Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 34733 articles
Browse latest View live

Linda Jasmine Tak Izin Anak Ada Sosial Media, Anggap Masih Belum Matang – ‘Risau Dia Upload Benda Yang Kami Takut Nak Tengok’

$
0
0

Pakar tarian dan koreografi, Linda Jasmine mendedahkan dia dan suami, Que Haidar masih belum bersedia untuk membenarkan dua anak mereka Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar untuk mempunyai akaun media sosial mereka sendiri.

Artikel Berkaitan: [FOTO] Wajah Cantik Puteri Que Haidar Tarik Perhatian, Persis Ratu & Cleopatra ‘Kayangan’!

Anggap anak belum matang

Ketika ditemui OhBulan!, Linda atau nama sebenarnya Linda Jasmine Hashim Murad Mohamed Hashim berkata, sebagai seorang ibu dia masih merasakan dua anaknya itu masih belum matang untuk mempunyai akaun media sosial.

Tambah Linda, dia juga bimbang sekiranya Ratu dan Cleopatra berkongsi perkara yang tidak sepatutnya dikongsi untuk golongan seusia mereka di media sosial.

Anak sulung saya ada media sosial dia sendiri sebab dia sudah pun berusia 24 tahun.

Tetapi Ratu dan Cleopatra tak ada media sosial sebab saya dan Que takut dengan dunia sekarang ini.

Kami tak bagi izin adalah kerana kami risau kalau-kalau mereka muat naik sesuatu yang kami sendiri takut tengok.

Tambah pakar tarian berusia 51 tahun itu lagi, peredaran zaman yang berlaku memerlukan setiap ibu bapa untuk bertindak sewajarnya agar perkara negatif tidak berlaku.

Pendapat saya pula, zaman sekarang ini adalah zaman di mana generasi sekarang perlu dihadkan dengan semua perkara.

Ibarat macam apa pun diorang nak buat semua benda akan ada benda negatif.

Kalau dia buat perkara ‘A’ tak kena, dia buat perkara ‘B’ pun tak kena jadi saya agak risau mengenai perkara itu.

Linda berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi baju raya terbaharu Qierahman yang diadakan di Akarr Cafe, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ketika ditanya adakah mereka garang dalam mendidik anak-anak, Linda menjelaskan bahawa dia dan Que hanya tegas dalam memastikan anak-anak mereka tidak terjerumus dengan perkara yang tidak bermoral.

Saya dan Que bukan garang, sebaliknya hanya tegas dalam mendidik memandangkan situasi era siber sekarang tidak macam kami dulu.

Macam Ratu ada juga dia ‘join’ menari dan masuk dalam Instagram rakannya dan pada saya aktiviti sebegitu tidak mengapa sebab tarian memang kesukaannya.

Bagi saya, kalau dia ada media sosial dan dia muat naik apa-apa yang okay di mata saya tetapi dikecam segelintir netizen, saya okay saja.

Tetapi kalau dia ada media sosial ditambah pula dengan usia dia yang masih muda, saya takut dia ‘post’ benda yang saya rasa tak okay.

Budak-budak kan? Kadang-kadang kita tak tahu apa yang diorang buat.

Sekadar info, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 lalu dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ratu dan Cleopatra.

Untuk rekod, Linda juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Qalif Khan, 24, hasil daripada perkahwinan terdahulu.

The post Linda Jasmine Tak Izin Anak Ada Sosial Media, Anggap Masih Belum Matang – ‘Risau Dia Upload Benda Yang Kami Takut Nak Tengok’ first appeared on OHBULAN!.


Jom Shopping Raya Sambil Jana Pendapatan Sampingan Dengan GM Klang!

$
0
0

Menjelang bulan Ramadhan mesti ramai yang dah merancang nak buat persiapan untuk raya betul tak? Takut nanti dah mula berpuasa tak larat nak beriya sangat shopping kan?.

Buat korang yang dah mula tercari-cari tempat untuk shopping raya tu, apa kata korang terus je ke GM Klang. Di sana tersedia pelbagai kelengkapan raya untuk rumah sampailah ke baju sedondon untuk korang sekeluarga, serba lengkap!

GM Klang tawar kelengkapan raya dengan harga berpatutan

Nak cari perhiasan rumah? Balang kuih? Tudung dan baju raya? Semuanya ada di GM Klang! Mudah kan? Hanya satu tempat namun tersedia kesemua keperluan raya yang mencukupi di bawah satu bumbung.

Bawak je semua ahli keluarga korang ke sini, gerenti mereka tak akan pulang dengan tangan kosong!

Pasal harga pun korang tak perlu risau sebab barangan di GM Klang dijamin murah dan berbaloi. Lagi banyak korang beli maka lebih banyak penjimatan menanti korang!

Di GM Klang pembelian dalam kuantiti banyak akan dikira mengikut ‘harga borong’.

Jadi, kalau korang shopping dengan adik-beradik, saudara-mara atau kawan-kawan lagi untung sebab korang akan dapat harga yang jauh lebih rendah berbanding harga jualan biasa.

Haa.. Jimat kan? Tak perlu dah korang nak berhabis sampai ribuan ringgit untuk raya. Di GM Klang semua orang boleh bergaya sakan raya ini tanpa perlu berbelanja besar.

Boleh jana pendapatan sampingan!

Tapi alang-alang korang dah beli banyak tu, apa kata terus je buat meniaga sekali. Bolehlah korang jana pendapatan sampingan untuk raya nanti!

Haa.. Bukan je dapat baju raya cantik, tapi siap boleh buat ‘duit tepi’ tau. Untung gila!

Pasal barangan jualan, korang memang tak perlu risau kerana GM Klang menawarkan pelbagai barangan menarik untuk korang pasarkan semula termasuklah perhiasan rumah, fesyen, aksesori. cadar, karpet. langsir, kuih raya, kerepek dan macam-macam lagi.

Modal meniaga pun rendah je dengan adanya GM Klang, memudahkan korang yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Nak lagi senang, korang join je ‘Komuniti Bisnes GM Klang’ dengan memuat turun aplikasi mereka di SINI. Banyak kelebihan yang korang akan dapat sebagai pelanggan GM Klang menerusi aplikasi mereka!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom ke GM Klang untuk borong barang keperluan raya dan perniagaan korang!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web rasmi GM Klang di SINI atau ikuti Facebook mereka di SINI.

The post Jom Shopping Raya Sambil Jana Pendapatan Sampingan Dengan GM Klang! first appeared on OHBULAN!.

Membina Kejayaan Bersama Grab Dalam Komuniti Yang Selamat, Khusus Buat Wanita!

$
0
0

Ada tak kat sini yang tidak bekerja atau korang merupakan suri rumah sepenuh masa? Mesti kadang-kadang korang bosan juga duduk rumah tak buat apa-apa. Kalau boleh nak cari pendapatan lebih dan merasa peluang pekerjaan dan pengalaman baru juga kan?

Haa…Min ada idea! Sempena Hari Wanita Sedunia 2024 ni, apa kata korang daftar dan sertai untuk menjadi rakan wanita pemandu atau penghantar Grab melalui inisiatif yang mereka ada iaitu #SisBoleh Pandu Dengan Berani. 

Wahhh..Macam best je! Siap ada ada banyak kelebihan lagi tau. Jom min share!

1. Ada sesi pendaftaran dan latihan khusus

Kalau korang tertanya-tanya macam mana nak sertai, jangan risau sebab mereka akan adakan sesi pendaftaran dan latihan khusus sebelum korang boleh mula bekerja.

Kalau rasa tak tahu nak start dari mana dan macam mana, jangan risau, semua tu mereka akan guide untuk korang.

2. Mengutamakan langkah keselamatan

“Boleh ke wanita nak jadi pemandu Grab ni? Tak bahaya ke?”

Bila dah cakap pasal kaum wanita ni, mesti lah Grab nak kan yang terbaik untuk korang.

Antara feature menarik yang telah diperkenalkan adalah mereka akan meningkatkan dan memperkenalkan langkah-langkah keselamatan baru untuk rakan-rakan wanita di Grab dengan feature seperti Selfie Penumpang dan Passenger Rating.

Selain itu, ia ditambah lagi dengan langkah-langkah keselamatan lain semasa seperti AudioProtect, Share My Ride, butang SOS di aplikasi, penyeragaman nombor dan Trip Monitoring.

3. Komuniti dan faedah untuk rakan pemandu wanita

Bukan itu saja, Grab juga membina  satu komuniti yang dipimpin oleh wanita dimana korang boleh meminta rujukan atau menikmati faedah dan kebaikan melalui komuniti di platform Grab itu sendiri. 

Inisiatif yang dibuat ini juga dapat memberikan yang terbaik dan memajukan komuniti wanita termasuk acara-acara komuniti yang diketuai oleh wanita untuk membentuk persekitaran yang selesa. 

Menarik juga kan? Jom lah daftar dengan Grab. Mesti #SisBoleh pandu dengan berani nanti!

Grab dah buat inisiatif ini untuk memperkasakan dan memperkayakan kehidupan korang dalam menerima peluang baharu yang menarik. Jadi, korang jangan lepaskan peluang ini tau! 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web mereka di SINI

The post Membina Kejayaan Bersama Grab Dalam Komuniti Yang Selamat, Khusus Buat Wanita! first appeared on OHBULAN!.

‘Saya Dah Biasa Tengok Budak-Budak Sekarang Menyanyi Macam Tu’– Ajai Beri Nasihat, Label Perlu Jaga Kuantiti & Kualiti

$
0
0

Komposer dan penerbit terkenal Ajai memberikan pendapat peribadinya mengenai ‘kegagalan’ kumpulan The Gadys menyanyi secara langsung menerusi sebuah acara anugerah baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Itu Program Penerbitan Luar, Bab Artis Penganjur Yang Carikan’ – Mokhzani Ismail Respons Isu The Gadys

Ada tiga masalah

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Ajai berkata, terdapat tiga masalah utama yang dikesan pada persembahan tersebut termasuk penjiwaan dan penghayatan ketika melakukan persembahan.

Ada tiga masalah di situ. Pertama, tanya label. Kedua kena tanya penganjur. Ketiga, begitulah nyanyiannya kalau selalu autotune. Kamu tak dapat suara asli kamu. Tapi suara asli kamu kedengaran bila kamu menyanyi secara langsung.

Dan juga soul. Ada orang pitching dia agak flat. Tentulah, kita manusia memang tiada pitch sempurna. Tapi jika dia ada karisma, boleh jual.

Berbicara lebih lanjut, Ajai menekankan kepentingan tugas artis & repertoire (A&R) dalam mencari bakat baru yang benar-benar boleh menyanyi.

Saya tonton persembahan itu dan saya tidak terkejut. Sebab saya dah biasa tengok budak-budak sekarang menyanyi macam tu. Sebab saya selalu dapat DM untuk audition.

Selagi label tak jaga kuantiti dan kualiti, memang susah. Label sepatutnya perlu ada A&R dalam menentukan sesuatu produk bagus atau tidak. Nak harap siapa lagi takkan nak harapkan kedai tayar?

Ajai ditemui pada sidang media Konsert ByAjai & Mega Friends.

The post ‘Saya Dah Biasa Tengok Budak-Budak Sekarang Menyanyi Macam Tu’ – Ajai Beri Nasihat, Label Perlu Jaga Kuantiti & Kualiti first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Dia Rasa Dah Mampu Berdiri Atas Kaki Sendiri..Kalau Perlukan Mama, Baliklah’ – Abby Abadi

$
0
0

Pelakon Abby Abadi sekali lagi berkongsi luahan hatinya berhubung kisah anak perempuannya, Marissa Dania yang didakwa berkahwin di Thailand dan menjadi isteri kedua, Aslam.

‘Kalau rasa perlukan mama, baliklah..’

Menerusi sedutan daripada podcast GVV Studio yang dikendalikan oleh pelakon, Datin Rabeeca Nur Al-Islam, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mendedahkan dia pertama kali bertemu Marissa selepas insiden tular itu adalah ketika mereka sekeluarga menghadiri majlis berbuka puasa, baru-baru ini.

Dia (Marissa) melarikan diri, dia menghilangkan diri.

Walau bagaimanapun, Abby akui tidak mampu berbuat apa-apa namun percaya bahawa anak perempuannya itu berada dalam keadaan selamat dan boleh hidup berdikari.

Tapi saya tahu dia selamat dekat luar. Itu saya kata, dia rasa dia dah mampu berdiri atas kaki sendiri. Saya serah kepada Allah SWT.

Saya rasa saya tak mampu nak buat apa-apa untuk ubah apa yang dia buat sekarang. Cuma saya mengharapkan yang terbaik buat dia. Kalau rasa perlukan mama, baliklah.

Terdahulu, tular beberapa video memperlihatkan Marissa dan Aslam melakukan sesi fotografi bersama bagi satu jenama pakaian tempatan. Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya mengecam tindakan jenama pakaian tersebut malah mereka mendakwa Marissa tidak menjaga hati ibu bapanya dan isteri Aslam iaitu Misya Mazlan.

Video

Sumber: GVV Official

The post [VIDEO] ‘Dia Rasa Dah Mampu Berdiri Atas Kaki Sendiri..Kalau Perlukan Mama, Baliklah’ – Abby Abadi first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Allah Ada, Aku Tak Perlukan Manusia’– Misya Mazlan

$
0
0

misya doa

Masih belum reda kemelut rumah tangga antara Misya Mazlan dan suaminya Aslam yang didakwa telah berkahwin dengan anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pertama Kali Muncul Bersama Lepas Isu Kahwin Di Thailand, Marissa & Aslam Tak Kekok Photoshoot – ‘Muka Pun Seiras’

Artikel Berkaitan: Kakak Dakwa Misya Tak Tahu Marissa Terlibat Sama Sesi ‘Photoshoot’, Geram Adik Jadi Bahan ‘Marketing’ Jenama Pakaian?

Kekuatan Misya

misya doa

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Misya berkongsi tentang surah yang menjadi kegemarannya dan dibaca ketika sedang menghadapi kesulitan hidup.

Setiap kesukaran mesti akan ada kesenangan, saya suka ingat benda itu..Allah ada, aku tak perlukan manusia.

Jadi bila kita sedih, buka Al-Quran baca dan teliti ayat-ayat.

Misya kemudian mengalunkan ayat daripada surah Al-Insyirah.

Menurut ibu kepada dua orang anak ini surah tersebut memberi makna yang mendalam terhadapnya.

Yang Misya suka adalah surah Al-Insyirah. Ayat nombor enam, Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji ketabahan yang dimiliki oleh Misya dan mendoakannya agar tetap bersabar dalam menjalani ujian rumah tangga.

Mulianya hatimu, merdunya suara mu Misya. Nada lembut dan bunyi tertib. Ya betul Allah tak akan uji kita seberat apa pun kalau kita tak mampu.

Sesungguhnya syurga itu mahal, ujian tanda Allah sayang. Betul kata Misya, sentiasa ingat Allah.

Awak kuat, semoga awak lebih kuat lagi selepas ini.

Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang rakaman video promosi sebuah jenama pakaian tempatan memaparkan gandingan Marissa dan Aslam yang menggayakan baju raya sedondon berwarna hitam.

Dalam perkembangan yang lain, kakak kepada Misya, Nadiah Mazlan memaklumkan bahawa wanita itu sama sekali tidak mengetahui bahawa Marissa dan suaminya akan terlibat bersama.

Sebelum ini anak kepada pasangan selebriti tersebut didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan Aslam di Thailand.

Marissa dan Aslam didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Marissa dan Misya.

Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

@fazsfaozibeaute

Bulan Ramadhan bakal tiba beberapa hari je lagi. Hari ni kita nak share dengan semua followers antara surah yang sesuai untuk mereka yang menghadapi ujian dan di dalam kesedihan. ? Surah favourite Misya adalah surah Al-Insyirah, cukup indah maksud surah ni tau. Hopefully sedikit sebanyak kita pun mendapat inspirasi dan mengamalkan surah ini. ?? Btw, siapa nak tips makeup untuk look ni? ?????

? original sound – fazsfaozibeaute – fazsfaozibeaute

Sumber: TikTok FazFaoziBeaute

The post [VIDEO] ‘Allah Ada, Aku Tak Perlukan Manusia’ – Misya Mazlan first appeared on OHBULAN!.

Watsons Kongsi Kisah Inspirasi Wanita Hebat, Wanita Juga Boleh Ada Kerjaya Macam Lelaki!

$
0
0

Tarikh 8 Mac pada setiap tahun adalah tarikh istimewa bagi meraikan wanita-wanita seluruh dunia. Mana taknya, tarikh tersebut merupakan Hari Wanita Sedunia. Hari yang sangat bermakna buat para wanita.

Pada Hari Wanita Sedunia, kita diseru untuk menghormati pencapaian serta mempromosikan kesaksamaan jantina dan hak wanita agar dunia lebih adil dan mampan. Wanita hari ni harus cuba mencabar stereotaip dan berjaya dalam bidang yang secara tradisinya didominasi oleh lelaki.

Oleh itu, istimewa buat para wanita, Watsons nak kongsikan inspirasi daripada wanita yang hebat sempena Hari Wanita Sedunia ni!

Bertemakan “Our Time Is Now“, Watsons kongsikan inspirasi daripada wanita yang luar biasa!

Para wanita semua, kalau korang tengok video oleh Watsons yang kami kongsikan ni, pastinya korang akan bangga gila. Ingat lelaki je boleh dapat kerjaya macam tu? Wanita pun boleh tau.

Sempena Hari Wanita Sedunia, jom kita kenali wanita-wanita yang luar biasa ni. Semestinya memberi inspirasi buat para wanita di luar sana!

Normalia Sidek

Sesetengah wanita takut masuk ke bidang yang didominasi oleh lelaki kerana risau tiada kerja untuknya. Wanita sebenarnya sangat dialu-alukan untuk sertai bidang sebegini.

– Normalia Sidek –

Mesra dengan panggilan Maya, beliau jadikan hobinya sebagai kerjaya sehingga menjadi seorang juruteknik akses tali. Maya adalah profesional yang pakar dalam mengakses kawasan yang sukar dicapai dengan menggunakan tali dan teknik memanjat.

Paling mengagumkan, Maya berjaya mendaki Menara Berkembar Petronas. Sekarang Maya telah menetapkan sasarannya untuk mendaki Burj Khalifa di Dubai. Tabik spring!

Leona Chin

Wanita di luar sana harus jadi lebih luar biasa. Kena buat apa yang mereka suka. Selalu yakin diri sendiri boleh lakukan bidang yang didominasi oleh lelaki.

– Leona Chin –

Tak ramai wanita menyertai motorsport, tapi ia tak mematahkan semangat Leona Chin untuk mencabar dirinya. Berminat dengan kereta sejak umur 18 tahun, kini beliau berjaya menjadi seorang atlet sukan permotoran profesional dan pelumba kereta.

Selain bertanding di peringkat antarabangsa dan di Malaysia, Leona juga mengambil bahagian dalam pelbagai siri perlumbaan, termasuk kejohanan kereta jelajah dan perlumbaan ketahanan. Hebatnya!

Punitha Chokalingam

Walaupun kita tahu bidang tu didominasi oleh lelaki, kita wanita jangan takut untuk mencuba. Cuba je sertai dan buat yang terbaik.

– Punita Chokalingam –

Siapa kata juruterbang hanya untuk lelaki? Korang boleh ambil contoh Punita Chokalingam, seorang wanita yang menjadi juruterbang komersial. Beliau dapat inspirasi daripada ayahnya yang bekerja di Lapangan Terbang Subang.

Kini Punita sedang berusaha untuk menjadi seorang kapten. Beliau berharap dapat beri inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk menyertai bidang yang masih kurang diwakili oleh wanita ni. Pasti berjaya la!

Betul-betul beri inspirasi la mereka ni. Korang yang wanita pun mesti teringin cuba buat apa yang mereka buat kan? Ladies semua, jangan takut untuk cabar diri. Korang sebenarnya boleh jadi superwoman!

Watsons tawar promosi produk kesihatan dan kecantikan secara online!

Berita menarik daripada Watsons! Ada promosi produk kesihatan dan kecantikan di Watsons bermula 8 Mac hingga 10 Mac 2024 secara online. Korang boleh nikmati diskaun sehingga 50% wei!

Ada peluang memenangi Kasut Skechers GOwalk 7 bernilai sehingga RM479!

Watsons bukan setakat ada promosi diskaun, korang juga berpeluang memenangi Kasut Skechers GOwalk 7 bernilai sehingga RM479 dengan membuat pembelian min RM80 untuk jenama produk yang terpilih. Syoknya kalau dapat Kasut Sketchers tu!

Watsons bekerjasama dengan L’Oréal untuk beri sumbangan kepada pelajar

Nak buat amal bersama Watsons? Buat pengetahuan korang, Watsons telah bekerjasama dengan L’Oréal untuk menyediakan dana pendidikan bagi membantu pelajar mencapai impian menjadi ahli farmasi.

Korang juga boleh sertai kempen amal ni dengan mudah. Boleh menyumbang dengan membeli produk L’Oréal terpilih pada harga RM5 di kedai Watsons terpilih bermula 18 Mac 2024. Semua dana yang dikumpul akan digunakan untuk membantu ramai pelajar.

*promosi hanya terpakai untuk kedai terpilih

Jom raikan kesaksamaan jantina dan hak wanita sempena Hari Wanita Sedunia bersama Watsons pada bulan Mac ni. Selamat Hari Wanita Sedunia!

Untuk info lebih lanjut tentang perkembangan terkini Watsons, korang boleh klik SINI.

The post Watsons Kongsi Kisah Inspirasi Wanita Hebat, Wanita Juga Boleh Ada Kerjaya Macam Lelaki! first appeared on OHBULAN!.

‘Saya Percaya Ini Adalah Publisiti Yang Baik Untuk Mereka’– Aina Abdul

$
0
0

Pelantun suara ‘Jangan Mati Rasa Itu’ Aina Abdul memberi nasihat kepada kumpulan The Gadys agar tidak berputus asa dan terus berusaha memperbaiki kualiti nyanyian.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Biasa Tengok Budak-Budak Sekarang Menyanyi Macam Tu’ – Ajai Beri Nasihat, Label Perlu Jaga Kuantiti & Kualiti

Artikel Berkaitan: ‘Itu Program Penerbitan Luar, Bab Artis Penganjur Yang Carikan’ – Mokhzani Ismail Respons Isu The Gadys

Pergi kelas vokal

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Aina  atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani berkata, di sebalik setiap kejadian ada hikmahnya yang tersendiri. Oleh sebab itu, Aina berharap kumpulan tersebut terus kekal optimis.

Saya tidak salahkan mereka. The Gadys diletakkan dalam situasi itu tanpa mereka tahu ia akan berlaku sedemikian rupa. Jadi, nasihat saya, ini adalah masa yang tepat untuk ‘balas dendam’. Balas dendam bukan bermaksud tidak baik, seperti menghentam orang yang mengecam dan balas komen, tidak.

Balas dendam bermaksud, anda hentam saya, saya pergi ke kelas vokal. Banyak cara yang boleh perbetulkan keadaan. Saya percaya ini adalah publisiti yang baik untuk mereka. Kadang-kadang sebab benda kecil buat orang kenal kita.

Misalnya saya menyanyikan lagu Sumpah, orang kata teruk tapi persembahan itu buat orang kenal saya. Jadi, balas balik dengan benda yang positif.

Terdahulu, persembahan The Gadys di sebuah anugerah menerima keceman hebat daripada netizen. Mereka berdepan dengan kesilapan teknikal yang menjadi salah satu faktor yang mengganggu persembahan pada hari berkenaan.

The post ‘Saya Percaya Ini Adalah Publisiti Yang Baik Untuk Mereka’ – Aina Abdul first appeared on OHBULAN!.


[VIDEO] Abang Tesla Luah Pendapat Kontroversi ‘Photoshoot’ Marissa & Aslam –‘Sebab Tu Saya Cakap Isteri Pertama Untuk Dihargai’

$
0
0

abang tesla marissa aslam .jpg

Semalam kecoh diperkatakan tentang rakaman video promosi sebuah jenama pakaian tempatan yang memaparkan gandingan anak selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa bersama Aslam.

Kontroversi tersebut telah mendapat perhatian banyak pihak termasuk personaliti media sosial, Abang Tesla.

Artikel Berkaitan: Kakak Dakwa Misya Tak Tahu Marissa Terlibat Sama Sesi ‘Photoshoot’, Geram Adik Jadi Bahan ‘Marketing’ Jenama Pakaian?

Artikel Berkaitan:[VIDEO] Abang Tesla Pelik Netizen ‘Angkat’ Nama Hot Daddy, Dia Poligami Ikut Hukum Ditendang Masuk Gaung – ‘Siap Wish Goodluck’

Pendapat Abang Tesla

abang tesla marissa aslam .jpg

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, isteri pertama kepada Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari bertanya pendapat suaminya berhubung video promosi pakaian tersebut.

Abang Tesla atau nama sebenarnya Muhammad Khal Iltizam Yusry kemudian berpendapat perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

Saya malas nak cakap banyak, tapi kalau tengok isteri pertama dia pergi shooting seorang ..saya rasa tak patut la.

Sebab tu la saya cakap isteri pertama untuk dihargai.

Dalam pada itu, pempengaruh tersebut juga sempat berseloroh dan bermesra dengan isterinya.

Jadi saya hargai sayang, saya buat cookies untuk sayang, buatkan sambal ikan bilis, pergi mana-mana pun hantar sayang.

Tapi bagi saya Alif Teega lagi better la..saya pun better juga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Abang Tesla yang matang dalam mengendalikan isu poligami dan menghargai kedua-dua isterinya.

Terdahulu, kakak kepada Misya, Nadiah Mazlan memaklumkan bahawa wanita itu sama sekali tidak mengetahui bahawa Marissa dan suaminya turut terlibat sama dalam sesi fotografi berkenaan selain mengecam tindakan jenama pakaian tersebut.

Sebelum ini anak kepada pasangan selebriti tersebut didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan Aslam di Thailand.

Marissa dan Aslam didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Marissa dan Misya.

Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

@abg.tesla

Pendapat Kak maj tentang isu marisa dan aslam ? #abgtesla #sambalikanbiliskakmajberapi #fyp

? takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

Sumber: TikTok Abang Tesla

The post [VIDEO] Abang Tesla Luah Pendapat Kontroversi ‘Photoshoot’ Marissa & Aslam – ‘Sebab Tu Saya Cakap Isteri Pertama Untuk Dihargai’ first appeared on OHBULAN!.

Jom Dapatkan Pelan Prabayar 5G CelcomDigi Terbaru, Internet Tanpa Had Serendah RM25 Je!

$
0
0

Penggunaan internet telah digunakan dengan meluas sehingga hari ni. Boleh dikatakan setiap orang di dunia ni menggunakan internet untuk aktiviti seharian. Tak lengkap hidup ni kalau tanpa internet tau.

Siapa kat sini yang tak nak internet tanpa had? Eh, mesti la nak! Lebih-lebih lagi kalau internet berkelajuan tinggi. Nak buat apa-apa pun senang je.

Korang tengah cari pelan prabayar ke tu? Haa.. Korang tak silap tempat la sebab kami ada rekomen terbaik untuk korang!

CelcomDigi ada Pelan Prabayar 5G serba baharu!

Baru-baru ni CelcomDigi melancarkan Pelan Prabayar 5G CelcomDigi baharu. Apa yang best tentangnya? Korang boleh nikmati sambungan 5G dan 4G di rangkaian terluas dan terpantas di Malaysia. Yay!

Pelan Prabayar 5G CelcomDigi baharu ni memenuhi keperluan pelanggan prabayar berbeza yang mahukan sambungan dan penstriman yang lancar. Korang boleh pilih ikut keperluan korang. Ia tersedia mulai 1 Mac 2024.

Tak sabarnya nak tahu apa yang ada dalam Pelan Prabayar 5G CelcomDigi baharu ni. Jom kita usha!

Ada Edisi Biru tanpa had & Edisi Kuning berkelajuan tinggi, pilih mana yang korang nak!

Terdapat dua edisi Pelan Prabayar 5G CelcomDigi baharu yang istimewa untuk korang. Pilih la yang sesuai dengan kehendak korang okay?

  • Edisi Biru

Dari serendah RM25/bulan, menyediakan 5G tanpa had dengan kuota internet sehingga 55GB (5G dan 4G), kuota hotspot tambahan, kelajuan sehingga 100Mbps dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Korang juga boleh nikmati penstriman video 5G dengan langganan Viu Premium bernilai RM44 sebulan (RM56.90/bulan) atau iQIYI RM47/bulan (RM50.90/bulan).

  • Edisi Kuning

Dari serendah RM25/bulan, menyediakan 5G berkelajuan tinggi  dengan kuota internet sehingga 75GB (5G dan 4G), kuota hotspot tambahan, kelajuan sehingga 100Mbps dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Akses fleksibel dengan pas Internet 5G sekali, serendah RM1 je!

Paling menarik, kalau korang pilih mana-mana Pelan Prabayar 5G CelcomDigi baharu, korang ada fleksibiliti untuk beli pas sekali dengan kuota internet tambahan berharga bermula daripada RM1 je tau. Takkan tak nak kot?

Korang boleh pilih untuk beli pas berasaskan masa, harian dan mingguan melalui aplikasi Celcom Life dan aplikasi MyDigi dengan akses internet sehingga 20GB kuota (5G dan 4G). Seronok la tawaran macam ni!

Promosi pengenalan dengan masa terhad, jom daftar atau naik taraf sekarang!

Siapa kat sini yang suka promosi? Cuba angkat tangan! Eh, sama la kita! Haa.. Kami ada berita menarik daripada CelcomDigi untuk korang!

CelcomDigi ada promosi pengenalan tersedia dengan masa terhad tau. Promosi ni istimewa untuk korang yang mendaftar atau menaik taraf bermula 1 Mac hingga 30 Jun 2024. Wow!

Buat Edisi Biru, pelanggan yang mendaftar untuk pas Internet RM39, akan menikmati tambahan 10GB Internet berkelajuan tinggi (5G dan 4G) dan lima kali ganda (5x) kuota Hotspot tambahan.

Buat Edisi Kuning pula, pelanggan yang mendaftar untuk pas Internet RM25 dan RM39, juga akan menikmati tambahan Internet berkelajuan tinggi 10GB (5G dan 4G) dan lima kali ganda (5x) kuota Hotspot tambahan.

Selain tu, pelanggan sama ada Edisi Biru atau Edisi Kuning juga akan dapat akses kepada Pas Sekali hanya RM1 dengan Internet tanpa had (5G dan 4G) selama 1 jam. Memang berbaloi!

Berminat untuk mendaftar Pelan Prabayar 5G CelcomDigi baharu? Korang boleh terus ke mana-mana Celcom bluecube, Digi Stores, peniaga dan rakan kongsi yang sah untuk mendaftar ya.

Nak info lebih lanjut tentang Pelan Prabayar 5G CelcomDigi baharu yang tersedia? Korang boleh klik SINI.

The post Jom Dapatkan Pelan Prabayar 5G CelcomDigi Terbaru, Internet Tanpa Had Serendah RM25 Je! first appeared on OHBULAN!.

Aina Abdul Teruja Kongsi Pentas Dengan Ailee, Bakal Buat Persembahan Pembukaan

$
0
0

Penyanyi Aina Abdul meluahkan rasa teruja apabila diberi penghormatan untuk membuat persembahan pembukaan di konsert penyanyi dan penulis tersohor Korea Selatan, Ailee, I Am: Here yang bakal diadakan di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 22 Jun depan. Wow bestnya!

Artikel Berkaitan: ‘Saya Percaya Ini Adalah Publisiti Yang Baik Untuk Mereka’ – Aina Abdul

Suka dengar cara nyanyiannya

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Aina memberitahu dia menghargai peluang yang diberikan ini dan akan melakukan yang terbaik. Ujar Aina, kerjaya seninya banyak dipengaruhi penyanyi sensasi itu.

Saya sudah menjadi pengikut ketika Ailee menyanyikan lagu Halo yang pernah dipopularkan oleh Beyonce. Cara nyanyiannya cukup mengejutkan kerana diksinya ada pengaruh Amerika.

Saya selalu rasa Ailee umpama kakak dan dekat dengannya terutama bila tahu bagaimana dia bergelut dengan kehidupannya.

Saya juga banyak belajar mengenai teknik nyanyiannya menerusi video.

Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Terus Hidup’ itu berkata, tawaran yang diterima ibarat rahmat dan datang pada waktu yang tepat.

Ketika dapat berita penganjur berminat memilih saya membuat persembahan tirai konsert Ailee, waktu itu saya berada dalam situasi titik paling rendah dalam hidup, awal tahun ini.

Saya dalam kesedihan kerana ada perkara yang tidak begitu baik berlaku dalam kerjaya seni. Saya menangis waktu itu.

Sebagai peminat, saya teruja dapat meraikan kehadirannya di Malaysia.

Aina yang ditemui pada sidang media Konsert By Ajai & Mega Friends bakal melakukan persiapan untuk konsert Ailee sebaik sahaja menerima segala info terperinci mengenai persembahannya pada malam itu.

Saya masih belum dimaklumkan mengenai durasi persembahan. Mungkin hanya menyanyikan tiga lagu dan saya juga belum pasti lagu apa yang bakal disampaikan.

Penampilan saya pada malam itu biasa-biasa sahaja kerana ia adalah malam Ailee. Saya mahu meraikannya yang julung kali mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

The post Aina Abdul Teruja Kongsi Pentas Dengan Ailee, Bakal Buat Persembahan Pembukaan first appeared on OHBULAN!.

Nikki Palikat Nafi Sedang Sibuk Pilih Pelamin Nikah –‘Dia Tak Percaya Pada Perkahwinan’

$
0
0

Nikki Palikat

Penyanyi, Nikki Palikat menyangkal dakwaan yang mengatakan dia sedang sibuk dengan persiapan untuk majlis pernikahannya bersama seorang lelaki berstatus doktor.

Artikel Berkaitan: Nikki Palikat Sanggup Biarkan Lutut Lebam, Janji Puas Nyanyi Rock

Artikel Berkaitan: Suki Low & Nikki Palikat Ziarah Kubur Adibah Noor – ‘Melepaskan Kerinduan’

‘Tak percaya perkahwinan’

Nikki Palikat

Menurut Nikki atau nama lengkapnya Nicolette Louisa Palikat, 38, khabar angin tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Eh mana ada, tidak ada langsung saya sibuk pilih pelamin. Saya sibuk promosikan lagu saya dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Nikki berkata demikian ketika pada sidang media program Ramadan Astro 2024 yang diadakan di M Resort @ Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nikki berkata kekasihnya itu tidak percaya pada perkahwinan dan mereka akui selesa untuk berkawan dan mengenali hati budi dengan lebih dekat.

Dia jenis seorang yang sangat peribadi. Dia tidak percaya pada perkahwinan, jadi bila dia tidak percaya saya tidak boleh untuk paksa dia kahwin. Nanti dia akan rasa tak bahagia dan tak rela.

Dia sejenis yang bukan perkahwinan atas kertas semata-mata. Walaupun dia begitu, tetapi saya suka, kerana saya jenis wanita yang romantik. Walaupun pernah berkahwin tapi saya tidak serik.

Saya terima keputusan dia bila kata tidak percaya pada perkahwinan, kerana saya betul-betul sayang dia. Kalau sayang saya perlu terima prinsip dia, biar waktu yang menentukan jika tiba masa untuk berkahwin.

Dia belum bersedia ke arah itu (kahwin) tetapi disebabkan kehadiran saya, mana tahu dia boleh consider untuk kahwin. Untuk masa sekarang, saya menikmati sahaja kehidupan saya.

Sementara itu, disoal mengenai penerimaan anak, Nikki berkata cahaya mata tunggalnya itu dan bekas suami menerima baik kehadiran kekasihnya.

Dia dengan anak dan bekas suami pun baik. Semua menerima dengan baik. Semuanya bagus.

Terdahulu, Nikki mengakui sedang berkenalan dengan seorang jejaka berstatus doktor yang berasal dari luar negara. Dipercayai, jejaka tersebut berusia empat tahun lebih tua daripadanya.

Imbas kembali, Nikki pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Audi Mok namun bercerai pada ketika dalam tempoh pandemik Covid-19.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak bernama Liam Audi yang kini berusia 12 tahun.

The post Nikki Palikat Nafi Sedang Sibuk Pilih Pelamin Nikah – ‘Dia Tak Percaya Pada Perkahwinan’ first appeared on OHBULAN!.

Pemandu Lori Didakwa Bunuh, Tolak Kekasih Dari Tingkat 23 Kondominium

$
0
0

Sebelum ini, viral di media sosial mengenai video seorang lelaki warga tempatan didakwa menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah apartmen di Setia Alam. Berikutan daripada kejadian tersebut, lelaki terbabit telah ditahan oleh pihak polis.

Artikel Berkaitan: Tular Video Wanita Didakwa Ditolak Kekasih Dari Bangunan Sampai Mati?

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, pemandu lori itu telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana membunuh wanita warga Thailand.

Tolak kekasih

Tertuduh, V Nathan, 37, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Sasha Diana Sabtu. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berikutan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh wanita, Mawika Lumyai, 32, di sebuah unit kondominium di Jalan Setia Dagang AH U13/AH Setia Alam, Seksyen U13, di sini pada 10.02 malam, 28 Februari lalu. Oleh itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Farah Sofea Norazman tidak mencadangkan sebarang jaminan kepada tertuduh yang diwakili peguam, T P Aravind Raj. Mahkamah kemudian tidak membenarkan ikat jamin sebelum menetapkan 7 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi perkembangan laporan forensik, kimia dan bedah siasat.

Pada 28 Februari lalu, seorang wanita warga Thailand dilaporkan maut selepas jatuh dari tingkat 23 kondominium berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima laporan insiden itu, jam 10.02 malam pada hari kejadian.

Menurut saksi, berlaku pergaduhan antara suspek dan mangsa sebelum wanita berkenaan ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh kondominium terbabit.

Semakan polis mendapati suspek ada tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah, manakala ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis ganja.

Sumber: Harian Metro

The post Pemandu Lori Didakwa Bunuh, Tolak Kekasih Dari Tingkat 23 Kondominium first appeared on OHBULAN!.

Showcase Jiwa Kacau 2024 ‘Level Up’ Kembali Dengan 4 Band Terkenal Negara Bersama Nidji & Luqman Podolski

$
0
0

jiwa kacau 2.0

Setelah berjaya mengumpulkan hampir 8,000 peminat pada Showcase Jiwa Kacau 2023, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan peminat ‘mati’ begitu sahaja. 

Showcase Jiwa Kacau 2.0 bakal menemui anda pada 22 Jun 2024 bertempat di Stadium Hoki Bukit Jalil.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penganjur Mohon Maaf, Penonton ‘Terkinja’ Bukan Malam Nisfu Syaaban – ‘Kami Dah Buat Selawat Sebelum Konsert’

Artikel Berkaitan: AG Coco Akui Sakit Buah Pinggang Ganggu Aktiviti Harian

Anjuran kali kedua

jiwa kacau 2.0

Dengan berbesar hati selaku penganjur, MND Sport & Event Sdn Bhd membawa kembali barisan band terkenal negara iaitu Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks yang telah mencetuskan fenomena dalam showcase terdahulu ke Showcase Jiwa Kacau 2024 nanti.

Menurut pengajur iaitu Danial Harith dari MND Sport & Event Sdn Bad Showcase berkata Jiwa Kacau 2024  bakal meninggalkan momen tersendiri apabila turut disertai oleh sebuah kumpulan popular dari Indonesia iaitu Nidji selain penampilan khas daripada solois tempatan, Luqman Podolski.

Ini bermaksud akan ada enam penampilan penuh energatik yang akan menghiburkan pengunjung pada malam Showcase Jiwa Kacau 2024.

Harapan kami Showcase Jiwa Kacau 2024 bukan hanya menjadi tempat bersuka ria atau pesta semata-mata tetapi penganjuran ini bakal menjadi medan berkembang, semarak sekali gus melestarikan muzik tempatan terutama buat generasi kini dan akan datang.

Dalam pada itu, Kugiran Masdo menyifatkan penganjuran kali kedua acara muzik ini didorong banyak oleh sambutan dan apresiasi peminat terhadap pemuzik tanah air.

Tanpa sokongan dan kehadiran peminat yang di luar jangkaan pada penganjuran Showcase Jiwa Kacau 2023, kami fikir tidak mungkin ada Showcase Jiwa Kacau 2024.

Jadi sebenarnya kami patut mengucapkan terima kasih buat peminat yang berkumpul dan meraikan perbezaan muzik yang ditonjolkan oleh setiap band.

Showcase Jiwa Kacau 2024 dijadual berlangsung selama tiga jam setengah dengan pembelian tiket boleh dilakukan menerusi www.klticketing.com.

Dapatkan Tiket-tiket berharga RM148 (rockzone), RM98 (general admission), RM228 (VIP 1 & 2), RM188 (Cat 1), RM138 (Cat 2), RM68 (blue zone), RM358 (meet & greet) segera.

The post Showcase Jiwa Kacau 2024 ‘Level Up’ Kembali Dengan 4 Band Terkenal Negara Bersama Nidji & Luqman Podolski first appeared on OHBULAN!.

Shaheizy Sam Bawa Watak Lelaki Kurang Ajar, Larang Anak Tengok Hasil Lakonan

$
0
0

Shaheizy Sam

Selepas lapan tahun tidak berlakon drama, aktor Shaheizy Sam akhirnya kembali ke kaca televisyen menerusi drama rantaian Takdir Itu Milik Aku.

Artikel Berkaitan: Filem ‘La Luna’ Berunsur Liberal? Shaheizy Sam Dah Minta Pandangan Ustaz Di Makkah – ‘Saya Tidak Ketepikan Agama’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syatilla Melvin ‘Sound’ Individu Berani Minta Bermadu – ‘Datanglah Dulu, Kalau Boleh Kena Air Panas’

Tak bagi anak tengok

Shaheizy Sam

Ketika ditemui OhBulan!, Sam berkata watak yang dibawakan dalam drama tersebut adalah lelaki yang tidak beradab dan agak kasar sekali gus mencabar kredibiliti dirinya sebagai seorang aktor.

Malah, Sam mendedahkan tidak membenarkan anak-anaknya untuk menyaksikan lakonannya dalam drama arahan Feroz Kader itu.

Watak yang saya dapat dalam drama Takdir Itu Milik Aku boleh dikatakan agak kasar. Watak anak tunggal yang kurang adab. Selepas sekian lama, lebih lapan tahun tak buat drama, dapat pula watak begitu.

Agak mencabar untuk saya. Malah sehingga episod ketiga disiarkan di tv saya tak benarkan anak-anak saya tengok lakonan dalam drama Takdir Itu Milik Aku. Saya pesan dengan isteri saya juga.

Sam berkata demikian ketika ditemui pada majlis program Ramadan Astro yang diadakan di M Resort @ Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Sam, dia berasa risau sekiranya anak-anak tidak dapat membezakan watak dalam drama dan realiti sebenar.

Memang itu sekadar lakonan, tetapi ada kalanya orang dewasa pun akan termakan dengan watak sesebuah watak, apatah lagi kanak-kanak. Saya takut anak akan fikir bapa mereka sama seperti dalam lakonan bila berjumpa dengan orang lain.

The post Shaheizy Sam Bawa Watak Lelaki Kurang Ajar, Larang Anak Tengok Hasil Lakonan first appeared on OHBULAN!.


Dayang Nurfaizah Buka Mulut Isu Prestasi Vokal Kurang Memuaskan –‘Setiap Penyanyi Akan Melalui Fasa-Fasa Tertentu’

$
0
0

Penyanyi Dayang Nurfaizah tampil mengulas mengenai prestasi vokalnya yang didakwa kurang memuaskan pada persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke 38 (AJL38), baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Betul Sayang Saya, Jangan Tulis Komen & Tanya Dayang Sakitkah?’

Melalui fasa tertentu

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Dayang berkata, perkara tersebut adalah lumrah yang perlu dilalui setiap penyanyi.

Setiap penyanyi akan melalui fasa-fasa tertentu. Seperti saya juga, saya berterima kasih kepada peminat yang sentiasa risau. Bila mereka risau, apatah lagi tuan empunya badan.

Setiap penyanyi pasti mahu berikan yang terbaik dalam setiap persembahan, kadang kala saya juga tidak tahu bagaimana nak meluahkan.

Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Hakikat Cinta’ ini memberitahu keadaan suara dan vokalnya tidak mempunyai sebarang masalah.

Ia tiada masalah sebenarnya, vokal ini ibarat otot, ada hari baik, ada hari sebaliknya. Saya rasa penyanyi lain pun ada show juga, ia normal. Saya juga ada masa untuk berehat, bukanlah kerja sentiasa. Saya jenis tak suka sangat berkongsi perihal peribadi, saya sentiasa cuba jaga diri saya dari segi kesihatan, vokal dan mental.

Ada hari rasa gementar, walaupun saya dah nyanyi lama, ada hari yang baik dan buruk.

Tambah Dayang, dia sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan kecil mahupun besar.

Saya rasa sebenarnya penyanyi saja tahu bagaimana keadaan mereka di atas pentas. Kita cuba bagi yang terbaik, setiap persembahan kecil atau besar, saya sentiasa beri yang terbaik. Setiap penyanyi ada turun naiknya.

Disoal sama ada berjumpa dengan pakar atau tidak untuk melakukan pemeriksaan, Dayang secara ringkas menjawab dia ada bertemu pakar bagi membuat pemeriksaan.

Saya juga ada jumpa dengan pakar telinga, hidung dan kerongkong atau ENT untuk buat pemeriksaan. Buat masa sekarang tidaklah terlalu padat jadual saya, ada masa rehat juga, untuk berehat panjang, tidaklah. Saya rasa normal sahaja jadual saya, setiap kali show hanya dua atau tiga lagu saja, ia tidak mengganggu.

Di akhir temu bual, Dayang berkata, dia masih mempunyai waktu untuk rehat yang secukupnya meskipun dilihat agak sibuk menghadiri undangan melakukan persembahan.

Sebenarnya, Dayang ada masa untuk berehat. Nanti bulan Ramadan, Dayang rancang nak siapkan album baru Dayang. Sekarang dah 75 peratus. Tinggal sikit sahaja lagi untuk Dayang beri sepenuhnya tumpuan.

The post Dayang Nurfaizah Buka Mulut Isu Prestasi Vokal Kurang Memuaskan – ‘Setiap Penyanyi Akan Melalui Fasa-Fasa Tertentu’ first appeared on OHBULAN!.

‘Saya Memang Nak Bersara Tapi Terlalu Peribadi Untuk Saya Kongsi Sebabnya’ – Nazim Othman

$
0
0

Pelakon Nazim Othman mengakui sudah mula membuat perancangan untuk menamatkan kariernya sebagai pelakon.

‘Saya memang mahu bersara..’

Ketika ditemui OhBulan! di sidang media drama Ramadan Raya TV3 yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Nazim Othman bagaimanapun enggan mendedahkan tentang keputusan pengundurannya.

Saya memang mahu bersara daripada industri hiburan tanah air tetapi terlalu peribadi untuk saya kongsikan sebabnya.

Apapun, keputusan saya ini bukanlah berkaitan dengan industri tetapi lebih kepada hal privasi.

Dalam pada itu, Nazim berkata dia akan mengumumkan berita tersebut bila tiba waktu yang sesuai tetapi beberapa kenalan rapatnya sudah pun sedia maklum tentang perancangan tersebut.

Bila tarikh atau waktu saya mahu bersara juga saya tak boleh dedahkan. Tunggu dan lihat sahajalah nanti.

Pelakon berusia 40 tahun itu turut berharap agar hasratnya untuk berlakon filem sebelum meletakkan tanda noktah dalam karier seninya tercapai.

Saya juga pernah bercakap dengan beberapa pengarah dan menyuarakan hasrat agar dapat berlakon filem sebelum bersara. Sepanjang 15 tahun menjadi anak seni, saya tidak pernah berlakon filem. Semoga impian itu akan tercapai sebelum saya bersara.

Tentang perancangan masa depan, semua saya sudah sediakan. Saya ada ‘exit plan’ sendiri apa yang hendak dibuat selepas ini. Apa sahaja yang hendak dilakukan saya perlu fikir secara terperinci.

Sekadar info, Nazim bakal tampil dalam drama berjudul Wanita Syurga yang bakal bersiaran bermula 15 Mac ini untuk slot Akasia di TV3.

Drama tersebut turut dibintangi pelakon lain seperti Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Riena Diana dan Marissa Yasmin.

The post ‘Saya Memang Nak Bersara Tapi Terlalu Peribadi Untuk Saya Kongsi Sebabnya’ – Nazim Othman first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Nabil Ahmad Bukan Mata Duitan, Tolak Tawaran Ratusan Ribu Jadi Duta Jenama Pakaian

$
0
0

Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad nekad menolak tawaran bergelar duta jenama pakaian terkenal lain yang berjumlah ratusan ribu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hamun Aku Dekat GV, Lepas Tu Doa Baik-Baik Dekat Mekah’

Sanggup bayar ‘triple’

Ketika ditemui OhBulan!, Nabil menyatakan dia memilih untuk kekal setia dengan jenama Jakel yang sudah memasuki tahun kesembilan.

Kata Nabil, 40, wang ringgit bukan yang dikejar kerana dia menghargai jasa baik jenama pakaian itu yang banyak membantu dirinya sejak tahun 2016.

Ada jenama yang menawarkan saya ratusan ribu ringgit, tapi saya tolak.

Ia kerana kesetiaan, sebab saya ingat lagi masa saya tengah tiada ‘job’ waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hidup saya memang huru-hara, satu-satunya klien yang telefon saya minta saya buat video adalah Jakel.

Jadi saya memang ingat sangatlah. Tak bolehlah saya nak sebut jenama yang tawarkan saya itu. Banyak yang mereka tawar tapi tidaklah sampai berjuta.

Ayat dia macam ini, berapa Jakel bayar kau, aku bayar ‘double’. Kemudian saya beritahu sekiranya Jakel sanggup bayar ‘double’, pihak itu sanggup bayar ‘triple’.

Untuk saya ia nampak macam berlawan, kau bukan nak aku sangat, kau nak lawan sahaja nak tunjuk kau boleh beli kita. Di situ pula kita kena tunjuk nilai kita. Mungkin orang lain boleh gelap mata dengan nilai itu, tapi saya tidak.

Bukan mata duitan

Tambah pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad, dia tidak menyesal menolak tawaran yang tinggi.

Saya tidak menyesal, sebab saya rasa tiada cara lain untuk saya membalas budi dan tiada cara lain nak beritahu orang yang saya setia di sini.

Sebab di sini pun, kadang-kadang kalau tiada job pun saya risik dengan pihak sini, kalau ada kerja yang saya boleh buat dan pihaknya memahami.

Dalam pada itu, pengacara program Meletop menegaskan dia bukan seorang yang mata duitan.

Saya letakkan kesetiaan pada itu, bukanlah saya letak nilai pada duit semata-mata. Macam contoh Jakel sudah bagi saya pakaian Hari Raya selama sembilan tahun, bukan saya saja tapi keluarga saya termasuk orang tua saya.

Jadi di mana saya mahu balas jasanya? Kesetiaan itu yang penting, ia bukan pada wang ringgit sebab saya bukan mata duitan.

Nabil berkata demikian ketika ditemui di sidang media pelancaran kempen Raya Sakan 2024 di Jakel Mall, pada pagi Jumaat.

Turunkan harga baju melayu

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata kesemua koleksi pakaian siap tahun ini bagi lelaki, wanita dan kanak-kanak yang ditawarkan pihaknya adalah berteraskan trend terkini hasil sentuhan pereka dalaman Jakel sekali gus diyakini mampu memenuhi citarasa pelanggan masa kini.

Sempena promosi Raya Sakan Bersama Jakel tahun ini, harga baju melayu yang sebelum ini ditawarkan pada tahun lalu iaitu RM180 kini diturunkan kepada RM150 sahaja sepasang.

Selain itu, pelanggan berpeluang memilih salah satu hadiah percuma antara kurta atau samping berkualiti kain eksklusif bernilai RM89 bagi setiap pembelian baju Melayu tahun ini.

Malah, bagi koleksi perempuan sedi dipakai ditawarkan serendah RM99 sahaja sepasang dengan ratusan corak dan warna terkini 2024.

Gedung tekstil, Jakel, melancarkan kempen Raya Sakan 2024 bagi menawarkan pakaian dan kelengkapan bagi persiapan sempena Aidilfitri, selama sebulan bermula hari ini.

Video

@ohbulanofficial

Nabil Ahmad nekad menolak tawaran bergelar duta jenama pakaian terkenal lain yang berjumlah ratusan ribu. Eh? ? #ohbulan #sembangentertainment #nabilahmad #tolak #tawaran #duta #jenama #pakaian

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

The post [VIDEO] Nabil Ahmad Bukan Mata Duitan, Tolak Tawaran Ratusan Ribu Jadi Duta Jenama Pakaian first appeared on OHBULAN!.

Ini Antara Kerjaya Terbaru Yang Kita Tak Sangka Dah Wujud Sekarang, Banyak Dari Gen Z!

$
0
0

Seiring perkembangan teknologi, bukan setakat gaya hidup, malah trend kerjaya pun berubah. Buat generasi muda terutamanya Generasi Z yang digelar anak jati digital, mereka lebih menuju kepada kerjaya yang banyak berhubung dengan teknologi.

Selain terdedah kepada teknologi, wujudnya internet membuatkan Generasi Z lebih cepat belajar. Mereka juga sukakan cabaran dan bersifat lebih terbuka. Kerjaya yang ada fleksibiliti dan boleh menyokong kreativiti adalah idaman mereka!

Disebabkan adanya Generasi Z ni la, kita dapat tengok munculnya kerjaya terbaru. Ini antaranya!

Gaming/E-sports

Siapa sangka gaming boleh jadi satu bidang kerjaya? Ada yang jadi influencer, professional gamer, pelatih gaming dan banyak lagi. Kini semuanya begitu pantas dengan kebolehcapaian sangat mudah. Generasi Z adalah generasi digital asli yang boleh sesuaikan diri dan mengikuti trend berkaitan teknologi.

Podcaster

Kerjaya terbaru paling popular ialah podcaster, iaitu host program sembang atau bual menerusi medium audio digital. Ramai dari kalangan Generasi Z gunakan podcast dalam personal branding mereka. Mereka lebih suka kaedah moden berbanding medium tradisional seperti radio. Lebih stylo ah!

Competitive Eater/Mukbang

Generasi Z suka memantapkan kemahiran dan strategi, sampaikan makan pun ada strateginya. Siapa sangka zaman sekarang ni ada yang mempunyai kemahiran makan sampai boleh jadi competitive eater/mukbang sebagai kerjaya mereka. Semestinya Zermatt Neo adalah idola mereka!

Digital nomad

Banyak dari kalangan Generasi Z yang sukakan pengembaraan dan cabaran. Ada yang travel ke seluruh dunia dan menjual itinerari mereka sebagai pendapatan. Secara tak langsung ia menarik minat ramai orang untuk travel dengan berani.

Tutor/Perunding Online

Dalam era internet yang serba guna, Generasi Z mahir menggunakan aplikasi online meeting seperti Google Meet, Zoom, Discord dan lain-lain. Minat mereka dalam mengajar dan berkongsi ilmu sangat tinggi. Sebab tu mereka terdorong menjadi tutor atau perunding online sepanjang masa.

Boleh dikatakan semua kerjaya terbaru ni diminati Generasi Z sekarang. Dengan kerjaya sebegini, mereka dengan bebasnya dapat menampilkan kreativiti, produktiviti dan imaginasi unik mereka.

Serlahkan potensimu dengan Internet Pantas 5G Tanpa Had bersama CelcomDigi!

Seiring dengan zaman sekarang yang menggunakan internet setiap masa, Generasi Z pasti akan dapat kerjaya yang mereka impikan. Semua ni didayakan oleh sambungan 5G oleh CelcomDigi Prepaid 5G!

Dengan Internet Pantas 5G Tanpa Had, korang boleh buat research, dapat inspirasi, buat live streaming dan banyak lagi dengan Internet 5G yang lancar pada bila-bila masa dan di mana jua untuk menyerlahkan potensi, kreativiti, kemahiran dan bakat terpendam korang.

Lepas ni korang lebih bebas untuk memutuskan gaya hidup korang sepuasnya. Jom alami pengalaman menarik yang tak berkesudahan dengan 5G di hujung jari bersama CelcomDigi Prepaid 5G!

Sebagai sebahagian daripada tawaran pengenalan mereka, CelcomDigi turut menawarkan pelanggan yang mendaftar atau menaik taraf kepada CelcomDigi Prepaid 5G baharu untuk menikmati ekstra 10GB Internet Pantas 5Gdan kuota hotspot tambahan 5x.

Nak tahu lebih lanjut tentang tawaran yang ada di CelcomDigi? Korang boleh klik SINI.

The post Ini Antara Kerjaya Terbaru Yang Kita Tak Sangka Dah Wujud Sekarang, Banyak Dari Gen Z! first appeared on OHBULAN!.

‘Lihat Apa Moral & Pengajaran Yang Ingin Disampaikan, Bukan Babak Kontroversi’– Nabila Huda

$
0
0

Pelakon, Nabila Huda tampil memberikan pendapatnya susulan kecaman yang diberikan terhadap filem kontroversi yang didakwa mempunyai unsur liberal dan ‘soft porn’.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Pelakon Yang Macam Tu Saya Lantakkan Ja’ – Nabila Huda

Masyarakat hidup dalam penafian

Ketika ditemui OhBulan!, Nabila yang lebih mesra disapa Abil berkata, sesetengah masyarakat seakan hidup dalam penafian apabila tidak mahu menerima bahawa apa yang digambarkan itu merupakan kenyataan dan realiti sebenar yang berlaku ketika ini.

Pada pendapat saya, manusia ini sebenarnya ‘live in denial’ sebab mereka tak boleh tengok kebenaran yang berlaku depan mata dia.

Bila mereka dan tonton babak sebegitu dalam sesebuah karya, mereka seolah macam agresif dan ‘over protective’ walhal itu adalah realiti yang berlaku dalam kehidupan kita.

Mungkin juga mereka tak suka kenyataan dan realiti itu ditonjolkan di kaca televisyen.

Abil berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama-drama TV3 ‘Rara Macam Dulu-Dulu’ sempena sambutan Ramadan dan Syawal bertempat di Glamhall, Damansara pada petang Khamis.

Tambah Abil, dengan adanya media sosial, kontroversi seperti ini lebih mudah untuk diperkatakan dan menjadi bualan ramai.

Daripada dulu lagi industri perfileman kita ada dah benda-benda macam ini, bahkan berpuluh tahun yang dulu pun dah ada.

Tapi bila kita dah masuk zaman moden yang ada media sosial ini, orang cenderung untuk ‘screenshot’ babak-babak yang tak sepatutnya sehingga menjadi kontroversi.

Bila kita hidup dalam era media sosial, semua benda jadi salah dan tak kena di mata penonton. Mereka sepatutnya faham jalan cerita itu dari awal sampai akhir.

Dalam pada itu, pelakon berusia 39 tahun berharap masyarakat di luar sana untuk bersikap terbuka dan lebih menilai sebuah karya itu berdasarkan keseluruhan cerita yang ingin disampaikan.

Kebanyakan penonton yang saya perasan ialah mereka tidak menilai berdasarkan moral dan pengajaran yang cuba dibawa oleh sesebuah karya itu.

Mereka cenderung untuk menilai dan menghukum berdasarkan babak-babak yang menjadi kontroversi.

Saya bukan nak menangkan mana-mana filem yang ditayangkan tetapi pelopor industri sangat kuat bekerja untuk meningkatkan lagi industri perfileman.

Janganlah benda-benda seperti ini dijadikan isu yang boleh menjatuhkan maruah. Kami hanya menjalankan tugas kami sebagai seorang pelakon.

Kalau orang kita sendiri tak sokong filem kita dan asyik nak cari salah sini, kecam sana, sampai bila industri kita nak maju kan?

Seeloknya kita sokong antara satu sama lain dan henti sebarkan kebencian.

The post ‘Lihat Apa Moral & Pengajaran Yang Ingin Disampaikan, Bukan Babak Kontroversi’ – Nabila Huda first appeared on OHBULAN!.

Viewing all 34733 articles
Browse latest View live