Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35659 articles
Browse latest View live

‘Orang Kanan’ Ebit Lew Ucap Selamat Tinggal, Caprice Syukur Doa Orang Teraniaya Makbul

$
0
0

Tak ada angin, tak ada ribut, seorang lelaki yang mendakwa dirinya pekerja pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew tampil memuat naik hantaran mengucapkan selamat tinggal kepada pendakwah bebas itu menerusi Instagram Story.

Artikel Berkaitan: Jumpa Caprice Di Mesir ‘Bincang’ Isu Viral, Lelaki Ini Cerita Apa Yang Berlaku Sebenarnya

‘Kau akan menyesal’

Bukan itu sahaja, menerusi hantaran lain, lelaki yang dikenali sebagai Ajai Ahmad itu turut mengatakan Ebit akan menyesal selepas mendakwa pendakwah itu telah menyentuh ahli keluarganya.

Selamat tinggal Ebit Lew.

Kau dah sentuh keluarga aku, kau akan menyesal.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, hantaran Ajai itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai tindakan yang dilakukan individu terbabit terhadap keluarganya.

Caprice cuba ‘masuk jarum’

Dalam pada itu, penyanyi rap Caprice dilihat seakan gembira serta memberikan sedikit komennya mengenai situasi ini.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meluahkan rasa syukur dan bangganya serta menyifatkan doa mereka yang teraniaya sudah pun termakbul.

Salam brother Ajai (antara orang kanan/orang kuat Ustaz Ebit Lew).

Alhamdulillah, selepas dua tahun. Doa orang yang dianiaya sudah pun termakbul. Saya sangat bangga dengan brother Ajai atas keberanian ini. I am very proud of you bro for being this brave.

Caprice juga menyuarakan keinginannya untuk berjumpa dengan Ajai bagi mendapatkan lagi info mengenai isu ini.

‘Biar kami selesaikan sendiri’

Susulan itu, Ajai memberikan responnya terhadap Caprice dan menyifatkan setiap manusia di dunia melakukan kesilapan.

Ajai juga meminta Caprice untuk bertenang sebaliknya mahu menyelesaikan isu yang terjadi ini bersama adik-beradiknya yang lain.

Kita semuanya sama, semuanya pendosa.

Urusan saya dan Ebit Lew, biar kami adik-beradik selesaikan sendiri. Terima kasih atas keprihatinan anda, Caprice.

Sekadar info, isu mengenai Caprice dan pendakwah bebas itu pernah tular sekitar tahun 2021 yang lalu apabila penyanyi rap itu mendakwa Ebit Lew menyekatnya di Instagram.

Ia susulan Caprice mempersoalkan tingkah laku Ebit Lew ketika menyempurnakan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin pada ketika itu.

Sumber: Instagram


Teringin Bekerja Di Atas Awan Biru? Jom Hadir Ke Temuduga ‘Walk-in’ Singapore Airlines!

$
0
0

Kalau pergi airport mesti seronok je kan tengok pramugari dan pramugara berjalan dengan luggage diorang tu.

Mesti korang pernah je berangan nak jadi cabin crew jugak kan? Yelah, tengok macam best je boleh travel oversea sambil bekerja.

Ha..buat korang yang teringin nak jadi one of the anak-anak kapal, ini merupakan berita baik untuk korang sebab syarikat penerbangan Singapore Airlines akan mengadakan walk-in interview untuk new recruitment!

Tunjukkan kemampuan korang, jangan malu-malu!

Korang diluar sana yang berminat sangat nak jadi pramugari atau pramugara, jangan lepaskan peluang untuk pergi walk-in interview bersama Singapore Airlines ni tau.

Berikut merupakan details untuk sesi walk-in interview:

Tarikh: 29 Julai 2023

Masa: 8.30 pagi – 2.00 petang

Tempat: Pullman KL City Centre

Jom ajak kawan-kawan korang yang mana nak jadi flight attendant tu sebab tak salah kalau kita cuba nasib kan?

Kalau dapat, confirm seronok tau sebab Singapore Airlines menawarkan pelbagai benefit untuk pekerja mereka.

Tawaran gaji tinggi sehingga RM15 ribu sebulan? Wah, masyuk woo!

Kredit: The Telegraph

Untuk pengetahuan korang, kalau korang berjaya diterima masuk sebagai cabin crew Singapore Airlines ni, korang akan dapat gaji tinggi yang boleh cecah sehingga RM15 ribu sebulan! OMG, banyak nya!

Bukan sekadar boleh travel sambil bekerja je, tapi korang juga boleh nikmati faedah seperti faedah perjalanan (perjalanan percuma setahun sekali dan tiket perjalanan bersubsidi) dan faedah perubatan.

Tingkatkan tahap potensi kerjaya korang bersama Singapore Airlines!

Singapore Airlines juga menyediakan peluang untuk pekerja mereka mengembangkan potensi kerjaya secara profesional.

Jadi, bolehlah korang dapatkan pengalaman kerjaya yang lebih bernilai disini.

Selain itu, buat korang yang ‘newbie’, korang juga akan menjalani kursus latihan yang menawarkan kemahiran hidup seperti bantuan pernafasan (CPR) dan pertolongan kecemasan.

Baru lah lancar kerja korang kalau ada emergency atas kapal atau dekat mana-mana pun nanti kan?

Ha..banyak betul kelebihan yang ditawarkan Singapore Airlines untuk pekerja mereka.

So, korang tunggu apa lagi? Jangan lupa save the date dan buat persediaan yang secukupnya baru lah korang boleh pass the interview dengan cemerlang! All the best korang!

Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Singapore Airlines atau sosial media:

Instagram: @singaporeair

Facebook: @singaporeair

[VIDEO] Tengku Hassanal Sebak Ketika Ziarah Keluarga Tragedi Kepala Air

$
0
0

Baru-baru ini, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilihat berkesempatan menziarahi keluarga tragedi kepala air di Kemaman, Terengganu.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Diberi Peluang Untuk Lahir Semula, Kita Bentuk Keluarga Ini ‘ – Adik Mangsa Nahas Kepala Air

Artikel Berkaitan: Tengku Hassanal Mohon Maaf Lewat Hadir Majlis Tanam Pokok, Minta Polis Henti Siasat Aktivis

Sebak

Menerusi sepotong video yang tular di TikTok, Tengku Hassanal bersama beberapa penduduk kampung berada di perkarangan kediaman keluarga mangsa.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian apabila Tengku Hassanal kelihatan sebak sehingga mengesat matanya beberapa kali ketika sedang menadah tangan membacakan doa.

Tengku Hassanal yang mengenakan busana berona unggu dan biru itu hanya menundukkan pandangan sambil mengaminkan doa tersebut..

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut merasa sebak dan dalam masa sama mendoakan kesemua mangsa ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira pukul 5 hingga 6 petang, Sabtu lalu, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir, Pahang dan bakal menantu ahli keluarga itu dari Batu Pahat, Johor dihanyutkan kepala air berikutan hujan lebat berlaku.

Lapan mangsa yang telah ditemukan sejak Ahad iaitu Karim Abdullah, 39 dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya, 10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Dalam pada itu, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18 dan adik tirinya, Putri Alleya Maisarah, 16, ditemui pada Selasa.

Sementara itu, pada Jumaat pagi seorang lagi mangsa yang dipercayai Muhammad Fikri Saliman, 24, berjaya ditemukan.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa yang masih belum ditemukan ialah Putri Nur Fatin Karim 14.

Video

@jungyihyun_ Tengku Hassanal sebak melawat keluarga mangsa ??#tengkuhassanalibrahimshah #pemangkurajapahang #fyp??viral ? Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar


Sumber: TikTok

Ernie Zakri Syukur Dengar Cakap Ibu, Akui Pernah Terdetik Untuk ‘Give Up’ Menyanyi

$
0
0

Penyanyi, Ernie Zakri mendedahkan dia pernah terdetik untuk berhenti dari dunia nyanyian kira-kira lima tahun selepas menceburkan diri dalam industri hiburan tanah air.

Artikel Berkaitan: Wajah Ernie Zakri Terpampang Di Billboard, New York! Akan Terus Hasilkan Karya Perjuangkan Wanita

Rasa diri tak mendapat tempat

Ketika ditemui OhBulan!, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkata perasaan itu terdetik kerana dia merasakan masih tidak mendapat tempat selepas menghasilkan hampir 20 buah lagu pada ketika itu.

Ketika itu mungkin sebab saya muda sangat, masa tu saya baru 23 tahun. Saya nak berhenti sebab masa tu saya dah keluar album, saya dah ada 20 lagu dan terus-menerus keluarkan lagu.

Namun, ketika itu masih lagi tidak mendapat perhatian jadi saya salahkan semua orang, salahkan orang di sekeliling saya.

Tapi saya tak sedar yang saya sebenarnya hanya perlu percaya pada satu sahaja iaitu rezeki yang belum lagi sampai pada ketika itu.

Ernie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Ernie Zakri Signing Ceremony yang berlangsung di Le Meridien Petaling Jaya pada Selasa.

Tambah isteri kepada penyanyi Syamel itu lagi, faktor dirinya yang tidak begitu peka dengan keinginan para pendengar mungkin menyebabkan dirinya sukar untuk mendapat tempat pada ketika itu.

Ketika itu mungkin saya tak peka di mana pada zaman itu orang dah mula buat YouTube, buat cover lagu tapi saya taknak usaha ke arah itu.

Saya pula rasa konon gempak, tak adalah buat YouTube tu. Yang saya tahu nak masuk tv, nak masuk tv, nak masuk tv.

Tak sedar diri ketika itu, jadi saya tak ada usaha tapi bila saya fikir balik, ‘kenapa saya salahkan orang sekeliling saya’, padahal saya sendiri yang tak usaha ke arah apa yang diinginkan industri pada ketika itu.

Syukur dengar cakap ibu

Namun begitu, pelantun lagu Ku Bersuara itu berasa sangat bersyukur kerana mendengar nasihat ibunya dan tidak meneruskan niatnya untuk berhenti dari dunia nyanyian.

Saya bersyukur sangat, saya beruntung sebab dengar cakap mak saya, mak saya kata jangan berhenti.

Mungkin ibu kan, dia ada firasat dia yang tersendiri yang mengatakan mungkin anak dia boleh jadi ni, boleh berjaya.

Jadi saya bertuahlah kalau tidak memang saya ambil keputusan untuk tak nak langsung menyanyi dan nak jadi cikgu muzik je.

Baru Nak Rujuk, Wanita Terkedu Tengok Mesej Mesra Dengan Perempuan Lain –‘Nak Pinangkan..Tak Nak Pula’

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi satu kisah di mana proses untuk merujuk kembali bersama bekas suaminya itu terbantut selepas mendapati lelaki itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Bekas suami kantoi ‘curang’

Sekadar gambar hiasan

Menerusi video yang dikongsikan, wanita yang dikenali sebagai Mekna memberitahu kepercayaannya hilang selepas melihat perbualan manja bekas suaminya bersama seorang wanita.

Bila saya tanya, nak ke kahwin dengan perempuan tu. Saya boleh pinangkan, tapi tak nak pula. Lepas tu saya cakap tak nak tak apa tapi jangan hubungi perempuan tu dah.

Tambah Mekna lagi, perempuan terbabit juga ada berjanji tidak akan menggangu lelaki itu namun itu hanyalah janji di mulut sahaja. Wanita terbabit masih menghubungi malah dengan selambanya meminta wang daripada bekas suaminya itu.

Lelaki yang awak minta duit tu anak tiga dah dik.

Pada pengkhiran video tersebut, Mekna memberitahu apa yang berlaku ini mengajarnya supaya tidak mudah percaya dan memberikan peluang kedua kepada lelaki ‘kaki perempuan’.

Sumber: TikTok

Sertai Majlis Ilmu, Nora Danish Nampak Manis & Ayu Pakai Tudung Pemberian Arwah Siti Sarah

$
0
0

Pelakon, Nora Danish meraih pujian wargamaya apabila tampil berpakaian sopan ketika menghadiri satu majlis ilmu baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [FOTO] Muat Naik Foto Di Instagram, Nora Danish Kini Berhijab? Alahai Manisnya..

Tudung pemberian arwah Siti Sarah

Menerusi hantaran dimuat naiknya di Instagram, pelakon Polis Evo 3 itu berkongsi beberapa foto dirinya memakai pakaian berona cream bersama beberapa rakan artis yang lain.

Menurut Nora, pakaian yang digunakannya itu merupakan pemberian penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah kepadanya dan memang berniat untuk memakainya ketika menghadiri majlis tersebut.

Jubah dan tudung Nora dari Loveta, pemberian arwah Siti Sarah. Memang niat nak pakai untuk majlis ilmu harini.

Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman, Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Mari kita sedekah al-Fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua yang telah pergi meninggalkan kita.

Nora juga menitipkan ucapan terima kasih buat tenaga pengajar yang dikenali sebagai Ustazah Jiha kerana banyak berkongsi ilmu serta doa kepadanya dan rakan-rakan artis yang lain.

Cantik Nora pakai tudung

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Nora yang mengenakan tudung serta jubah di majlis ilmu tersebut serta berharap aktres jelita tersebut akan terdetik hati untuk berhijrah satu hari nanti.

Posting Nora Danish

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Sumber: Instagram

[VIDEO] Perjalanan 7 Jam Berbaloi… Raisuddin Nampak Muka & Tangan Adik Miza Sama Dengan Arwah Siti Sarah

$
0
0

Sebelum ini, tular sepotong video yang memaparkan wajah seorang kanak-kanak perempuan yang memiliki wajah persis penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terubat Rindu Lihat Wajah Tular Kanak-Kanak Perempuan Mirip Arwah Siti Sarah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Fokus Besarkan Anak-Anak Shuib, Belum Rancang Zuriat Sendiri

Kembar Siti Sarah

Terbaharu, bapa kepada arwah iaitu Raisuddin berkesempatan berjumpa dengan kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai adik Miza.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik isteri Raisuddin yang dikenali sebagai Makder di laman Instagram, dia berkata mereka mengambil masa selama tujuh jam perjalanan menuju ke destinasi.

Rezeki dapat berjumpa dengan adik Miza. Tujuh jam perjalanan sebab suami nak sangat jumpa.

Turut kelihatan bersama ialah anak sulung kepada arwah iaitu Uwais Alqarni.

Menerusi video tersebut, terpancar kegembiraan pada wajah Uwais meskipun kelihatan sedikit segan ketika bertemu adik Miza.

Dalam pada itu, Raisuddin berkata, kanak-kanak berkenaan turut memiliki bentuk gigi dan tangan yang sama dengan arwah anaknya.

Sementara itu, suami kepada arwah iaitu pelawak popular Shuib sempat meninggalkan komen dengan mengatakan wajah adik Miza persis Siti Sarah sewaktu kecil.

Masya-Allah, comelnya lahai. Macam Siti Sarah masa kecil. Sampaikan salam saya pada adik Miza.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut berkongsi rasa teruja mereka serta tidak menafikan wajah adik Miza saling tidak tumpah dengan arwah.

Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah mendirikan rumah tangga dengan pelawak popular Shuib pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Shuib kemudian berkahwin dengan usahawan Watie Hanifiah pada 23 Jun lalu dalam sebuah majlis yang diraikan di Putra Glass House, Putra Height.

Video

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Makder (@suciuwais)

Sumber: Instagram

 

Program Madani Afiat Beri Peluang KKM Turun Padang, Banyak Aktiviti Menarik Berkaitan Kesihatan

$
0
0

Semua orang nak badan sihat dan terhindar daripada penyakit kan? Jadi, kenalah amalkan gaya hidup sihat setiap hari. Antaranya jaga pemakanan, bersenam, jaga kebersihan rumah dan persekitaran serta buat pemeriksaan kesihatan.

Korang boleh capai semua gaya hidup sihat ni melalui satu program yang diadakan pada bulan Julai ni. Program ini memberi peluang kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk turun padang bertemu rakyat. Menarik ni!

Jom meriahkan Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 & Insiatif One Hour Malaysia Clean up!

Sempena Sambutan Hari Denggi ASEAN yang disambut pada 15 Jun setiap tahun oleh semua negara Asean, program Madani Afiat juga diisi dengan Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 dan Insiatif One Hour Malaysia Clean up yang diadakan pada 9 Julai 2023, bermula jam 7 pagi hingga 2 petang.

Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 merupakan inisiatif KKM yang diadakan sebanyak dua kali setiap tahun. Korang yang kat Selangor tu boleh la buat aktiviti Cari dan Musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Cuba ambil peluang untuk luangkan masa selama 10 minit setiap minggu di premis masing-masing bagi membendung penularan kes denggi. Ini semua untuk kebaikan korang juga. Ajak family sekali, baru meriah!

Nak pastikan tempat pembiakan Aedes dihapus secara konsisten, inisiatif One Hour Malaysia Clean Up pula dilancarkan. KKM menerusi Pelan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) telah menetapkan keutamaan untuk MEMANTAPKAN KEBERSIHAN PERSEKITARAN sebagai Teras ke-4 ANMS.

Program Madani Afiat untuk kesihatan orang ramai, Selangor jadi lokasi pertama!

Buat pengetahuan korang, pelancaran program Madani Afiat bagi peringkat kebangsaan akan diadakan pada 9 Julai 2023 di Dewan Rakyat Batu Caves. Ia dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor.

Program Madani Afiat merupakan cetusan idea YB Dr Zaliha Mustafa. Paling menarik, Selangor terpilih menjadi lokasi pertama bagi program ni.

Ada aktiviti “Touch Point“, lawatan dari rumah ke rumah

Melalui program Madani Afiat, pengurusan tertinggi KKM, pemimpin masyarakat dan pasukan perubatan akan buat aktiviti “Touch Point” berupa lawatan dari rumah ke rumah. Ada juga pameran dan aktiviti setempat oleh agensi-agensi yang terlibat bersama KKM.

Banyak program kesihatan dan inisiatif komuniti yang dijalankan oleh KKM kepada kumpulan sasar. Korang kena tahu pentingnya ujian saringan kesihatan bagi mengesan dan mencegah risiko penyakit tidak berjangkit – Non Communicable Diseases (NCD).

Seramai 150 orang jururawat dari Kolej Kejururawatan Sungai Buloh akan bergerak dari rumah ke rumah untuk buat saringan kesihatan. Mereka akan buat pemeriksaan tekanan darah, hemo glucose test (HGT) dan kolestrol. Pendidikan kesihatan berkaitan cara hidup sihat juga diberikan.

Secara tak langsung, program Madani Afiat mengajar para jururawat Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) untuk melaksanakan projek kemasyarakatan.

“Bertepatan dengan nama “Afiat” yang bermaksud pulih dan sihat, saya berharap ianya akan mencapai matlamatnya seiring dengan reformasi kesihatan yang sedang dijalankan oleh KKM”

-YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan-

Pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI pun ada!

Paling best, pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI turut serta dalam usaha pencegahan dan kawalan denggi. Sehingga Jun 2023, sebanyak 3,320 pasukan sukarelawan MyCHAMPION COMBI telah ditubuhkan dengan penyertaan sebanyak 31,065 orang. Ramai betul!

“MyCHAMPION COMBI perlu diperkasa agar dapat berperanan sebagai community influencer dalam membantu KKM melaksanakan aktiviti pencegahan denggi, terutama melibatkan penyertaan komuniti setempat seperti gotong-royong menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes”

-YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan-

Banyak lagi aktiviti menarik menanti pengunjung, jangan lupa datang!

Haa.. Jangan lupa datang ke Dewan Rakyat Batu Caves pada 9 Julai 2023 nanti sebab banyak aktiviti-aktiviti menarik sewaktu pelancaran Program Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 dan Insiatif One Hour Malaysia Clean up diadakan. Korang mesti teruja punya.

Nak tahu lebih lanjut tentang program Madani Afiat? Korang boleh klik SINI ya.


23 Tahun Hilang! Mawar Rashid Syukur Bertemu Kembali Dengan Adik Kandung

$
0
0

Pelakon, Mawar Rashid meluahkan rasa terharu dan syukurnya kerana dapat bertemu kembali dengan salah seorang adik kandungnya selepas hampir 23 tahun hilang.

Artikel Berkaitan: ‘Say Hi To, Raden Seri Riyanna Sayang’ – Mawar Rashid Selamat Bersalin Anak Ketiga

Adik dari isteri ketiga arwah bapa

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG), pelakon drama Suamiku Paling Sweet itu memaklumkan bahawa arwah bapanya mempunyai tiga orang isteri dan ibunya merupakan isteri kedua.

Jelas Mawar, dia langsung tidak pernah berjumpa dengan anak-anak dari isteri ketiga arwah bapanya itu.

23 tahun adik kandung Mawar hilang.

Arwah Papa Mawar ada tiga isteri. Mommy Mawar nombor dua. Tapi Mawar tak pernah jumpa adik-beradik Mawar dari isteri nombor tiga tu. Mungkin pernah jumpa, tapi lupa sebab masa tu sangat-sangat kecil, umur Mawar lima tahun.

Di akhir hantarannya itu, Mawar sempat bergurau dengan menyangka dirinya merupakan anak yang terakhir dalam keluarganya namun ternyata mempunyai dua orang adik kandung.

So selepas 23 tahun, ni lah pertama kali jumpa adik kandung Mawar. Dapat peluk, dapat bercakap, dapat kenal dengan lebih mendalam.

Nama dia Aireen. Aireen ada sorang lagi adik perempuan. So kira Mawar ada lagi dua orang lah adik kandung perempuan. Selama ni duk fefeeling anak bongsu, tapi sebenarnya I ada adik lagi sis. Hehe.

‘Terima kasih Kak Mawar’

Menjengah di ruangan balas, Aireen dilihat turut mengucapkan terima kasih kepada Mawar atas layanan yang diberikan. Adik kepada aktres itu turut menyatakan kegembiraannya dapat bertemu kembali dengan kakak kandungnya itu selepas hampir 23 tahun berpisah.

Posting Mawar Rashid

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Sumber: Instagram 

Mayat Ditemui Terapung Di Tengah Laut, Kaki, Tangan & Leher Berikat Dengan Bongkah Batu

$
0
0

Gambar sekadar hiasan

Satu mayat ditemukan dalam keadaan terapung di laut berhampiran Jeti Bagan Bukit Tambun, Nibong Tebal pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: Pemilik Rumah Terkejut Jumpa Mayat Dalam Bilik Stor – ‘Kaki Tangan Diikat’

Kaki, tangan & leher berikat

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, mayat tersebut ditemukan dalam keadaan kaki, tangan dan lehernya diikat dengan bongkah batu oleh penduduk setempat kira-kira jam 11.45 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Ng Ah Thiam, siasatan awal dilakukan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh dengan keadaan mayat begitu tragis.

Pemeriksaan ke atas mayat itu mendapati terdapat kesan terbelah di perut dan kita percaya bahawa mangsa telah dicederakan dengan senjata tajam.

Kemudian pelaku pula bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa termasuk mengikat bahagian leher dengan tali bersama sebongkah batu sebelum mencampak mayat mangsa di muara sungai.

Tambah Ng Ah Thiam lagi, identiti mangsa ketika ini masih belum diketahui.

Ketika ditemui mangsa masih berpakaian baju T berkolar lengan pendek berwarna merah dan seluar ‘boxer’.

Mayat mangsa kini sudah pun dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk bedah siasat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

[VIDEO] Afgan Terharu Keluarga Peminat Dari Malaysia Hadiahkan Anak ‘Straight A’ Tiket Konsert, Sanggup Menabung Terbang Ke Jakarta

$
0
0

Penyanyi popular Indonesia, Afgan berkongsi kisah tentang sebuah keluarga yang sanggup datang dari Malaysia demi merealisasikan impian anak gadis mereka untuk menonton konsertnya di Jakarta baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Selepas Wanita Berhijab, Intan Najuwa Pula Kena ‘Tarbiah’ Dengan Netizen Gara-Gara Bersalam & Peluk Afgan

Artikel Berkaitan: Alami Depresi, Afgan Pulih Selepas Jumpa Psikiatri

Hadiah ‘straight A’

Menerusi perkongsian di TikTok, Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza terharu apabila konsertnya menjadi ganjaran hadiah kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Saya rasa sangat terharu, tadi saya jumpa peminat dari Malaysia datang bersama keluarganya dan menegur saya.

Dia bagi saya tengok tiket konsert saya, Evolution Jakarta yang berlangsung semalam kemudian dia bercerita bahawa anaknya meminta jika keputusan peperiksaan kesemuanya A, dia cuma mahu dibawa menonton konsert Afgan.

Menurut bapa gadis tersebut, pada awalnya dia menyangka anaknya akan meminta hadiah yang lebih mahal.

Saya berjanji kepadanya, kalau dapat keputusan yang bagus boleh minta apa sahaja. Saya ingat dia mahu telefon bimbit atau komputer riba tetapi dia cakap dia hanya mahu ke konsert Afgan.

Lebih terharu apabila keluarga tersebut sanggup menabung untuk terbang ke Indonesia. Bagaimanapun, hanya gadis tersebut dan ibunya sahaja yang menonton konsert pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu.

Bapanya memberitahu keluarganya menabung untuk ke sini (Indonesia), dan akhirnya yang hanya membeli tiket cuma anak dan isterinya sahaja. Jadi bapa dan neneknya menunggu di luar selama dua jam setengah.

Pada akhir video, gadis tersebut berkata menonton konsert Afgan adalah antara hari yang paling bermakna di dalam hidupnya.

@afgan2705

moments like this is the reason why i make music. thank you soo much to this beautiful family who came all the way from Malaysia to watch my concert. i appreciate you guys soo much! ?

? original sound – Afgan – Afgan

Sumbr: TikTok

Isteri Kecewa Suami Kantoi Tawar Servis Sek* Secara Online – ‘Gambar Dalam Keadaan Yang Mengaibkan Bersama Perempuan ..’

$
0
0

Gambar sekadar hiasan

Seorang wanita tampil meluahkan perasaan kecewa dan kesal setelah dia mengetahui suaminya menawarkan perkhidmatan seks secara dalam talian.

Artikel Berkaitan:Pegawai Peras Ugut Penduduk Kampung, Didakwa Tawar Hubungan Seksual Jika Tak Mampu Bayar Dengan Wang

Artikel Berkaitan: Niat Nak Beli Durian Online, Gadis Terkejut Penjual Minta ‘Pakej’ Servis Seks! Terus ‘Trauma’ Makan Durian

Gambar & video mengaibkan

Gambar sekadar hiasan

Menerusi luahan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, wanita tersebut mula mengetahui kegiatan tidak senonoh suaminya itu ketika dia meminjam komputer riba suaminya dan ternampak notifikasi seorang wanita di aplikasi Telegram.

Dia cakap sesuatu tentang ‘content collab’ dan diberi secara percuma sahaja. Saya dah mula keliru kerana bila pula suami saya menjadi ‘content creator’?

Tapi saya tetap tengok apa yang ada di dalam Telegram suami dan terkejut apabila saya tengok ada ‘channel’ 18SX, lebih kurang tiga ‘channel’.

Wanita itu kemudian membuka salah satu saluran di aplikasi tersebut dan luluh hatinya apabila dia melihat gambar serta video tidak senonoh suaminya bersama beberapa orang wanita berbeza.

Benda pertama yang saya nampak adalah gambar suami saya dalam keadaan yang mengaibkan dengan perempuan.

Saya cuba menafikan bahawa itu adalah suami saya tetapi apakan daya itu memang dia. Saya tengok dari gambar hingga ke video, ya betul di dalam itu adalah suami saya bersama dengan perempuan yang berbeza-beza.

Dari situ saya dapat tahu suami saya buat servis seks melalui Twitter dan Telegram.

Difahamkan wanita berkenaan mendakwa suaminya melakukan perkara itu sebelum mereka  mendirikan rumah tangga.

Bagaimanpun, dia kini berada dalam fasa untuk melupakan apa yang berlaku dengan menganggap ia adalah satu ujian.

Tak mengapalah saya pun dalam fasa untuk melepaskan kisah silam suami saya. Saya pun anggap perkara ini adalah satu ujian untuk saya bantu suami, walaupun jauh disudut hari saya meronta untuk dilepaskan.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet bersimpati dengan apa yang dilalui oleh wanita berkenaan dan mengecam perbuatan suaminya.

Sumber: Twitter

[VIDEO] Beruntung.. Suami Layan Mengidam Isteri Beli ‘Stroller’ Harga RM23,000

$
0
0

Tular baru-baru ini seorang suami sanggup berhabis wang semata-mata untuk membeli sebuah kereta sorong bayi dari sebuah butik berjenama mewah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Telan Air Liur Tengok Stroller Anak MUA Bellaz Cecah RM25,000

Artikel Berkaitan: Tinggal Anak Dalam Stroller Masa Hari Hujan & Dijadikan Peminta Sedekah Sebab Nak Bayar Hutang Ah Long

‘Termimpi-mimpi..’

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan pasangan suami isteri sedang melakukan ‘unboxing’ kereta sorong bayi di butik mewah berkenaan.

Difahamkan wanita tersebut kini sedang hamil dan dia sangat mengidamkan kereta sorong bayi itu.

Terima kasih suami. RM23,000 melayang untuk kereta babi sampai termimpi-mimpi memang kena beli nanti kempunan pulak kata suami.

Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalau beli ‘stroller’ 23K ini kena beranak lagi tiga tahun akan datang.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi antaranya mereka menyamakan harga kereta sorong bayi itu dengan harga sebuah Perodua Axia.

Dalam pada itu, ada juga yang mengkritik dengan mendakwa kereta sorong bayi tersebut banyak kekurangan serta tidak sepadan dengan harga mahal.

@afinisafien

Tq Suami. 23k melayang untuk kereta baby sampai termimpi mimpi meme kena beli ? nanti kempunan pulok katanya suami. Alhamdulillah rezeki baby. Suami kata kalu beli stroller 23k ni kena beranak lagi 3 tahun akan datang. Bukan dia stroller mahal mahal. Tq hubby @Faizalmuhamad

? bunyi asal – Afini Safien – Afini Safien

Sumber: TikTok

[VIDEO] Netizen Tak Jadi Healing Dengar Lagu ‘Malampagi’ Versi Arab Nyanyian Nuafal Azrin -‘Gini Maghrib Balik’

$
0
0

Pengguna laman TikTok pastinya sering mendengar lagu berjudul Malampagi yang digunakan oleh kebanyakan wargamaya ketika ini sebagai lagu tema bagi trend ‘healing’.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Macam Adik-Beradik’- Nuha & Naufal Nafi Bercinta

Malampagi versi Arab

Lagu nyanyian asal penyanyi baharu bernama Saixse itu menjadi tular dan mula mendapat perhatian wargamaya sejak beberapa bulan lalu disebabkan lirik yang santai serta melodinya yang dekat di hati pendengar.

Terbaharu, penyanyi meningkat naik Nuafal Azrin telah menyanyikan semula lagu tersebut namun melodinya telah diubah kepada irama Arab.

Seperti diketahui umum, Naufal mula mencipta namanya menerusi lagu Casablanca duet bersama Nuha Bahrin yang mana lagu berkenaan berentak irama Arab.

Susulan pengubahsuaian itu, lagu Malampagi versi Naufal telah mendapat pelbagai reaksi netizen.

‘Tak jadi healing’

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya berkata mereka sedikit janggal dan ‘kekok’ selepas mendengar versi Naufal.

Malah, ada segelintir yang berseloroh mengatakan mereka tidak jadi untuk ‘healing’ disebabkan merasa takut.

Video

@beegoodmusic Malam pagi version Naufal ok ke? @saixse #malampagi ? original sound – Beegood Music

Sumber: TikTok

[VIDEO] Bapa Mentua Azhar Sulaiman, Pahamin Rajab Meninggal Dunia Dalam Kapal Terbang Ke London

$
0
0

Bapa mentua kepada pelakon Azhar Sulaiman, Datuk Pahamin Ab Rajab dilaporkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Balik Malaysia Semata Rindu Bazar, Azhar Sulaiman Pening Dengan Leona

Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Restu Sekiranya Kasih Iris Leona Kahwin Suami Orang

Serangan jantung

Khabar duka itu telah dikongsikan sendiri oleh Azhar menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya awal pagi Ahad.

Menurut Azhar, arwah yang juga bekas Pengerusi AirAsia Berhad menghembuskan nafas terakhir ketika dalam penerbangan ke London bagi menghadiri majlis graduasi anaknya.

Duka cita saya nak maklumkan, bapa mentua saya Pahamin Rajab telah meninggal dunia, dia baru sampai London kena serangan jantung dalam kapal terbang.

Pergi London sebab nak hadiri majlis graduasi anak lelaki saya di sana, tapi tidak jadilah.

Anak lelaki saya Rees dan ibu mentua saya ketika ini berada di sana. Kami pula yang lain akan terbang ke sana pada Isnin.

Minta semua hadiahkan al-Fatiha untuk arwah. Semoga Allah tempatkan arwah dalam kalangan mereka yang beriman.

Sementara itu, ruangan komen dihujani ucapan takziah yang disampaikan oleh rakan selebriti dan kalangan peminat.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Sumber: Instagram


‘Terima Kasih Kerana Memberi Kehidupan Yang Baik & Percaya Pada Saya’– Kasih Iris Leona

$
0
0

Cucu kepada Allahyarham Datuk Pahamin Rajab yang juga merupakan ‘influencer’, Kasih Iris Leona, terkesan dengan pemergian datuknya serta menyifatkan arwah seorang sangat baik dan penyayang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Mentua Azhar Sulaiman, Pahamin Rajab Meninggal Dunia Dalam Kapal Terbang Ke London

Artikel Berkaitan: Tinggal Komen Biadab Nak ‘Pinjam’ Leona, Individu Mohon Maaf & Sedia Bersemuka Dengan Azhar Sulaiman

Masih tak percaya

Menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG), Leona berkongsi beberapa keping foto bersama arwah datuknya. Dia juga meluahkan rasa sedih atas pemergian itu dan masih tidak percaya datuknya kini sudah tiada.

Terima kasih kerana memberi kehidupan yang baik kepada saya dan sentiasa mempercayai saya.

Sepanjang hidup saya, saya hanya mahu membuat Tok Pok bangga tapi sekarang Tok Pok tiada di sini lagi. Saya takkan pernah berpeluang lagi untuk bertanya,’ adakah Tok Pok bangga dengan saya?’

Walaupun diselubungi dengan kesedihan dan tidak berpeluang lagi untuk bersama datuk, tetapi Leona tetap berjanji akan menjadi seorang yang berjaya.

Saya sangat sedih kerana masa kita bersama di atas dunia ini sudah berakhir. Saya harap saya boleh ucap selamat tinggal buat kali terakhir dan beri Tok Pok pelukan terakhir.

Saya tidak boleh memutarkan masa tetapi saya akan melakukan yang terbaik untuk menjadi seorang cucu yang akan membanggakan Tok Pok.

Dalam pada itu, Leona juga menyatakan bahawa dia akan sentiasa mengenang dan menghargai pengorbanan arwah yang banyak berjasa dan menyayanginya.

Jika saya mempunyai satu lagi peluang untuk bercakap dengan Tok Pok, saya ingin Tok Pok tahu bahawa saya sentiasa berterima kasih atas semuaya yang Tok Pok lakukan untuk saya.

Tanpa Tok Pok saya bukanlah sebahagian daripada diri saya sekarang. Saya sangat bertuah kerana dapat memanggil Tok Pok sebagai datuk saya dan saya harap Tok Pok juga rasa yang sama.

Saya harap Tok Pok dapat rehat dengan tenang. Saya sayang, saya rindu dan akan sentiasa menyanyangi Tok Pok selama-lamanya. Jumpa lagi di dalam mimpi.

Terdahulu, Allahyarham Pahamin yang juga bekas Pengerusi Air Asia Berhad menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan ke London untuk menghadiri majlis graduasi cucunya.

Sumber: Instagram

[VIDEO] Budak Masak Mi Segera Untuk Pekerja Stesen Minyak, Ibu Pula Terharu –‘Terima Kasih Sudi Layan Anak Yatim’

$
0
0

Seorang pekerja di sebuah stesen minyak berkongsi momen bersama dua orang kanak-kanak yang sering datang dan meluangkan masa di tempat kerjanya.

Artikel Berkaitan: Ibu Tiri Siti Sarah Lancar Tudung ‘7 Saat’, Teruskan Usaha Murni Di Rumah Anak Yatim

Artikel Berkaitan: Hanya Kerana RM4, Penghuni Rumah Anak Yatim Berusia 11 Tahun Maut Dibelasah Rakan Asrama

Masak mi segera untuk kakak

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Adam dan adik perempuannya, Ica membawa bekal yang berisi mi segera untuk diberikan kepada salah seorang pekerja di stesen minyak tersebut.

Difahamkan sebelum itu wanita tersebut hanya bergurau dengan menyatakan bahawa dia sedang lapar. Tidak lama kemudian mereka benar-benar membawa mi segera yang dimasak sendiri.

Budak-budak bertuah ni, betul-betul masakkan aku mi segera dari rumah mak dia.

Dalam ada itu, ibu kepada kanak-kanak berkenaan mengucapkan terima kasih kepada pekerja stesen minyak tersebut kerana sudi menyantuni anak yatim.

Terima kasih melayan anak yatim ini, Adam memang suka masak.

Tinjauan OhBulan! mendapati Adam sering ke stesen minyak tersebut dan dillihat berkawan rapat bersama pekerja-pekerja di situ.

Netizen puji

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap wanita tersebut kerana melayani Adam dan adiknya walaupun sedang bekerja. Dalam masa yang sama, mereka juga bangga dengan sikap Adam yang suka berbuat baik dengan pekerja-pekerja di stesen minyak itu.

@meknaa_yamaa96

Bile bdk stranger suke kau n nk bekwn be like hahahah lyn je lh mmg annoying biase lh ank bongsu adk xde , lyn je lh cm ank2 buah?? .. #budakbaik #fyp??viral #caltex @????????? ???

? bunyi asal – ????????? ??? – ????????? ???

Sumber: TikTok

Budak Tadika Menangis Teresak-Esak, Ibu Bawa Ke Balai Polis Akibat Sering Kacau Kawan

$
0
0

Seorang ibu bertindak membawa anaknya ke balai polis kerana kanak-kanak itu berkelakuan nakal ketika di sekolah.

Artikel Berkaitan: Budak Lompat Dari Tingkat Lima, Dipercayai Tak Tahan Dipukul Ibu

Artikel Berkaitan: Dera Anak Kerana Terlalu Nakal, Pasangan Jual Nasi Lemak Ditahan Polis

Polis datang nasihat

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan mereka sedang berada di perkarangan sebuah balai polis dan kanak-kanak tersebut dilihat menangis teresak-esak.

Tindakan wanita itu membawa anaknya ke balai polis adalah sebagai pengajaran kerana kanak-kanak tersebut sering mengganggu rakan-rakannya di sekolah.

Upah selalu kacau orang dekat sekolah. Ummi betul-betul bawa pergi balai.

Ummi dah stress dah 100 kali minta maaf tak nak buat lagi, tengok esok kalau buat lagi kita hantar balik.

Turut kelihatan di dalam video tersebut adalah seorang pegawai polis yang datang menasihati kanak-kanak tersebut.

Jadi budak baik, berdosa nanti masuk neraka tuhan marah.

‘Bagus cara macam ini’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap wanita berkenaan kerana berusaha mencari cara untuk menggubah anaknya untuk menjadi orang yang lebih baik sedangkan ramai ibu bapa yang lain hanya membiarkan sikap nakal anak mereka.

Sumber: TikTok

Wany Hasrita Selamat Melahirkan Puteri Sulung

$
0
0

Penyanyi Wany Hasrita selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 7.14 malam Sabtu.

Artikel Berkaitan: Wany Hasrita Tak Jadi Bersalin Di Sarawak, Suami Dapat Cuti Sebulan

Artikel Berkaitan: Wany Hasrita Hamil 6 Bulan, Jadi Beremosi Berjauhan Dengan Suami

Puteri sulung

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 30, menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Assalamualaikum. Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14pm secara normal.

Terima kasih pada semua yang mendoakan kami.

Dalam masa sama, pelantun lagu Menahan Rindu itu berdoa agar bayi tersebut membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu & bapak.

Membesar dgn sihat dan jadilah orang yang memberi manfaat pada yg lain kelak. Ibu love you.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kalangan selebriti dan peminat menyampaikan ucapan tahniah serta menitipkan doak untuk Wany dan bayinya.

Untuk rekod, Wany mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor.

Sumber: Instagram

Kanak-Kanak Setahun Lima Bulan Maut Dilanggar Kenderaan Pacuan Empat Roda

$
0
0

Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah sebelum disahkan maut selepas digilis kenderaan jenis pacuan empat roda di kawasan rumah mereka yang bertempat di Kerteh, Terengganu pada malam Sabtu.

Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Lima Tahun Maut Digilis Lori Ketika Bermain

Dipandu sepupu sendiri

Foto: Utusan

Memetik laporan Harian Metro, mangsa, Syaza Syazwina Zahra Mohd Sazali yang berusia setahun lima bulan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati mangsa dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipandu sepupunya sendiri yang berusia 19 tahun.

Sebelum kejadian, kenderaan itu diparkir di hadapan sebuah rumah dan pemandu kemudian memasuki kenderaan untuk bergerak ke rumah bapa mentua di Rasau, Dungun.

Mangsa pula yang tinggal di rumah bersebelahan telah keluar tanpa pengetahuan ibunya dan berada di belakang kenderaan itu ketika ia sedang mengundur.

Pemandu dikatakan terlanggar mangsa yang menyebabkan dia parah dan meninggal dunia.

Mayat mangsa kini dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

Viewing all 35659 articles
Browse latest View live