Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 34768 articles
Browse latest View live

[VIDEO] ‘Kalau Betul Aliff Masih Curang, Bella Kena Fikir Pasal Diri Sendiri’– Sajat

$
0
0

ALIFF SAJAT

Kontroversi penyanyi Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditahan atas dakwaan berkhalwat pada awal pagi Sabtu di sebuah kediaman mewah milik aktres itu turut mencuri perhatian pempengaruh media sosial, Sajat.

Artikel Berkaitan: CCTV ‘Tangkap’ Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies, Tengah Berjalan Dari Lobi Ke Lif

Artikel Berkaitan: Kakak Pelakon Wanita Popular Datang Ke Kondominium Mewah Selepas Dihubungi

Rasa macam marketing

@ohbulanofficial Replying to @user4661959966893 Sajat pula beri pendapat isu Aliff Aziz #ohbulan #sembangentertainment #sajat #beri #pendapat #isu #aliffaziz #bellaastillah #ruhainies ? original sound – OHBULAN!

Menerusi siaran langsung, Sajat menyuarakan pendapat peribadinya selepas diajukan soalan daripada netizen.

Kata Sajat, dia merasakan isu bersekedudukan itu sebagai teknik pemasaran memandangkan Aliff dan Ruhainies bergandingan bersama dalam drama terbaru mereka. Bagaimanapun, Sajat memohon maaf sekiranya pemikirannya salah.

Ya Allah.. minta maaf Bella, gurau-gurau saja. Takut nanti Bella terasa hati.

Ini pendapat Sajat. Sajat rasa benda itu (ditangkap khalwat) lakonan. Sajat rasa marketing. Setiap kali Aliff berlakon, mesti ada marketing kena tangkap khalwat.

Tak akan benda itu kena ulang? Empat kali dah kot. Sudah-sudah la. Orang tak nak cerita macam itu.

Kalau Sajat salah, Sajat minta maaf. Tapi apa yang Sajat cakap itu, bernas. Ini yang Sajat nampak. Kalau tak betul, Sajat yang salah.

Korang jangan percaya sangat apa Sajat cakap. Kalau nak tau cerita penuh daripada mereka berdua. Sajat ini orang luar.

Kena fikir diri sendiri

bella astilah aliff

Sementara itu, Sajat juga mempunyai pandangan yang kedua iaitu sekiranya benar Aliff curang dengan Ruhainies, Bella sebagai isteri perlu membuat keputusan yang tepat.

Katanya lagi, untuk kali ini, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah perlu mengutamakan diri sendiri.

Kalau betul Bella, Sajat harap Bella pandai-pandai la fikir.

Awak perempuan, cantik. Kalau betul Aliff masih curang, Bella kena fikir pasal diri sendiri. Itu sahaja. Maaf la kalau Sajat melawak.

Tapi kalau dah selalu macam ini, ini dah lain. Setiap kali drama Aliff mesti ada kait dengan perempuan. Tak ada benda lain.

Pada awal pagi Sabtu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] ‘Kalau Betul Aliff Masih Curang, Bella Kena Fikir Pasal Diri Sendiri’ – Sajat first appeared on OHBULAN!.


‘Saya Akan Memberikan Keterangan Tentang Apa Yang Berlaku’– Aliff Aziz Buka Mulut Isu Tangkap Khalwat

$
0
0

ALIFF ruhainies

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz akhirnya bersuara selepas namanya terpalit dengan kontroversi didakwa bersekedudukan dengan aktres, Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu kota, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: CCTV ‘Tangkap’ Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies, Tengah Berjalan Dari Lobi Ke Lif

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Betul Aliff Masih Curang, Bella Kena Fikir Pasal Diri Sendiri’ – Sajat

Bakal cerita kejadian sebenar

aliff aziz

Menerusi hantaran di Instagram Story, Aliff menyatakan terdapat banyak spekulasi dan laporan yang diperbesarkan dalam kontroversi bersama Ruhainies.

Namun, Alif sedar tanggapan itu timbul kerana situasi di lokasi itu yang menimbulkan syak wasangka sehinggakan wujud fitnah.

Kata aktor berumur 33 tahun, dia akan memberikan keterangan tentang kejadian sebenar yang berlaku bagi mengelakkan timbul lagi salah faham.

Dalam pada itu, pemilik nama Mohammad Aliff Aziz turut memohon maaf atas apa yang terjadi dan berharap agar keterangan yang akan disampaikan nanti boleh menjernihkan keadaan yang sedang tegang.

Pada awal pagi Sabtu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Sumber: Instagram

The post ‘Saya Akan Memberikan Keterangan Tentang Apa Yang Berlaku’ – Aliff Aziz Buka Mulut Isu Tangkap Khalwat first appeared on OHBULAN!.

Ruhainies Kongsi Foto Sejambak Bunga Ros Merah, Dakwa Ada Kenyataan Tidak Tepat Tersebar

$
0
0

ALIFF ruhainies 2-2

Selang beberapa minit penyanyi Aliff Aziz mengeluarkan kenyataan, diikuti pula dengan aktres popular, Ruhainies yang juga bersuara di akaun media sosial miliknya.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Memberikan Keterangan Tentang Apa Yang Berlaku Sebenarnya’ – Aliff Aziz

Artikel Berkaitan:  Kelibat Adira Teman Bella Astillah Di JAWI Timbul Persoalan, Netizen Ungkit Kisah Ruhainies Pernah Skandal Dengan Datuk Red

Ada kenyataan tak betul

ruhainies kenyataan

Menerusi hantaran dimuat naik, Ruhainies menekankan terdapat beberapa kenyataan yang kurang tepat telah tular mengenai kontroversi didakwa bersekedudukan dengan Aliff.

Namun, pelakon berumur 32 tahun itu tetap memohon maaf atas apa yang telah berlaku.

Dalam pada itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berharap agar spekulasi ini dapat dihentikan sehingga dirinya tampil memberikan kenyataan sebenar bagi mengelakkan timbul kekeliruan dan salah faham.

Sebelum itu, adik kepada aktres dan usahawan Risteena ini dilihat memuat naik foto sejambak bunga ros merah namun tidak ada kapsyen yang ditulis.

Pada awal pagi Sabtu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Sumber: Instagram

The post Ruhainies Kongsi Foto Sejambak Bunga Ros Merah, Dakwa Ada Kenyataan Tidak Tepat Tersebar first appeared on OHBULAN!.

Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Berusia 21 Tahun Dinobatkan Juara Akademi Qurra’ 2024! Bawa Pulang RM25,000

$
0
0

Akademi Qurra

Selepas lapan minggu bersaing, peserta asal Melaka iaitu Tilmiz Amnan, 21, dinobatkan sebagai juara Akademi Qurra’ 2024.

Artikel Berkaitan: Tilmiz Nabil & Tilmiz Taufiq Kecundang, Lima Peserta Mara Ke Finale Akademi Qurra’ 2024

Artikel Berkaitan: Tilmizah Athiyyah & Tilmizah Firza Terkandas Di Minggu Keempat

Tilmiz Amnan juara!

Akademi Qurra

Kemenangan tersebut sekali gus menewaskan empat finalis lain iaitu Tilmiz Luqman, Tilmizah Sofea, Tilmizah Syahira dan Tilmizah Sholihah.

Tilmiz Amnan yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 beserta trofi.

Menurutnya, dia berasa syukur dengan kemenangan tersebut dan berterima kasih kepada pihak juri.

Setiap minggu berbeza cabarannya.Saya kerap tak sihat dalam pertandingan, setiap kali sebelum nak membaca akan letih. Mungkin terlalu berusaha keras.

Sememangnya saya juga bersyukur atas kemenangan ini dan terima kasih kepada pihak juri kerana memilih saya sebagai juara. Insya-Allah duit ini akan digunakan untuk masa depan dan kegunaan seharian saya.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Tilmizah Syahira dan tempat ketiga dimenangi oleh Tilmizah Sofea dengan masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

Dalam pada itu, Tilmiz Luqman dan Tilmizah Sholihah diumumkan sebagai penerima saguhati tempat keempat dan kelima dengan masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 setiap seorang.

Selain itu, Tilmizah Syahira juga berjaya menerima Anugerah Alunan Terindah sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 beserta trofi.

Sementara itu, juri tetap iaitu Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah berkata, semua finalis memberikan saingan yang sengit dan perbezaan markah antara juara dan naib juara sangat rapat.

Apa yang berlaku di pentas final adalah tentang fokus masing-masing. Perbezaan markah berlaku ketika soalan dari juri yang kedua. Dalam ramai-ramai, Tilmizah Syahira yang boleh jawab. Apa pun semua dah buat yang terbaik.

Kalau boleh dikongsikan markah antara juara dan naib juara hanya satu markah dan dengan yang ketiga tak sampai satu markah, dalam 0.87 macam itu. Rezeki masing-masing. Tahniah semua.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, pihaknya sudah merancang beberapa hala tuju dan program bersama semua peserta Akadaemi Qurra’ 2024.

Dihoskan oleh Raqib Majid, Akademi Qurra’ 2024 turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar.

Program yang ditayangkan pada setiap Sabtu pukul 9 malam itu menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah, Syed Mohd Badiuzzaman dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim serta juri jemputan, Erma Fatima.

The post Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Berusia 21 Tahun Dinobatkan Juara Akademi Qurra’ 2024! Bawa Pulang RM25,000 first appeared on OHBULAN!.

Suami ‘Melayang’ RM11k Bawa Isteri Tengok Konsert Taylor Swift -‘Saya Nak Bahagiakan Isteri’

$
0
0

Nama suami kepada pempengaruh Indonesia, Ulfa Merdeka iaitu Hendra Outside menjadi bualan hangat netizen di media sosial dek baju yang dipakainya ketika konsert The Eras Tour Taylor Swift di Singapura baru-baru ini.

Kos pergi konsert Taylor Swift

Tak dinafikan, pelbagai jenis pakaian dan fesyen yang digayakan penonton ketika konsert itu namun baju-T berwarna putih yang disarung Hendra mencuri tumpuan ramai. Mana tidaknya, walaupun nampak ringkas tetapi rupa-rupanya di bahagian belakang baju tersebut terpapar kos keseluruhan yang dibelanjakan Hendra untuk membawa si isteri menyaksikan konsert The Eras Tour Taylor Swift pada 3 Mac lalu di Singapura.

Manakala di bahagian hadapan baju pula tercetak tulisan berbunyi; ‘Saya bukan Swiftie, tetapi saya mahu membahagiakan isteri saya’.

Jumlah keseluruhan bajet yang dibelanjakan Hendra 38,150,000 rupiah atau bersamaan kira-kira RM11,500 dan jumlah itu termasuk kos tiket, pengangkutan, penginapan, wang makan dan sebagainya.

Sumber: Tribunnews

The post Suami ‘Melayang’ RM11k Bawa Isteri Tengok Konsert Taylor Swift -‘Saya Nak Bahagiakan Isteri’ first appeared on OHBULAN!.

Putra Amaris, Tyzo Bergabung Kongsi Rezeki Sepanjang Ramadan

$
0
0

tyzo amaris

Mendalami kepayahan hidup yang dialami orang masyarat sekeliling telah menjentik hati pelakon Putra Amaris untuk berkongsi rezeki bagi meringankan beban buat mereka yang memerlukan.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Belum Lagi Bergelar Jutawan’ – Putra Amaris

Artikel Berkaitan: Percaya Dengan Aturan Allah, Putra Amaris Harap Tajaan Kekal Berterusan

‘Share Rezeki’

 amaris share rezeki

Menurut Amaris, dia percaya setiap rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT itu bukan hanya usaha diri sendiri, sebaliknya ia juga berkat orang ramai yang banyak memberi sokongan dalam perniagaan serta kerjaya seni.

Kata Amaris, dia mula menggerakkan program ‘Share Rezeki’ sejak tahun 2020 dan secara tidak langsung menjadi ibadah infaq sempena menyambut keberkatan bulan Ramadan.

Kita banyak mendengar kisah orang hidup susah menerusi laporan media atau yang tular di media sosial. Dari situ saya mula terfikir untuk lakukan sesuatu agar rezeki yang dimiliki ini juga dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang.

Sekurang-kurangnya sedikit pemberian ini juga dapat memberi senyuman buat mereka yang memerlukan. Bahkan mereka juga sama-sama dapat merasa nikmat Ramadan seperti kita yang berkemampuan.

Tahun ini saya teruskan lagi program Share Rezeki yang pernah dilakukan empat tahun dahulu.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Amaris bersama pasukan pengurusan, Rarekynd Malaysia sudah mula mengenal pasti golongan yang memerlukan termasuk rumah-rumah kebajikan sebagai penerima sumbangan.

Malah, Amaris juga turut bekerjasama dengan syarikat-syarikat ternama bersama berkongsi menghulurkan bantuan bagi menggerakkan misi ini.

Bukan itu sahaja, Amaris juga mengajak rakan-rakan artis yang mahu melakukan amal kebajikan.

Menariknya tahun ini saya turut mendapat kerjasama beberapa syarikat bumiputera. Bukan itu sahaja, saya juga membuka peluang kepada rakan artis sekiranya mereka mahu melakukan kebajikan sempena Ramadan.

Saya percaya ramai golongan yang berkemampuan mahu menghulurkan bantuan namun tidak dapat berbuat demikian atas beberapa faktor kekangan. Jadi program Share Rezeki ini boleh menjadi orang tengah untuk mereka.

Pelancaran Share Rezeki tahun ini diadakan pada 8 Mac lalu bertempat di MyEvent Production Studio, Shah Alam dan ia juga disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial Rarekynd Malaysia.

Program yang digerakkan oleh Rarekynd Malaysia ini, turut mendapat kerjasama pihak lain termasuk adalah Minyak Bidara Paklong Man (penaja utama), Adabi, Hardamawt dan Westplate Factory.

Tambah Amaris, kejayaan sebelum ini juga telah mendorong dia untuk menjadikan program sebegini sebagai acara tahunan atau mungkin boleh dilaksanakan sepanjang tahun.

Bermula dari sembang kosong

Amaris Tyzo

Istimewa juga dalam program tahun ini Amaris turut bekerjasama dengan penyampai radio, Tyzo Xander menerusi Pertubuhan Kasih TYZO.

Siapa tahu program ini akan dijalankan sepanjang tahun dan tidak hanya tertumpu kepada bulan Ramadan sahaja.

Rezeki dapat bekerjasama dengan Tyzo. Memang hasrat dalam hati nak bekerjasama dan dengan izin Allah ia dipermudahkan. Kami berhubung dan dia juga mahu melakukan program sama.

Bermula daripada sekadar borak kosong, kemudian pertemuan di kedai kopi akhirnya kami setuju untuk sama-sama menggerakkan progam ini.

Berkongsi lanjut, menurut Amaris setiap perancangan yang dilakukan pasti akan ada cabaran.

Dalam masa sama dia juga berdepan dugaan terbesar kehilangan ibu tercinta iaitu Allahyarham Hajah Hasnah Sahli yang meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

Cabaran datang bersilih ganti. Saya juga baru kehilangan ibu baru-baru ini. Bagaimanapun saya tidak mahu kesedihan yang dilalui menjadi penghalang untuk melaksanakan program ini.

Semoga dengan rezeki yang dikongsi ini juga dapat memberi pahala buat arwah ibu dan ayah. Doa-doa mereka ini semua akan menjadi bekalan buat kita semua juga.

Sementara itu bercakap tentang perjalanan kerjaya seni, Amaris memberitahu dia tidak pernah meletakkan kata nokhtah terhadap dunia lakonan meskipun kini semakin sibuk dengan perniagaan.

Saya masih berlakon cuma tidak aktif seperti dahulu kerana tumpuan sekarang lebih kepada perniagaan.

Rasa cinta dan rindu terhadap dunia lakonan tidak pernah hilang. Jika ada tawaran yang sesuai pastinya saya sedia untuk kembali ke set penggambaran.

The post Putra Amaris, Tyzo Bergabung Kongsi Rezeki Sepanjang Ramadan first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Isa Isarb Sah Bergelar Suami Lisa Nosra, Serah Mas Kahwin RM300

$
0
0

Pempengaruh media sosial, Isa Isarb selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan, Lisa Nosra baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Influencer Isa Isarb Selamat Bertunang Dengan Gadis Pulau Pinang

Isa Isarb sah bergelar suami

Berita gembira itu dikongsikan Isa atau nama sebenarnya Isa bin Batharul Zaman menerusi video yang dimuat naik di platform media sosialnya. Isa memberikan mas kahwin berjumlah RM300 kepada isterinya Siti Nurliana Alisa binti Mohd Zakri.

Difahamkan, pernikahan Isa dan Nurliana atau lebih mesra dengan panggilan Lisa Nosra telah berlangsung di DD’NEZ Event Space di ibu kota dan majlis tersebut turut dihadiri oleh rakan terdekat serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Menurut Isa, majlis resepsi akan berlangsung selepas Hari Raya Aidilfitri.

Video yang dikongsikan telah menerima pelbagai reaksi daripada para peminat yang rata-ratanya meluahkan rasa syukur atas pernikahan tersebut. Mereka juga mendoakan agar rumah tangga Isa dan isteri bahagia, diberkati Allah SWT dan kekal hingga ke syurga.

Sekadar info, Isa dan Lisa yang berasal dari Pulau Pinang telah mengikat tali pertunangan pada 7 Januari lalu.

Video

@isaisarbofficialAlhamdulillah Nikah done, majlis lepas raya.? original sound – Isa Isarb

Sumber: TikTok Isa Isarb

The post [VIDEO] Isa Isarb Sah Bergelar Suami Lisa Nosra, Serah Mas Kahwin RM300 first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Ruhainies Tak Cari Lelaki Kaya, Pentingkan Sikap Bertanggungjawab

$
0
0

ruhainies lelaki kaya

Nama pelakon Ruhainies menjadi topik panas selepas didakwa bersekedudukan dengan penyanyi Aliff Aziz yang juga merupakan suami kepada aktres, Bella Astillah.

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz & Pelakon Wanita Enggan Buka Pintu, Jawi Terpaksa Hubungi Bomba – ‘Tiga Jam Tunggu Depan Rumah’

Artikel Berkaitan: Ruhainies Kongsi Foto Sejambak Bunga Ros Merah, Dakwa Ada Kenyataan Tidak Tepat Tersebar

Artikel Berkaitan: Kakak Pelakon Wanita Popular Datang Ke Kondominium Mewah Selepas Dihubungi

Kaya bukan pilihan utama

ruhainies lelaki kaya

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri yang sentiasa pantas sekiranya timbul kontroversi turut memuat naik video bersama Ruhainies. Menerusi video itu, Ruhainies dilihat mempromosikan tas tangan keluaran syarikat Aliff yang dijual dengan harga RM229.

Bukan itu saja, aktres berumur 32 tahun itu turut diajukan soalan sama ada benar dia akan memilih calon suami yang kaya saja.

Anis (panggilan Ruhainies) memang nak kahwin dengan orang kaya saja ke?

Menjawab pertanyaan itu, pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menyangkal dakwaan itu. Kata adik kepada pelakon Risteena, dia menginginkan bakal suami yang mempunyai sikap bertanggungjawab.

Mana ada. Korang ni kan! Saya tak kisah lelaki itu kaya ke tak asalkan bertanggungjawab. Itu yang susah nak cari.

@ohbulanofficial? Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Pada awal pagi Sabtu lalu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Kemudian, Aliff dan Ruhainies berjanji akan memberi penjelasan sebenar mengenai dakwaan ditangkap khalwat di rumah aktres itu.

Sumber: Instagram

The post [VIDEO] Ruhainies Tak Cari Lelaki Kaya, Pentingkan Sikap Bertanggungjawab first appeared on OHBULAN!.


[VIDEO] ‘Saya Rasa Marissa Ikut Ayah Dia, Masa Norman Kahwin Dulu Pun Saya Tak Tahu’ – Abby Abadi

$
0
0

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil memberikan sedikit komennya mengenai dakwaan anak perempuannya, Marissa Danial yang dikatakan sudah bernikah dengan jejaka pilihannya, Ahmad Aslam di Thailand.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Rasa Dah Mampu Berdiri Atas Kaki Sendiri..Kalau Perlukan Mama, Baliklah’ – Abby Abadi

Mungkin ada kelemahan dari saya

@buletin.tikt0k Replying to @Meloda?? Part 2. Credit : youtube GVV Studio #berandatiktok #berandafyp #bikinpanas #curang ? Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Menerusi potongan video daripada sesi podcast GVV Studio yang dikendalikan oleh pelakon, Datin Rabeeca Nur Al-Islam, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan itu mendedahkan dia sedikit ralat dengan apa yang telah berlaku.

Menurut Abby, sehingga ke hari ini dia dan keluarga masih belum mengetahui status sebenar di antara anaknya dan Aslam.

Mungkin adanya beberapa kelemahan daripada saya tetapi apa yang saya boleh cakap ialah saya berasa ralat sebab saya rasa anak saya buat keputusan yang salah.

Dia ada pilihan untuk dapatkan yang lebih baik.

Saya tak boleh paksa dia cuma, perkara ini masih belum selesai dan saya pun tak tahu apa status mereka.

Tambah Abby, dia ada menasihati Marrisa untuk mendaftarkan perkahwinan sekiranya benar sudah mendirikan rumah tangga di Thailand namun anak perempuannya itu masih belum berbuat demikian.

Saya tak tahu status mereka di sana (Thailand) macam mana. Tapi kalau dah nikah, bila balik Malaysia kenalah sahkan tapi masih tak jelas lagi.

Sebab ada orang pergi ke sana sah, ada orang pula tak sah. Kita pula bukan ahli yang pakar dalam hal ini

Saya dah ajak dia buat (pendaftaran) tapi dia kata dia akan buat dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan drama bersiri ‘Gerak Khas’ ini mengakui dirinya terkejut dengan penularan berita mengenai pernikahan anaknya itu.

Saya terkejut dan tergamam sebab dia pun tak ada bagitahu kami sekeluarga.

Dia sangat berahsia dan perkara itu berlaku dalam masa satu hari dan sangat di luar jangkaan kami.

Saya tak pasti apa yang membuatkan mereka untuk bertindak seberani itu”

Mungkin dia ikut ayah dia

Di akhir sedutan video tersebut, Abby dilihat sempat berseloroh dengan mengatakan perbuatan Marissa itu mirip sekali dengan bapanya, Norman Hakim yang bernikah dengan Memey Suhaiza pada 2011.

Saya rasa yang ini dia ikut ayah dia lah sebab masa Norman kahwin dengan Memey saya tak tahu.

Ni betul serius, masa mereka berkahwin dulu saya tak tahu, Lillahi Ta’ala.

Terdahulu, dakwaan mengatakan Marissa dan Aslam telah pun bernikah di Thailand pada 27 Disember tahun lalu menjadi tular dan meraih perhatian ramai.

Bukan itu sahaja, kakak kepada Misya iaitu Nadiah Mazlan juga mengesahkan mengenai berita perkahwinan tersebut ketika dihubungi OhBulan!.

Sebelum ini, Marissa juga pernah didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya sehingga pasangan itu hampir bercerai.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.

Walau bagaimanapun, dakwaan itu sekali lagi menjadi bualan ramai selepas tularnya beberapa video memperlihatkan Marissa dan Aslam melakukan sesi fotografi bersama bagi satu jenama pakaian tempatan.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya mengecam tindakan jenama pakaian tersebut malah mereka mendakwa Marissa tidak menjaga hati ibu bapanya dan isteri Aslam iaitu Misya Mazlan.

The post [VIDEO] ‘Saya Rasa Marissa Ikut Ayah Dia, Masa Norman Kahwin Dulu Pun Saya Tak Tahu’ – Abby Abadi first appeared on OHBULAN!.

Anak Minta ‘Selamatkan’ Ruhainies, Azhar Sulaiman Kata Lelaki Boleh Poligami –‘Ini Masalah Hati, Bukan Jenayah’

$
0
0

Pelakon Azhar Sulaiman menyifatkan apa yang berlaku antara aktres Ruhainies dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz hanyalah melibatkan soal hati.

‘Ini cuma masalah hati, bukan jenayah’

Menerusi satu hantaran di Instagram, Azhar berkongsi paparan skrin perbualannya bersama anak perempuan, Kasih Leia Ixora. Kasih meminta bapanya itu agar menyelamatkan Ruhainies yang telah diserang netizen dek isu ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz. Permintaan tersebut berikutan Azhar pernah mememang watak sebagai bapa kepada Ruhainies dalam drama Bintang.

Azhar berpendapat apa yang terjadi adalah disebabkan masalah hati dan ianya bukan satu jenayah. Tetapi apa yang menjadi pertikaian ramai adalah jawapan yang diberikan Azhar berhubung isu poligami.

Tak apa Kasih, ini cuma masalah hati, bukan jenayah. Lelaki kan boleh kahwin 4.

Susulan daripada itu, ada di antara wargamaya bersetuju dengan pendapat Azhar malah ada yang menyifatkan isu membabitkan Ruhainies dan Aliff Aziz bukanlah soal hati tetapi perbuatan mereka salah di sisi agama Islam.

Poligami memang halal tapi yang dia buat tu maksiat. Haram disisi agama.

Poligami sudah termaktub dalam syariat Islam. Namun tiada isteri yang sanggup berkongsi kasih.

Kalau mampu, bulan-bulan bagi nafkah tak ada kurang apa okay.

Perbualan Azhar dan Kasih

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Sumber: Azhar Sulaiman

The post Anak Minta ‘Selamatkan’ Ruhainies, Azhar Sulaiman Kata Lelaki Boleh Poligami – ‘Ini Masalah Hati, Bukan Jenayah’ first appeared on OHBULAN!.

Taiwan Mesra Muslim, Cukup 6 Hari Bikin Anda Jatuh Cinta! Menara 101, High Speed Rail & Taman Bunga Sakura Antara Yang Menarik

$
0
0

Salam Taiwan

Jauh perjalanan, luas pemandangan. Itu lah peribahasa yang paling sesuai bagi menggambarkan perasaan penulis ketika bercuti selama enam hari lima malam di Taiwan dalam kempen Salam Taiwan.

Artikel Berkaitan: Taiwan Lantern Festival 2024 Berlangsung Meriah Di Tainan! Cahaya Tanglung Naga Gergasi Dipancarkan Guna Tenaga Solar

Indahnya bumi Taiwan

Salam Taiwan

Sejujurnya, sebelum ini penulis akui sedikit asing apabila mendengar Taiwan dipilih menjadi lokasi pelancongan terutama kepada golongan Muslim. Namun, selepas penulis sendiri menjejakkan kaki ke negara tersebut, tanggapan yang terlintas sebelum ini meleset serta merta.

Hal ini kerana kempen Salam Taiwan telah membuka mata penulis mengenai perkembangan, kemudahan, makanan dan tempat menarik yang sememangnya mesra Muslim sekali gus penulis tidak lagi berasa bimbang.

Buat mereka yang merancang untuk menjadikan Taiwan sebagai lokasi percutian dan tidak tahu ke mana ingin pergi? Jom penulis kongsikan lokasi dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Penulis yakin dan pasti anda akan teruja! Cukup enam hari anda akan jatuh cinta dengan Taiwan!

Day 1: Jatuh cinta dengan Kaohsiung

Salam Taiwan

Selepas mengambil penerbangan dari Malaysia, penulis mencadangkan anda untuk mendarat di lapangan terbang Kaohsiung dan memulakan percutian anda di bandar kedua terbesar di Taiwan itu. Anda boleh singgah ke sebuah restoran yang menghidangkan pelbagai jenis pencuci mulut dan minuman iaitu REVE Cafe yang membawa maksud ‘mimpi’ dalam bahasa Perancis. Pastikan anda memesan air kopi yang sangat popular dan menjadi best seller di restoran itu, hilangkan dahaga di tekak selepas lima jam penerbangan.

Selepas itu, lokasi wajib seterusnya anda perlu ke i-Ride Kaohsiung bagi merasai pengalaman menyaksikan teater terbang visual 3D yang bergerak 360 darjah. Ketika menaiki i-Ride tersebut, anda akan dibawa ‘terbang’ menjelajah ke seluruh Taiwan termasuk melihat gunung-ganang, lautan, persisiran pantai, perkampungan kecil, suasana bandar dan banyak lagi! Jujur penulis katakan waktu menaiki i-Ride memang teruja dan ada momen menjerit.

Pada waktu petang, anda boleh singgah ke Pier 2 Art Centre. Ketika berada di situ, anda akan melihat dua ekor patung getah itik gergasi berwarna kuning di atas air, memang comel! Di lokasi sama juga boleh melakukan aktiviti air seperti berkayak. Terdapat juga beberapa gerai yang menjual makanan, minuman dan pakaian di kawasan berkenaan.

Selepas penat berjalan, anda boleh tambah semula tenaga dengan singgah ke sebuah restoran Muslim iaitu Chen Lili Indonesian yang menghidangkan makanan tradisi Indonesia. Memang sedap dan kenyang. Selepas penat berjalan, anda boleh berehat dan tidur di hotel empat bintang yang terletak di Kaohsiung iaitu Chateau De Chine Hotel.

Day 2: Naik feri, kubu tentera & rumah api

Salam Taiwan

Memasuki hari kedua, penulis mencadangkan untuk singgah ke beberapa lokasi bersejarah di Kaohsiung seperti Cijin Old Street, Star Tunnel, Qihou Fort dan Kaohsiung Lighthouse. Untuk ke lokasi tersebut, boleh menaiki feri di kawasan Sizihwan dan merasai pengalaman berlayar selama beberapa minit.

Ketika berada di Kaohsiung Lighthouse iaitu rumah api, anda bakal merasai pengalaman menyaksikan seluruh bandar Kaohsiung dari pemandangan yang tinggi, sangat tenang dan indah. Sementara itu, anda juga boleh singgah ke Qihou Fort yang mana merupakan kubu pertahanan tentera Taiwan beratus tahun dahulu.

Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, penulis berpeluang untuk mendirikan solat Jumaat di sebuah masjid yang terkenal di Kaohsiung. Jadi untuk lelaki Muslim anda tidak perlu risau. Paling seronok, terdapat sebuah kedai makan Muslim yang terletak bersebelahan dengan masjid tersebut, usai solat Jumaat boleh terus hirup sup daging panas.

Day 3: Tenangnya bandar Tainan

Salam Taiwan

Selesai bermalam dua hari di Kaohsiung, penulis menyarankan anda untuk pergi ke bandar Tainan. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit hingga 1 jam. Lokasi pertama yang anda boleh singgah ketika sampai sahaja di Tainan adalah Tainan Ten Drum Cultural Village.

Menurut sejarah, Tainan Ten Drum Cultural Village merupakan sebuah kilang lama yang memproses gula, namun pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menjadikan pusat tarikan pelancong. Antara aktiviti menarik di situ adalah flying fox, wall climbing, muzim Harry Porter, persembahan teater dan banyak lagi. Lokasi Tainan Ten Drum Cultural Village juga sangat tenang kerana dikelilingi dengan tumbuhan hijau dan terdapat kolam ikan.

Pada sebelah petang, anda boleh singgah ke sungai Anping. Di situ anda boleh menaiki bot atau dikenali sebagai canal cruise untuk dibawa bersiar-siar sepanjang sungai dan melihat keindahan suasana Anping. Paling seronok, anda akan dihidangkan dengan alunan muzik oleh seorang pemain saksofon. Difahamkan, sungai Anping merupakan sebuah sungai yang sibuk pada waktu pagi dan menjadi laluan para nelayan.

Sudah pasti seharian berjalan anda akan berasa lapar, justeru penulis mencadangkan anda untuk singgah ke Mamamia Asia Foods yang menghidangkan makanan asal Indonesia. Selain makanan yang sedap, pemilik kedai juga sangat peramah. Ketika berada di Tainan, anda disarankan untuk menginap di Queena Plaza Hotel yang diiktiraf sebagai hotel lima bintang.

Day 4: High Speed Rail ke Taipei

Salam Taiwan

Pada hari keempat, penulis ingin mengajak anda untuk menaiki kereta api berkelajuan tinggi iaitu High Speed Rail. Anda boleh naik dari stesen Chiayi menuju ke Taipei dan perjalanan hanya mengambil masa satu jam. Sekiranya anda menaiki kereta, difahamkan perjalanan ke lokasi sama bakal mengambil masa selama empat hingga lima jam. Kelajuan maksimum High Speed Rail adalah 350 km/jam.

Setibanya di Taipei, anda dinasihatkan untuk mengenakan baju yang tebal memandangkan suhu di bandar tersebut agak rendah, mencecah 9 darjah celcius pada satu-satu masa. Bandar Taipei sangat meriah dan sibuk dengan aktiviti harian penduduk memandangkan ia merupakan ibu kota Taiwan.

Tiba di Taipei, tidak sah kalau anda tidak singgah ke sebuah restoran halal yang menghidangkan mi tarik iaitu Halal Beef Noodle House. Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana cara pembuatan mi tarik. Selain mi yang menjadi tarikan utama, terdapat juga makanan sampingan lain seperti dumpling, jeruk dan lain-lain.

Selepas itu, anda boleh singgah ke Pineapple Cake DIY yang merupakan jenama kek nanas popular di Taipei dan memiliki sijil halal yang sah. Paling seronok, anda boleh adunkan dan menghasilkan kek nanas hasil air tangan sendiri. Kemudian, anda boleh pergi ke Rongjin Gorgeous Time Park untuk melihat taman bunga kecil sakura.

Sudah penat berjalan, penulis mencadangkan anda menikmati secawan kopi panas di sebuah kedai Turkiye iaitu Landing at Saturn Turkish Coffee. Uniknya cara menyediakan kopi tersebut, mereka memasak menggunakan pasir yang panas iaitu suhu mencecah 300 darjah celcius. Selesai layan kopi panas, anda boleh singgah ke sebuah restoran piza iaitu Gusto Pizza sebagai pilihan makan malam.

Tak lengkap percutian anda jika datang ke Taipei tetapi tidak singgah ke pasar malam yang sangat terkenal iaitu Raohe Night Market. Pasar sepanjang enam meter itu menjual pelbagai jenis makanan, minum, pakaian, aksesori dan macam-macam lagi. Pastikan bawa duit lebih, memang rambang mata. Penat berjalan, untuk malam keempat anda dicadangkan untuk menginap di Fuji Grand Hotel.

Day 5: Bunga Sakura & Grand Hotel

Salam Taiwan

Siapa kata sudah habis tempat menarik? Tidak lagi. Memasuki hari kelima, anda boleh melawat ke sebuah lokasi yang sangat terkenal untuk melihat keindahan bunga sakura yang tumbuh kembang mekar iaitu di Yangmingshan National Park. Untuk ke lokasi tersebut, anda perlu berjalan beberapa minit sebelum tiba di kawasan yang penuh dengan pokok bunga sakura yang berwarna-warni. Tiada kata lain selain rasa syukur melihat keindahan alam yang sangat menenangkan. Penulis jamin, anda akan jatuh cinta selepas melihat bunga sakura di depan mata.

Selesai berjalan di Yangmingshan National Park, anda kemudian boleh ke sebuah restoran yang menyediakan makanan Melayu iaitu Kunming Islamic Restaurant. Penulis cadangkan anda untuk memesan ikan siakap masak tiga rasa, tom yam campur, telur dadar dan nasi penuh. Memang nikmat, terubat rindu pada Malaysia!

Apabila tiba di Taipei, anda juga perlu singgah ke sebuah hotel yang sangat mewah iaitu Grand Hotel. Grand Hotel mula ditubuhkan sejak tahun 1952 dan masih beroperasi sehingga kini. Untuk rekod, ramai orang ternama dan bangsawan yang pernah menginap di hotel mewah tersebut, antaranya Perdana Menteri Singapura yang mengingap sebanyak 25 kali, Nelson Mandela dan ramai lagi.

Day 6: Menara 101

Salam Taiwan

Melengkapkan percutian, anda perlu singgah dan menyaksikan menara pencakar langit iaitu Taipei 101. Jangan lepaskan peluang anda untuk merakam gambar di hadapan menara tertinggi di bandar Taipei itu. Anda juga boleh membeli belah di bahagian dalam Menara 101.

Sebelum terbang pulang ke Malaysia, eloklah kiranya anda singgah menjamu selera di sebuah restoran yang menyediakan masakan masala iaitu di Masala Art. Walaupun berada di Taiwan tetapi bagai terasa berada di India setiap kali suapan makanan masuk ke mulut.

Sebagai kesimpulan, penulis berasa bangga apabila dapat mengenali bumi Taiwan yang sangat indah dan mesra Muslim. Mana tidaknya, di setiap lokasi yang penulis berhenti dan hotel yang menginap, kemudahan seperti surau, sejadah dan kiblat disediakan. Kalau soal makanan pula, terdapat banyak restoran halal di seluruh Taiwan, paling penting sedap dan kenyang!

Maka tidak hairan apabila seramai 437, 491 rakyat Malaysia dilaporkan melancong ke Taiwan dan menjadi lokasi percutian. Kerana Taiwan memang seronok! Jom Salam Taiwan.

The post Taiwan Mesra Muslim, Cukup 6 Hari Bikin Anda Jatuh Cinta! Menara 101, High Speed Rail & Taman Bunga Sakura Antara Yang Menarik first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Wujudnya Orang Ketiga Sebab Lelaki Beri Ruang Kepada Diri Sendiri & Partner Dia Tu’– Redza Rosli

$
0
0

redza rosli

Isu orang ketiga atau skandal sering kali menjadi perhatian ramai pihak terutamanya jika ia melibatkan selebriti atau personaliti media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Buat Masa Ni Tak Fikir Soal Cinta & Wanita’ – Redza Rosli

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Betul Aliff Masih Curang, Bella Kena Fikir Pasal Diri Sendiri’ – Sajat

Artikel Berkaitan: ‘Hancur Hati Saya, Dapat Panggilan Isteri Ditangkap Khalwat Di Rumah Sewa’ 

Hormati ruang

redza rosli

Menerusi sesi temu bual bersama Drama Sangat, pelakon kacak Redza Rosli juga turut meluahkan pendapat berhubung isu berkenaan.

Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Redza Rosli berkata, sebagai lelaki mereka seharusnya tidak membuka ruang kepada pihak ketiga untuk menjalinkan hubungan.

Tentang isu ini, wujudnya orang ketiga sebab pihak lelaki beri ruang pada diri sendiri dan juga partner dia yang ketiga tu.

Sebenarnya sebagai lelaki, kalau kita tak beri ruang, kita hormati ruang yang ada tu insyaAllah benda ini takkan wujud.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta itu selain turut memberi pendapat masing-masing.

Betul, tak ada istilah kawan antara lelaki dan wanita. Agama pun dah gariskan.

Salah seorang jangan melayan dan sedar diri, insyaAllah.

Dalam hal ini salah laki dan perempuan sebab kalau ada yang bersikap mesra ambil hati lalu di sambut dengan dada terbuka, bertepuklah tangan kedua-dua pihak jadi sebuah hubungan gelap gelita.

@dramasangat

Sebagai lelaki jika kita tak bagi peluang untuk wanita itu, confirm masalah ini tak akan wujud. – @redzarosli AKAN DATANG #WanitaSyurga ? #DramaSangat #TV3Malaysia

? original sound – dramasangat – dramasangat

Sumber: TikTok Drama Sangat

The post [VIDEO] ‘Wujudnya Orang Ketiga Sebab Lelaki Beri Ruang Kepada Diri Sendiri & Partner Dia Tu’ – Redza Rosli first appeared on OHBULAN!.

2024 Tahun Tuah Buat Amylea? Bakal Keluar Banyak Lagu Baru, Pilih Mila Jirin Bawa Lagu ‘Sandera’

$
0
0

Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan meluahkan rasa syukur kerana perkembangan kariernya untuk tahun ini berjalan dengan lancar dan seiring dengan apa yang diharapkan olehnya.

Artikel Berkaitan: ‘Memang Biadab! Membab* Buta Percaya Ni Tak Elok’ – Shila Amzah Selar Individu Fitnah Amylea

Artikel Berkaitan: Amylea Serah Soal Zuriat Kepada Takdir – ‘Ada Atau Tidak, Doakan Saya’

Rezeki tahun 2024

Menerusi temu bual secara eksklusif bersama OhBulan!, Amylea berkata, dia membuka lembaran tahun 2024 dengan momen yang sangat indah apabila berjaya memenangi Anugerah Lagu Tema Terbaik di Anugerah Telenovela menerusi lagu ‘Selagi Ku Ada’ nyanyian Nabila Razali dan Khai Bahar, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, lagu tersebut turut berjaya mara ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-38.

Alhamdulillah. Syukur sangat lagu saya diangkat sebagai pemenang Anugerah Telenovela dan berjaya mara ke pentas akhir AJL. Sekarang ini saya masih menanti hari. Saya akan keluarkan lebih kurang tujuh buah lagu dan empat daripadanya merupakan ost drama ‘Khunsa’ arahan Budak Ijat.

Untuk ost drama tersebut, saya bekerjasama dengan Hael Husaini, Norynn Aziz dan Mila Jirin. Projek ini semua saya dah rancang sejak enam bulan lalu. Dari segi pemilihan penyanyi, semua saya yang pilih.

Disoal sama ada susah ataupun senang apabila bekerjasama dengan Norynn, Hael dan Mila, Amylea secara ringkas menjawab semuanya berjalan dengan lancar dan sangat senang.

Saya rasa senang bekerja dengan mereka. Mereka hormat saya sebagai producer dan terima segala nasihat yang saya berikan. Mereka tak pernah degil atau pertikai apa yang saya suruh. 100 peratus mereka beri kepercayaan kepada saya dan itu membuatkan saya rasa dihargai dan sangat menghargai.

Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Kendati’ ini berharap semua lagu ciptaannya terutama untuk ost ‘Khunsa’ akan menjadi hits seperti lagu-lagunya dalam ost yang lain.

Setiap kali ada naskah daripada Abang Ijat, saya akan bincang dan duduk dengannya. Saya perlu pastikan audio dan visual tepat. Sebab nak zahirkan apa yang dia vision agak sukar. Saya sangat bangga dengan pihak produksi. Saya yakin dah buat sehabis baik, dan tak sabar tunggu reaksi penonton.

Di akhir temu bual, OhBulan! sempat bertanya kepada Amylea bagaimana dia boleh terdetik untuk bekerjasama dengan Mila memandangkan penyanyi itu kurang aktif menyanyi sebelum ini.

Ujar Amylea, dia sangat kagum dengan bakat, kualiti dan kebolehan yang Mila ada.

Walaupun ini kali pertama dia kembali aktif, saya dengar dia menyanyi lebih baik. Saya rasa orang akan terperanjat apa yang dia akan bagi nanti. Lagu dia berjudul ‘Sandera’.

Saya nampak dia bekerja keras, Mungkin sekarang dia ada ketenangan dan kelapangan untuk kembali aktif menyanyi. Mesti ramai tak sabar.

The post 2024 Tahun Tuah Buat Amylea? Bakal Keluar Banyak Lagu Baru, Pilih Mila Jirin Bawa Lagu ‘Sandera’ first appeared on OHBULAN!.

Bawa Charly Datang Malaysia Untuk Rai Staf, Ejen & Stokis, Usahawan Zetty Tajuddin Pasang Impian Mahu Tebus Pasaran Indonesia

$
0
0

Pemilik nama Zetty Tajuddin meluahkan rasa syukur kerana dapat menjayakan sebuah majlis ‘A Night with Charly Van Houtten’, baru-baru ini.

Menurut Zetty, majlis tersebut merupakan majlis pertama yang dilakukan olehnya sebagai tanda penghargaan buat semua staf, ejen dan stokis ‘Betty Beauty’ yang sentiasa menyokong perniagaannya.

Fokus semua rangkaian produk

Menerusi temu bual bersama OhBulan! Zetty berkata, tahun ini merupakan tahun yang sesuai buat dirinya untuk melakukan ‘come back’ dalam bidang perniagaan.

Saya bersyukur dapat buat majlis seperti ini. Sebenarnya saya tidur dalam sejam sahaja untuk fikir mengenai majlis ini. Maklumlah, ini majlis pertama yang diadakan secara besar-besaran. Nasib baik saya ada suami, keluarga dan sahabat yang tolong.

Saya rasa tahun 2024 saya perlu buat come back dengan jenama saya sendiri iaitu Betty Beauty. Walaupun jenama ini sudah wujud pada tahun 2017, saya rasa sudah tiba masanya untuk ia berkembang. Fokus saya sekarang untuk semua rangkaian produk kosmetik dan kecantikan.

Kalau orang tanya kenapa nak all out sekarang, saya ada alasan tersendiri. Sebelum ini, saya sibuk supply produk dan saya beri fokus terhadap jenama lain.

Berbicara lebih lanjut, sebagai pengasas produk, Zetty mengakui dia mempunyai matlamat dan sasaran untuk jenama yang diusahakan olehnya ini.

Ujar Zetty, dia mahu memperluaskan empayar Betty Beauty di beberapa buah negara misalnya, Indonesia dan Singapura. Di samping itu, dia mahu lebih ramai ejen dan stokis menyertai pasukannya.

Kenal sejak lapan tahun lalu

Disoal mengenai pemilihan MUA Bellaz sebagai duta produk yang terbaru ‘Trio Sticks’, Zetty memberitahu bahawa Bella merupakan rakan baiknya. Mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak lapan tahun yang lalu.

Saya dengan MUA Bellaz dah lama berkawan dan lama kenal. Alhamdulillah. Bella bawa brand ni daripada tahun 2017. Kami kawan pun dah lapan tahun.

Menurut MUA Bellaz pula, dia suka dan senang bekerja dengan Zetty.

Saya senang kerja dengan dia. Dia tak ada masalah. Sejenis yang okay sahaja. Dia faham saya itu yang penting. Sebab saya bukan mudah nak ambil satu-satu brand. Kena tengok jadual semua dahulu. Lagi satu, dia pandai ikut situasi. Tahu waktu kawan dan bisnes. Sebenarnya ini pelancaran produk kedua saya bersama Zetty.

Diminta untuk mengulas mengenai keistimewaan produk Zetty di mata Bella, anak kelahiran Kedah ini memberitahu harga produk yang dijual oleh Betty Beauty sangat mampu milik dan semua orang boleh beli. Di samping itu, design dan kualiti produknya sangat bagus.

Di akhir temu bual, Zetty berharap jenamanya ini mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat.

Sekadar info, majlis tersebut diadakan di Courtyard By Marriot Setia Alam. Kemunculan Charly di akhir majlis ternyata mencuri perhatian 500 tetamu yang hadir. Penyanyi dari Indonesia itu menyanyikan beberapa buah lagu ‘hitsnya’ iaitu Aku Terjatuh, Jangan Pernah Berubah, Puteri Iklan dan beberapa lagi.

The post Bawa Charly Datang Malaysia Untuk Rai Staf, Ejen & Stokis, Usahawan Zetty Tajuddin Pasang Impian Mahu Tebus Pasaran Indonesia first appeared on OHBULAN!.

Teruja Sambut Ramadan Sebagai Isteri, Amylea Tak Kisah Ulang Alik Singapura Jumpa Suami

$
0
0

Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan memberitahu dia belum merancang untuk menetap sepenuhnya di Singapura bersama suami tercinta.

Artikel Berkaitan: ‘Memang Biadab! Membab* Buta Percaya Ni Tak Elok’ – Shila Amzah Selar Individu Fitnah Amylea

Artikel Berkaitan: Amylea Serah Soal Zuriat Kepada Takdir – ‘Ada Atau Tidak, Doakan Saya’

Anggap ada dua rumah

Menerusi temu bual secara eksklusif bersama OhBulan!, Amylea berkata, dia dan suami, Mohammad Aqbar bin Mohamad belum berfikir soal tersebut memandangkan suaminya boleh bersara lebih awal nanti.

Sebenarnya dia boleh bersara lebih awal lagi beberapa tahun. Jadi, memang kami akan fikir sebaik-baiknya. Zaman sekarang ekonomi paling penting. Nak buat pemilihan nak menetap dekat mana buat masa sekarang sangat susah. Sekarang kami tak kisah, saya okay kalau pergi sana (Singapura) dan dia okay kalau nak datang sini (Malaysia).

Saya anggap kami ada dua rumah. Lagipun kerja saya agak fleksibel. Saya ada kelonggaran dari segi masa. Dia pula kerja dengan kerajaan jadi ada shift.

Disoal mengenai bulan Ramadan yang hampir tiba, pelantun suara ‘Kendati’ ini memberitahu dia terlibat dengan beberapa undangan persembahan. Tambah Amylea, dia akan ke Singapura apabila urusan kerjanya sudah selesai.

Bulan puasa saya terlibat dengan kerja. Bila tak ada, saya akan ke sana. Raya pula saya akan berada di sana. Di mana tempat adanya suami saya. Dari segi persiapan semua saya buat dekat sini. Tak ada persiapan sangat pun.

Diminta untuk mengulas mengenai perasaan bakal berpuasa dan beraya sebagai isteri, Amylea mengakui dia berasa sangat teruja.

Dulu kalau boleh pilih warna baju sesuka hati. Sekarang kena bincang. Dia tak cerewet cuma tak biasa nak bergaya. Tapi apa yang saya nampak, dia lebih enjoy dengan fesyen selepas berkahwin. Mula-mula degil, lama-lama dia faham. Walaupun dia sekadar menemani saya pergi majlis.

Pada hujung tahun lalu, Amylea sah bergelar isteri kepada pegawai bomba dari Singapura itu. Dengan sekali lafaz, Amylea dan Mohammad Aqbar atau mesra disapa Ash selamat disatukan.

Dalam majlis secara tertutup, Amylea menerima mas kahwin senaskhah al-Quran, telekung dan hantaran bernilai RM8,888. Angka itu dipilih sebagai lambang cinta infiniti dua pasangan sejoli itu.

The post Teruja Sambut Ramadan Sebagai Isteri, Amylea Tak Kisah Ulang Alik Singapura Jumpa Suami first appeared on OHBULAN!.


#OBCallingFoodies: Rai Ramadan Dengan Hidangan Mesra Muslim Pertama oleh TIEN by PUTIEN

$
0
0

Pejam celik pejam celik, akhirnya bulan Ramadan sudah tiba. Di awal-awal bulan puasa ni, pasti korang semua terfikir nak berbuka dekat mana nanti bersama keluarga, rakan mahupun pasangan. Betul tak?

Untuk #OBCallingFoodies kali ini, kami nak beri cadangan dekat korang mengenai sebuah restoran yang menarik di pusat beli-belah KLCC.

Makanan sedap, harga berpatutan!

Kalau korang nak tahu, restoran popular PUTIEN telah membuka cawangan pertamanya iaitu TIEN by PUTIEN. Restoran ini menyajikan pelbagai menu mesra Muslim yang pertama bagi jenama ini.

Terletak di aras 4, restoran yang kelihatan selesa ini boleh menempatkan lebih daripada 100 orang. Terbahagi kepada beberapa bahagian, korang boleh pilih sendiri nak duduk di bahagian mana. Siap ada ruang peribadi lagi!

Berbicara mengenai menu, kami disajikan dengan set meal untuk empat orang yang bernilai RM560. Untuk hidangan pertama, kami dihidangkan dengan set pembuka selera. Hidangan pembuka selera ini terdiri daripada octopus, braised tofu, braised bamboo shoots, dan rumpai laut PUTIEN’s yang pertama.

Kemudian, pihak restoran menghantar sup rumpai laut yang dicampurkan dengan ketam dan tauhu untuk kami. Istimewa sup ini ialah rumpai laut yang digunakan sangat  fresh dan sedap!

Selepas menikmati sup, tiba masanya untuk kami menikmati beberapa hidangan utama iaitu udang goreng bijirin, ikan siakap goreng dengan asam, keladi goreng manis, daging masak lada hitam dan nasi goreng seafood.

Berdasarkan menu utama yang dihidangkan, udang goreng bijirin, ikan siakap goreng asam dan keladi goreng manis menjadi tiga  hidangan utama pilihan kami! Mana taknya, saiz udang yang agak besar bersama bijirin yang terlalu banyak membuatkan kami berasa puas untuk menikmati hidangan tersebut.

Sama juga ikan siakap yang disajikan. Fresh, besar dan rasa asam yang secukupnya. Keladi pula walaupun rupanya seakan keropok lekor, rasanya tidak mampu digambarkan.

Sambil makan dan menikmati view dalam restoran dan kawasan di sekeliling KLCC, kami dihidangkan pula dengan pencuci mulut. Segmen pencuci mulut ini membuatkan kami teruja seperti kanak-kanak. Nama menu pencuci mulut yang disajikan pada masa itu ialah Chilled Lemongrass Jelly with Fruits bernilai RM13.

Serendah RM228

Sekadar info, Tien menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus kepada mereka yang membuat tempahan awal sempena bulan Ramadan. Sebarang tempahan boleh dilakukan menerusi panggilan telefon, kiriman Whatsapp dan juga walk in. Berkaitan harga pula, set paling murah bernilai RM228 diikuti RM560, RM1088, RM1388 dan RM2188.

The post #OBCallingFoodies: Rai Ramadan Dengan Hidangan Mesra Muslim Pertama oleh TIEN by PUTIEN first appeared on OHBULAN!.

‘Tak Pernah Buat Hubungan Suami Isteri Depan Anak, Shuib Suka Bergurau’– Watie Hanifiah

$
0
0

Baru-baru ini, nama anak kepada Shuib iaitu Mateen menjadi sebutan netizen susulan video dirinya melakukan aksi kurang sopan ketika bapanya sedang merakam podcast ‘OkLetsGo’ bersama beberapa orang kenalan.

Artikel Berkaitan:[VIDEO] ‘Aksi’ Selamba Mateen Buat Netizen Terkejut, Netizen Tegur Shuib Jawab ‘Aku Dekat Rumah Ada Bela Kuda

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Watie menjelaskan mengenai isu video tersebut.

Tak pernah ‘bersama’ ketika anak ada

Menurut Watie, dia dan Shuib tidak pernah melakukan hubungan intim di hadapan anak-anak.

Dia bukan ikut sebab daddy dia ke. Daddy dan mommy dia tak pernah ‘bersama’ di saat anak ada. Selalunya selepas anak pergi sekolah. Jangan risau.

Disoal pula mengenai kenyataan Shuib mengenai ‘dekat rumah ada bela kuda’, Watie secara ringkas menjawab suaminya itu sekadar bergurau.

Shuib suka bergurau. Mungkin reaksi Shuib itu bergurau sebab nampak aksi itu seperti kuda.

Watie yang ditemui ketika Riviera Raya Lebaran Collection Fashion Presentation 2024 di Maison Fiziwoo, Setiawangsa, baru-baru ini turut berkata, mereka pernah tegur Mateen berhubung perkara tersebut.

Mateen tak tahu dia viral pasal benda itu. Sebenarnya sebelum ini Mateen pernah buat dan kami juga pernah tegur. Dia dah lama tak buat, mungkin waktu itu kebetulan dia buat.

Sebelum ini, Shuib turut meminta maaf kepada rakan-rakannya. Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut memberi teguran dan menganggap apa yang dilakukan oleh Mateen itu bukanlah suatu perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka.

The post ‘Tak Pernah Buat Hubungan Suami Isteri Depan Anak, Shuib Suka Bergurau’ – Watie Hanifiah first appeared on OHBULAN!.

Azharina Terima Anugerah ‘Women Of Inspiration of Sabah Award 2024’

$
0
0

Penyanyi, Azharina Azhar meluahkan rasa syukur kerana menerima anugerah Women Of Inspiration of Sabah Award 2024 di Sabah International Convention Center (SICC), semalam.

Artikel Berkaitan: Rezeki Tak Putus! Azharina Syukur Terima Banyak Undangan Show Daripada VVIP, Siap ‘Request’ Lagu Irama Klasik

Artikel Berkaitan: ‘Boleh Ke Ingat Kalau Dah Buat Beribu Persembahan?’ – Azharina Jawab Isu Menipu Tak Pernah Nyanyi Lagu ‘La Bamba’

Hadiah hari jadi

Menerusi temu bual secara eksklusif bersama OhBulan! Azharina berkata, usaha dan penat lelahnya selama ini berhasil apabila berjaya merangkul anugerah tersebut.

Tambah Azharina, anugerah berprestij seperti itu bukan senang untuk diperoleh kerana ia berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh Persatuan Industri Kecil & Sederhana Wanita Sabah (IKSnita).

Ujar pelantun suara ‘Rawan’ ini, dia menganggap pengiktirafan yang diberikan itu sebagai hadiah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna untuk tahun ini.

Kebetulan saya dapat anugerah ini sehari sebelum hari lahir saya yang ke-39 iaitu hari ini (11 Mac). Saya bersyukur sangat. Semua ini rezeki yang Allah bagi dan rezeki anak-anak saya juga. Selama menjadi anak seni, saya melalui pelbagai fasa turun dan naik. Bukan semuanya indah. Namun, saya yakin bahawa setiap percaturan Allah itu ada baiknya.

Bagi saya tahun 2024 ini merupakan masa untuk saya membuka lembaran hidup yang baru dan fokus dalam apa jua saya lakukan. Menjadi seorang yang memberi inspirasi kepada orang lain seiring dengan anugerah yang diterima bukanlah suatu perkara yang mudah. Jadi, saya perlu berusaha dan kerja lebih keras lagi.

Azharina yang ditemani ibu dan adik perempuannya ketika menghadiri majlis tersebut turut berkongsi kata-kata semangat buat usahawan wanita di luar sana untuk terus berjaya.

Buat usahawan wanita di luar sana, teruskan apa yang kamu lakukan. Jangan sesekali patah semangat. Ingat, setiap usaha yang kamu lakukan sekarang, pasti akan mendatangkan hasil. Cuma cepat atau lambat sahaja. Lagi satu, hati sentiasa perlu ikhlas ketika melakukan apa jua pekerjaan.

Di akhir temu bual, OhBulan! sempat bertanya mengenai perkembangan karier Azharina untuk tahun ini. Jelas Azharina, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran muzik video untuk lagu terbarunya. Di samping itu, dia juga mempunyai sebuah lagu lain yang bakal dilancarkan pada tahun ini juga.

Sejak hujung bulan lalu, saya ulang alik Sabah untuk urusan kerja. Alhamdulillah, rezeki tak putus-putus masuk tahun ini. Lebih terharu, baru-baru ini dua syarikat produksi beri tawaran untuk saya berlakon.

Mereka telefon pembantu peribadi saya ketika saya berada di Sabah. Saya terpaksa tolak dengan cara yang baik kerana jadual saya pada waktu itu sangat padat.

The post Azharina Terima Anugerah ‘Women Of Inspiration of Sabah Award 2024’ first appeared on OHBULAN!.

Mila Jirin Buat ‘Comeback’ Selepas 8 Tahun Menyepi, Hadiah ‘Sandera’ Untuk Peminat

$
0
0

Setelah lapan tahun menyepi, penyanyi dan usahawan Mila Jirin akhirnya membuat ‘come back’ dalam industri seni.

Menerusi temu bual secara eksklusif bersama OhBulan!, Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 37, berkongsi mengenai lagu barunya yang berjudul ‘Sandera’. Tahniah!

Artikel Berkaitan: 2024 Tahun Tuah Buat Amylea? Bakal Keluar Banyak Lagu Baru, Pilih Mila Jirin Bawa Lagu ‘Sandera’

Kembali aktif menyanyi

Menurut Mila, semuanya bermula apabila dia melakukan cover beberapa buah lagu di TikTok. Pada waktu itu juga, dia sudah berhasrat untuk kembali aktif menyanyi.

Dah lama betul saya tak menyanyi dan recording lagu. Mula-mula saya cover lagu Dawai dekat TikTok dan bagitahu dekat suami nak buat come back. Dia kata okay dan kami rancang nak cari material. Tiba-tiba bulan Disember tahun lalu, Amylea Whatsapp saya dan bagitahu ada lagu yang sesuai untuk saya.

Bulan Januari terus kami buat demo dan bulan lalu kami buat full recording. Siapa sangka, semalam saya dah lancarkan lagu tersebut di semua platform media sosial.

Tambah Mila, lagu ‘Sandera’ ini sangat sesuai dengan jiwanya apatah lagi, dia sudah lama mengimpikan lagu bergenre big ballad seperti ini.

Lagu ini kena dengan jiwa saya. Memang antara yang saya tunggu. Bagi saya ini big ballad dari segi emosi dan lirik dia. Saya suka lagu macam ini. Saya rasa seperti orang mengantuk disorongkan bantal. Lagu ini tunjuk sisi kematangan saya dari segi pembawakan, emosi dan tone suara.

Saya duduk dan berbincang dengan Amylea masa awal-awal dapat lagu ini. Saya cuba relate dengan kisah seorang isteri yang sanggup korbankan segalanya untuk suami. Masa menyanyi saya cuba bercerita dan merintih.

Di samping itu, anak kelahiran Pulau Pinang ini turut meluahkan rasa syukur kerana hasratnya untuk bergiat aktif dipermudahkan oleh Allah.

Saya rasa bersyukur sangat. Masa Amylea tanya dan Whatsapp, saya kata biar betul? Sebab saya baru nak start gear satu, tiba-tiba terus gear lima. Perancangan Allah memang hebat.

Teringin nak buat ‘A Night with Mila Jirin’

Disoal sama ada pergi ke kelas vokal atau tidak, Mila secara ringkas menjawab dia tidak mengikuti mana-mana kelas vokal sebaliknya, hanya melakukan latihan sendiri di Dewan Bizmilla.

Sebenarnya saya bukan berhenti menyanyi sepenuhnya. Cuma tak masuk recroding saja.

Bercerita lebih lanjut, Mila mengakui dia perlu membahagikan masa selepas ini untuk kerjaya seni, keluarga, dan perniagaan.

InsyaAllah itu antara yang dibincangakan dengan suami sebab anak sekolah. Saya cuba bahagikan masa dari segi kerja saya sebagai pengurus syarikat, isteri, ibu dan juga penghibur.

Pelantun suara ‘Persis Mutiara’ ini turut meluahkan hasratnya yang terpendam selama ini. Jelas Mila, dia teringin untuk mengadakan sebuah majlis yang diberi nama ‘A Night with Mila Jirin’.

Saya dah lama nak buat majlis seperti itu. Tetapi lagu belum cukup. Saya nak ajak peminat makan malam sambil menyaksikan saya melakukan persembahan. Sekarang ini, saya kena fokus untuk mengeluarkan lebih banyak lagu. Saya juga teringin nak bekerjasama dengan Stacy, Akim dan rakan-rakan yang lain.

Walaupun tak aktif menyanyi, saya ikuti perkembangan mereka. Saya juga berhubung dengan beberapa orang komposer baru untuk dapatkan lagu.

Di akhir temu bual, Mila turut meluahkan hasrat untuk bekerjasama dengan komposer terkenal iaitu Ajai.

Ajai merupakan komposer otai. Kalau tiada abang Ajai, tiada ‘Persis Mutiara’. Sebenarnya saya segan nak approach nama besar. Saya fikir banyak kali ada orang nak terima saya ke? Kalau abang Ajai bagi lagu dekat saya, saya nak.

Bagi pendapat saya, komposer di Malaysia ni mereka tahu penyanyi mana yang boleh bawa lagu mereka. Kalau ada rezeki untuk saya, Alhamdulillah. Saya nak juga pelbagai sentuhan dan variasi dalam muzik saya.

Sandera

The post Mila Jirin Buat ‘Comeback’ Selepas 8 Tahun Menyepi, Hadiah ‘Sandera’ Untuk Peminat first appeared on OHBULAN!.

Siti Khadijah Akui Terasa ‘Sunyi’, Doa Agar Dipertemukan Jodoh – ‘Usia Saya Dah 27 Tahun’

$
0
0

Pelakon jelita, Siti Khadijah Halim tampil menjelaskan sebab dirinya mengirimkan doa agar dipertemukan jodoh menerusi ruangan komen di Instagram (IG) pelakon, Aniq Suhair baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Tiada Niat Nak Burukkan Sesiapa, Siti Khadijah Tampil Mohon Maaf

Diri terasa ‘sunyi’

Ketika ditemui OhBulan!, Khadijah mengakui dirinya berasa sunyi apabila melihat rakan-rakan sebaya sudah mendirikan rumah tangga.

Tambah Siti, perkahwinan juga merupakan salah satu target hidup baginya memandangkan usianya sudah menjangkau 27 tahun.

Saya sudah pun berusia 27 tahun dan salah satu matlamat hidup saya adalah untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga.

Nak kata keluarga mendesak itu tidaklah tetapi mungkin sebab saya rasa ‘lonely’ sebab kebanyakan kawan saya semua dah kahwin dan ada anak.

Saya rasa macam, ‘Bila lah saya pula nak hantar kad jemputan kahwin saya pada mereka’.

Siti berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama-drama TV3 ‘Rara Macam Dulu-Dulu’ sempena sambutan Ramadan dan Syawal bertempat di Glamhall, Damansara.

Ketika ditanya mengenai kriteria lelaki idamannya, pelakon drama ‘Rumah Siti Khadijah’ ini mendedahkan bahawa dia mahukan seorang lelaki yang matang.

Saya mahukan seorang lelaki yang lebih berusia daripada saya, matang serta stabil dari segi emosi dan juga kewangan.

Tapi yang paling penting ialah matang sebab saya tak suka nak layan perangai kebudak-budakkan.

Saya mungkin seorang yang sangat kuat bila bersendiri tetapi saya perlukan seorang lelaki lebih dominan dalam kehidupan saya.

Sekadar info, Siti Khadijah memegang watak utama dalam drama ‘Wanita Syurga’ bersempena sambutan Ramadan dan Syawal ‘Rara Macam Dulu-Dulu’ yang bakal bersiaran pada 15 Mac ini.

Komen Siti Khadijah

The post Siti Khadijah Akui Terasa ‘Sunyi’, Doa Agar Dipertemukan Jodoh – ‘Usia Saya Dah 27 Tahun’ first appeared on OHBULAN!.

Viewing all 34768 articles
Browse latest View live