Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35013 articles
Browse latest View live

[VIDEO] Bangun & Salam Ustaz Azhar Idrus, Netizen Puji Adab Anak-Anak Muda –‘Dia Sanggup Tinggalkan Rank Dalam Mobile Legends’

$
0
0

Sekumpulan anak muda meraih perhatian netizen apabila memiliki adab yang tinggi semasa bertemu pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Mesra Layan Peminat, ‘Santai’ Beli Barang Sekolah Anak Dekat Jalan Tar – ‘Memang Baik, Tidak Sombong’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pilot Kagum Dengan Ilmu Ustaz Azhar Idrus, Jawab Soalan Mengenai Nahas Pesawat Azerbaijan & Jeju Air

Adab anak muda

@zim._22 UAI?#UAI #kelate #fyp ? original sound – Encik Senget

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, sekumpulan anak muda lelaki dilihat sedang duduk di sebuah restoran sambil bermain Mobile Legends atau ‘ML’ di telefon pintar masing-masing.

Perkongsian itu meraih lebih 300,000 ribu tontonan di TikTok yang memuji akhlak anak muda tersebut yang dididik baik oleh ibu bapa mereka.

Netizen kagum

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan adab yang dimiliki sekumpulan anak muda yang sanggup meninggalkan ‘rank’ yang sedang berlangsung demi menghormati kehadiran UAI di restoran tersebut.

Sumber: TikTok @zym._22

The post [VIDEO] Bangun & Salam Ustaz Azhar Idrus, Netizen Puji Adab Anak-Anak Muda – ‘Dia Sanggup Tinggalkan Rank Dalam Mobile Legends’ first appeared on OHBULAN!.


‘Saya Menulis Dalam Diam, Sesuatu Yang Sedap Di Halwa Telinga’– Aina Abdul

$
0
0

Aina Abdul

Mengakui badai dan tomahan yang diterima sangat hebat selepas persembahan di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39), penyanyi, Aina Abdul memberitahu keputusan berdiam diri buat sementara waktu adalah tindakan yang tepat.

Artikel Berkaitan: Hael Husaini Kongsi Perkembangan Lagu Duet Dengan Aina Abdul – ‘Insya-Allah, Akan Siap Dalam Tahun Ini’

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Nafi ‘Bersara’ Bertanding AJL, Hanya Akan Hantar Karya Berkualiti – ‘Masih Terlalu Awal Untuk Berhenti’

Mental lebih tenang

Aina Abdul

Aina atau nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, emosi dan mentalnya bertambah baik sepanjang tempoh ‘menghilang’ terutama dalam media sosial sekali gus memberi fokus serta ketenangan kepadanya untuk menyiapkan buah tangan terbaharu kepada peminat.

Enam tahun bertanding AJL bukan tempoh yang singkat, agak lama. Selepas AJL39 hari itu, saya memilih untuk menulis dalam diam. Badai AJL39 itu sangat kuat sehingga saya ambil keputusan berdiam diri.

Mental saya lebih tenang kerana saya boleh menulis tanpa memikirkan persepsi orang lain. Sekarang saya sedang menulis yang sedap di halwa telinga. Saya ingin berikan sesuatu yang orang suka putar banyak kali.

Selepas beberapa tahun di AJL, saya baru tahu betapa mencabarnya jadi anak seni. Orang lebih nampak kepada perkara yang negatif. Hilang diri dari sosial media adalah pilihan sendiri supaya dapat refleks diri.

Aina berkata demikian ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Media Prima yang berlangsung baru-baru ini.

‘Semangat saya lagi hebat’

Aina Abdul

Berkongsi lanjut, pelantun lagu Terus Hidup itu bagaimanapun belum bersedia untuk mendedahkan mahupun memberi bayangan mengenai karya terbaharunya dan hanya akan mengumumkan sejurus siap.

Saya masih bekerja macam biasa, sedang menulis beberapa lagu dan banyak yang dalam proses. Cuma belum boleh dikongsikan, tapi saya percaya ‘the real fans’ tahu saya buat apa.

Kalau saya berehat daripada menulis itu tidak baik, walapun cacian itu agak hebat, tapi semangat saya lagi hebat.

Bercakap fasal kecaman yang diterima mengenai persembahan di AJL39 menerusi lagu Puas Sudah, Aina enggan lagi memikirkan tentang itu, sebaliknya sudah melupakan episod hitam tersebut dan menyimpan rapi dalam kamus hidup.

Apa yang paling saya terkesan adalah apabila ada orang kata saya suka ‘show off’ dalam persembahan, sedangkan itu bukan ‘show off’ tapi konsep persembahan.

Apa pun, saya sudah tutup episod itu dalam hidup saya dan sekarang lebih semangat untuk lancarkan lagu baru. Saya tahu dalam industri ini ada yang mahu lihat saya jatuh.

Sebelum ini, Aina menjadi sasaran netizen termasuk buli siber dan ‘face shaming’ selepas persembahan dalam AJL 39.

Segelintir netizen seolah-olah tidak menghargai bakatnya, malah ada yang bersorak gembira ketika gagal membawa pulang hadiah utama pada pertandingan itu.

Pada AJL 39, Aina berjaya merangkul Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Puas Sudah.

The post ‘Saya Menulis Dalam Diam, Sesuatu Yang Sedap Di Halwa Telinga’ – Aina Abdul first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania –‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’

$
0
0

Pelakon Abby Abadi mendakwa bekas suaminya, Norman Hakim culas menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak-anak termasuk mendidik dengan baik.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kesal Bersifat Terlalu Lembut, Kecewa Dengan Norman Hakim – ‘Sebut Nanti Kata Buka Aib’

Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Rasa Ada Menantu, Tidak Perlu Nak Cakap Saya Mak Mentua Redflag’ – Abby Abadi

‘Datang macam orang luar’

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan menjelaskan Norman tidak pernah menjenguk keadaan anak-anaknya selepas bercerai.

Apatah lagi memarahi mereka terutamanya anak perempuan, Marissa Dania ketika dia melakukan kesalahan.

Norman tidak kisah dengan apa yang Marissa buat. Dia tidak pernah marah Marissa.

Tidak pernah pun Marissa itu kena tampar atau pukul, benda itu tidak berlaku.

Selepas bercerai anak-anak semua dengan saya dan Norman tidak pernah ambil untuk jaga. Datang jumpa pun macam orang luar.

Pelakon filem Gerak Khas The Movie itu berkata apabila dia memarahi Marissa, gadis itu bertindak untuk melarikan diri ke rumah Norman.

Marissa lari ke Norman

Bercerita lebih  lanjut, Abby berkata Norman sering melepaskan diri daripada terlibat dengan keluarganya.

Norman memang melepaskan dirinya hingga sekarang jadi saya rasa tiada sebab untuk berbaik. Saya rasa tiada keperluan.

Kalau dapat putarkan masa, saya nak jaga sendiri anak saya. Tak perlu bagi Marissa pilihan kedua.

Saya marah Marissa, dia lari ke keluarga Norman.

Tidak terhenti di situ, Abby turut mendakwa bekas suaminya itu menikahinya kerana terpaksa dan bukan atas dasar cinta.

Saya rasa Norman bukan nak sangat kahwin dengan saya, mungkin dia tidak sengaja.

Ketika itu dia frust dengan orang lain tapi tiba-tiba dia kahwin dengan saya.

Saya kahwin dengan dia selama enam atau tujuh tahun sahaja tetapi memiliki tiga orang anak.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Komitmen Bulanan Cecah RM35k, Dr Say Dedah Beban Kewangan Sebenar Di Sebalik Gaya Hidup

$
0
0

Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril mencuri perhatian netizen apabila mendedahkan komitmen bulanannya yang mencecah RM35,000.

Artikel Berkaitan: Dr Say Dibayar RM10,000 Untuk Hadir Di Majlis Selama 4 Jam – ‘Sebagai Content Creator, Kita Kena Tahu Nilai Diri Kita’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Boleh Ke Seorang Bapa Jaga Anaknya Sendiri? Saya Nak Juga Dipanggil Berbelas Kali Daddy’ – Dr Say

Komitnen bulanan RM35,000

@prubsn_stars “Betul ke cukup apa yang kita ada sekarang?” Dr. Say buka cerita — dari sudut pandang seorang doktor — pasal financial stability dan komitmen bulanan. Real, jujur, dan sangat membuka mata. Kalau anda pernah tanya diri sendiri soalan ni, you need to watch this. . . #prubsn #prubsnstars #takaful #drsay #perlindungan #protection ##JomBorakWithDrSay #RealTalk #PlanUntukMasaDepan #fyp ? original sound – PruBSN Stars

Menerusi satu temu bual bersama PruBSN, Dr Say berkongsi secara terbuka mengenai pecahan perbelanjaan bulanannya yang merangkumi sewa rumah, bayaran pinjaman kereta, nafkah isteri, perbelanjaan anak-anak dan keperluan lain yang berkaitan.

Komitmen bulanan saya RM35,000, yuran sekolah anak RM6,000, sewa rumah RM5,500, gaji pengurus RM5,000, kereta Jaguar RM5,000, kereta Alphard RM2,500, nafkah isteri RM2,000, gaji pembantu rumah RM1,700, takaful RM1,000, ASB Loan RM1,000, gym RM1,000 dan bil-bil lain RM1,000.

Dalam pada itu, Dr Say akui setiap individu berdepan cabaran kewangan dalam meneruskan kelangsungan hidup, khususnya apabila tidak lagi bergantung kepada pekerjaan yang mempunyai pendapatan tetap.

Saya bersetuju jika seseorang doktor masih berkhidmat di sektor kerajaan, memang stabiliti kewangan itu ada. Sebab tiap-tiap bulan gaji akan masuk.

Tapi saya dah berhenti dari sektor kerajaan pada 2017 dan sejak daripada itu saya bekerja 24 jam. Tak ada stabiliti duit akan masuk setiap bulan, jadi komitmen inilah yang menjadi penentu.

Menjawab soalan pengacara mengenai sama ada pendapatannya kini mencukupi atau tidak, Dr Say menjelaskan bahawa kecukupan itu bergantung kepada perspektif masing-masing.

Hal ini kerana, keperluan dan tanggungan seseorang berbeza-beza. Baginya, jumlah bukanlah ukuran sebenar, sebaliknya ketenangan jiwa jauh lebih penting.

Bila tanya saya cukup ke tidak? Saya akan jawab tak akan pernah cukup. Tapi apa yang penting bagi saya adalah bukan jumlah itu tetapi ketenangan tu.

Sumber: TikTok PruBSN Stars

The post [VIDEO] Komitmen Bulanan Cecah RM35k, Dr Say Dedah Beban Kewangan Sebenar Di Sebalik Gaya Hidup first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Blood Brothers ‘Shooting’ Hanya 64 Hari, Pasukan Sinematografi Raih Pujian – ‘Dua Bulan Saja? Memang Gila’

$
0
0

Kejayaan pengarah berbakat besar, Syafiq Yusof masih menjadi bualan di media sosial apabila berjaya memperoleh RM45.7 juta kutipan hasil 11 hari tayangan filem aksi Blood Brothers: Bara Naga.

Artikel Berkaitan: Raih RM29.9 Juta Kutipan Dalam Tujuh Hari, Netizen Lancar Kempen ‘Blood Brothers Road To 100 Juta’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Filem Blood Brothers: Bara Naga Terus Cipta Sejarah, Raih 21 Juta Kutipan!

Hanya 64 hari hasilkan Blood brothers

@nicholaschin_dop I had a blast making this. Shoutout to my team and directors Syafiq Yusof & Abhilash Chandra ? #aksi #gempak #fyp #filmmaking #setlife #cinematography #shotonset #action #baranaga #bloodbrothers #behindthescenes ? LET’S GO – Jaden Bojsen & Sami Brielle

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, salah seorang daripada pasukan sinematografi dilihat berkongsi beberapa momen yang diambil ketika sesi penggambaran filem aksi ini berlangsung.

Dalam pada itu, individu yang dikenali sebagai Nicholas itu turut mendedahkan tempoh masa yang diambil bagi menghasilkan filem Blood Brothers: Bara Naga.

Saya gembira membuat semua ini.

Tepukan untuk pasukan saya dan pengarah Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra.

64 hari dihabiskan bagi menghasilkan filem ini.

Netizen kagum

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan tempoh masa yang dianggap singkat bagi menghasilkan filem yang berkualiti sebegitu. Selain itu, warganet turut memuji sinematografi yang dihasilkan oleh pasukan Nicholas dalam setiap sudut filem Blood Brothers: Bara Naga.

Sumber: TikTok @nicholaschin_dop

The post [VIDEO] Blood Brothers ‘Shooting’ Hanya 64 Hari, Pasukan Sinematografi Raih Pujian – ‘Dua Bulan Saja? Memang Gila’ first appeared on OHBULAN!.

Ibu Nasihat Rebecca Jangan Bersedih & Abaikan Tomahan Netizen –‘Biarkan Dunia Kecam Kita, Allah Ada’

$
0
0

Datin Rebecca Nur Al-Islam

Polemik antara keluarga usahawan, Rozita Ibrahim dan pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam masih menjadi bualan hangat wargamaya dalam media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bonda Dah Maklumkan Tidak Mahu Gambar Dimuat Naik Di Media Sosial’ – Aliff Syukri

Artikel Berkaitan: ‘Dalam Nikah & Cerai, Kamu Ke Depan Nak Selamatkan Mak’ – Rozita Ibrahim

Nasihat ibu

Datin Rebecca Nur Al-Islam

Dikala nama Rebecca teruk dikecam, aktres itu sempat berkongsi momen bersama ibunya sementara menunggu waktu untuk menunaikan solat.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Rebecca memberitahu ibunya ada menitipkan pesanan supaya tidak bersedih dan membiarkan sahaja orang luar membuat andaian.

Sementara menunggu untuk solat, mama pesan, adik jangan sedih. Biarkan dunia kecam kita, Allah ada. Jangan tengok berita-berita itu.

Pada perkongsian sama, Rebecca berkata dia berasa yakin dirinya seorang yang kuat untuk menempuh dugaan fitnah di dunia.

Mamaku, tak apa. Insya-Allah anak mu kuat menempuhi dugaan fitnah dunia.

Konflik antara keluarga Rozita dan Rebecca tercetus apabila aktres itu didakwa melebih-lebih dalam menghebahkan perkahwinan abangnya dengan usahawan tersebut.

Malah, menjadi lebih kecoh apabila menantu kepada Rozita, Datin Seri Shahida turut meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Rebecca yang disifatkan sebagai lebih sudu dari kuah.

Selain itu, anak Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga bersuara mempertahankan Shahida.

Sumber: Instagram

The post Ibu Nasihat Rebecca Jangan Bersedih & Abaikan Tomahan Netizen – ‘Biarkan Dunia Kecam Kita, Allah Ada’ first appeared on OHBULAN!.

Media Sosial Ammar Alfian Diserang, Netizen Dakwa Masih Belum Berubah –‘Pukul Bukan Tanda Sayang!’

$
0
0

Selepas terkait dengan dakwaan memukul wanita, media sosial pelakon kontroversi Ammar Alfian diserang warganet yang rata-ratanya melempiaskan rasa marah terhadap dirinya.

Artikel Berkaitan: ‘Sebab Berbadan Besar & Muka Garang, Awak Guna Karakter Saya Untuk Perangkap?’ – Ammar Alfian Buka Mulut, Nafi Tuduhan P*kul Wanita

Artikel Berkaitan: Wanita Dakwa Jadi Mangsa P*kul Pelakon Berbadan Sado – ‘Aku Pengsan, Kau T*mpar Pula Paksa Aku Untuk Bangun’

Netizen lempiaskan rasa marah

Menerusi tinjauan OhBulan!, rata-rata warganet meluahkan rasa kesal selepas mengetahui aktor itu terpalit dengan kontroversi memukul wanita yang dipercayai bekas kekasihnya.

Menjengah ke ruangan komen, sesetengah warganet berang dengan tindakan Ammar dan mengatakan ia adalah perbuatan terkutuk.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa dirinya telah menjadi mangsa pukul sewaktu menjalinkan hubungan cinta.

Bagaimanapun, pelakon berbadan sasa itu menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan reputasinya.

Sebelum ini, nama Ammar menjadi bualan ramai selepas dikaitkan dengan kontroversi memukul kekasihnya yang ketika itu pelakon Puteri Sarah pada tahun 2011.

Komen netizen

Sumber: Instagram

The post Media Sosial Ammar Alfian Diserang, Netizen Dakwa Masih Belum Berubah – ‘Pukul Bukan Tanda Sayang!’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Bukan Nak Menunjuk, Saya Tahu Dari Mana Saya Bermula’– Haliza Maysuri Borong Barang Basah Di Pasar Tani, Bantu Peniaga Kecil

$
0
0

Usahawan tudung terkenal, Haliza Maysuri mengimbas kembali perjalanan hidupnya sebelum mengecap kejayaan, termasuk saat-saat sukar ketika memulakan perniagaan dari bawah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Risau ‘Sliding Door’ Tiba-Tiba Pecah – ‘Rumah Dipantau 24 Jam, Kami Dah Semak CCTV’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haliza Maysuri Guna Petua Letak Labu Kundur Di Pejabat, Dakwa Elak Kena Gangguan – ‘Ia Serap Aura Negatif & Membusuk Sebagai Tanda’

‘Jadi diri sendiri itu satu ketenangan’

@halizamaysuriJadi diri sendiri itu satu ketenangan. Sebelum bergelar usahawan, saya bermula dari bawah menjual tudung di pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Saya pernah menolak troli stok jualan ketika sarat mengandung, berhujan, berpanas,berniaga di pasar pun saya sudah lalui. Hari ini, bila saya berbelanja di pasar tani, bukan kerana perlu sangat, tapi kerana saya ingin menyokong peniaga2 Melayu, peniaga Bumiputera. Saya faham susah payah mereka. Hujan, panas, dan kadang2 pulang tanpa satu sen pun semua itu saya pernah rasa. Sebab itu, walaupun sudah berjaya, saya tak pernah lupa akar saya. Bila kita sudah berada di atas, kita perlu bantu org lain untuk naik sama. Saya percaya, sebaik2 sedekah adalah makanan. Jadi saya beli, saya masak dan saya beri. Bukan untuk menunjuk, tapi kerana saya tahu dari mana saya bermula. Senyuman peniaga2 pasar tani setiap kali saya memborong jualan mereka, itulah kepuasan sebenar bagi saya. Jangan lupa daratan bila sudah di atas. Terus pandang ke bawah, agar kita kekal merendah diri dan tidak lalai dengan kemewahan dunia.? original sound – Haliza Maysuri

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Haliza sedang berbelanja di pasar tani. Namun di sebalik video tersebut, tersimpan kisah mengenai perjalanan hidupnya sebelum bergelar jutawan dan ikon dalam industri tudung tanah air.

Jadi diri sendiri itu satu ketenangan. Sebelum bergelar usahawan, saya bermula dari bawah menjual tudung di pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Saya pernah menolak troli stok jualan ketika sarat mengandung, berhujan, berpanas, berniaga di pasar pun saya sudah
lalui.

Tambah Haliza lagi, dia berbelanja di pasar tani bukanlah kerana keperluan semata-mata, tetapi sebagai satu bentuk sokongan kepada peniaga kecil, khususnya usahawan Melayu dan Bumiputera.

Hari ini, bila saya berbelanja di pasar tani, bukan kerana perlu sangat, tapi kerana saya ingin menyokong peniaga-peniaga. Melayu, peniaga Bumiputera.

Saya faham susah payah mereka. Hujan, panas, dan kadang-kadang pulang tanpa satu sen pun semua itu saya pernah rasa. Sebab itu, walaupun sudah berjaya, saya tak pernah lupa akar saya. Bila kita sudah berada di atas, kita perlu bantu orang lain untuk naik sama.

Saya percaya, sebaik-baik sedekah adalah makanan. Jadi saya beli, saya masak dan saya beri. Bukan untuk menunjuk, tapi kerana saya tahu dari mana saya bermula.

‘Jangan lupa daratan bila sudah di atas’

Haliza mengakui bahawa melihat senyuman para peniaga setiap kali dia memborong jualan mereka memberikan satu kepuasan jiwa yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Senyuman peniaga-peniaga pasar tani setiap kali saya memborong jualan mereka, itulah kepuasan sebenar bagi saya.

Jangan lupa daratan bila sudah di atas. Terus pandang ke bawah, agar kita kekal merendah diri dan tidak lalai dengan kemewahan dunia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan terinspirasi dengan kisah perjalanan hidup usahawan ini.

Mereka turut memuji sikap rendah diri dan keprihatinan Haliza terhadap para peniaga kecil, meskipun dirinya seorang yang berjaya dan dikenali ramai.

Sumber: TikTok Haliza Maysuri

The post [VIDEO] ‘Bukan Nak Menunjuk, Saya Tahu Dari Mana Saya Bermula’ – Haliza Maysuri Borong Barang Basah Di Pasar Tani, Bantu Peniaga Kecil first appeared on OHBULAN!.


[VIDEO] Shuib Bayar Gaji Matin Urus Kedai ‘Nasi Bakar Bangkit’, Mahu Didik Belajar Bisnes Di Usia Muda

$
0
0

shuib matin

Usahawan dan pelawak Shuib, melantik Ariq Matin menjadi duta jenama makanan Nasi Bakar Bangkit kerana anak lelakinya menunjuk minat dalam bidang perniagaan.

Artikel Berkaitan: ‘Hadir Beribadah Bersama Membawa Sejuta Kisah’ – Mamat Anggap Perpisahan Sementara Dengan Shuib Ada Hikmah

Artikel Berkaitan: ’19 Tahun Yang Luar Biasa, Semoga Allah Izin Kita Bersahabat Sampai Syurga’ – Shuib

Bayar gaji bulanan

shuib matin

Menurut Shuib, meskipun baru berusia lapan tahun, Matin sangat minat dalam dunia masakan.

Kata Shuib, 41, Matin juga dibayar gaji setiap bulan dan itu akan memberi semangat kepada dirinya untuk bertanggungjawab terhadap kedai makan yang diusahakan.

Saya pesan, ini kedai dia, dia ada gaji setiap bulan dan semua ini bukan percuma. Dia juga memang suka masak dan pegang alatan dapur.

Sebagai bapa itu tanggungjawab saya serta ibunya dalam membentuk anak-anak. Saya suka proses ini. Saya nampak anak minat sesuatu perkara, kita akan cuba bantu dapat apa yang ingin dicapai.

Jadi atau tidak, itu belakang cerita asalkan dia melalui zaman kecil dengan bermanfaat dan baik untuk masa depan.

Shuib berkata demikian ketika ditanya mengenai pemilihan anaknya sebagai duta perniagaan terbaharu, Nasi Bakar Bangkit, baru-baru ini.

Tambah pemilik nama Shahmira Muhammad, dia akui pada awalnya Mateen agak kekok beraksi di depan kamera.

Mula-mula dia malu, jenuh juga saya mahu mengajar beraksi depan video, tapi sekarang saya lihat kemajuan dia mahu belajar dan rasa tanggungjawab.

Nak bina masjid

shuib matin

Sementara itu, Matin berkata dia seronok belajar berniaga dan ingin menggunakan hasil gaji untuk membina masjid.

Saya gembira ada kedai sendiri, dapat pengalaman baru belajar berniaga. Ya saya suka berniaga sebab boleh dapat duit.

Kalau sudah ada banyak duit, daddy cakap ‘beli’ masjid. Sebab agama kita.

Nasi Bakar Bangkit merupakan makanan yang dicipta Shuib dan pasukannya menampilkan keunikan nasi yang dibakar dalam balutan daun pisang.

Restoran pertama jenama berkenaan kini beroperasi di Kompleks Permaisuri Q, Bandar Permaisuri Cheras sejak bulan lalu.

The post [VIDEO] Shuib Bayar Gaji Matin Urus Kedai ‘Nasi Bakar Bangkit’, Mahu Didik Belajar Bisnes Di Usia Muda first appeared on OHBULAN!.

Perniagaan Piza Jofliam Didakwa Ganggu Lalu Lintas & Ketenteraman Awam, Penduduk Setempat Buat Aduan

$
0
0

Berikutan menjalankan perniagaan piza di kawasan kediaman, beberapa individu tampil membuat laporan terhadap usahawan Jofliam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jofliam Cetus Kemarahan Kaum Ibu, Perlekeh Cik Epal Bersalin Guna Epidural & Sifatkan Sebagai ‘Cheatcode’ 

Artikel Berkaitan: Jofliam Akui Silap Perlekeh Wanita Ambil Epidural, Mahu Tebus Dengan Bagi Bunga & Pizza Berbentuk Hati

Aduan penduduk

Menerusi hantaran di laman Threads, terdapat beberapa orang individu yang tinggal di kawasan berkenaan mengambil tindakan dengan membuat aduan secara atas talian kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Didakwa, perniagaan yang dijalankan di kawasan Taman Melawati itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas, menyusahkan pengguna jalan raya serta mengganggu ketenteraman awam.

Selain itu, mereka juga mendakwa perniagaan tersebut tidak berdaftar dan tiada lesen perniagaan.

Perniagaan ini secara berterusan dibuat dari rumah, dan check point jualan dibuat merata termasuk di kawasan kejiranan, sekolah dan stesen minyak.

Walaupun banyak laporan telah dibuat kami belum menerima apa-apa tindakan wajar daripada pihak berwajib.

Aduan KKM

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penduduk yang tinggal berhampiran kawasan tersebut turut berkongsi laporan yang dilbuat.

Dalam masa yang sama, terdapat segelintir warganet meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melakukan pemeriksaan terhadap pekerja yang didakwa berkemungkinan tidak mengambil suntikan typhoid.

Justeru, mereka menggesa pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan terhadap aduan berkenaan demi ketenteraman penduduk setempat.

Sumber: Threads

The post Perniagaan Piza Jofliam Didakwa Ganggu Lalu Lintas & Ketenteraman Awam, Penduduk Setempat Buat Aduan first appeared on OHBULAN!.

Jefri Nichol Puji Lakonan Sharnaaz Ahmad Dalam Filem Blood Brothers: Bara Naga –‘Nak Jadi Gengster Seperti Ghaz’

$
0
0

Pelakon Indonesia, Jefri Nichol memberi pujian terhadap kehebatan pelakon Sharnaaz Ahmad dalam filem Blood Brothers: Bara Naga yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

Artikel Berkaitan: Sharnaaz Terkilan Arwah Bapa Tak Dapat Tengok Kejayaan Filem Blood Brothers: Bara Naga – ‘Tapi Saya Yakin Papa Berada Di Tempat Lebih Baik’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Kena Ucap Terima Kasih Kepada Sharnaaz, Seorang Pelakon Yang Hebat’ – Amelia Henderson

‘Filemnya bagus’

Menerusi perkongsian di Instagram, Jefri memuji aktor tersebut selepas kekasihnya, Ameera Khan membawanya menonton di pawagam.

Blood Brothers bagus gila!

Nak jadi gengster seperti Ghaz (watak Sharnaaz).

Hantaran tersebut mendapat perhatian pelakon filem Juvana itu dan dia meluahkan rasa syukur terhadap pujian yang diberi oleh Jefri.

Terima kasih adik terpaling kacakku!

Kedua-dua individu itu saling berbalas dan Jefri sekali lagi memberi respons kepada Sharnaaz dengan menyatakan dia adalah abang yang paling garang.

Terima kasih abangku paling garang dengan jambang dari syurga.

Blood Brothers di pawagam sekarang!

Difahamkan, pelakon Indonesia itu kini berada di Malaysia dan dilihat sedang meluangkan masa bersama adik kepada usahawan Neelofa.

Sumber: Instagram

The post Jefri Nichol Puji Lakonan Sharnaaz Ahmad Dalam Filem Blood Brothers: Bara Naga – ‘Nak Jadi Gengster Seperti Ghaz’ first appeared on OHBULAN!.

Edika Yusof Anggap Prosiding Cerai Sebagai Hadiah ‘Birthday’, Tak Pernah ‘Complain’ Jaga Isteri Sepanjang 19 Tahun

$
0
0

Edika Yusof

Pelakon, Edika Yusof mengakui terkejut dengan tindakan isterinya, Nor Hidayah yang memfailkan cerai terhadapnya tanpa melakukan sebarang perbincangan bersama terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Edika Yusof Tinggal Bersama Anak, Berlapang Dada Dengan Segala Ujian – ‘Saya Tak Kuat Tapi Pernah Kuat’

Artikel Berkaitan: Isteri Fail Cerai? Edika Yusof Kekal Tenang – ‘Nothing Serious, Insya-Allah Kami Cuba Bincang’

Terkejut minta cerai

Edika Yusof

Edika, 58, berkata, dia reda sekiranya ikatan perkahwinan dibina selama 22 tahun terlerai.

Saya terperanjat sebenarnya. Saya cakap, kenapa kita tak berbincang dulu. Kalau ada kes sampai macam ini, kira final.

Kalau dia rasa dia akan gembira dengan melepaskan saya, saya tak boleh buat apa. Sebab saya cuba menyelamatkan tapi dia yang nak. Jadi saya terpaksa berkorban la juga.

Edika berkongsi perkara itu menerusi temu bual yang dimuat naik di TikTok Nona.

Dalam pada itu, Edika berkata, dia sudah berusaha memberikan yang terbaik sepanjang menjadi suami dan menjaga isterinya yang tidak boleh berjalan sejak 19 tahun lalu.

Apa yang saya boleh buat, saya cuba. Umur saya dah 58 tahun. Saya dah berkahwin dengan isteri saya lebih 22 tahun. Saya jaga dia dalam 19 tahun.

Jadi bila waktu sekarang baru nak ‘offer’ benda itu (perpisahan), saya rasa sudah terlambat. Saya tak ada fikir sangat tapi jodoh di tangan Allah.

Tapi kalaulah dia fikir macam itu, dia patut beritahu saya awal-awal. Yela sebab saya tak ada pun minta benda (berpisah) macam itu. Sebab apa yang saya buat dah jadi rutin.

Saya pun tak complain. Saya pun tak suka tunjuk dekat luar apa yang saya buat. Kita dua saja yang tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kita.

Dalam pada itu, Edika yang menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini menyifatkan prosiding perceraian yang bakal berlangsung esok sebagai hadiah untuknya.

22 April hari jadi saya, 23 kes mahkamah kami, mungkin itu hadiah hari jadi saya.

Pada Mac lalu, Nor Hidayah memfailkan perceraian terhadap Edika di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Manakala Hidayah memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: TikTok

The post Edika Yusof Anggap Prosiding Cerai Sebagai Hadiah ‘Birthday’, Tak Pernah ‘Complain’ Jaga Isteri Sepanjang 19 Tahun first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Aliff Syukri Hargai Pengorbanan Isteri & Ibu Buat Netizen Sebak – ‘Kita Nampak Sisi Lain Dia, Muliakan Keluarga & Jadi Penenang’

$
0
0

Hantaran terbaharu yang dikongsikan oleh usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri tentang pengorbanan isterinya, Datin Seri Shahida telah menyorot perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Punca Isteri Keluarkan Kenyataan – ‘Pada Awalnya Keluarga Kami Tak Dibenarkan Post Gambar’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Bonda Rozita Dedah Mesej Dari Rebecca Minta Padam Hantaran – ‘Biar Orang Tahu Perangai Kau’

Hargai isteri & ibu

@papalarisofficial

Ini kisah sy .. tidak sangka dah tua dah saya dah boleh panggil pak cik dan mak cik …Jauhnya perjalanan hidup saya dah.. dari budak yang dilahirkan di Felda kecau pahang… sampailah sekarang terima kasih kepada pengalaman yang lepas ..yang menjadi menjadikan saya lebih matang.. i love my family?????? saya rindu sgt dgn arwah abah saya arwah nenek saya dan arwah bapa mertua saya Al-Fatihah untuk mereka???

? Jangan Pernah Menyerah ( Tuhan Tak Pernah Janji ) – Bobby Faraby

Menerusi hantaran di TikTok, Aliff memuat naik foto dan video sambil mengimbas kembali memori ketika diawal perkahwinannya bersama isteri.

Kami berkenalan di pejabat, ketika itu saya bekerja sebagai kerani di Sendayu Tinggi.

Kami bernikah dan usia saya ketika itu 20 tahun.

Zaman sekarang zaman TikTok, isteri saya banyak membantu..susah dan senang hingga ke tahap ini.

Dalam masa yang sama, usahawan berusia 38 tahun itu juga tidak lupa akan pengorbanan bonda tercinta, Rozita Ibrahim.

Ini semua berkat doa ibu dan isteri saya. Indah sungguh percaturan hidup ini, semoga keluarga kami kekal bahagia sampai ke jannah.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat cara Aliff menyanjungi isteri dan ibunya malah mereka juga menyifatkan dirinya sebagai seorang lelaki yang budiman.

Saya suka bagaimana dia lantang dalam melindungi ibu dan isterinya dari kecaman orang. Inilah yang perlu dilakukan oleh seorang anak dan suami, sebak tengok cara dia jaga keluarga.

Walaupun dia suka cari pasal dengan netizen tapi tengok cara dia memuliakan ibu dan isteri.

Sebenarnya ini yang semua isteri mahukan iaitu pembelaan dari suami apabila dimalukan.

Ada hikmah apa yang berlaku, kita dapat nampak sisi lain Aliff. Dia jadi penenang buat isteri, adik-adik dan bonda.

Gentleman betul, patutlah dia murah rezeki. Orang fikir datin tumpang senang dia tapi sebenarnya datin yang sanggup bersusah payah dari awal.

Sumber: TikTok Aliff Syukri

The post [VIDEO] Aliff Syukri Hargai Pengorbanan Isteri & Ibu Buat Netizen Sebak – ‘Kita Nampak Sisi Lain Dia, Muliakan Keluarga & Jadi Penenang’ first appeared on OHBULAN!.

Tengku Ampuan Pahang ‘Turun Padang’ Sertai Lebih 12,000 Rakyat Di MILO® Malaysia Breakfast Day 2025 Di Kuantan. Meriah Weh!

$
0
0
milo

MILO® Malaysia 

MILO® Malaysia Breakfast Day 2025 kembali dengan penuh semangat, kali ini ke Pantai Timur dan Kuantan jadi saksi kepada sambutan luar biasa apabila lebih 12,000 rakyat Malaysia berhimpun untuk meraikan gaya hidup sihat, semangat komuniti dan tenaga positif.

Paling mencuri tumpuan, keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli menyertai rakyat dalam aktiviti senaman serta memulakan hari dengan penuh bertenaga.

seaman

MILO® Malaysia

Dalam titahnya, Tengku Ampuan Pahang berkongsi kenangan manis tentang MILO® sejak zaman sekolah, terutamanya dengan kehadiran lori MILO® semasa hari sukan. Baginda turut menyatakan sokongan terhadap usaha Nestlé Malaysia dalam memupuk gaya hidup sihat sejak usia muda.

“MILO® telah bertapak di Malaysia selama 75 tahun, dan saya sendiri telah menikmatinya sejak kecil — sehingga hari ini, saya masih minum secawan MILO® setiap pagi. Saya berharap usaha anda di sekolah-sekolah akan diteruskan, terutamanya dengan kehadiran lori MILO®, kerana itulah yang paling diingati oleh kita semua tentang MILO®.

Semasa zaman persekolahan dahulu, kami sentiasa menantikan hari sukan dan lori MILO® — kami sanggup beratur untuk mendapatkannya. Minumlah MILO® — ia baik untuk anda. Saya minum MILO® tanpa susu dan gula. Tahniah kepada MILO® dan Nestlé Malaysia,” titah Tengku Ampuan Pahang, menzahirkan sokongan diraja terhadap peranan berterusan MILO® dalam membentuk kehidupan harian dan kenangan manis rakyat Malaysia dari generasi ke generasi.

minum milo

MILO® Malaysia

Acara sepanjang pagi itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti:

  • MILO® Breakfast Run,
  • Zumba dan senaman kecergasan berkumpulan,
  • MILO® Goodness Truck interaktif,
  • Penampilan khas Sahabat MILO®, Nadhir Nasar dan Erysha Emyra, yang turut menyertai larian dan beramah mesra bersama peminat.

Salah satu momen paling menyentuh hati adalah apabila seorang kanak-kanak lelaki berhenti kira-kira 100 meter dari garisan penamat semata-mata untuk menunggu neneknya, lalu mereka berpegangan tangan hingga ke garisan penamat. Detik ini mengingatkan semua bahawa matlamat MILO® Malaysia Breakfast Day adalah untuk terus maju bersama-sama.

Platform eratkan hubungan keluarga & komuniti

Acara ini terbukti menjadi platform ideal untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pasangan Nor Shahila binti Ramli dan Mohd Dzul Haimi berkongsi bahawa ini merupakan kali ketiga mereka sekeluarga menyertai acara ini:

“Dalam kesibukan kerja, inilah peluang terbaik untuk rapatkan hubungan keluarga. Anak-anak memang suka MILO®, jadi mereka sangat teruja.”

Pasangan Atiqah Ameran dan Maliki Shafie pula hadir bersama keluarga besar mereka.

“Kami nak rasai sendiri suasana yang selalu tular di media sosial. Acara sebegini mengeratkan hubungan keluarga dan komuniti.”

75 tahun MILO® & misi teruskan legasi

TAP

MILO® Malaysia

Acara tahun ini lebih istimewa kerana ia bersempena ulang tahun ke-75 MILO® di Malaysia, yang terus komited dalam membekalkan khasiat pemakanan kepada rakyat Malaysia dari generasi ke generasi.

“Kami benar-benar berbesar hati atas limpah perkenan KDPB Tengku Ampuan Pahang untuk bersama kami di Kuantan. Sokongan baginda menjadi dorongan untuk kami terus memacu gaya hidup sihat dan komuniti yang lebih bertenaga,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia.

Jelajah diteruskan ke Kedah & Terengganu

Selepas kejayaan penganjuran di Putrajaya, Johor, Pulau Pinang dan Kuantan yang menyaksikan hampir 60,000 penyertaan rakyat Malaysia, MILO® Malaysia Breakfast Day akan meneruskan jelajah ke dua lokasi baharu, Kedah dan Terengganu pada suku tahun akan datang.

Acara ini kekal menjadi wadah utama untuk mempromosikan kepentingan sarapan, gaya hidup aktif dan perpaduan komuniti, seiring dengan aspirasi kesihatan negara.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini lokasi seterusnya, sila layari www.milo.com.my.

The post Tengku Ampuan Pahang ‘Turun Padang’ Sertai Lebih 12,000 Rakyat Di MILO® Malaysia Breakfast Day 2025 Di Kuantan. Meriah Weh! first appeared on OHBULAN!.

‘Dia Kata Saya Menyund*l, Terhegeh Nak Perhatian Lelaki’- Bekas Kekasih Ammar Alfian

$
0
0

Wanita yang mengaku sebagai bekas kekasih pelakon Ammar Alfian Aziz iaitu Qhaisha mendakwa kehidupannya dikawal oleh aktor tersebut sehingga memberi kesan terhadap kerjaya dan harga dirinya.

Artikel Berkaitan: Media Sosial Ammar Alfian Diserang, Netizen Dakwa Masih Belum Berubah – ‘Pukul Bukan Tanda Sayang!’

Artikel Berkaitan: ‘Sebab Berbadan Besar & Muka Garang, Awak Guna Karakter Saya Untuk Perangkap?’ – Ammar Alfian Buka Mulut, Nafi Tuduhan P*kul Wanita

‘Dia kata saya meny*ndal, terhegeh-hegeh’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Qhaisha (@qhaisha)

Menerusi satu hantaran di Instagram, Qhaisha mendakwa Ammar dikatakan malu untuk memperkenalkannya kepada keluarga kerana penampilan dan gaya hidupnya di media sosial yang dianggap tidak selari dengan nilai seorang wanita ‘trad’.

Bagi dia, setiap kali saya post, katanya saya “meny*dal”, terhegeh-hegeh nak perhatian lelaki, “attention seeking” dan macam-macam lagi. Dia cakap malu nak bawa saya jumpa keluarga dia sebab gambar-gambar dan media sosial saya.

Dia kata saya bukan wanita tradisional.

Qhaisha turut mendakwa dia terpaksa berhenti memuat naik gambar di media sosial dan tindakan itu secara langsung menjejaskan kariernya.

Saya berhenti post gambar, dan itu sangat menjejaskan kerjaya saya dalam media sosial. Dia kata, “apa lah sangat income media sosial kau tu.” Cukup lah, Ammar Alfian.

Dalam pada itu, Qhaisha turut memuat naik beberapa paparan skrin perbualan bersama Ammar yang didakwa mengandungi kata-kata kesat serta makian yang dilemparkan kepadanya.

Terdahulu, seorang wanita mendakwa dirinya telah menjadi mangsa pukul Ammar sewaktu menjalinkan hubungan cinta.

Bagaimanapun, pelakon berbadan sasa itu menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan reputasinya.

Sebelum ini, nama Ammar menjadi bualan ramai selepas dikaitkan dengan kontroversi memukul kekasihnya yang ketika itu pelakon Puteri Sarah pada tahun 2011.

Sumber: Qhaisha

The post ‘Dia Kata Saya Menyund*l, Terhegeh Nak Perhatian Lelaki’- Bekas Kekasih Ammar Alfian first appeared on OHBULAN!.


Nora Ariffin Kongsi Maksud Orang Ketiga –‘Boleh Jadi Sesiapa Sahaja, Sama Ada Dikenali Atau Tidak’

$
0
0

Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin berkongsi tentang maksud orang ketiga dalam perkahwinan.

Artikel Berkaitan: ‘Tiada Siapa Yang Berkahwin Mahu Bercerai’ – Nora Ariffin

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Orang Kaya, Kena Lindungi Diri & Kerjaya’ – Nora Ariffin

Perkongsian Nora

Menerusi hantaran di Instagram, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin memuat naik maksud orang ketiga menurut Pensyarah Jabatan Undang-Undang, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Orang ketiga boleh jadi sesiapa sahaja sama ada orang yang dikenali atau tidak.

Boleh jadi melibatkan ahli keluarga sendiri sama ada ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat, anak kandung, anak tiri dan sebagainya.

Boleh jadi juga bekas kekasih suami atau isteri. Barangkali juga melibatkan kekasih gelap suami atau isteri.

Boleh melibatkan orang luar

Menurut sumber tersebut, orang ketiga juga boleh melibatkan individu bukan daripada keluarga sendiri.

Mungkin juga melibatkan orang luar seperti jiran, rakan sekerja, alumni sekolah, majikan dan sebagainya.

Pada Isnin, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

Sebelum itu, pelantun lagu Naluri tersebut mengejutkan ramai apabila memuat naik video yang memaparkan Rushdi sedang melafazkan talak kepadanya pada Ogos tahun lalu.

Dalam masa yang sama, Nora mendakwa lafaz cerai tersebut dilakukan atas desakan pihak lain. Bagaimanapun, selepas sebulan pasangan itu kembali rujuk.

Untuk info, pada 3 Disember 2021, Nora sah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya.

Sumber: IG Nora Ariffin

The post Nora Ariffin Kongsi Maksud Orang Ketiga – ‘Boleh Jadi Sesiapa Sahaja, Sama Ada Dikenali Atau Tidak’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Definisi Cantik Adalah Bella Astillah’ – Syed Saddiq

$
0
0

Kemesraan dan keserasian yang ditonjolkan antara penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bersama ahli politik iaitu Syed Saddiq kian mendapat perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kali Ini Saya Akan Lebih Berhati-Hati, Setia Pada Orang Yang Tepat’ – Bella Astillah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah ‘Prank’ Rebah, Syed Sadiq Dipuji ‘Gentleman’ Cepat Membantu

Pujian YB

@bellaastillah_94

Korang pun pakai g2g ke? Sebab best tau! Tahan seharian sampai ke malam ???? Mua jemputan ni kan haihhh.. sabar je lah? @Glad2Glow.my

? original sound – Bella Astillah – Bella Astillah

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Bella bersama Saddiq dilihat sekali lagi bekerjasama mempromosikan jenama kosmetik.

Ahli Parlimen Muar itu turut menyahut cabaran daripada Bella untuk meletakkan solekan di wajahnya.

Sebab awak macam kucing, jadi saya kena sapu foundation ini di bawah dagu juga.

Awak pakai shade apa-apa pun cantik. 

Bella atau nama lengkapnya Dayang Nabellah Awang Astillah kemudian bertanya kepada Saddiq apakah definisi cantik baginya. 

Definisi cantik..Bella Astillah.

Jawapan ringkas yang diberikan oleh Saddiq tersebut telah membuatkan aktres berusia 31 tahun itu senyum lebar.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja apabila mendengar pujian Saddiq terhadap Bella.

Terdahulu, Bella dan Saddiq berkolaborasi bersama bagi menjayakan promosi sebuah jenama pakaian tempatan. 

Ahli politik berasal dari Johor itu juga sebelum ini pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.

Sumber: TikTok Bella Astillah 

The post [VIDEO] ‘Definisi Cantik Adalah Bella Astillah’ – Syed Saddiq first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Irfan Haris Mahu Abang Ipar Tinggi, Pandai Berlakon & Menyanyi, Netizen Teka Fattah Amin – ‘Calonnya Sudah Ada’

$
0
0

Penyanyi Irfan Haris berkongsi tentang ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang lelaki yang mahu menjadi abang iparnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Tersasul Nama Fattah Amin Ketika Live, Netizen Syak Tengah Angau – ‘Dalam Kepala Ada Nama Abang Long Je’

Artikel Berkaitan: Irfan Haris Cerita Momen Fattah Amin Datang Beraya Ke Rumah, Ibu Masak Sambal Udang Lauk Kegemaran ‘Abang Long’

Kriteria pilihan 

@emi.malaysia

Replying to @Lo¥€urselff Kena kurung store lagi lah lepasni? @Irfan Haris #AdminW

? original sound – EMI?MALAYSIA – EMI?MALAYSIA

Menerusi temu bual bersama EMI Malaysia, Irfan atau nama lengkapnya Irfan Haris Othman berkata, dia mahukan seorang abang ipar yang memiliki persona yang menarik.

Dia kena impress saya dahulu. Dia kena pakai cermin mata, suka pakai topi dan tinggi.

Dia mestilah lebih handsome dari saya dan merupakan seorang hero Malaya.

Selain itu, bakal abang ipar penyanyi berusia 24 tahun tersebut juga haruslah mempunyai bakat dalam lakonan dan nyanyian.

Dia mestilah seorang yang boleh bernyanyi dan berlakon. Dua perkara ini sangat penting.

Fattah Amin?

Menjengah ke ruangan komen, warganet berkata, ciri-ciri yang disebut pelantun lagu Redha tersebut ada pada pelakon kacak iaitu Fattah Amin.

Semua jawapan dia ada pada abang long (Fattah Amin).

Betul-betul lurus Irfan bagi hint, tak berselindung langsung.

Tak payah susah-susah fikir ciri-ciri sebab calonnya sudah ada.

Biasanya tanya ciri-ciri pasangan hidup, jarang orang interview tanya pasal abang ipar.

Sumber: TikTok EMI Malaysia 

The post [VIDEO] Irfan Haris Mahu Abang Ipar Tinggi, Pandai Berlakon & Menyanyi, Netizen Teka Fattah Amin – ‘Calonnya Sudah Ada’ first appeared on OHBULAN!.

‘Saya Tidak ada Urusan Perniagaan Dengan Dia’– Bonda Rozita Nafi Rebecca Berhutang RM1.5 Juta

$
0
0

Usahawan sensasi, Bonda Rozita Ibrahim akhirnya tampil bersuara bagi menafikan dakwaan adik iparnya, Rebecca Nur Al Islam, yang dikatakan telah meminjam wang berjumlah RM1.5 juta daripadanya.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bersumpah Tak Pernah Berhutang RM1.5 Juta Daripada Kakak Ipar Saya, Bonda Rozita’ – Rebecca Nur Al Islam

Artikel Berkaitan: Rebecca Nur Al Islam Henti Pertelingkahan, Terima Nasihat Abang Sulung – ‘Saya Akan Padam Segala-Galanya’

‘Dia tidak meminjam RM1.5 juta’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, Rozita memaklumkan bahawa tiada sebarang urusan melibatkan wang bersama adik iparnya itu.

Dia (Rebecca) tidak meminjam RM1.5 juta.

Saya tidak ada urusan perniagaan dengannya sebelum dan selepas kahwin dengan suami saya.

Dalam pada itu, ibu kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuknya bersuara, namun memilih untuk tampil demi memperjelas keadaan agar tidak menimbulkan lebih banyak salah faham.

Saya mengharapkan agar Allah menunjukkan arah jalan kebaikan.

Sebagai ketua keluarga , pastinya anak2-anak dan keluarga saya, itu maruah amat saya jaga sekuatnya. Semua manusia tak lepas dari ujian Allah.

Ujian itu kehidupan dan kehidupan itu adalah ujian. Tidak ada orang yang boleh terlepas daripada ujian Allah , tapi bagaimana kita mengekalkan ketakwaan kepada Allah. Tidak ada keluarga yang dapat lari dari masalah.

Semoga Allah redhai beri kita semua hikmah, pelajari untuk meneruskan kehidupan yang lebih berkat.

Yang ikhlas itu amat berat, yang panas huru hara itu adalah nafsu.

Terdahulu, Datin Rebecca Nur Al-Islam, tampil mempertahankan diri selepas mendakwa difitnah meminjam wang sebanyak RM1.5 juta daripada kakak iparnya, usahawan terkenal Bonda Rozita Ibrahim.

Sumber: Facebook Bonda Rozita

The post ‘Saya Tidak ada Urusan Perniagaan Dengan Dia’ – Bonda Rozita Nafi Rebecca Berhutang RM1.5 Juta first appeared on OHBULAN!.

Nampak Tak Siapa Atas Billboard Wonda Tu? Legend Weh!

$
0
0

kopi wonda

Admin ada nampak beberapa papan iklan baru-baru ni dan terus excited! Tapi yang paling mencuri perhatian, sudah tentu billboard dari Kopi Wonda yang tampil dengan sesuatu yang simple, subtle, tapi tetap kena dengan jiwa rakyat Malaysia.

Dalam lautan iklan penuh warna, tarian dan gimik, kopi Wonda ambil pendekatan yang jauh lebih chill,  tapi tetap menarik perhatian ramai.

Kopi Wonda mempamerkan M. Nasir yang sebenar tau! Memang subtle habis, dengan menampilkan Kopi Original bersama figura ikonik muzik tanah air.

Siapa sangka, lagenda muzik tempatan yang original ni sebenarnya peminat Kopi Wonda juga? Sebab tu lah kita boleh nampak Dato’ M. Nasir terpampang di billboard seluruh Lembah Klang, bergandingan dengan varian Original Kopi Wonda!

kopi wonda

Kopi Wonda Kegemaran M. Nasir. Pilihan sebenar Lagenda Muzik Malaysia.”

Dengan tagline padu “Pilihan sebenar Lagenda Muzik Malaysia”, billboard ni memang ringkas tapi power. Tak payah fancy sangat, cukup dengan wajah seorang legend di samping kopi kegemaran lagenda sendiri, Kopi Wonda. Sekali tengok, terus automatik rasa nak singgah beli Wonda Coffee terus!

Fuh,  terus excited! 

Ini reaksi netizen di media sosial bila nampak Dato’ M. Nasir terpampang di papan iklan sekitar Lembah Klang:

netizen

wonda dooh
Kalau sebut nama M. Nasir, memang automatik teringat lagu-lagu Rayanya yang evergreen. Lagu seperti Suatu Hari Di Hari Raya bukan sekadar lagu, tetapi itulah lagu yang mewarnai  suasana Raya dari dulu sampai sekarang. Dari generasi ke generasi, lagu-lagu beliau membawa nostalgia kepada kenangan balik kampung, juadah malam raya, dan momen dengan keluarga tercinta.

Nampak papan iklan terbaru ni terus nak dengar lagu lagu hit Dato’ M. Nasir! Psst..jangan lupa Konsert Cipta 3 yang bakal tiba nanti tau.

The post Nampak Tak Siapa Atas Billboard Wonda Tu? Legend Weh! first appeared on OHBULAN!.

Viewing all 35013 articles
Browse latest View live