa adik lelakinya pernah dipukul oleh bekas isterinya sehingga menerima jahitan di bahagian bibir.

Artikel Berkaitan: Lelaki Dikelar Gara-Gara Dendam Sering Pukul Teman Wanita

Artikel Berkaitan: ‘Dia Dulu Gangster, Ahli Kongsi Gelap, Main Perempuan..’ – Wanita Buntu Dengan Kisah Silam Bakal Suami

Terkilan & kecewa

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan wanita tersebut menangis teresak-esak sambil memeluk adiknya selepas dia terkejut melihat wajah adiknya yang cedera didakwa dipukul oleh isterinya.

Memang meraung-raung lepas dia buka topeng muka tengok muka dia dah pecah.

Lepas tengok muka dia macam itu, aku cuma rasa terkilan, kecewa, tak sangka sebab aku memang baik dan rapat sangat dengan bekas isteri dia. Aku anggap dia macam adik aku sendiri bukan adik ipar.

Susulan itu, dia membawa adiknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan akibat kecederaan yang dialami.

Punca cerai

Bercerita tentang perkara sebenar, sebelum ini dia dan bekas adik iparnya sangat rapat namun perhubungan mereka renggang sejak bulan Ramadan yang lalu.

Tiba-tiba masa bulan puasa, bila aku WhatsApp dia kata dia sibuk dan senyap terus. Selepas hari raya, adik aku datang dengan muka pecah.

Setelah berjaya dihubungi, bekas adik ipar wanita berkenaan berkata punca perpisahan mereka adalah kerana faktor kewangan dan mereka akhirnya berpisah selepas hari raya.

Dia jawab, dia dah tak nak hidup susah dengan adik aku.

Berdasarkan laporan polis, kecerderaan yang dilakukan oleh adik ipar wanita tersebut kerana berlaku pertengkaran ekoran adiknya mendakwa dia terdengar isterinya sedang bercakap telefon dengan seorang lelaki.

Isterinya kemudian berang lalu bertindak kasar dengan memukul sehingga menyebabkan kecerderaan.

Difahamkan selepas bercerai pasangan itu juga sering berbalah tentang tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

Tidak tahan dengan apa yang menimpa adiknya, wanita tersebut juga memohon agar bekas adik iparnya itu tidak mengganggu atau memuat naik tentang mereka di media sosial lagi.

@zeemarwadriana

Replying to @nuryqa sorry, mase ni kak zee mmg meraung2 lps bukak mask die tgk muke die pecah mcm tu? aku cume rase tekilan,kecewa,tk sangke sebab aku mmg baik rapat sgt dgn bekas bini die, aku anggap die mcm adik aku sendri bukan adik ipar,hari2 kitorang wasap,vc,sampai masuk toilet pun dok vc, tetibe time bulan puasa,bile aku wasap vc die,die kate bz nnti die vc balik..tup2 senyap terus, tau2 lps raya ritu adik aku si yazed ni dtg muke pecah.aku wasap pompuan tu die tk reply.. bile pompuan tu call adik aku, aku yg angkat sebab mase tu adik aku ade dgn aku, time tu la aku dpt ckp ngan pompuan tu,first aku tnye kenape?suh die cite ape mslh sebenarnya sampai nk cerai,ape yg die jawab..sebab dah tknk hidup susah dgn adik aku..aku kate, takpela,boleh selesai care baik,pegi la settle dgn yazed pegi mahkahmah,aku siap ckp dgn die, nnti aku pujuk adik aku pegi dgn ko same2.. second baru aku tnye die, kenape hempok muke yazed sampai mcm tu, die diam je tak jawab..tkpela, biar tuhan je yg balas..ko teruskanlah dgn kehidupan ko cri kebahgian ko sendri lps ni…semua da settle lame dah dri lps raya ritu dah cerai dah pun..ko tk nk amik ank2 kau pun lps ni tkpela,takkan nk pakse..so, sudahhh cukup and stop ganggu atau up bende2 tah hape2 pasal kitorang lagi seolah2 mcm kau plak yg kene pijak..stopp!! *Korang boleh tgk dari PART 1

? original sound – ????????? – ?????????

Sumber: TikTok

Drama ‘Tentang Hati Dia’ Lakonan Aliff Aziz & Trisha Ooi Sarat Dengan Mesej Positif

$
0
0

Sudah disiarkan sejak 3 Julai yang lalu, drama ‘Tentang Hati Dia’ lakonan Aliff Aziz dan Trisha Ooi ini ternyata mencuri tumpuan  penonton setia ‘kaki drama’ TV3.

Bertemakan kisah jerih perih kehidupan seorang remaja hamil luar nikah untuk menebus kesilapan masa lalu, drama ini sarat dengan pelbagai mesej positif.

Hamil luar nikah

Tiara (Trisha Ooi) seorang pelajar cemerlang yang menjadi harapan ibunya, Fatimah (Fazlina Ahmad Daud). Namun begitu, Tiara telah hamil luar nikah gara-gara termakan pujuk rayu kekasihnya. Hal tersebut bukan sahaja menconteng arang ke muka Fatimah malah turut memusnahkan hasratnya untuk melihat Tiara berjaya hingga ke menara gading. 

Menyesali keterlanjurannya, Tiara nekad untuk meneruskan kandungannya walaupun dia dipaksa untuk gugurkan kandungan itu. Bahkan, kekasihnya sendiri tidak mahu bertanggungjawab ke atas anak itu. Demi menyelamatkan maruah keluarga mereka dari dicerca orang kampung, Tiara mengambil keputusan untuk membawa ibunya, ayah tiri serta adik tirinya ke kota untuk memulakan hidup baru. Malah, berjanji akan menyara keluarga mereka sepanjang hayatnya. 

Sarat dengan pelbagai mesej, naskhah ini menunjukkan bahawa masih ada ruang untuk seseorang itu bangkit menebus kesilapannya dan masih berhak untuk mendapat peluang kedua.

Gagal hari ini bukan bermakna gagal selamanya

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, rata-rata komen netizen menasihati golongan muda agar lebih berhati-hati di dalam pergaulan seharian mereka. Menjadikan situasi Tiara sebagai contoh, bukan hanya diri sendiri akan merana bahkan ibu bapa juga akan turut menderita dengan perbuatan kita.

Tidak kurang juga sebahagian netizen yang beranggapan baik buruknya seorang anak itu, harus diterima ibu bapa dan janganlah dihukum tanpa muhasabah diri ibu bapa itu sendiri. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tertulis.

Menurut netizen lagi, lakonan Trisha Ooi dan Fazlina Ahmad Daud sangat hebat. Babak yang dilakonkan oleh mereka berdua berjaya menyentuh hati ramai penonton yang turut sama boleh merasakan kesedihan babak tersebut. 

Sekadar info, drama ‘Tentang Hati Dia’ ini disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam di slot Akasia TV3. Bukan itu sahaja, korang boleh tonton semua episod percuma dan eksklusif di http://www.iq.com/local atau di app @iqiyimalaysia  

‘Galau’ Di Kuala Lumpur Bersama Fiersa Besari, Rai Karya 14 Tahun Di Konsert ‘Berjalan Mundur’

$
0
0

Penulis, pemuzik dan pempengaruh terkenal Indonesia, Fiersa Besari kembali membuat persembahan di Malaysia, kali ini secara solo menerusi Konsert Berjalan Mundur pada 23 Ogos depan di Zepp Kuala Lumpur.

14 tahun berkarya

Fiersa atau mesra disapa Bung menyifatkan kemunculannya di Konsert Berjalan Mundur By Fiersa Besari Live In Kuala Lumpur ini adalah untuk melunaskan kerinduan peminat di negara ini terhadap karya-karya yang dihasilkannya.

Kembali ke Kuala Lumpur dan dapat berdiri di hadapan peminat adalah penghargaan terbesar buat saya. Sokongan tidak berbelah bahagi dan keterujaan peminat di Malaysia memberikan inspirasi untuk saya mempamerkan persembahan yang tidak mungkin dilupakan.

Keterujaan peminat membuatkan saya yakin konsert ini bakal menjanjikan pengalaman luar biasa dan bermakna buat semua yang hadir nanti.

Penyanyi berasal dari Bandung ini bakal mempersembahkan 18 lagu antaranya April, Waktu Yang Salah dan Celengan Rindu yang menggabungkan genre muzik pop, indie, folk dan alternatif.

Setiap lagu akan saya bawakan dengan sepenuh hati kerana saya mahu konsert itu nanti membekas pengalaman bermakna buat peminat.

Janji saya akan ada kejutan dan kelainan pada susunan muzik dalam beberapa lagu kegemaran ramai, namun jati diri Fiersa sebagai penyanyi dan pemuzik tidak sesekali dipinggirkan

Dalam pada itu, menurut Ketua Pemasaran Seraya Group, Intan Dhenisya Putra berkata konsert ini juga adalah permulaan bermakna buat penyanyi berusia 39 tahun itu dalam meraikan 14 tahun perjalanannya sebagai anak seni.

Kemunculan pertama Fiersa di sini, tahun lalu menerima respons yang cukup luar biasa daripada peminat. Fiersa begitu terharu, tambahan pula ia persembahan pertamanya di luar Indonesia.

Justeru, kami memutuskan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai antara destinasi siri konsert ini bagi mengubati kerinduan peminat terhadap lagu-lagu nyanyian Fiersa.

Tambah Intan, konsert itu juga buat julung kali menyaksikan Fiersa membawakan lagu-lagu daripada lima album yang pernah dihasilkannya di atas sebuah pentas.

Penampilan Fiersa nanti akan diperkemaskan dengan mainan audio visual, sekali gus memberikan kepuasan buat penonton yang sudah lama ternanti-nanti kemunculan terbarunya di pentas yang gah.

Bagi anda yang meminati karya Fiersa, jangan lepaskan peluang ini dengan membeli tiket menerusi pautan ticket2u.com.my. Tiket konsert ini dijual bermula pada harga RM159 (Runtuh), RM198 (Garis Terdepan), RM301 (Juara Kedua) dan RM3,403 (Rumah – VVIP Box untuk 8 orang).

Layari Instagram Seraya Live (@serayalive) dan saluran media sosial rasmi Fiersa Besari untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai konsert penyanyi itu di Kuala Lumpur.

Neelofa Dan PU Riz Terima Lamaran Fellera Skin

$
0
0

Kredit: Kosmo Digital

Produk kecantikan dan kesihatan, Fellera Skin baru-baru ini mengumumkan kerjasama mereka dengan pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz bagi menjayakan kempen kecantikan dan kesihatan melalui produk Jelly Ajaib Bellrossa Advances dan Jus Brightskinz.

PU Riz, 28, berkata, dia dan Neelofa teruja untuk bekerjasama kerana ia adalah produk tempatan yang diusahakan oleh syarikat bumiputera selain berjaya memiliki kilang di Kelantan. 

“Kalau sebelumnya saya dan isteri memang mewakili perniagaan sendiri, tapi kali ini kami dilamar pihak Fellera Skin bagi menjayakan kempen mereka. Tapi, bukan sebagai duta.

“Sebenarnya kami seronok dan tumpang bangga melihat anak tempatan apatah lagi orang Melayu berjaya dalam perniagaan. Walaupun pada masa sekarang ada banyak persaingan, tapi semangat dibawa mereka ini turut memberi aura positif buat saya dan isteri.

“Saya percaya, kejayaan yang dimiliki mereka hari ini bukan saja datangnya daripada pelanggan setia mereka, tapi juga kerja keras dan usaha yang dibuat. Disebabkan itu, diharapkan kerjasama kami ini sedikit sebanyak membantu,” katanya.

Menurut PU Riz, golongan lelaki juga perlu menjaga kesihatan dalaman sama seperti mana yang dititikberatkan pada wanita.

“Setiap produk yang dikeluarkan pastinya memenuhi manfaat ramai. Malah menjadi kepentingan dan keperluan wanita, lelaki dan mereka yang mempunyai masalah dalaman dan nak cantik secara sihat tanpa bahan terlarang.

“Paling penting juga, Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd adalah syarikat yang menjalankan sistem patuh Syariah dan menjalankan sistem bisnes secara agen dan stokis dan memberi ilmu spiritual teknik serta mengajar cara berniaga dengan Allah serta cara Rasulullah,” katanya.

Untuk pengetahuan semua, Fellera Skin yang mula menjalankan pernigaan kecantikan dan kesihatan sejak 11 tahun lalu juga akan menjadi penaja utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2023 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Fellera Skin, korang boleh layari laman web mereka.

 

Viewing all 35533 articles
Browse latest View live