Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 34733 articles
Browse latest View live

Ramadan Mentadabbur Keindahan! TV AlHijrah Sajikan Lebih 22 Program, 141 Jam Alunan Al-Quran & Drama Imam Al-Syafie

$
0
0

TV AlHijrah

Menjelang bulan Ramadan yang bakal disambut pada 12 Mac ini, stesen TV AlHijrah tampil menyajikan pelbagai program menarik buat penonton setianya.

Artikel Berkaitan: TV AlHijrah Buka Lembaran Baharu, Hidupkan Al-Quran Dalam Televisyen

Artikel Berkaitan: Al Maqari Nafi Muncul Juara Sebab Pengacara Program Pentas Marhaban – ‘Sepanjang Saingan Kami Bersifat Profesional’

‘Ramadan Mentadabbur Keindahan’

TV AlHijrah

Dengan tema ‘Ramadan Mentadabbur Keindahan’, TV AlHijrah telah menyusun lebih 22 program menarik dan bermanfaat untuk mendidik jiwa dengan ilmu, dakwah serta hikmah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar menyeru kepada semua pihak khususnya para penonton untuk bersama-sama melipat gandakan doa dan munajat agar terus dikurniakan nikmat iman dan Islam.

Peranan TV AlHijrah sebagai salah sebuah agensi Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) adalah untuk memberikan pendidikan kemasyarakatan kepada masyarakat agar saling berkasih sayang serta bantu membantu sepanjang bulan mulia ini.

Adalah menjadi hasrat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk terus melihat stesen TV AlHijrah sebagai sebuah stesen terulung dalam menyebarkan nilai-nilai Islam yang rahmah serta mesej-mesej kerajaan khususnya agenda membangun Malaysia MADANI. Syukur Alhamdulillah, berkat kerja kuat serta kesungguhan seluruh warga TV AlHijrah, stesen ini sentiasa mendapat kepercayaan tinggi rakyat.

Pada Ramadan 2023 yang lalu, jumlah tontonan di stesen TV AlHijrah adalah sebanyak 6.4 juta tontonan. Bagi tahun ini, sasaran peningkatan tontonan meningkat sebanyak 10 peratus, melonjak kepada 7 juta tontonan sepanjang Ramadan.

Pada Ramadan tahun ini, TV AlHijrah akan menyiarkan sebanyak 22 rancangan Istimewa buat penonton. Pecahannya adalah 20 rancangan penerbitan dalaman dan syndicated seperti Apa Cerita Kome bersama Ustaz Dato’ Mohd Kazim Elias, Ihya Ramadan, Ibrah Ramadan, Camca, Sembang Moreh, Peristiwa Ramadan, Ayat Riwayat Risalah Anbiya dan banyak lagi. Manakala, terdapat satu program branded content iaitu Ehsan.

Mohd Na’im berkata demikian pada majlis sidang media perasmian Pelancaran Program Ramadan Mentadabbur Keindahan TV AlHijrah yang berlangsung di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, pada Khamis.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi TV AlHijrah, Mohd Khair Ngadiron dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.

Dalam pada itu, Mohd Na’im menyatakan buat pertama kalinya TV AlHijrah akan menyiarkan drama bersiri Arab yang memaparkan kisah perjalanan hidup seorang daripada empat tokoh imam mujtahid masyhur yang membangunkan empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam iaitu Imam Al-Syafie.

Drama Risalah Imam Al-Syafie ini akan disiarkan sebanyak 30 episod siaran, setiap hari, jam 6 petang. Selain itu, dua filem terbaik Ramadan yang akan ditayangkan adalah Imam dan Perjalanan Pertama. Filem Imam adalah filem tempatan yang diterbitkan pada tahun 2023 arahan Mior Hashim Manap yang merupakan adaptasi novel bertajuk sama oleh novelis, Sasterawan Negara Abdullah Hussain.

Tambahnya, dalam memastikan anak-anak muda digerakkan agar memahami dan menghayati al-Quran, TV AlHijrah juga memperuntukkan 141 jam siaran, bagi menyiarkan empat rancangan istimewa bernadakan kalam suci Ilahi. Rancangan-rancangan tersebut adalah Syahadah al-Furqan, Khatam Ramadan, Tadarus Quran@114 dan Kapsul Taranum Challenge.

Kerjasama dengan KTMB

TV AlHijrah

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, buat pertama kali juga, TV AlHijrah bekerjasama dengan syarikat Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dilihat mampu menarik lebih ramai penonton menyaksikan stesen tersebut.

Kami merupakan stesen media pertama yang bekerjasama dengan ETS KTM dan meletakkan TV AlHijrah dalam train. Kalau dilihat ETS sekarang mendapat tempat semula oleh pengguna dan jumlah pengguna juga meningkat seperti laporan yang diterima.

Oleh itu, kerjasama selama setahun ini dapat mempromosikan TV AlHijrah kepada orang ramai sekali gus sebagai salah satu medium dakwah dan berharap dapat memberi manfaat kepada penggunanya. Akan ada juga beberapa program yang akan melibatkan ETS train sepanjang bulan Ramadan dan bulan-bulan seterusnya.

The post Ramadan Mentadabbur Keindahan! TV AlHijrah Sajikan Lebih 22 Program, 141 Jam Alunan Al-Quran & Drama Imam Al-Syafie first appeared on OHBULAN!.


[VIDEO] ‘Ini Bukan Salah Kalian, Mama & Ayah Akan Bagi Yang Terbaik Untuk Syaikhul & Sumayyah’ – Puteri Sarah

$
0
0

psl sebak

Pelakon, Puteri Sarah Liyana sebak ketika berkongsi tentang ujian yang dilaluinya sebelum ini dan menghargai kehadiran keluarga yang banyak menyokongnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Rahsiakan Karier Sebagai Selebriti Depan Anak-Anak – ‘Mereka Cuma Tahu Nama Sahaja’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Andi Sakat Puteri Sarah Bikin Ramai Blushing, Doa Cepat Kahwin! – ‘Aduh, Kalau Tak Dicubit, Digigit..Hancur Badan Kita’

Perasaan seorang ibu & anak

psl sebak

Menerusi podcats Confession Bilik Gelap, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak mampu menahan air mata ketika bercerita tentang anak-anaknya.

Difahamkan Puteri Sarah belum lagi menerangkan tentang perkara sebenar kepada mereka.

Saya minta maaf perkara ini berlaku kepada awak berdua, ini bukan salah kalian tapi ini adalah takdir.

Tapi jangan risau, mama dengan ayah memang sayang sangat-sangat awak berdua dan insyaAllah kami akan bagi yang terbaik kepada Syaikhul dan Sumayyah.

Dalam masa yang sama, dia memohon maaf kepada kedua ibu bapanya dan berusaha untuk menjadi seorang anak yang baik.

Untuk mak ayah saya, saya minta maaf kalau selama ini saya bukan anak yang baik. Tapi sekarang saya cuba untuk jadi anak yang terbaik. Cuba membalas jasa.

Puteri Sarah juga meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan mentua seperti Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail yang menyayanginya seperti anak mereka sendiri.

Untuk mak mentua dan bapa mentua saya yang selama ini tak putus-putus sokong saya, walau apa pun yang saya buat. Tapi mereka masih menyayangi saya seperti anak mereka yang betul. Saya tak pernah rasa macam menantu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh mendengar luahan hati pelakon berusia 38 tahun tersebut dan mendoakannya agar tabah membesarkan anak-anak sebagai seorang ibu tunggal.

Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

@puterisarahfanss_

#puterisarahliyana #andiarsyil #datinpatimah #datokyusofhaslam #andiarsyil #story?? #??????? #fypviraltiktok????? #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp

? Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Sumber: YouTube Syok

The post [VIDEO] ‘Ini Bukan Salah Kalian, Mama & Ayah Akan Bagi Yang Terbaik Untuk Syaikhul & Sumayyah’ – Puteri Sarah first appeared on OHBULAN!.

8 Tahun Menanti & Pernah Buat Rawatan Islam Untuk Ikhtiar Hamil, Aprena Manrose Reda Belum Ada Rezeki Miliki Zuriat

$
0
0

Pelakon Aprena Menrose akui agak terkilan kerana usahanya bersama suami, Mohd Afiq Hazaman untuk memiliki zuriat masih belum membuahkan hasil walaupun sudah lapan tahun menanti.

‘Saya lebih kepada reda dan pasrah’

Ketika ditemui OhBulan! di sidang media drama Ramadan Raya TV3 yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis, Aprena akui telah melakukan pelbagai usaha namun kini dia berada di dalam fasa reda dengan ketentuan Tuhan SWT.

Sebenarnya sekarang ni saya lebih kepada reda dan pasrah, tak ada pun tak apa  tapi tak berputus asa cuma saya dah ada di fasa mana kalau tak ada tak apalah mungkin Allah nak bagi rezeki dekat akhirat sana.

Bercerita dengan lebih lanjut, Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman berkata, dia pernah ‘berehat’ daripada berlakon hanya kerana mahu melakukan rawatan termasuklah rawatan Islam, Intrauterine insemination (IUI) dan In vitro fertilisation (IVF). Namun, tiada satu pun rawatan yang berjaya.

Saya pergi buat rawatan Islam, IUI kemudian IVF. Semasa buat rawatan IVF, saya terima beberapa tawaran watak utama tapi saya memang terpaksa berkorban.

Saya tahu kalau buat rawatan IVF, kita tidak digalakkan untuk bergerak. Saya memang ikut nasihat doktor dan sepanjang dua minggu memang saya duduk di rumah sahaja.

Bila teruja untuk pergi buat pemeriksaan, doktor maklumkan keputusannya gagal. Saya dan suami pandang satu sama lain. Balik rumah, kami tutup telefon dan tidur. Mungkin kerana terlalu kecewa ketika itu.

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi dangdut terkenal Iwan Syahwan meluahkan rasa syukur kerana orang terdekat mampu memahami dan menghormati sensitivitinya terhadap soal zuriat.

Sekadar info, Aprena bersama Izzue Islam, Zara Zya, Rania Amanda dan Raden Zaharatul bakal tampil menerusi drama berjudul Helo, Saya Anak Uncle! akan ditayangkan mula 17 Mac setiap Ahad di TV3 dan aplikasi Tonton.

The post 8 Tahun Menanti & Pernah Buat Rawatan Islam Untuk Ikhtiar Hamil, Aprena Manrose Reda Belum Ada Rezeki Miliki Zuriat first appeared on OHBULAN!.

Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah?

$
0
0

Pelakon berstatus suami orang bersama seorang aktres wanita ditangkap berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

Pasangan artis dicekup berkhalwat?

Memetik laporan Harian Metro, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.

Difahamkan, pasangan selebriti berkenaan yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo berkenaan, mereka disyaki berkhalwat. Difahamkan pelakon lelaki itu sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu.

Untuk rekod, aktor itu pernah bercerai dengan isterinya namun rujuk semula selain pernah terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan isu curang.

Sementara pelakon wanita yang juga adik kepada seorang selebriti pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan beberapa artis.

Sumber: Harian Metro

The post Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah? first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Kehadiran Bella Astillah Di Pejabat Agama Islam Cetus Tanda Tanya –‘Siapa Pula Buat Hal Kali Ni?’

$
0
0

Kehadiran pelakon Bella Astillah di Pejabat Agama Islam seawal jam 2.40 pagi telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.

Apa Bella buat dekat pejabat agama?

Menerusi video pendek yang dikongsikan di TikTok Melodi memaparkan isteri kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz itu memakai baju berwarna merah jambu dan berseluar jeans biru yang dipadankan dengan tudung berwarna hitam.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah turut dilihat mengenakan pelitup muka berada di kawasan terbabit sambil menggunakan telefon bimbit ditemani dua individu di sisinya.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah muncul di Pejabat Agama Islam jam 2.40 pagi, ada apa tu Bella?

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang tertanya-tanya mengenai kehadiran Bella di Pejabat Agama Islam tersebut. Tidak kurang juga, ramai yang mula membuat spekulasi berhubung situasi yang berlaku.

Video

@melodiberapi Alamak buat ape Bella pagi-pagi buta di Pejabat Agama Islam ini?? ??? #meloditv3 #ceritaartismalaysia #bellaAstillah #fyp??viral?tiktok #panas ? original sound – Melodi tv3

Sumber: Melodi

The post [VIDEO] Kehadiran Bella Astillah Di Pejabat Agama Islam Cetus Tanda Tanya – ‘Siapa Pula Buat Hal Kali Ni?’ first appeared on OHBULAN!.

‘Kak Bella Masih Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi, Beri Dia Ruang..’– Didi Astillah

$
0
0

Pelakon Bella Astillah enggan memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan suaminya, Aliff Aziz yang didakwa dicekup berkhalwat bersama seorang pelakon di sebuah kondominium mewah pada awal pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kehadiran Bella Astillah Di Pejabat Agama Islam Cetus Tanda Tanya – ‘Siapa Pula Buat Hal Kali Ni?’

Beri Bella ruang

Menerusi temu bual bersama Melodi, Bella yang mengenakan pelitup muka dan bertudung hitam hanya mendiamkan diri ketika ditanya mengenai isu terbabik. Sebaliknya Didi Astillah iaitu adik kepada Bella meminta agar kakaknya itu diberi ruang.

Bagi pihak Kak Bella, saya tak nak bagi apa-apa kenyataan tentang benda tu. Kalau boleh minta beri ruang pada Kak Bella, mungkin benda ni masih terkejut lagi.

Hasil tinjauan OhBulan!, wargamaya mula membanjiri ruangan komen dan memberi kata-kata semangat buat Bella.

Semoga Bella tabah, InshaAllah pasti ada hikmahnya.

Semoga dipermudahkan urusan ya Bella.

Awak seorang wanita yang kuat.

Besar dugaan Bella.

Sebelum ini, media melaporkan tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam yang mendakwa sudah beberapa kali melihat pelakon lelaki itu memasuki rumah aktres berkenaan.

Video

@melodiberapi Bella sebak bila ditanya tentang dakwaan suaminya ditangkap khalwat. Ikuti kenyataan daripada adiknya Didi Astillah #meloditv3 #bellaastillah #didiastillah #aliffaziz ? original sound – Melodi tv3


Sumber: Melodi

The post ‘Kak Bella Masih Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi, Beri Dia Ruang..’ – Didi Astillah first appeared on OHBULAN!.

Aliff Aziz & Pelakon Wanita Enggan Buka Pintu, Jawi Terpaksa Hubungi Bomba –‘Tiga Jam Tunggu Depan Rumah’

$
0
0

aliff

Susulan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dan pasangannya yang dikatakan seorang pelakon wanita enggan membuka pintu unit, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk hadir ke sebuah kondominium mewah, di ibu negara, awal pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah?

Artikel Berkaitan: ‘Kak Bella Masih Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi, Beri Dia Ruang..’ – Didi Astillah

Tiga jam tunggu

Bomba Aliff Aziz

Memetik laporan Harian Metro, Aliff akhirnya akur selepas bomba mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama selepas hampir tiga jam pasukan penguat kuasa Jawi berada di depan rumah milik pelakon wanita terbabit.

Dalam operasi yang bermula kira-kira jam 10.30 malam tadi itu, pasukan penguat kuasa Jawi tiba dengan dua van.

Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.

Terdahulu, adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff Aziz adalah individu yang dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita.

Sumber: Harian Metro

The post Aliff Aziz & Pelakon Wanita Enggan Buka Pintu, Jawi Terpaksa Hubungi Bomba – ‘Tiga Jam Tunggu Depan Rumah’ first appeared on OHBULAN!.

Kakak Pelakon Wanita Popular Datang Ke Kondominium Mewah Selepas Dihubungi

$
0
0

artis tangkap khalwat

Gambar sekadar hiasan

Nama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sekali lagi menjadi bualan hangat selepas ditangkap bersekedudukan dengan pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah, pada awal pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah?

Artikel Berkaitan: ‘Kak Bella Masih Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi, Beri Dia Ruang..’ – Didi Astillah

Ahli keluarga datang

keluarga pelakon wanita

Memetik laporan Harian Metro, ahli keluarga pelakon wanita itu turut berada di kondominium mewah itu selepas dimaklumkan mengenai tangkapan itu.

Mereka yang dilihat berada di situ ialah kakaknya yang juga seorang pelakon bersama dua adiknya yang lain.

Difahamkan, mereka hadir ke lokasi selepas dihubungi pelakon wanita terbabit.

Bagaimanapun, mereka kemudian beredar selepas penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) dan pengawal keselamatan kondominium berkenaan meminta mereka berbuat demikian.

Namun, mereka tidak kelihatan di pejabat Jawi ketika pasangan itu dibawa ke sana untuk prosedur selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

The post Kakak Pelakon Wanita Popular Datang Ke Kondominium Mewah Selepas Dihubungi first appeared on OHBULAN!.


IG Ruhainies Diserang Netizen Selepas Dikaitkan Berkhalwat Dengan Aliff Aziz –‘Harap Bukan Dia, Aku Minat Dia Kot’

$
0
0


Nama pelakon jelita, Ruhainies turut terpalit selepas dia didakwa merupakan pasangan wanita yang ditangkap berkhalwat bersama penyanyi, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

IG Ruhainies diserang

Hasil tinjauan OhBulan! mendapati, ruangan komen Instagram Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas dipenuhi dengan pelbagai persoalan yang tertanya-tanya adakah benar pelakon itu merupakan individu yang dimaksudkan.

Malah mereka mendesak adik kepada pelakon Risteena itu agar membuka mulut dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Tidak kurang juga, ada segelintir daripada wargamaya mula mengecam dan menuduh Ruhainies sebagai penyondol meskipun pelakon itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.

Nama Ruhainies dipetik susulan dia dan Aliff terlibat sebagai pelakon utama sebuah drama bersiri yang kini sedang menjalani penggambaran.

Betul ke Ruhainies?

Wei Ruhainies ni ke yang dimaksudkan?

Kantoi check in

Harap bukan dia lah, minat kot dia ni. Suka cara dia cakap tapi apa-apa pun boleh jadi.

Sumber: Instagram Ruhainies

The post IG Ruhainies Diserang Netizen Selepas Dikaitkan Berkhalwat Dengan Aliff Aziz – ‘Harap Bukan Dia, Aku Minat Dia Kot’ first appeared on OHBULAN!.

CCTV ‘Tangkap’ Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies, Tengah Berjalan Dari Lobi Ke Lif

$
0
0

ALIFF RUHAINIES CCTV

Foto: Harian Metro

Satu demi satu terbongkar apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium mewah di ibu negara mendedahkan kelibat pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies.

Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah?

Artikel Berkaitan: Kakak Pelakon Wanita Popular Datang Ke Kondominium Mewah Selepas Dihubungi

Video 25 Februari

aliff ruhainies

Menerusi laporan Harian Metro, video yang bertarikh 25 Februari itu memaparkan Aliff dan Ruhainies berjalan dari lobi premis menuju ke lif.

Ruhainies memakai baju hoodie berwarna putih sambil membawa tas tangan dan Aliff pula memakai serba hitam dan bertopi.

Dalam pada itu, sumber Harian Metro berkata, ahli keluarga pelakon wanita itu turut berada di premis terbabit ketika operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), malam tadi.

Berdasarkan gambar sumber itu, mereka yang dilihat berada di situ ialah kakak Ruhainies yang juga seorang pelakon iaitu Risteena Munim bersama dua adiknya yang lain.

Bagaimanapun, mereka kemudian beredar selepas penguat kuasa Jawi dan pengawal keselamatan kondominium berkenaan meminta mereka berbuat demikian.

Terdahulu, media melaporkan Aliff dicekup berkhalwat dengan seorang pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah.

Sumber: Harian Metro 

The post CCTV ‘Tangkap’ Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies, Tengah Berjalan Dari Lobi Ke Lif first appeared on OHBULAN!.

‘Run Bella Run, Dah Berapa Peluang Awak Bagi’– Netizen

$
0
0

Di Instagram, rata-rata netizen dilihat memberi semangat buat Bella Astillah berikutan dakwaan suaminya, Aliff Aziz yang didakwa dicekup berkhalwat bersama seorang pelakon di sebuah kondominium mewah pada awal pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah?

Artikel Berkaitan: Kakak Pelakon Wanita Popular Datang Ke Kondominium Mewah Selepas Dihubungi

Run Bella run

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! di ruangan komen, netizen berharap Bella tabah dengan ujian yang melanda. Tambah netizen, Bella layak untuk ‘move on‘ dan ‘angkat kaki‘ daripada ikatan perkahwinan yang dibina. Ujar netizen lagi, mereka bersimpati melihat Bella yang sentiasa memberi peluang buat suami tercinta untuk berubah.

Setakat waktu ini, OhBulan! cuba untuk menghubungi dan menghantar mesej kepada Bella namun, tidak dibalas.

Terdahulu, satu demi satu terbongkar apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium mewah di ibu negara mendedahkan kelibat pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies.

The post ‘Run Bella Run, Dah Berapa Peluang Awak Bagi’ – Netizen first appeared on OHBULAN!.

‘Dah Sampai Masa Bella Fikirkan Diri Sendiri & Cari Kebahagiaan Hakiki’ – Mila Jirin

$
0
0

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin meluahkan rasa kesal dan simpati dengan kejadian yang menimpa rumah tangga pelakon, Bella Astillah.

‘Bella, awak wanita hebat’

Menerusi hantaran di Instagram, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin menyifatkan Bella seorang wanita yang sangat baik dan lemah lembut.

Selain itu, Mila berpendapat kini sudah tiba masanya Bella mencari kebahagiaan buat dirinya sendiri.

Aku tak boleh brain dengan lelaki macam ni! Bella ni punya lah baik. Aku ingat lagi, waktu PKP Bella banyak aku review Nasi Arab Bizmilla.

Lemah lembut orangnya dan sangat tak berkira. Bella, awak wanita hebat. Dah sampai masa awak fikirkan diri awak dan cari kebahagian yang hakiki.

Akak yakin Bella, Allah beri ujian ini pasti ada hikmah yang besar buat Bella dan anak anak. #StayStrongBella #WeSupportBELLA.

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut telah pun dipadam oleh Mila.

Terdahulu, media melaporkan suami kepada Bella iaitu Aliff Aziz ditangkap berkhalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

Perkongsian di IG Mila

The post ‘Dah Sampai Masa Bella Fikirkan Diri Sendiri & Cari Kebahagiaan Hakiki’ – Mila Jirin first appeared on OHBULAN!.

Pengarah Kreatif Qierahman Tak Mahu ‘Ganggu’ Elemen Tradisi Baju Melayu, Kekalkan Que Haidar & Anak Sebagai Duta

$
0
0

Jenama pakaian lelaki tradisional Melayu, Qierahman bakal merancakkan lagi permintaan fesyen raya masa kini apabila melancarkan koleksi ‘EID 2024’ dengan mengampil empat jenis koleksi iaitu ‘signature cut’, kurta modern fit, kurta Paduka oversized serta abaya untuk kaum wanita.

Artikel Berkaitan: Konsert Bulan Bintang ‘Another Level’! 5 Jam Berlangsung, Pentas 360 Darjah & Alunan Selawat Jadi Bualan Ramai

Elemen tradisi takkan terganggu

Lebih menarik, koleksi baju Melayu yang diperkenalkan Qierahman pada kali ini bakal menerapkan injeksi lebih moden yang diilhamkan dari potongan suit atau blazer untuk menampakkan pemakai kelihatan lebih segak dan kemas.

Meskipun menambah elemen yang lebih moden namun, Fazrul Musa selaku Pengarah Kreatif Qierahman mendedahkan bahawa tiada sebarang elemen tradisi baju Melayu akan terganggu.

Setiap reka bentuk yang ada pada baju Melayu mempunyai sejarah yang tersendiri.

Sebagai contoh ada baju Melayu yang mempunyai lima butang serta pesak yang berlainan. Bahkan setiap negeri di Malaysia juga kalau kita perhatikan ada kelainan pada reka bentu baju Melayu mereka.

Jadi, saya akan cuba mengekalkan sebanyak mungkin elemen tradisi dan sejarah yang ada pada baju Melayu tetapi dalam masa yang sama tampak moden.

Bukan itu sahaja, koleksi kali ini turut menampilkan koleksi abaya untuk kaum wanita, yang terdiri daripada Amelie, Camille dan Madelyn.

Que Haidar & Ratu kekal sebagai duta

Dalam pada itu, jenama Qierahman sekali lagi mengekalkan pelakon dan penerbit terkenal, Que Haidar serta anak perempuannya, Tengku Ratu Haidar sebagai wajah ekslusif bagi jenama berkenaan.

Menurut Fazrul, sokongan serta komited yang diberikan Que dari tahun 2017 membuatkan mereka selesa untuk bekerjasama dan mengekalkan khidmat pelakon berkenaan sebagai duta.

Sokongan dan komited terhadap kerja membuatkan QIERAHMAN selesa bekerjasama dengan duo ini. Melihat Ratu yang makin menginjak usia, jadi kami rasa sudah tiba masanya untuk kami ketengahkan Ratu sabagai wajah eksklusif kami.

Lebih manis, Qierahman bakal memenuhi permintaan pelanggan dengan menawarkan harga yang lebih murah iaitu serendah RM159 berbanding RM229 ketika di awal kemunculan jenama tersebut pada 2016.

Selain baju Melayu, Qierahman turutn melancarkan produk terbaru mereka iaitu semburan sejadah eksklusif yang wangi dan sesuai digunakan di mana-mana saja.

Untuk pembelian, boleh layari www.qierahman.com atau ke gerai jualan Qierahman di Shoppes @ Four Season di Aras 2 bermula 8 March sehingga 7 April ini.

The post Pengarah Kreatif Qierahman Tak Mahu ‘Ganggu’ Elemen Tradisi Baju Melayu, Kekalkan Que Haidar & Anak Sebagai Duta first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Didi Astillah Muat Naik Video Mesra Bella Bersama Ruhainies, Netizen Pula Kesal – ‘Kawan Tapi Tikam Belakang’

$
0
0

bella ruhainies

Sejak awal pagi tadi dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelakon dan penyanyi Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama seorang aktres wanita yang didakwa Ruhainies.

Artikel Berkaitan: CCTV ‘Tangkap’ Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies, Tengah Berjalan Dari Lobi Ke Lif

Artikel Berkaitan: IG Ruhainies Diserang Netizen Selepas Dikaitkan Berkhalwat Dengan Aliff Aziz – ‘Harap Bukan Dia, Aku Minat Dia Kot’

Foto & video mesra

bella ruhainies

Terbaharu, adik ipar kepada Aliff iaitu Didi Astillah memuat naik video mesra kakaknya, Bella Astillah bersama Ruhainies di akaun Instagram (IG) miliknya.

Bagaimanapun, tindakan Didi memuat naik video berkenaan seakan-akan memberi gambaran terhadap dakwaan curang yang berlaku di antara selebriti tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyangka sama sekali dakwaan berkenaan berikutan mereka berdua dilihat sangat akrab.

Dalam masa yang sama, warganet juga meluahkan rasa kesal andai benar nama Ruhainies terpalit dengan kontroversi itu selain menyifatkannya sebagai seorang pengkhianat terhadap rakan sendiri.

Kawan makan kawan, kejam.

Kenapa khianati kawan? Kesian Bella, stay strong.

Kawan, kawan..tapi tikam belakang.

Ni namanya, kawan makan kawan. Stay strong Bella.

Terdahulu, nama Ruhainies dipetik apabila dia didakwa dicekup berkhalwat bersama aktor berasal daripada Singapura tersebut pada awal pagi Sabtu di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

@ohbulanofficial

Kita doakan yang baik-baik buat mereka berdua ??? #ohbulan #sembangentertainment #aliffaziz #bellaastillah #kendong #dukung #ruhainies

? DJ TIADA BINTANG KAN BERSINAR – DJ SAH VIRAL TIKTOK – DJ Numar

Sumber: Instagram Didi Astillah

The post [VIDEO] Didi Astillah Muat Naik Video Mesra Bella Bersama Ruhainies, Netizen Pula Kesal – ‘Kawan Tapi Tikam Belakang’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Nama Tengah ‘Panas’, Ruhainies Sempat Muat Naik IG Story Aliff Aziz Nyanyi Lagu ‘Hakikat Sebuah Cinta’

$
0
0

Tatkala namanya masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial, pelakon Ruhainies dilihat sempat membuat hantaran terbaharu di IG Story miliknya.

Artikel Berkaitan: CCTV ‘Tangkap’ Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies, Tengah Berjalan Dari Lobi Ke Lif

Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah?

Ruhainies muat naik IG Story

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memuat naik satu video memaparkan dia merakam momen Aliff Aziz bersama beberapa krew produksi sedang berehat di set penggambaran.

Menerusi video tersebut, dilihat Aliff yang mengenakan kemeja lengan pendek berwarna merah sedang duduk di hadapan Ruhainies sambil menyanyikan lagu Hakikat Sebuah Cinta oleh Iklim. Krew produksi sama-sama bernyanyi sambil kedengaran gelak tawa Ruhainies yang terhibur melihat gelagat mereka.

Terdahulu, media melaporkan suami kepada Bella iaitu Aliff Aziz ditangkap berkhalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

Kemudian terbongkar video yang bertarikh 25 Februari itu memaparkan Aliff dan Ruhainies berjalan dari lobi premis menuju ke lif.

Video

Sumber: Instagram Ruhainies

The post [VIDEO] Nama Tengah ‘Panas’, Ruhainies Sempat Muat Naik IG Story Aliff Aziz Nyanyi Lagu ‘Hakikat Sebuah Cinta’ first appeared on OHBULAN!.


‘Jangan Sampai Kita Tak Ada Peluang Lagi Baru Nak Menyesal’– Caprice

$
0
0

Selebriti media sosial popular, Caprice tampil meluahkan pandangannya berhubung kontroversi penyanyi, Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita yang didakwa Ruhainies.

Bukan mudah nak dapat peluang

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Caprice mendakwa semuanya berpunca daripada sikap Aliff sendiri meskipun banyak peluang telah diberikan oleh Bella Astillah sebelum ini.

Apabila kita asyik buat kesilapan yang sama maksudnya ada benda yang tak kena. Bila orang dah bagi peluang kedua, masih buat silap yang sama, dah dapat peluang ketiga pun masih buat benda yang sama, kalau dapat peluang keempat pun masih kau buat silap yang sama maksudnya ada masalah dengan diri kau.

Ini bukan punca orang lain, masalah ekonomi, duit, job atau apa. Peluang nak ubah hidup kita, bukan mudah nak dapat.

Ujar Caprice lagi, ramai lelaki di luar sana yang hari-hari doa untuk dapat peluang kedua dan ketiga tetapi tidak kesampaian.

Bukan senang nak dapat peluang untuk ubah hidup #selamatkanrumahtangga

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Sumber: Caprice

The post ‘Jangan Sampai Kita Tak Ada Peluang Lagi Baru Nak Menyesal’ – Caprice first appeared on OHBULAN!.

Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan Kes Berkhalwat

$
0
0

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan tangkapan dua selebriti dipercayai berkhalwat di sebuah kondo mewah di ibu kota pada malam Jumaat.

Pengesahan Jawi

Foto: Kenderaan yang dipercayai membawa dua selebriti (Harian Metro)

Menerusi satu kenyataan, Jawi memaklumkan siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek atau Orang Yang Disyaki (OYDS) di bawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 27 (Khalwat).

Difahamkan, tangkapan tersebut dilakukan selepas Bahagian Penguatkuasaan Jawi membuat pemeriksaan di lokasi tersebut susulan aduan awam yang diterima.

Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan. Adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah kemudian mengesahkan pelakon lelaki tersebut merupakan abang iparnya, Aliff Aziz.

Sumber: Harian Metro

The post Jawi Sahkan 2 Selebriti Ditahan Kes Berkhalwat first appeared on OHBULAN!.

Kelibat Adira Teman Bella Astillah Di JAWI Timbul Persoalan, Netizen Ungkit Kisah Ruhainies Pernah Skandal Dengan Datuk Red

$
0
0

Bella Astillah

Kelibat seorang wanita yang mengenakan baju berwarna hitam dan berdiri di sebelah pelakon Bella Astillah ketika hadir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi tadi telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: ‘Kak Bella Masih Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi, Beri Dia Ruang..’ – Didi Astillah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didi Astillah Muat Naik Video Mesra Bella Bersama Ruhainies, Netizen Pula Kesal – ‘Kawan Tapi Tikam Belakang’

Apa kaitan Adira?

Bella Astillah

Meskipun wanita terbabit memakai pelitup mulut, namun rata-rata netizen mendakwa dia ialah penyanyi Adira Suhaimi. Pun begitu, netizen tidak mengetahui apakah hubungan dan kaitan antara mereka berdua.

Bella hadir di JAWI kira-kira jam 2.40 pagi berhubung kes membabitkan suaminya, penyanyi Aliff Aziz yang didakwa berkhalwat dengan aktres Ruhainies.

Sementara itu, usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan Adira mengenai kehadirannya yang menemani Bella tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak berjawab dan mesej pesanan ringkas yang dikirim tidak dibalas.

Dalam pada itu, ketika netizen terus berteka-teki mengenai hubungan Adira dan Bella, ada segelintir pula yang mengungkit cerita lama membabitkan suami penyanyi tersebut iaitu Datuk Red dengan Ruhainies.

Sebelum ini, nama Ruhainies dikaitkan dengan Datuk Red selepas tular video mereka berpelukan ketika menaiki eskalator di sebuah pusat beli belah. Pun begitu, kata Ruhainies hubungan dia Datuk Red sudah pun berakhir selepas perkara itu diketahui Adira.

Pagi tadi, dunia hiburan dikejutkan dengan berita selebriti berstatus suami orang ditangkap berkhalwat dengan seorang pelakon popular di sebuah kondominium mewah.

Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam. Berita terbabit kemudian disahkan oleh adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah yang turut hadir di lokasi kejadian.

The post Kelibat Adira Teman Bella Astillah Di JAWI Timbul Persoalan, Netizen Ungkit Kisah Ruhainies Pernah Skandal Dengan Datuk Red first appeared on OHBULAN!.

Aliff Aziz & Ruhainies Bebas Sementara Dengan Jaminan

$
0
0

Foto: Harian Metro

Urusan kes khalwat pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selesai kira-kira jam 2 petang.

Artikel Berkaitan: ‘Kak Bella Masih Terkejut Dengan Apa Yang Terjadi, Beri Dia Ruang..’ – Didi Astillah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didi Astillah Muat Naik Video Mesra Bella Bersama Ruhainies, Netizen Pula Kesal – ‘Kawan Tapi Tikam Belakang’

Aliff, Ruhainies dibebas

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, kedua-dua selebriti itu dibebaskan dengan jaminan sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 2 petang.

Sebelum itu, terdapat beberapa buah kenderaan memasuki bahagian lobi Jawi dipercayai bagi mengambil kedua-dua artis tersebut.

Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan. Adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah kemudian mengesahkan pelakon lelaki tersebut merupakan abang iparnya, Aliff Aziz.

Sumber: Harian Metro

The post Aliff Aziz & Ruhainies Bebas Sementara Dengan Jaminan first appeared on OHBULAN!.

‘Alhamdulillah, God Is Great’– Sophia Albarakbah

$
0
0

Tatkala nama pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies menjadi perhatian dek isu ditangkap khalwat, aktres Sophia Albarakbah turut mencuri perhatian susulan satu hantaran yang dikongsikan di aplikasi X.

‘Alhamdulillah..’

Menerusi hantaran ringkas yang dikongsikan, Sophia menzahirkan rasa syukur atas kehebatan dan kekuasaan Allah SWT.

Alhamdulillah, God is great,

Meskipun Sophia tidak menjelaskan secara terperinci tentang tujuan sebenar dia berkongsi ungkapan tersebut, tetapi wargamaya mengesyaki ianya ada kena-mengena dengan kontroversi yang membabitkan dua artis terkenal itu.

Sementara itu, wargamaya mengungkit semula tindakan pelakon Ruhainies sebelum ini yang pernah melabel Sophia sebagai perosak industri susulan isu orang ketiga dalam rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah pada tahun lalu.

Sumber: Sophia Albarakbah

The post ‘Alhamdulillah, God Is Great’ – Sophia Albarakbah first appeared on OHBULAN!.

Viewing all 34733 articles
Browse latest View live