Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 34944 articles
Browse latest View live

[VIDEO] Bella Astillah Rancang Mahu Rakam Semula Lagu Diari Ramadan Rafique –‘Ada Yang Baru Tahu Saya Penyanyinya’

$
0
0

Bella Astillah

Sebut sahaja drama popular Diari Ramadan Rafique, sudah pasti yang terlintas di fikiran kita adalah runut lagu (OST) drama tersebut yang menjadi siulan setiap kali tibanya bulan puasa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Betul Aliff Masih Curang, Bella Kena Fikir Pasal Diri Sendiri’ – Sajat

Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Capaikan Cita Cita Kak Long’ – Bella Astillah Bangga Didi Jadi Pramugari

Rakam versi baharu

Bella Astillah

Mungkin ada segelintir yang baru tahu bahawa lagu tersebut sebenarnya dinyanyikan oleh pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 29.

Menurut Bella, dia ada perancangan untuk merakamkan semula lagu berkenaan memandangkan versi lama dirakam ketika usianya 12 tahun.

Lagu itu kan sudah lama, tapi setiap kali bulan puasa mesti ada yang baru tahu sayalah penyanyinya. Ada juga yang cakap “eh, Bella awak ke yang nyanyi?

Saya nyanyikan lagu itu ketika umur saya 12 tahun. Itu yang versi lama, versi asal. Andai ada kesempatan dan rezeki mungkin saya akan rekod semula lagu tersebut. Perancangan keluarkan versi baharu memang ada.

Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu berkata dia ada menerima undangan untuk membuat persembahan menyanyikan lagu berkenaan.

Dapat jemputan untuk menyanyikan lagu itu pun ada. Cuma saya tak terima lah, sebab versi yang itu versi lama kan.

Sekadar info, drama Diari Ramadan Rafique musim pertama ditayangkan pada 2006 dan mendapat sambutan yang hangat oleh penonton TV3 ketika itu.

Pada musim pertama, drama ini mendapat sambutan baik apabila mencatat rating 2.8 juta penonton. Drama ini kembali menemui penonton dengan tajuk Diari Ramadan Rafique Reunion yang disiarkan pada Mei 2019.

The post [VIDEO] Bella Astillah Rancang Mahu Rakam Semula Lagu Diari Ramadan Rafique – ‘Ada Yang Baru Tahu Saya Penyanyinya’ first appeared on OHBULAN!.


‘Suami Orang Menggatal Aku Maki Terus, Tak Kisahlah Pelakon Atau Kru’– Puteri Balqis

$
0
0

aqish curang

Pelakon berbakat besar, Puteri Balqis kecewa dengan sikap segelintir individu yang sanggup berlaku curang dan menjadi orang ketiga dalam perhubungan seseorang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Takut, Tak Tahu Kesabaran Ini Sampai Bila’ – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang & Aktres Wanita Dicekup Berkhalwat Di Kondominium Mewah?

Artikel Berkaitan: Netizen Terpukau Dengar ‘British Accent’ Puteri Balqis, Harap Bergandingan Dengan Zahirah MacWilson – ‘Sedaplah Dengar Dia Cakap’

Nasihat Aqish

aqish curang

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish meluahkan pendapatnya terhadap isu keretakan rumah tangga yang berpunca daripada orang ketiga.

Menurut pelakon drama Rampas Cintaku ini, ianya adalah lumrah apabila seorang aktres perlu bekerjasama dengan aktor atau kru yang berstatus suami orang. Namun, sebagai seorang wanita seharusnya perlu mengelak daripada menjalinkan hubungan terlarang dengan lelaki sudah beristeri.

One thing, bila berada dalam industri, tak kira usia sama ada belasan tahun atau lebih berumur, kita berhadapan dengan pelakon-pelakon lelaki dan kru-kru lelaki yang berstatus suami orang.

Kalau lelaki tak boleh setia, kita sebagai wanita, kasihanilah isteri-isteri mereka yang mengharapkan kesetiaan. Kita yang kena kuatkan diri.

Dalam masa yang sama, pelakon berusia 17 tahun ini menitip nasihat agar setiap selebriti wanita menjadi lebih tegas jika mereka digoda demi menjaga maruah dan rumah tangga yang telah dibina.

Elakkan mengada-ngada atau cuba menggoda mereka. Kalau mereka cuba hampir dengan kita dan bukan kerana urusan kerja, lari.

Nyoroklah mana-mana, belakang lori ke, duduk dalam bilik atau kereta.

Kalau aku, suami orang menggatal, aku maki terus. Tak kisahlah pelakon ke kru. Hati dan perasaan isteri mereka lebih penting.

Bagaimanapun, Aqish tidak menyebut nama mana-mana individu berhubung hantaran berkenaan.

Terdahulu, industri hiburan tempatan digemparkan dengan berita dua orang pelakon telah didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu kota pada pagi Sabtu.

Sumber: IG Puteri Balqis

The post ‘Suami Orang Menggatal Aku Maki Terus, Tak Kisahlah Pelakon Atau Kru’ – Puteri Balqis first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Tak Perlu Sebarkan Malu & Aib Orang, Hanya Tuhan Boleh Menilai’– Fathia Latiff

$
0
0

fathia aib

Pelakon Fathia Latiff berpendapat aib dan malu mana-mana individu tidak perlu disebarkan kepada umum biarpun telah melakukan kesalahan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Masih Berdendam Dekat Dua Orang Bodoh Tu’ – Fathia Latiff

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Kongsi Foto Peluk, Dukung Dengan Aiman Hakim Ridza – ‘Akan Berhenti Selepas Awak Minta Maaf’

Biar Allah nilai

fathia aib

Menerusi Instagram (IG), Fathia meluahkan pandangan peribadinya tanpa memetik mana-mana berita atau nama individu terlibat.

Fathia, 36, akui berasa sedih melihat campur tangan orang luar dan baginya hanya Allah SWT boleh menilai.

Kita manusia, buat kesalahan… saya tahu ia berbunyi tipikal, hanya Tuhan boleh menilai. Tak perlu sebarkan malu dan aib orang. Tak kisah la dia artis, atau pun orang biasa.

Saya sedih dengar fasal berita ini, bukan sedih sebab orang itu melakukan perlakuan itu. Tak perlu sebarkan, kalau kes macam ini, diam-diam. Buat dekat belakang kamera. Media tak payah campur.

Bagi saya sendiri, contoh kes orang fitnah, perlakuan suami isteri… benda itu tak perlu sebarkan. Saya pernah alaminya dan saya rasa benda itu tak perlu sebarkan.

Kecuali kalau awak rasa terancam, awak boleh sebarkan. Tapi untuk memalukan, menyebarkan benda tak baik, aib orang.. itu tak perlu sebarkan.

Simpan kejahatan orang lain

fathia aib 2

Tambah pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff, semua orang mempunyai hak untuk bersuara namun tidak  boleh sewenang-wenangnya mengunakan kebebasan itu untuk menyebarkan perkara tidak baik.

Kita semua masyarakat Malaysia, semua orang boleh lontarkan pendapat dan bersuara. Tetapi bukanlah mengecam atau menghina. Contoh kalau orang itu serang kita, kita mesti nak serang orang itu balik kan.

Tak kan kita nak diam saja. Melainkan orang itu, memilih untuk mendiamkan diri. Kalau dia nak mendiamkan diri, untuk hak dia. Macam saya sendiri, saya rasa terancam, saya nak lindungi diri saya.

Saya cuba sampaikan pendapat saya… tapi tak perlulah nak sebarkan kejahatan orang. Bukan saya nak tunjuk pandai, pendapat saya… walaupun kau artis, memang kita ada freedom, kita perlu tahu untuk gunakan kebebasan suara itu.

Boleh saja kau nak cakap fasal sesiapa, tapi kalau dah menganiaya diri itu, bila kau bersuara, okay tak apa. Sebab dia dah buat sesuatu kesalahan dekat kau dan menganiayai. Tapi (sebaliknya) dia dah tak buat dekat kau, tapi kau cuba sebarkan cerita buruk dia.

Dalam pada itu, pelakon drama Hani juga berharap tidak berlaku salah guna kuasa hanya untuk bercakap mengenai orang lain.

Sumber: Instagram

The post [VIDEO] ‘Tak Perlu Sebarkan Malu & Aib Orang, Hanya Tuhan Boleh Menilai’ – Fathia Latiff first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Rozita Che Wan Sambut ‘Birthday’ Ke 51 –‘Nampak Tua Ke Muda Tak Penting, Nak Sihat Je’

$
0
0

Rozita Che Wan

Dramatis popular, Rozita Che Wan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-51 pada 9 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Dilahirkan Memang Bukan Anak Orang Senang’ – Rozita Che Wan

Artikel Berkaitan: Rozita Che Wan Syukur Dapat Semula Akaun Instagram – ‘Tak Sia-Sia Naik Turun Pejabat SKMM’

Utamakan kesihatan

Rozita Che Wan

Bersempena dengan hari yang bermakna itu, Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta berkongsi sepotong video di TikTok memperlihatkan dia meraikan hari ulang tahun kelahirannya dengan memegang sebiji kek dan berlatar belakangkan balon yang berwarna-warni.

Menerusi ruang kapsyen, Che Ta berkata di usianya yang ke-51 dia sudah tidak memikirkan tentang penampilan, sebaliknya hanya mahu kesihatannya terjaga dan berada dalam keadaan baik.

Aduh, bila usia begini kesihatan yang penting. Nampak tua ke muda ke dah tak penting bagi kami (saya).

Apa yang saya nak, sihat tubuh badan dan sentiasa bersama orang-orang yang tersayang. Betul tak hampa (anda semua)?

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meninggalkan ucapan selamat ulang tahun kepada Che Ta dan mendoakan kesejahteraan buatnya.

Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya yang mengatakan wajah dramatis itu tidak kelihatan seperti orang yang  sudah berusia 51 tahun dan memuji masih kelihatan cantik.

Video

@rozitachewan1 Aduhhhhhhhh ! Bila dh usia mcm gini , kesihatan yg penting ! Nampak tua ka nmpak ok lagi ka, tu dh tk penting bg kami .. apa yg kami nak, sihat tubuh badan dan sentiasa bersama dgn org2 yg tersayang .. betui dak hampa? . #cheta #rcw #rozitachewan #51yrsold #9mac ? Seperti Mati Lampu Aida_Saskia Fart 1 – ?ZioBANDUNG?

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Rozita Che Wan Sambut ‘Birthday’ Ke 51 – ‘Nampak Tua Ke Muda Tak Penting, Nak Sihat Je’ first appeared on OHBULAN!.

‘Arwah Mak Terima Saya Ikhlas Walaupun Status Saya Pernah Berkahwin & Ada Anak’– Shila Amzah

$
0
0

shila ibu mentua

Penyanyi, Shila Amzah menyifatkan arwah ibu mentuanya, Rohani Jamal sebagai seorang wanita yang penyayang.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Kacau Ubai’ – Gosip Pelakon Wanita Buat Shila Amzah Bimbang Sampai Terbawa Dalam Mimpi

Artikel Berkaitan: Tak Perasan! Ubai Tergigit Getah Sayur Masa Makan Ayam Masak Lemak Shila Amzah

Pendapat Shila

shila ibu mentua

Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Shila atau nama sebenarnya Nur Shila Amir Amzah menjawab pertanyaan daripada salah seorang pengikutnya tentang suami yang bergelar ‘anak mak’.

Shila kemudian membalas persoalan tersebut dengan mendedahkan sikap arwah ibu mentuanya yang sentiasa mendahulukan kebahagiaan anak-anak.

Ubai pun sayang sangat arwah mak tapi dia bukan mommy’s boy. Ada beza la.

Tak salah sayang mak kita baguslah, tapi macam arwah mak dulu memang jenis siapa pun anak dia kahwin, arwah memang tak bagi duduk dengan dia.

Dia memang bagi anak-anak dia pilih apa dia orang nak dalam hidup, asalkan dia orang gembira.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 33 tahun tersebut mengagumi ketulusan hati ibu mentuanya yang sudi menerima dirinya sebagai menantu.

Samalah masa Ubai mula-mula cakap dengan arwah mak dia nak kahwin dengan saya. Arwah mak dulu terima saya dengan ikhlas walaupun status saya dah pernah berkahwin dan ada anak seorang.

Pelantun lagu Memori Tercipta ini juga berpendapat bahawa didikan ibu bapa merupakan salah satu faktor kepada pembentukan keperibadian seseorang.

Pendek kata, terpulang macam mana mak bapa didik dia. Kalau memang tahu tanggungjawab, susur galur yang sepatutnya insyaAllah okay.

Sekadar info, Ubai dan Shila selamat mendirikan rumah tangga mereka alam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos yang lalu.

Imbas kembali, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun disahkan bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Instagram Shila Amzah

The post ‘Arwah Mak Terima Saya Ikhlas Walaupun Status Saya Pernah Berkahwin & Ada Anak’ – Shila Amzah first appeared on OHBULAN!.

Nak Travel Ke Singapura? Ini 5 Tempat Shopping & Acara Menarik Yang Korang Boleh Enjoy Dekat Sana!

$
0
0

Singapura dikenali sebagai pusat perdagangan dunia dengan pusat beli-belah yang mewah dan ada juga menawarkan pelbagai lokasi serta aktiviti menarik yang boleh korang lakukan tanpa perlu berbelanja besar tau!

Ha…siapa ada plan nak travel ke Singapura? Kalau ada, boleh je teruskan niat tu sebab dekat sana banyak tempat dan barangan yang korang boleh shopping tau! Harga pun berpatutan dengan kualiti barangan yang dijual. Selain itu, ada juga acara-acara yang best dekat sana yang korang boleh join!

Nak tahu dekat mana? Ini min dah listkan satu-satu untuk korang!

1. Love Bonito – reka bentuk pakaian yang sesuai untuk orang Asia

Kredit: https://www.lovebonito.com/sg/

Mesti ada yang pernah dengar tentang jenama ini kan? Ha..kalau korang nak tahu ia adalah jenama yang berasal dari Singapura. Barangan dan gaya-gaya mereka dihasilkan dengan kualiti yang mantap! Selain itu, pereka Love Bonito sangat komited dalam menyempurnakan potongan pakaian yang sesuai dengan bentuk badan wanita Asia.

Kiranya korang beli pakaian atau barangan mereka, korang boleh je pakai dan style kan dalam kehidupan seharian!

Lokasi:

1. ION – Flagship Store – 2 Orchard Turn #B3-02 S238801

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10am-10pm)

2. VivoCity – 1 HarbourFront Walk #02-07A S098585

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (11am-10pm)

3. Funan – 107 North Bridge Road #02-09 S179105

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (11am-10pm)

2. Pearly Lustre – koleksi barang kemas mutiara

Kredit: https://pearlylustre.com/

Dah alang-alang ke Singapura, rugilah kalau korang tak cari barang perhiasan mewah dengan koleksi yang ada di Pearly Lustre ni kan?

Menariknya tentang jenama ini adalah dimana ia direka dengan mutiara tulen yang terbaik! Jenama ini juga telah mencipta sistem “5S” iaitu Shine, Size, Shape, Surface, Shades untuk memastikan barang kemas mutiara itu dibuat dengan kombinasi harga dan kualiti terbaik. 

Design tak payah cakap lah, memang sangat trendy dan bergaya untuk si pemakai tau. Ha, siapa nak beli untuk diri sendiri atau nak bagi hadiah dekat orang tersayang tu, korang boleh lah datang sini!

Lokasi:

1. Pearly Lustre Flagship Store – 313@Somerset

Waktu Operasi: Setiap hari (11am-9pm)

2. Pearly Lustre @ Tang Plaza – TANGS at Tang Plaza

Waktu Operasi: Setiap hari (11am-9pm)

3. Pearly Lustre @ Design Orchard

Waktu Operasi: Setiap hari (11am-9pm)

3. prettyFIT – kasut selesa & trendy

Kredit: https://www.prettyfit.com.sg/

prettyFIT ini merupakan jenama fesyen kasut yang sentiasa mengikuti trend dan mencerminkan wanita yang yakin dan bebas berinovasi tau! Kira macam korang boleh mengekspresikan individualiti dengan unik dan tersendiri lah…

Kalau korang rasa nak try kasut yang selesa, boleh dapatkan di sini sebab rekaannya digabungkan dengan pelbagai teknologi untuk  menjadikan kasut  lebih lembut, menyeronokkan, dan selesa bila dipakai.

Siapa yang belum ada lagi koleksi dari prettyFIT ni, boleh lah dapatkan satu!

Lokasi: 

1. Bugis Junction – 200 Victoria Street

2. Century Square – 2 Tampines Central

3. CityLink Mall – 1 Raffle Links

4. Adriana Yariqqa – koleksi lebaran 2024

Kredit: https://www.adriannayariqa.com/collections/2024-aylebaran

Korang dah plan ke baju raya tahun ni nak pakai design dan jenama apa? Ha…kalau belum! Korang kena beli koleksi dari Adriana Yariqqa untuk lebaran tahun ni! 

Dari lelaki, wanita dan kanak-kanak, semua ada tau! Kalau korang rasa macam tak sure dengan saiz atau pun design mana yang korang nak, boleh buat appointment untuk ke butik mereka yang ada di Singapura tu terus. 

Tengok depan-depan barulah puas hati kan! 

Lokasi: 8, Jalan Pisang, 199075 Singapore

5. Fenomena – Dato’ Sri Siti Nurhaliza LIVE in Singapore

Kredit: https://www.sistic.com.sg/

Terkenal dengan suaranya yang merdu dan persembahan yang menawan hati, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menjanjikan pengalaman konsert yang melangkaui genre dan membawa penonton ke dalam dunia muzik yang indah. 

Ha…mana semua sitizoners dan peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza tu? Kalau korang tak sempat nak beli tiket dan hadir ke konsert beliau di Malaysia pada sabtu ini, apa kata korang cepat-cepat beli tiket untuk menyaksikan persembahan beliau di Singapura pada Jun ini. 

Klik SINI untuk dapatkan tiket.

Dah puas shopping dan berjalan tu, boleh lah try makan dekat restoran ini pulak!

1. Harummanis 

Kredit: https://harummanissg.com/

Bertemakan resepi dan makanan tradisional orang Melayu, restoran Harummanis membawa konsep yang lebih tenang dan indah. Masakan dan menu nya macam mana pula? Eh, mestilah sedap kan!

Kalau dah sampai sana nanti, korang tak try memang rugi. Ada pelbagai menu yang ada di sana termasuk lah ikan salai, sayur nangka, udang galah dan macam-macam lagi!  Sedapnyaaa….

Lokasi: 37 Sultan Gate Singapore 198485

2. Restoran Padi Busorrah 

Kredit: https://www.padibussorah.com/

Datang dengan family besar, rakan-rakan tapi tak tahu nak makan dekat mana? Ini tempat yang sesuai guys! Korang tinggal pilih je nak makan apa, resepi melayu, western semua ada!

Tapi min rekomen korang makan hidangan melayu tempatan di restoran ni. Nak tau kenapa, haa sebab rasa dia memang sangat autentik. Lagipun semua hidangan ni dibuat dengan bahan-bahan segar tau. So, rasa tu memang berkualiti dan sedap lah…

Jangan lupa untuk ke sini dan cuba sendiri!

Lokasi: 53 Bussorah St, Singapore 199469

Fuhh semua best-best! Korang boleh book tiket flight ke Singapura sekarang dengan Malaysia Airlines guys!

Dah excited ke tu? Siapa yang belum beli tiket penerbangan ke Singapura tu, boleh cepat-cepat membuat pembelian dengan Malaysia Airlines sekarang.

Harga penerbangan pun murah, hanya bermula dari RM259 sehala tau! Jadi, kalau taknak terlepas harga ini, korang boleh buat tempahan tiket sekarang sebelum promosi berakhir pada 17 Mac 2024  ini dan nikmati perjalanan penerbangan sehingga 30 November 2024!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web Malaysia Airlines.

The post Nak Travel Ke Singapura? Ini 5 Tempat Shopping & Acara Menarik Yang Korang Boleh Enjoy Dekat Sana! first appeared on OHBULAN!.

‘Jangan Keruhkan Keadaan, Ia Sama Sekali Bukan Tangkap Basah’– Ruhainies

$
0
0

Pelakon Ruhainies menegaskan bahawa kontroversi membababitkan dirinya dan penyanyi, Aliff Aziz bukanlah disebabkan isu ‘tangkap basah’ seperti didakwa ramai.

‘Bukan tangkap basah’

Menerusi satu hantaran di IG Story, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas meluahkan rasa kesal terhadap satu portal hiburan tempatan yang menggunakan tajuk, ‘Masih Tiada Penjelasan Lanjut, Ruhainies Perlu Masa Untuk Selesaikan Isu Tangkap Basah’.

Ingin saya perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam ‘content’ supaya tidak menimbulkan spekulasi lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan keadaan.

Ia sama sekali ‘bukan tangkap basah’. Sehingga kini, saya masih belum berikan apa-apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan dalam media bukanlah kenyataan daripada saya dan tidak tepat.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Risteena itu juga berharap agar mana-mana pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengelirukan yang boleh mengeruhkan keadaan.

Ruhainies juga meminta kerjasama daripada semua pihak agar tidak menaburkan fitnah sebaliknya menunggu kenyataan rasmi daripadanya.

Saya mohon media tidak menulis apa-apa yang boleh mengundang provokasi atau fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi.

Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab.

Sumber: Instagram Ruhainies

The post ‘Jangan Keruhkan Keadaan, Ia Sama Sekali Bukan Tangkap Basah’ – Ruhainies first appeared on OHBULAN!.

Akui Tak Jaga Sensitiviti Ambil Marissa Dania & Ahmad Aslam Sebagai Model, Butik Pakaian Tampil Buat Permohonan Maaf

$
0
0

Akibat mendapat kecaman yang teruk daripada wargamaya gara-gara menampilkan Marissa Dania dan Ahmad Aslam sebagai model pakaian, jenama pakaian muslimah iaitu Jelita Wardrobe tampil membuat permohonan maaf di Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: Kakak Dakwa Misya Tak Tahu Marissa Terlibat Sama Sesi ‘Photoshoot’, Geram Adik Jadi Bahan ‘Marketing’ Jenama Pakaian?

Permohonan maaf

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jelita Wardrobe (@jelitawardrobe)

Menerusi hantaran tersebut, pihak Jelita Wardrobe membuat permohonan maaf di atas perbuatan mereka yang dianggap tidak sensitif dan tidak menjaga sensitiviti sesetengah pihak.

Dalam pada itu, Jelita Wardrobe juga menjelaskan bahawa pihaknya berpegang teguh dengan etika dan telus dalam semua tindakan yang mereka lakukan.

Jelita Wardrobe satu jenama yang berpegang teguh terhadap etika dan ketelusan dalam semua tindakan yang mementingkan keselesaan dan keharmonian kepada pelanggan kami.

Kami sangat memandang serius dan mengambil tanggungjawab atas isu yang sedang tular.

Kami dengan rendah diri dan seikhlas hati memohon maaf kepada pihak terlibat di atas tindakan yang telah menyinggung sensitiviti segelintir pihak.

Kami mengambil isu ini sebagai satu pengalaman dan pengajaran untuk masa hadapan.

Dengan ini, kami sekali lagi dengan rendah diri ingin memohon maaf di atas kesilapan dan akan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Sementara itu, hasil tinjauan OhBulan! mendapati akaun TikTok rasmi jenama pakaian berkenaan sudah pun lenyap susulan kontroversi tersebut.

Difahamkan, segelintir wargamaya bertindak ‘report’ hantaran video serta akaun TikTok rasmi mereka.

Terdahulu, tindakan Jelita Wardrobe yang memuat naik video Marissa dan Aslam sebagai model pakai mereka telah menyebabkan mereka menerima kecaman hebat daripada wargamaya.

Dalam masa yang sama, Jelita Wardrobe turut mengambil isteri pertama Aslam iaitu Umisya sebagai model tanpa memaklumkan mengenai pembabitan Marissa.

Rata-rata netizen juga menyifatkan mereka sebagai tiada empati selepas tergamak menggunakan krisis rumah tangga orang lain untuk kepentingan perniagaan mereka.

Aplikasi X

Sumber: Instagram Jelita Wardrobe, Aplikasi X 

The post Akui Tak Jaga Sensitiviti Ambil Marissa Dania & Ahmad Aslam Sebagai Model, Butik Pakaian Tampil Buat Permohonan Maaf first appeared on OHBULAN!.


Perkongsian Video Ibu Bella Astillah Undang Sebak –‘Jika Lelaki Itu Menyakitkan Hatimu Pulanglah Ke Pangkuan Keluargamu..’

$
0
0

Kisah rumah tangga pelakon Bella Astillah dan suami, Aliff Aziz mendapat perhatian ramai selepas penyanyi lelaki kelahiran Singapura itu ditangkap berkhalwat bersama pelakon, Ruhainies baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Dah Sampai Masa Bella Fikirkan Diri Sendiri & Cari Kebahagiaan Hakiki’ – Mila Jirin

Video dikongsi ibu Bella

Terbaharu, ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Zarinah ada memuat naik satu video memaparkan momen-momen dia dan suami bersama anak kesayangannya itu, Bella. Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah kata-kata yang tertulis pada video tersebut.

Pesan ibu, jika lelaki itu menyakitkan hatimu pulanglah ke pangkuan keluargamu, mereka akan selalu ada untukmu.

Meskipun Zarinah atau lebih mesra dengan panggilan Eina tidak menjelaskan secara terperinci namun hantaran tersebut seolah-olah memberi bayangan berkaitan dengan kontroversi yang membabitkan rumah tangga anaknya.

Terdahulu, media melaporkan suami kepada Bella iaitu Aliff Aziz ditangkap berkhalwat bersama seorang pelakon wanita iaitu Ruhainies di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Einaastillah (@einaastillah)

Sumber: Eina Astillah

The post Perkongsian Video Ibu Bella Astillah Undang Sebak – ‘Jika Lelaki Itu Menyakitkan Hatimu Pulanglah Ke Pangkuan Keluargamu..’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Dr Say Gesa Mangsa Curang Bebaskan Diri –‘Once A Cheater Will Always Be A Cheater’

$
0
0

dr say isu curang

Sabtu lalu, industri hiburan tanah air digemparkan dengan berita dua orang pelakon didakwa berkhalwat di salah sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Kontroversi tersebut mendapat perhatian ramai pihak termasuk doktor perubatan dan personaliti media sosial Dr Say Shazril.

Artikel Berkaitan: ‘Suami Orang Menggatal Aku Maki Terus, Tak Kisahlah Pelakon Atau Kru’ – Puteri Balqis

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Wujudnya Orang Ketiga Sebab Lelaki Beri Ruang Kepada Diri Sendiri & Partner Dia Tu’ – Redza Rosli

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Pandang Jelik Atau Hina Wanita Bersalin Caesar, Bagi Saya Sangat Tak Berasas’ – Dr Say

‘Manusia susah berubah’

dr say isu curang

Menerusi perkongsian di TikTok, Dr Say percaya bahawa manusia sukar untuk berubah terutama jika pernah bermain kayu tiga di belakang pasangan mereka berkali-kali.

Sekali lagi negara kita dikejutkan dengan kisah seorang suami yang curang kepada isterinya dan ini bukan kali pertama dia curang.

Bak kata Maya Angelou, apabila seseorang menunjukkan kepada anda siapa diri mereka, percayalah mereka pada kali pertama. Maksudnya sekiranya seseorang itu pernah kantoi curang, percayalah dia akan buat sebab manusia ini susah nak berubah.

Saya tahu apa yang saya cakap ini boleh ‘backfire’ kepada diri saya sendiri. Nauzubillah, tetapi ‘it is what it is, once a cheater will always be a cheater’.

Menurut Dr Say adalah lebih baik mengutamakan kebahagiaan diri sendiri terlebih dahulu, kerana tindakan berdiam diri dari masalah tersebut hanya akan menjejaskan emosi dan mental.

Jadi kepada mereka yang mungkin berdepan dengan pasangan sebegini cukuplah berdiam diri menyembunyikan kesakitan yang anda hadapi dan bebaskan diri daripada emotional and mental torture sebab pada akhirnya diri anda lebih penting daripada orang lain.

Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang anak ini turut menasihati individu yang menjadi mangsa curang supaya tidak lagi memberi peluang kepada pasangan mereka.

Baik kepada wanita mahupun lelaki. Saya percaya yang manusia ni susah nak berubah. Kena sekali mungkin boleh dimaafkan tapi kalau dah kena dua, tiga atau berkali-kali, anda hanya menyakiti diri sendiri.

Buat langkah yang bijak dan pergilah. Mungkin susah sebab anak-anak tapi bukankah lagi sayu bila anak-anak tengok mak menangis seorang diri, terkapai-kapai seorang diri? You are better than this.

@say_shazril0

Baik kepada wanita mahupun lelaki. Sy percaya yg manusia ni susah nak berubah. Kena sekali mungkin boleh dimaafkan tapi kalau dah kena dua, tiga atau berkali-kali, you are only hurting yourself. Make the wise move and walk away. Mungkin susah sebab anak2 tapi bukankah lagi sayu bila anak2 tengok mak menangis seorang diri, terkapai2 seorang diri? You are better than this.

? what was I made for? – Instrumental – Wheeler

Sumber: TikTok Dr Say

The post [VIDEO] Dr Say Gesa Mangsa Curang Bebaskan Diri – ‘Once A Cheater Will Always Be A Cheater’ first appeared on OHBULAN!.

‘Kita Kawal Dia Pun, Kalau Ada Tetap Ada’ – Alyah Hormat Privasi Ramli MS, Amal Surah Al-Fatihah & Kursi Sebelum Keluar Bekerja

$
0
0

Meskipun isu curang sering berlaku dalam rumah tangga pasangan selebriti, namun penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia tidak pernah membuka dan memeriksa telefon bimbit suaminya iaitu Datuk Ramli MS sepanjang lebih 10 tahun berkahwin.

Artikel berkaitan: Tok Ram Diserang Vertigo Di Singapura, Tak Sempat Sambut Hari Lahir Alyah – ‘Doakan Kesihatan Tok Ram Ya’

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Anggap Saya Wanita Lindungan Kaabah, Sebab Saya Pun Ada Angin Juga’ – Alyah

Serah pada Tuhan

Menurut Alya atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 43, dia menyerahkan segala urusan rumah tangganya kepada Allah dan memohon agar hubungan mereka terpelihara.

Saya tak boleh nak jangka masa depan saya. Apa yang boleh dikatakan, saya banyak belajar daripada pengalaman. Kalau kita kawal dia (suami) pun, kalau ada tetap ada.

Amalkan baca surah

Selain itu, Alyah turut berkongsi amalan wajibnya membaca ayat Kursi dan al-Fatihah sebelum mereka keluar bekerja.

Jadi, saya selalu kalau suami keluar atau saya keluar (bekerja) saya memang tinggalkan Al-Fatihah serta ayat Kursi untuk dia.

Itu saja dan yang ke depan-depannya, saya tak tahu. Itulah yang saya buat dan tanyakan pada emak saya.

Hormat privasi suami

Katanya lagi, pelantun lagu Sesal Separuh Nyawa ini tidak pernah mengambil tahu tentang privasi Ramli kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada Tuhan.

Malah, saya juga memang tidak pernah buka telefon suami dan saya pun tak pernah terfikir nak buka atau periksa sebab yakin Allah Maha Tahu.

Meskipun suaminya sering bekerjasama dengan kebanyakan penyanyi wanita, Alyah percaya doa orang teraniaya akan dimakbulkan dan amat bersyukur rumah tangganya tidak berdepan dengan masalah.

Alyah berkata demikian ketika majlis pelancaran produk Twomee sekaligus melantik penyanyi itu sebagai duta yang diadakan di Royale Chulan Damansara, baru-baru ini.

The post ‘Kita Kawal Dia Pun, Kalau Ada Tetap Ada’ – Alyah Hormat Privasi Ramli MS, Amal Surah Al-Fatihah & Kursi Sebelum Keluar Bekerja first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Alif Teega Dipuji Contoh Suami Baik, Layankan Aisyah Hijanah Mengidam Makan Piza Sebelum Bersalin

$
0
0

Alif Teega

Sepotong video memperlihatkan pempengaruh islamik, Alif Teega yang melayani permintaan isterinya iaitu Aisyah Hijanah mengidam untuk makan piza telah mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Teega Jaga Hati Aisyah Hijanah, Enggan Kongsi Gambar Isteri Kedua Di Media Sosial – ‘Mudaratnya Lebih Besar’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mesra Bersuap-Suapan & Luang Masa Di Taman, Ramai Doakan Alif Teega & Aisyah Hijanah Kekal Bahagia

Ngidam piza

Alif Teega
Menerusi hantaran di TikTok, Alif berkongsi momen dia membelikan piza untuk isterinya beserta kapsyen “mengidam piza sebelum bersalin”.

Dalam video berkenaan, Aisyah kelihatan gembira menikmati makanan tersebut bersama Alif di sebuah kedai.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji sikap Alif yang sentiasa mengutamakan isterinya dalam apa jua keadaan.

Dalam masa sama, wargamaya turut menitipkan doa kepada Aisyah agar urusannya untuk bersalin dipermudahkan.

Difahamkan, Aisyah sedang menunggu hari untuk menyambut cahaya mata ketiga.

Untuk rekod, Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Alif kemudian membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mengumumkan sudah bernikah kali kedua dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fatin pada November tahun lalu.

Video

@alifteega Semoga dimudahkan buat isteri @aisyahhijanah ? Jiwa Yang Bersedih – DENII


Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Alif Teega Dipuji Contoh Suami Baik, Layankan Aisyah Hijanah Mengidam Makan Piza Sebelum Bersalin first appeared on OHBULAN!.

Risteena Lebih Tahu Kejadian Sebenar, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Netizen Fitnah Ruhainies

$
0
0

Pelakon Risteena enggan mengulas lebih lanjut berhubung kontroversi membabitkan adiknya, Ruhainies dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz.

Artikel Berkaitan: Ruhainies Kongsi Foto Sejambak Bunga Ros Merah, Dakwa Ada Kenyataan Tidak Tepat Tersebar

‘Ruhainies sangat okay sekarang dan sangat tenang’

Ketika dihubungi OhBulan!, Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas mengakui tidak terganggu apabila diserang netizen disebabkan kontroversi yang melanda. Tambahnya lagi, itu merupakan asam garam yang perlu dilalui sebagai anak seni.

Sejujurnya sedikit pun saya tidak rasa terganggu apabila diserang atau timbulnya spekulasi yang berlaku sekarang. Sebab saya faham kehidupan sebagai seorang public figure akan sentiasa berhadapan dengan situasi sekarang.

Menceritakan perkembangan adiknya, Risteena berkata Ruhainies berada dalam keadaan baik dan tenang. Malah mereka sekeluarga kini menjalani kehidupan seperti biasa.

Ruhainies sangat okay sekarang dan sangat tenang. Kami menjalani kehidupan seharian kami macam biasa saja. Saya tidak pernah peduli dengan apa yang dikatakan kerana saya lebih mengetahui kejadian yang sebenar yang berlaku.

Cuma lebih baik saya serahkan pada Ruhainies dan Alif yang menceritakan sebab diorang lebih layak dalam kes ni.

Sementara itu, Risteena meminta orang ramai berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang spekulasi yang berbaur fitnah kerana tindakan akan diambil kepada mereka yang terlibat.

 Cuma netizen perlu berhati hati dalm berkata kata, sebab selepas kes ni selesai, sekiranya ada fitnah dari netizen, akan diambil tindakan pada diorang. Pihak Ruhainies telah pun screenshot semua fitnah yang dilemparkan buat masa sekarang.

Pada awal pagi Sabtu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

The post Risteena Lebih Tahu Kejadian Sebenar, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Netizen Fitnah Ruhainies first appeared on OHBULAN!.

Kejutan Menjadi! Suami Uyaina Arshad Tak Tahu Jantina Anak Tapi Tekaan Tepat – ‘Sama Macam Mengandung Dulu’

$
0
0

uyaina anak kedua

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengumumkan bahawa dia dan suami, Raja Syahiran bakal menimang bayi lelaki tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Berat Hati Tolak Tawaran Mengacara Di Indonesia, Risau Bersalin Awal & Fikir Prosedur Dokumentasi Leceh

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uyaina Arshad Dedah Gadis Pinjam Baju Tak Ada ‘Common Sense’ – ‘Bau Ketiak & Ada Kesan Bocor Darah Kering’

Usia kandungan cecah 7 bulan

uyaina anak kedua

Ketika ditemui OhBulan! Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad memaklumkan bahawa suaminya tidak berkesempatan untuk menemaninya semasa melakukan pemeriksaan kandungan.

Setiap kali buat pemeriksaan, setiap kali itu dia tak ada..dia mesti akan ke mana-mana. Tapi masa awal-awal tu ada pergi sama-sama tapi waktu itu belum nampak apa-apa lagi.

Pada saya ‘gender reveal’ ini lebih kepada dia sebenarnya, sebab saya dah tahu.

Bagaimanapun, Syahiran terlebih dahulu dapat meneka jantina bayi mereka apabila melihat perwatakan dan juga bentuk badan Uyaina seakan sama seperti kehamilannya yang pertama.

Saya nampak perwatakan dia ketika hamil dahulu dengan sekarang lebih kurang. Saya nampak bentuk badan dia pun macam dia mengandungkan Urhan dahulu. Jadi sebab itu saya rasa anak lelaki juga.

Dalam pada itu, pasangan selebriti ini turut mengucapkan rasa syukur kerana bakal menyambut anak kedua mereka yang dijangkakan lahir pada Mei nanti.

Saya sangat bersyukur. Saya sebagai ibu sebenarnya saya hanya berharap anak saya sihat, sempurna akal dan fikirannya.

Syukur Alhamdulillah, lelaki atau perempuan saya terima seadanya. Mana-mana ibu bapa pun kalau dapat sepasang (anak) mereka mesti akan suka. Macam kami, kami dapat kedua-duanya lelaki pun Alhamdulillah. Mungkin dia boleh jaga adik-adik yang lain, jaga maknya dan neneknya.

InsyaAllah saya juga berharap dapat jadi bapa yang baik untuk anak-anak saya, menjadi seorang pemimpin untuk mendidik mereka.

Duta produk

uyaina babyayo

Sementara itu, Uyaina juga telah dilantik menjadi duta produk BabyAyo sekaligus melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Berries Gummy Kids Vitamin.

Acara yang langsung di Star Boulevard, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh ahli keluarga, rakan selebriti dan pempengaruh yang rata-rata mengenakan busana serba putih.

Saya rasa tak banyak jenama tempatan di Malaysia menekankan produk kesihatan untuk kanak-kanak. Ini adalah untuk imunisasi anak-anak kita.

Saya beritahu mereka saya mahu lihat terlebih dahulu bahan-bahan produk ini, berapa lama proses R&D (penyelidikan dan pembangunan), kemudian saya ambil tahu tentang keselamatan anak-anak.

Setelah berbincang dengan Syahiran, Alhamdulillah produk ini menepati serta melepasi ekspektasi dan piawaian kami.

Sekitar akhir tahun lalu, Uyaina memaklumkan tentang kehamilannya di media sosial yang telah memasuki trimester kedua pada ketika itu.

Untuk info, Uyaina mendirikan rumah tangga dengan Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan yang kini berusia setahun lima bulan.

The post Kejutan Menjadi! Suami Uyaina Arshad Tak Tahu Jantina Anak Tapi Tekaan Tepat – ‘Sama Macam Mengandung Dulu’ first appeared on OHBULAN!.

Dahlia Rizal Beri ‘Greenlight’ Imran Aqil Kahwin Dua – ‘Kena Lagi Lawa Daripada Saya’

$
0
0

Pempengaruh media sosial terkenal, Dahlia Rizal terbuka sekiranya suaminya, Imran Aqil ingin menikah satu lagi namun dikenakan satu syarat.

Artikel berkaitan: Dahlia Rizal Beli Kereta Mercedes-Benz, Netizen Respon – ‘True Definition Lepas Kahwin Rezeki Lagi Melimpah’

Artikel berkaitan: [VIDEO] Gosok Tudung Isteri Sampai Berlubang, Netizen Terhibur Lihat Reaksi Wajah Imran Aqil – ‘Muka Member Dah Cuak’

Kahwin usia muda

Menerusi perkongsian di TikTok @beauteloungepublika, Dahlia berkongsi sedikit pesanan buat wanita-wanita yang mahu menamatkan zaman bujang pada usia muda.

I think its depends, kalau you dah jumpa the right one and dia dah ada stable job, stable income and boleh jaga you saya mengalukan untuk kahwin awal.

Tapi kalau you tak jumpa lagi and you are not mentally ready, if ada sikit convenience you rasa nak break up maybe not.

Bagi izin tapi bersyarat

Sementara itu, Dahlia disoal sama ada dia memberi keizinan andai suaminya ingin tambah bini.Sementara itu, Dahlia disoal sama ada dia memberi keizinan andai suaminya ingin tambah bini.

Saya pernah bergurau cakap dekat dia sebab kita tak tahu hati Allah yang pegang.

Dalam pada itu, Imran memberitahu sukar untuk mencari wanita yang secantik isterinya.

Susah nak jumpa. Tak jumpa langsung. So sekarang misi mencari lah ni.

Sumber: TikTok @beauteloungepublika

The post Dahlia Rizal Beri ‘Greenlight’ Imran Aqil Kahwin Dua – ‘Kena Lagi Lawa Daripada Saya’ first appeared on OHBULAN!.


Festival Ramadan Putrajaya 2024 Himpun 1,000 Peniaga, Target Hampir 1 Juta Pengunjung

$
0
0

FESTIVAL RAMADAN

Perbadanan Putrajaya(PPj) mengumumkan acara Festival Ramadan Putrajaya 2024 (FRP 2024) kembali buat tahun ke-12.

Kali ini, FRP 2024 tampil dengan skala yang lebih besar dengan hampir seribu peniaga melibatkan lima lokasi bazar ramadan (12 Mac hingga 9 April 2024) dan satu lokasi Bazar Mega Aidilfitri yang akan bermula pada 8 Mac hingga 9 April.

Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Rai Ramadan Dengan Hidangan Mesra Muslim Pertama oleh TIEN by PUTIEN

Bahagi lima bahagian

bazar perbadanan putrajaya

Menurut Pengarah Perlesenan Jabatan Perkhidmatan Bandar Perbadanan Putrajaya iaitu Encik Jeffri Mustapa berkata, Festival Ramadan Putrajaya 2024 terbahagi kepada lima komponen utama iaitu iaitu lima lokasi Bazar Ramadan, Anjung Syawal, Kiblat Walk, Laman Iftar dan Food Truck Ramadan.

Katanya, tema masih mengekalkan seperti tahun lepas iaitu Seindah Ramadan, Harmoni Lebaran.

PPj juga melihat FRP24 sebagai satu pusat sehenti yang memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan pelbagai keperluan seperti juadah berbuka puasa termasuk barangan persiapan untuk menyambut hari raya.

Rata-rata mereka melihat FRP sebagai satu hub perniagaan sehenti yang komprehensif terutama pada bulan Ramadan dan musim perayaan.

Saban tahun, PPj melihat penganjuran festival ini semakin mendapat tempat di hati pengunjung. Untuk rekod, tahun 2023 telah menyaksikan jumlah kehadiran pengunjung mencecah seramai 600,000 orang.

Ada healing station

healing station putrajaya

Sementara itu, Pengarah Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd, Encik Shahrul Musa, menyatakan Jualan Anjung Syawal dengan tema ‘1001 warna lebaran’ diilhamkan oleh budaya Timur Tengah.

Bukan itu saja, cerita Shahrul, Jualan Anjung Syawal juga menyediakan Healing Station buat keselesaan dan kemudahan pengunjung.

Elemen dan konsep ini juga diyakini dapat menambah kemeriahan dalam menyambut Ramadan dan lebaran di FRP 2024.

Bukan sahaja menyediakan kemudahan kepada orang ramai, saya yakin lebih ramai peniaga dan usahawan tempatan dapat meraih peluang untuk menjana ekonomi masing-masing.

Tambah Shahrul lagi, pihaknya juga berbesar hati kerana Jualan Anjung Syawal kali ini menyaksikan penglibatan lebih 100 usahawan daripada pelbagai cabang perniagaan.

Kami di Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd juga berbesar hati atas kepercayaan yang diberikan PPJ untuk meneruskan Jualan Anjung Syawal buat kali kedua. Sehubungan itu, pelbagai kelainan ditampilkan sempena penganjuran tahun ini.

Kami juga berkolaborasi dengan penaja iaitu Quaker dan Minaz serta rakan strategik untuk memeriahkan lagi festival seperti Rantai Arts, Tempatan Fest dan Semboyan Malaysia.

Pada tahun ini juga, PPj ingin mengumumkan bahawa FRP2024 akan berkolaborasi bersama platform gergasi media sosial, Tik Tok.

Dengan menggunakan Tagline #kongsibersama dan #festivalramadanputrajaya, kolaborasi bersama Tik Tok ini akan memberi peluang kepada semua usahawan di FRP 2024 membuat promosi produk masing-masing bersama pempengaruh.

Menerusi jalinan kerjasama ini, diyakini mampu mengembalikan kuasa beli orang ramai terutama dengan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

Jualan Mega Aidilfitri sempena FRP2024 dikenali sebagai Jualan Anjung Syawal Bertempat di Dataran Anjung Syawal, Presint 3 Putrajaya, FRP 2024 dianjurkan dengan kerjasama Ingenious Creative Lab (M) Sdn Bhd tahun ini menyuntik kelainan pada festival kali  ini yang mengetengahkan elemen Timur Tengah bagi memberikan suasana menarik buat pengunjung.

Selain itu, pengunjung yang hadir ke Jualan Anjung Syawal juga berpeluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti mingguan dengan tema yang berlainan iaitu Kesenian (minggu pertama), Kecantikan (minggu kedua), Sukan (minggu ketiga) dan Islamik (minggu keempat).

The post Festival Ramadan Putrajaya 2024 Himpun 1,000 Peniaga, Target Hampir 1 Juta Pengunjung first appeared on OHBULAN!.

Ruhainies & Aliff Aziz Sekadar Kawan, Hanya 30 Minit Bukan 3 Jam

$
0
0

ruhainies buka mulut

Masih belum reda isu dua pelakon iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies yang didakwa berkhalwat di salah sebuah kondominium mewah pada Sabtu lalu.

Terbaharu, aktres itu memberi penjelasan berhubung kontroversi tersebut.

Artikel Berkaitan: CCTV ‘Tangkap’ Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies, Tengah Berjalan Dari Lobi Ke Lif

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Keruhkan Keadaan, Ia Sama Sekali Bukan Tangkap Basah’ – Ruhainies

Bakal jelaskan keadaan sebenar

ruhainies buka mulut

Memetik laporan Harian Metro, Ruhainies menegaskan bahawa dia dan Aliff hanyalah sekadar berkawan dan mengenali antara satu sama lain sudah cukup lama selain sedang menjalani penggambaran drama bersama.

Kami hanya kawan.  Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu.

Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jerat.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata dia akan memberikan kenyataan rasmi apabila tiba masa yang sesuai.

Dalam masa yang sama, aktres berusia 32 tahun ini juga berharap tidak akan ada lagi infomasi yang tidak tepat dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

Tapi, apa pun, saya akan jelaskan secara lebih terperinci dalam kenyataan rasmi nanti.

30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun. Jadi, apabila benda tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai.

Saya akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Saya tak mahu memberikan kenyataan bersifat terburu-buru kerana tidak mahu kenyataan saya ditokok tambah atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

Sumber: Harian Metro

The post Ruhainies & Aliff Aziz Sekadar Kawan, Hanya 30 Minit Bukan 3 Jam first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Ayah Aslam Tu Ustaz, Mereka Daripada Keluarga Baik’ – Abby Abadi

$
0
0

abby marissa.

Pelakon, Abby Abadi meluahkan perasaannya berhubung kemelut yang sedang melanda anak perempuannya Marissa Dania Hakim yang didakwa telah mendirikan rumah tangga bersama Aslam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Rasa Dah Mampu Berdiri Atas Kaki Sendiri..Kalau Perlukan Mama, Baliklah’ – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Rasa Marissa Ikut Ayah Dia, Masa Norman Kahwin Dulu Pun Saya Tak Tahu’ – Abby Abadi

Keluarga yang baik

abby marissa.jpg

Menerusi podcast GVV Studio yang hoskan oleh Datin Rabeeca Nur Islam, Abby sama sekali tidak pernah menyangka puterinya itu akan jatuh cinta dengan lelaki berstatus suami orang.

Perkara itu adalah di luar jangkaan dan tidak pernah terfikir oleh akal fikiran saya, anak saya suka dekat suami orang.

Pemilik nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan itu juga mendedahkan bahawa dia pernah beberapa kali bertemu dengan Aslam dan mengakui pemuda itu berasal dari keluarga yang baik.

Saya pernah jumpa Aslam dalam dua kali, yang pertama semasa sekolah rendah kemudian masa sekolah menengah sekali. Saya anggap benda itu cuma biasa-biasa, tak sangka pula percintaan itu terlalu mendalam.

Mereka daripada kalangan keluarga yang baik-baik, mereka sekolah rendah sama..suami saya selalu pergi masjid dan tahu ayah Aslam tu ustaz. Jadi maknanya kami saling kenal-kenal begitu.

Perasaan seorang ibu

abby marissa.jpg

Bagaimanapun, Abby meluahkan rasa kecewa kerana keputusan yang diambil oleh Marissa iaitu memilih untuk menjadi isteri kedua.

Bila berlaku seperti apa yang sedia maklum sekarang ini, saya tak terluah dengan kata-kata, benda-benda yang sangat mengejutkan dan tak terjangka dek akal. Saya tak sangka, dalam usia macam tu anak-anak dah tak nak dekat kita..dah pandai buat keputusan sendiri.

Cumanya saya rasa macam ralat sebab benda ada pilihan. Contohnya, pada saya anak saya dia boleh cari orang yang lebih baik bukan suami orang, boleh hidup seronok-seronok dengan suami sendiri sahaja..kenapa nak berkongsi? Itu yang saya fikirkan sekarang.

Dalam pada itu, menurut Abby dia telah berusaha untuk berkomunikasi dengan Marissa namun gagal.

Saya tergamam, saya tak ada kesempatan. Bila saya nak bercakap dengan dia tak nak cakap langsung.

Sebelum ini dia ada teman lelaki, tapi saya tak tahu dengan Aslam ini bila mereka mula.

Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang rakaman video promosi sebuah jenama pakaian tempatan memaparkan gandingan Marissa dan Aslam yang menggayakan baju raya sedondon berwarna hitam.

Dalam perkembangan yang lain, kakak kepada Misya, Nadiah Mazlan memaklumkan bahawa wanita itu sama sekali tidak mengetahui bahawa Marissa dan suaminya akan terlibat bersama.

Sebelum ini anak kepada pasangan selebriti tersebut didakwa telah mendirikan rumah tangga dengan Aslam di Thailand.

Marissa dan Aslam didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Marissa dan Misya.

Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan

@buletin.tikt0k

Part 1. Credit : youtube GVV Studio #berandatiktok #berandafyp #bikinpanas #curang

? Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Sumber: GVV Studio

The post [VIDEO] ‘Ayah Aslam Tu Ustaz, Mereka Daripada Keluarga Baik’ – Abby Abadi first appeared on OHBULAN!.

Raya Sama-Sama Riang Berganda Dengan Tawaran Hebat Daripada Lotus’s!

$
0
0

Sedar tak sedar tak lama lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadhan, bulan yang setiap tahun dinanti-nantikan. Mesti korang dah teruja nak buat persiapan kan?

Istimewa tahun ini Lotus’s tawar pelbagai promosi menarik bagi memastikan korang dapat sambut Ramadhan dan Aidilfitri dengan penuh bermakna!

Promosi hebat untuk semua kelengkapan puasa & raya

Raya Sama-Sama Riang Berganda sebab Lotus’s kan ade! Di Lotus’s semua barang kelengkapan yang korang perlukan tersedia di bawah satu bumbung.

Nak buat kuih raya? Tepung, telur, susu, pewarna dan semua keperluan korang dah tersedia. Nak kurma untuk berbuka? Mestilah ada macam-macam pilihan kurma yang menanti korang di Lotus’s.

Lotus's

Lotus's

Barang masakan tak perlulah korang risau, segala ayam, ikan, beras, sayur dan macam-macam lagi serba lengkap ada di Lotus’s. Paling best, harga pun berpatutan dan takkan membebankan korang di musim perayaan ini.

 

Lotus’s turut menyediakan pelbagai pilihan hamper dan kuih raya yang sedap untuk dijadikan hadiah buat tersayang sempena bulan mulia ini.

Haa.. Senang kerja, tak perlu dah korang nak wrap hamper sendiri atau berpenat-penat bakar kuih raya, dengan Lotus’s korang hanya perlu pilih je :)

Lotus’s juga tidak ketinggalan untuk menawarkan pelbagai pilihan baju raya serba cantik dengan harga mampu milik. Gerenti rambang mata bila korang ke bahagian baju raya, macam-macam warna dan rekaan tersedia untuk seisi keluarga!

Lotus's

Hal baju raya dah settle, dekorasi rumah jangan lupa pula guys. Beli je barang perhiasan korang dekat Lotus’s sekali. Mudah, terus borong semua barang keperluan korang. Jimat masa dan tenaga!

Lotus's

Sertai Roadshow Raya Lotus’s

Lotus’s bakal mengadakan roadshow di empat lokasi terpilih bersama barisan selebriti daripada Sinar FM dan influencers jemputan.

Kalau korang nak rasa pengalaman bermain game dan bersua muka dengan selebriti dan influencers ini jangan lupa untuk ke lokasi Lotus’s terpilih dari jam 11 pagi sehingga 5 petang.

Lotus’s Ampang: 16 Mac – 17 Mac

Lotus’s Mergong, Kedah: 23 Mac – 24 Mac

Lotus’s Peringgit, Melaka: 30 Mac – 31 Mac

Lotus’s Kota Bahru: 6 April – 7 April

Antara game yang boleh korang sertai nanti adalah Padan Barang Dengan Gambar, Gandakan Ketupat dan Golek-Golek Buluh Lemang. Nak tahu macam mana mainnya? Haa.. Kena lah turun dan sertai sendiri di roadshow Lotus’s nanti!

Kredit foto: freepik

Paling best, korang dijamin tidak akan pulang dengan tangan kosong sebab pemenang layak untuk membawa pulang baucar tunai dan juga produk Lotus’s.

Menangi baucar tunai Lotus’s sehingga RM8,000!

Korang hebat memasak? Apa kata tunjukkan bakat korang tu melalui peraduan Resepi Onz, Riang Berganda! Caranya mudah je, korang hanya perlu berbelanja bahan masakan (minima RM30) di Lotus’s kemudian rakam dan muat naik resipi masakan tersebut ke Instagram.

Sertakan hantaran korang dengan tag @LotussMalaysia bersama #SamaSamaRiangBerganda. Psst.. Tips! lagi bagus kalau korang siap sebutkan bahan masakan yang dibeli di Lotus’s.

Peraduan ini bermula pada 12 Mac sehingga 8 April 2024 dengan tema berbeza setiap minggu. Minggu pertama adalah hidangan sahur, minggu kedua untuk hidangan utama, minggu ketiga air yang menyegarkan dan minggu keempat pula pencuci mulut.

Setiap minggu lima orang pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi baucar tunai seperti di bawah:

Tempat pertama – Baucar tunai RM1,000

Tempat kedua – Baucar tunai RM500

Tempat ketiga – Baucar tunai RM300

Hadiah saguhati – Baucar tunai RM100 (dua pemenang)

Jadi ahli Lotus’s untuk nikmati tawaran yang lebih hebat

Lotus's

Nak jimat lebih berganda? Jom jadi ahli Lotus’s untuk nikmati pelbagai tawaran istimewa. Korang hanya perlu muat turun aplikasi mereka di SINI dan ikuti langkah seterusnya.

Jangan lupa juga untuk ikuti laman Facebook, Instagram, TikTok dan X rasmi Lotus’s untuk ketahui promosi terkini.

The post Raya Sama-Sama Riang Berganda Dengan Tawaran Hebat Daripada Lotus’s! first appeared on OHBULAN!.

Setahun Jagung Bukan Penghalang Syazia Atelier Tebus Pasaran Antarabangsa, Kota Paris Jadi Saksi ‘Fashion Show’ Pertama

$
0
0

syazia paris

Jenama fesyen tempatan, Syazia Atelier mula melangkah jauh apabila baru sahaja selesai mengadakan pertunjukan fesyen pertama di Place Vendom, Paris, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Showcase’ Eksklusif 10 Tahun Shanell Harun, Julung Kali Beri Sentuhan Mewah Reka Barangan Kemas Xfox Jewels

Artikel Berkaitan: Shanell Harun Berhabis Ratusan Ribu, Bakal Buat Pertunjukan Fesyen Sulung Di Paris

Masih hijau dalam dunia fesyen

syazia paris

Menurut Datuk Suhaila Semaru selaku pemilik jenama Syazia Atelier, berkata perniagaannya baru setahun jagung ditubuhkan. Namun, itu tidak menjadi penghalang untuk dirinya berdiri dalam kelas tersendiri dan terus melebarkan sayap.

Kami baru sahaja ditubuhkan pada akhir 2023. Pada tahun 2024, jenama ini berjaya menempatkan diri dalam kelas tersendiri untuk bersaing dengan jenama antarabangsa. Kami mulakan langkah dengan acara pertunjukan fesyen di kota Paris.

Paris adalah kota fesyen yang terkemuka di mata dunia. Jadi, kami memilih Paris untuk menjadi saksi pertunjukan fesyen pertama kami.

Perkenalkan batik

syazia

Kata Suhaila, dia memilih untuk mempersembahkan lapan koleksi resort mengetengahkan motif batik Malaysia yang diberi sentuhan moden.

Ditanya kenapa batik menjadi pilihan, jawabnya kerana dia anak jati Terengganu selain merasakan ia amat sesuai untuk pasaran antarabangsa.

Kenapa memilih batik? Saya anak jati Terengganu. Saya mahu tampilkan bakat tempatan yang mempunyai pelbagai idea kreatif. Pereka batik saya merupakan anak muda tempatan berbakat dan ini masa mereka bersinar.

Dalam koleksi resort wear ini, kami menggunakan rona jingga dan merah jambu. Dua warna diramalkan sebagai warna kegemaran ramai pada tahun 2024 dan 2025. Selain itu, jenama ini juga baru sahaja memperkenalkan koleksi ‘ready to wear’ (RTW) untuk Hari Raya.

Dalam pada itu, Suhaila berharap agar langkah kecil ini dapat diterima positif oleh orang ramai terutama untuk penggemar batik.

Kami berharap usaha kecil ini mendapat maklum balas positif untuk mengangkat seni batik kita di persada dunia. Semoga langkah ini boleh meletakkan jenama Syazia Atelier untuk menembusi pasaran global.

Kami berharap, jenama yang kami banggakan ini dapat bermula dengan baik di Malaysia dan seterusnya di luar negara, insya-Allah.

The post Setahun Jagung Bukan Penghalang Syazia Atelier Tebus Pasaran Antarabangsa, Kota Paris Jadi Saksi ‘Fashion Show’ Pertama first appeared on OHBULAN!.

Viewing all 34944 articles
Browse latest View live