Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35013 articles
Browse latest View live

Zehra Zambri Hantar LOD Kepada Suami –‘Saya Kesal Dia Jadikan Isu Rumah Tangga Sebagai Bahan Tatapan Umum’

$
0
0

Penyanyi Zehra Zambri mengambil tindakan undang-undang terhadap suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin berhubung kenyataan negatif tentang dirinya.

Artikel Berkaitan: ‘Ini Masa Yang Kritikal’ – Zehra Zambri

Artikel Berkaitan: ‘Perceraian Akan Berlaku, Bagaimana Caranya..Saya Serahkan Kepada Mahkamah’ – Suami Zehra Zambri

Zehra kesal

Menerusi hantaran terbaharunya di Instagram Story, Zehra menyatakan perasaan kurang senang berhubung kenyataan yang dikeluarkan Iqwan sebelum ini.

Saya terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan ini berikutan beberapa kenyataan terbuka yang dibuat oleh suami kepada pihak media sebelum prosiding mahkamah dimulakan.

Justeru, adalah tidak tepat untuk mendakwa bahawa saya yang memulakan pendedahan kepada umum. Sebaliknya, kenyataan-kenyataan dia telah membuka ruang kepada pelbagai spekulasi dan persepsi awam terhadap saya.

Dalam masa yang sama, bekas peserta program Gegar Vaganza 11 itu juga kesal apabila kenyataan tersebut telah menjejaskan nama baiknya.

Saya kesal dengan tindakan suami yang memilih untuk menjadikan isu rumah tangga ini sebagai bahan tatapan umum melalui pelbagai platform media sosial dan portal hiburan.

Tindakan tersebut bukan sahaja mengaibkan saya sebagai isterinya tetapi juga memberi kesan buruk terhadap reputasi serta kerjaya saya sebagai anak seni.

Hantar LOD

Rentetan itu, Zehra mengambil tindakan undang-undang terhadap suaminya selepas dihujani dengan pelbagai fitnah dan kata-kata kesat selain menerima tekanan emosi.

Sehubungan dengan itu, saya telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Surat Tuntutan (Letter of Demand) kepada pihak suami sebagai langkah awal sebelum tindakan undang-undang selanjutnya diambil berhubung fitnah yang dilemparkan.

Dalam masa yang sama, Zehra turut berharap agar reputasinya dapat dipulihkan serta warganet tidak lagi menjadikan isu tersebut sebagai bahan sensasi.

Terdahulu, Zehra hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat bagi prosiding pertama kes perceraian dengan suami.

Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.

Sumber: IG Zehra Zambri

The post Zehra Zambri Hantar LOD Kepada Suami – ‘Saya Kesal Dia Jadikan Isu Rumah Tangga Sebagai Bahan Tatapan Umum’ first appeared on OHBULAN!.


[VIDEO] Aliff Syukri Habis RM1.5 Juta, Hadiahkan Barang Kemas Buat Isteri –‘Ini Baru Datin Seri, Bukan Mak Cik’

$
0
0

Personaliti terkenal, Datin Seri Shahida meluahkan rasa syukur dengan hadiah barang kemas yang dihadiahkan oleh suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Hargai Pengorbanan Isteri & Ibu Buat Netizen Sebak – ‘Kita Nampak Sisi Lain Dia, Muliakan Keluarga & Jadi Penenang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Seloroh Merajuk Dituduh Tumpang Kekayaan Suami, Aliff Syukri Respon – ‘Tak Apalah, Bini Aku’

Barang kemas

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Shahida dan Aliff dilihat berada di sebuah kedai barangan emas.

Apa yang meraih perhatian apabila jumlah barang kemas yang dibeli bernilai RM1.5 juta.

Syukur hari ini, tidak tahu apa mimpi Aliff Syukri nak belikan barang kemas.

Dalam pada itu, Aliff sempat menyeloroh mengatakan isterinya berstatus ‘Datin Seri’ dan bukan seorang ‘Mak Cik’.

Isteri saya Datin Seri, bukan Mak Cik.

Ini semua aset kita, ambil saja.

Jadikan contoh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Aliff sebagai seorang suami yang mempertahankan isterinya di saat menerima hinaan daripada orang luar. Selain itu, warganet turut berharap agar sisi Aliff Syukri ini dapat dijadikan contoh buat para suami.

Sumber: Instagram @shahidadherbs

The post [VIDEO] Aliff Syukri Habis RM1.5 Juta, Hadiahkan Barang Kemas Buat Isteri – ‘Ini Baru Datin Seri, Bukan Mak Cik’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Anak Diserang Virus ‘SRV’, Ain Edruce Mohon Doa Agar Cepat Sembuh – ‘Belum Sebulan Lagi Awak Lahir’

$
0
0

Pengacara dan pelakon, Ain Edruce diuji apabila anak lelakinya menghidap Respiratory Syncytial Virul atau ‘SRV’ sehingga ditahan wad.

Artikel Berkaitan: Ain Edruce Selamat Lahirkan Anak Kedua, Sempat ‘Request’ Beef Wellington – ‘Makanan Pertama Nak Makan Adalah Dari Gordon Ramsay’

Artikel Berkaitan : [VIDEO] Ain Edruce Serah Tugas Kepada Amirul Beri Nama Anak Kedua – ‘Kali Ini Baby Boy’

Virus SRV

@ain.edruceAdikkk. Lama dah duduk dlm wad tu.. jom balik. Kesian kakak soraya rindu awak. ?? Sedih mummy haritu tengok tangan kena cucuk jarum semua.. belum sebulan lagi awak lahir.. baru berapa hari, dah masuk wad balik ? Alhamdulillah adik dah sihat tapi belum fully recover sbb dia baby kan.. doakan adik soraya sihat cepat macam kakak dia okay guys?? RSV ni jahat ?? Kembali Pulang – Suara Kayu & Feby Putri

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok,  pemilik nama Nurulain Edruce, 33, meluahkan rasa sebak melihat keadaan anak lelakinya yang belum mencecah usia sebulan dicucuk bagi proses pemulihan daripada virus SRV.

Adik, lama dah duduk dalam wad. Jom balik.

Kesian kakak Soraya rindu awak.

Sedih mummy haritu tengok tangan kena cucuk jarum. Belum sebulan lagi awak lahir.

Baru beberapa hari, dah masuk wad balik.

Bagaimanapun, Ain memaklumkan bahawa keadaan anaknya semakin pulih walaupun tidak sepenuhnya.

Dalam pada itu, Ain memohon doa orang ramai agar kesihatan anak lelakinya kembali sihat seperti sedia kala.

Pengalaman para ibu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para ibu berkongsi pengalaman yang dihadapi apabila anak menghidapi masalah kesihatan yang sama. Selain itu, warganet turut menasihati agar tidak membiarkan bayi seawal sebulan didekati oleh orang luar.

Sumber: TikTok @ain.edruce

The post [VIDEO] Anak Diserang Virus ‘SRV’, Ain Edruce Mohon Doa Agar Cepat Sembuh – ‘Belum Sebulan Lagi Awak Lahir’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Shahida Dedah Tengah Bergaduh Masa Aliff Syukri Jual Pelitup Muka Bocor –‘Kami Duduk Berasingan’

$
0
0

Usahawan terkenal Datin Seri Shahida mendedahkan dia pernah bermasam muka dengan suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri selama empat bulan gara-gara perselisihan faham.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bonda Dah Maklumkan Tidak Mahu Gambar Dimuat Naik Di Media Sosial’ – Aliff Syukri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shahida Enggan Ulas Dakwaan Bonda Rozita Berkahwin Semula – ‘Biar Tuan Badan Jawab Sendiri’

Berlaku ketika COVID-19

Menerusi perkongsian video di TikTok, Shahida yang juga menantu kepada Bonda Rozita Ibrahim menjelaskan disebabkan itu dia tidak terlibat dengan isu mask bocor yang pernah dijual oleh Aliff.

Shahida turut berkongsi kejadian itu berlaku ketika negara diancam COVID-19 pada tahun 2019.

Saya tak jual mask bocor, suami saya yang jual dan saya tidak pernah terlibat dengan situasi itu.

Ketika isu mask bocor itu, kami tengah bergaduh selama empat bulan dan duduk berasingan semasa berlakunya COVID-19.

Saya memang tidak berjumpa dengan Aliff.

Sebab itu, jangan bergaduh dengan isteri, nanti ada sahaja perkara yang tidak kena.

Mengulas mengenai perkara itu, Shahida berkata suaminya membuat keputusan untuk menjual mask tersebut kerana mahu membuat kelainan.

Sebenarnya, Aliff seorang yang lurus. Apa yang orang kata dia percaya.

Seperti kes mask bocor, ada seorang individu dia minta untuk Aliff jual mask kalis air kemudian suami saya pun percaya.

Dia pun tuang air dekat mask dan air menitik keluar dari mask itu.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Shahida Dedah Tengah Bergaduh Masa Aliff Syukri Jual Pelitup Muka Bocor – ‘Kami Duduk Berasingan’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Sufian Suhaimi Enggan Bercinta Lama, Mahu Kahwin Tahun Ini

$
0
0

Walaupun diuji dengan masalah kesihatan yang dihidap salah seorang ahli keluarga terdekat, penyanyi Sufian Suhaimi turut berharap dapat memaklumkan berita gembira hujung tahun ini.

Artikel Berkaitan: ‘Masya-Allah Sayangku’ – Sufian Suhaimi Kongsi Gambar Rania

Artikel Berkaitan: Didakwa Sudah Putus Cinta Dengan Teman Wanita, Ini Penjelasan Sufian Suhaimi

Kanser payudara tahap tiga

Ketika ditemui OhBulan!, Sufian, 33, memaklumkan bahawa sambutan hari raya tahun ini sedikit berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.

Difahamkan, selepas menjalani proses rawatan kemoterapi, keadaan ahli keluarganya itu memberi tindak balas yang positif.

Awal tahun ini, salah seorang daripada ahli keluarga saya telah didiagnos kanser payudara tahap tiga.

Raya tahun ini emosi sikit. Tapi, hikmah ujian ini, kami sekeluarga lebih rapat.

Memang hari yang gelap bila kami semua tahu hal itu.

Doktor cakap, proses pemulihan dia cepat.

Alhamdulillah, rambut pun dah mula tumbuh sekarang.

Nampak macam peluang untuk sembuh itu cerah.

Sufian berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ritma Riang Raya yang berlangsung di Sheraton Hotel Petaling Jaya pada Selasa.

Berita gembira

Walau ditimpa ujian, pelantun lagu Di Matamu itu berharap agar tahun ini menjadi tahun terakhir dirinya berstatus bujang.

Menurut Sufian, kedua-dua belah pihak sudah bersedia untuk mendirikan masjid tahun ini.

Selain daripada kami menerima berita sedih, banyak juga berita-berita gembira yang jadi tahun ini.

Membina masjid adalah perancangan saya.

Kalau boleh kami tak mahu lama sangat bercinta.

Rasanya kalau tahun ini masih sempat, sebab baru bulan April.

Rasa macam tahun ini adalah tahun yang baik untuk kita berkahwin.

Imbas kembali, Sufian mengesahkan sudah putus cinta dengan Rania pada April lalu dan memberitahu cincin risik sudah dipulangkan.

Tidak lama kemudian, cinta mereka dikatakan bertaut kembali apabila dilihat keluar meluangkan masa bersama.

The post [VIDEO] Sufian Suhaimi Enggan Bercinta Lama, Mahu Kahwin Tahun Ini first appeared on OHBULAN!.

Floor 88 Nyaris Disaman Penganjur, Pengurus ‘Lock’ Persembahan & Ambil Deposit –‘Kita Masih Fikir Aib & Ahli Keluarga Dia’

$
0
0

Ekoran isu ditipu pengurus, kumpulan terkenal Floor 88 masih memberi peluang untuk berdamai namun, perlu mengikut proses yang sebetulnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayie Floor 88 Sedih Cerita Fasal Adik ‘Down Syndrome’ – ‘Saya Pantang Bila Orang Sentuh Keluarga’

Artikel Berkaitan: Ayie Floor 88 ‘Pejam Mata’ Bayar Harga Tiket Mahal Pulang Ke Sabah

Seleweng duit persembahan

Ketika ditemui OhBulan!, salah seorang daripada ahli kumpulan Floor 88 iaitu Eric akui hantaran yang dimuat naik mengenai pengurusnya itu bukan atas niat untuk memalukan, namun sebagai langkah berhati-hati.

Menurutnya, terdapat penganjur yang nyaris menyaman kumpulan Floor 88 kerana tidak memulangkan deposit persembahan.

Mula-mula kami tak mahu dedahkan namanya sebab memikirkan aib. Kita pun macam keluarga.

Kami keluarkan kenyataan itu supaya penganjur di luar sana tidak terkena dengan penipuan dia.

Dia lock persembahan di luar atas nama Floor 88 dan ambil deposit, tapi kami tak tahu.

Ada penganjur yang hampir nak saman Floor 88 sebab tak pulangkan deposit.

Kesilapan dia melibatkan ramai pihak.

Eric berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ritma Riang Raya yang berlangsung di Sheraton Hotel Petaling Jaya pada Selasa.

Berdamai ikut proses

Dalam pada itu, Ayie memaklumkan bahawa mereka akan menerima permohonan maaf daripada bekas pengurusnya, Asyraf jika dia berjumpa dengan kesemua anggota Floor 88.

Tidak cukup dengan itu, kemaafan itu harus diikuti dengan proses yang sebetulnya.

Kita ada keluarga nak bagi makan.

Dia tak fikir periuk nasi kita, kenapa kita kena fikir periuk nasi dia.

Saya mengharapkan dia jumpa datang kami berenam, selesaikan masalah ini.

The post Floor 88 Nyaris Disaman Penganjur, Pengurus ‘Lock’ Persembahan & Ambil Deposit – ‘Kita Masih Fikir Aib & Ahli Keluarga Dia’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Bekas Kekasih Ammar Alfian Trauma, Dakwa Terima Mesej Daripada Mangsa Lain –‘Dia Target Wanita Muda’

$
0
0

Bekas kekasih kepada Ammar Alfian, Qhaisha menyatakan dia tidak dapat menjangka apa yang akan dilakukan aktor itu selepas memilih jalan untuk mendedahkan sikap sebenar kepada umum.

Artikel Berkaitan: Wanita Dakwa Jadi Mangsa P*kul Pelakon Berbadan Sado – ‘Aku Pengsan, Kau T*mpar Pula Paksa Aku Untuk Bangun’

Artikel Berkaitan: ‘Sebab Berbadan Besar & Muka Garang, Awak Guna Karakter Saya Untuk Perangkap?’ – Ammar Alfian Buka Mulut, Nafi Tuduhan P*kul Wanita

Trauma & takut

Ketika ditemui OhBulan!, Qhaisha, 26, berkata dia diselebungi dengan perasaan takut dan gementar sehinggakan tidak berani untuk keluar bersendirian.

Dakwa Qhaisha, dia terngiang-ngiang dengan ugutan kata yang pernah dilemparkan Ammar sepanjang setahun empat bulan mereka bercinta.

Sebenarnya dah lama dia buat saya rasa tak ada orang di belakang saya. Saya tak boleh cerita fasal ini kerana membuatkan saya rasa sedih. Saya akan mulakan rawatan psikologi dalam dua minggu lagi.

Dari segi mental, saya tak okey. Saya sangat penat dan memberi kesan kepada tubuh badan saya. Saya tak tahu apa yang dia nak buat sekarang. Saya rasa gementar nak keluar seorang diri.

Kalau keluar pun, kawan-kawan yang akan ambil. Nak pandu sendiri pun susah. Sebab takut sangat dengan ugutan-ugutan yang pernah dia berikan.

Saya gembira juga sebab dapat sokongan penuh daripada keluarga, kawan-kawan dan kenalan di media sosial.

Mangsa lain

Menurut Qhaisha, dia mendakwa menerima mesej daripada wanita lain juga yang pernah mempunyai hubungan dengan Ammar.

Selepas saya kongsikan di media sosial, saya dengar macam-macam cerita fasal dia dari sebelum kewujudan saya.

Kebanyakan mangsa takut dengan ugutan dia yang saya rasa ayat-ayat dia semua copy paste dari dulu sampai sekarang.

Knowing that dia target wanita muda terutamanya macam saya 12 tahun lebih muda daripada dia. Mula-mula kenal rasa sweet sebab dapat boyfriend tua.

Kita rasa dia akan melindungi dengan cara yang baik tetapi how are you protecting me, in a way you hurting me.

Dalam pada itu, Qhaisha berkata dia sedang menunggu hasil siasatan pihak polis dan menyerahkan kepada peguam untuk tindakan undang-undang.

@ohbulanofficial Bekas kekasih kepada Ammar Alfian, Qhaisha menyatakan dia tidak dapat menjangka apa yang akan dilakukan aktor itu selepas memilih jalan untuk mendedahkan sikap sebenar kepada umum. #ohbulan #fyp #news #ammaraflian ? original sound – OHBULAN!

Pada Isnin, seorang wanita mendakwa dirinya telah menjadi mangsa pukul Ammar sewaktu menjalinkan hubungan cinta dengan mendedahkan beberapa foto memaparkan kecederaan pada bahagian tubuh seperti muka, leher, mata dan tangan.

Bagaimanapun, pelakon berbadan sasa itu menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan reputasinya.

Sebelum ini, nama Ammar menjadi bualan ramai selepas dikaitkan dengan kontroversi memukul kekasihnya yang ketika itu aktres Puteri Sarah pada tahun 2011.

The post [VIDEO] Bekas Kekasih Ammar Alfian Trauma, Dakwa Terima Mesej Daripada Mangsa Lain – ‘Dia Target Wanita Muda’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Edika Yusof Mahu Berbincang, Mohon Sesi Kaunseling –‘Saya Tak Menyalahkan Sesiapa’

$
0
0

edika putera

Isteri kepada pelakon Edika Yusof iaitu Nor Hidayah Yusri, 47, enggan mengulas lanjut mengenai sebutan kedua kes penceraian bersama suaminya, pada Rabu.

Artikel Berkaitan: Edika Yusof Anggap Prosiding Cerai Sebagai Hadiah ‘Birthday’, Tak Pernah ‘Complain’ Jaga Isteri Sepanjang 19 Tahun

Artikel Berkaitan: Isteri Fail Cerai? Edika Yusof Kekal Tenang – ‘Nothing Serious, Insya-Allah Kami Cuba Bincang’

Enggan ulas banyak

Hidayah tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendirian tanpa kelibat suaminya pada jam 9.40 pagi Rabu.

Lengkap berbaju kurung, Hidayah yang berkerusi roda sambil diiringi anak sulungnya, Fardeen Nasrulhaq, 20, berharap urusan kedua di mahkamah hari ini dilancarkan.

Saya tak dapat bagitahu apa apa lagi. tunggu selepas ini. Cuma harap dimudahkan.

Kita tengok apa yang jadi nanti, minta maaf saya tak boleh cakap apa-apa lagi.

Ketika ditanya mengenai dakwaan suaminya yang tidak menerima surat dari peguamnya, Hidayah enggan memberi komen lebih lanjut mengenai perkara itu.

Saya tak boleh cakap apa-apa lagi.

Cuba bincang

Sementara itu, Edika yang hadir pada jam 10 pagi berkata dia mahu memohon kerjasama daripada pihak mahkamah untuk sesi kaunseling dan nasihat pakar.

Kita serahkan kepada mahkamah untuk keputusan sebab apabila membabitkan isu mental, kita serahkan pada yang pakar. Kalau dia tak okay juga kita berikan apa yang dia nak.

Kalau orang dah minta cerai, kata tak nak teruskan, buang masa juga. Kita cuba untuk berbincang.

Saya mahu minta kerjasama mahkamah dengan doktor pakar juga. Kita kena kaunseling dulu sebelum putuskan apa masalah kita.

Mungkin ada silap saya, saya pun tak menyalahkan sesiapa. Saya selalu minta berbincang tetapi dia yang tak nak.

@ohbulanofficial Isteri kepada Edika Yusof, Nor Hidayah, hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini bersama anak mereka bagi prosiding kes penceraian #ohbulan #fyp #news #edikayusof #norhidayah #hadir #makhamah #syariah #prosiding #cerai ? original sound – OHBULAN!

Pada Mac lalu, Nor Hidayah memfailkan perceraian terhadap Edika di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ketika ditanya apakah faktor Hidayah memfailkan perceraian, Yazid tidak berkongsi secara terperinci namun memaklumkan tiada sefahaman menjadi faktor utama plaintif mahu berpisah.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Manakala Hidayah memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

The post [VIDEO] Edika Yusof Mahu Berbincang, Mohon Sesi Kaunseling – ‘Saya Tak Menyalahkan Sesiapa’ first appeared on OHBULAN!.


[VIDEO] Linda Hashim Akan Buka Fail ‘Rahsia’ Jika Beego Enggan Lafaz Cerai

$
0
0

Pelakon Beego tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 11 pagi bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes perceraian dengan isteri, aktres, Linda Hashim.

Artikel Berkaitan: Linda Hashim Timbul Tanda Tanya, Kongsi Foto Muka Bersolek Lebam Di TikTok – ‘Sejak 2016’

Artikel Berkaitan: Linda Hashim Tak Halang Beego Beraya Dengan Anak – ‘Boleh Sahaja, Janji Kita Berbincang’

Nak cerai juga

Hadir mengenakan baju kemeja putih, Beego atau nama sebenar Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, berharap rumah tangganya masih boleh diselamatkan.

Harapan saya masih sama, kalau boleh masih mahu selamatkan rumah tangga kami.

Aktor berusia 44 tahun itu hadir bersama peguam, Muhammad Akmal Mazan dan ibunya, Rashidah Elias sebagai wakil JKP.

Sementara itu, Linda yang hadir selang 15 minit kemudian berkata, dia tetap dengan pendirian untuk dilepaskan.

Ya (nekad), sudah bertahun berbincang tapi tiada kesudahan. Jadi kali ini saya mengharapkan pengakhiran yang baik.

Tapi keputusan hari ini pun saya tidak tahu bagaimana, harap semua berjalan dengan lancar.

@ohbulanofficial Kita doakan yang baik-baik untuk mereka ?? #ohbulan #fyp #news #terkini #beego #lindahashim #cerai #makhamahsyariah ? original sound – OHBULAN!

Dalam pada itu, Linda melantik bapa saudaranya, Johaini Ariff sebagai wakil JKP. Turut hadir bersama Linda, peguam Nurul Fadzilah Kamaluddin.

Ditanya apakah tindakan diambil jika Beego enggan melepaskan, Linda menjawab dia akan membuka satu fail ‘rahsia’ yang tidak didedahkan intipatinya.

Kalau dia tidak mahu lepaskan, saya ikut sahaja, tapi mungkin akan buka satu fail lain.

Terdahulu, Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.

Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Hal itu berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.

Linda pernah mendedahkan, mereka pernah bercerai buat kali kedua hanya selepas beberapa bulan kembali rujuk pada April 2023.

Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.

Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

The post [VIDEO] Linda Hashim Akan Buka Fail ‘Rahsia’ Jika Beego Enggan Lafaz Cerai first appeared on OHBULAN!.

Ernie Zakri Nak ‘Join’ Boikot Bisnes Jofliam –‘Kita Geng Epidurial Juga’

$
0
0

Penyanyi, Ernie Zakri menyuarakan sokongan terhadap kempen boikot dilancarkan netizen terhadap pempengaruh, Jofliam yang memperlekeh bekas isterinya, Cik Epal kerana menggunakan kaedah Epidural ketika bersalin.

Artikel Berkaitan: Jofliam Akui Silap Perlekeh Wanita Ambil Epidural, Mahu Tebus Dengan Bagi Bunga & Pizza Berbentuk Hati

Menerusi aplikasi X, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri menyiar semula (repost) dan membalas satu hantaran yang dimuat naik pengguna lain di platform yang sama.

Pengguna tersebut dilihat memuat naik satu poster mengajak para ibu untuk memboikot perniagaan Jofliam susulan kenyataan pempengaruh itu yang dianggap telah merendahkan martabat golongan ibu.

Nak join sekalilah, sebab kitonyo geng epi epi (Epidurial) juga.

Komen netizen

Perkongsian tersebut meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya meluahkan sokongan yang sama seperti Ernie.

Terdahulu, tular beberapa tangkap layar memaparkan perbualan Jofliam bersama seorang individu yang tidak dikenali menerusi Instagram (IG).

Menerusi perbualan tersebut, Jofliam seolah tidak menghargai pengorbanan bekas isterinya, Cik Epal yang telah melahirkan dua anaknya, Han dan Yuki dengan menggunakan kaedah Epidural.

Katanya, bekas isterinya itu tidak melahirkan anak-anaknya dalam keadaan yang menyakitkan seperti orang biasa melahirkan anak.

Sedar akan kesilapan, Jofliam kemudiannya membuat permohonan maaf dan memaklumkan bakal menghadiahkan bunga dan memberi pizza wagyu berbentuk hati secara tambahan untuk setiap pembelian kepada semua ibu mengandung.

Sumber: Aplikasi X

The post Ernie Zakri Nak ‘Join’ Boikot Bisnes Jofliam – ‘Kita Geng Epidurial Juga’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Shahida Menangis Kesiankan Adik Ipar – ‘Mereka Masih Terlalu Muda, Biar Saya Saja Yang Kena’

$
0
0

Usahawan terkenal, Datin Seri Shahida tidak dapat menahan air mata apabila mengenangkan kesukaran yang menimpa adik iparnya iaitu Maryam Nur Amani dan Nur Ain Sufiah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Hargai Pengorbanan Isteri & Ibu Buat Netizen Sebak – ‘Kita Nampak Sisi Lain Dia, Muliakan Keluarga & Jadi Penenang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Bonda Rozita Dedah Mesej Dari Rebecca Minta Padam Hantaran – ‘Biar Orang Tahu Perangai Kau

Shahida sebak

@bebebahahhjwwjaj

Replying to @izantawi85 Mama pon sedih tengok Amani ? Because Amani is still too young to adapt to all of this. Kesian dia kena mental torture pada usia budak lagi. #bondarozitaibrahim #anakbonda #datinshahidadherbs #alifsyukriterlajaklaris #yatisendayutinggi #fyp #foryou #alifsyukriterlajaklaris #fypppppppppppppppppppppp #fyp??

? original sound – xxxxxxx – xxxxxxx

 

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid mengalirkan air mata selepas melihat adik iparnya terpaksa berdepan ujian besar ketika usia masih muda.

Kalau bercakap tentang Amani saya akan rasa sedih sebab saya kesiankan dia. Saya sangat sensitif apabila bercakap tentang mereka.

Dia terlalu muda untuk menghadapi semua ini, bukan usia dia. Tak apa biarlah saya sahaja yang kena.

Justeru, usahawan berusia 40 tahun tersebut meminta warganet untuk tidak mengganggu mereka atau bertanya lanjut mengenai konflik keluarga.

Saya minta kalau boleh jangan provoke Amani dan Ain, mereka masih budak.

Jangan tanya apa-apa dengan mereka.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut merasa sebak dengan nasib yang menimpa adik ipar usahawan tersebut.

Dalam masa yang sama, mereka turut menyifatkan Shahida sebagai seorang kakak yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Ibu yang sebenar akan faham perasaan anak-anak yang macam Amani.

Saya pun sedih tengok Amani dan kakaknya, masih muda dan emosi belum cukup kuat. Kesian mereka.

Sebab datin ada anak seusia Amani, sedih tengok gelora hidup anak ini.

Amani tu kecil lagi sudah lalui perpisahan dan perkahwinan baru mak dia. Dalam masa yang sama dia kesiankan ayah, dia tersepit.

Datin ini memang betul-betul ambil berat tentang adik-beradik ipar dia. Beruntung suami dia ada isteri macam ini.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Shahida Menangis Kesiankan Adik Ipar – ‘Mereka Masih Terlalu Muda, Biar Saya Saja Yang Kena’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Erma Fatima Dedah Pernah Dilempar Skrip Oleh Ogy Ahmad Daud –‘Terketar-Ketar Saya Hafal’

$
0
0

Pengarah dan penerbit drama, Erma Fatima mendedahkan dirinya pernah dilempar skrip oleh pelakon, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy ketika sesi penggambaran filem ‘Puteri’ (1987).

Artikel Berkaitan:

Tak hafal skrip

@siardotmy Saksikan video penuh RUANG TEMU eksklusif bersama Pelakon dan Pengarah tersohor, Erma Fatima di saluran SIAR Unifi TV dan Youtube SIAR TV! ? #ruangtemu #siar #ermafatima #ogyahmaddaud #rahimrazali ? original sound – SIAR

Menerusi sesi temu bual dimuat naik @Siar di TikTok, Erma atau nama lengkapnya Fatimah Rahmad Ali berkata, kejadian itu berlaku ketika dirinya pertama kali bergandingan bersama Ogy.

Saya pernah dilempar skrip oleh Ogy Ahmad Daud ketika ‘shooting’ filem Puteri.

Dia baling dekat depan saya dan kata, ‘Memorize your line, then only you call me’. Kemudian dia keluar daripada set.

Dia tak mahu saya duduk di set dan tergagap, dia tak mahu.

Waktu itu saya pertama kali berlakon dengan dia, memang terketar-ketarlah saya.

Saya duduk di tempat saya berdiri tak bergerak sambil hafal skrip.

Berkongsi lanjut, pengarah drama ‘Bidaah’ ini memaklumkan dirinya tidak terasa hati malah bersetuju dengan tindakan Ogy.

Saya tidak ambil hati langsung dengan perkara itu sebab dia (Ogy) adalah idola saya.

Dan dia baling skrip pun bukan sebab dia diva tapi dia mempunyai hak untuk berbuat demikian sebab mesti kau akan marah kalau kau berlakon dengan orang yang tak bersedia.

Apa yang Ogy buat itu betul sebab sebagai pelakon yang bagus, sudah tentu dia marah bekerja dengan orang macam itu (tak hafal skrip).

Muka lawa macam mana pun, berlakon bagus macam mana pun tapi skrip tak hafal pun tak guna sebab menyusahkan orang.

Apabila dia buat begitu, sudah tentu saya nak buktikan bahawa sebenarnya saya boleh lakukan.

Video penuh

Sumber: TikTok, YouTube SIAR 

The post [VIDEO] Erma Fatima Dedah Pernah Dilempar Skrip Oleh Ogy Ahmad Daud – ‘Terketar-Ketar Saya Hafal’ first appeared on OHBULAN!.

Isteri Edika Yusof Senarai 10 Sebab Nak Cerai, Lafaz Ditetapkan 5 Mei Depan

$
0
0

Kes penceraian pelakon Edika Yusof dan isterinya, Nor Hidayah Yusri ditangguhkan pada 5 Mei depan oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Artikel Berkaitan: Edika Yusof Anggap Prosiding Cerai Sebagai Hadiah ‘Birthday’, Tak Pernah ‘Complain’ Jaga Isteri Sepanjang 19 Tahun

Artikel Berkaitan: Isteri Fail Cerai? Edika Yusof Kekal Tenang – ‘Nothing Serious, Insya-Allah Kami Cuba Bincang’

Lafaz cerai

edika putera

Ketika ditemui, Hidayah yang diwakili peguam syarie iaitu Mohd Yazid Hazim dari Tetuan Yazid Azuhan Associates berkata Edika dibenarkan mahkamah untuk melafazkan cerai pada tarikh itu.

Seperti sedia maklum, hari ini adalah kes permohonan cerai yang mana secara asasnya, mahkamah sudah membenarkan Edika melafazkan cerai pada pihak Nor Hidayah tetapi disebabkan dia tidak suci hari ini, jadi mahkamah menangguhkan kepada 5 Mei depan.

Pada tarikh itu, Edika perlu hadir ke mahkamah untuk melafazkan cerai.

Mohd Yazid berkata demikian ketika ditemui di mahkamah selepas tamat prosiding sebutan kedua kes penceraian pasangan tersebut.

Ada 10 dakwaan

Dalam pada itu, Mohd Yazid memaklumkan terdapat 10 dakwaan yang disertakan oleh Hidayah sebagai sebab permohonan cerai dibuat.

Namun, dakwaan tersebut tidak boleh didedahkan kerana boleh mengaibkan.

Kita sudah bentangkan fakta-fakta kes untuk mahkamah teliti permohonan cerai ini sama ada wajar atau tidak pihak Nor Hidayah mahu bercerai dengan suaminya.

Selepas fakta itu dibentang dan dakwaan itu dijawab oleh Edika. Mahkamah turut memanggil anak sulungnya untuk memberi keterangan terhadap setiap dakwaan Nor Hidayah terhadap Edika.

Mahkamah pun menerima setiap keterangan dan alasan Nor Hidayah dan suka saya nyatakan mahkamah menerima alasan yang paling kritikal dalam rumah tangganya yang sudah berlalu selama lebih 20 tahun.

Ia sepatutnya sudah diselesaikan tapi disebabkan Nor Hidayah bermurah hati demi menjaga maruah keluarga. Sampai sekarang barulah dia ada ketabahan atau kerelaan untuk memohon. Ini pun kerana dia sudah tidak tahan sangat.

Ada lebih kurang 10 dakwaan dan kalau saya bentangkan di sini, akan mengaibkan dan dakwaan semua itu adalah yang paling kritikal dan boleh mencemarkan maruah Nor Hidayah sebagai isteri.

Wajar failkan penceraian

Berikutan itu, Mohd Yazid berkata tindakan Hidayah memfailkan cerai wajar kerana dia sudah menerima pelbagai kecaman dari pihak-pihak yang menyalahkan dirinya.

Dakwaan ini semua disaksikan oleh anaknya dan menyokong dakwaan Nor Hidayah.

Jadi ketidaksefahaman adalah hanya ‘surface’ saja, ada sembilan dakwaan yang kritikal lagi.

Terdahulu, berlangsungnya sebutan kedua bagi kes permohonan cerai Nor Hidayah yang dibuat pada pertengahan Februari lalu.

Mahkamah menetapkan hari ini sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Edika gagal menghadirkan diri dalam prosiding pertama.

Sebelum ini, pelakon filem Maria Mariana mendapat perhatian ramai kerana berpenat lelah menjaga Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka.

The post Isteri Edika Yusof Senarai 10 Sebab Nak Cerai, Lafaz Ditetapkan 5 Mei Depan first appeared on OHBULAN!.

Linda Hashim Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Ada Empat Laporan Polis & Tiga Laporan Kesihatan

$
0
0

Pelakon, Linda Hashim mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak 2016.

Artikel Berkaitan: Linda Hashim Timbul Tanda Tanya, Kongsi Foto Muka Bersolek Lebam Di TikTok – ‘Sejak 2016’

Artikel Berkaitan: Linda Hashim Tak Halang Beego Beraya Dengan Anak – ‘Boleh Sahaja, Janji Kita Berbincang’

Linda dakwa jadi mangsa keganasan

Linda atau nama sebenar Norhazlinda Hashim, 40, turut mendakwa mempunyai empat laporan polis dan tiga laporan hospital berhubung perkara tersebut.

Dakwanya, kali terakhir menjadi mangsa keganasan rumah tangga adalah pada Oktober tahun lalu sebelum dia bertindak meninggalkan rumah kelamin dan tidak pernah pulang semula hingga hari ini.

Saya ingin dedahkan di sini, saya ada empat laporan polis dan tiga laporan hospital berhubung isu keganasan rumah tangga.

Laporan itu dibuat disebabkan kecederaan yang saya alami. Pertama kali kejadian itu berlaku pada 2016 dan kali terakhir adalah pada bulan Oktober tahun lalu yang mana hari itu juga saya keluar dari rumah.

Linda berkata demikian usai proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes perceraian dengan suami, aktor Beego yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh mendengar laporan JKP.

‘Saya tak teragak-agak dedahkan segala bukti’

Tegas Linda, isu keganasan rumah tangga merupakan antara faktor dia memfailkan perceraian selain mendakwa mempunyai bukti-bukti lain berhubung sikap Beego.

Dalam pada itu, Linda berkata, dia tidak teragak-agak untuk mendedahkan bukti tersebut jika Beego masih memanipulasi keadaan dan mencabar dirinya.

Jika dia nak saya dedahkan, saya boleh sahaja. Kalau pihak saya terus ‘mencungkil’, saya tidak teragak-agak untuk dedahkan segala bukti.

Saya sudah bertahan lama, sudah berbelas tahun bertahan, jangan cuba manipulasi arau ‘play victim’. Ini juga satu amaran untuk dia.

Kongsi Linda lagi, isu keganasan rumah tangga juga telah mengganggu emosi dan mentalnya.

Sampai bila saya nak bertahan, perkara itu sangat mengganggu mental dan emosi saya. Mental anak-anak juga terganggu.

Saya sebenarnya tidak mahu jadikan kes ini makin besar, sebab akan menyusahkan kedua-dua pihak. Saya cuma mahu dilepaskan secara baik sahaja.

Yang salah tetap salah, jangan pernah tegakkan benang yang basah, kita selesaikan cara baik.

Terdahulu, Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.

Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Hal itu berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.

Linda pernah mendedahkan, mereka pernah bercerai buat kali kedua hanya selepas beberapa bulan kembali rujuk pada April 2023.

Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.

Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

The post Linda Hashim Dakwa Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Ada Empat Laporan Polis & Tiga Laporan Kesihatan first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Dia Dah Tua, Umur Hampir 40 Tahun Tapi Masih Tak Berubah’– Bekas Kekasih Ammar Alfian

$
0
0

Wanita yang mendakwa bekas teman wanita Ammar Alfian, Qhaisha menegaskan dia ingin menuntut keadilan terhadap keganasan fizikal dan mental yang didakwa dilakukan oleh aktor berbadan sasa itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bekas Kekasih Ammar Alfian Trauma, Dakwa Terima Mesej Daripada Mangsa Lain – ‘Dia Target Wanita Muda’

Artikel Berkaitan: ‘Dia Kata Saya Menyund*l, Terhegeh Nak Perhatian Lelaki’- Bekas Kekasih Ammar Alfian

‘Kalau saya berdiam diri, akan ada mangsa baru’

Menurut Qhaisha, tindakan itu bukan semata untuk dirinya sebaliknya untuk mangsa-mangsa lain yang didakwa juga disakiti. Dakwa Qhaisha, 26, dia tidak nampak pelakon filem Paskal itu ingin berubah walaupun usianya bakal mencecah 40 tahun.

Saya nak keadilan bukan hanya untuk saya tetapi juga kepada mangsa-mangsa sebelum ini. Tak kisah dari segi mental atau fizikal.

Because this man is never going to stop. Dia dah tua, umur hampir 40 tahun dan masih lelaki sama seperti yang diwar-warkan ketika muda. Dia tak akan berubah.

Dakwa Qhaisha lagi, sekiranya dia berdiam diri, akan ada wanita lain yang menjadi mangsa seterusnya.

Kalau saya terus berdiam diri, akan ada lagi mangsa baru. Tak kan nak tunggu sampai ada orang mati kot.

Apa yang dia buat terhadap saya, sangat kejam. Mungkin saya tak ada video (bukti) untuk jelaskan kepada anda semua tetapi saya yang menanggung.

Saya tahu apa yang dia lakukan itu salah tetapi sebab sayang, saya diamkan diri (sebelum ini).

‘Everything is too much’

Dalam masa sama, Qhaisha enggan mengambil peduli dengan tuduhan Ammar yang menuduh dirinya ingin menumpang populariti ‘public figure.’

Saya tak kisah kalau dia cakap tindakan saya ini semata untuk glamour. Dia pernah cakap, ‘kau nak post semua ini sebab nak glamour saja.’ ‘Kau nak tumpang populariti aku saja.

Bukan itu yang saya nak. Bila saya dengan dia, saya 50% 50% dengan realiti saya. Everything is too much tetapi saya tak nak berhenti di sini.

@ohbulanofficial Replying to @dominant Allahu.. semoga tabah ??#ohbulan #fyp #news #ex #ammaralfian #confess #tak #berubah ? original sound – OHBULAN!

Pada Isnin, seorang wanita mendakwa dirinya telah menjadi mangsa pukul Ammar sewaktu menjalinkan hubungan cinta dengan mendedahkan beberapa foto memaparkan kecederaan pada bahagian tubuh seperti muka, leher, mata dan tangan.

Bagaimanapun, pemilik nama Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan reputasinya.

Sebelum ini, nama Ammar menjadi bualan ramai selepas dikaitkan dengan kontroversi memukul kekasihnya yang ketika itu aktres Puteri Sarah pada tahun 2011.

The post [VIDEO] ‘Dia Dah Tua, Umur Hampir 40 Tahun Tapi Masih Tak Berubah’ – Bekas Kekasih Ammar Alfian first appeared on OHBULAN!.


Edika Yusof Dedah Sudah Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Isteri –‘Saya Tak Failkan Nusyuz’

$
0
0

Pelakon Edika Yusof mendedahkan sudah tidak tinggal sebumbung bersama isterinya, Nor Hidayah Yusri sejak tiga bulan yang lalu.

Artikel Berkaitan: Edika Yusof Anggap Prosiding Cerai Sebagai Hadiah ‘Birthday’, Tak Pernah ‘Complain’ Jaga Isteri Sepanjang 19 Tahun

Artikel Berkaitan: Isteri Fail Cerai? Edika Yusof Kekal Tenang – ‘Nothing Serious, Insya-Allah Kami Cuba Bincang’

Terpaksa akur

Ketika ditemui OhBulan!, Edika, 58, menjelaskan dia tidak memberi kebenaran namun terpaksa akur demi kebaikan isterinya.

Sudah masuk kira-kira tiga atau empat bulan lebih isteri saya keluar rumah.

Masa dia keluar daripada rumah boleh dikatakan nusyuz juga sebab saya tidak benarkan.

Kita boleh berbincang, ataupun hadiri sesi kaunseling, tetapi dia masih tetap dengan pendidian mahu keluar rumah.

Sementara itu, pelakon filem Maria Mariana itu menganggap isterinya keluar daripada rumah kerana mahu bermuhasabah diri.

Bagaimanapun, Hidayah sudah tetap dengan keputusan mahu mengakhiri mahligai yang dibina selama 22 tahun.

Bila dia keluar rumah mungkin dia akan muhasabah diri, saya pun akan muhasabah diri dan mungkin berjumpa semula untik berbincang.

Tapi isteri saya sudah nekad untuk bercerai dan saya tidak boleh buat apa-apa.

Kata Edika, dia tidak mahu memfailkan nusyuz kerana tidak mahu membuka aib masing-masing.

Saya tidak failkan nusyuz sebab saya tidak mahu panjangkan cerita. Kita sesama Islam dan kita pun telah hidup selama 22 tahun, kita boleh berkawan dan bersama seperti dahulu demi anak-anak.

Isteri duduk dengan anak

Ketika ditanya mengenai kediaman yang diduduki isterinya, Edika berkata Hidayah kini tinggal bersama anak sulungnya, Fardeen Nasrulhaq.

Dia sudah pindah dekat kondominium bersama anak sulung manakala anak tiri saya duduk di unit yang sama tapi berbeza tingkat.

Anak saya pun dah besar jadi mereka boleh jaga ibu mereka.

Dalam pada itu, Edika turut menyatakan jauh di sudut hatinya dia masih menyayangi isterinya.

Mestilah siapa yang tidak menyayangi isteri sendiri.

Saya jaga dia seperti bayi. Ini pun saya risau dengan keadaan dia, makan dan minum.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, menetapkan 5 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi permohonan cerai difailkan oleh Hidayah.

The post Edika Yusof Dedah Sudah Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Isteri – ‘Saya Tak Failkan Nusyuz’ first appeared on OHBULAN!.

Muaz Zabir Suka Budak-Budak, Dedah Terima Banyak DM Daripada Ibu Tunggal –‘Yang Berpangkat Nenek Pun Ada’

$
0
0

Pelakon meningkat naik, Muaz Zabir mengakui suka melayan kanak-kanak kerana memberi keceriaan di dalam hidupnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Pernah Rapat Dulu, Saya Sudah Berdamai Dengan Takdir’ – Muaz Zabir

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mesra Je Diorang..Tak Kekok, Nampak Ikhlas’ – Muaz Dipuji Pandai Layan Anak-Anak Bella, Masih Jaga Hubungan Baik

Suka budak-budak

Ketika ditemui OhBulan!, Muaz atau nama lengkapnya Muaz Mohamad Zabir mendedahkan menerima banyak mesej daripada golongan ibu tunggal.

Ramai yang DM saya termasuk ibu tunggal malah yang berpangkat nenek pun ada, macam-macam jenis manusia.

Menurut Muaz, sifat kasih terhadap mereka dipupuk sejak dari kecil lagi terutama selepas ibunya mengambil upah mengasuh kanak-kanak.

Ibu saya dahulu mengasuh anak-anak kecil di rumah. Sejak dari itu, saya sudah terbiasa mesra dengan mereka.

Saya tinggal di flat, jadi tempat itu menjadi riuh dengan suara anak-anak.

Sebab itu saya sangat sukakan mereka termasuk anak-anak buah saya yang pulang ke kampung.

Muaz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Global Station Sdn Bhd yang berlangsung di Kemensah Height pada Selasa.

Hubungan dengan Bella

Dalam pada itu, pelakon berusia 27 tahun tersebut menegaskan bahawa dia masih menjalinkan hubungan baik dengan pelakon Bella Astillah meskipun mereka berdepan dengan kontoversi sebelum ini.

Kami berkawan dan tak ada masalah untuk bekerjasama malah tak pernah bermusuhan. Alhamdulillah.

Saya datang ke rumah terbuka Bella dan dijemput bersama rakan-rakan lain. Tak ada sebarang niat untuk viralkan (video bersama anak-anak Bella) dan yang post video itu pun orang lain.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan pelakon drama Keluarga Itu mesra bersama cahaya mata aktres tersebut ketika menghadari majlis rumah terbuka.

Tindakan Muaz itu juga meraih pujian warganet yang menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang penyayang terhadap kanak-kanak.

The post Muaz Zabir Suka Budak-Budak, Dedah Terima Banyak DM Daripada Ibu Tunggal – ‘Yang Berpangkat Nenek Pun Ada’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] Pengasas Jenama Baju Raya Bersanding Selepas 18 Tahun Kahwin, Siap Jemput Afgan Buat ‘Show’

$
0
0

Pengasas jenama pakaian terkenal, Qiszar iaitu Norasila Sail meluahkan rasa gembira dan terharu apabila hasratnya untuk bersanding bersama suaminya yang dikenali sebagai Hafifi termakbul pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan: Fendy Bakry & Isteri Naik Pelamin Selepas 4 Tahun Berkahwin – ‘Datang Beraya Di Indonesia, Diorang Suruh Sanding’

Resepsi selepas 18 tahun kahwin

@norasilasailRecreating the wedding of our dreams after 18 years adalah sebuah experience yang sangat mahal Allah hadiahkan untuk kami berdua ? *type sambil nangis. Throwback gambar nikah first tu, mcm budak sekolah kena paksa kahwin lari, makeup pun berlemuih, makeup dekat saloon cina RM30 je, itu yang mampu. Then kebetulan hari yang sama, dekat flat ktorg ada org lain sanding, and dh habis sanding, ktorg pun pinjam lah duduk dekat pelamin tu. Tgh duduk atas pelamin, pengantin real pun lalu and pandang sinis ? Mmg experience yang tk dapat lupa sobs. Thank you so much untuk semua yang sudi datang raikan these special moments with us, it means a lot. Masih tak move on dari wedding vibes sabtu lepas.? original sound – norasilasail

Menerusi perkongsian di TikTok, Norasila berkongsi momen-momen istimewa sepanjang majlis persandingannya yang dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat.

Norasila yang turut mengimbau kembali kenangan dengan memuat naik foto pernikahannya bersama Hafifi menganggap majlis resepsi itu sebagai satu momen yang terindah buat mereka selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

‘Recreating’ majlis kahwin impian kami selepas 18 tahun berkahwin adalah satu pengalaman yang sangat mahal Allah hadiahkan buat kami berdua.

‘Throwback’ gambar nikah, macam budak sekolah kena paksa kahwin lari, ‘make up’ dekat salon RM30 ja sebab itu yang mampu.

Kebetulan hari yang sama, dekat rumah flat kami ada orang lain bersanding dan bila dah habis sanding kami pun pinjam lah duduk dekat pelamin itu.

Tengah duduk atas pelamin, pengantin sebenar pun lalu dan pandang sinis. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Lebih manis, majlis resepsi itu turut dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi terkenal Indonesia, Afgan yang membuat persembahan buat tetamu yang hadir.

Netizen tumpang gembira

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya tumpang gembira dengan Norasila dan suami yang berjaya mengadakan majlis resepsi diimpikan mereka.

Netizen juga menjadikan Norasila  dan suami sebagai sumber inspirasi mereka mengenai kehidupan suami isteri yang sentiasa setia bersama dalam apa jua keadaan.

Sumber: TikTok

The post [VIDEO] Pengasas Jenama Baju Raya Bersanding Selepas 18 Tahun Kahwin, Siap Jemput Afgan Buat ‘Show’ first appeared on OHBULAN!.

[VIDEO] ‘Mak Saya Tak Ada Halau Bella Atau Timbul Pergaduhan’– Muaz Zabir Nafi Ibu Tak Restu Hubungan Dengan Wanita Berstatus Janda

$
0
0

Pelakon Muaz Zabir menepis dakwaan ibunya tidak merestui hubungannya dengan Bella Astillah disebabkan status penyanyi itu sebagai seorang ibu tunggal.

Artikel Berkaitan: Muaz Zabir Suka Budak-Budak, Dedah Terima Banyak DM Daripada Ibu Tunggal – ‘Yang Berpangkat Nenek Pun Ada’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mesra Je Diorang..Tak Kekok, Nampak Ikhlas’ – Muaz Dipuji Pandai Layan Anak-Anak Bella, Masih Jaga Hubungan Baik

Muaz nafi ibu tak restu hubungan dengan Bella

Ketika ditemui OhBulan!, Muaz atau nama lengkapnya Muaz Mohamad Zabir, 28, menjelaskan bahawa segala konflik atau perkara yang berlaku dalam hubungan mereka sebelum ini tidak melibatkan keluarga. Oleh itu, dia berharap agar orang ramai tidak terus membuat tuduhan melulu.

Apa-apa pun kesalahan dalam dunia ni, yang saya buat tolonglah jangan babitkan keluarga saya termasuk mak dan kawan-kawan saya.

Apa pun yang terjadi antara saya dan Bella sebelum ini, tak ada kena mengena dengan isu keluarga.

Muaz berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Global Station yang berlangsung di Kemensah Height, pada Selasa.

Menurut Muaz, hubungan antara keluarganya dan Bella berada dalam keadaan baik, malah tidak pernah timbul isu bahawa ibunya tidak menyukai Bella hanya kerana statusnya sebagai ibu tunggal.

Sepertimana yang semua orang tengok, hubungan saya dengan keluarga Bella dan hubungan Bella dengan keluarga saya, okay sahaja.

Jadi, berhentilah melemparkan tuduhan yang mengatakan mak saya ni tak suka ibu tunggal, Bella dan sebagainya.

Sebenarnya tidak pun, mak adalah orang yang paling senang nak bincang. Tak ada pun mak saya halau Bella atau timbul pergaduhan. Bella dan mak saya okay sahaja, mereka pun pernah berjumpa dan makan sekali. Tak ada masalah pun, tak ada istilah tak suka.

Tambah aktor itu lagi, dia dan Bella masih berkawan baik walaupun hubungan mereka tidak lagi seperti dahulu.

Kami masih berkawan, masa raya hari tu pun saya ada je pergi rumah Bella, jumpa keluarga dia.

Muaz turut menyatakan bahawa dia menyedari kewujudan komen negatif di media sosial, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang respons terhadap dakwaan yang tidak berasas.

Video

@ohbulanofficial Mereka masih kawan ya ?? #ohbulan #fyp #news #bellaastillah #muazzabir #nafi #gaduh #ibu #tak #restu ? original sound – OHBULAN!

The post [VIDEO] ‘Mak Saya Tak Ada Halau Bella Atau Timbul Pergaduhan’ – Muaz Zabir Nafi Ibu Tak Restu Hubungan Dengan Wanita Berstatus Janda first appeared on OHBULAN!.

Beego Cabar Linda Hashim Tunjuk Bukti Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga

$
0
0

Pelakon Beego mencabar isterinya, Linda Hashim untuk kemukan bukti susulan dakwaan yang dibuat mengatakan aktres itu telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Linda Hashim Timbul Tanda Tanya, Kongsi Foto Muka Bersolek Lebam Di TikTok – ‘Sejak 2016’

Artikel Berkaitan: Linda Hashim Tak Halang Beego Beraya Dengan Anak – ‘Boleh Sahaja, Janji Kita Berbincang’

Keganasan rumah tangga

Ketika ditemui OhBulan!, Beego bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut kerana yakin isterinya tidak mempunyai sebarang bukti.

Katanya, tindakan Linda memuat naik foto berwajah lebam baru-baru ini juga telah mengundang persepsi tidak baik dalam kalangan wargamaya.

Saya tak nak komen lebih-lebih. Kalau ada gambar betul keluarkanlah. Saya cabar sebab tahu dia tiada bukti.

Dia sebelum ini muat naik gambar muka lebam seakan bermain dengan persepsi orang lain walaupun itu gambar shooting. Dia tidak perlu provokasi masyarakat dengan perkara itu.

Beego berkata demikian usai proses Jawatakankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes perceraian dengan Linda di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 Jun 2025 sebagai tarikh mendengar laporan JKP.

Tiada ruang berbincang

Dalam pada itu, Beego mendakwa dia tidak diberi peluang mahupun ruang untuk berbincang dengan Linda semenjak aktres itu meninggalkan rumah kelamin mereka pada Oktober lalu.

Saya tiada ruang untuk berbincang. Saya masih lagi di rumah saya. Dia dah keluar dari rumah kelamin kami sudah enam bulan. Saya tak salahkan dia, mungkin dia mahu ambil masa untuk bertenang, cuma tak sangka dia tak balik sampai sekarang.

Kita faham proses undang-undang. Kita pun tak mendesak tapi kita cuba yang terbaik. Saya faham hubungan itu cuba dijarakkan. Jadi itu yang jadi punca kami tidak berhubung.

Saya nak berhubung dengan dia sebagai suami dan bapa kepada anak-anak. Saya suami yang sah lagi tapi tak diberi ruang. Dia cuba elak dan pada masa sama tegas dengan keputusan untuk berpisah.

Sebelum ini, Linda mendakwa pernah menjadi mangsa keganasaran rumah tangga sejak 2016.

Linda atau nama sebenar Norhazlinda Hashim, 40, turut mendakwa mempunyai empat laporan polis dan tiga laporan hospital berhubung perkara tersebut.

Dakwanya, kali terakhir menjadi mangsa keganasan rumah tangga adalah pada Oktober tahun lalu sebelum dia bertindak meninggalkan rumah kelamin dan tidak pernah pulang semula hingga hari ini.

Terdahulu, Linda memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, awal Januari lalu atas alasan sudah tiada persefahaman.

Pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke mahkamah sama bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Hal itu berikutan mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac tahun sama.

Linda pernah mendedahkan, mereka pernah bercerai buat kali kedua hanya selepas beberapa bulan kembali rujuk pada April 2023.

Bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan perkara itu kerana bimbang dianggap mempermainkan institusi perkahwinan.

Untuk rekod, Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

The post Beego Cabar Linda Hashim Tunjuk Bukti Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga first appeared on OHBULAN!.

Viewing all 35013 articles
Browse latest View live