Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35950 articles
Browse latest View live

Tepati Cita Rasa Orang Malaysia, Menu Baru Secret Recipe Sure Buat Selera Terangkat!

$
0
0

Korang suka makan kek? Kalau sebut pasal kek, mesti terfikir Secret Recipe. Sedap gila kek kat Secret Recipe ni. Lagi-lagi kek Chocolate Indulgence. Setiap kali sambut hari lahir kek Secret Recipe mesti jadi pilihan kita. Tahu tak Secret Recipe sekarang dah berwajah baru. Lagi syok.

Bukan setakat kek je. Secret Recipe dah letak menu yang menyelerakan daripada sajian pilihan Asia. Baru-baru ni admin dah singgah Secret Recipe untuk cuba menu terbaru mereka. Sedap oi. Jom tengok! Jangan sampai terkecur air liur korang.

Semua starter memang hot habis

Mula-mula makan mesti korang nak rasa starter kat Secret Recipe ni dulu kan. Ada tiga menu untuk starter yang admin syorkan untuk korang try. Confirm tak menyesal. Jom tengok.

Starter paling admin suka. Ni namanya Cheesy Fire Chicken Wrap. Potongan ayam dipanggang dalam chilli glaze dan pastri yang crispy. Yang ni agak pedas juga la. Tapi yang suka pedas mesti suka dengan starter ni. Yummy!

Suka dengan meatball ayam? Baik korang try Chicken Meatball With Smokey BBQ Glaze. Paling best ada rasa BBQ tu. Memang sedap habis. Dah makan jangan lupa kawan sebelah.

Crispy Chicken Fingers ni tak boleh tolak langsung. Nak potong pun senang sebab sangat lembut. Yang ni pun ada chilli glaze. Tapi pedas dia boleh terima. Jangan risau. Tak sampai berhingus pun kalau makan. Ni baru starter. Jom tengok main course dia.

Main course lebih bercita rasa orang Malaysia

Main course kat Secret Recipe pun dah berwajah baru. Sekarang ni Secret Recipe tengah cuba untuk memenuhi kehendak korang yang sangat sukakan makanan bercita rasa orang Malaysia. Nah admin bagi korang usha dulu menu terbaru diorang.

Untuk main course, admin cadangkan korang cuba Country Friend Chicken. Ayam golden crispy disajikan dengan fries dan salad. Atas ayam tu ada sos cendawan yang sangat creamy. Sedap sangat!

Yang ni namanya Nasi Ayam Rangup. Mulanya admin ingat nasi lemak sebab ada sambal udang, timun dan telur rebus. Rupanya nasi ayam! Biasa kalau makan nasi ayam dapat sup kosong kan tapi kat Secret Recipe dapat sambal udang. Itu yang special.

Bila makan, rasa macam mi goreng mamak. Dah tanya menu, rupanya Special Seafood Mee Mamak. Patutlah! Ingat kat kedai mamak je boleh dapat? Kat Secret Recipe pun boleh. Power tak? Paling best ada seafood sekali. Nyum!

Ada sate, menu identiti Malaysia

Biar betul kat Secret Recipe ada sate. Admin pun ingat main-main. Haaa, ni namanya Mixed Satay. Kombinasi sate ayam dan daging. Sate kat Secret Recipe ni lembut dan rasa rempah cukup sebati. Paling win kuah kacang dia. Pekat, sedap dan pedas. Fuh!

Pasta di Secret Recipe jadi kegilaan ramai

Siapa sini peminat pasta? Suka betul makanan western ni. Kalau nak tahu, pasta paling famous kat Secret Recipe ialah Aglio Olio. Yang admin makan ni dengan udang. Boleh pilih nak makan dengan udang, salmon atau beef strips. Makan panas-panas sedap.

Nak pasta yang pedas, korang patut pilih Spicy Seafood Medley Pasta. Memang spicy tapi sedap dia memang gempak. Dalam pasta ni ada udang dan kerang. Yang suka seafood mesti tak boleh tolak. Tak rugilah cuba. Sangat juicy!

Pencuci mulut, Shinjuku Bake paling popular

Pencuci mulut kat Secret Recipe haruslah dengan kek kan. Perut dah kenyang pun tetap nak makan kek. Kalau tak nanti balik asyik teringat je. Paling meletop kat Secret Recipe ialah Shinjuku Bake. Kombinasi kek dengan aiskrim vanila tu bila makan, rasa sedap yang amat. Crispy kat luar tapi lembut kat dalam. Sangat sweet!

Yang admin makan ni Shinjuku Nutella Bake dan Shinjuku Caramel Bake. Sebenarnya kalau korang nak tahu, ada empat flavour topping untuk korang pilih iaitu Maple, Nutella, Caramel dan Chocolate. Minum petang dengan Shinjuku Bake ni best tau. Serious tak tipu. Sangat yummy.

Minuman yang jadi favourite semua orang

Okay, dah makan banyak so mesti korang rasa nak minum air kan. Tapi nak pilih yang mana satu ya. Apa kata korang cuba Bandung Selasih ni. Kacau dulu pastu minum air bandung dengan selasih. Peh. Tekak rasa sedap je bila minum.

Tekak rasa nak minum jus yang masam tapi manis? Korang patut pilih ni. Iced Plum Lime Juice dah jadi jus pilihan ramai kat Secret Recipe. Rasa masam manis dia boleh terima. Nyum!

Yang suka milo patut cuba Milo Shake. Yang ni pun ramai tak boleh tolak punya. Rasa Milo Shake ni memang pekat tapi juicy. Dah jadi favourite admin kalau datang Secret Recipe. Huuu…

Ada set lunch dan set dinner, save bajet

Kalau korang suka jenis set punya, jangan risau. Kat Secret Recipe pun ada set lunch dan dinner untuk korang pilih. Tapi ada syaratnya juga. Senang je.

Untuk Set Lunch, korang boleh order bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Siap dengan free drink, siapa tak nak rugilah. Tapi tak boleh take away ya. Ajak keluarga atau kawan-kawan. Baru meriah waktu lunch korang.

Set Dinner pula memang best. Boleh order bermula jam 6 petang. Paling special pasal Set Dinner ni ada Chicken Soup dengan free drink. Ni pun tak boleh take away. So, ajaklah keluarga korang datang dinner kat Secret Recipe. Hihi.

Promosi Secret Monday kat Secret Recipe

Setiap hari Isnin ada promosi kat Secret Recipe iaitu Secret Monday. Apa rahsianya? Korang boleh dapatkan promosi BELI SATU PERCUMA SATU untuk hidangan utama yang dipilih. Wow! Tapi promosi hanya pada hari Isnin, bermula jam 6 petang tau. Ingat tu.

Haa…nak makan kat Secret Recipe pula lepas ni. Tak boleh tahan tengok main course dengan kek dia yang terbaru dan sedap-sedap. Secret Recipe pun boleh korang jadikan tempat untuk gathering. Jom singgah Secret Recipe untuk cuba menu baru diorang. Weee.


Iklan Produk Tinggi Dalam 3 Hari, Tweet Wanita Ini Buat Netizen Terhibur.. Ada Juga Yang Percaya?

$
0
0

Jika lihat di instagram hari ini, terdapat pelbagai produk dijual secara online yang diragui keberkesanannya. Apa yang paling tidak logik adalah ubat yang mampu menambah ketinggian dalam masa 3 hari, biar betul?

Rimas dengan pelbagai iklan merepek sebegini, seorang individu di twitter memuatnaik gambar edit memanjangkan kaki ‘perli’ keberkesanan produk tinggi di pasaran. Di ruangan balas, ramai yang terhibur!

Alhamdulilah selepas 3 hari

Pada awalnya gambar ini diedit menggunakan apps untuk memerli peniaga yang menjanjikan tinggi dalam 3 hari. Ramai yang bersetuju dan terhibur sehingga tweet ini mendapat lebih 2k perkongsian dan 1.5k likes. Di ruangan balas, ada yang kreatif edit gambar ini sehingga ke sebulan penggunaan. Lawak!

Selepas 6 hari

Selepas 12 hari

Selepas 24 hari

Selepas sebulan

Pakai apps je

Apa-apapun, sebelum mengambil sebarang produk yang dijual di pasaran. Pastikan periksa dan dapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan sebarang kesan tidak baik di masa hadapan. Malah sebelum ini pun sudah ramai doktor yang memberitahu tiada ubat yang boleh tambah ketinggian orang dewasa lagi-lagi dalam masa 3 hari je!

Sumber : Tatty Hassan

Gadis Ini Jalani Ujian Memandu & Ini Perkara Seram Yang Terpaksa Dilaluinya.. Jijik Betul!

$
0
0

Baru-baru ini viral di Twitter apabila seorang gadis menceritakan pengalaman seram diganggu oleh pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika jalani ujian memandu. Untuk pengetahuan anda, mangsa baru sahaja berusia 17 tahun. Tidak tahan dengan perbuatan jijik pegawai tersebut, ini apa yang berlaku seterusnya.

Ketika jalani ujian memandu, gadis ini..

Paparan skrin diatas telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, dimana seorang gadis alami gangguan seksual dari pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pegawai tersebut menunjukkan video lucah ketika gadis itu menjalani ujian memandu.

Rasa jijik dan takut, gadis itu terus menghubungi ayahnya menceritakan kejadian tersebut. Selepas sahaja ayahnya sampai pegawai tersebut diberhentikan kerja dengan segera.

Tambahnya lagi, pegawai itu bertanya sama ada gadis ini sudah punyai teman lelaki. Dia terpaksa menipu dan berkata bahawa dia sudah pun mempunyai kekasih. Pegawai itu juga meminta nombor telefon tetapi permintaannya ditolak. Ketika memandu pegawai itu mencari video lucah dan menunjukkan kepada gadis yang baru berusia 17 tahun ini.

Ramai pernah alami pengalaman buruk ketika jalani ujian memandu

Sumber: Twitter

‘Saiz Berapa Bra Sis…’– Netizen Salahkan Mangsa Gangguan Seksual Kerana ‘Menayang’

$
0
0

Gangguan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walau di mana jua. Tidak memilih mangsa, pelaku kesalahan ini mungkin terdiri dari rakan sekerja sendiri atau mana-mana individu yang ditemui di jalanan. Namun kini, gangguan ini juga boleh berlaku di media sosial.

Insiden yang dialami seorang netizen ini membuktikan walaupun tidak berjumpa secara berdepan, ramai juga yang akan tetap berisiko menjadi mangsa. Menakutkan bukan?

‘Cantik dah body camni’

Seorang pengguna Twitter, Safiya Ezzati berkongsi screenshot private message (PM) diterimanya di Facebook yang agak berbaur lucah daripada pengguna bernama Hazwani Osman. Komen individu itu terhadap Safiya disifatkannya sebagai apa yang perlu dihadapi sehari-hari.

Lelaki kan mangsa keadaan

Tambah Safiya, gangguan seksual dipandang ringan dan perempuan tetap dipersalahkan oleh masyarakat. Ujarnya lagi, dengan pemikiran sebegini lelaki gila seks boleh mencabul depan-depan kerana mereka tidak akan dipersalahkan.

Awak nampak harimau, awak makin dekat

Tambah bikin geram, ada lelaki yang tetap menyalahkan mangsa kerana banyak ‘menayang’ sehingga membuatkan ramai yang mendekati. Individu berkenaan menganalogikan lelaki hidung belang berkenaan sebagai harimau, namun mangsa semakin menghampiri dan tidak melarikan diri.

Kenapa label kaum sendiri sebagai binatang ni?

Nak salahkan lelaki tak boleh juga

Pun begitu, ada juga golongan wanita yang berpendapat lelaki tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya. Ini kerana mangsa juga bersalah kerana ‘menayang’ dan perlu berubah untuk mengelak perkara ini berulang.

Tolong terima hakikat awak juga kena bertindak

Mangsa masih dipersalahkan

Ramai yang kecam dari menasihati

Sumber: Safiya Ezzati

Kerana Tertinggal Power Bank Dalam Kereta, Kereta Guru Sekolah Ini Teruk Dijilat Api

$
0
0

Kegunaan Power Bank bukan sahaja berfungsi untuk charge bateri telefon bimbit. Malah, ianya juga sangat berguna untuk golongan kaki travel diluar sana. Disebalik fungsi positifnya, juga terdapat kesan buruk terhadap keselamatan kita.

Semalam, berlaku kejadian yang hampir meragut nyawa di kawasan sekolah rendah. Sebuah kereta yang telah meletup di tempat parkir Sek. Keb. Paya Kemunting, Jitra. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.15 petang dan dipercayai kereta tersebut milik salah seorang guru yang mengajar disitu.

Power bank jana kuasa

Kes dipercayai seorang guru bernama Cikgu Arif, dimana dia tidak sengaja tertinggal power bank dalam kereta tersebut dan telah parking di kawasan letak kenderaan yang tidak berbumbung. Oleh kerana cuaca dan suhu yang terlalu panas, power bank mula meletup dan api merebak sehingga kenderaan tersebut dijilat api dalam kawasan sekolah.

Pihak bomba dan penyelamat Jitra mula tiba setelah pihak sekolah melaporkan kejadian tersebut. Bagaimanapun, netizen mula mempertikaikan fungsi pemadam api yang harus digunakan guru sewaktu kebakaran berlaku.

Dekat sekolah kan ada pemadam api

Hanya lihat dan rakam

Video ini dirakam oleh salah seorang pekerja kantin di sekolah berkenaan. Para guru kelihatan agak terkejut menyaksikan kemalangan tersebut. Mungkin ini pengalaman pertama yang berlaku di sekolah dengan situasi yang teruk sebegitu.

Credit: Facebook Zakwan Azman 

“Makcik Sarat Mengandung Pun Pakai Kasut Tumit Tinggi”– Netizen Risau Lihat Nora Danish Pakai Heels

$
0
0

Berita kehamilan Nora Danish disambut baik oleh peminatnya semasa khabar tersebut dikongsi  beberapa bulan yang lepas. Setiap perubahan yang dialami oleh Nora pasti mencuri tumpuan netizen kerana Nora tidak lokek untuk berkongsi foto momen sepanjang proses kehamilannya.

Terbaru, Nora telah berkongsi sekeping gambar OOTD ke majlis pelancaran restoran milik abang iparnya di Pavillion KL. Gambar tersebut mendapat likes sebanyak 17,995 dari followers dan  mula dibanjiri komen netizen yang menganggap pemakaian kasut tinggi semasa mengandung sangat berbahaya.

‘Style punya pasal boleh tak peduli perut dah sarat’

Dengan keadaannya yang sarat, netizen ‘takut’ melihat ketinggian tumit kasut yang dipakai oleh Nora. Ini respon netizen.

 

‘Wei makcik  xkan sarat ngandung pakai kasut tumit tinggi’

Namun, tidak semua komen yang ditinggalkan berbaur negatif, ada juga netizen yang menasihati Nora secara baik berkenaan pemakaian kasut tinggi tersebut.

Be careful tau pakai heels

Mengikut kajian, kasut tinggi sebenarnya tidak elok untuk pemakaian seharian, tidak kisahlah untuk wanita mengandung atau tidak. Tapi apa-apa pun kami pasti Nora tahu mana yang baik dan juga buruk. Kami doakan supaya proses kehamilan Nora berjalan lancer.

Credit: Noradanish

‘Janganlah Pakai Macam Balut Nangka’– Lelaki Ini Diselar Bodoh & Lemah Kawal Nafsu

$
0
0

Persoalan aurat wanita dan pandangan mata lelaki seolah-olah tiada kesudahannya. Masing-masing menuding jari atas kesalahan pihak lawan. Perdebatan ini makin rancak apabila ada isu dimain dan dinaikkan semula di media sosial setiap kali.

Satu tweet yang dibuat seorang lelaki mengenai ‘kelemahan’ lelaki membuat pengguna lain ‘triggered’ dengan kenyataan dibuatnya. Kenapa pula tu?

Kami tak kuat!

Pengguna Twitter, Radin Ajijan meninggalkan satu komen berkenaan isu aurat dan wanita. Dia mengiyakan betapa nipisnya iman seseorang lelaki dan menyarankan wanita tidak berpakaian ketat seperti sarung nangka kerana kaum Adam tidak cukup kuat menghadapi ujian itu.

Bila bab kawal nafsu, lemah

Seorang tweetfamous, Nalisa Alia Amin menyelar kenyataan tersebut dengan mengatakan lelaki sebelum ini berlagak dengan kekuatan fizikal mereka namun bila melibatkan menahan nafsu, ramai yang lemah dan bodoh. Kemudian, menurutnya, kesalahan jika berlaku apa-apa kes seksual akan diletakkan pada wanita.

Elok gi duduk Taliban sana

Confirm iman tercampak keluar tingkap

Kenapa tak kawal diri sendiri?

Masyarakat Melayu dah biasa lelaki kacau perempuan

Sumber: Nalisa Alia Amin

Tau La Naik Kereta Mewah Tapi…- Kisah Mat Runner Kena Ludah Di Traffic Light. Biadapnya!

$
0
0

Ramai student mengambil upah bekerja semasa musim cuti semester sebagai part time di pusat beli belah atau kedai makan. Hal ini bagi menampung kos perbelanjaan sepanjang study dan membayar yuran setiap semester. Memandangkan ramai pelajar universiti berasal dari latar belakang keluarga yang kurang mampu. Maka, pelajar ini terpaksa bekerja sambil belajar bagi meringankan beban keluarga mereka.

Pekerjaan part time sebagai runner penghantaran semakin ramai dalam kalangan mahasiswa. Sehingga mereka sanggup dipandang serong oleh segelintir masyarakat demi mencari rezeki. Ini pula kisah si runner yang dimaki dan hampir diludah oleh seorang gadis menaiki kereta mewah

Sampah masyarakat!

Kisah pelajar ini dikongsi di laman Twitter miliknya yang dihina oleh seorang gadis menaiki mini cooper semasa berhenti di traffic light. Menurutnya, gadis tersebut menurunkan cermin tingkap kereta dan mula menjerit ke arahnya perkataan “Sampah masyarakat puiiii” dengan gaya seakan meludah ke arah lelaki berkenaan.

Mentaliti kelas bawahan

Sedangkan, lelaki ini juga tidak mengenali gadis tersebut dan tidak tahu motif sebenar diperlakukan demikian. Dia meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah orang yang berharta tapi bersikap agak kurang ajar terhadap individu lain.

Nampak bergaya tapi papa kedana

Perkongsian kisah runner ini mendapat respond dari netizen sebagai pemangkin semangat untuk terus mencari rezeki. Ramai juga netizen mula berkongsi kisah masing-masing mengenai layanan masyarakat terhadap pekerja yang dianggap low standard ini.

Credit: Twitter NafiqZafree


‘Makin Lama, Makin Bod**’– Post Gambar Lucah Dengan Kapsyen Agama, Iqram Dinzly Buat Hal Lagi?

$
0
0

Sejak kebelakangan ini, nama Iqram Dinzly sering menjadi bualan hangat netizen setelah dikatakan berkelakuan pelik di instagram. Iqram melalui sesi live dilihat menari, berpakaian pelik dan memaki hamun netizen menyebabkan ramai yang mendakwa Iqram Dinzly sedang tertekan.

Terbaru, Iqram Dinzly sekali lagi dikritik selepas memuatnaik gambar tidak senonoh beserta kapsyen agama. Kata mereka, kapsyen dan gambar langsung ‘tidak kena’ dan memburukkan nama Islam.

Gambar tidak senonoh?

Terima kasih atas segala #berkat , #rahmat & #taufikhidayat , #syukor21 , #syukuralhamdullilah ? @bawaabata.merebucks ?????? ????? ????? ???? ??????? ????? ????? ? Ketika kita sakit…. Allah tarik 3 perkara: ? Allah tarik keceriaan wajah kita. ? Allah tarik selera makan kita. ? Allah tarik dosa kita. ? Apabila sudah sembuh, Allah hantar 2 perkara saja: ? ? Allah hantar balik keceriaan wajah kita. ? ? Allah hantar balik selera makan kita. ? ? Tp Allah TAK HANTAR BALIK dosa kita.. ? ? Allahu Akbar sayangnya Allah pada kita? ? ? ? ? ? Sebarkan jika anda yang terbaik MENGELUH. – Sedikit tazkirah untuk keluhan kita : ? Ketika kita mengeluh: “ihhh , aku sangat penat.” ALLAH menjawab: (??????????? ?????????? ????????) “ Dan KAMI jadikan tidurmu utk istirahat (An Naba’ : 9) ? Ketika kita mengeluh: “Beratnya cobaan ini , tak sanggup rasanya aku. ” ALLAH menjawab : (??? ????????? ??????? ??????? ?????? ?????????) “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286) ? Ketika kita mengeluh : “Galaunya aku ” ALLAH menjawab : ( ????? ???????? ??????? ??????????? ??????????) “ Hanya dgn mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra’d : 28) ? Ketika kita mengeluh: “Apa yg aku buat ni semua sia sia. ” ALLAH menjawab : (?????? ???????? ????????? ??????? ??????? ??????) “Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (Al Zalzalah : 7) ? Ketika kita mengeluh: “ tak ada seorangpun yg mau menolong aku.” ALLAH menjawab: (??????? ????????? ????????? ?????????? ??????) “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” (Al Ghafir : 60) ? Ketika kita mengeluh : “ Aku sangat sedih .” ALLAH menjawab: ( ??? ???????? ????? ??????? ??????? ? ) “ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (At Taubah : 40) Jangan banyak mengeluh. ?? Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa dan tawakkal. Semoga menjadi insan yang bertakwa. Hadapi dengan tenang. ? Semoga S E K S #sex #seks S E X Y #sexy #seksi #seksa selalu. ? Terdapat dua ? jenis manusia : 1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini, dia abaikan. 2. Bila dia baca sesuatu yang bermanfaat, dia sebarkan?? I L ? V E U . ??

A post shared by DR. Princhiqy Dinzly (@iqramdinzly) on

 

 

Diserang netizen

Sumber : Instagram Iqram Dinzly

Ada Janggut Dan Misai? Hati-Hati, Anda Mungkin Gay Menurut Akhbar Ini. Kelakar Weh!

$
0
0

Komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dilihat semakin ramai dalam masyarakat kita hari ini. Golongan berkenaan semakin terbuka menonjolkan diri masing-masing sama ada di alam nyata ataupun di media sosial.

Bagaimana untuk mengenali golongan ini terutamanya yang masih ‘menyembunyikan’ identiti sebenar? Sebuah akhbar tempatan mendedahkan ciri-ciri LGBT untuk anda kenali.

Apakah ciri-ciri LGBT?

Akhbar berkenaan mengeluarkan senarai bagaiamana cara untuk mengenali ciri-ciri golongan LGBT. Antaranya adalah memakai baju ketat dengan tujuan menunjukan otot perut, ke gym untuk memerhati pengunjung dan mengambil adik angkat.

Amalan yang menjadi sunnah, menyimpan janggut juga didakwa akhbar berkenaan menjadi ciri-ciri golongan ini. Selain itu mereka juga dikatakan suka pakaian berjenama.

Bagi gay yang berperanan seperti wanita, mereka disifatkan akan terbuntang mata apabila terdapat lelaki kacak di sekeliling mereka. Kelakar habis!

Bagi lesbian pula, dakwa akhbar ini, mereka boleh dikenali apabila ramai yang membenci lelaki, suka menyendiri, kuat cemburu dan selesa berjalan berpegangan tangan dengan rakan sejantina.

Jadi bahan ketawa netizen

Senarai itu dilihat kelakar oleh netizen dan membandingkan ciri berkenaan dengan seksualiti mereka. Ramai yang ‘tahu’ hal sebenar setelah membaca ciri berkenaan. Ada juga yang geram dengan kekurangan ketepatan senarai dikeluarkan itu.

Ikut sunnah pun dikira gay

Nampak sangat bangang di situ

Bukan pertama kali ciri-ciri gay dikeluarkan

Pada 2012, ciri gay turut dikeluarkan antaranya pemakaian baju V-neck, suka memakai baju ketat dan menggunakan beg besar. Senarai itu diterbitkan Yayasan Guru Malaysia Bhd, Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya sehingga viral di media sosial.

Sumber: Malaymango , Malaysiakini

Hidup Bagaikan Roda, Dipulau Rakan Bertudung Labuh & Hafal Al-Quran.. 2 Tahun Kemudian Ini Yang Berlaku

$
0
0

Dalam dunia ini tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Cara didikan dan acuan yang diberikan ibu bapalah yang membentuk peribadi anak-anak. Ada yang dihantar ke sekolah agama semata-mata mahu mendidik anak menjadi seorang muslim sejati. Ada juga yang belajar melalui rakan-rakan.

Janganlah pula menghukum dari luaran sahaja, jahat hari ini tidak semestinya jahat selamanya. Perkongsian gadis ini di twitter mengenai pengalamannya putus kawan dengan rakan bertudung labuh wajar dijadikan pengajaran.

Putus kawan sebab aku tak tutup aurat macam dia

Di twitter gadis ini luah pengalaman pernah putus kawan-kawan gara-gara tidak menutup aurat dengan sempurna. Namun, hidup ini umpama roda, rakannya yang dulu bertudung labuh dan hafal 30 juzuk al-Quran kini jadi ‘minat rempit’. Betullah kata orang, kadang-kadang kita di atas dan kadang kala pula kita di bawah.

Perkongsian gadis ini mendapat 13k retweet dan 8k likes.

Ada yang alami perkara sama

Ada juga kecam kerana buka aib rakan

Namun, di ruangan balas ada juga yang memberi teguran tidak perlulah membuka aib rakan. Sebaiknya cuba nasihat dan bawa kembali rakan itu ke jalan yang benar. Ini kerana perkara sebegini hanya membuatkan orang yang membaca perfikiran negatif. Apa pendapat korang?

Sumber : Twitter 

Disangka Perut Kembung Kerana Semakin Gemuk Rupa-Rupanya…– Kisah Derita Gadis Ini Kehilangan Sebelah Ovari

$
0
0

Kadang-kadang kita tidak menyedari penyakit yang telah lama wujud dalam sistem tubuh badan. Sehinggalah kita sering berasa sakit dan janggal sehingga tahap yang tidak boleh ditahan lagi. Malah, setiap penyakit berpotensi wujud adalah disebabkan oleh faktor keturunan.

Thread gadis di laman Twitter membuatkan ramai netizen bersimpati dengan Kanser Ovari Stage 3 yang dihidapinya. Pada mulanya, perut kembung hanya disangkakan semakin gemuk tapi rupa-rupanya menghidap penyakit.

Masuk angin agaknya

Walaupun menyedari perut semakin kembung dan keras selepas makan. Gadis ini tidak mempedulikan dan hanya dinasihati ibu minum air eno halia untuk menyurutkan angin dalam badan. Dia mula menyedari perutnya semakin keras bagaikan sesuatu yang ada dalam isi perut. Tapi masih tidak dihiraukan lagi sehingga lah pulang ke kampung semasa cuti semester.

Tak pernah terfikir pause study

Ibu dan ayah terus bawa berjumpa doktor di hospital. Setelah menjalani pemeriksaan scan didapati dia perlu menjalani pembedahan segera kerana menghidap Kanser Ovari Dysgerminoma stage 3.

Ketumbuhan tersebut membesar kira-kira 20 cm. Tumor ini perlu dibuang segera untuk menghalang ianya semakin merebak seluruh badan. Habis operation, dia perlu mengikuti kimoterapi sebanyak 6 kali. Dia terpaksa membuat keputusan untuk extend semester akhir di salah sebuah universiti tempatan.

Seramnya, perut di stapler

Terpaksa acah kuat

Banyak perubahan fizikal telah berlaku seperti badan kelihatan makin kurus, bulu kening mulai nipis dan rambut gugur. Terasa sudah putus asa dengan hidup sehingga tidak sanggup untuk melihat perubahan dirinya di depan cermin. Tetapi dia perlu kelihatan kuat di depan ibu dan ayahnya.

Malah, dia menasihatkan netizen untuk mengelakkan dari mengambil sebarang kolagen atau junkfood. Terutamanya buat individu yang mempunyai latar belakang keluarga menghidap sebarang kanser. Sebelum ini gadis tersebut pernah mengambil kolagen rumpai laut dan mungkin itu adalah punca kanser mulai membesar.

Credit: Twitter Atirahhhruslan

[FOTO] Pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 Yang Berwarna-Warni, Jalur Gemilang Berkibar Pertama Kali!

$
0
0

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 dibuka secara rasmi semalam. Majlis pembukaan sukan itu berlangsung penuh meriah di Pyeongchang, Korea Selatan, malam tadi. Tambah membanggakan, inilah kali pertama Malaysia menghantar wakil bertanding dalam temasya berkenaan.

Peluncur ais negara Julian Yee diberi tanggungjawab sebagai pembawa bendera buat Malaysia di Stadium Olimpik Pyeongchang. Meremang bulu roma tengok bendera Malaysia antara negara bertanding.

Perarakan kontinjen Malaysia

Kontinjen negara yang menampilkan hanya dua atlet, adalah satu daripada kontinjen terkecil antara 92 negara yang mengambil bahagian dengan hampir 3,000 atlet bertanding di Pyeongchang.

Turut hadir dalam perbarisan itu Ketua Kontinjen, Datuk Dr Mumtaz Jaafar, peluncur alpine ski Jeffrey Webb dan pengurus pasukan Irene Cheow.

Obor Olimpik dibawa masuk dan dinyalakan

Persembahan formasi tarian yang memukau!

Percikan bunga api dari luar stadium

Pasukan sorak Korea Utara memberi sokongan kepada kontinjen mereka

Pemain drum membuat persembahan tradisi

Pembawa bendera Tonga ‘menghangatkan’ suasana dengan penampilan unik

Sumber: Berita Harian , The Guardian (Reuters, Getty Image, AFP)

‘Kalau Aku Dapat Ni..’- Sembang Lucah Di Group Kerja, Gadis Ini Dedah Perangai Sebenar ‘Lelaki’?

$
0
0

Mengikut peredaran zaman moden ini, wujud pelbagai teknologi yang boleh memudahkan komunikasi dua hala seperti aplikasi Whatsapp, Telegram, Wechat dan sebagainya. Ianya memudahkan untuk kita berkongsi maklumat tentang hal kerja dan berkongsi moment indah bersama keluarga dan rakan.

Namun, aplikasi demikian telah disalahguna sehingga mengundang kesan buruk  tanpa kita sedari. Wanita ini berkongsi di laman Twitter mengenai ketidakselesaan apabila ‘terjebak’ dengan unsur lucah dalam group Whatsapp kerja.

Disuruh tunjuk aksi kangkang

Wanita ini berasa tidak selesa apabila sebahagian pekerja lelaki berborak lucah mengenai perihal peribadi wanita dalam group kerja Whatsapp. Malah, disertakan pula video dan gambar lucah dalam Whatsapp berkenaan. Sedangkan dalam group tersebut juga terdapat ramai pekerja wanita. Hal ini dianggap tidak hormat dan mengundang ketidakselesaan bagi pekerja lain.

Lepak usha perempuan, sembang p***

Golongan pekerja lelaki ini menjadi agak janggal apabila keluar melepak bersama office mates perempuan. Malah, tidak pernah mengajak pekerja perempuan untuk meluangkan masa bersama. Dikatakan mereka selalu berborak isu perempuan dan berkesempatan kongsi foto serta video pekerja office disitu.

Kisah malam jumaat

Setiap malam jumaat, golongan lelaki tadi mula berkongsi video dan gambar lucah beserta ‘tips’ bersama di atas ranjang. Apa yang peliknya, pekerja wanita yang juga ada dalam group Whatsapp tersebut hanya membisu dan enggan membuat laporan kepada majikan. Semuanya tidak berani kerana takut menjadi punca pekerja lelaki berkenaan dibuang kerja.

Moga-moga gejala ini dapat dihindari ditempat kerja kita.

Credit: Twitter AlialmanHMS

“Jadi Pengguna Tetap Barangan High Class”- Dr Amalina Dapat Jemputan Ke London Fashion Week

$
0
0

Dr amalina Bakri tidak sunyi dengan kontroversi sejak akhir-akhir ini. Nampaknya setiap apa yang dilakukan beliau ada sahaja yang menarik perhatian netizen.

Terbaru, tweet Dr Amalina mendapat perhatian kerana beliau dijemput memeriahkan London Fashion Week.

‘Macam mana nak jadi tetamu London Fashion Week’

Beliau sering menggayakan fesyen terkini dan dikongsikan dilaman instagramnya.

Seorang pengguna twitter teruja kerana dia juga teringin untuk menjadi tetamu jemputan. Pasti korang tertanya-tanyakan bagaimana caranya untuk menjadi tetamu jemputan.

‘Be a regular customer’

Kalau korang perasan, Dr Amalina sangat mencintai hasil kerja dari Ted baker dan sering menggayakan barangan dar Channel.

‘That’s my bucket list’

Followers Dr Amalina juga menganggap ini sebagai salah satu impiannya.

Credit: DrAmalinaBakri


‘Banyak Aku Lihat Depan Mata, Masjidnya Nilai Berjuta. Duit Masjid Berpuluh Ribu Tapi..’

$
0
0

Beberapa hari lepas, Sinar Harian melalui satu artikel telah mendedahkan banyak masjid dan surau di Malaysia bekukan wang simpanan tetap di bank tanpa mahu membelanjakannya. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kajian pada 2012 mendapati RM7.8juta hasil simpanan bank milik 668 masjid di seluruh negeri itu tidak digunakan.

Seorang guru, Mohd Fadli Salleh di facebook memberikan pandangannya mengenai isu ini. Dia juga mencadangkan 3 perkara yang mungkin boleh dilakukan oleh pihak masjid supaya masjid dikagumi dan orang ramai pun mendekati.

Kenapa masjid simpan banyak duit?

3 pendapat untuk peruntukan dana

Masjid dikagumi, orang makin mendekati

Sumber : Mohd Fadli Salleh

[VIDEO] Dua Jiran Bergaduh Siap Keluar Pedang Samurai! Kes Apa Ni?

$
0
0

Selain daripada ahli keluarga dan rakan-rakan, jiran merupakan orang terdekat yang dapat membantu ketika dilanda kesusahan. Namun, kegagalan sesetengah individu memahami konsep kejiranan dengan baik akan menimbulkan perselisihan faham sekaligus mengakibatkan perhubungan menjadi negatif.

Melalui laman Komuniti Kuantan, sebuah video berdurasi 1:34 minit menunjukkan beberapa orang dipercayai jiran saling bergaduh. Apa yang mengejutkan, salah seorang mengeluarkan pedang samurai!

Saling ejek mengejek?

Siap samurai horr..jeng palerr mikir,keh3
Kejadian d paka katanya..

Menerusi video yang viral di laman facebook beberapa jam lalu, kelihatan dua buah keluarga saling bertikam lidah sehingga mengeluarkan kata-kata kesat antara satu sama lain. Namun setakat ini, punca perbalahan masih belum diketahui.

Tambah mengeruhkan keadaan apabila salah seorang individu mengeluarkan pedang samurai sambil menghalanya ke arah individu lain. Di ruangan komen ramai yang terkejut melihat insiden yang dianggap memalukan tersebut.

Komen netizen

Sumber : Komuniti Kuantan

‘Bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan’- Harga Di Food Truck Cekik Darah, Kuantiti Makanan Tak Berbaloi?

$
0
0

Kewujudan perniagaan industri kecil seperti food truck semakin banyak kelihatan di mana-mana acara. Peniaga juga menyediakan pelbagai jenis juadah untuk dijual bagi memenuhi permintaan pelanggan. Diperkatakan lebih kurang 1,000 lesen perniagaan bagi food truck yang bakal dikeluarkan pada akhir tahun ini.

Namun, ramai di antara pelanggan yang kurang berpuas hati dengan kuantiti makanan dan harga yang dikenakan. Netizen berpendapat bahawa makanan yang dijual di food truck lebih mahal berbanding harga makanan di restoran.

Food truck cekik darah

Netizen mula melatah apabila dimaklumkan kecambahan food truck pada tahun ini semakin meningkat. Malah, mereka turut mempertikaikan harga yang ditawarkan melambung tinggi dan tidak sepadan dengan kuantiti makanan yang dijual.

Berbaloi, mahal tapi sedap

Netizen mendakwa harga yang ditawarkan food truck lebih mahal berbanding harga di restoran. Tetapi berbaloi sekiranya makanan yang dijual sedap. Layanan yang tiptop juga membuatkan pelanggan rasa lebih dihargai.

Food truck tengah struggling

Namun ada juga yang berpendapat netizen perlu mengambil kira kos modal perbelanjaan food truck ini. Walaupun peniaga ini tidak dikenakan charge sewa tapak tetapi mereka perlu membayar pinjaman harga lori yang dibeli. Selain itu, mereka perlu membayar upah pembantu dan tukang masak yang agak tinggi. Ditambah pula dengan persaingan yang semakin sengit kini.

Credit: Twitter myjoe_

‘Antara Orang Paling Beruntung’– Usung Jenazah Di Tanah Suci, Pengalaman Paling Indah Wak Doyok

$
0
0

Menunaikan ibadah haji atau umrah di Mekah pastinya menjadi impian seluruh umat Islam di dunia. Namun, tidak kesemuanya diberi peluang untuk berkesempatan berkunjung ke sana. Di instagram, dapat kita lihat beberapa orang selebriti seperti Rozita Che Wan, Elfira Loy, Adam Corrie, Wak Doyok dan ramai lagi ke Mekah untuk ibadah umrah.

Di instagram, Wak Doyok telah berkongsi beberapa keping foto dan video momen indah berada di sana. Paling yang tidak dapat dilupakannya ialah pengalaman mengusung jenazah.

Alangkah indahnya mereka meninggal di tanah suci

Melalui perkongsian video di instagram, Wak Doyok memberitahu antara pengalaman yang tak dapat dilupakannya ialah apabila berpeluang mengusung jenazah di Masjid Nabawi. Tambahnya lagi, alangkah indahnya mereka yang meninggal dunia di tanah suci ini. Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan syukur dengan peluang yang diperolehi Wak.

Beruntungnya Wak

Sumber : Instagram Wak Doyok

‘Ignorant Twat, Tak Ada Adab’– Ganggu Penyanyi Jalanan Di London, Aliff Syukri Diselar Netizen

$
0
0

Kecoh dalam media sosial baru-baru ini berkenaan tangki air di rumah mewah Dato’ Aliff Syukri bocor sehingga membanjiri perabot yang baru dibelinya. Dato’ Aliff menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu perkara yang menyedihkan buat dirinya lalu mengambil keputusan menenangkan fikiran dengan bercuti ke London.

Terbaru, Dato’ Aliff telah memuatnaik satu video berdurasi 0:58 saat dimana dia dilihat sedang mengganggu seorang penyanyi jalanan yang sedang mengadakan persembahan di Portabello Road Market, London. Dalam video tersebut Dato’ Aliff menyanyikan lagu duetnya yang juga tular sebelum ini di media sosial.

Ignorant twat, tak ada adab’

Instagram Photo

Setakat ini, video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 183,956 dengan komen yang ditinggalkan sebanyak 529. Ini respon netizen.

Ramai berpendapat bahawa tindakan tersebut biadap dan menjengkelkan.

Please jangan malukan rakyat Malaysia’

Rata-rata komen meminta agar Dato’ aliff tidak membuat perkara-perkara yang memalukan sepanjang berada diluar negara.

‘Dato’ Aliff over confident

Namun, ada juga yang menganggap bahawa tindakan tersebut adalah satu tindakan yang berani dan sekadar untuk membuat lawak sahaja. Apa-apa pun pasti Dato’ Aliff sedar akan tindakannya dan tahu mana yang baik atau buruk.

Credit: @aliffsyukriterlajaklaris

Viewing all 35950 articles
Browse latest View live