Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35070 articles
Browse latest View live

Nak Layan Drama & Movie Best Serendah RM8? Siap Boleh Bawa Pulang Smart TV!

$
0
0

tonton

Sekarang ni, korang boleh stream rancangan TV dan filem kegemaran tanpa perlu berbelanja besar, sebab Tonton tengah bagi tawaran langganan paling berbaloi!

Untuk masa terhad, korang boleh langgan Tonton Up dengan hanya RM8 je dan nikmati pelbagai rancangan tempatan dan antarabangsa yang best gila!

Paling best, korang juga berpeluang menang Samsung Crystal UHD 43″ Smart TV!

Macam mana nak langgan? Ikut je dua langkah ni:

Langkah 1: Langgan Tonton Up dengan hanya RM8

Langkah 2: Gunakan kod eksklusif OHBULAN300 semasa checkout

Jadi jangan tunggu lama-lama, sebab tawaran ni sah sampai 30 April 2025 je, dan hanya 300 kod langganan yang tersedia. Klik sini untuk tebus sekarang dan nikmati hiburan tanpa batasan di Tonton!

 

The post Nak Layan Drama & Movie Best Serendah RM8? Siap Boleh Bawa Pulang Smart TV! first appeared on OHBULAN!.


Abby Abadi Kesal Bersifat Terlalu Lembut, Kecewa Dengan Norman Hakim – ‘Sebut Nanti Kata Buka Aib’

$
0
0

Pelakon Abby Abadi mengakui berasa kesal kerana terlalu berlembut dan sentiasa mengalah dalam semua hal sehingga terpaksa berdepan dengan masalah keluarga yang masih berlarutan sehingga ke hari ini.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Rasa Ada Menantu, Tidak Perlu Nak Cakap Saya Mak Mentua Redflag’ – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: Suami Abby Abadi Pernah Bagi Amaran, Tampar Aslam – ‘Selama Ini Saya Diam’

Kecewa dengan bekas suami

Pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, meluahkan rasa kecewa kerana dia masih perlu bersuara mengenai isu rumah tangga anak perempuannya, Marissa dan Aslam.

Terlalu banyak kesilapan yang saya buat.

Antaranya terlalu berlembut dan mengalah dalam semua hal.

Rileks dan tenang sangat rupanya untuk jangka masa panjang, keadaan jadi di luar jangkaan. Perkara saling berkait.

Tidak hanya itu, Abby turut kesal dengan dengan sikap bekas suami iaitu Norman Hakim berkaitan dengan perihal anak-anak.

Pun begitu, Abby enggan mengulas lanjut kerana bimbang dituduh membuka aib.

Sebagai bekas isteri kepada Norman Hakim, banyak perkara yang tak selesai dan mengecewakan saya. Berbelas tahun dah.

Ingatkan bila berbaik, hal-hal anak-anak akan jadi lebih baik tetapi sebagai ibu kepada anak-anak yang ada ini, saya menyesal tentang banyak perkara.

Sebut nanti kata buka aib pula.

Sebelum ini, berlaku persengketaan antara Abby dan menantunya, Ahmad Aslam selepas ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

Sumber: Threads

The post Abby Abadi Kesal Bersifat Terlalu Lembut, Kecewa Dengan Norman Hakim – ‘Sebut Nanti Kata Buka Aib’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Syafie Naswip Pernah Jadi Mangsa Tak Dapat Bayaran, Dianiaya Produksi Selama Dua Tahun

$
0
0

Pelakon Syafie Naswip mengakui pernah berdepan situasi pahit berkenaan bayaran tertangguh selama sekitar dua tahun sewaktu menceburi bidang industri sedekad yang lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Drama Pendek Raya ‘Luluh’ Sarat Emosi & Pengajaran, Lakonan Syafie Naswip Meruntun Hati

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Rindu Nak Tengok Gandingan ‘Bollywood’ Dengan Afifah Nasir, Syafie Naswip Respon – ‘Tak Boleh, Masing-Masing Dah Kahwin’

Teliti kontrak

Ketika ditemui OhBulan, pemilik nama Muhammad Syafie Naswip, 32, berkata pengalaman pahit itu membuatkan dia lebih peka dengan meniliti butiran kontrak sebelum mencapai kata sepakat.

Paling lama saya pernah kena dua tahun. Apabila saya kata nak buat laporan polis baru mereka bayar.

Tetapi itu telah lama berlaku, ketika saya masih muda sebelum filem Songlap pada tahun 2011.

Apabila dah terkena dengan situasi macam itu kita belajar. Jadi sekarang  saya baca semua kontrak dari awal sampai habis.

Syafie berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem Mantera di pusat membeli-belah The Starling Mall, Damansara pada Khamis.

Bagaimanapun, pelakon filem Mukhsin itu berkata dia tidak menyimpan dendam dengan pasukan produksi itu malah tetap bertegur sapa sekiranya bertemu.

Jelas Syafie, dia hanya menuntut hak miliknya seperti yang dipersetujui dalam kontrak.

Saya tetap akan tuntut sampai dapat. Kalau tak mampu bayar, kena beritahu awal-awal. Jangan senyap sehinga berbulan-bulan.

Kami tak gaduh. Kalau jumpa pun masih bertegur sapa.

Dalam perkembangan lain, Syafie melakonkan watak Inspektor Zaf dalam filem Mantera yang bakal menemui penonton pada 24 April depan.

The post [VIDEO] Syafie Naswip Pernah Jadi Mangsa Tak Dapat Bayaran, Dianiaya Produksi Selama Dua Tahun first appeared on OHBULAN!.

Marissa Dania Bidas Aazief Khalid, Minta Jangan Masuk Campur Urusan Keluarga – ‘Tak Boleh Ke Pendapat Simpan Untuk Diri Sendiri?’

$
0
0

Selepas memilih untuk menyelesaikan perihal secara peribadi, timbul lagi dakwaan Ahmad Aslam bercinta dengan pempengaruh, Marissa Dania ketika berada di bawah umur.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sejak Dia Kahwin, Saya Macam Dah Tak Ada Marissa’ – Abby Abadi

Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Rasa Ada Menantu, Tidak Perlu Nak Cakap Saya Mak Mentua Redflag’ – Abby Abadi

‘Itu tidak benar’

Dakwaan itu makin tular selepas anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid masuk campur isu rumah tangga anak pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim.

Dakwa Aazief, perbuatan Aslam merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang kerana telah memikat gadis yang berada di bawah umur.

Bagaimanapun Marissa membidas spekulasi berkenaan dengan mengatakan ia adalah dakwaan yang salah, sebaliknya meminta Aazief supaya tidak mencampuri urusannya.

Itu tidak betul, ini bukan gosip. Ini tuduhan yang serius.

Saya tidak akan berada di sini menjelaskan diri saya melainkan keadaan memaksa.

Apa perasaan apabila awak mencampuri urusan orang lain terutamanya hal keluarga?

Tak bolehkah pendapat di simpan untuk diri sendiri?

Menerusi hantaran Abby, suaminya iaitu Muhammad Faizal Zakaria bertindak untuk melakukan perbuatan itu kerana Aslam telah melampaui batas.

Jelasnya, ketika kejadian Marissa berada di bawah umur 18 tahun dan masih dalam jagaannya.

Polemik antara Abby dan Aslam terus mendapat perhatian ramai selepas mereka bertindak untuk melakukan serangan balas di media sosial.

Perang tercetus apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada isteri pertama Aslam yang juga madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

Sumber: Threads

The post Marissa Dania Bidas Aazief Khalid, Minta Jangan Masuk Campur Urusan Keluarga – ‘Tak Boleh Ke Pendapat Simpan Untuk Diri Sendiri?’ first appeared on OHBULAN!.

Raih RM29.9 Juta Kutipan Dalam Tujuh Hari, Netizen Lancar Kempen ‘Blood Brothers Road To 100 Juta’

$
0
0

Memasuki hari kelapan tayangan, kehebatan filem aksi ‘Blood Brothers: Brothers’ terus berlegar di bibir para peminat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Filem Blood Brothers: Bara Naga Terus Cipta Sejarah, Raih 21 Juta Kutipan!

Road to 100 juta?

Lebih mengagumkan, filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra ini bejaya mengutip sebanyak RM29.9 juta dalam tujuh hari tayangan.

Ramai yang dilihat masih belum ‘move on’ sehinggakan ada yang mula melancarkan kempen ‘Blood Brothers Road To 100 Juta’.

Masakan tidak, ada yang sanggup untuk ‘repeat’ menonton filem ini meskipun sudah berkali-kali ke panggung.

Dalam pada itu, para peminat bukan sahaja membuat ‘reaction review’ malah ada juga yang melakukan konten parodi selepas menonton filem bertaraf antarabangsa ini.

Paling seronok, kesemua ini datangnya dari peminat sendiri tanpa sebarang arahan mahupun ‘paid promo’.

Sekiranya momentun ini berterusan, tak mustahil filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ akan menjadi filem Malaysia pertama capai RM100 juta. 

Filem Blood Brothers

Filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ memaparkan perjalanan hidup Ariff (Syafiq Kyle), yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk berkhidmat di bawah naungan Dato Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga merangkap sebagai ketua Mafia Naga.

Sejak itu, Ariff mengangkat bai’ah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat kawalan keselamatan dipanggil Silent Guard, sekali gus terikat sebagai Blood Brother kepada Ghaz.

Namun, ketika sebuah pengkhianatan dahsyat menggoncang dunia mereka, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai pembelot dan dijadikan suspek utama. Dalam keadaan terdesak untuk membersihkan namanya, Ariff terpaksa melarikan diri dan mendapatkan bantuan daripada abang kandungnya yang sudah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).

Sementara itu, Ghaz diamanatkan untuk memburu dan menangkap Ariff lantas menyerahkannya  kepada pengadilan keluarga Naga yang dahagakan balas dendam.

Mampukah Ariff membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah dan mendapatkan kembali kepercayaan Ghaz? Atau adakah nasibnya berakhir dengan kematian di tangan Blood Brother yang dianggap seperti abang kandungnya sendiri?

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan ‘Blood Brothers: Bara Naga’ dengan menontonnya di 146 pawagam terpilih.

The post Raih RM29.9 Juta Kutipan Dalam Tujuh Hari, Netizen Lancar Kempen ‘Blood Brothers Road To 100 Juta’ first appeared on OHBULAN!.

Watsons ‘W Rewards’ Program Ganjaran No.1 di Malaysia: Tebus Ganjaran Hebat di 5,000+ Lokasi Seluruh Negara.

$
0
0

Korang… Korang tahu tak mengenai Watsons ‘W Reward’? Ala program program keahlian dengan ganjaran terbesar yang masuk Malaysia’s Book of Record  tu.

Punyala power Watsons ‘W Reward’ ni, korang boleh tebus petrol secara percuma bila korang shopping di Watsons.

Punya la banyak ganjaran yang Watsons sediakan, melalui Watsons ‘W Reward’ korang boleh tebus dan nikmati ganjaran di lebih 5,000 lokasi rakan niaga mereka.

Oleh sebab itu, tak kisahlah korang suka shopping produk kecantikan, kesihatan, makanan, atau sebagainya, jom daftar sebagai ahli kelab Watsons sekarang.

Rugi kalau korang tak daftar sebab korang bukan je dapat menikmati promosi, diskaun dan mengumpul mata ganjaran tetapi dalam masa yang sama korang akan dapat enjoy ganjaran tambahan daripada rakan niaga mereka.

Tebus ganjaran melalui ‘W Rewards’.

Seronok weyyy jadi ahli kelab Watsons? Macam-macam kelebihan yang korang boleh nikmati. Sekarang min nak ajar korang cara nak tebus ganjaran-ganjaran tersebut.

Jangan risau proses penebusan ganjaran mudah je. Yang penting korang follow langkah-langkah yang min kongsikan.

Langkah 1: Buka aplikasi Watsons korang dan pergi ke ‘My Account’

Langkah 2: Pilih produk yang korang nak beli

Langkah 3: Klik pada ‘Redeem’

Langkah 4: Terima QR Code untuk imbas di kaunter pembayaran dan nikmati diskaun dan ganjaran korang.

**Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watsons Malaysia (@watsonsmy)

Ganjaran kaw-kaw untuk ahli Watsons!

Kalau korang nak tahu, rakan niaga Watsons bukan biasa-biasa ye, mereka terdiri daripada jenama-jenama besar dalam sektor makanan, minuman, kesihatan, kecantikan, termasuk agensi pelancongan dan gaya hidup serta banyak lagi.

Berikut min kongsikan beberapa tawaran eksklusif rakan niaga Watsons yang boleh korang nikmati termasuk di di seluruh Malaysia:-

BananaBro: Diskaun 10% bagi perbelanjaan minima RM80

Jollibee: Percuma satu ChickenJoy dengan perbelanjaan minima RM20

Cinnabon: Diskaun 10% bagi perbelanjaan RM23 dan ke atas.

Zus Coffee: Diskaun 10%

Juice Works: Beli 1 percuma 1 Lychee Cooler Midi

Marrybrown: Beli 5 ketul ayam Goreng MB®+2X minuman (R) pada harga RM34.80 (harga asal RM40.80)

Dunkin’ Donut:Beli Iced Dunkin’ Coffee (M)+ 2 donut pada harga RM13.90 (harga asal RM15.90)

Setel: Baucar tunai RM10

LBS Bina: Rebat RM10,000 bagi pembelian mana-mana LBs property

Pandora: Diskaun 50% untuk barangan terpilih

Pathlab: Nikmati Gold Health Screening pada harga RM120 [Harga asal RM220]

Berjaya Times Square Theme Park: Diskaun 50% untuk tiket masuk ke BTSTP bagi dewasa dan kanak-kanak.

Casa Del Rio: Diskaun 20% untuk penginapan 2 malam dan keatas bagi pakej Bed & Breakfast Rate

KL Bird Park: Diskaun 20% untuk pembelian tiket dewasa (warganegara sahaja)

Sebenarnya ada banyak lagi tawaran eksklusif yang rakan niaga Watsons tawarkan. Nak tahu tawaran apa lagi yang rakan niaga Watsons ada untuk korang? Korang boleh semak di SINI.

Jadi, apa lagi yang korang tunggu?  Jom shopping di Watsons. Sebelum tu jangan lupa daftar sebagai ahli tau, nanti berlipat kali ganda ganjaran yang akan korang nikmati.

Nikmati diskaun 60% untuk barangan ke-2 pada bulan ini.

Sempena bulan April 2025, jangan lepaskan peluang untuk shopping produk kegemaran korang sebab watsons promosi diskaun 60% untuk barangan ke-2.

Layari website Watsons atau korang scroll je e-katalog dalam aplikasi Watsons MY untuk lihat senarai penuh produk yang terlibat dengan promosi ini.

Inilah masanya korang nak stock up segala barangan keperluan peribadi seperti mandian, pewangi, produk kecantikan, kosmetik, makanan tambahan dan pelbagai lagi.

K-Beauty Fair – Rebut peluang menang percutian ke Korea!

 

Buat peminat K-Beauty, Kfesta watsons datang lagi! Bermula 15 April 2025 hingga 5 Mei 2025, korang hanya belanja RM120 atau lebih untuk jenama yang terpilih di stor atau dalam talian untuk menang percutian ke Korea selama 6 hari 4 malam.

Manakala, 20 pemenang bertuah akan dipilih untuk membawa pulang produk kesihatan dan kecantikan Korea yang bernilai RM500.

Pastikan korang serbu Watsons dan berbelanja RM120  untuk menikmati diskaun RM10 secara serta-merta bagi jenama-jenama terpilih.

Disamping itu, korang juga akan dapat 1500 mata ganjaran secara percuma.

Ops sebelum min terlupa, korang jangan lupa untuk RSVP untuk K-Festa, acara K-beauty paling meriah tahun ni.

Macam-macam yang korang boleh dapat di sana termasuk beg goodies bernilai RM100, baucar e-tunai bernilai RM10, cenderamata eksklusif Watsons seperti beg tote, beg laptop dan wagon.

Lagipun, ada 80 jenama yang turut dalam K-Fest kali ini dan diorang semua sediakan banyak gila barangan percuma untuk korang.

Jangan tunggu lagi, jom RSVP sekarang dan pastikan korang hadir ke Mid Valley Exhibition Centre, Hall 1, Pada 24 hingga 27 April 2025.

Link muat turun aplikasi Watsons ada di bawah:-

Apps Store: Watsons MY

Google Play Store: Watsons MY

Jangan tunggu lagi, daftar sekarang dan mulakan perjalanan ganjaran korang dengan watsons ‘W Rewards’!

The post Watsons ‘W Rewards’ Program Ganjaran No.1 di Malaysia: Tebus Ganjaran Hebat di 5,000+ Lokasi Seluruh Negara. first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Rina Tenang Selepas Tertumpah Air, Didikan Ryzal & Maryam Dipuji Netizen – ‘Bijak Sangat Budak Ini’

$
0
0

Anak perempuan pasangan pempengaruh Ryzal Ibrahim dan Maryam iaitu Rina meraih perhatian netizen dengan kepintarannya mengatasi masalah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rina Anak Kacukan Melayu-Korea Dipuji Bijak, Lap Meja & Letak Pinggan Di Sinki Selepas Makan – ‘Orang Besar Pun Tak Pandai’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ryzal Ibrahim Selar Netizen Pertikai Beri Anak Makanan Korea – ‘Saya Nak Mencarut Tak Baik..’

Pandainya Rina

@ryzalibrhmApapun berlaku yang penting strategi kena ada? original sound – Ryzal Ibrahim

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Rina dilihat berseorangan sambil menikmati minumannya di atas sofa yang dipantau melalui rakaman video kamera litar bertutup (CCTV).

Bagaimanapun, insiden bermula apabila minuman tersebut tidak sengaja tertumpah di atas sofa yang didudukinya.

Perkongsian itu meraih lebih daripada 1 juta tontonan di TikTok yang mengagumi cara Rina mengatasi situasi tersebut dengan tenang.

Pada kapsyen, Ryzal sempat berseloroh dengan tindakan licik anak perempuannya.

Apa pun yang berlaku, yang penting strategi kena ada.

Tahniah Ryzal & Maryam!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Rina yang mencari solusi dalam masalah yang dihadapinya. Selain itu, warganet turut mengucapkan tahniah kepada Ryzal dan Maryam kerana berjaya mendidik anak perempuannya menjadi seorang yang berdikari.

Sumber: TikTok @RyzalIbrahim

The post [VIDEO] Rina Tenang Selepas Tertumpah Air, Didikan Ryzal & Maryam Dipuji Netizen – ‘Bijak Sangat Budak Ini’ first appeared on OHBULAN!.

Intan Najuwa Panggil Ustaz Datang Rumah, Risau Anak Asyik Nangis Waktu Maghrib – ‘Mummy Atau Imane Lunara Yang Kena Ruqyah?’

$
0
0

Gara-gara sering menangis ketika waktu maghrib, pelakon Datin Intan Najuwa bertindak untuk memanggil ustaz kerana risau dengan keadaan anaknya, Imane Lunara.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Minta Jaga ‘Bonding’ Dengan Anak, Pesan Jangan Harapkan Pembantu Rumah! Intan Najuwa Respon..

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Hanya Hargai Usaha Suami, Tiada Niat ‘Show Off’ Kekayaan – ‘Bersyukur Tanpa Perlu Membandingkan’

Lunara okay

Tindakan Intan mengundang perhatian ramai kerana hasil pemeriksaan ustaz mengatakan Lunara tidak mempunyai sebarang masalah.

Jelas pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, anaknya kerap menangis kemungkinan disebabkan tanda-tanda mahu membesar.

Intan berkongsi tentang perkara itu menerusi Instagram Story (IGs) baru-baru ini.

Siapa suruh nangis lagi-lagi waktu maghrib kan dah kena panggil ustaz datang suruh ruqyah.

Alhamdulillah ustaz cakap tiada apa pun, biasalah budak nak membesar.

Ustaz yang saya panggil ni merupakan ustaz yang sama melakukan tahnik untuk Lunara sebelum ini.

Tidak dinafikan, kerisauan Intan terhadap anaknya membuatkan netizen terhibur terutamanya mereka yang sering mengikuti perkembangan aktres itu.

Suami kena upah ustaz duduk sekali

Intan berkongsi salah satu mesej yang diterima berkenaan dengan perkara itu.

Dalam mesej tersebut, netizen berseloroh mengatakan selepas ini suaminya iaitu Dato’ Ahmad Azraf Azman perlu mengupah ustaz untuk duduk sekali demi kebaikan Lunara.

Sebelum ini, Intan berkongsi Azraf telah menyediakan tiga pembantu dan seorang jururawat private untuk memantau keadaan kesihatan puteri sulungnya.

The post Intan Najuwa Panggil Ustaz Datang Rumah, Risau Anak Asyik Nangis Waktu Maghrib – ‘Mummy Atau Imane Lunara Yang Kena Ruqyah?’ first appeared on OHBULAN!.


[VIDEO] Aaron Aziz, Sharnaaz Ahmad Sudah Berdamai

$
0
0

Persengketaan melibatkan pelakon, Datuk Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad sudah berakhir selepas kedua pelakon itu dilihat sudah berdamai pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Sedia Berdamai Dengan Syarat Dia Datang Berjumpa Saya & Minta Maaf’

Dah berdamai

@kairyan083 #2 crisis brother settle#sharnaaz ? bunyi asal – kai@Ryan

Menerusi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @myliyaaaa memuat naik rakaman video sesi siaran langsung antara dua pelakon tersebut.

Ketika sesi siaran langsung, Aaron atau nama lengkapnya Aaron Mustapha Aziz meminta orang ramai untuk berhenti dari terus menjadi batu api dan melagakan mereka berdua.

Okay korang, dah tengok depan mata macam mana saya dengan Sharnaaz. Settle kan?

Jadi saya harap pada yang dah ‘upload’ video (batu api) tarik balik dan tak perlu panjang-panjangkan cerita.

Sementara itu, Sharnaaz turut menyuarakan pendapat yang sama seperti Aaron.

Kami berdua ada kerjaya dan keluarga untuk diteruskan.

Terima kasih juga kepada yang ‘upload’ sebelum ini sebabkan video anda itulah yang membantu menyelesaikan persengkataan kami ini.

Tetapi sudah-sudah dan cukuplah. (Sengketa) kami pun dah selesai dan tak perlulah jadi batu api untuk panjangkan cerita ini.

Ini bukan marketing!

@kairyan083 #2 crisis brother settle#sharnaaz ? bunyi asal – kai@Ryan

Dalam pada itu, Aaron menafikan sekeras-kerasnya selepas ada yang mendakwa pergaduhannya bersama Sharnaaz adalah satu bentuk marketing.

Marketing? Ini bukan marketing guys, bukan.

Korang ingat kami ada masa ke nak buat marketing macam ini?

Cuma yang penting kami dah selesai dengan cara yang elok. Benda yang dah lepas itu, lepaslah.

Di akhir video, pelakon filem ‘KL Gangster’ itu memaklumkan tiada guna untuk dirinya dan Sharnaaz memanjangkan persengkataan kerana berada dalam industri yang sama.

Kami ini jiran ja sebenarnya dan pergi mana-mana pun mesti akan berjumpa juga.

Buat apa kita nak gaduh-gaduh. Kalau orang lain tengok, lagi diaorang tepuk tangan ja.

Terdahulu, Aaron mencuri perhatian apabila meluahkan rasa berang terhadap Sharnaaz yang didakwa telah bercakap buruk mengenai dirinya ketika satu sesi siaran langsung di TikTok.

Perselisihan faham antara mereka itu dipercayai mula tercetus sewaktu menjalani penggambaran filem terbaharu arahan Syamsul Yusod yang bertajuk ‘Original Gangster’.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Aaron Aziz, Sharnaaz Ahmad Sudah Berdamai first appeared on OHBULAN!.

Abby Abadi Kesal Marissa Tuduh Mereka Cerita – ‘Jagalah Aslam Baik-Baik, Semoga Bahagia Hingga Syurga’

$
0
0

Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa kesal dengan sikap anak perempuannya, Marissa Dania yang mendakwa segala kisah yang dikongsi adalah sekadar rekaan.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kesal Bersifat Terlalu Lembut, Kecewa Dengan Norman Hakim – ‘Sebut Nanti Kata Buka Aib’

Artikel Berkaitan: Suami Abby Abadi Pernah Bagi Amaran, Tampar Aslam – ‘Selama Ini Saya Diam’

Jagalah suami baik-baik

Menerusi luahan yang dimuat naik di Threads, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan enggan memberi ruang setelah berkali-kali berdiam diri.

Menurutnya, dia tidak teragak-agak untuk berkongsi bukti jika terdapat video atau gambar ketika kejadian berlaku.

Mama buat cerita? Sedapnya menulis.

Nasib baik tiada video atau gambar waktu kejadia. Kalau ada, memang jadi kurang sabar untuk sebarkan.

Dah lama sangat simpan. Banyak sangat hal, tak terpendam. Banyak kali bagi muka. Kali ini cukuplah.

Nasihat ibu kepada anak

Dalam pada itu, Abby dilihat menitipkan pesanan ringkas kepada Marissa untuk menjaga suami dengan baik.

Jagalah Aslam baik-baik ya Marissa.

Semoga bahagia hingga ke syurga.

Untuk rekod, Marissa sah bergelar isteri kepada Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Sebelum ini, berlaku persengketaan antara Abby dan menantunya, Ahmad Aslam selepas ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby meminta menantunya Aslam datang memohon maaf kepadanya secara bersua muka.

Sumber: Threads @abbyabadi_112

The post Abby Abadi Kesal Marissa Tuduh Mereka Cerita – ‘Jagalah Aslam Baik-Baik, Semoga Bahagia Hingga Syurga’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Kalau I Kata Sayang, Maknanya I Sayang You Tau’ – Sharnaaz Ahmad Usik Amelia Henderson

$
0
0

Pelakon, Sharnaaz Ahmad meraih perhatian netizen sewaktu hadir sebagai tetamu ke sesi podcast ‘Studio Sembang’ yang dikendalikan aktres dan pengacara, Amelia Henderson.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Kena Ucap Terima Kasih Kepada Sharnaaz, Seorang Pelakon Yang Hebat’ – Amelia Henderson

Sharnaaz ‘try’ Amelia?

@primeworksstudios.film Ceyy! dah cakap pastu malu eh si Ghaz ni? Blood Brothers kini membara di pawagam. Jangan lepaskan peluang anda untuk beraya bersama Blood Brothers! ?? #BloodBrothers #baranaga #sapotlokal #sapotbloodbrothers ? suara asli – SANDIKAWEK

Menerusi potongan video dimuat naik Primeworks Studio di TikTok, Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ingin menunjukkan sesuatu daripada telefon bimbitnya kepada Amelia sebagai bukti.

Bintang filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’ itu kemudiannya menegaskan dirinya seorang yang jujur dalam berkata.

Saya tak main-main dan cakap yang benar.

Awak rasa saya ini menipu punya orang ke?

Kalau saya kata saya sayang awak, (maknanya) saya sayang tau.

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-rata terkejut dan terhibur mendengar ayat manis yang keluar daripada mulut Sharnaaz.

Komen netizen

Sekadar info, Sharnaaz dan Amelia kini sedang giat mempromosikan filem lakonan mereka bersama yang bertajuk ‘Blood Brother: Bara Naga’.

Selain mereka, filem yang arah Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su, Andy Teh dan ramai lagi.

Sumber: TikTok Primeworks Studio

The post [VIDEO] ‘Kalau I Kata Sayang, Maknanya I Sayang You Tau’ – Sharnaaz Ahmad Usik Amelia Henderson first appeared on OHBULAN!.

Kakak Umisya Mazlan Mohon Ada Rasa Simpati, Jangan Libatkan Anak-Anak Tidak Berdosa

$
0
0

Ekoran isu yang menjadi bualan hangat mengenai hubungan pelakon Abby Abadi dan menantunya, Aslam sedikit sebanyak memberi tempias kepada isteri pertama, Umisya Mazlan.

Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Dakwa ‘Diblock’ Abby Abadi & Marissa, Jawab Tuduhan Tumpang Populariti Keluarga Madu – ‘Kalau Betul, Saya Dah Buat Konten Pegang Tangan’

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Bidas Netizen Gesa Minta Maaf Kepada Umisya – ‘Kita Diam Jangan Bagi Berbunyi’

Tolong ada simpati

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story, kakak kepada Umisya iaitu Nadia memohon tidak melibatkan anak-anak dalam perkara yang terjadi.

Minta tolong sangat-sangat, dalam menulis itu jangan melibatkan anak-anak hingga melukakan hati orang yang tidak bersalah.

Yang kamu doakan itu dari rahim ibu yang tidak bersalah.

Tolong ada rasa simpati dan empati pada baby yang tidak berdosa.

Netizen baran sentuh pasal anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan komen yang ditinggalkan oleh individu yang mahukan kifarah kepada anak perempuan Umisya atas tindakan suaminya, Aslam yang berpoligami. Selain itu, warganet mendoakan agar anak-anak pempengaruh berusia 25 itu menjadi anak yang soleh dan solehah.

Sumber: Instagram @kakya_nadia

The post Kakak Umisya Mazlan Mohon Ada Rasa Simpati, Jangan Libatkan Anak-Anak Tidak Berdosa first appeared on OHBULAN!.

‘Tak Adil Untuk Umisya, Suami Kena Rampas Lepas Itu Dia Pula Kena Kacau’

$
0
0

Kemelut melibatkan penyanyi dan pelakon, Abby Abadi bersama anak dan menantunya iaitu Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam dilihat masih berpanjangan apabila mereka saling berbalas hantaran di media sosial.

Kemelut itu juga sedikit sebanyak memberikan tempias kepada isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan.

Artikel Berkaitan: Kakak Umisya Mazlan Mohon Ada Rasa Simpati, Jangan Libatkan Anak-Anak Tidak Berdosa

Umisya mangsa keadaan

Terbaharu, seorang pengguna yang dikenali sebagai @jueazhar_ tampil menyuarakan pendapatnya menerusi aplikasi Threads.

Ujar wanita itu, individu yang patut dikasihani dalam kemelut ini adalah Umisya memandangkan dia merupakan mangsa keadaan.

Eloklah londehkan lah aib masing-masing seolah-olah sempurna belaka diri itu.

Semua pun sama ja tapi satu, jangan ganggu Umisya tu.

Dia itu mangsa keadaan, suami dia kena rampas lepas itu dia pula kena kacau.

Tak adil ‘drag’ Umisya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Umisya Mzln (@umisyamazlan)

Tambahnya, adalah tidak adil apabila Umisya turut terpalit dengan kemelut ini selepas apa yang telah dilaluinya sebagai seorang isteri.

Bayangkan sakit yang dia rasa masa suami kantoi kahwin di Thailand masa dia pergi buat umrah.

Kejam ya korang? Dah seksa jiwa raga dia dalam pantang, sebelum pantang, sekarang pun nak ‘drag’ dia lagi dalam perbalahan korang.

Tepuk dada tanya iman itu.

Untuk rekod, Marissa sah bergelar isteri kepada Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Sebelum ini, berlaku persengketaan antara Abby dan menantunya, Ahmad Aslam selepas ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby meminta menantunya Aslam datang memohon maaf kepadanya secara bersua muka.

Sumber: Threads

The post ‘Tak Adil Untuk Umisya, Suami Kena Rampas Lepas Itu Dia Pula Kena Kacau’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Bila Tengok Bayi Rasa Nak, Tapi Tengok Keadaan Tak Larat Dah’– Siti Nurhaliza

$
0
0

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui teringin untuk menambah bilangan cahaya mata namun, keadaan tidak mengizinkan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Jadi Pencari Jodoh, ‘Kenen’ Zizan Dengan Bodyguard – ‘Dia Pun Orang Terengganu, Tak Gaduh Nak Balik Kampung’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Bersedia Untuk Berbincang, Terbuka Untuk Bagi 11 Lagu Kepada Penyanyi Lain

Tambah anak

@tyaarifinnw Haa mak iti @Siti Nurhaliza mana tahu rezeki kami dapat adik lagi?? . #fyp #sitinurhaliza #tyaarifin ? Funny – Gold-Tiger

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Siti atau nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 46, menghadiri majlis ulang tahun kelahiran cucunya, Arif Jiwa.

Pada perkongsian itu, Siti dilihat mesra mendukung anak bongsu menantunya, Tya iaitu Aghnia Amira Jiwa.

Dalam pada itu, Siti akui teringin untuk menambah cahaya mata, namun tidak lagi berupaya di usia yang hampir mencecah 50 tahun itu.

Kalau tengok, rasa teringin.

Tapi bila tengok balik keadaan, tak larat dah.

Cukup lah. Main dengan cucu saja.

‘Nenek awak Siti Nurhaliza dik’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui anak bongsu Tya yang memiliki nenek seperti Siti Nurhaliza. Selain itu, warganet turut memuji pelantun lagu Purnama Merindu itu yang masih muda dan mampu untuk menambah cahaya mata.

Sumber: TikTok @TyaAriffin

The post [VIDEO] ‘Bila Tengok Bayi Rasa Nak, Tapi Tengok Keadaan Tak Larat Dah’ – Siti Nurhaliza first appeared on OHBULAN!.

Elly Mazlein Kekal Prinsip Terus ‘Sorok’ Wajah Anak-Anak –‘Saya Tak Mahu Mereka Jadi Tumpuan’

$
0
0

Elly Mazlein

Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein kekal dengan prinsip untuk tidak mendedahkan wajah kedua anaknya iaitu Sefhia, 8 dan Haider Matten, 4, di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bermula Dengan Bertentangan Mata? Kak Lina Kongsi Pertemuan Pertama Dengan Suami – ‘Saya Pula Lawa Macam Mana’

Artikel Berkaitan: Elly Mazlein Ambil Iktibar Isu Penyampai Radio Persenda Agama Kaum Lain – ‘Saya Memuji Keberanian Mereka’

Sorok wajah anak

Elly Mazlein

Elly, 45, berkata, tujuan dia ‘menyorokkan’ wajah dua cahaya matanya demi menjaga privasi selain mahu mereka menjalani kehidupan sebagai kanak-kanak yang normal.

Biarlah anak-anak membesar seperti orang biasa sebab saya tidak mahu mereka menjadi tumpuan. Saya ingin mereka (anak-anak) merasa hidup bebas.

Saya tak naklah anak-anak rasa mak dia artis atau selebriti. Alhamdulillah sampai hari ini anak-anak saya sangat selesa dengan kehidupan mereka.

Tapi suatu hari kalau mereka sudah dewasa dan mahu ada akaun media sosial masing-masing, saya tidak halang.

Elly berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Big Stage Alpha yang berlangsung di Petaling, Jaya, pada Khamis.

Peminat faham

Elly Mazlein

Berkongsi lanjut, Elly turut berterima kasih kepada peminat yang menghormati keputusannya itu dan tidak pernah mengganggu privasi keluarga.

Kalau saya bawa anak keluar, kebanyakan peminat sudah faham prinsip saya. Mungkin kerana mereka sudah lama mengikuti media sosial saya.

Peminat menghormati, mereka memang tahu kalau saya muat naik foto anak-anak wajah akan ditutup dengan emoji.

Jadi, kalau mereka mahu memuat naik foto bersama saya, mereka akan ‘blur’ wajah anak-anak saya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pendapat mengenai ada rakan artis melakukan tindakan sama, Elly berkata, itu terpulang kepada pilihan masing-masing.

Apabila ada artis-artis lain membuat keputusan sama, mungkin itu terbaik untuk mereka. Teruskan.

Tapi apa-apa pun hak masing-masing, ada sahaja artis dan orang biasa kongsikan anak mereka di media sosial. Namun, saya gembira dengan keputusan yang dibuat untuk anak-anak.

Imbas kembali, Elly mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Azlan Che Nuh pada Januari 2020.

Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Haider, 4 tahun.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun berpisah pada 15 Oktober 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.

The post Elly Mazlein Kekal Prinsip Terus ‘Sorok’ Wajah Anak-Anak – ‘Saya Tak Mahu Mereka Jadi Tumpuan’ first appeared on OHBULAN!.


Ben Ladin Penat Dikejar Pemiutang, Minta Bapa Serah Diri –‘Ganti Duit Mangsa, Jangan Play Victim’

$
0
0

Penyanyi rap, Ben Ladin ‘meletup’ selepas mendakwa tidak tahan dengan penipuan yang dilakukan kedua ibu bapanya sendiri.

Artikel Berkaitan: Ben Ladin Akhirnya ‘Buka Mulut’ Pasal Perkahwinan, Pilih Untuk Rahsia Sampai Dah Sah Jadi Suami Isteri

Menipu demi kepentingan sendiri

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Ben atau nama sebenarnya Muhammad Benladen Munshi Shaihan mendakwa kedua ibu bapanya itu telah memperdaya ramai orang untuk mendapatkan duit dengan menggunakan namanya.

Lebih parah, ada pihak yang mendakwa bapa Ben lari dari membayar hutang lebih RM100,000.

Selama ini dia ‘snap’ kad pengenalan aku dan tiru tandatangan aku untuk kesenangan hidup diaorang berdua.

Kes akak ini lagi dahsyat dia kena (tipu) lebih dari RM100,000.

Mula-mula Ben ragu-ragu sebab jumlah dia besar tetapi akak ini bagi semua ‘detail’ untuk bagi Ben faham.

Mangsa dia bukan seorang dua tapi sangat banyak termasuk ‘foreigner’ dan salah satu mangsanya adalah ibu bapa mereka sendiri (atok dan nenek Ben).

Minta bapa serah diri

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Hikayat Benladin’ dilihat memuat naik satu hantaran yang mendakwa bapanya telah menipu wang orang ramai.

Menerusi perkongsian itu, Ben meminta bapanya untuk menyerah diri dan mengganti semula wang yang telah ditipunya.

Di akhir hantaran, Ben turut meluahkan rasa penat dan memohon maaf kerana tidak dapat membayar ganti rugi kepada semua mangsa kerana jumlahnya terlalu besar.

Saya minta maaf sebab tak ada cara lain saya boleh bantu sebab jumlah yang dikumpul semua sangat besar.

Nak ‘backup’ tak boleh walaupun dia adalah mak ayah sebab salah tetap salah.

Ramai dah buat laporan polis jadi saya harap tindakan diambil.

Sumber: IGs Ben Ladin

The post Ben Ladin Penat Dikejar Pemiutang, Minta Bapa Serah Diri – ‘Ganti Duit Mangsa, Jangan Play Victim’ first appeared on OHBULAN!.

Syafeek Ikhwan Jadi Peserta Paling Berusia, Umur 37 Bukan Penghalang Bersaing Dengan Gen-Z

$
0
0

Syafeek Ikhwan

Menjadi peserta paling berusia, penyanyi Syafeek Ikhwan mengakui perkara itu bukan penghalang untuknya bersaing dengan 17 peserta lain yang rata-ratanya lebih muda dalam program Big Stage Alpha.

Artikel Berkaitan: Syafeek Ikhwan Ambil Semangat Juara Nadeera

Artikel Berkaitan: Syafeek Ikhwan Dakwa Ditipu Penyanyi, Diajak Buat ‘Showcase’ Tapi Lesap – ‘Dia Memang Kaki Kelentong’

Blend dengan Gen-Z

Syafeek Ikhwan

Syafeek, 37, berkata, dia tidak akan mengsia-siakan peluang yang sudah terhidang dan akan berjuang sehabis baik dalam program tersebut.

Nak diikutkan memang rasa agak lewat kalau difikirkan dari segi usia. Tetapi saya pun memulakan kerjaya dalam nyanyian hanya selepas saya pulang ke Malaysia sejurus menamatkan pengajian.

Kemudian saya mula bekerja dan barulah saya fokus pada menyanyi pula. Fasa dan tempoh masa setiap penyanyi itu berbeza-beza. Mungkin sudah tertulis takdir saya (menyanyi) lambat sikit berbanding orang lain.

Saya pun ada ramai kawan yang lebih muda (Gen-Z) dan kerap bergaul dengan mereka. Insya-Allah okay dan dalam Big Stage Alpha ini, saya mahu bawa diri sebagai seorang yang lebih fleksibel.

Jadi saya terbuka untuk berkawan dengan mereka yang matang atau masih muda. Tapi setakat ini, mereka okay saja. Malah bila pertama kali berjumpa peserta lain pun, ada yang percaya bila tahu usia sebenar saya.

Syafeek berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Big Stage Alpha yang diadakan di Petaling Jaya, pada Khamis.

Harapan gelar juara

Syafeek Ikhwan

Meskipun pernah menjadi juara dan mengharumkan nama negara menerusi pertandingan i-Sing World di Paris, Perancis pada 2018, namun kata Syafeek, itu bukan tiket untuknya memandang enteng dengan peserta lain.

Tiada apa yang perlu dibanggakan atau dimalukan sebab ini adalah proses perjalanan bagi seseorang penyanyi itu.

Lagi satu, saya juga sedar diri sebab kalau saya tidak sertai pertandingan yang besar seperti ini, siapa lagi yang akan mengenali saya?

Saya berharap mampu mara ke final dan kemudian jadi juara. Saya rasa peserta lain pun sama juga harapannya.

Cuma, apa yang membezakan di antara satu sama lain ialah kesungguhan dan apa yang kita boleh persembahkan atas pentas nanti.

The post Syafeek Ikhwan Jadi Peserta Paling Berusia, Umur 37 Bukan Penghalang Bersaing Dengan Gen-Z first appeared on OHBULAN!.

‘Saya & Suami Kulit Melayu, Takkan Anak Tiba-Tiba Kulit Macam Mat Saleh’ – Tyra Kamaruzzaman

$
0
0

Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman mempersoal tindakan seorang tetamu yang menyentuh mengenai warna kulit anaknya ketika hadir ke kediaman ibu bapanya.

Artikel Berkaitan: Tyra Kamaruzzaman Selamat Timang Cahaya Pertama, Beri Nama ‘Tyara’

Tetamu tegur warna kulit anak

Menerusi aplikasi Threads, Tyra mendakwa tetamu yang tidak dikenalinya itu menegur warna kulit anaknya serta membandingkan dengan warna kulit anak seorang selebriti yang tidak didedahkan namanya.

Ada tetamu datang ke rumah semalam (tak kenal, tak tahu dia siapa dan mungkin kawan atau isteri kepada rakan ibu ayah saya).

Dia ‘point out’ pasal Tyara dan berkata, ‘Oh gelap ya kulit baby Tyra, tak macam baby artis (tak disebut nama) itu, putih gebu’.

Dakwa Tyra lagi, individu berkenaan turut memerhatikan anaknya dari atas hingga ke bawah selepas berkata sebegitu.

Lepas itu? Takkan nak cerah kot dah saya dan suami kulit melayu.

Takkan tiba-tiba anak kulit mat salehh pula mak cik.

Dengan baby pun nak tengok atas bawah dah kenapa.

Tak terasa hati

Di akhir perkongsian, pempengaruh berusia 26 tahun itu memaklumkan dia tidak terasa hati dengan kata-kata sebegitu namun berpendapat adalah tidak salah untuk seseorang mempunyai kulit yang sedikit gelap.

Terdahulu, Tyra selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada tanggal 19 Januari 2025.

Untuk rekod, Tyra dan Emran telah mendirikan rumah tangga pada 3 Mei 2024 dan pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman.

Pada majlis nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur, Tyra menerima mas kahwin sebanyak RM1,111.

Sumber: Threads

The post ‘Saya & Suami Kulit Melayu, Takkan Anak Tiba-Tiba Kulit Macam Mat Saleh’ – Tyra Kamaruzzaman first appeared on OHBULAN!.

Tiada Maaf Bagimu, Abby Abadi Tak Mahu Aslam Datang Berjumpa –‘Saya Tiada Menantu Berstatus Suami Orang’

$
0
0

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi mencuri perhatian apabila menganggap tiada lagi ruang kemaafan buat menantunya, Ahmad Aslam.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kesal Marissa Tuduh Mereka Cerita – ‘Jagalah Aslam Baik-Baik, Semoga Bahagia Hingga Syurga’

Tiada maaf bagimu

Menurut pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini, dia juga tidak lagi mahu Aslam untuk datang berjumpa dengannya kerana tidak akan memaafkan menantunya itu.

Bukan itu sahaja, bekas ahli kumpulan ‘Elite’ ini memberitahu dia juga tidak mempunyai menantu berstatus suami orang.

Video sesi siaran langsung yang saya kata suruh (Aslam) datang minta maaf itu tak valid ya.

Jangan datang, tiada keperluan. Tiada maaf bagimu.

Saya tiada menantu, lagi pula suami orang. Tidak berminat, titik.

Abby berkongsi perkara tersebut menerusi satu ciapan yang dibuatnya menerusi aplikasi Threads.

Raih perhatian netizen

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya tetap berharap Marissa dan Aslam datang berjumpa dengan Abby sebelum terlambat.

Ujar mereka, jauh di sudut hati Abby masih sayangkan Marissa dan tindakannya itu hanyalah sekadar rajuk dan duka seorang ibu.

Untuk rekod, Marissa sah bergelar isteri kepada Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Sebelum ini, berlaku persengketaan antara Abby dan menantunya, Ahmad Aslam selepas ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby meminta menantunya Aslam datang memohon maaf kepadanya secara bersua muka.

Sumber: Threads

The post Tiada Maaf Bagimu, Abby Abadi Tak Mahu Aslam Datang Berjumpa – ‘Saya Tiada Menantu Berstatus Suami Orang’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Fattah Amin Capai 1 Juta Pengikut TikTok, Amira Othman Doa ‘Teruslah Jadi Orang Baik’

$
0
0

Pelakon terkenal, Fattah Amin meluahkan rasa syukur dengan memiliki 1 juta pengikut di akaun rasmi TikTok miliknya, sekali gus, berterima kasih pada semua pihak yang terlibat.

Artikel Berkaitan: Fattah Amin Dah Sediakan Duit Raya Untuk Fatima, Teruja Nak Sambut Lebaran Bersama

Artikel Berkaitan: Fattah Amin Mengaku Silap Peluk Kaki Melissa Campbell – ‘Saya Separa Sedar, Terlampau Menjiwai Watak’

Terselit gambar Amira Othman?

@fattahaminAlhamdulillah syukur, tiada apa selain ucapan terima kasih pada anda semua ??? BARUDAK PHONK TERROR – DJ VINNIE PARGOY

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, dilihat menggabungkan beberapa klip potongan video menjadi satu video ringkas.

Perkongsian itu meraih lebih 1 juta tontonan di TikTok apabila pelakon berusia 35 tahun itu menyelitkan beberapa momen bersama rakan kerjanya, Amira Othman.

Alhamdulillah syukur, tiada apa selain ucapan terima kasih pada anda semua.

Menerusi tinjauan OhBulan!, pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ itu turut meninggalkan komen dengan mendoakan Fattah agar lebih sukses di masa hadapan.

Tahniah! Tapi kenapa ada gambar rakan sekerja awak?

Semoga Fattah Amin terus murah rezeki. Teruslah jadi orang baik.

‘Hint direct sangat ni bang’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan personaliti Fattah yang dikatakan ‘lurus’ dalam memberi petunjuk mengenai hubungannya dengan Amira Othman.

Sumber: TikTok @FattahAmin

The post [VIDEO] Fattah Amin Capai 1 Juta Pengikut TikTok, Amira Othman Doa ‘Teruslah Jadi Orang Baik’ first appeared on OHBULAN!.

Viewing all 35070 articles
Browse latest View live