Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 34944 articles
Browse latest View live

‘Dalam Nikah & Cerai, Kamu Ke Depan Nak Selamatkan Mak’– Rozita Ibrahim

$
0
0

Meskipun sedang berdepan dengan masalah keluarga, namun usahawan terkenal Bonda Rozita Ibrahim tetap menyayangi dan menghargai anaknya yang juga ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Aliff Syukri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Bonda Rozita Dedah Mesej Dari Rebecca Minta Padam Hantaran – ‘Biar Orang Tahu Perangai Kau’

Artikel Berkaitan: ‘Kepada Orang Luar, Tolong Jangan Berlebihan & Mohon Hormati’ – Aliff Syukri

Hargai anak

Menerusi komen yang ditinggalkan pada hantaran Aliff di Instagram, Rozita menyifatkan usahawan berusia 38 tahun itu sebagai seorang anak yang baik kerana sering mengambil berat tentang dirinya.

Tak ada lelaki mak paling sayang. Kamu anak kiriman Allah dari syurga. Menerima mak dalam badai dan tenang.

Dalam nikah dan cerai, kamu ke depan nak selamatkan mak.

Mak ada cita-cita besar nak jumpa Kri, tauhid untuk ke syurga.

Mak sorok kecewa, kamu terus jejaki mak.

Menurut Rozita, menantunya Datin Seri Shahida antara individu yang diamanahkan untuk menyimpan rahsia.

Mak suruh Ida rahsiakan, kalau mak mati baru Ida bukakan. Semua rahsia mak ada pada Ida dan Fiza, mereka pegang kunci mak.

Pura-pura bahagia

bonda rozita ibrahim

Dalam pada itu, Rozita turut meluahkan rasa hiba berikutan liku-liku kehidupan yang dihadapinya dari dahulu bukanlah satu perkara yang mudah dan hanya bergantung kepada Allah SWT.

Mak tak mahu anak-anak mak tahu deritanya jiwa dari muda sampai ke tua.

Mak tak nak anak-anak tahu (itulah kesalahan saya menutupi kesedihan, berpura-pura bahagia) saya berlindung dengan kekuatan Allah. Saya selalu sendiri dan Allah yang ajarkan saya banyak perkara.

Jangan tambah derita untuk benda tak penting. Fokus kepada kebaikan kerana Allah suka pada kebaikan.

Terdahulu, Aliff mengakui terkesan dengan konflik yang berlaku dalam keluarganya dan berharap isu tersebut dapat dihentikan demi menjaga perhubungan kasih sayang mereka.

Sumber: Instagram

The post ‘Dalam Nikah & Cerai, Kamu Ke Depan Nak Selamatkan Mak’ – Rozita Ibrahim first appeared on OHBULAN!.


‘Jangan Menipu Jual Pizza Tak Untung, Itu Semua Ayat Nak Lari Tax Sahaja’ – Cik Epal

$
0
0

Usahawan dan pempengaruh, Cik Epal mendakwa bekas suaminya, Jofliam culas membayar cukai meskipun jualan perniagaan pizza wagyu mencecah angka ratusan ribu sebulan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bikin Panas! Cik Epal Bawa Han Gunting Rambut Dengan Bekas Suami Dewi? – ‘Someone Is Shaking’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bikin Panas! Cik Epal Bawa Han Gunting Rambut Dengan Bekas Suami Dewi? – ‘Someone Is Shaking’

Bayar tunai sahaja

Ekoran itu, pemilik nama Murni Mahmud meminta supaya pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat perniagaan Jofliam untuk tindakan lanjut.

Dakwa Cik Epal, Jofliam sering menggunakan alasan perniagaannya tidak membawa untung  kerana mahu mengelak untuk membayar cukai.

Macam mana peniaga pizza RM150 sekeping maintain lifestyle? bayar rumah sewa RM8, 500 sebulan, bayar kereta sewa RM8,000 hingga RM10,000 (sebab sewa kereta ikut mood.

Kadang-kadang ambil Range Rover, kadang-kadang dia sewa Alphard atau Vellfire).

Macam mana duit bayar semua ni? Dengan bisnes pizza wagyu dia la.

Jangan menipu kata tiada untung.

Itu semua ayat nak lari tax sahaja. Jualan pizza dia dulu ratus ribu sebulan.

Mengulas lebih lanjut, Cik Epal berkata tindakan Jofliam amat tidak adil untuk golongan para peniaga yang berniaga secara jujur.

Disebabkan menyewa dan buat bisnes ambil tunai sahaja memang lepas dari bayar income tax ke? Kalau bayar pon sikit sahaja sebab ambil tunai?

Tidak adil untuk orang yang betul buat bisnes tapi bayar income tax dengan tepat.

Sebab ambil tunai boleh sesuka hati membayar jumlah berapa dia nak? Padahal untung lebih dari itu.

The post ‘Jangan Menipu Jual Pizza Tak Untung, Itu Semua Ayat Nak Lari Tax Sahaja’ – Cik Epal first appeared on OHBULAN!.

‘Tiada Siapa Yang Berkahwin Mahu Bercerai’ – Nora Ariffin

$
0
0

Penyanyi Datuk Nora Ariffin reda untuk berdepan dengan kehilangan buat kali kedua sekiranya perceraian dengan suami, Dr Rushdi Ramli berlaku.

Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Beri Bayangan Buat Permohonan Cerai, Ikut Permintaan Isteri Pertama? – ‘Dia Mahu Kembali Bermonogami & Atas Desakan Orang Ketiga’

Artikel Berkaitan:  ‘Saya Yang Meminang..Dia Isteri Yang Baik, Tak Pernah Curang Atau Nusyuz’ – Suami Sedih Nora Digelar Penyondol

Rumah tangga Nora

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin,52, berkata dia menyerahkan segala keputusan kepada takdir mengenai isu rumah tangganya ini.

Terus-terang, tiada siapa yang berkahwin mahu bercerai. Saya pernah melalui episod kehilangan (merujuk kepada kematian suami terdahulu), dan kini diuji lagi.

Tetapi saya percaya Allah susun kehidupan saya dengan sebaik-baiknya.

Saya buat apa yang terbaik dan berdasarkan fakta serta bukti. Kami tidak bercakap sesuka hati.

Nora berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, hari ini.

Penerimaan anak-anak

Ditanya mengenai penerimaan anak-anak, Nora berkata dia bersyukur mereka memberikan sokongan penuh.

Mereka tidak campur tangan kerana menganggap ini urusan antara ibu dan bapa.

Kecuali jika mereka terlibat secara langsung, mereka tidak mahu masuk campur.

Sebelum ini, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya kira-kira pukul 9.26 pagi tadi bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

Terdahulu, penyanyi lagu Naluri itu mengejutkan ramai apabila memuat naik foto hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dipercayai ingin memfailkan perceraian terhadap Dr. Rushdi selepas didakwa didesak pihak ketiga.

Kemudian, Dr. Rushdi pula tampil bersuara memihak Nora dan mengakui menerima tekanan daripada pihak lain agar berpisah dengan Nora.

Terdahulu, Nora sekali lagi meluahkan hasrat untuk memfailkan perceraian selepas gagal menemui titik penyelesaian.

Pada 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya.

The post ‘Tiada Siapa Yang Berkahwin Mahu Bercerai’ – Nora Ariffin first appeared on OHBULAN!.

‘Saya Makan Duit Housewife Dulu..Pelakon Kan Miskin, Mengemis’– Idzham Ismail Sindir Netizen Pertikai Taraf Hidup Dengan Bekas Isteri

$
0
0

Pelakon Idzham Ismail sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil membalas komen seorang individu yang mempersoalkan taraf kehidupannya dengan bekas isteri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Gaji Sebulan Daddy Ni Tau, Daddy Tak Makan Sebab Belikan Korang Telefon’ – Idzham Ismail Buat Kejutan Untuk Anak-Anak

Artikel Berkaitan: Idzham Ismail Seloroh Nak Cari Isteri Baru Untuk Anak, Netizen ‘Bitter’ – ‘Seronok Hidup Kau, Diri Cukup Elok Tak?’

‘Kerja pelakon miskin, jangan kenal dengan pelakon’

Menerusi ruangan Q & A di Instagram, individu berkenaan menyifatkan Idzham tidak sesuai dengan bekas isterinya, Siti Nur Abilah kerana wanita itu seorang yang bekerjaya berbanding aktor itu yang tidak memiliki pendapatan tetap.

Komen netizen: Memang tak sesuai abang dengan bekas isteri. Bekas isteri ada kerja bagus, abang kerja tak tetap, lepas ni cari yang duduk rumah bang.

Tidak berdiam diri, Idzham memberi respons dalam nada sinis, menyindir kenyataan tersebut yang seolah-olah memperlekehkan kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Komen Idzhm: Gais kerja pelakon miskin tau jangan kenal dengan pelakon.

Idzham turut menambah, kehidupannya sebelum ini kononnya banyak ‘bergantung’ kepada bekas isteri, termasuk tempat tinggal, kereta dan pendidikan anak-anak.

Alhamdulillah dulu pon saya memang tak ada duit, makan duit housewife. Pelakon kan kerja tak tetap, mengemis.

Rumah pon bekas isteri bagi duduk rumah dia, kereta dia pon saya pakai, sekolah anak anak pon dia tanggung.

Tulah kena cari yang boleh sponsor hidup saya lepas ni.

Untuk rekod, Idzham mengesahkan perceraiannya dengan Siti Nur Abilah Shamsudin pada 4 November 2024 selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara dan Muhammad Idrus.

Sumber: Instagram

The post ‘Saya Makan Duit Housewife Dulu..Pelakon Kan Miskin, Mengemis’ – Idzham Ismail Sindir Netizen Pertikai Taraf Hidup Dengan Bekas Isteri first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Shahida Seloroh Merajuk Dituduh Tumpang Kekayaan Suami, Aliff Syukri Respon – ‘Tak Apalah, Bini Aku’

$
0
0

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mempertahankan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid selepas ada pihak mendakwa isterinya itu menumpang kesenangannya sepanjang lebih 20 tahun perkahwinan mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dilahirkan Pun Di Swasta’ – Shahida Bidas Tuduhan Duduk Tepi Jalan, Nafi Tumpang Populariti Suami & Ibu Mentua

‘Kami susah senang sama-sama’

@honey1980_3 Sabar mamaaaaaa ? #viral #datoaliffsyukri. #datinshahidadherbs ? original sound – Honeymadu

Menerusi video dimuat naik @Honeymadu, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman berkata, jika benar perkara itu berlaku adalah tidak menjadi satu kesalahan memandangkan Shahida merupakan isterinya.

Tak apalah, bini aku.

Kami susah senang sama-sama, bukannya kami baru setahun berkahwin.

Yang kaya itu mak ayah saya, bukannya saya.

Dalam pada itu, bapa kepada lima orang anak ini turut menitipkan pesan kepada Shahida untuk tidak berbalas-balas hantaran di media sosial kerana menganggap pihak luar tidak memahami apa yang sedang dihadapi keluarganya.

Biar sajalah orang nak cakap apa sebab orang yang tengah cakap buruk pada orang lain sebenarnya tengah menunjukkan keburukkan diri sendiri.

Tak perlulah melawan atau berbalas-balas sebab orang tak faham pun.

Terdahulu, kontroversi melibatkan Aliff dan keluarga mula timbul selepas pelakon terkenal, Rebecca Nur Al Islam tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem ‘Keramat’ itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri Aliff iaitu iaitu Shahida.

Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.

Terbaharu, Rebecca memilih untuk memadam segala hantaran yang dimuat naik sehingga menimbulkan pertelingkahan.

Menurutnya, keputusan ini dibuat atas rasa hormat pada abang sulungnya.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Shahida Seloroh Merajuk Dituduh Tumpang Kekayaan Suami, Aliff Syukri Respon – ‘Tak Apalah, Bini Aku’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Aliff Syukri Dedah Punca Isteri Keluarkan Kenyataan –‘Pada Awalnya Keluarga Kami Tak Dibenarkan Post Gambar’

$
0
0

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan isu membabitkan isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida dengan pelakon Rebecca Nur Al-Islam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Bonda Rozita Dedah Mesej Dari Rebecca Minta Padam Hantaran – ‘Biar Orang Tahu Perangai Kau’

Artikel Berkaitan: ‘Mak Saya Kata Tak Selesa, Tapi Awak Tetap Post Juga’ – Anak Bonda Rozita Bidas Rebecca Nur Al Islam?

Penjelasan Aliff

@shopdherbsonline

PART 1: Papa jelas secara jujur … korang duk tnya sangat kan ..Dengar elok2.. #terlajaklaris #papalaris

? bunyi asal – ONLINE DHERBS – ONLINE DHERBS

Menerusi hantaran di TikTok, Aliff berkongsi bahawa dia dan keluarga tidak dibenarkan untuk memuat naik sebarang hantaran di media sosial berkaitan perkahwinan ibunya, Rozita Ibrahim.

Ada yang berkata kami yang mulakan dahulu. Pada awalnya, keluarga kami tidak dibenarkan untuk memuat naik gambar.

Waktu majlis tertutup berlangsung, tak boleh ambil gambar atau video. Jadi, sangat privasi, semuanya secara senyap dan kami sudah pun membuat perbincangan.

Bercerita lanjut, usahawan berusia 38 tahun itu berkata dia dan isteri menjadi tempat luahan kesedihan yang dialami oleh adik-beradiknya.

Saya dan isteri mendengar semua luahan anak-anak bonda. Kami tak menyampai hal buruk dekat mana-mana pihak, kami hanya mendengar.

Mereka masih remaja dan ada rasa sedih. Bila mereka tengok gambar dan video lagi rasa sedih.

Kami sebagai abang dan kakak, mereka selalu datang ke rumah dan meluahkan. Kami pun cuba untuk meredakan mereka.

Provokasi terhadap Shahida

Menurut Aliff, provokasi menjadi punca mengapa Shahida bertindak memberi kenyataan berhubung hantaran yang dimuat naik Rebecca.

Ketika isteri saya berniaga (siaran langsung) ramai orang yang bertanya dan ada yang provoke.

Isteri saya jadi geram apabila ramai yang prove dirinya lalu dia pun berbalas di situ.

Terdahulu, Rebecca tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem Keramat itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri Aliff iaitu Shahida.

Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Punca Isteri Keluarkan Kenyataan – ‘Pada Awalnya Keluarga Kami Tak Dibenarkan Post Gambar’ first appeared on OHBULAN!.

‘Saya Bukan Orang Kaya, Kena Lindungi Diri & Kerjaya’ – Nora Ariffin

$
0
0

Penyanyi Datuk Nora Ariffin tidak menafikan kemelut rumah tangganya memberi kesan terhadap kerjaya seninya.

Artikel Berkaitan: ‘Tiada Siapa Yang Berkahwin Mahu Bercerai’ – Nora Ariffin

Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Beri Bayangan Buat Permohonan Cerai, Ikut Permintaan Isteri Pertama? – ‘Dia Mahu Kembali Bermonogami & Atas Desakan Orang Ketiga’

Lindung diri

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin, pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, berkata tujuan dia memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Rushdi, adalah untuk melindungi diri dan kerjaya seninya.

Kami semua cari makan. Bayangkan jika dalam nasi kita, ada orang letak pasir.

Saya bukan orang kaya, jadi saya kena buat sesuatu untuk melindungi diri saya dan kerjaya saya.

Nora berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, hari ini.

Difahamkan, Nora hadir ke mahkamah bersama peguamnya, Sarah Mohd Ali.

Sebelum ini, menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, Nora memaklumkan usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Dr Rushdi sudah melalui pelbagai peringkat termasuklah sesi pertemuan dan perbincangan bersama pihak terbabit tetapi masih tidak mencapai kata penyelesaian.

Kata Nora, konflik tersebut telah menjejaskan keselamatan serta merosakkan reputasi saya sebagai seorang artis yang sudah bergiat lama dalam industri muzik.

The post ‘Saya Bukan Orang Kaya, Kena Lindungi Diri & Kerjaya’ – Nora Ariffin first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Bila Berdiam Akan Nampak Lebih Ada Class’ – Aliff Syukri

$
0
0

Sejak Ahad, nama isteri usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid meraih perhatian apabila dilihat berbalas hantaran bersama pelakon, Rebecca Nur Al Islam di media sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Kepada Orang Luar, Tolong Jangan Berlebihan & Mohon Hormati’ – Aliff Syukri

Aliff tenangkan Shahida

@honey1980_3 First time tengok papa pening nak tenangkan mama ?? selalunya mama yang pening dengan papa ?? #datoaliffsyukri #datinshahidadherbs #dherbs #merajuk #foryoupage #viral ? original sound – Honeymadu

Terbaharu, tular rakaman video memaparkan Aliff yang sedang menenangkan Shahida ketika satu sesi siaran langsung di TikTok.

Menerusi video dikongsikan @Honeymadu itu, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman ini sedang meneliti hantaran Instagram Story (IGs) yang dimuat naik Shahida.

Aliff turut meminta Shahida untuk memadam hantaran tersebut kerana beranggapan berdiam diri adalah pilihan yang terbaik untuk dilakukan ketika ini.

Awak padamlah (posting) sebab bila kita berdiam percayalah awak akan nampak lebih ada ‘class’.

Sebab pada abang, ‘once’ awak buat (posting) awak akan nampak ‘cikai’.

Sehinggalah pada satu ketika, Aliff kemudiannya meminta pertolongan pembantunya untuk meneruskan sesi siaran langsung kerana mahu menenangkan isterinya.

Komen netizen

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai yang rata-ratanya terhibur melihat cara Aliff yang mahu menenangkan Shahida.

Ujar netizen, itulah pertama kali mereka melihat Aliff ‘pening’ dan buntu untuk memujuk isterinya.

Mereka juga memuji Shahida yang kemudiannya memilih untuk memadam kesemua hantaran yang dimuat naik di IGs.

Terdahulu, kontroversi melibatkan Aliff dan keluarga mula timbul selepas pelakon terkenal, Rebecca Nur Al Islam tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem ‘Keramat’ itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri Aliff iaitu iaitu Shahida.

Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.

Terbaharu, Rebecca memilih untuk memadam segala hantaran yang dimuat naik sehingga menimbulkan pertelingkahan.

Menurutnya, keputusan ini dibuat atas rasa hormat pada abang sulungnya.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] ‘Bila Berdiam Akan Nampak Lebih Ada Class’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.


Ernie Zakri Bakal Lancar Album Duet Penuh Kolabrasi Penyanyi Malaysia & Indonesia –‘Saya Fikir Kenapa Tidak Terus Buat Album’

$
0
0

Penyanyi, Ernie Zakri mengakui tidak sabar untuk melancarkan album terbaharu berjudul ‘Sahabat’ yang menyaksikan kolaborasi antara penyanyi Malaysia dan Indonesia.

Artikel Berkaitan: #AJL39: Ernie Zakri Bakal Berehat Selepas Dinasihati Doktor

Artikel Berkaitan: Ernie Zakri & Syamel Sepakat Pilih Warna Baju Raya, Sedia Pakaian Lebih Untuk Anak

Album duet

Ernie atau nama lengkap Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, berkata, album yang memuatkan lapan lagu yang kesemuanya dirakamkan secara duet itu bakal memenui peminat pada pertengahan tahun ini.

Album ini adalah kolaborasi sahabat dari dua negara. Kalau di Malaysia saya pasti ramai sudah tahu saya akan kolaborasi dengan Dayang Nurfaizah dan Amir Masdi.

Di Indonesia pula saya akan bekerjasama antaranya dengan Anggi Marito, Rony Parulian, Andi Rianto dan Ade Govinda. Ada beberapa lagi, namun ini masih dalam perancangan.

Semua lagu di dalam album itu saya akan berduet. Setakat ini sudah empat lagu sudah selesai, manakala bagi lagi empat sedang dalam proses untuk disiapkan.

Ernie berkata demikian ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Media Prima yang diadakan baru-baru ini.

Lebarkan sayap

Tambah isteri kepada penyanyi, Syamel itu lagi, peluang tersebut sekali gus dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk melebarkan sayap ke negara jiran.

Sebenarnya disebabkan kolaborasi dengan Ade, saya ada jalan dan peluang di sana. Saya fikir kenapa tidak untuk terus buat album berbanding hanya hasilkan lagu duet sahaja.

Saya fikir untuk himpunkan dalam satu album, malah kehadiran saya ke Indonesia boleh kata akan ada hasil. Saya kolaborasi dengan Universal Music Indonesia, album ini nanti akan dilancarkan di Malaysia dan di sana,

Dalam pada itu, pemenang Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 itu tidak menolak untuk menjayakan persembahan solo di Indonesia sebagai usaha mengukuhkan nama.

Kalau perancangan di sana sekurang-sekurangnya saya mahu jayakan ‘showcase’ kecil-kecilan. Pada saya, mungkin perlu mencuba juga.

Sebab kalau saya ke sana orang hanya tahu lagu Masing-Masing dan masih belum tahu siapa saya. Saya masih melangkah perlahan-lahan di sana.

Saya tidaklah bila sampai sana orang sudah kenal, saya masih lagi nencuba. Alhamdulillah bila dapat peluang daripada Universal Music Indonesia saya fikir perlu manfaatkannya.

The post Ernie Zakri Bakal Lancar Album Duet Penuh Kolabrasi Penyanyi Malaysia & Indonesia – ‘Saya Fikir Kenapa Tidak Terus Buat Album’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Yatie Kamarzaman Nafi Suami ‘Kenenkan’ Ibu Dengan Bapa Tiri –‘Kalau Betul, Kenapa Kami Tak Ada Masa Akad Nikah?’

$
0
0

Usahawan, Yatie Kamarzaman menafikan dakwaan bahawa suaminya yang menyatukan hubungan antara ibunya, Rozita Ibrahim dengan bapa tiri.

Artikel Berkaitan: ‘Dalam Nikah & Cerai, Kamu Ke Depan Nak Selamatkan Mak’ – Rozita Ibrahim

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Bonda Rozita Dedah Mesej Dari Rebecca Minta Padam Hantaran – ‘Biar Orang Tahu Perangai Kau’

Penjelasan Yatie

@honey1980_3

Kak yatie dah jelaskan semua. Apa apa pun, jodoh rahsia Allah kan, kita doa family mereka baik baik saja?? positivevibes. #nasihatkehidupan #fitnah yatiesendayutinggi. viral. #fyppppppppppppppppppppppp

? original sound – Honeymadu – Honeymadu

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Yatie menegaskan bahawa suaminya tidak ada kena mengena dengan jodoh ibunya malah mereka tidak dijemput ketika majlis akad nikah.

Yang saya geram, ada fitnah yang mengatakan suami saya yang perkenalkan bapa tiri baru (kepada ibu) sehinggakan adik-adik saya dan netizen pun salah faham.

Wallahi, saya dan suami pun terkejut orang kata kami yang ‘kenenkan’. Kalaulah kami yang jodohkan kenapa watak antagonis (saya) tiada semasa mereka akad nikah?

Benda dah halal pun saya terkejut juga sebab memang tak dijemput. Ada dalang nikah, kalau saya nak cerita nanti jadi terkejut pula.

Dalam pada itu, Yatie menegaskan penyatuan ibu dan bapa tirinya adalah jodoh daripada Allah SWT.

Tak ada sesiapa yang jodohkan mereka, mereka jatuh cinta dan berjodoh atas kehendak sendiri dan takdir tuhan.

Yang ada cuma yang ‘kenen-kenenkan’.

Fitnah semata-mata

Menurut Yatie, dakwaan tersebut telah menimbulkan prasangka yang tidak baik antara adik-beradiknya malah boleh menjejaskan hubungan mereka.

Saya rasa tak seronok, malah suami saya selalu berpesan jangan campur urusan orang. Saya pula tak boleh sabar, itu keluarga saya jadi kena masuk campur.

Saya sampai bertekak dengan adik-beradik saya sebabnya ada fitnah yang mengatakan suami saya yang menjodohkan ibu saya. Bayangkan adik-beradik saya marah macam mana.

Awak semua tak tahu apa yang terjadi di belakang dan bagaimana Syukri pula cuba menjadi orang tengah untuk menenangkan semua orang.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Yatie Kamarzaman Nafi Suami ‘Kenenkan’ Ibu Dengan Bapa Tiri – ‘Kalau Betul, Kenapa Kami Tak Ada Masa Akad Nikah?’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Mak Tiri Jauh Lebih Baik Dari Mak Aku Sendiri..Dia Suka Cerita Aib, Doa Aku Jadi Miskin’ – Zarina Anjoulie

$
0
0

Pelakon dan personaliti media sosial, Zarina Anjoulie sekali lagi menjadi perhatian apabila mendakwa ibu kandungnya seorang yang bersikap toksik dan narsistik.

‘Mak cemburu dekat anak sendiri’

@applemerah_91 Sedih rupanya kisah hidup Anju ? #fyp ? original sound – applemerah?

Menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju mendakwa ibunya sering cemburu terhadap dirinya sehingga sanggup mengaibkan anak sendiri di hadapan tetamu yang datang ke rumah.

Ada tak mak cemburu dekat anak sendiri? Semua orang yang datang rumah, dia kutuk aku. Dia suka cerita aib aku.
Tapi depan orang dia berlakon dia baik.

Mak aku ni jenis kalau dia tak suka seseorang, dia akan hasut orang lain untuk tak suka kau, termasuk anak sendiri.

Lebih meruntun hati apabila Anju mendakwa ibunya itu pernah memberi amaran kepadanya supaya menafikan hubungan darah antara mereka berdua.

Dia pernah cakap ‘kau jangan cakap dekat orang yang kau anak aku, kau jangan malukan aku’.

Dia siap doa ‘Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tolonglah miskinkan anak aku, harap-harap dia tak ada rezeki’. Itulah doa dia setiap hari.

Pernah masa anak aku Matin kecil, dia kata aku ni orang gaji dia. Dia tak bagi Matin panggil aku mama, dia suruh panggil Anju.

‘Aku dah maafkan mak aku 10 kali’

@applemerah_91 Replying to @mieraar96 Part 2. tgk smpai habis. yang ni lagi sedih ?. #fyp ? original sound – applemerah?

Meskipun hubungan mereka tegang, Zarina menjelaskan sebab dia masih tinggal serumah dengan ibunya adalah kerana ingin berada dekat dengan anaknya yang turut tinggal di situ.

Dalam pada itu, Zarina bersyukur kerana masih diberi nikmat kasih sayang daripada ayah kandungnya dan juga ibu tiri yang jauh lebih baik.

Aku dah maafkan mak aku 10 kali tapi dia buat lagi.

Alhamdulillah, saya sujud syukur sebab beri saya ayah yang sangat baik. Mak tiri aku pun jauh lebih baik dari mak aku sendiri.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] ‘Mak Tiri Jauh Lebih Baik Dari Mak Aku Sendiri..Dia Suka Cerita Aib, Doa Aku Jadi Miskin’ – Zarina Anjoulie first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Bekpes Hot Tercengang! ‘Caller’ Kongsi Kisah Bercerai Sebab Suami Ada Lelaki Lain

$
0
0

Penyampai radio bagi segmen ‘Bekpes Hot’ yang terdiri daripada Johan, AG dan Fara Fauzana tercengang mendengar pendedahan yang dibuat seorang pemanggil.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Geng Bekpes Hot Buat ‘Serumpun Challenge’, KJ Raih Perhatian – ‘Sejak Jadi DJ, Semua Step Dia Hafal’

Berpisah sebab suami ada lelaki lain?

@hotfm976_ Harap harap ibu mentua Nurin dengar lah luahan Nurin ni… Salah faham punca perceraian anak. Padahal Nurin minta cerai bukan sebab dia ada lelaki lain, tapi bekas suami dia yang ada l***** lain ? #HotFMNo1 #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ ? original sound – Hot FM

Menerusi hantaran dimuat naik di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Nurin itu memaklumkan dia sudah berpisah hampir tiga tahun dengan bekas suami.

Nurin kemudiannya mendakwa dia dipersalahkan ibu mentua yang beranggapan dirinya mahu berpisah kerana mempunyai lelaki lain.

Saya dan suami dah berpisah dekat tiga tahun.

Dan perpisahan kami ini dipersalahkan mak mentua saya sebab dia ingat saya ada orang lain sebab itu saya nak berpisah.

Sebenarnya saya nak cakap dekat mak mentua bahawa bukan saya yang ada lelaki lain, tetapi anak dia yang ada lelaki lain.

Di akhir perkongsian, Nurin memaklumkan dia mahu ibu mentuanya mengetahui hal yang sebenar serta tidak menyalahkan orang lain atas perpisahannya dengan bekas suami.

Saya buat luahan ini supaya mak mentua saya itu tidak percaya anak dia bulat-bulat.

Janganlah pandang anak orang lain ini jahat saja di mata dia.

Perkongsian tersebut turut membuatkan para netizen tercengang dan meluahkan rasa terkejut mendengar pendedahan Nurin.

Komen netizen

Sumber: TikTok Hotfm

The post [VIDEO] Bekpes Hot Tercengang! ‘Caller’ Kongsi Kisah Bercerai Sebab Suami Ada Lelaki Lain first appeared on OHBULAN!.

Wanita Dakwa Jadi Mangsa P*kul Pelakon Berbadan Sado –‘Aku Pengsan, Kau T*mpar Pula Paksa Aku Untuk Bangun’

$
0
0

Seorang wanita dipercayai bekas kekasih kepada seorang pelakon lelaki berbadan sasa mencuri perhatian apabila mendakwa dirinya telah menjadi mangsa pukul pelakon tersebut sewaktu mereka masih menjalin hubungan cinta.

Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Bertubuh Sasa Didakwa Tumbuk Mata & Badan Teman Wanita?

Cedera di beberapa bahagian badan?

Menerusi Instagram Story (IGs), wanita itu memuat naik beberapa foto memaparkan kecederaan di beberapa bahagian badan seperti muka, leher dan tangan yang didakwa berpunca daripada keganasan berkenaan.

Meskipun sering memujuk dan menabur janji manis, pelakon berkenaan didakwa tetap mengulangi silap yang sama.

‘I’m done’, aku dah penat.

Tinggalkan tepi jalan itu perkara biasa. Kemudian akan ambil saya dan lagak seperti hero.

Setiap kali dia dera, pasti akan berikan janji manis tapi sebenarnya kosong saja.

Bukan itu sahaja, pelakon itu juga didakwa sering menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat serta cacian.

Dah buat laporan polis

Dalam pada itu, wanita tersebut memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian.

Ujarnya, tujuan membuat pendedahan tersebut adalah untuk melindungi wanita lain agar tidak menjadi mangsa selepas seorang gadis lain yang jauh lebih muda tampil membuat dakwaan berdepan situasi yang sama kepadanya.

Dah ada wanita yang jauh lebih muda dari saya ‘approached’ saya tentang perkara ini.

Dia pun pernah kena dan sebelum saya kenal mamat pasti ada lagi ramai (dah kena).

Dia pandai takutkan orang supaya tak ambil tindakan selanjutnya.

Posting IG Story

Sumber: IG Story

The post Wanita Dakwa Jadi Mangsa P*kul Pelakon Berbadan Sado – ‘Aku Pengsan, Kau T*mpar Pula Paksa Aku Untuk Bangun’ first appeared on OHBULAN!.

‘Sebab Berbadan Besar & Muka Garang, Awak Guna Karakter Saya Untuk Perangkap?’ – Ammar Alfian Buka Mulut, Nafi Tuduhan P*kul Wanita

$
0
0

Pelakon kontroversi, Ammar Alfian tampil mempertahankan diri selepas namanya sekali lagi menjadi bualan apabila didakwa melakukan keganasan fizikal terhadap seorang wanita.

Artikel Berkaitan: Wanita Dakwa Jadi Mangsa P*kul Pelakon Berbadan Sado – ‘Aku Pengsan, Kau T*mpar Pula Paksa Aku Untuk Bangun’

‘Sebab saya berbadan besar’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, pemilik nama Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 38, menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan reputasinya.

Sebab saya berbadan besar dan muka garang, awak guna karakter saya untuk perangkap saya.

Tahun lepas awak buat benda yang sama (laporan polis) tetapi saya tak buat apa-apa pun dan biarkan sahaja sebab nampak awak tidak matang serta terburu-buru.

Tetapi tahun ini, awak serang saya lagi dengan cerita yang sama dan kali ini melibatkan seorang yang tak bersalah iaitu Zane Gan yang langsung tiada kena-mengena dalam hal ini.

Jelas pelakon filem Paskal itu lagi, dia mengambil serius perkara ini dan akan bertindak mengikut saluran undang-undang bagi membersihkan namanya.

Saya ambil isu ini dengan serius dan secara sah. Saya akan buat ikut undang-undang. Masing-masing ada pendapat, tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

Jangan percaya bulat-bulat dan dengar dari sebelah pihak sahaja. Terima kasih.

Terdahulu, seorang wanita yang mengakui dirinya bekas kekasih kepada Ammar Alfian iaitu Qhaisha mendakwa menjadi mangsa pukul dan penderaan aktor itu sejak setahun lalu. Qhaisha turut memuat naik beberapa keping foto lebam di bahagian mata dan lengan.

Sumber: Instagram Ammar Alfian Aziz

The post ‘Sebab Berbadan Besar & Muka Garang, Awak Guna Karakter Saya Untuk Perangkap?’ – Ammar Alfian Buka Mulut, Nafi Tuduhan P*kul Wanita first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Michael Ang ‘Sekolahkan’ Jofliam, Titip Pesan Untuk Cik Epal – ‘Nanti Dia Dah Tiada Duit Nak Beri Nafkah Anak’

$
0
0

Pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang menyuarakan pendapatnya ekoran isu yang menjadi bualan hangat antara usahawan pizza wagyu, Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.

Artikel Berkaitan: Michael Ang Tegur Jangan Jadi ‘Bitter’, Cik Epal Respon – ‘Saya Tak Menyalak Sibuk Ulas Kes Orang Lain’

Artikel Berkaitan: Buat Konten Hilang Di Hutan, Michael Ang Berang Pempengaruh Malukan Malaysia – ‘Tolong Buang Diorang Kat Pulau’

Haram ke ambil epidural?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Michael berkata, epidural sama sekali tidak menjadi masalah untuk diambil para ibu bagi memudahkan urusan beranak.

Tambahnya, servis itu disediakan bagi meringankan kesakitan ibu yang telah berkorban selama sembilan bulan mengandung.

Si pendek itu pun b*doh.

Epidural itu dicipta untuk menyenangkan hidup, pakai saja lah.

Tak haram kan pakai epidural? Jadi, apa nak bising?

Pesanan untuk Cik Epal

Tidak berhenti di situ, Michael turut menitipkan pesanan pada Cik Epal untuk tidak kerap memulakan perbalahan dengan pihak bekas suami.

Peringatan untuk Cik Epal, sekarang kau report bekas suami kau, nanti dia dah tiada duit nak beri nafkah anak, kau bising.

Kau jangan lupa, masa dia buat duit, kau dengan dia masih suami isteri.

Entah-entah kau pun kena bayar cukai LHDN nanti.

Tambahnya, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak akan berdiam diri dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk teruskan siasatan mengenai isu yang mendakwa Jofliam culas membayar cukai meskipun jualan perniagaan pizza wagyu mencecah angka ratusan ribu sebulan.

Sumber: Instagram @michaelang38

The post [VIDEO] Michael Ang ‘Sekolahkan’ Jofliam, Titip Pesan Untuk Cik Epal – ‘Nanti Dia Dah Tiada Duit Nak Beri Nafkah Anak’ first appeared on OHBULAN!.


Dr Alpha Zaki Bersuara Isu Didakwa Ajak Wanita ‘Check-In’, Akui Diri Banyak Khilaf – ‘Kes Ini Sudah Diserahkan Kepada Pihak Peguam’

$
0
0

Dr Alpha Zaki

Selepas dua minggu berdiam diri, pempengaruh yang juga doktor dikenali sebagai Dr Alpha Zaki tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan dirinya pernah mengajak seorang wanita melakukan perkara tidak senonoh.

Artikel Berkaitan: ‘Satu Bilik Bau Busuk. Alat Kelamin Bengkak, Mengelupas & Nanah’ – Doktor Terkejut Pesakit Bawa 30 Pasangan S*ks ‘Check’ Darah

Artikel Berkaitan [VIDEO] Tak Pernah Beri Nafkah Sejak Kahwin & Paksa Gugurkan Kandungan, Wanita Hamil 7 Bulan Rela Bercerai

Lantik peguam

Dr Alpha Zaki

Mengakui hidup seperti hilang arah susulan isu tersebut, pemilik nama sebenar Aliff Zaki, berkata, dia sudah menyerah kes berkenaan kepada pihak peguam dan badan berautoriti untuk menyelesaikan.

Dua minggu saya berdiam diri dalam sosial media sebab ada urusan dalam dunia realiti yang perlukan fokus saya 100 peratus dan kalian semua tahu tentang apa.

Untuk apa yang telah berlaku, saya tidak mahu beri penjelasan atau kenyataan kerana kes ini sudah diserahkan kepada pihak peguam dan pihak berautoriti.

Sepanjang dua minggu ini saya hidup, tapi saya hilang kehidupan saya. Hari ini hari saya, esok lusa tidak tahu pula hari siapa. Jadi saya minta maaf atas semua salah silap saya.

Terus perbaiki diri

Dr Alpha Zaki

Dalam pada itu, Aliff berkata, sebagai manusia biasa, dia tidak pernah lari daripada membuat silap dan akan meneruskan kehidupan meskipun nama sudah terpalit dan menjadi kecaman netizen.

Saya tidak mampu untuk respon satu-persatu, kerana saya tak terdaya. Jadi lebih baik saya tidak bercakap apa-apa daripada tersalah cakap.

Macam kalian juga, saya manusia biasa yang ada kerjaya, kehidupan, urusan yang perlu dijalankan.

Saya tahu, saya tidak akan dapat tutup mulut manusia dan saya berdamai dengan hakikat itu.

Tetapi apa yang saya boleh cakap adalah, selagi saya masih hidup, saya akan sentiasa perbaiki diri menjadi manusia lebih baik dan pandang ke hadapan.

Terdahulu, seorang wanita mendedahkan sisi gelap seorang doktor yang cukup dikenali di TikTok dengan mendakwa doktor tersebut pernah mengajaknya daftar masuk atau ‘check-in’ ke sebuah hotel pada Ramadan lalu dengan tujuan ingin mengajak melakukan perkara tidak senonoh.

Meskipun tidak mendedahkan mana-mana nama, namun wargamaya mendawa doktor yang dimaksukdkan adalah Dr Alpha Zaki susulan ramai individu lain juga pernah menjadi mangsa.

Sumber: TikTok

The post Dr Alpha Zaki Bersuara Isu Didakwa Ajak Wanita ‘Check-In’, Akui Diri Banyak Khilaf – ‘Kes Ini Sudah Diserahkan Kepada Pihak Peguam’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Bonda Dah Maklumkan Tidak Mahu Gambar Dimuat Naik Di Media Sosial’– Aliff Syukri

$
0
0

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menjelaskan kisah benar berkenaan konflik yang terjadi antara isterinya, Datin Seri Shahida dan pelakon, Rebecca Nur Al-Islam, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Suami Bonda Rozita Buka Puasa Bersama Keluarga Aliff Syukri, Netizen Puji Masih Kekal Ukhuwah – ‘Mesti Dia Seorang Ayah & Datuk Tiri Yang Baik’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Enggan Ulas Dakwaan Bonda Rozita Berkahwin Semula – ‘Biar Tuan Badan Jawab Sendiri’

Tak mahu gambar di upload online

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, 38, menceritakan perihal keluarganya itu ketika melakukan siaran langsung (live) di TikTok.

Jelas Aliff, sebelum ini ibunya, Bonda Rozita Ibrahim sudah memaklumkan bahawa dia tidak mahu gambarnya bersama suami baru iaitu abang kepada Rebecca dimuat naik di media sosial.

Bonda sebenarnya dah maklumkan yang dia tidak mahu gambar dan video mengenai pernikahannya dimuat naik dalam media sosial sebab Bonda tak selesa.

Adik pula umur 15 tahun dan mereka tidak tahu apa-apa. Suami Bonda dan Bonda tidak salah dalam isu ini.

Bila benda ini terjadi netizen asyik tanya semasa kami buat live.

Jadi isteri saya geram dan dia pun cerita tapi bukan menghina sampai tahap mengaibkan individu itu.

Menurut Aliff, sebagai seorang anak dia menghormati keputusan ibunya demi adik-beradiknya yang lain.

Kata Aliff, dalam isu tersebut dia tidak membela perbuatan isterinya namun memahami sebab dia bertindak sedemikian.

Kalau boleh kita menghormati pengantin baru yang sudah ada anak kecil dan cucu.

Apa pun yang berlaku, adik-beradik selalu kongsi dengan saya. Saya tak bela isteri saya dan saya pun dah cakap dengan dia jangan bercakap.

Tapi isteri saya pun geram bila tengok adik saya menangis dan netizen asyik komen pasal isu itu. Cuma isteri saya kata jangan mencapap itu sahaja.

Terdahulu, Rebecca tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.

Rebecca turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri Aliff iaitu Shahida.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] ‘Bonda Dah Maklumkan Tidak Mahu Gambar Dimuat Naik Di Media Sosial’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.

Abby Abadi Dakwa Norman Hakim Culas Nafkah Anak-Anak Selama 17 Tahun? – ‘Beli Pula Kereta Sport, Lagilah Membara Saya’

$
0
0

Pelakon Abby Abadi menerima kritikan selepas mendakwa bahawa bekas suaminya, Norman Hakim, tidak menunaikan tanggungjawab nafkah terhadap tiga anak mereka sejak bercerai 17 tahun lalu.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Dah Sampai Masa Kita Bawa Diri, Elok Kita Lakukan’ – Suami Abby Abadi

Artikel Berkaitan: Tiada Maaf Bagimu, Abby Abadi Tak Mahu Aslam Datang Berjumpa – ‘Saya Tiada Menantu Berstatus Suami Orang’

‘Saya usahakan ini untuk anak-anak’

Susulan daripada pendedahan itu, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, mendakwa selepas perceraian berlaku, Norman dikatakan tidak mengambil berat mengenai keperluan harian tiga anak mereka iaitu Danish, Dania dan Danisha.

17 tahun, lama tu. Bukan jangka masa yang pendek. Saya usahakan ini untuk anak-anak yang dia tinggalkan dengan Danish, Dania, Danisha.

Berkaitan duit belanja sekolah, yuran sekolah, bukan tak bagi langsung. Bagi, sekolah kami uruskan sama-sama. Tapi yang paling jelas tempat tinggal, makan minum harian dari kecik.

Beli pula kereta sport segala, lagilah membara saya. Saya hint masa birthday anak, belikan anak ni kereta, dia buat tak tahu juga ya. Sudahnya anak tu beli kereta berhutang 9 tahun.

Suruh beli bukan sebab tak nak anak berdikari tapi sebab bapaknya mampu dah kan. Apalah sangat, dulu tak ada, saya biar je anak pakai kereta lama saya yang dah 20 tahun tu.

Dalam pada itu, Abby berkata sudah banyak kali memberi ‘hint’, namun bekas suaminya itu didakwa tetap tidak mengambil peduli.

Tapi boleh tengok sendiri kan? Masa susah sama-sama je kesana sini, bila senang diorang saja.

Selama ni dah baikkan? Ye, memang baik. Sangat-sangat baik. Memang tak terfikir nak luahkan sampai macam ni. Pernah dah, hint banyak kali tapi dia buat tak tahu je ye.

‘Saya tak dengki pun’

Pelakon drama bersiri Gerak Khas ini juga menepis tuduhan segelintir netizen yang beranggapan dia cemburu dengan kehidupan mewah Norman dan isteri, Memey Suhaiza.

Sebaliknya Abby memberitahu bahawa dia hanya berharap agar bekas suaminya itu dapat berkongsi rezeki dan kegembiraan bersama anak-anak mereka.

Saya tak dengki pun. Sebab saya berharap, bila dah kaya tentu anak-anak dapat menumpang sama tapi nampakkan, anak-anak saya tak ikut pun diorang bercuti. Tang bercuti, enjoy kesana sini tu takpelah. Hak masing-masing, saya tak peduli.

Sebelum ni kalau berjalan, berkumpul memang kami guna konsep tong2 (tu urusan saya dengan isterinya yg tersayang) demi anak-anak. Tapi sekarang susah dah nak bercuti sekali sebab diorang T20 dah.

Saya ni dari dulu B40, berangan2 je macam T20. Tapi sekarang pun tak boleh kejar dah untuk kesana sini, bayar sama-sama. Ajak pun tidak, itu yang sebenarnya. Masa saya hidup ni nampak memang bila ada kemampuan lebih, syok sendiri je dia.

Abby menegaskan dia akan memperjuangkan isu tuntutan nafkah meskipun anak-anak mungkin tidak terlalu mengambil berat mengenai perkara tersebut.

Kalau saya meninggal? tak tuntut sekarang, anak-anak saya tak merasa apa-apa pun dari dia.

Sekarang dah besar, anak usaha dah cari duit sendiri, pandai pun beli sendiri. Jadi saya memang pasti anak-anak takde isu dekat sini. Yang ada isu Mamanya nak tuntut duit makan minum harian dan tempat tinggal dari mula bercerai 17 tahun dulu.

Sumber: Threads Abby Abadi

The post Abby Abadi Dakwa Norman Hakim Culas Nafkah Anak-Anak Selama 17 Tahun? – ‘Beli Pula Kereta Sport, Lagilah Membara Saya’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Madammu ‘Stres’ Naik Kapal Terbang, Risau Fikir Nasib Anak-Anak – ‘Kalau Apa-Apa Jadi Pada Saya & Suami, Siapa Nak Jaga Mereka’

$
0
0

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Madammu mendedahkan dirinya tertekan apabila berada dalam kapal terbang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Cepat Menilai Anak Orang Sebab Perkara Ini Sensitif Untuk Seorang Ibu’ – Madammu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Dah Buat Hibah Harta, Netizen Puji Sebab Tak Pilih Kasih Dengan Anak Tiri

Takut naik kapal terbang

@fara.aen.n0035429 Memang takut naik kapal terbang ni? #madammu #noir #pengalaman ? original sound – fara aen noir

Menerusi potongan klip dari siaran langsung TikTok, pemilik nama Eriyca Baiduri Abd Rashid berkongsi pengalaman penerbangan ketika keadaan cuaca kurang baik.

Menurutnya, keadaan jantungnya berdegup laju akibat pergolakan yang berlaku ketika penerbangan ke Uzbekistan.

Saya paling tak suka naik flight.

Itu benda yang paling buat saya tertekan. Saya rasa nyawa saya melayang-layang.

Walaupun balik Kelantan 45 minit saja kalau naik kapal terbang, saya tetap akan gunakan kereta.

Haritu saya pergi Uzbekistan, keadaan cuaca tidak baik.

Masa kapal terbang itu langgar awan, saya terangkat ke kiri dan ke kanan. Ketika itu, saya rasa jantung dah hilang.

‘Siapa nak jaga anak-anak kalau saya tiada?’

Berkongsi lebih lanjut, pengasas produk kecantikan Noir Health & Beauty terus memikirkan nasib anak-anak di rumah selepas berdepan dengan pergolakan atau ‘turbulence’.

Ujarnya, tidak semua mampu untuk membesarkan anak yang bukan dari kandungan mereka.

Masa itu, saya dah fikir anak-anak di rumah.

Kalau apa-apa jadi pada saya dan suami, siapa nak jaga meraka.

Anak saya dah la ramai.

Tak semua boleh terima anak orang.

Sumber: TikTok @faraaennoir

The post [VIDEO] Madammu ‘Stres’ Naik Kapal Terbang, Risau Fikir Nasib Anak-Anak – ‘Kalau Apa-Apa Jadi Pada Saya & Suami, Siapa Nak Jaga Mereka’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Cat Farish Buat Kejutan Untuk Shikin Maembong, Hadiahkan Kedai Untuk Cekopis –‘Ini Je Yang Saya Mampu Untuk Bahagiakan Awak’

$
0
0

Penyanyi dan komposer Cat Farish membuat kejutan kepada isterinya, Shikin Maembong dengan merealisasikan impiannya memiliki premis perniagaan untuk produk, Cekopis.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khai Buat Kejutan Sempena Hari Lahir Rosma, Netizen Doakan Kebahagiaan Keluarga – ‘Semoga Terus Bercinta Hingga Ke Jannah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Terkejut Kacak Buat Kejutan Sempena ‘Birthday’, Sebak Baca Kiriman Mesej Cik B Dari Sepanyol

Hadiah untuk isteri

Menerusi muat naik di TikTok, pemilik nama Farish Ramli, 51, berkata dia menghadiahkan sebuah kedai kerana melihat kepayahan isterinya berniaga dan menjual produk Cekopis di tepi jalan.

Jelas Cat, dengan adanya kedai tersebut ia secara tidak langsung membantu memudahkan Shikin untuk menjalankan perniagannya secara harian.

Tak rugi habiskan duit untuk isteri, Ini sahaja yang saya mampu untuk bahagiakan awak.

Insya-Allah kita doa sama-sama rezeki cahaya mata pula lepas ni ya sayang.

Terima kasih ada ketika susah dan senang saya.

Shikin yang terharu dengan pemberian Cat meluahkan rasa syukur kerana suaminya sanggup bersusah payah untuk menjayakan impiannya.

Awak tak putus asa dan percaya dengan saya.

Terima kasih sebab selalu dengan saya sampai hari ini.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Cat Farish Buat Kejutan Untuk Shikin Maembong, Hadiahkan Kedai Untuk Cekopis – ‘Ini Je Yang Saya Mampu Untuk Bahagiakan Awak’ first appeared on OHBULAN!.

Viewing all 34944 articles
Browse latest View live