Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35960 articles
Browse latest View live

Sindiket Jual Darjah Kebesaran Pahang, Ini Titah Tengku Abdullah

$
0
0

Seorang wanita yang berasal daripada Kampung Baru, Kuala Lumpur ditahan pada 6 petang semalam dipercayai sebagai suspek utama dalam sindiket jual beli darjah kebesaran negeri pahang.

Wanita terbabit bersubahat dengan seorang lagi suspek lelaki berumur lingkungan 40-an dalam usahanya memperdayakan mangsa agar membeli gelaran “Datuk” dan “Datuk Seri” yang ditawarkan dengan harga RM180,000 hingga RM400,000.

“Tunggu laporan dulu sebelum komen…”

“Saya rasa saya tunggu laporan dulu sebelum komen…setakat ini saya hanya tahu menerusi media masa.

“Bagaimanapun, saya rasa memang ada sindiket ini” titah ringkas Tengku Abdullah menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama menerusi Pegawai Media baginda Abdul Rahim Othman di sini semalam.

Baginda telah bertitah demikian susulan daripada penahanan suspek utama kes penjualan darjah kebesaran Pahang yang tidak wujud pada jumaat lalu.

Namun, Pemangku Raja Pahang Tengku Sultan Ahmad Shah masih belum menerima sebarang laporan daripada pihak berkuasa berkaitan dengan kes ini.

Credit: Mstar.com


[VIDEO] Ibu Neelofa Pecah Rahsia Di Surprise Birthday Yang Ke-29!

$
0
0

Jika diimbas kembali tahun lepas,  sambutan hari jadi selebriti popular, Neelofa mendapat perhatian ramai netizen. Mana taknya, Swarovski telah menghadiahkan kek mewah bernilai RM20k. Memang bertuah sungguh! Agaknya apa kejutan istimewa buat Neelofa tahun ini ye?

Malam semalam, peminat dan keluarganya telah membuat kejutan hari lahir lebih awal dari tarikh sepatutnya, 10 Februari di set program Meletop. Memang meriah habis!

Meriahnya!

Instagram Photo

 

Untungnya Neelofa

Instagram Photo

Nak masuk 30 tahun

Ibu Neelofa pecah rahsia?

Neelofa telah menerima dua biji kek serentak yang dihiasi dengan hiasan yang cantik. Keluarga Neelofa turut hadir ke set Meletop semalam untuk meraikan hari jadinya. Memang terkejut habis lihat riak wajah Lofa yang kelihatan terharu dengan kejutan di luar jangkaannya itu. Apa apa pun kami di Ohbulan! mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Neelofa. Semoga terus berjaya dalam mengharumkan nama Malaysia.

Sumber : Meletop

Lesap RM30k Kena Tipu Dengan ‘Gewe Kelate’, Impian Naik Pelamin Musnah!

$
0
0

Apa sahaja sanggup dilakukan oleh manusia hari ini asalkan hajat tertunai. Tidak kiralah secara sah atau tidak, asalkan duit akhirnya masuk ke poket sendiri. Langsung tidak kisah dengan akibat yang perlu ditanggung orang lain disebabkan mereka.

Di zaman ini, ‘cinta’ dijadikan sebagai modal untuk memperdaya mangsa yang termakan dengan pujuk rayu penjenayah siber ini.

Ditipu kekasih sendiri

Seorang lelaki ditipu hidup-hidup apabila kekasihnya hilang setelah melesapkan RM30 ribu. Malahan, impiannya untuk menamatkan zaman bujang turut berkecai. Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Muzaffar berkata, dia mengenali wanita berkenaan melalui kawannya sejak 4 tahun lalu.

Perhubungan mereka berlangsung tanpa masalah dan menyifatkan kekasihnya itu seorang wanita yang lemah lembut. Menurutnya, mereka selalu berhubung melalui Whatsapp.

Di awal perkenalan mereka, wanita berkenaan ada meminta wang untuk dibelanjakan kerana dia tidak bekerja.

Kerana sayang dan percaya, saya turutkan kehendaknya. Saya masukkan duit dalam akaun milik rakannya secara berperingkat sehingga jumlahnya mencecah RM30,000.

Saya tak pernah sangsi dan ragu yang dia akan menipu serta mempermainkan perasaan saya.

Tambah Muzaffar, segala wang disalurkan kepada akaun kawan kekasihnya itu kerana wanita itu tidak mempunyai akaun bank sendiri.

Tak dapat dihubungi di hari bertunang

Menurutnya, mereka sepakat untuk memilih 2 Januari untuk majlis merisik dan bertunang yang dirancang berlangsung di rumah keluarga teman wanitanya itu di Kampung Demit, Kubang Kerian.

Sehinggalah sebelum tarikh merisik dan meminang, saya ada masukkan RM3,000 secara berperingkat dalam akaunnya atas alasan kononnya dia mahu menempah dua bentuk cincin termasuk cincin merisik dan bertunang, dan juga menempah kek untuk majlis terbabit.

Dia juga berjanji akan menempah rumah tumpangan untuk saya dan keluarga menginap. Sehari sebelum hantar rombongan meminang, saya menghubunginya dan berjanji bertemunya di depan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, sebelum dia membawa rombongan kami ke rumahnya.

Bagaimanapun, kata Muzaffar, pada Jumaat lalu, ketika sampai di kawasan rehat di Gua Musang, dia cuba menghubungi wanita terbabit namun telefon bimbitnya dimatikan. Ketika berjumpa imam di kawasan berkenaan, Muzaffar dimaklumkan bakal isteri dan keluarganya tidak pernah mengenali mengenali mereka.

Sumber: Sinar Harian

Mangsa Gangguan Derita Dalam Diam, Datuk Seri Rohani Perjuang Akta Gangguan Seksual

$
0
0

Gangguan seksual terdiri daripada gangguan secara lisan, bukan lisan dan juga secara fizikal. Gangguan seksual ini boleh memberi kesan kepada psikologi mangsa.

Kebanyakan mangsa sebenarnya terpaksa mendiamkan diri bagi mengelakkan rasa malu dan pandangan negatif masyarakat. Malah, mereka juga bimbang jika menerima ancaman daripada pemangsa itu sendiri. Sehingga ke hari ini, masih tiada akta khas untuk beri keadilan kepada mangsa.

 “Banteras gangguan seksual, tiada lagi derita dalam diam”

Menerusi perkongsian Astro Awani, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim  memberikan respon berkaitan isu ini.

Saya tidak mahu keadaan ini membelenggu mereka, khususnya wanita dan saya tidak mahu mereka menderita dalam diam. Tahun ini adalah tahun memperkasakan wanita.

Oleh itu, saya memperjuangkan untuk mewujudkan Akta Gangguan Seksual. Akta ini diharap dapat menjadi satu berita kelegaan buat semua mangsa gangguan seksual.

Bukan sahaja memperjuangkan Akta bagi gangguan seksual tetapi beliau juga ingin memperkukuhkan lagi akta bagi keganasan rumah tangga dan mencegah diskriminasi terhadap wanita.

Perjuangan ini dapat membantu wanita untuk lebih berani dalam menceburi lebih banyak peluang-peluang terutamanya dalam kerjaya dimasa depan.

Sumber: Astro Awani

Dilayan Macam ‘Sampah’– Blogger Dedah Sisi Gelap Kota Paris Yang Ramai Tak Tahu

$
0
0

Kota Paris selalu digambarkan sebagai sebuah ‘Kota Romantis’ buat pasangan baru berkahwin. Rata-rata pasangan yang hangat bercinta mengidamkan Paris untuk honeymoon. Kalau nak ke Paris, memang ramai yang akan ke Eiffel Tower sebagai tempat wajib untuk singgah dan bergambar dengan orang tersayang.

Tapi pengalaman gadis ini agak berbeza apabila ke Kota Romantis bersama suami. Korang pasti akan terkejut dengan kisah gadis berhijab ini ‘dipulau’ di Paris. Korang mesti tidak percaya dengan pengalaman yang diceritakan gadis berhijab tentang ‘buruknya’ disebalik keindahan kota Paris ini.

Indah khabar dari rupa!

Baru-baru ini seorang blogger, Faa Firds memuat naik video di akaun miliknya dengan tajuk ‘We’re Never Going To Paris Ever Again’. Gadis ini juga membongkar satu persatu layanan kurang sopan orang Paris terhadap wanita Asia terutamanya wanita berhijab.

Kelihatan juga gadis ini berkongsi ceritanya di Paris sambil menangis kerana terasa kecewa disebalik keindahan kota romantis ini. Admin nak share pengalaman gadis ini di kota Paris.

Kecewa gadis berhijab di Paris

Gadis ini mendedahkan bahawa dompet suaminya hampir dicuri oleh penyeluk saku tempatan tapi mujurlah tiada apa yang buruk berlaku ketika itu. Tambahan, ketika gadis ini berada dalam metropolis terasa badannya dilanggar berkali-kali dengan sengaja.

Seorang lelaki tua yang memandang anaknya sambil memandang gadis berhijab ini, berulang kali seolah memandang serong terhadap gadis ini. Gadis tersebut menceritakan pengalamannya apabila beratur menunggu giliran naik roller coaster dan penjaga tiket membenarkan gadis free hair untuk naik permainan itu dahulu dan gadis ini pula disuruh untuk menanggalkan hijab terlebih dahulu.

Menyalak macam anjing

Berdasarkan pengalaman yang dikongsi, pihak majikan di sana tidak membayar gaji kepada pekerja asing dan dia juga pernah ditipu mengenai kontrak pembayaran telefon dan elektrik.  Majikan juga tidak pedulikan resume yang dihantar dan dengan sengaja memaksa menjadi pencuci tandas sahaja. Malah, pesakit Asia juga dilayan seperti tidak penting di hospital tempatan dan Europeans ini juga menjeling terutamanya kepada warga Turki dan Muslim.

Pergi balik ke negara kau!

Penduduk disana dikatakan menganggap wanita Asia terutamanya wanita Thailand sebagai pisau cukur buat golongan lelaki Mat Salleh. Mereka juga menganggap bahawa golongan Islam ini adalah pengganas. Gadis ini juga menceritakan yang dia pernah diusir pulang ke negara asal oleh pihak polis tempatan setelah cuba mendapatkan bantuan.

Credit: Youtube FaaFirds

‘Saya Masih Hidup, Saya Takkan Restu’– Ayah Zahirah Macwilson Halang Hubungan Dengan Zul Ariffin

$
0
0

Restu orang tua adalah penting untuk mengekalkan sesebuah hubungan. Banyak perhubungan yang kecundang di tengah jalan kerana faktor ini. Walaupun semuanya berbalik soal jodoh, namun hubungan dengan ibu bapa juga tidak kurang penting perlu dikekalkan.

Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin sudah sedia maklum sedang hangat bercinta. Walaupun ada cakap-cakap mengatakan hubungan mereka bermasalah, namun kedua-duanya menafikan perkara itu. Namun, satu kenyataan ayah Zahirah seperti ada yang tidak kena dengan hubungan mereka itu.

Tak ada masalah dengan Zul Ariffin

Zainol Macwilson mengatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah anak perempuannya itu berkawan dengan Zul Ariffin. Sebelum ini Zainol dipetik sebagai berkata dia tidak mahu anaknya bercinta di lokasi penggambaran, termasuklah dengan aktor itu.

Namun, dia menafikan memusuhi Zul walaupun Zul sebelum ini ada meminta Zainol untuk lebih matang dalam tindakannya.

Usia saya kini dah nak masuk 60 tahun, malah sudah berkahwin  dua kali dan mempunyai empat orang anak yang sedang membesar. Saya rasa dah cukup matang tentang kehidupan.

Jadi apakah kematangan yang dia maksudkan dengan kenyataan tersebut.

Cukup sekadar berkawan

Ujarnya, dia bagaimanapun tidak memusuhi Zul namun menegaskan biarlah hubungan mereka kekal sebagai kawan sahaja dan tidak sampai ke tahap bercinta.

Saya tak nak bermusuh dengan dia, malah tidak halang dia untuk berkawan dengan anak saya tapi cukup sekadar berkawan sahaja dan tidak perlu lebih daripada itu.

Menurutnya lagi, dia ada menasihati anak perempuannya itu untuk fokus kepada perkembangan kariernya yang baru bermula dan tidak terkesan dengan kisah peribadi.

Saya memang ada hak untuk menegur dan menasihati anak saya. Walaupun Zahirah sudah berusia 23 tahun, tapi saya masih ayah dia

Saya juga pernah berterus-terang dengan Zahirah, saya tak ada masalah kalau dia berkawan dengan Zul, tetapi jika sebaliknya (bercinta), dan saya saya masih hidup, saya takkan restu.

Sumber: Sinar Harian

[VIDEO] ‘Milo Yang Dibancuh Hanya Mengandungi 6% Gula Sahaja’– Nestle Pertahan Milo Minuman Sihat

$
0
0

Beberapa hari yang lepas, seorang individu di facebook melalui sebuah video membuat pendedahan mendakwa Milo mengandungi 40 peratus kandungan gula yang memberi kesan tidak baik kepada pengguna.

Ekoran daripada itu, pelbagai respon yang diterima daripada netizen yang rata-ratanya keliru dengan kesahihan video yang tersebar. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestle, Othman Md Yusoff menjelaskan isu ini.

Betul ke minum milo tidak sihat?

Video yang dimuat naik pengasas Mindvalley, Vishen Lakhiani mendakwa Milo mengandungi kandungan gula sebanyak 40%. Beliau juga meragui Milo sebagai minuman yang sihat dan bertenaga seperti yang didakwa syarikat tersebut.

Ini susulan daripada artikel yang dikeluarkan The New York Times mengatakan tabiat pemakanan rakyat Malaysia tidak sihat.

Penjelasan 40% kandungan gula dalam Milo

Menerusi sesi live di facebook Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Halal Nestle, Othman Md Yusoff menjelaskan isu yang menjadi viral di laman sosial kebelakangan ini.

Menurut perkongsian klick.my, Othman Md Yusuf memberitahu selepas dibancuh kandungan gula hanya tinggal 6 peratus sahaja.

Bagi saya, minuman Milo ialah minuman yang sihat.

Sebenarnya, di bungkusan memang tertulis gula sebanyak 40 peratus, 40 peratus gula itu, 20 peratus daripadanya ialah daripada susu, laktosa dan malt.

Susu yang ada merupakan susu yang mempunyai gula semula jadi dan baik untuk badan. Lagi 20 peratus itu gula dan ia dalam bentuk serbuk.

Selepas lima sudu teh Milo ditambah dengan 200 mililiter air panas, jumlah gula kemudian menjadi enam peratus sahaja iaitu tiga peratus daripada susu tadi dan tiga peratus lagi gula.

(Kadar) 40 peratus itu bila tidak dicampur air. Jadi sebenarnya hanya enam peratus gula sahaja yang masuk ke badan. Video yang viral itu mengelirukan.

Cadang penggunaan label ‘sihat’ dengan betul

Tambahnya lagi, Milo sudah lama ada di Malaysia dan setiap apa yang dilabelkan mematuhi undang-undang serta mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu. PPIM juga mencadangkan pihak yang bertanggungjawab untuk menambah label memberitahu cara pengambilan produk milo yang sesuai.

Mengikut laporan Malaysiakini, Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Hishamuddin Hashim turut memberitahu penggunaan label ‘pilihan lebih sihat‘ haruslah mengikut piawaian seperti mana tanda halal. Ini kerana rakyat sudah menganggap Milo sebagai minuman menyihatkan.

Sumber : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Sedih, Rasa Nak Menangis- 4 Foto Perpisahan Danish Dengan Abby Abadi Ini Undang Rasa Sebak Netizen

$
0
0

Minggu lepas anak lelaki Norman Hakim dan Abby Abadi, Danish Hakim telah berlepas ke Turki untuk menyambung pengajian hafazan. Anda boleh lihat betapa rapatnya hubungan antara Norman dan Danish sebelum berpisah. Pada ketika itu Danish tidak ke Turki berseorangan, dia ditemani Abby Abadi serta rakan-rakannya.

Selepas beberapa hari meluangkan masa bersama, akhirnya Danish terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya. Kapsyen serta foto yang dikongsikan oleh Abby Abadi ini buat netizen rasa nak menangis. Selamat maju jaya Danish!

‘Bye sayang mama..’

Abang Danish
.
AIRMATA PERJUANGAN
Mama redha
Tinggalkan Abang kt sini
Sebab Mama yakin
ALLAH jaga & bersama
Mereka yg berusaha
Menghafal KalamNYA
Dan menjaga agamaNYA
.
Jaga diri, hiasi peribadi Abang
Panjang umur, murah rezeki
Kita jumpa lagi ye
Seni seviyorum Lillahi Taala
Bye Bye Sayanggggg Mama
#MohamedDanishHakim #DanishHakim#HeroMama #SuperHeroISLAM #IspartaTurkey

Danish tidak dapat menahan sedih apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Abby Abadi. Danish akan menyambung pengajian hafazan di Turki bersama rakan-rakannya yang lain.

Rasa sebak, macam nak menangis- komen netizen

Sumber: Instagram Abby Abadi

Save

Save


3 Hari Koma Penat Kerja Amal, Ini Kisah Sister Sabria, Anak Melayu Di Kanada

$
0
0

Untuk membuat kebaikan, tidak semestinya kita perlu cukup lengkap semua benda barulah boleh mula membantu orang lain. Walaupun serba kekurangan atau tenaga yang terhad, bantuan diberi sudah tentunya boleh meringankan beban mereka yang memerlukan.

Usaha seorang anak Melayu di Kanada memasak untuk gelandangan di sana patut menjadi inspirasi dan contoh kepada semua. Memang terbaik!

Masak untuk masjid, gereja

Sabariah Hussein, 70 tahun atau lebih dikenali dengan panggilan Sister Sabria pernah viral di media sosial sebelum ini kerana kegigihannya berbakti di Montreal, Kanada. Anak kelahiran Johor yang sudah lebih 3 dekad berhijrah di sana kini memasak untuk golongan miskin dan gelandangan di 8 buah masjid dan 2 buah gereja di sana.

Katanya, kerja amal itu bermula dengan makanan ringan iaitu karipap sebelum segalanya bertambah apabila dia menyedari ramai yang memerlukan.

Saya memulakan kerja amal tersebut sejak berhijrah ke Kanada dengan mengagihkan karipap. Mulanya dengan kuantiti yang kecil sahaja kepada masjid-masjid yang berdekatan dengan tempat tinggal saya.

Langkah kecil itu akhirnya membuka mata saya untuk meluaskan kerja-kerja amal apabila melihat ramai yang memerlukan pertolongan saya.

‘Tidur’ 3 hari tak bangun-bangun

Katanya lagi, dia pernah ‘tidur’ 3 hari berturut-turut ketika membantu mangsa tsunami di Indonesia. Dia berpesan kepada suaminya ketika itu untuk tidak mengejutkannya kerana mahu berehat. Menurut permintaannya, suaminya itu membiarkannya ‘tertidur’ selama 3 hari.

Saya tanyakan, kenapa tidak kejut saya untuk solat, bukan untuk makan tapi solat sahaja.

Rupa-rupanya, ketika itu dia sebenarnya diserang stroke ringan. Perkara itu diketahuinya selepas diserang buat kali kedua, setahun kemudian. Doktor mendapati terdapat gumpalan darah di bahagian otaknya.

Selain memasak untuk golongan memerlukan, wanita ini juga mengendalikan rumah perlindungan wanita, ‘Our Second Home’ (Rumah Kedua Kita) di rumahnya sendiri. Kerja amal yang dilakukannya dibuat tanpa minta mendapat balasan namun ada sebab kukuh kenapa dia berbuat demikian.

Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan.

Saya nak buat kebaikan dan beramal. Bukan mencari nama dan dikenali. Saya mahu orang tahu kita sebagai orang Islam adalah orang yang baik-baik dan banyak menyumbang kembali kepada komuniti.

Sumber: Free Malaysia Today , Montreal Gazette

‘Tak Baik Tau Mengumpat Belakang’- Ini Penjelasan Runner Charge Harga Tinggi

$
0
0

Zaman sekarang ini semakin ramai orang buat business delivery barang, contohnya seperti servis perkhidmatan Grab dan Uber. Tetapi bezanya Grab dan Uber ini ada sistem harga yang telah ditetapkan dalam telefon dan syarikat. Macam mana pula dengan sistem harga runner ini?

Ramai yang tidak tahu pekerjaan mat runner ini ambil upah penghantaran tidak lah banyak. Kalau dah memang rumah customer itu jauh masuk ke pendalaman memang berbaloi untuk di charge harga yang berpatutan. Tapi kisah lelaki ini pula terbaca Whatsapp status salah seorang customer yang tidak berpuas hati dengan charge dikenakan.

 Runner nak naik haji

Setelah ditanya anggaran bajet penghantaran, pelanggan ini telah menulis status di Whatsapp dan mengatakan si runner mengenakan charge penghantaran sebanyak RM 17 dari Seri Kembangan ke Punchong. Jaraknya kira-kira 21 km.

Jika runner ikutkan 1 Km di charge RM 1, kira-kira dia dah boleh dapat RM 21 untuk penghantaran dari Seri Kembangan ke Puchong. Apa pendapat anda mengenai situasi ini?

‘Rasa-rasa mahal. Hantar sendiri la kak.’

Memang logik kalau si runner di luar kawasan dan jauh perjalanan penghantaran untuk dikenakan charge yang agak tinggi. Kadang-kadang dalam perjalanan untuk menghantar sesuatu barang, pelbagai cabaran yang runner kena tempuhi. Dengan kesesakan jalan raya, cuasa panas, hujan, masa dan keselamatan si penunggang motorsikal ini juga harus diambil kira.

Ikut harga grab lah ye

Seorang pengguna Facebook telah beri cadangan yang boleh dikatakan masuk akal. Lebih mudah jika menggunakan konsep berdasarkan harga Grab. Agak berbaloi dan berpatutan. Lepas ini boleh lah abang-abang runner charge harga penghantaran ikut aplikasi Grab dan Uber untuk memuaskan hati pelanggan.

Credit : Facebook Faris Zikri

Save

Save

‘Sedap, Serius Power!’- Remake Lagu Iamneeta, Suara Fathia Latiff Buat Peminat Terpukau

$
0
0

Siapa je yang tak kenal dengan nama Fathia Latiff, seorang pelakon cantik, manis dan penuh kontroversi. Sebelum ini Fathia pernah berduet dengan Syukri Yahya bagi OST Dia Isteri Luar biasa. Terbaru, Fathia memuatnaik sebuah cover lagu yang pernah dinyanyikan oleh Iamneeta dilaman instagramnya.

Sejak malam tadi ruang komen pada video cover tersebut tak putus dengan pujian daripada peminatnya. Admin pun rasa terpukau dengan keenakan suara Fathia ni, bukan je hebat berlakon tapi suara pun sedap beb!

Anda rasa macam mana? Sedap tak suara Fathia?

Instagram Photo

Setakat ini video tersebut sudah mececah 104,363 views dengan komen-komen yang sangat memberangsangkan.

‘Rindu nak tengok Fathia berlakon’

Nampaknya lakonan Fathia dalam Menanti Februari sangat memberi kesan kepada peminat, sampai minta sambungan ni! Ada juga yang rindu nak tengok Fathia berlakon.

‘Penuh penghayatan’

Sampai nak menangis tengok video lagu remake ni, terlalu beremosi agaknya ya?

‘Best suara, serius power’

Nampaknya ramai peminat Fathia yang terpegun dengan keenakan suara gadis manis ini. Hebat jugakan Fathia ni. Agak-agak boleh keluar album single tak lepas ni?

Credit: fatiyalatiff 

Save

Save

‘My Son Menangis Sebab Cikgu Cakap Dia Malas & Ketuk Kepala Sebab Salah Kira Math’

$
0
0

Tugas guru bukannya tanggungjawab yang mudah. Guru merupakan ibu bapa kedua ketika anak murid berada di sekolah dan mereka juga lah yang akan membentuk serta mendidik supaya kita akan jadi manusia berguna. Namun, ada sesetengah guru tidak dapat mengawal perasaan ketika mengajar.

Ini terjadi kepada seorang murid yang menghidap penyakit dyscalculia. Untuk pengetahuan anda definisi penyakit ini adalah gangguan belajar yang mempengaruhi kemampuan untuk mengira. Baca luahan sayu ibu ini.

‘Menangis sebab cikgu cakap dia malas..’

Ibu mana yang sebak bila lihat anaknya sedih dimarahi guru. Lebih-lebih lagi apabila dilabel malas tetapi sebenarnya guru tersebut tidak tahu mengenai penyakit anaknya. Perkongsian ibunya di Twitter telah mendapat lebih 5k Retweet, dimana orang ramai beri kata semangat dan nasihat.

Boleh membaca dan mengira tetapi selalu akan silap..

Sedih apabila dikatakan malas

‘Just harap dia boleh seronok belajar je..’

Ada insan hati murni hulurkan bantuan

Dapat mesej sokongan & semangat dari orang ramai

Sumber: Twitter

Save

Video Penuh Majlis Perkahwinan Yuna Dipuji Netizen, Amboi Mengerling Mata Adam Sinclair!

$
0
0

Baru baru ini, perkahwinan penyanyi, Yuna dan pasangannya Adam Sinclair menjadi bualan netizen. Ramai yang memuji tema perkahwinan mereka yang sangat cantik. Ditambah pula dengan kedua mempelai yang sama cantik, sama padan. Memang betul-betul ‘Wedding Of The Year’.

Terbaru, Yuna berkongsi video rasminya sepanjang majlis perkahwinan itu berlangsung. Alahai sweetnya! Ramai pula netizen yang terharu.

Dalam mimpi

Living the dream, living in the moment and living with you @adamyousofunny.
Here is a snippet from our akad nikah / reception video by our wonderful friend of 7 years @lueymotionlab @yourstrulywed. Thank you for capturing moments that I might’ve missed on our special day?? full video will be on youtube soon! #adamxalis#yunaverwalkalone

Video penuh

Video berdurasi 3 minit ini berjaya menarik perhatian netizen. Ramai yang memuji pasangan ini sangat serasi bersama dan ada juga yang terharu melihat video ini. Apa apa kami dari OhBulan! mendoakan yang terbaik buat kedua pasangan ini. Selamat menjalani kehidupan berumah tangga.

Sweet habis

Sumber : YunaMusic

‘Kepada Majoriti Berniat Untuk Jadi ‘Imam’ Tu’– Terima Banyak DM Lamaran, Ini Respon Padu Norman Hakim

$
0
0

Baru-baru ini viral di media sosial anak gadis Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania yang sangat cantik. Sekali pandang memang boleh jatuh hati, berkulit putih gebu, bertudung labuh dan pemalu membuatkan ramai yang mahu menjadikan Marissa sebagai isteri.

Di instagram, Norman Hakim kongsi menerima banyak kiriman mesej daripada orang ramai yang mahu menjadi ‘imam’ kepada Marissa. Ini respon padu Norman Hakim & Abby Abadi.

Habis DM penuh dengan risikan padu

Dengar cerita budak kecik @marissadania_ ni tgh ‘viral’.Viral untuk apa tu?Yang pasti habis DM papa penuh dgn ‘risik’an yg padu.Yang pilu pun ada jugak . . Nak bgtau anak dara saya ni umur in shaa Allah tahun ni masuk 13 tahun bulan Julai nanti.Jauh perjalanan lagi.Hafazan Al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan . . Kepada majoriti yg ber’niat’ utk menjadi ‘Imam’ tu melalui DM yg saya baca,alhamdulillah utk nawaitu yg suci & ikhlas tu.Saya anggap itu sebhgn drpd permulaan ukhwah & silaturahim sesama kita.Sepatah kata mama @abby_abadi112 ‘Utamakan yang utama’.Letakkan tanggungjawab pertama sebagai anak lelaki yg juga bakal ‘imam’ yg pertama sekali of course kpd Allah s.w.t.Seterusnya jaga keramat hidup iaitu ibubapa kita umpama esok tiada lagi hari utk kita didunia ini . . Lepas tu barulah fikirkan utk ‘mendirikan masjid’.Saya bercakap berdasarkan pengalaman.Nak mendirikan ‘masjid’ ni bukan sekadar bersandar pada teori.Saya yg dah nak masuk anak ke-6 ni pun masih lagi belajar seni utk ber’masjid’ . . Wallahualam segala yg terbaik hanya dariNya.Seboleh mungkin bila ‘comment’ kat anak dara saya ni kat ig dia,sama2 selitkan doa utk dia sbb doa yg baik2 tu semua in shaa Allah akan berbalik pada kita semula.Pakai bahasa ‘wicet’ pun no hal janji sempoi & maksud sampai.Yang penting #Hablumminallahwalhablumminannas .Itu yg sama2 kita jaga ok??Aamiin in shaa Allah??

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Susulan daripada viralnya kecantikan Marissa di laman sosial, Norman Hakim sebagai bapa menerima pelbagai ‘risikan’ padu di DM. Kata Norman, dia bersyukur dengan niat ikhlas majoriti yang mahu menjadi ‘Imam’ kepada Marissa. Namun Norman menjelaskan Marissa baru berusia 13 tahun, jauh lagi perjalanan. Hafazan al-Quran pun masih suku ke separuh perjalanan.

Kata Mama, utamakan yang utama : Allah dan ibubapa

Abby Abadi pula memberitahu sebagai lelaki ‘utamakan yang utama’. Jalankan tanggungjawab pertama sekali kepada Allah, seterusnya kepada ibu bapa seumpama tiada hari esok. Selepas itu barulah fikir untuk mendirikan masjid.

Norman Hakim sendiri walaupun sudah mempunyai 6 anak, masih belajar seni untuk bermasjid. Pesan terakhirnya, diharapkan selit doa yang baik-baik sahaja apabila meninggalkan komen di ig anak gadisnya itu.

Sumber : Instagram Norman Hakim

Umie Aida Dedah Permintaan Erma Fatima Buat Suami Betty Rahmad Masa Hari Pertunangan. Respect!

$
0
0

Masih belum terlambat untuk team Oh Bulan mengucapkan tahniah buat pasangan Betty Rahmad dan Ardy Damis atas perkahwinan mereka. Setelah hampir 5 bulan pasangan ini mengikat tali pertunangan sejak Obtober tahun lalu, akhirnya mereka menamatkan zaman bujang pada 6 Februari 2018.

Terbaru, Umie Aida memuat naik video pertunangan mereka di laman Instagram dan Twitter peribadinya dengan kapsyen yang sweet mengenai hajat Erma Fatima. Pemintaan Erma buat Damis untuk menikahi adik bongsunya ini dipuji ramai netizen.

Syarat Erma buat Damis

Masih ramai yang terkedu dan terkejut dengan permintaan Erma Fatima buat Damis semasa hari pertunangan pasangan ini tahun lepas. Erma tidak meminta hantaran wang tunai malah dia cuma meminta senaskah Al-Quran dan harus dikhatamkan oleh Damis. Suami kepada Betty ini mengambil masa kira-kira 2 bulan untuk melaksanakan hajat pengarah terkenal tersebut.

Ini lah yang dikatakan persiapan dan tanggungjawab sebagai suami. Rata-rata status ini telah memberi inspirasi dan disokong oleh netizen.

Sekitar majlis pertunangan BettyDamis

Instagram Photo

Video ini telah mengimbas kembali detik-detik pertunangan pasangan bahagia ini. Majlis telah dihadiri oleh kedua pihak keluarga, saudara terdekat dan beberapa rakan artis.

Tidak layak terima ‘mahar’

Betty turut memuat naik video di Instagram dengan kepsyen yang manis buat suaminya dan Erma. Katanya dia terharu dengan perubahan Damis setelah berjaya khatam Al-Quran dan kegigihan usaha suaminya ini memikat hati Betty.

Walaupun Betty merasakan dia tidak layak menerima ‘mahar’ kerana tidak berhijab. Betty juga berharap agar suaminya itu dapat membimbing untuk menjadi isteri solehah dan menjadi lebih baik.

Bangga dengan tindakan Erma

Ramai yang bangga dengan tindakan Erma Fatima berani menyuarakan hajat buat Damis. Betty ini adalah adik bongsu kepada Erma dan perkenalan Betty dan Damis juga terjadi disebabkan rakan baik mereka, Nora Danish dan Nedim.

Credit: Instagram Umie Aida

Save

Save


Biarkan Anak Menangis Tanpa Dilayan? Ini Kesan Negatif Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

$
0
0

Menjadi ibu bapa bermakna pasangan suami isteri itu perlulah bersedia dengan komitmen penuh menjaga anak bersama-sama. Salah satu cabaran menjaga anak kecil adalah tangisan mereka. Ramai ibu bapa ‘tewas’ apabila berdepan anak yang kuat menangis.

Dalam tidak sedar, rupanya jika salah melayan tangisan si kecil ini, rupanya ada impak negatif kepada anak itu sendiri, bukan sahaja ketika kecil, malahan sampai mencecah dewasa!

Tangisan dan jeritan satu-satunya cara sampaikan mesej

Perkara itu didedahkan oleh page Facebook Warga Prihatin yang aktif dalam kerja-kerja amal membantu mereka yang memerlukan. Orang kuat badan ini adalah jurugambar popular, Saiful Nang.

Tambah post itu lagi, cepat atau lambat tindak balas ibu bapa menyahut tangisan anak akan menentukan bagaimana anak itu memberi respon kepada ibu bapa apabila dewasa nanti.

Sahut panggilan dalam 10 saat

Biar bayi menangis akan sebabkan tekanan

Sebabkan bekalan oksigen, nutrisi, hormon tak stabil

Sumber: Warga Prihatin

‘Rasa Bagai Diketuk’– Doktor Imbas Kes Arwah Amy Karmila Yang Meninggal Dunia Gara-Gara ‘Doula’

$
0
0

Pada minggu lepas viral kisah kematian seorang bayi baru lahir didakwa akibat kelalaian ibu bapa yang mencuba teknik ‘home birth’ di rumah. Kematian tersebut diviralkan sendiri oleh laman Pseudoscience Watch yang mahu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai risiko teknik ini jika tidak dilakukan dengan betul.

Artikel berkaitan : Kaki Terjulur, Kepala Sangkut, Bayi Tanggung Azab Sebelum Arwah Angkara Bidan Palsu

Terbaru, seorang doktor berkongsi kisah seorang kanak-kanak yang kehilangan ibu ketika melahirkannya 5 tahun lalu.  Luluh hati melihat si comel ini menabur mawar di pusara ibu. Kanak-kanak comel yang tak pernah merasai belaian kasih sayang ibunya, tak pernah berkesempatan merasai air susu ibunya sendiri. Kenapa?

Pernah lalui masa 2013

Tak sempat rasa kasih sayang, susu ibu

Sumber : Mohd Syamirulah Rahim

‘Mereka Bukan Racist Tapi..’– Isu Blogger Dilayan Macam Sampah Di Paris, Ini Komen Wardina

$
0
0

Baru-baru ini seorang blogger di Youtube telah memuatnaik satu video menceritakan layanan kurang sopan yang diterimanya dan suami sewaktu melancong ke Paris. Selain dompet suaminya hampir dicuri oleh penyeluk saku, Faa Firds juga diminta membuka tudung dahulu sebelum menaiki roller coaster .

Artikel berkaitan : Dilayan Macam ‘Sampah’ – Blogger Dedah Sisi Gelap Kota Paris Yang Ramai Tak Tahu

Membaca pengalaman buruk yang diceritakan blogger tersebut, Wardina Safiyyah melalui facebooknya memberikan komen berkenaan isu tersebut.

Mereka tidak menolong bukan kerana racist tetapi..

Wardina memberitahu tiada orang yang sudi membantu bukanlah disebabkan oleh sikap mereka yang tidak mahu menolong mahupun racist, tetapi disebabkan oleh fenomena psikologi sosial yang dipanggil ‘Bystander Effect’.

Jadi tak kiralah korang berada di Paris, Malaysia atau dimana sekalipun orang ramai kurang membantu disebabkan oleh bystander effect itu sendiri. Wardina juga mencadangkan kita supaya banyakkan membaca mengenai bystander effect ini untuk penerangan lebih lanjut.

Sebelum melancong buat persediaan rapi

Malah ketika melancong ke Paris baru-baru ini, Wardina sekeluarga mempunyai pengalaman yang baik sepanjang 6 hari berada di sana. Walaupun mereka perlu banyak berjalan dalam cuaca yang hujan dan sejuk, mereka sangat suka dengan budaya dan orang-orang disana. Apa-apapun sebelum melancong korang dinasihatkan membuat persediaan yang rapi dan baca doa bila keluar rumah.

Sumber : Wardina Safiyyah OfficialPage

Akhirnya Raf Yaakob Tunaikan Hajat Arwah Ayah – Kisah Manis Disebalik Nama ‘Mawar’

$
0
0

Raf Yaakob, adik kepada Dato Fazley ini sempat berkongsi cerita buat pengikutnya di laman Instagram mengenai arwah ayah mereka iaitu Datuk Haji Yaakob.  Suami kepada Mawar Rashid ini memuat naik gambar kenangan bersama arwah ayah dengan kapsyen menceritakan detik manis perbualan ketika bersama arwah ayahnya.

Arwah sempat menyatakan hasrat untuk menamakan Cempaka atau Mawar untuk cucu perempuan. Sedihnya apabila arwah tidak berkesempatan untuk menyaksikan perkahwinan Raf bersama Mawar Rashid.  Telah genap 2 tahun Datuk Haji Yaakob meninggalkan kita semua tapi hajatnya ini masih terbuku diingatan Raf.

Cempaka atau Mawar?

Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela merupakan hasil dari perkahwinan Raf yang lalu. Kecomelan wajah kedua anak Raf ini tidak tumpah seperti muka bapanya juga. Menurut perkongsian kisah Raf, arwah pernah berborak untuk mencadangkan nama jenis ‘bunga’ untuk anak perempuan Raf, seperti Raden Seri Cempaka atau Raden Seri Mawar.

Raf juga bersetuju dengan nama Cempaka tapi diibaratkan seperti nama sekolah Sri Cempaka lah pula. Maka, sebab itu lah Raf menamakan anak perempuannya Chanela untuk tidak disamakan dengan nama sekolah.

Ini semua suratan

Akhirnya kata-kata arwah termakbul untuk memiliki ‘Mawar’ dalam keluarga bahagia mereka. Walaupun bukan nama ‘Mawar’ untuk cucu perempuan tetapi mereka memiliki ‘Mawar’ sebagai menantunya sekarang, Mawar Rashid. Dan pasti juga arwah gembira jika dapat melihat kebahagiaan anak dan menantunya hari ini.

Letak nama bunga tau

Rata-rata netizen turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga Raf dan Mawar. Tidak lupa juga kiriman doa buat arwah Datuk Haji Yaakob. Peminat juga memuji hasrat Raf untuk meletakkan nama-nama bunga ini kepada anaknya nanti. Semoga Raf dan Mawar bahagia melayari bahtera perkahwinan dan kiriman doa Al-fatihah dari kami juga buat arwah Raf Yaakob.

Credit: Instagram Rafyaakob

Orang JB Dah Enjoy 7 Aktiviti Awesome Ni. Katanya Bakal Merebak Ke Kuantan Pulak!

$
0
0

Orang Johor Bahru dah rasa keunikannya. Tapi, orang Kuantan dan juga orang Pantai Timur mesti tengah blur kan?Apa yang bakal merebak ke Kuantan ni?

Jangan risau. Benda best mestilah kena share ramai-ramai kan? Tak syoklah simpan sorang-sorang je. Nah, korang boleh baca sendiri perkara yang bakal melanda Kuantan pada 24 Februari nanti. Katanya ada Festival GEGARIA!

1. Berzumba buang lemak!

Asyik makan je. Dah tiba masanya nak membuang kalori pulak. Haritu orang JB berzumba sakan dengan Hanif Shawn. Lepasni, orang Kuantan boleh berzumba dengan Dayang Damito dan Dayang Niesa pulak!

Macam mana nak register?

Zumba diadakan pada waktu pagi, jadi make sure korang datang awal dan register cepat-cepat kat SINI untuk peluang menang hadiah cabutan bertuah. Dengar kata ada hadiah yang memang digilai oleh korang yang kaki sporty, iaitu jam Suunto bernilai RM1,299!

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti zumba di GEGARIA Kuantan, refer SINI okay!

2. Boleh jumpa dengan selebriti ngetop

Masa dekat Johor Bahru haritu, admin berpeluang untuk meet & greet ramai selebriti top Malaysia. Antaranya ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Nabila Razali. Lepastu ada juga instafamous seperti FaizDickie.

Siapa yang bakal ada di Kuantan? Yasss.. Ramai juga tau! Ada Mira Filzah, Elfira Loy, Defam, Noh Salleh dan ramai lagi. Eh, Awal Ashaari dan Scha pun ada join jugak di Kuantan ni!

3. Guna Boost Apps untuk beli makanan

Wahh.. Maju weh! Korang boleh guna aplikasi Boost App untuk beli makanan. Malah, korang boleh tebus RM10 secara automatik bila download Boost App di Festival GEGARIA ni!

4. Main games di eSports Zone!

Ha, ada juga booth MyGameOn eSports Zone tau! Ada game League of Legends anjuran Garena Malaysia. Yang syoknya lagi , korang berpeluang memenangi hadiah terkumpul bernilai RM10,000! Nak turut serta? Daftar kat SINI.

Nak main saja-saja secara percuma pun boleh je!!

5. Berselfie di landmark installation berkonsep hipster

Dahagakan ‘likes‘ untuk foto Instagram anda, inilah masa dan lokasi yang tepat! Sebab korang boleh dapatkan foto-foto selfie, wefie, OOTD yang menarik di landmark yang dipasang di festival GEGARIA ni.

6. Ada booth special untuk korang daftar SPR, semak KWSP!

Sangat praktikal untuk korang yang ‘bercinta’ nak pergi ke pejabat untuk buat semakan atau pendaftaran. Kat Festival GEGARIA ni ada juga booth KWSP dan SPR! Mudah dan cekap!

7. Enjoy konsert yang super umppphh!

Antara aktiviti paling letop sudah tentulah semasa malam konsert. Setakat ni memang full house tau. Antara artis yang bakal menghiburkan korang nanti ialah Bunkface, Masdo, Noh Salleh, Akim & The Majistret dan juga Defam!

GEGARIA bakal serang Kuantan pula!

Di manakah lokasi Festival GEGARIA di Kuantan ni ya? Ha, ianya akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 24 Februari ini! Nak tau lebih lanjut, follow Facebook dan Instagram GEGARIA…

Apa lagi, cepat-cepat tag member atau family korang untuk luangkan masa berkualiti bersama-sama di Festival GEGARIA nanti!

Viewing all 35960 articles
Browse latest View live