Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 37032 articles
Browse latest View live
↧

Ayu Damit & Emeer Bakri Barpadu Suara Menerusi Lagu ‘Cukup Kita’, Bawa Mesej Penuh Emosi

$
0
0

Bila cinta tak lagi cukup untuk mempertahankan segalanya, maka lepaskanlah walau hati masih berharap. Inilah denyut emosi yang diangkat menerusi lagu Cukup Kita, nyanyian duet Ayu Damit dan Emeer Bakri, yang kini menjadi runut bunyi (OST) untuk drama terbaharu slot Akasia TV3, Calon Isteri Buat Suami.

Artikel Berkaitan: ‘Itu Bukan Baby Bump!’ – Ayu Damit Jawab Dakwaan Sedang Hamil

Artikel Berkaitan:  Ayu Damit Tangguh Satu Semester Di Aswara, Bergilir Jaga Anak Dengan Suami Kalau Ada ‘Show’

Luahan rasa

Menyentuh tentang setia yang dikhianati dan janji yang tidak ditepati, lagu ini mengalir sebagai suara hati mereka yang pernah terluka dalam cinta. Dengan gabungan balada moden, string sinematik dan harmoni vokal yang mendalam, Cukup Kita hadir bukan sekadar sebagai OST, tetapi sebagai luahan rasa yang mencerminkan retaknya sebuah hubungan.

Menurut pencipta lagu dan penulis lirik, Amsyar Sabri dan Emeer Bakri,  idea asal hadir sewaktu mereka sedang mendengar lagu-lagu Inggeris yang berunsur pop balada moden. Mereka sedar genre sebegitu sudah lama tidak diketengahkan di Malaysia, lantas terinspirasi untuk mencuba pendekatan serupa, dengan sentuhan yang dekat di hati pendengar tempatan.

Keunikan lagu ini terletak pada genre yang jarang diterbitkan di Malaysia, dengan sentuhan rock yang dimasukkan pada bahagian bridge dan selebihnya.

Proses penciptaan melodi dan demo hanya mengambil masa sehari, sementara keseluruhan lagu siap dalam tempoh dua minggu. Namun, yang paling bermakna bagi saya adalah dapat berkolaborasi bersama Ayu, seorang legenda dengan vokal yang begitu dikenali dan berkuasa.

Karya istimewa

Ayu Damit, yang kini tampil dengan single keempat bersama Alternate Records, menyifatkan Cukup Kita sebagai sebuah karya yang istimewa hasil kolaborasi yang cukup serasi.

Emeer seorang yang sangat kreatif dan senang bekerjasama, proses rakaman pun berjalan lancar. Cukup Kita menyatukan kekuatan vokal kami dalam sebuah lagu yang mudah diingati, penuh emosi dan sarat mesej.

Drama Calon Isteri Buat Suami baru sahaja mula bersiaran pada 8 April lalu, namun sudah pun mencuri perhatian ramai dengan kisah penuh konflik dan emosi. Menariknya, beberapa elemen dalam lirik lagu Cukup Kita turut diinspirasikan daripada jalan cerita drama ini.

Bagi yang mengikuti kisah Nazim dan Haizi, lagu ini pasti memberikan resonansi yang lebih mendalam kerana ia menggambarkan dilema serta cabaran yang mereka hadapi dalam perjalanan cinta dan hubungan yang penuh dugaan.

Teruskan strim Cukup Kita di semua platform penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music, YouTube, dan banyak lagi. Saksikan juga drama Calon Isteri Buat Suami yang menampilkan gandingan barisan pelakon hebat seperti Siti Hariesa, Jazmy Juma, dan Trisha Ooi, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3.

The post Ayu Damit & Emeer Bakri Barpadu Suara Menerusi Lagu ‘Cukup Kita’, Bawa Mesej Penuh Emosi first appeared on OHBULAN!.

↧

Marissa Dania Tampil Beri Penjelasan Isu Rumah Tangga, Pilih Selesaikan Secara Peribadi –‘Mohon Hormati Batasan Kalian’

$
0
0

Rumah tangga pempengaruh, Marissa Dania bersama suaminya, Muhammad Aslam terus menjadi tumpuan netizen apabila isu peribadi keluarga mereka dilihat semakin hangat dibincangkan di media sosial.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Nafi Aslam Datang Minta Maaf – ‘Cuba Terangkan Masa & Keadaan Bila?’

Artikel Berkaitan: Aslam Mengaku Bersalah, Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Abby Abadi – ‘Saya Tahu Risiko & Beban Yang Datang’

‘Semuanya saya selesaikan secara peribadi’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim ini akhirnya tampil memberi respon dan menjelaskan pendiriannya berhubung perkara terbabit.

Assalamualaikum semuanya. Bagi menjelaskan apa yang telah diperkatakan . Saya pun sama je macam kalian semua, baru dapat tahu pasal semua kenyataan petang tadi.

Marissa menegaskan bahawa dia memilih untuk menyelesaikan segala isu secara peribadi tanpa melibatkan sebarang perbalahan terbuka di media sosial.

Dari pihak saya, semuanya saya selesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat. Tiada balas-membalas di media sosial.

Selain itu, madu kepada pempengaruh Umisya Mazlan ini juga meminta agar semua pihak menghormati batasan dalam hal-hal berkaitan keluarga.

Mohon hormati batasan kalian dalam hal ini ya. Saya minta maaf sekiranya ada khilaf atau menimbulkan salah faham.

Sebelum ini, perang media sosial antara Abby dan Aslam tercetus apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada isteri pertama Aslam yang juga madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

Aslam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Abby berhubung polemik yang melanda keluarga mereka. Dakwa Aslam, dia juga ada membuat permohonaan maaf secara peribadi kepada Abby.

Bagaimanapun, menafikan kenyataan menantunya yang mengatakan ada membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya.

Misya kemudian tampil mendedahkan akaun Instagram miliknya disekat oleh Abby Abadi dan Marissa.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023. Manakala,  Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.

Sumber: Threads Marissa Dania

The post Marissa Dania Tampil Beri Penjelasan Isu Rumah Tangga, Pilih Selesaikan Secara Peribadi – ‘Mohon Hormati Batasan Kalian’ first appeared on OHBULAN!.

↧
↧

[VIDEO] ‘Sejak Dia Kahwin, Saya Macam Dah Tak Ada Marissa’ – Abby Abadi

$
0
0

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi merasakan dirinya seakan kehilangan Marissa selepas anaknya itu mendirikan rumah tangga dengan suami iaitu Ahmad Aslam.

Artikel Berkaitan: Aslam Mengaku Bersalah, Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Abby Abadi – ‘Saya Tahu Risiko & Beban Yang Datang’

Abby rindu Marissa

@thehazzzzzzzsKomen Abby Tentang Aslam? original sound – ?

Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini turut terkilan dengan tindakan Aslam yang menikahi Marissa tanpa berjumpa dengannya terlebih dahulu.

Saya jaga anak saya daripada kecil bagi makan, minum dan pelajaran sampai cantik dah besar.

Tiba-tiba dia ambil anak saya macam itu saja.

Sejak anak saya kahwin, saya dah macam tak ada Marissa dah.

Nak jumpa Aslam

Ketika sesi siaran langsung berjalan, Abby kemudiannya dilihat membaca permohonan maaf dibuat Aslam di aplikasi Threads melalui telefon bimbitnya.

Hah tahu pun kau bersalah tapi bila anak aku kena maki kau tak tolong pun.

Dan kau minta maaf melalui Threads buat apa? Tak ‘function’ pun.

Sehubungan dengan itu, pelakon drama ‘Gerak Khas’ ini menggesa wargamaya untuk meninggalkan komen meminta Aslam untuk berjumpa dengannya.

Siapa-siapa, tolong reply di bahagian komen beritahu Aslam saya suruh datang menghadap saya di rumah.

Sampai ke hari ini saya tak pernah berpeluang untuk bercakap dengan dia.

Dia tak pernah minta maaf betul-betul dengan saya. Tak pernah dan benda itu tak berlaku.

Terdahulu, Abby berasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada isteri pertama Aslam yang juga madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

Aslam kemudiannya mengaku salah dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Abby melalui aplikasi Threads.

Untuk rekod,  Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023. Manakala,  Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] ‘Sejak Dia Kahwin, Saya Macam Dah Tak Ada Marissa’ – Abby Abadi first appeared on OHBULAN!.

↧

[VIDEO] ‘Kau Malukan Kami Satu Malaysia..Kau Boleh Ganti Ke Muka, Hidung Aku Senget Ni?’ – Razman Tempelak Aqo Imran, Nafi Berhutang?

$
0
0

Pereka fesyen, Razman tampil buka mulut beri penjelasan susulan kenyataan jurugambar, Aqo Imran yang mendakwa telah menghalalkan hutang RM20,000 yang dibuat oleh Razman dan rakannya, Razmi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aqo Imran Kerja Macam Biasa, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Semoga Makin Luas Rezeki’

Artikel Berkaitan: Razman Razmi Dakwa Aqo Imran Ajak Selesai Kes Luar Mahkamah – ‘Bayar Kami RM500,000 & Buat Buat Sidang Media Minta Maaf

‘Hutang apa pula kau halal kan?’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Razman mempertikaikan kenyataan Aqo dan menegaskan pihaknya langsung tidak berhutang dengan jurugambar berkenaan.

Kasihan dekat dia, sebab tu tak saman sebab nanti kau terduduk Aqo oi. Hutang apa pula kau halal kan? Cakap biar jelas.

Celak* betul lah kau ni, kami duduk diam-diam. Kau bayar ganti rugi muka, malu, lukakan kami. Kau mampu ke? Si*al betul kau kan Aqo.

Maaf pihak kami tiada hutang dengan dia, tolong betulkan kenyataan.

Dalam pada itu, Razman turut menyatakan dia memilih untuk tidak mengambil tindakan saman terhadap Aqo yang telah mengasarinya sehingga mengakibatkan kecederaan. Namun, dia berharap Aqo tidak menokok tambah cerita yang boleh mengeruhkan keadaan.

Kau cakap senang ya nak halalkan, bila kitorang hutang kau puk*mak. Kau dah malukan kami satu Malaysia. Muka, hidung aku senget, sekarang apa yang aku hutang kau?

Cakap baik-baik sikit ya, aku tak saman kau pun dah kira cukup bagus tau. Jangan bagi naik darah orang bulan-bulan Syawal ni, kau boleh ganti ke muka aku ni? Kau boleh bayar?

Namun begitu, hantaran tersebut kemudiannya telah dipadam oleh Razman.

Sebelum ini, dalam kejadian pada Januari lalu, Razman dan Razmi dipukul dengan kamera oleh jurugambar lelaki terbabit.

Kejadian berlaku ketika wartawan sedang menemubual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.

Kedua-duanya yang mengalami luka di pipi kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum penganjur bertindak membuat laporan polis.

Sumber: Instagram Razman Razmi

The post [VIDEO] ‘Kau Malukan Kami Satu Malaysia..Kau Boleh Ganti Ke Muka, Hidung Aku Senget Ni?’ – Razman Tempelak Aqo Imran, Nafi Berhutang? first appeared on OHBULAN!.

↧

Suami Abby Abadi Pernah Bagi Amaran, Tampar Aslam – ‘Selama Ini Saya Diam’

$
0
0

Setelah lama berdiam diri, kini giliran suami kepada pelakon Abby Abadi, iaitu Muhammad Faizal Zakaria pula bersuara berkenaan isu menantunya, Ahmad Aslam dan anak tirinya, Marissa Dania.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Nafi Aslam Datang Minta Maaf – ‘Cuba Terangkan Masa & Keadaan Bila?’

Artikel Berkaitan: Aslam Mengaku Bersalah, Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Abby Abadi – ‘Saya Tahu Risiko & Beban Yang Datang’

Pernah bagi warning

Menerusi hantaran di Threads, Faizal atau lebih dikenali sebagai Jai menegaskan pernah memberi amaran dengan menampar Aslam supaya berhenti mengganggu Marissa sebelum pasangan itu berkahwin secara rahsia di Thailand.

Tindakan itu dipercayai dilakukan kerana Jai kurang senang dengan perbuatan Aslam terhadap anak tirinya.

Aslam oh Aslam, selama ini saya diam sahaja dengan apa yang awak buat.

Dari awal kes kantoi saya dah lempang awak siap bagi warning lagi.

Pun begitu, Jai memilih untuk tidak berkongsi lanjut tentang tindakan Aslam namun menegaskan dia tidak akan melupakan kejadian buruk yang berlaku itu.

Aslam tak minta maaf

Menjelaskan lebih lanjut, Jai berkata Aslam juga tidak pernah mengakui kesilapan malah tidak menuturkan perkataan maaf kepadanya.

Saya tidak mahu cerita pasal kejadian itu dan sejak kes itu tak pernah ada perkataan maaf pun.

Tak pernah datang depan-depan mengaku apa yang awak buat.

Yang awak tahu hanyalah tunjuk macho seolah-olah tiada kesalahan.

Awak memang tiada tanggungjawab pun. Awak fikir setiap yang berlaku boleh lupa macam itu sahaja ke?

Maaf ya tidak pernah saya lupa apa yang terjadi.

Sebelum ini, Aslam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon Abby Abadi  berhubung polemik yang melanda keluarga mereka.

Dakwa Aslam, dia juga ada membuat permohonaan maaf secara peribadi kepada Abby.

Bagaimanapun, Abby menafikan kenyataan menantunya yang mengatakan ada membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Manakala, Aslam dan Umisya Mazlan pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.

Sumber: Threads

The post Suami Abby Abadi Pernah Bagi Amaran, Tampar Aslam – ‘Selama Ini Saya Diam’ first appeared on OHBULAN!.

↧
↧

‘Sempat Mengandung & Melahirkan, Cuma Tak Ada Peluang Untuk Menjaga’– Marissa Dania

$
0
0

Anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania, sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi foto pusara bayinya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sejak Dia Kahwin, Saya Macam Dah Tak Ada Marissa’ – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: Marissa Dania Tampil Beri Penjelasan Isu Rumah Tangga, Pilih Selesaikan Secara Peribadi – ‘Mohon Hormati Batasan Kalian’

‘Saya akan sentiasa menjadi pelindungmu’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story baru-baru ini, Marissa meluahkan isi hatinya sebagai seorang ibu muda yang kehilangan cahaya mata pertamanya.

Tiada siapa yang boleh melindungimu seperti mana saya lakukan. Walaupun kamu sudah tiada di sini, apa pun yang berlaku, saya akan sentiasa menjadi pelindungmu.

Meskipun kehadiran bayi tersebut hanyalah untuk seketika, tetapi perasaan dan kasih sayang terhadap anaknya itu masih kuat.

Isteri kedua kepada pempengaruh, Aslam ini turut menzahirkan rasa syukur kerana sempat mengandungkan dan melahirkan bayi tersebut walaupun tidak diberi peluang untuk menjaganya.

Alhamdulillah saya sempat mengandungkan dan melahirkan, cuma tak ada peluang untuk menjaga anak saya. Tapi tu bukan bermakna tiada kasih sayang dan ruang untuk berkata sesuka hati.

Dalam pada itu, Marissa juga sempat memohon maaf sekiranya hantaran yang dimuat naiknya itu mengundang salah faham atau menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Sebelum ini, perang media sosial antara Abby dan Aslam tercetus apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada isteri pertama Aslam yang juga madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

Aslam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Abby berhubung polemik yang melanda keluarga mereka.

Dakwa Aslam, dia juga ada membuat permohonaan maaf secara peribadi kepada Abby. Bagaimanapun, menafikan kenyataan menantunya yang mengatakan ada membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya.

Misya kemudian tampil mendedahkan akaun Instagram miliknya disekat oleh Abby Abadi dan Marissa.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023. Manakala,  Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.

Sumber: Instagram Marissa Dania

The post ‘Sempat Mengandung & Melahirkan, Cuma Tak Ada Peluang Untuk Menjaga’ – Marissa Dania first appeared on OHBULAN!.

↧

[VIDEO] Bikin Panas! Cik Epal Bawa Han Gunting Rambut Dengan Bekas Suami Dewi? – ‘Someone Is Shaking’

$
0
0

Usahawan dan pempengaruh, Cik Epal sekali mencuri tumpuan menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naiknya di TikTok.

Artikel Berkaitan: Pertikai Pakaian Anak-Anak, Netizen Minta Cik Epal Berhenti ‘Provoke’ – ‘Macam Dendam Bertingkat-Tingkat’

Kedai gunting bekas suami Dewi

@cikepal06Han potong rambut dengan uncle Imran today. Agak-agak meledak tak rambut baru Han???? Cukup Sampai Sini – Cik Epal

Menerusi hantaran yang dibuat, pemilik nama Murni Mahmud berkongsi momen membawa dua anaknya iaitu Han dan Yuki ke sebuah kedai gunting rambut yang dipercayai milik bekas suami kepada Emira Delyati Dewi iaitu Imran Hakimi.

Dapat dilihat, Han dan Yuki begitu teruja ketika melangkah masuk ke dalam premis berkenaan.

Cik Epal turut menunjukkan gaya potongan rambut yang dikehendaki Han kepada Imran.

Han potong rambut dengan Uncle Imran hari ini. Agak-agak meledak tak rambut baru Han?

Netizen terhibur

Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur dengan perkongsian Cik Epal.

Meskipun ada yang terhibur, namun ada juga netizen yang mempersoal tindakan Cik Epal membawa Han untuk menggunting rambut di kedai milik bekas suami Dewi.

Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki namun perkahwinan yang dibina selama 10 tahun itu musnah selepas mereka sah bercerai tahun lalu.

Jofliam kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Dewi pada 5 April lalu.

Sumber: TikTok Cik Epal

The post [VIDEO] Bikin Panas! Cik Epal Bawa Han Gunting Rambut Dengan Bekas Suami Dewi? – ‘Someone Is Shaking’ first appeared on OHBULAN!.

↧

4 Bulan Menghilangkan Diri, Pelakon Mizuki Itagaki Ditemui Tidak Bernyawa

$
0
0

Misteri kehilangan pelakon Jepun, Mizuki Itagaki sejak Januari lalu akhirnya terjawab apabila aktor itu ditemui tidak bernyawa di Tokyo.

Mizuki ditemui meninggal dunia

Berita duka tentang kematian pelakon berusia 24 tahun itu dimaklumkan sendiri oleh keluarganya menerusi kenyataan rasmi di akaun Instagram milik Mizuki pada Khamis.

Kami amat sedih untuk memaklumkan bahawa pelakon Itagaki Mizuki telah meninggal dunia akibat satu insiden yang menyayat hati.

Bagaimanapun, keluarga mendiang tidak mendedahkan secara terperinci punca kematian.

Dalam pada itu, keluarga Mizuki turut mengucapkan penghargaan kepada semua peminat serta individu yang pernah bekerjasama dengan aktor itu sepanjang karier seninya.

Terdahulu, Mizuki telah dilaporkan hilang sejak Januari 2025 dan usaha pencarian telah dijalankan secara menyeluruh oleh pihak polis serta sukarelawan.

Baru-baru ini, keluarganya menerima panggilan daripada pihak polis Tokyo yang mengesahkan mayat Mizuki telah ditemui di kawasan bandar

Lebih memilukan, keluarga mendedahkan bahawa Mizuki sebenarnya berdepan masalah kesihatan mental sejak tahun lalu.

Sekadar info. Mizuki dilahirkan pada Oktober 2000 dan mula mencipta nama dalam industri hiburan sejak kecil. Dia memulakan kerjayanya sebagai ahli kumpulan pop Jepun M!LK ketika berusia hanya 10 tahun, selepas bakatnya dicungkil oleh agensi Stardust Promotion.

Antara karya lakonan paling dikenali ialah menerusi drama popular Ao Haru Ride (live-action), selain membintangi filem-filem seperti Our Secret Diary, Love’s Stoppage Time, dan In-House Marriage Honey.

Sumber: Geo TV

The post 4 Bulan Menghilangkan Diri, Pelakon Mizuki Itagaki Ditemui Tidak Bernyawa first appeared on OHBULAN!.

↧

Konsert ‘Aku Stacy Menggegar Kota U’ Berlangsung Jun Ini, Hadiah Istimewa Buat Warga Sabah

$
0
0

Konsert solo mega Stacy di negeri kelahirannya akhirnya diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media eksklusif yang berlangsung penuh meriah di Sabah International Convention Centre (SICC) 10 April lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Awalnya Diberi Nama Bella And Friends..Poster Antara Syarat Yang Saya Letakkan’ – Stacy Dedah Punca Tarik Diri Dari Konsert Sumandak Stars

Artikel Berkaitan: Stacy Selesa Bermain Dengan Elemen Sabah, Nafi ‘Menyala’ Sindir Mana-Mana Pihak – ‘Ini Bukan Perkara Baharu’

Istimewa buat warga Sabah

akim stacy

Menerusi sidang media tersebut, Stacy menjelaskan bahawa ‘Aku Stacy Menggegar Kota U’ bukan sekadar konsert biasa tetapi sebuah persembahan yang mencurahkan sepenuhnya kreativiti dan dedikasinya terhadap seni pentas, hadiah teristimewa buat warga Sabah.

Saya mahu menjadikan konsert ini sebagai satu pengalaman yang penuh warna dan tenaga, khas untuk orang Sabah.

Saya akan bawa penari dari Semenanjung dan gabungkan dengan penari tempatan. Nantikan gimik dan kejutannya kerana saya tak sabar nak gegarkan SICC.

Lebih menarik lagi, konsert yang bakal berlangsung turut diselitkan dengan segmen yang paling dinantikan oleh semua peminat iaitu persembahan duet Stacy bersama suami tersayang, Akim Ahmad.

Pasangan ini yang sinonim dengan persembahan romantis bakal tampil dalam salah satu segmen khas buat mereka yang hadir ketika konsert nanti.

Berbeza dari mana-mana persembahan sebelum ini, Stacy sendiri terlibat 100% dalam konsep, susunan muzik, koreografi, serta pemilihan pasukan kreatif, menjadikan konsert ini paling autentik dalam perjalanan seninya.

Konsert ini sangat istimewa bagi saya, saya mahu jadikannya sebuah pengalaman yang tidak terlupakan buat peminat saya di Sabah.

Komitmen mereka terhadap dunia hiburan memberikan saya peluang untuk mencipta sesuatu yang benar-benar luar biasa khas buat para peminat.

Perjalanan seni Stacy

 

View this post on Instagram

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam)

Konsert ini juga bakal membawa penonton mengimbas perjalanan karier Stacy seawal era ‘Aku Stacy’ hingga ke ‘Menyala’, dengan susunan muzik baharu, koreografi segar berserta visual pentas bertaraf antarabangsa.

Setiap lagu ada ceritanya. Saya mahukan semua penonton pulang dengan rasa puas, terhibur dan terinspirasi.

Tiket rasmi sudah mula dijual bermula 10 April dan boleh dibeli di www.ticket2u.com. Berikut adalah kategori dan harga tiket yang ditawarkan: Not For Sale (Seating – RM6,000), Aku Stacy (Seating-RM399), Pelangi Senja (Free Standing – RM257), Gilalah (Free Standing – RM197) dan Jahat (Free Standing- RM137).

Dianjurkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment dan dibawakan oleh U Mobile, konsert ‘Aku Stacy Menggegar Kota U’ akan berlangsung pada 21 Jun 2025, mulai jam 8:00 malam di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

The post Konsert ‘Aku Stacy Menggegar Kota U’ Berlangsung Jun Ini, Hadiah Istimewa Buat Warga Sabah first appeared on OHBULAN!.

↧
↧

Watie Hanifiah Kongsi Sisi ‘Sweet’ Matin – ‘Kalau Dah Jadi Anak Bujang, Ayah Dia Punya Jiwang Pun Kalah’

$
0
0

Hantaran isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah sekali lagi meraih perhatian apabila berkongsi kerenah anak tirinya, Ariq Matin.

Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Bidas Netizen Dakwa Shuib Tak Ajar Ayash Affan Bercakap – ‘Dia Ada Family Yang Cukup Sayang’

Artikel Berkaitan: Watie Hanifiah Dedah Azam Talita Nak Serius Dalam Bidang Nyanyian – ‘Dia Nak Masuk Kelas Vokal’

Manja dengan ibu tiri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkongsi skrin tangkap layar atau ‘screenshot’ yang memaparkan kerenah Matin.

Esok Matin dah jadi anak bujang, confirm kalah ayah dia.

Dia punya jiwang.

Berkongsi lebih lanjut, Matin dilihat manja bersama Watie walaupun hanya berkomunikasi menerusi telefon.

Ini lah anak yang kalau depan mata kena layan dia, kalau tiada depan mata pun kena layan jugak.

‘Anak lelaki memang macam ni’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kerenah Matin yang dianggap manja dengan ibu tirinya. Selain itu, warganet turut berseloroh dengan mengatakan Matin lebih pandai berkata-kata daripada ayahnya, Shuib.

Sumber: Instagram @iamwatie

The post Watie Hanifiah Kongsi Sisi ‘Sweet’ Matin – ‘Kalau Dah Jadi Anak Bujang, Ayah Dia Punya Jiwang Pun Kalah’ first appeared on OHBULAN!.

↧

[VIDEO] Erissa Puteri Sah Bergelar Isteri Anak Kenamaan

$
0
0

Sumber foto: Budak Tadika

Penyanyi dan pelakon, Erissa Puteri sah bergelar isteri kepada anak kenamaan, Daniel Iskandar jam 11 pagi, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sebak Ketika Majlis Bersiram, Erissa Puteri Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat?

Tahniah!

Sumber foto: Budak Tadika

Dengan hanya sekali lafaz, Erissa, 22, yang dinikahkan oleh jurunikah, Dr Adam Ahmad disaksikan bapanya, Hashim Daud, serta hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan media.

Erissa menerima mas kahwin 70 gram emas manakala wang hantaran dirahsiakan.

Selain itu, keluarga pengantin lelaki menghadiahkan dua utas rantai emas dan berlian kepada Erissa sebagai satu warisan keluarga yang tidak ternilai dan akan dihargai sepanjang hayat.

Dalam majlis itu, peserta Ceria Popstar musim kedua pada 2014 menyerahkan 11 dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak pengantin lelaki.

Syukur dah kahwin

Sumber foto: Budak Tadika

Sementara itu, Erissa bersyukur kerana perkenalan selama setahun berasama Danial membawa ke jinjang pelamin.

Alhamdulillah, saya bersyukur perkenalan kami yang singkat ini akhirnya sah sebagai suami isteri.

Saya berasa gembira dan dalam masa sama sebak juga untuk berjauhan dengan keluarga memandangkan saya anak perempuan yang rapat dengan mereka.

Doakan perkahwinan kami ini bahagia hingga ke jannah.

Majlis akad nikah bertemakan serba putih diadakan di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi bakal diadakan pada 25 April ini akan disertai dengan acara makan malam yang eksklusif.

Muhamad Danial Iskandar yang kini berkhidmat sebagai Associate Strategy di Jelawang Capital, Khazanah Malaysia, Putra merupakan anak kepada pasangan terhormat, Datuk Hj. Zaidi Mohamed dan Datin Hjh. Mahfuzah Zakkiah Abdain.

Terdahulu, tular beberapa hantaran memaparkan Erissa dan kedua ibu bapanya yang sedang menjalani upacara bersiram pada Rabu.

Sekadar info, Erissa dan Daniel mengikat tali pertunangan pada awal Januari tahun ini.

The post [VIDEO] Erissa Puteri Sah Bergelar Isteri Anak Kenamaan first appeared on OHBULAN!.

↧

[VIDEO] Hampir Tiga Tahun Berkahwin, Reen Rahim Sebak Bicara Soal Anak –‘Topik Ini Sangat Sensitif Sebenarnya’

$
0
0

Pelakon, Reen Rahim mendedahkan dirinya tidak terlepas daripada soalan berkaitan anak selepas hampir tiga tahun berkahwin dengan suami, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bawa-Bawa Bincang Perangai Jantan Tu, Jangan Nak Bantai Orang Je’ – Pesanan Suami Buat Reen Rahim Sebelum ‘Out Station’

Sebak bicara soal anak

Menerusi temu bual bersama Melodi TV3, Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim berharap orang ramai mendoakan agar dirinya dikurniakan rezeki untuk mendapatkan cahaya mata.

Entahlah, bila orang usik pasal topik ini dia akan jadi sedih. Perkara ini sangat sensitiflah.

Siapa yang tak nak anak kan? Dan boleh tak kita tak terikut sangat generasi dahulu yang suka bertanya soal anak?

Saya faham, mereka sayang kita dan nak tengok kita ada anak jadi pada saya lebih manis dan sedap kalau tukarkan pertanyaan kepada doa.

Bercerita lanjut, pelakon drama ‘Pujaan Hati Kanda’ ini memaklumkan perjalanan yang perlu ditempuhi bersama suami membuatkan dirinya bertambah sebak apabila ditanya soal anak.

Perempuan mana yang tak nak mengandung.

Saya yakin Allah itu akan bagi tepat pada masanya. Tak cepat, tak lambat.

Tapi kalau nak cakap balik soal isu ini, saya bukanlah tersinggung sebab soalan tetapi lebih kepada mengenangkan jalan yang kita lalui sepanjang tempoh itu.

Sebab teringin sangat nak mengandung, bukanlah sebab soalan.

Untuk rekod, Reen sah bergelar isteri kepada Hazim dengan sekali lafaz pada 24 Disember 2022.

Sumber: Melodi TV3

The post [VIDEO] Hampir Tiga Tahun Berkahwin, Reen Rahim Sebak Bicara Soal Anak – ‘Topik Ini Sangat Sensitif Sebenarnya’ first appeared on OHBULAN!.

↧

[VIDEO] Puteri Balqis ‘Sound’ Produk Tempatan, Bengang Diminta Buat Reviu Tak Jujur – ‘Pembeli Tak B*d*h’

$
0
0

Pelakon Puteri Balqis meluahkan rasa bengang terhadap sesetengah produk tempatan yang memintanya untuk melakukan ‘reviu’ tidak jujur kerana mahu menarik lebih ramai pembeli.

Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Sambut Aidilfitri Dengan Gelandangan, Tshirt & Jeans Jadi Baju Raya – ‘Hari Raya Seperti Hari Biasa’

Artikel Berkaitan: Kecantikan Disamakan Dengan Megan Fox, Puteri Balqis Tetap Rasa ‘Insecure’ – ‘Walaupun Orang Puji, Tetap Tiada Keyakinan’

Tak pandai nak ‘overclaim‘

Menerusi perkongsian di TikTok, Puteri Balqis Azizi, 18, menitipkan peringatan tegas kepada para pengusaha tempatan, khususnya yang terlibat dalam penjualan produk kecantikan seperti alat solek dan penjagaan kulit.

Jelas Balqis, dia tidak boleh menipu sekiranya sesuatu produk itu tidak bagus kerana pembeli bijak dalam membuat penilaian tersendiri.

Untuk lokal produk, kalau produk yang dijual berharga RM50, tolong buat macam harga RM50 sebab penyokong artis ini tidak bodoh.

Mereka pun dah cuba banyak produk. Saya penat sebab produk tak bagus tapi kena overclaim.

Kalau produk memang tak bagus, jangan bagi kami buat reviu jujur sebab bila buat reviu jujur pihak kamu pula potong dalam video.

Mengulas lebih lanjut, Balqis berkata dia tidak dapat melelapkan mata selama tiga hari kerana terpaksa merakam semula video reviu gara-gara memberi ulasan jujur.

Sementara itu, Balqis turut berkongsi sebelum dia melakukan sesuatu reviu, dia akan mencuba terlebih dahulu agar ulasan yang diberikan adalah jujur.

Saya bukan seperti pempengaruh yang pacak kamera dalam kereta dan buat reviu tak jujur.

Saya akan cuba produk itu dahulu sebelum membuat reviu.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Puteri Balqis ‘Sound’ Produk Tempatan, Bengang Diminta Buat Reviu Tak Jujur – ‘Pembeli Tak B*d*h’ first appeared on OHBULAN!.

↧
↧

Bell Ngasri Kurang Dapat Tawaran Berlakon, Tidak Terasa & Percaya Pada Rezeki –‘Kalau Ada, Alhamdulillah, Kalau Tiada, Saya Okay Saja’

$
0
0

Pelawak dan pelakon Bell Ngasri tidak terasa hati dengan tawaran lakonan yang kurang walaupun setelah dinobatkan Anugerah Bintang Paling Popular ke-35 (ABP35) dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Bell Ngasri Berjaya Bawa Watak Serius, Lakonan Dipuji Netizen – ‘Serba Boleh, Semua Watak Boleh Bawa’

Artikel Berkaitan: ‘Sebagai Artis Yang Berlakon Dari Kecil Sehingga Kini, Pelbagai Pengalaman Sudah Saya Lalui’ – Bell Ngasri

Tak ambil hati

Ketika ditemui OhBulan!, Bell akui bersyukur dengan setiap bentuk rezeki yang masih diterimanya.

Menurut Bell, dia juga kurang pasti dengan sebab kurangnya tawaran berlakon.

Memang agak kurang tawaran lakonan tapi tidaklah terlalu beza sangat. Sejujurnya memang ada perasaan risau, dimana orang takut panggil saya selepas menang.

Tapi, Alhamdulillah, saya masih lagi bekerja untuk beberapa program. Mungkin dari sudut tawaran lakonan sahaja yang berkurangan.

Saya pun tak tahu puncanya apa, tapi saya serahkan semuanya kepada rezeki.

Kalau ada yang nak panggil saya berlakon, silakan. Kalau tak ada, tak mengapa.

Saya tak adalah kecewa. Sikit-sikit pun, saya bersyukur sebab sewaktu menang pun, bukanlah saya hero yang banyak dengan drama atau filem.

Bell berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya berjudul 6 Jilake yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Filem 6 Jilake ini juga membawakan barisan artis yang lain seperti Amerul Affendi, Saiful Apek, Asmidar, Kazar Saizi, Kamarool Hj yusof, Jalil Hamid dan ramai lagi. Untuk perkembangan terkini dan kandungan ekslusif 6 Jilake, boleh ikuti FacebookInstagramTwitter dan Youtube Primeworks Studios.

Bagaimanapun, Bell sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak yang masih menghargai karyanya sehingga kini.

Saya tak mahu ada rasa kekurangan atau apa dan saya tetap bersyukur.

Terima kasih juga kepada mereka terus menerus menghargai hasil kerja saya.

The post Bell Ngasri Kurang Dapat Tawaran Berlakon, Tidak Terasa & Percaya Pada Rezeki – ‘Kalau Ada, Alhamdulillah, Kalau Tiada, Saya Okay Saja’ first appeared on OHBULAN!.

↧

[VIDEO] 20 Minit Dengar Bayi Menangis Dalam Wayang, Individu Titip Pesanan Buat Ibu Bapa –‘Kesian Dekat Orang Lain Yang Bayar Tiket’

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Seorang individu berkongsi pengalaman kurang menyenangkan apabila sesi menonton filem Blood Brothers: Bara Naga terganggu akibat tangisan bayi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imran Aqil Berang Dengan Individu Kurang Ajar, Tiada ‘Common Sense’ Dalam Wayang – ‘Dia Siap Meluc*h & Suruh Saya Duduk Perpustakaan’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dahlia Rizal Terharu Wanita Beri Duit Raya Untuk Anak

Kacau nak tengok wayang

@therizz7 Parents alert sama kesian dekat org lain yg bayar tiket tapi 20minit dengar baby cry ??? sound system tu kuat kalau boleh jangan la bawa babyy !! #aeonmall #baranaga #bloodbrother ? Baby’s cry – ISAo

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang individu meluahkan rasa kecewa dengan sikap sepasang suami isteri yang membawa anak kecil menonton wayang.

Menurutnya, tangisan bayi itu tidak berhenti selama 20 minit semasa tayangan berlangsung.

Parents alert. 

Kesian dekat orang lain yang bayar tiket tapi 20 minit dengar baby nangis.

Sound sistem tu kuat, kalau boleh jangan la bawa baby.

‘Siapalah ibu bapa budak ni?’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap bayi tersebut yang berada dalam kepenatan akibat menangis tanpa henti dan kesejukan di dalam panggung.

Sumber: TikTok @therizz7

The post [VIDEO] 20 Minit Dengar Bayi Menangis Dalam Wayang, Individu Titip Pesanan Buat Ibu Bapa – ‘Kesian Dekat Orang Lain Yang Bayar Tiket’ first appeared on OHBULAN!.

↧

‘Tak Pernah Rasa Ada Menantu, Tidak Perlu Nak Cakap Saya Mak Mentua Redflag’ – Abby Abadi

$
0
0

Pelakon Abby Abadi menyifatkan Ahmad Aslam tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menantu selepas berkahwin dengan anaknya, Marissa Dania.

Artikel Berkaitan: Suami Abby Abadi Pernah Bagi Amaran, Tampar Aslam – ‘Selama Ini Saya Diam’

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Nafi Aslam Datang Minta Maaf – ‘Cuba Terangkan Masa & Keadaan Bila?’

Tak pernah rasa ada menantu

Menurut pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, 48, walaupun anaknya sudah berkahwin namun dia tidak pernah rasa seperti mempunyai menantu.

Abby turut meminta supaya orang ramai tidak menyamakan dirinya dengan bekas suaminya, Norman Hakim kerana selama ini dia yang membesarkan anak-anaknya seorang diri.

Abby meluahkan isi hatinya di Instagram Story (IGs) baru-baru ini.

Sejujurnya saya tak pernah rasa seperti sudah ada menantu, tak pernah sebab memang tiada pun.

Jangan samakan saya dengan dengan Norman sebab saya yang jaga anak-anak dari kecil.

Anak itu ditinggalkan dengan saya macam itu sahaja. Makan, minum, pakaian dan tempat tinggal saya uruskan sendiri.

Jadi memang tidak sama bila jaga dengan yang datang jumpa sekali sekala macam orang luar.

Enggan mengulas

Menjelaskan lebih lanjut, Abby berkata dia enggan berkongsi lebih lanjut tentang perkara yang terjadi namun berharap netizen tidak terus menghukum berkenaan perkara yang berlaku.

Tidak perlu nak cakap saya mak mentua redflag ke apa. Lalui sendiri nanti.

Dua tahun sudah berlalu tiada apa yang diperbetulkan.

Tak dapat nak kongsi semua tapi kalau tak tahu jangan terus menghukum.

Perang media sosial antara Abby dan Aslam tercetus apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada isteri pertama Aslam yang juga madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

Sumber: Instagram

The post ‘Tak Pernah Rasa Ada Menantu, Tidak Perlu Nak Cakap Saya Mak Mentua Redflag’ – Abby Abadi first appeared on OHBULAN!.

↧

[VIDEO] Arwah Akiko Okumura Jaga Kebajikan Pekerja, Ridzuan Ridzokumura Kongsi Mesej Dari Ibu Mentua

$
0
0

Pemergian isteri tercinta pasti meninggalkan kesan kepada ahli keluarga terutama suami dan anak-anak.

Begitulah kisah usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura yang masih merindui susuk isterinya, Akiko Okumura.

Artikel Berkaitan: Isteri Usahawan Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia – ‘Akiko Telah Pergi Tinggalkan Saya & Anak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ridzuan Ridzokumura Cerita Arwah Akiko Terjatuh Dari Tingkat Empat, Tidak Pasti Bagaimana Insiden Berlaku – ‘Ketika Itu Saya Sudah Tidur’

Mesej terakhir

@ridz_okumuraMsg dri ibu mertua ku?? Kata2 terakhir dri isteri ku buat ibu mertua ku?????? Takkan Hilang – thebelovedsalma

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ridzuan atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 50, mendedahkan mesej yang diterima daripada ibu mertuanya.

Menurut perkongsian itu, arwah Akiko dilihat memgambil berat terhadap kebajikan pekerja salon ditempat kerja suaminya.

Rizwan, adakah kerja kamu semuanya baik-baik saja?

Akiko sentiasa paling risaukan hal itu. Dia selalu bekerja keras untuk memastikan kehidupan pekerja salon itu terjamin.

Kata-kata terakhirnya pun berkaitan hal itu.

Difahamkan, mesej ini diterima oleh ibu mertuanya sebelum arwah terjatuh dari tingkat empat rumahnya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kata-kata semangat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada Ridzuan agar kekal kual berdepan dengan ujian kehilangan isteri.

Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko pada Februari 2009. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sky Taizo Okumura, 13.

Imbas kembali, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Akiko pada 28 Februari akibat daripada terjatuh dari tingkat empat rumahnya dengan keadaan tubuh badan meniarap atas tanah.

Sumber: TikTok @Ridzokumura

 

The post [VIDEO] Arwah Akiko Okumura Jaga Kebajikan Pekerja, Ridzuan Ridzokumura Kongsi Mesej Dari Ibu Mentua first appeared on OHBULAN!.

↧
↧

[VIDEO] ‘Influencer’ Terima Layanan Bak Tuan Puteri, Bayar Lebih Tiga Orang ‘Confinement Lady’ – ‘Beranak Pun Jadi Tak Sakit Macam Ini’

$
0
0

Pempengaruh Syima Eima meraih perhatian wargamaya apabila dilihat menerima layanan seperti tuan puteri semasa menjalani proses berpantang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Mula Berpantang Secara Moden Esok, Nak Turun Berat Badan Sehingga 51kg

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima ‘Princess Treatment’ Dari Suami, Netizen Sifatkan Kak KM Isteri Beruntung – ‘Suami Meratukan Isteri’

Princess treatment

@syimaeima In my postpartum era? #postpartum #newbornbaby ? Originalton – ?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syima dilihat memiliki lebih daripada tiga orang Confinement Lady atau ‘CL’ yang menjaganya ketika berpantang.

Perkongsian itu meraih lebih daripada 4 juta tontonan di TikTok.

Dalam era postpartum saya.

Impian setiap wanita

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Syima sebagai wanita yang beruntung apabila mampu membayar ramai CL untuk menjaganya ketika berpantang. Selain itu, warganet turut menitipkan pesanan agar bersyukur dengan kehidupan masing-masing dan tidak dibandingkan dengan rezeki orang lain.

Sumber: TikTok @Syima Eima

The post [VIDEO] ‘Influencer’ Terima Layanan Bak Tuan Puteri, Bayar Lebih Tiga Orang ‘Confinement Lady’ – ‘Beranak Pun Jadi Tak Sakit Macam Ini’ first appeared on OHBULAN!.

↧

[VIDEO] Sky Rindu Arwah Akiko, Menangis Ketika Makan Di Restoran Jepun – ‘Sampai Menitik Air Mata’

$
0
0

Anak kepada usahawan Ridzuan Ridzokumura iaitu Sky Taizo Okumura tidak dapat menahan sebak ketika makan di sebuah restoran Jepun kerana mengingati arwah ibunya, Akiko Okumura.

Artikel Berkaitan: ‘Sky Kata Kenapa Tuhan Ambil Mak Dia Masa Umur Dia 13 Tahun’ – Ridzuan Ridzokumura

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Akiko Dah Jaga Saya & Sky Dengan Terlalu Baik, Tak Ada Orang Boleh Buat Macam Tu’ – Ridzuan Ridzokumura

Menurut Ridzuan, Sky yang masih dibelengu kesedihan tidak dapat menahan diri daripada menangis ketika berada di restoran itu.

Jelasnya, kesedihan itu berlarutan sehingga dia menjamu selera.

Semalam saya bawa Sky pergi makan dekat restoran Jepun dan dia terus menangis.

Bila makan pun sampai menitik-nitik air mata teringatkan dekat arwah ibunya.

Ridzuan berkongsi mengenai perkara itu di Instagram miliknya sebentar tadi.

Sementara itu, Ridzuan turut menitipkan doa supaya anaknya cekal dalam menghadapi ujian hidup pada usia muda.

Ya Allah kau kuatkanlah semangat anak saya ini.

Al-fatihah buat insan yang terlalu istimewa, Aishah Abdullah atau Akiko Okumura, seorang manusia yang tidak pernah buat salah terhadap manusia.

Syurga tertinggi tempatmu, amin.

The post [VIDEO] Sky Rindu Arwah Akiko, Menangis Ketika Makan Di Restoran Jepun – ‘Sampai Menitik Air Mata’ first appeared on OHBULAN!.

↧

Akaun Instagram Bekas Suami Dewi Diserang Pengikut Wanita – ‘Hensem Duda Ni’

$
0
0

Akaun rasmi bekas suami Emira Delyati Dewi iaitu Imran Hakimi ‘diserang’ para wanita ekoran hantaran usahawan dan pempengaruh, Cik Epal yang membawa dua anaknya iaitu Han dan Yuki gunting rambut di kedai miliknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bikin Panas! Cik Epal Bawa Han Gunting Rambut Dengan Bekas Suami Dewi? – ‘Someone Is Shaking’

Artikel Berkaitan: Pertikai Pakaian Anak-Anak, Netizen Minta Cik Epal Berhenti ‘Provoke’ – ‘Macam Dendam Bertingkat-Tingkat’

Akaun rasmi diserang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by W A N I M R A N (@ewanzp)

Menerusi pemerhatian OhBulan!, rata-rata netizen dilihat menyerang akaun rasmi Imran dengan meninggalkan komen jenis pujian terhadapnya.

Pada hantaran itu, warganet memuji rupa paras bekas suami kepada Dewi yang tampan dan berkulit cerah.

Netizen puji

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakkan netizen cair melihat wajah bekas suami Dewi yang mempunyai garis rahang atau ‘jawline’ yang tajam. Selain itu, warganet turut mendoakan Imran dijodohkan dengan wanita yang lebih baik daripada sebelum ini.

Sumber: Instagram @ewanzp

The post Akaun Instagram Bekas Suami Dewi Diserang Pengikut Wanita – ‘Hensem Duda Ni’ first appeared on OHBULAN!.

↧
Viewing all 37032 articles
Browse latest View live