Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35002 articles
Browse latest View live

‘Kalau Dah Sampai Masa Kita Bawa Diri, Elok Kita Lakukan’– Suami Abby Abadi

$
0
0

Suami kepada penyanyi dan pelakon, Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria akan sentiasa setia bersama dan memberikan sokongan meskipun pelbagai kecaman diterima isterinya itu.

Artikel Berkaitan: Suami Abby Abadi Pernah Bagi Amaran, Tampar Aslam – ‘Selama Ini Saya Diam’

Akan sentiasa bersama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

Menerusi aplikasi Threads, Faizal yakin akan adanya cahaya keindahan buat mereka satu hari nanti.

Biarlah sayangku Abby Abadi kalau orang nak kecam ke, kutuk atau kata macam-macam.

Saya tetap bersama sayang hingga akhir hayat saya.

Kalau dah sampai masa untuk kita bawa diri, elok kita lakukan.

Insya-Allah ada cahaya dihadapan kita nanti.

Nak habiskan sisa hidup dengan agama

Dalam pada itu, Faizal turut meluahkan hasrat untuk tinggal bersama Abby di Tanah Suci Makkah dan menghabiskan sisa hidup bersama isterinya itu.

Bila dah tua nanti dan nampak macam tak ada yang peduli kita, kita duduk pondok, rumah orang tua atau kita pindah duduk Makkah.

Habiskan sisa-sisa hidup yang ada itu.

Ingat, saya sentiasa ada bersama sayang, kasih sayang dunia akhirat.

Terdahulu, kemelut antara Abby bersama anak dan menantunya, Marissa Dania Hakim dan Ahmad Aslam mula tercetus apabila ada pihak yang meminta pelakon itu untuk memohon maaf kepada isteri pertama menantunya, Umisya Mazlan.

Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.

Aslam kemudiannya mengaku salah dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Abby melalui aplikasi Threads.

Untuk rekod,  Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023. Manakala, Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.

Sumber: Threads

The post ‘Kalau Dah Sampai Masa Kita Bawa Diri, Elok Kita Lakukan’ – Suami Abby Abadi first appeared on OHBULAN!.


[VIDEO] Aisyah Aziz Teruja Cari Karpet Untuk Rumah Baru, Netizen Anggap ‘Dejavu’

$
0
0

Penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz meraih perhatian selepas dilihat mencari karpet untuk rumah yang diduduki bersama suami, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail.

Artikel Berkaitan: Penyanyi Aisyah Aziz Sah Bergelar Isteri Doktor, Abang Kepada PU Riz

Artikel Berkaitan: Aisyah Aziz Bakal Berkahwin, Calon Suami Bukan Orang Industri – ‘Insya-Allah Selepas Raya’

Beli karpet

@smcarpetnilai3 thank you Aisyah Aziz dan pasangan for supporting #SMCARPET #SingaporexMalaysia#foryoupage??????foryou?????????? ? original sound – SM CARPET

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama lengkap Nur Aishah Aziz, 30, dilihat bersama suaminya berada di sebuah cawangan karpet yang terletak di Nilai pada jam 1:00 pagi.

Difahamkan, pelantun lagu ‘Pujaanku’ itu mencari karpet untuk rumah barunya bersama Dr Fakhruddin.

Kini kami berada di SM Carpet pada jam 1 pagi.

Kami mencari karpet baru untuk rumah baru.

Netizen dejavu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh apabila disamakan dengan dengan pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail yang pernah menjadi bualan hangat selepas tular video mereka mencari karpet. Selain itu, warganet turut memuji kecantikan Aisyah yang berseri selepas berstatus seorang isteri.

Imbas kembali, pasangan Noor Neelofa dan Haris Ismail dipanggil pihak polis daerah Nilai untuk memberi keterangan susulan dakwaan rentas negeri semata-mata membeli karpet di Nilai, Negeri Sembilan.

Perkara itu bagaimanapun telah mencetus amarah netizen dengan mendakwa pasangan itu telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika negara berdepan dengan pandemik.

Sumber: TikTok @SM CARPET

The post [VIDEO] Aisyah Aziz Teruja Cari Karpet Untuk Rumah Baru, Netizen Anggap ‘Dejavu’ first appeared on OHBULAN!.

‘Mak Saya Kata Tak Selesa, Tapi Awak Tetap Post Juga’– Anak Bonda Rozita Bidas Rebecca Nur Al Islam?

$
0
0

Anak kepada usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim iaitu Maryam Nur Amani mencuri perhatian apabila dilihat membidas hantaran yang dibuat seorang pelakon, difahamkan ditujukan kepada Rebecca Nur Al-Islam.

Artikel Berkaitan: ‘Oh Ini Ke Suami Baru Bonda Rozita?’

Tak salah ‘upload’, tapi…

Menerusi Instagram Story (IGs), Maryam mendakwa Rebecca tidak menghormati permintaan ibunya yang tidak selesa untuk berkongsi gambar dan kebahagiaan keluarga di media sosial.

Ujar Maryam, pelakon wanita itu seakan tidak memahami mesej jelas yang diberikan emaknya supaya tidak memuat naik sebarang gambar dan video kepada umum.

Tidak salah berkongsi gambar dan kenangan keluarga, tetapi salah apabila orang yang terlibat tidak mahu ia didedahkan.

Dia menyatakan kepada anda sendiri bahawa dia berasa tidak selesa dengan tindakan anda yang berkongsi gambar dan video. 

Saya rasa datin (Shahida) tak bodoh, yang bodoh tu awak.

Awak tak faham bila mak saya cakap yang dia tak nak sesiapa muat naik video atau gambar tapi awak tetap buat juga.

‘Money can buy class’

Lebih menghangatkan keadaan, Maryam dilihat sempat memerli Rebecca mengenai kelas dan gaya hidup serta berkongsi hantaran mesej (DM) daripada netizen yang menyokong kenyataannya.

Terdahulu, Rebecca tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem ‘Keramat’ itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida.

Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.

Sumber: IGs Maryam

The post ‘Mak Saya Kata Tak Selesa, Tapi Awak Tetap Post Juga’ – Anak Bonda Rozita Bidas Rebecca Nur Al Islam? first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Dilahirkan Pun Di Swasta’ – Shahida Bidas Tuduhan Duduk Tepi Jalan, Nafi Tumpang Populariti Suami & Ibu Mentua

$
0
0

Pertelingkahan antara dua personaliti terkenal, Datin Seri Shahida dan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam semakin menjadi bualan hangat netizen selepas masing-masing saling berbalas kenyataan di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Mak Saya Kata Tak Selesa, Tapi Awak Tetap Post Juga’ – Anak Bonda Rozita Bidas Rebecca Nur Al Islam?

Artikel Berkaitan: ‘Oh Ini Ke Suami Baru Bonda Rozita?’

‘Saya nasihatkan mak cik sujud syukur’

@candyta.beaute Tak pasal² Datin @Nur Shahida Mohd Rashid kene cerita salah silah “SWASTA” ? #rabeccanuralislam #rabecca #datinshahidadherbs #papalaris #papaterlajaklaris #aliffsyukri #aliffsyukri #rabeccaVSshahidah #bondarozitaibrahim #bondarozita #dherbs #dherbsterlajaklaris ? suara asli – Arul

Dalam kenyataan sebelum ini, Rebecca secara terbuka menasihati Shahida agar lebih bersyukur dengan kehidupan yang dimilikinya kini selain mendakwa usahawan itu menumpang kekayaan dan populariti suami, Datuk Seri Aliff Syukri dan ibu mentuanya, Bonda Rozita Ibrahim.

Malah adik ipar kepada Bonda Rozita Ibrahim ini juga, berpendapat bahawa Shahida sepatutnya tidak mengeluarkan kenyataan berlebih-lebihan.

Rebecca: Saya nasihatkan mak cik sujud syukur sebab ada lelaki kaya, mertua kaya. Mak cik tak perlu lebih-lebih bagi kenyataan apa-apa. Kau kena ingat mak cik, kalau tak, kau duduk tepi jalan je.

Tidak berdiam diri, Shahida tampil membalas kenyataan tersebut dan menjelaskan bahawa sejak awal kehidupannya, dia tidak pernah menumpang populariti atau kekayaan sesiapa.

Shahida: Pada 14 Mac 1985, pada jam 6:37 pagi di Sentosa Medical Center, nampak beranak pun di swasta ya. Saya kena cerita sejarah swasta, nanti awak kata saya duduk tepi jalan.

Isteri kepada usahawan Datuk Aliff Syukri ini turut berkongsi perjalanan penglibatan awalnya dalam dunia seni.

Alhamdullillah, saya dilahirkan secara normal. Saya kemudian meneruskan persekolahan di Bandar Baru Sentul sehinggalah saya menjadi ahli kumpulan Solehah (nasyid) pada berusia 14 tahun.

Jadi, bermakna saya tak menumpang populariti sesiapa. Saya masuk nasyid, kemudian jadi model iklan Sunsilk.

Terdahulu, Rebecca tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem ‘Keramat’ itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida.

Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] ‘Dilahirkan Pun Di Swasta’ – Shahida Bidas Tuduhan Duduk Tepi Jalan, Nafi Tumpang Populariti Suami & Ibu Mentua first appeared on OHBULAN!.

Asyraf Dasley Juara Mister Tourism World Edisi Ke-8, Dedah Pernah Ditawarkan RM50,000 Untuk Ditiduri

$
0
0

Model Asyraf Dasley bersyukur diangkat sebagai juara Mister Tourism World edisi ke-8 menewaskan peserta-peserta dari benua Eropah, Amerika, Afrika dan Asia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Sekali Lagi Mendunia, Terima Jemputan Dari Negara Oman – ‘Dapat Penajaan Penuh Dari Oman Tourism’

Artikel Berkaitan: Dah Lama Nak Jadi Model, Puteri Balqis Terbuka Ceburi Bidang Baru

Bersyukur menang

Pemilik nama lengkap Asyraf Daslet, 35, dinobatkan sebagai juara selepas berjaya menewaskan wakil Vietnam yang diumumkan sebagai juara pada awalnya.

Bagaimanapun, Asyraf agak kecewa kerana tidak dapat meraikan kemenangan itu di atas pentas.

Alhamdulillah saya bersyukur atas kemenangan ini, memang rasa gembira sangat bila pengumuman itu dibuat dan saya sendiri tidak sangka.

Tapi agak sedih apabila kejayaan tersebut tidak dapat diraikan di atas pentas sewaktu hari kejadian.

Apapun saya puji kewibawaan integriti organisasi yang menguruskan pertandingan itu kerana berlaku jujur.

Dalam pada itu, Asyraf membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan tajaan percutian.

Mesej tak senonoh

Berkongsi lebih lanjut, model berusia 34 tahun itu mendedahkan dirinya menerima pelbagai mesej berunsur tidak senonoh menerusi DM atau ‘direct message’ di akaun media sosial miliknya.

Tambahnya, ada juga pihak yang menawarkan sejumlah wang ringgit yang besar hanya untuk tidur bersamanya.

Selepas naik poster saya sebagai pemenang, saya dapat DM yang menawarkan tawaran duit atau bercuti di hotel mewah jika melayan mereka.

Ada yang tawarkan sampai RM50,000 untuk tidur dengan saya selama satu malam.

Lebih mengejutkan apabila kebanyakkan yang DM ialah lelaki, siap ada yang minta nombor akaun bank dan nak buat panggilan video.

Tegasnya, dia enggan melayan walau ditawarkan RM1 juta kerana inggin menjaga maruah diri.

The post Asyraf Dasley Juara Mister Tourism World Edisi Ke-8, Dedah Pernah Ditawarkan RM50,000 Untuk Ditiduri first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu, Perlekeh Cik Epal Bersalin Guna Epidural & Sifatkan Sebagai ‘Cheatcode’ 

$
0
0

Usahawan sensasi, Jofliam sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila didakwa memperlekehkan pengorbanan bekas isterinya Cik Epal ketika melahirkan anak-anak mereka.

Artikel Berkaitan: Dewi Dakwa Cik Epal Jadi Punca Bekas Suami Langgar Taklik? Keluar Rumah 6 Bulan Tanpa Nafkah – ‘Apa Yang Dikatakan Adalah Benar’

Artikel Berkaitan: Dewi Dedah Kurang Fasih Bahasa Melayu – ‘Lepas Ini Minta Jofliam Ajar Bagi Power’

Tular tangkap layar

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Cik Epal mendedahkan tangkap layar perbualan Jofliam dengan seorang individu di ruangan DM (direct message).

Perbualan tersebut menunjukkan Jofliam seolah-olah memandang rendah terhadap bekas isterinya yang bersalin menggunakan suntikan epidural selain menyifatkannya sebagai ‘cheatcode’.

Pakai chetacode epidural..tak sakit pun rupanya.

Next anak pun epidural juga, so Yuki pun epidural.

Kemarahan kaum ibu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pendedahan tangkap layar berkenaan telah mencetuskan kemarahan kaum ibu terhadap usahawan piza itu.

Dalam masa yang sama, mereka berharap Jofliam sedar akan keterlanjuran kata-katanya dan menghargai pengorbanan bekas isteri yang bertarung nyawa melahirkan anak-anak meskipun mereka sudah bercerai.

Kalau sudah bermusuhan dengan bekas isteri pun, kau petik je la episod lepas cerai. Ini kau petik semua sampai sakit beranak pun kau kata tak sakit.

Ego lelaki, aku pernah hadapi situasi penceraian tapi aku sebagai lelaki tetap berterima kasih dekat bekas isteri. Susah payah bertarung nyawa lahirkan zuriat kami.

Pengorbanan seorang ibu tidak ternilai ya, sekadar RM50 ribu tu setitis peluh waktu melahirkan lagi berharga.

Sumber: IG Cik Epal

The post [VIDEO] Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu, Perlekeh Cik Epal Bersalin Guna Epidural & Sifatkan Sebagai ‘Cheatcode’  first appeared on OHBULAN!.

Jofliam Akui Silap Perlekeh Wanita Ambil Epidural, Mahu Tebus Dengan Bagi Bunga & Pizza Berbentuk Hati

$
0
0

Usahawan sensasi, Jofliam akui kesilapan dalam memperlekehkan pengorbanan bekas isterinya Cik Epal ketika melahirkan anak-anak mereka menggunakan epidural.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu, Perlekeh Cik Epal Bersalin Guna Epidural & Sifatkan Sebagai ‘Cheatcode’ 

Artikel Berkaitan: Dewi Dedah Kurang Fasih Bahasa Melayu – ‘Lepas Ini Minta Jofliam Ajar Bagi Power’

Mohon maaf

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Stories, Jofliam akui membalas mesej bekas isteri dalam keadaan marah.

Menurutnya, isterinya, Emira Delyati Dewi juga bersetuju bahawa kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan.

Saya mengakui bila saya membacanya semula untuk situasi saya yang sekarang ini dengan lebih tenang, saya tidak sepatutnya mengeluarkan reply sebegitu.

Dewi juga bersetuju, kerana dia juga wanita dan terasa dengan reply saya.

Apatah lagi wanita-wanita di luar sana.

Saya ingin meminta maaf jika reply saya empat bulan lepas telah merendahkan pengorbanan seorang ibu yang menggunakan epidural.

Dalam pada itu, Jofliam turut belajar dari kesilapan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dalam keadaan marah.

Tebus kesilapan

Tambah Jofliam, dia bakal menghadiahkan bunga dan memberi pizza wagyu berbentuk hati secara tambahan untuk setiap pembelian kepada semua ibu mengandung.

Minggu depan, bagi ibu-ibu mengandung yang membeli pizza, setiap pembelian saya akan hadiahkan bunga dan pizza extra berbentuk hati.

Tanda meraikan ibu-ibu yang bersusah-payah melahirkan anak-anak.

Sumber: Instagram @jofliam

The post Jofliam Akui Silap Perlekeh Wanita Ambil Epidural, Mahu Tebus Dengan Bagi Bunga & Pizza Berbentuk Hati first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Faisal Halim Patah Hidung Berlanggar Dengan Kapten PDRM FC

$
0
0

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim mengalami kecederaan patah hidung ketika perlawanan menentang pasukan PDRM FC malam tadi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Faisal Halim Pesan Jangan Salah Pilih ‘Cinggey’ – ‘Boleh Menjatuhkan Pemain Bola Sepak’

Faisal Halim patah hidung

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Faisal memuat naik gambar luka di bahagian hidung serta imbasan x-ray kecederaan yang dialaminya.

Kemalangan itu turut dikongsi oleh petugas media yang berada di lokasi sama.

Difahamkan, kecederaan itu berlaku selepas hidungnya terkena siku kapten pasukan lawan, Faith Friday Obilor pada minit ke-54 perlawanan.

Harga yang mahal terpaksa di bayar Faisal Halim malam ini.

Difahamkan mengalami kecederaan patah hidung selepas pelanggaran dengan Faith Friday Obilor.

Pada perlawanan tersebut, pasukan Selangor Fc tetap berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas pasukan PDRM FC.

Untuk rekod, nama Faisal menjadi perhatian pada Mei tahun lalu selepas menjadi mangsa serangan simbahan asid oleh dua individu di sebuah pusat beli-belah terletak di Kota Damansara.

Kejadian yang menyayat hati itu telah menyebabkan Faisal mengalami lecur tahap empat di beberapa bahagian badan dan terpaksa berehat panjang daripada aksi bola sepak.

Video pelanggaran

Sumber: IGs Faisal Halim, X Fina Nasrom

The post [VIDEO] Faisal Halim Patah Hidung Berlanggar Dengan Kapten PDRM FC first appeared on OHBULAN!.


[VIDEO] Siti Nurhaliza Dipuji Sebutan Jelas Nyanyi Lagu Mandarin, Anggap Satu Penghormatan Dalam Karier Nyanyian

$
0
0

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, bersyukur persembahannya pada majlis makan malam rasmi bagi meraikan Presiden China, Xi Jinping serta delegasinya di Putrajaya dipuji ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bila Tengok Bayi Rasa Nak, Tapi Tengok Keadaan Tak Larat Dah’ – Siti Nurhaliza

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Bersedia Untuk Berbincang, Terbuka Untuk Bagi 11 Lagu Kepada Penyanyi Lain

Terima pujian

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OHBULAN! (@ohbulanofficial)

Menjawab mengenai video tular ketika persembahannya yang menarik perhatian Presiden China, Siti atau nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 46, akui menerima banyak pujian dari rakan terdekat dan kenalan.

Saya dapat mesej dari Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengenai nyanyian saya ketika sampaikan lagu klasik Mandarin itu.

Suami di rumah pun dapat mesej dari kawan-kawannya yang hadir.

Mereka beritahu delegasi dari China menyifatkan nyanyian saya bagus ketika sampaikan lagu klasik Mandarin itu sempurna.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri , CTDK Holding dan Yayasan Nurjiwa di One World Hotel, Bandar Utama, pada Sabtu.

Lagu klasik Mandarin

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu Purnama Merindu itu menganggap peluang ini sebagai satu penghormatan buatnya sebagai anak seni.

Saya diundang pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk membuat persembahan di Seri Perdana dan jadual saya pula free ketika itu.

Pihak Motac juga banyak membantu dalam kerjaya saya dan ini juga salah satu sumbangan saya pada negara.

Dalam pada itu, Siti akui lagu yang dibawa berjudul The Moon Represents My Heart nyanyian asal oleh Teresa Teng itu telah dinyanyikannya dari zaman awal berkecimpung dalam industri muzik.

The post [VIDEO] Siti Nurhaliza Dipuji Sebutan Jelas Nyanyi Lagu Mandarin, Anggap Satu Penghormatan Dalam Karier Nyanyian first appeared on OHBULAN!.

‘Kepada Orang Luar, Tolong Jangan Berlebihan & Mohon Hormati’ – Aliff Syukri

$
0
0

Selepas tular isu keluarga, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya memberi respon berkenaan kontroversi yang melibatkan isterinya, Datin Seri Shahida dan pelakon, Rebecca Nur Al-Islam.

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Kongsi Pandangan Tentang Keluarga Toksik – ‘Saya Percaya Ada Ibu Bapa Suka Minta Duit Anak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Sambut Ulang Tahun Kelahiran Aliff Syukri Secara Sederhana, Siap Pesan – ‘Dah Tua Perangai Elok Sikit’

Bukan drama semata-mata

Dalam perkongsian di Instagram, Aliff, 38, menyatakan perkara yang berlaku bukanlah sesuatu yang direka dan perlu dihentikan dengan segera.

Aliff yang enggan masalah ini berlanjutan berkata dia sayang akan keluarganya.

Saya merayu kepada semua blogger dan wartawan untuk bantu saya menghentikan segala yang viral di media sosial.

Cukup-cukuplah apa yang berlaku kepada keluarga saya kebelakangan ini. Ini bukan sesuatu yang mengembirakan atau konten drama.

Saya sayang keluarga saya, mak saya. Keluarga kita unik tapi penuh kasih sayang mereka, semua sayang mak walaupun kami bukan satu bapa tapi kami satu ibu.

Dalam pada itu, Aliff mengakui dia kini berada dalam situasi sukar kerana tersepit dengan masalah yang melibatkan ramai pihak keluarganya.

Sebenarnya, saya sudah sedaya upaya untuk menutupi segala masalah yang berlaku kepada keluarga kami.

Saya sebagai anak, abang, suami turut tersepit dalam keadaan ini malah sukar untuk saya luahkan apabila melibatkan ramai orang.

Kepada orang luar tolong jangan berlebihan dan mohon hormati. Mak saya dah tua dan mempunyai anak remaja serta cucu.

Malah adik-beradik saya yang masih remaja dan mentah perlu melalui kehidupan di mana ibu bapa bercerai.

Mereka terpaksa menerima orang baru dan mereka tidak menolak tetapi ia tidak mudah. Hanya yang mengalami sahaja yang tahu perasaannya.

Tertekan dengan perkara berlaku

Aliff turut berkongsi secara jujur bahawa dia gembira apabila ibunya, Rozita Ibrahim membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga semula.

Namun Aliff tidak menafikan perkara yang berlaku itu turut memberi kesan kepadanya.

Pada awalnya saya gembira sangat mak nak berkahwin dengan masalah yang ditanggung, tapi bila apa yang berlaku saya turut tertekan.

Mungkin saya nampak gembira ketika saya buat live tetapi sebaliknya, tetapi demi melihat ibu saya gembira dan saya tahu itu adalah pilihannya.

Saya akur yang penting ibu bahagia.

Jujurnya ditelan mati mak dimakan mati bapa.

Banyak benda ini saya kongsikan tetapi saya rasa tidak manis untuk saya kongsikan di sini.

Cukuplah apa yang saya rasakan untuk saya simpan untuk diri saya sahaja.

Terdahulu, Rebecca tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem Keramat itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri Aliff iaitu Shahida.

Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.

Sumber: Instagram

The post ‘Kepada Orang Luar, Tolong Jangan Berlebihan & Mohon Hormati’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.

Berat Badan Naik, Atikah Suhaime Terpaksa ‘Reject’ Ajakan Kawan Untuk Berjumpa – ‘Seumur Hidup Saya Tak Pernah Gemuk’

$
0
0

Selepas bergelar ibu, pelakon Atikah Suhaime mengalami kenaikan berat badan secara mendadak hingga membuatkannya hilang keyakinan untuk berjumpa dengan orang ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Mula Berpantang Secara Moden Esok, Nak Turun Berat Badan Sehingga 51kg

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Terima Kejutan Hari Lahir Daripada Keluarga Mentua Bikin Netizen Sebak – ‘Bahagia Tengok Dia Dilayan Macam Puteri’

‘Tak penah gemuk’

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Atikah, 34, memuat naik video memaparkannya keadaan terkini berat badannya.

Menurut anak kelahiran Singapura itu, selepas berat badannya bertambah dia tidak pernah menghadiri perjumpaan bersama kawan kerana tidak tahu bagaimana untuk berdandan.

Saya telah melalui banyak perkara dalam hidup tetapi saya tidak pernah mengalami kenaikan berat badan.

Saya menolak semua perhimpunan sosial sejak kebelakangan ini kerana saya tidak tahu bagaimana untuk bersiap.

Sebelum ini, ibu anak satu itu berkongsi gian untuk kembali bersenam setelah berjaya menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram (kg) sepanjang proses berpantang.

Selepas lebih 20 hari melakukan pantang secara tradisional, Atikah memaklumkan bahawa dia akan menjalani proses berpantang secara moden.

Terdahulu, Atikah selamat melahirkan cahaya mata sulung, Lyla Mulan Teh di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Sumber: Instagram

The post Berat Badan Naik, Atikah Suhaime Terpaksa ‘Reject’ Ajakan Kawan Untuk Berjumpa – ‘Seumur Hidup Saya Tak Pernah Gemuk’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Amir Ahnaf Pakej Lengkap, Tampan & Pandai Mengaji –‘Bagus Didikan Mak Ayah Dia’

$
0
0

Pelakon Amir Ahnaf meraih perhatian ketika mengalunkan ayat suci Al-Quran sewaktu berada di majlis rumah terbuka baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Berwajah Jawa Punca Rezeki Amir Ahnaf Dilamar Berlakon Di Indonesia

Artikel Berkaitan: Bekas Kekasih Sebelum Jadi Pelakon Dakwa Amir Ahnaf Pernah Curang? – ‘Awak Ingat Awak Ada Rupa, Orang Boleh Tertarik?’

Merdu mengaji

@zam.mohamad__ Merdu kan, Alhamdulillah ?? #amirahnaff #jomrayabersamapregodanamir #fyp @Amir Ahnaf ? original sound – Z a m z a m A l a k a z a m 2

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amir atau nama lengkap Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 25, dilihat lengkap berbaju melayu berwarna hijau muda.

Bagaimanapun, hantaran itu meraih perhatian apabila Amir diminta untuk membaca surah Al-Fatihah.

Perkongsian itu meraih lebih 40,000 ribu tontonan di TikTok dengan memuji bacaannya yang merdu.

Netizen cair

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kemerduan suara Amir mengalunkan ayat suci Al-Quran. Selain itu, warganet turut memuji didikan ibu bapanya yang berjaya mendidik Amir menjadi anak yang mendalami agama.

Sumber: TikTok @zam.mohamad_

The post [VIDEO] Amir Ahnaf Pakej Lengkap, Tampan & Pandai Mengaji – ‘Bagus Didikan Mak Ayah Dia’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Baju Sanding Erissa Puteri Jadi Bualan Netizen

$
0
0

Majlis persandingan penyanyi dan pelakon, Erissa Puteri bersama suaminya, Daniel Iskandar meriah dengan kehadiran para tetamu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Erissa Puteri Sah Bergelar Isteri Anak Kenamaan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sebak Ketika Majlis Bersiram, Erissa Puteri Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat?

Majlis sanding

@anistaqwa #erissaputeri #danialiskandar #ceriapopstar #selamatpengantinbaru ? original sound – Anistaqwa

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Erissa, 22, dilihat bersama suaminya sedang berarak masuk ke dewan majlis bagi malam bersanding.

Pada perkongsian itu, Erissa menggayakan busana pengantin berwarna perak atau ‘silver’.

Bagaimanapun, busananya itu dianggap kurang sopan bagi majlis perkahwinan adat Melayu, terutama sebagai umat Islam.

Sedih tengok baju

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan pemilihan busana Erissa pada malam bersanding itu yang dikatakan mengikut budaya barat. Selain itu, warganet turut mendoakan agar suaminya, Daniel Iskandar mampu untuk membimbing Erissa ke arah yang lebih baik.

Sumber: TikTok @Anistaqwa

The post [VIDEO] Baju Sanding Erissa Puteri Jadi Bualan Netizen first appeared on OHBULAN!.

Nora Ariffin Hadir Ke Mahkamah Untuk Fail Cerai, Nekad Mahu Berpisah

$
0
0

Penyanyi, Nora Ariffin hadir ke mahkamah pada jam 9.30 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

Artikel Berkaitan: Nora Ariffin ‘Bulat Hati’ Mahu Cerai Dengan Dr. Rushdi

Artikel Berkaitan: ‘Suami Akur Dengan Permintaan Individu Itu Untuk Ceraikan Dia, Saya & Anak Tak Pernah Paksa’ – Madu Nora Ariffin

Tekad untuk berpisah

Nekad untuk berpisah, Nora atau nama sebenar Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, memohon doa yang baik daripada semua pihak dan berharap segala urusan dipermudahkan.

Saya baru nak masuk tidak tahu apa di dalam. Tak ada pengalaman lagi.

Saya minta yang baik-baik dan insya-Allah doa yang baik-baik sahaja lah.

Berpakaian serba hitam, pelantun lagu Di Persimpangan Delima itu hadir ditemani anak perempuannya, Puteri Dahlia.

Terdahulu, Nora mengejutkan ramai apabila memuat naik foto hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dipercayai ingin memfailkan perceraian terhadap Dr. Rushdi selepas didakwa didesak pihak ketiga.

Sementara itu, Dr. Rushdi pula tampil bersuara memihak Nora dan mengakui menerima tekanan daripada pihak lain agar berpisah dengan Nora.

Baru-baru ini, Nora sekali lagi meluahkan hasrat untuk memfailkan perceraian selepas gagal menemui titik penyelesaian.

Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

The post Nora Ariffin Hadir Ke Mahkamah Untuk Fail Cerai, Nekad Mahu Berpisah first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Khairy Jamaluddin Sifatkan Pak Lah Mentua Penyayang, Ambil Serius Hal Agama – ‘Masuk Waktu Saja, Dia Akan Solat’

$
0
0

Menantu bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu Khairy Jamaluddin menyifatkan Allahyarham mempunyai peribadi yang baik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] KJ Kongsi Kemenangan Dengan Keluarga Di Konti, Beri Bayangan Akan Kembali Ke Dunia Politik – ‘Saya Singgah Sekejap Saja Di Sini’

Artikel Berkaitan: Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun

Insan yang baik

@hotfm976_ Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, di mata seorang menantu, Khairy Jamaluddin ? Allahyarham, sangat baik orangnya. Dahulukan solat dalam apa jua perkara. Sesibuk mana pun beliau semasa menjadi Perdana Menteri sebelum ni, solat tetap di awal waktu ? @Khairykj @JozlynnHanania_ @AGAzmeer #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ? original sound – Hot FM

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi pandangan terhadap keperibadian ayah mentuanya dari sudut pandangan seorang menantu.

Menurutnya, Tun atau lebih mesra disapa Pak Lah adalah seorang yang penyayang.

Beliau seorang bapa mentua yang mendidik, penyayang dan tidak pernah meninggikan suara pada saya mahupun sesiapa.

Seorang yang sangat penyabar. Apa yang kita lihat dan dengar tentang Pak Lah, itu lah dia.

Dia selalu minta kita sabar dalam buat keputusan. Jangan buat keputusan dalam keadaan marah.

Dalam pada itu, Khairy sempat berkongsi bahawa Pak Lah seorang yang sangat menitikberatkan tentang agama.

Pak Lah seorang yang sangat warak.

Masuk waktu saja, dia solat.

Walaupun sibuk, dia akan berhenti daripada kerja dan pergi solat.

Sumber: TikTok @HotFM 

The post [VIDEO] Khairy Jamaluddin Sifatkan Pak Lah Mentua Penyayang, Ambil Serius Hal Agama – ‘Masuk Waktu Saja, Dia Akan Solat’ first appeared on OHBULAN!.


[VIDEO] ‘Perceraian Ini Tidak Boleh Dielakkan Lagi’ – Peguam Nora Ariffin Dedah Wujud Pihak Ketiga

$
0
0

Nora Ariffin fail cerai

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin selesai memfailkan permohonan cerai terhadap suami, Dr. Rushdi Ramli di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, pada Isnin.

Artikel Berkaitan: Nora Ariffin ‘Bulat Hati’ Mahu Cerai Dengan Dr. Rushdi

Artikel Berkaitan: ‘Suami Akur Dengan Permintaan Individu Itu Untuk Ceraikan Dia, Saya & Anak Tak Pernah Paksa’ – Madu Nora Ariffin

6 Mei sebutan kes

Nora Ariffin fail cerai

Peguam mewakili Nora, Sarah Mohd Ali berkata, tarikh sebutan pertama prosiding perceraian pasangan itu akan berlangsung pada 6 Mei depan.

Katanya, pihak defendan iaitu Dr. Rushdi juga sudah sedia maklum berhubung tindakan Nora untuk menuntut perceraian.

Nora sudah selamat failkan cerai terhadap suami di bawah Sesyen 47. Tarikh sebutan pertama prosiding perceraian adalah pada 6 Mei, jam 9 pagi. Isu-isu perceraian akan dibentangkan di mahkamah nanti.

Pihak media juga sedia maklum apa yang telah berlaku sebelum ini dan kemungkinan ada isu-isu tersebut akan disebutkan dalam mahkamah nanti.

Pihak Nora akan serahkan salinan permohonan cerai kepada pihak defendan iaitu suaminya. Pihak suami Nora juga maklum berkenaan proses hari ini.

Dalam pada itu, Sarah berkata, kemelut rumah tangga pasangan tersebut berpunca disebabkan wujudnya pihak ketiga sehingga perkahwinan selama 6 tahun itu tidak dapat diselamatkan lagi.

Perceraian ini tidak boleh dielakkan lagi disebabkan ada unsur orang ketiga. Perkahwinan mereka cukup bahagia, tetapi disebabkan ada gangguan pihak ketiga. Namun kami tidak dedahkan dahulu siapa pihak ketiga tersebut.

@ohbulanofficial Semoga dipermudahkan urusan ?#ohbulan #fyp #news #noraariffin #nekad #fail #cerai #mahu #berpisah ? original sound – OHBULAN!

Terdahulu, Nora mengejutkan ramai apabila memuat naik foto hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dipercayai ingin memfailkan perceraian terhadap suami selepas didakwa didesak pihak ketiga.

Sementara itu, Dr. Rushdi pula tampil bersuara memihak Nora dan mengakui menerima tekanan daripada pihak lain agar berpisah dengan Nora.

Baru-baru ini, Nora sekali lagi meluahkan hasrat untuk memfailkan perceraian selepas gagal menemui titik penyelesaian.

Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

The post [VIDEO] ‘Perceraian Ini Tidak Boleh Dielakkan Lagi’ – Peguam Nora Ariffin Dedah Wujud Pihak Ketiga first appeared on OHBULAN!.

Rebecca Nur Al Islam Henti Pertelingkahan, Terima Nasihat Abang Sulung – ‘Saya Akan Padam Segala-Galanya’

$
0
0

Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam tekad untuk menghentikan perbalahan bersama personaliti terkenal, Datin Seri Shahida yang menjadi bualan hangat di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dilahirkan Pun Di Swasta’ – Shahida Bidas Tuduhan Duduk Tepi Jalan, Nafi Tumpang Populariti Suami & Ibu Mentua

Artikel Berkaitan: ‘Kepada Orang Luar, Tolong Jangan Berlebihan & Mohon Hormati’ – Aliff Syukri

Hormat abang

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Rebecca memilih untuk memadam segala hantaran yang dimuat naik sehingga menimbulkan pertelingkahan.

Menurutnya, keputusan ini dibuat atas rasa hormat pada abang sulungnya.

Terima kasih Abang Long untuk nasihat.

Demi menghormati Abang Long, saya terima segala teguran, nasihat, dan kata-kata positif yang dicurahkan.

Adik sayang Along sangat-sangat.

Kita semua keluarga. Sentiasa mendoakan Along sihat dan bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta.

Saya akan delete segala-galanya.

Dalam pada itu, Rebecca akui hubungan kekeluargaan itu akan kekal selamanya.

Imbas kembali, pertelingkahan ini tercetus apabila aktres berusia 38 tahun itu didakwa menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

Tidak terhenti disitu, Rebecca turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida.

Ekoran daripada itu, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.

The post Rebecca Nur Al Islam Henti Pertelingkahan, Terima Nasihat Abang Sulung – ‘Saya Akan Padam Segala-Galanya’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Anak Bonda Rozita Dedah Mesej Dari Rebecca Minta Padam Hantaran – ‘Biar Orang Tahu Perangai Kau’

$
0
0

Sehingga kini masih belum reda konflik keluarga yang melibatkan anak-anak usahawan terkenal Bonda Rozita Ibrahim dengan pelakon Rebecca Nur Al-Islam.

Artikel Berkaitan: ‘Mak Saya Kata Tak Selesa, Tapi Awak Tetap Post Juga’ – Anak Bonda Rozita Bidas Rebecca Nur Al Islam?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dilahirkan Pun Di Swasta’ – Shahida Bidas Tuduhan Duduk Tepi Jalan, Nafi Tumpang Populariti Suami & Ibu Mentua

‘Akan padam posting’

@sayasukamilktea

Bila semua dah bersuara

? original sound – sayasukamilktea – sayasukamilktea

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, anak kepada Rozita iaitu Maryam Nur Amani mendedahkan aktres tersebut menghubungi ibunya berkenaan hantaran yang dimuat naik di media sosial sebelum ini.

Rebecca ada mesej mak saya, dia cakap..’saya sakit hati, saya akan padam hantaran saya kalau anak-anak bonda padam hantaran mereka.’

Bagaimanapun Amani tetap dengan pendiriannya untuk tidak memadam hantaran tersebut.

Kami tak nak padam, untuk apa? Biarkan sahaja, biar orang tahu perangai kau macam mana.

Tutup aib keluarga

Dalam pada itu, Amani menegaskan bahawa seluruh ahli keluarganya tidak pernah mendedahkan isu peribadi kepada khalayak malah menutup rapat aib daripada pengetahuan ramai.

Kalau nak tahu keluarga bonda tak pernah kongsi hal keluarga secara online.

Tapi apabila kami tunjuk tentang isu ini di media..nampak sangat betapa besar masalah ini sebenarnya.

Benda boleh bawa berbincang, sama ada telefon atau mesej kami tapi dia tak nak juga.

Terdahulu, Rebecca tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem Keramat itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri Aliff iaitu Shahida.

Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Anak Bonda Rozita Dedah Mesej Dari Rebecca Minta Padam Hantaran – ‘Biar Orang Tahu Perangai Kau’ first appeared on OHBULAN!.

Nora Ariffin Fail Cerai Lepas Rujuk Mufti, Banyak Mengalah Dalam Rumah Tangga –‘Hubungan Kami Baik, Tidak Bermusuh’

$
0
0

Datuk Nora Ariffin

Meskipun perkahwinan di ambang perpisahan, penyanyi, Datuk Nora Ariffin mengakui hubungan dengan suami, Dr. Rushdi Ramli masih dalam keadaan baik.

Artikel Berkaitan: Nora Ariffin ‘Bulat Hati’ Mahu Cerai Dengan Dr. Rushdi

Artikel Berkaitan: ‘Suami Akur Dengan Permintaan Individu Itu Untuk Ceraikan Dia, Saya & Anak Tak Pernah Paksa’ – Madu Nora Ariffin

Rujuk agamawan

Jelas pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, keputusan untuk berpisah bukan dibuat dalam keadaan terburu-buru, sebaliknya sudah merujuk dengan ahli agamawan.

Setakat ini, hubungan antara saya dan suami masih baik. Kami tidak bermusuhan dan masing-masing sedar akan situasi yang berlaku.

Saya sendiri tidak membuat keputusan terburu-buru. Saya merujuk kepada mufti, ustaz dan individu berpengalaman dalam hal-hal syariah sebelum memfailkan perceraian ini.

Perkara ini juga saya kongsi dengan ahli keluarga serta anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak memahami.

Nora berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestar usai menfailkan permohonan cerai terhadap suami, pada Isnin.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Mei depan bagi sebutan pertama kes perceraian Nora dan Dr. Rushdi.

Batalkan hasrat

Disoal adakah akan membatakan hasrat untuk berpisah jika wujud sesi pujuk-memujuk, Nora mengakui tiada jawapan kerana tidak tahu apa yang ada dalam hati suaminya.

Wallahu’alam. Saya tidak tahu apa ada dalam hati seseorang. Saya pun tidak pasti. Buat masa ini, saya hanya buat apa yang sepatutnya saya dan selebihnya saya berserah kepada Allah. Kalau dia nak pujuk, tunggu sahaja 6 Mei nanti.

Kami masih tinggal serumah ketika sambutan Hari Raya tempoh hari dan menghadiri jemputan bersama. Kami tidak bergaduh, tetapi kini hidup agak berjauhan. Saya banyak mengalah dan tidak bertanya lebih-lebih. Saya serahkan segalanya kepada dia.

Sementara itu, ditanya mengenai maksud pengabaian dan keselamatan yang pernah didedahkan sebelum ini, pelantun lagu Di Persimpanvan Delima enggan mengulas lanjut.

Perkahwinan kami sudah memasuki tahun keenam dan selama ini bahagia. Namun, gangguan pihak ketiga yang tidak dapat kami dedahkan secara terperinci menyebabkan saya terpaksa mengambil tindakan memfailkan cerai.

Terdahulu, Nora mengejutkan ramai apabila memuat naik foto hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dipercayai ingin memfailkan perceraian terhadap suami selepas didakwa didesak pihak ketiga.

Sementara itu, Dr. Rushdi pula tampil bersuara memihak Nora dan mengakui menerima tekanan daripada pihak lain agar berpisah dengan Nora.

Baru-baru ini, Nora sekali lagi meluahkan hasrat untuk memfailkan perceraian selepas gagal menemui titik penyelesaian.

Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.

Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

The post Nora Ariffin Fail Cerai Lepas Rujuk Mufti, Banyak Mengalah Dalam Rumah Tangga – ‘Hubungan Kami Baik, Tidak Bermusuh’ first appeared on OHBULAN!.

‘Saya Bersumpah Tak Pernah Berhutang RM1.5 Juta Daripada Kakak Ipar Saya, Bonda Rozita’– Rebecca Nur Al Islam

$
0
0

Pelakon popular, Datin Rebecca Nur Al-Islam, tampil mempertahankan diri selepas mendakwa difitnah meminjam wang sebanyak RM1.5 juta daripada kakak iparnya, usahawan terkenal Bonda Rozita Ibrahim.

Artikel Berkaitan: Rebecca Nur Al Islam Henti Pertelingkahan, Terima Nasihat Abang Sulung – ‘Saya Akan Padam Segala-Galanya’

Artikel Berkaitan: ‘Mak Saya Kata Tak Selesa, Tapi Awak Tetap Post Juga’ – Anak Bonda Rozita Bidas Rebecca Nur Al Islam?

Nafi berhutang RM1.5 juta

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Rebecca menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan bersumpah bahawa dia tidak pernah terlibat atau tahu menahu tentang wang berkenaan.

Hati-hati dengan fitnah dunia. Saya sumpah demi nama arwah Allahyarham ayah saya dan demi nama ibu saya, saya tak pernah berhutang atau pinjam atau tahu menahu mengenai RM1.5 juta yang diperkatakan.

Demi Allah dan Rasulullah saya bersumpah. Silap saya hanya hari tu apa bila saya di trigger dengan video dari pihak sana, lalu saya melakukan video balas dengan menjawab balik point-point yang mengatakan saya mencari publicity murahan.

Dakwa Rebecca, segala tohmahan itu timbul selepas pihak keluarga Rozita membuat sesi siaran langsung dan menjadikan isu berkenaan sebagai satu bentuk konten.

Saya tahu saya salah sebab memarahi pihak sana dengan kata-kata yang saya gunakan. Tapi kemudian, saya terkejut saya pula difitnah pihak sana dengan RM1.5 juta semasa mereka membuat siaran langsung.

Yang ni mungkin pada mereka sekadar konten tapi tak kelakar ya melibat kan perkara sebegini! Kerana satu Malaysia pula ingat saya dapat RM1.5 juta dari kakak ipar saya iaitu Puan Bonda Rozita Ibrahim.

Tambahnya lagi, perkara tersebut bukan satu isu remeh dan telah memberi kesan besar terhadap maruah dan nama baik dirinya serta keluarganya.

Demi nama Allah dan Rasulullah, saya tidak pernah dapat sesen pun duit apa apa dan perkara ini perlu saya tegaskan di sini demi menjaga nama saya dan nama keluarga saya.

Pada saya benda ini bukan main-main, ini adalah fitnah besar yang saya serta keluarga saya kena. Demi nama Allah, RM1.5 juta yang anda semua fikir dan sedang perbualkan itu hanya sekadar konten geram dari pihak sana untuk malukan saya ketik isu sedang panas.

Dalam pada itu, Rebecca berkata dia telah mendapatkan penjelasan daripada abangnya berhubung isu tersebut dan dia dimaklumkan bahawa Rozita Ibrahim berjanji untuk menjernihkan keadaan.

Saya sudah bertanyakan perkara ini kepada Abang Long saya dan dia memberitahu isterinya. Isterinya berjanji akan clearkan nama saya serta keluarga saya mengenai “Fitnah Content” dari pihak isterinya.

Saya percaya InsyaAllah kakak ipar saya dapat selesaikan nama baik saya dan keluarga.

Sumber: Instagram Rebecca

The post ‘Saya Bersumpah Tak Pernah Berhutang RM1.5 Juta Daripada Kakak Ipar Saya, Bonda Rozita’ – Rebecca Nur Al Islam first appeared on OHBULAN!.

Viewing all 35002 articles
Browse latest View live