Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35747 articles
Browse latest View live

Makan Malam Terakhir, Empat Sekeluarga Maut Dirempuh Treler & Dihempap Bahan Binaan

$
0
0

Di Sungai Siput, empat sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia 16 bulan maut selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Kemalangan maut itu berlaku apabila kereta yang dinaiki keluarga ini telah bertembung dengan sebuah treler di Jalan Ipoh-Kuala Kangsar sekitar jam 10:20 malam (13 Februari 2020).

Empat sekeluarga maut

Menerusi laporan Sinar Harian, ketika kejadian mangsa iaitu Koperal Mohamad Faiz Bakhari seorang polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput bersama isterinya, Nik Iedayu Nik Hassan, anak sulung, Muhammad Fariz Iskandar dan anak bongsunya, Muhammad Faqih Irsyad berusia 16 bulan serta kakak ipar, Nik Ifeka Nik Hassan baru sahaja dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai makan malam di restoran berdekatan.

Tetapi malangnya, tidak sempat berbuat demikian sebuah treler bermuatan bahan binaan secara tiba-tiba telah terbabas dan memasuki jalan bertentangan sehingga telah bertembung dengan kereta jenis Proton Saga yang dinaiki keluarga ini. Kesemua mangsa telah dihempap dengan bahan binaan yang berat itu.

Seorang anak terselamat

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Jeffery Abdullah berkata, pasukan mereka bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan berhubung dengan kemalangan tersebut.

Mangsa yang tersepit adalah pemandu dan seorang wanita di bahagian penumpang belakang manakala kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun di tempat duduk penumpang hadapan.

Kanak-kanak terbabit terselamat apabila dia terperosok di bawah papan pemuka dan anggota bertindak menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan kesemua mangsa.

Pemandu treler cedera ringan

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anak lelaki mangsa, Muhammad Fariz Iskandar yang berusia 3 tahun telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh kerana mengalami kecederaan parah. Kesemua mayat mangsa yang lain diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, pemandu treler tersebut dikatakan hanya mengalami kecederaan ringan dan dia telah ditahan pihak polis untuk diambil keterangan berhubung dengan kejadian ini.

Difahamkan jenazah semua mangsa akan dikebumikan di kampung halaman mereka di Kota Bharu, Kelantan selepas selesai proses bedah siasat.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani


‘Ayat Terakhir, Allah’– Jemaah Rebah Selesai Solat Subuh, Pengakhiran Lelaki Ini Dicemburui Ramai

$
0
0

Di Kluang Johor, seorang jemaah masjid meninggal dunia selepas solat subuh berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama. Arwah, Jalaludin Borhan dikatakan baru sahaja bangun dari sujud kemudian mengurut dada yang tidak selesa. Selepas berwirid dan berzikir, arwah sujud seketika sebelum rebah.

Di Facebook, Muhd Abd Rahman yang menjadi saksi pemergian arwah secara Husnul Khotimah berkongsi kisah ini.

Solat subuh berjemaah, wirid, sujud dan rebah

KEMATIAN YANG DICEMBURUI.

Hari ini saya menjadi saksi bahawa kematian itu datang bila bila masa. Subuh berjemaah di Surau Raudhatul Firdaus, Taman Kerjasama, Kluang bersama anak anak Tahfiz Al-Mukhlisin. Usai solat subuh berjemaah seorang insan yang dipilih Allah, suami kepada Maimunah Juraimi dan ayah kepada Farah Asyiqin Jalaluddin, Jalaludin Bin Borhan dijemput Ilahi.

Husnul Khotimah. Pengakhiran yang kita semua idamkan. Solat subuh berjemaah, wirid, sujud dan rebah. Mata ini melihat kebesaranMu ya Allah. Saya berada di sampingnya semenjak awal pagi. Bertanya “Cik Jalal, awal pagi ni ke surau”. Di balas arwah “Nak ke pasar lepas ni ustaz. Terus pergi je.” Senyum arwah terkenang sehingga sekarang.

Ayat terakhir Allah

Sedang azan arwah masuk ke dalam surau. Bersandar ke dinding selepas solat sunat. Menanti iqamah. Arwah menyapa “Ustaz, sini sini sebelah saya. Apa apa jadi senang”, ketawa kecil kami.

Selepas solat, berzikir, sedang berzikir urut dada. Arwah sujud untuk mohon kekuatan dari Allah SWT. Bangun dari sujud, urut dada kembali dan rebah. Saya terkejut, melihat wajah arwah kita faham. Saya mengucap syahadah di telinganya dan ayat terakhir dari arwah. Allah! Dan beliau pergi meninggalkan kita. Satu penyaksian dan pengakhiran yang kita semua cemburui.

Husnul Khotimah

Kematian yang dicemburui

Sumber : Muhd Abd Rahman

Trending Di Twitter Pelajar UiTM Terima SALAM, Sampai System Down!

$
0
0

Sudah menjadi kebiasaan untuk pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) terima ‘SALAM’ melalui e-mail. Pastinya perasaan gementar akan dirasai setiap pelajar UiTM dimana mereka mengharapkan ‘dean list’ setelah berhempas pulas di semestar lalu.

Ramai pelajar UiTM berpusu terima ‘SALAM’ sampaikan system down sebelum mereka berkongsi keputusan peperiksaan di media sosial.

 

Starter pack result UiTM

Dek kerana terlalu gemuruh dan teruja, rata-rata pelajar UiTM setia menunggu di depan laptop mahupun telefon mereka demi untuk mengetahui keputusan semestar lalu. Sampai sistem di portal UiTM jadi down bermula jam 12.00 tengah malam tadi.

Countdown tunggu result

MPP kongsi doa

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Melaka turut berkongsi beberapa keratan doa buat pelajar yang akan menerima keputusan. Antara doa yang dikongsi ialah Doa Memohon Kejayaan dan Keputusan yang Baik dan Doa Memohon Kejayaan Cemerlang.

Tak boleh tidur

Ada juga segelintir pelajar tidak boleh tidur dengan tenang gara-gara ingin mengetahui keputusan peperiksaan mereka. Mendapat keputusan cemerlang atau Anugerah Dekan adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. Ini kerana usaha mereka di semestar lalu berbaloi!

Ragam semak result UiTM

Bagaimanapun, terdapat juga sebahagian pelajar yang gagal melangsaikan pembayaran yuran atau denda adalah gagal untuk memeriksa keputusan mereka. Sekiranya berlaku kes demikian, pelajar berkenaan perlu membayar hutang terlebih dahulu, baru boleh terima ‘SALAM’ dari UiTM.

Rata-rata pelajar meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ibu bapa, pensyarah dan rakan sekelas yang sentiasa membantu dan mendoakan urusan sepanjang menjalani semestar lalu. Apapun, tahniah buat pelajar UiTM yang telah terima keputusan cemerlang dan kepada kurang bernasib baik, jadikan titik ini sebagai pembangkit semangat buat anda terus maju dalam pelajaran.

Sumber: Twitter

‘Dia Nak Belikan Kucing, Tapi Tak Kesampaian’ – Kehadiran Kucing ‘Misteri’ Temani Anak Arwah Abam Undang Sebak

$
0
0

Meskipun empat hari sudah berlalu, pemergian Abam masih ditangisi oleh ahli keluarga, sahabat malah seluruh rakyat Malaysia. Pelbagai kisah kebaikan Abam dirungkai selepas pemergiannya dan ternyata insan bernama Syed Umar Mokhtar ini seorang yang hebat.

Terbaru, seorang kenalan Abam yang dikenali sebagai Syuk memuat naik satu gambar di Instagram di mana ada seekor kucing sedang tidur di sebelah anak Abam. Menurut Syuk, kucing itu seolah-olah peneman buat Hamzah.

Arwah nak beli seekor kucing

Instagram Photo

Menerusi posting Syuk, dia memberitahu hasrat Abam sebelum ini adalah untuk membeli seekor kucing bagi menemani isterinya di rumah. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian kerana dia telah dijemput ilahi. Walau bagaimanapun, selepas pemergian Abam, mereka semua seakan tidak percaya apabila seekor kucing yang tidak tahu dari mana telah memasuki rumah keluarga Abam dan terus tidur disisi Hamzah. Tambah Syuk, sehingga hari ini kucing tersebut masih berada di rumah itu.

Sejak hari pertama

Salah seorang netizen turut berkongsi di mana dia melihat kucing yang sama pada hari pertama arwah Abam meninggal dunia. Pelbagai komen turut ditinggalkan oleh netizen melalui posting tersebut. Mereka menyifatkan kucing yang datang itu merupakan peneman seketika buat anak kecil itu selepas kehilangan seorang ayah.

Contohi ayahmu

Sumber: Mohd Syukri

‘Orang Tak Balut Muka Cenggitu Macam Mumia’ – Lagi Babak Drama Melayu Jadi Bahan Lawak

$
0
0

Drama Camelia yang bersiaran di slot Samarinda melabuhkan tirainya tempoh hari, menamatkan segala konflik yang berlaku dalam drama berkenaan. Namun, satu babak dalam episod 2 akhir di mana salah seorang watak terkena simbahan asid dan dirawat, menerima kritikan di laman sosial.

Apa fungsi face mask tu?

Seorang doktor, Dr Muhammad Izzat di Twitter mempersoal tindakan produksi drama berkenaan yang menunjukkan watak Marina lakonan Ain Edruce terkena simbahan asid dengan balutan seperti mumia. Tambah kelakar, setelah dibalut keseluruhan wajahnya, dipasangkan pula topeng bantuan pernafasan untuk menunjukkan betapa seriusnya rawatan diterima.

Mungkin disengajakan?

Ada netizen yang berpendapat tindakan itu disengajakan untuk membuatkan drama demikian trending di laman sosial. Setelah viral di laman sosial, rating drama akan meningkat setelah menjadi bualan netizen.

Macam mumia Didi and Friends

Sumber: Muhammad Eizat

Insan Berani Terima Kejutan, Tonton Video Ini Untuk Dapatkan Inspirasi Daripada Mereka

$
0
0

Tak semua orang ada keberanian untuk tunjukkan betapa sayang dan prihatinnya diorang terhadap seseorang yang mereka sayang. Sesetengah daripada kita segan nak tunjuk, lagi-lagi lelaki. Padahal, dalam hati sebenarnya diorang ambil berat sampai sanggup belikan makanan, berkorban masa dan sebagainya.

Baru-baru ni, jenama minuman CALPIS dengan kerjasama 50Gram beri kejutan buat beberapa insan di luar sana yang tunjukkan rasa cinta melalui tindakan berani mereka. Haa, apa kejutan tu? Jom kita tengok video kat bawah…

Kejutan istimewa untuk mereka yang berani


Seperti mana yang korang tengok, salah seorang gadis yang sanggup mengenepikan impiannya dan mengutamakan tanggungjawab terhadap keluarganya menerima kejutan sejambak bunga unik edisi terhad CALPIS Sakura atas tindakan berani yang dilakukan.

Untuk pengetahuan korang, gadis berkenaan langsung tak tahu apa-apa tentang kejutan yang bakal diterima itu. Terkejut habis dia dibuatnya!

Bagi admin, tindakan yang diambil gadis berkenaan wajar diberi perhatian dan penghargaan kerana sanggup meletakkan impiannya di tangga kedua selepas keluarga. Tak ramai orang mempunyai fikiran sama macam gadis tu tau…

Tunjukkan lebih rasa cinta dengan jambangan bunga unik edisi terhad dari CALPIS

Perlukan keberanian untuk tonjolkan rasa cinta? CALPIS dengan kerjasama 50Gram kini memperkenalkan jambangan bunga unik edisi terhad CALPIS Sakura yang digubah khusus untuk korang yang nak luahkan rasa cinta dengan keunikan tersendiri.

Malah, dalam jambangan bunga unik edisi terhad CALPIS Sakura berkenaan turut tersedia minuman CALPIS Cherry Blossom yang menyegarkan dan merupakan minuman susu kultur pertama di Jepun yang membantu mengekalkan kesihatan usus yang baik. Mesti orang tersayang lebih sayangkan korang lepas ni!

Jom luahkan rasa cinta dengan jambangan bunga unik edisi terhad CALPIS Sakura yang disertakan minuman CALPIS Cherry Blossom buat yang tercinta. Dapatkan segera sebab ia hanya boleh didapati pada bulan Februari saja! Untuk menempah, layari laman web 50Gram.

#CalpisSakura #CalpisX50Gram

[VIDEO] Nak Lari Mana? Pulangkan Baliklah Duit Orang Tu…Tak Berkat

$
0
0

Duit sudah dikeluarkan dari mesin wang automatik (atm) tapi terlupa nak ambil. Bila nak pergi semula, duit sudah lesap! Itulah yang dilalui seorang lelaki yang kerugian sejumlah wang selepas terlupa mengambil wang yang dikeluarkan.

Hasil bantuan pihak stesen minyak, rakaman cctv menunjukkan seorang lelaki yang sedang berurusan di mesin atm sebelah mengambil duit tersebut.

Saya nak cepat sampai lupa ambil wang

Kejadian pagi tadi lebih kurang jam 9 pagi. Saya nak cepat. Cuma capai atm card jer, duit yang keluar dah lupa nak ambil.

Adik sebelah nampak duit berkenaan ambil dan terus berlalu pergi. Mohon pulangkan semula yer. Pada yang mengenali adik tersebut beritahulah. Ada keperluan mustahak untuk gunakan wang tersebut.

Hubungi saya 0123841416 Ishak. Terima kasih staff petronas pasar borong Selayang. Anda awesome Lima bintang untuk anda Kerana berikan kerjasama. Semoga adik berkenaan hubungi saya semula deh.

Menurut Ishak, dia dalam keadaan tergesa sehinggakan lupa untuk mengambil wang dari mesin berkenaan setelah membuat pengeluaran wang. Lelaki yang menggunakan mesin atm di sebelahnya menyedari wang tersebut tidak diambil oleh Ishak namun bertindak mendiamkan diri dan terus mengambil wang berkenaan tanpa rasa bersalah.

Tak amanah betul orang macam ni

Rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu yang tidak amanah kerana mengambil hak orang lain. Jika dilihat menerusi video itu, lelaki berkenaan sepatutnya sempat untuk memulangkan kembali wang kepada pemilik asal.

Sumber: Ishak Ibrahim

Pegawai Kerajaan Korea Utara Ditembak Mati Lari Dari Kuarantin Coronavirus, Guna Tandas Awam

$
0
0

Walaupun tiada kes jangkitan coronavirus berlaku di Korea Utara, mereka telah mengambil langkah pencegahan secara drastik. Difahamkan, kerajaan negara itu telah menyekat semua pelancong dari negara luar daripada memasuki negara mereka.

Mereka juga telah mengasingkan sesiapa saja yang baru pulang dari China atau berhubung dengan rakyat China. Ini untuk mengelakkan penyebaran virus secara meluas berlaku.

Ingkar perintah kuarantin, ditembak mati

Foto: thesun.co.uk

Memetik laporan World of Buzz, seorang pegawai yang baru pulang dari China ditembak mati selepas dia melarikan diri dari pusat kuarantin coronavirus. Dia dikatakan telah menggunakan tandas awam dan berisiko menyebarkan virus kepada orang ramai.

Hukuman itu dilakukan selepas pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un memutuskan bahawa negara itu akan melaksanakan undang-undang tentera terhadap sesiapa yang ingkar dengan perintah kuarantin.

Pegawai lain diasingkan ke sebuah ladang

Foto : Avalon.red

Sementara itu, pegawai lain dikatakan telah dihalau dan diasingkan ke sebuah ladang di Korea Utara selepas dia cuba menyembunyikan perjalanannya ke China.

Daily Mail melaporkan penguatkuasaan ini adalah perkara biasa berlaku di Korea Utara walaubagaimanapun kes sukar untuk disahkan. Semalam, dilaporkan Pyongyang telah memanjangkan tempoh tahanan kuarantin kepada 30 hari berbanding tempoh 14 hari yang dicadangkan. Malah, institusi kerajaan dan warga asing yang tinggal di Korea Utara juga perlu mematuhi arahan tersebut.

Difahamkan, Korea Utara juga telah menutup sepenuhnya sempadan dengan negara China. Penerbangan dan laluan darat serta kereta api juga telah disekat selain turut mengharamkan kemasukan pelancong asing.

Sumber : World of Buzz, Daily Mail


Dipuji Mirip DingDong Dantes, Kenyataan Finalis Hero Remaja Ini Bikin Netizen Geli Hati

$
0
0

Siapa tidak kenal dengan pelakon kacak Filipina iaitu Dingdong Dantes yang membintangi drama MariMar. Drama itu pernah popular pada sekitar tahun 2007 di Malaysia sehinggakan menjadi ikutan orang ramai. Tidak dapat dinafikan kekacakan wajah pelakon Filipina itu sememangnya menjadi igauan para gadis.

Terbaru, seorang peserta Hero Remaja dikatakan mempunyai raut wajah yang iras dengan pelakon Filipina tersebut. Namun, rata-ratanya tidak bersetuju dan kecewa dengan penyamaan tidak seiras itu. Walaubagaimanapun, peserta ini tidak kisah jika disamakan dengan wajah pelakon Dingdong Dantes. Eh, sama ke?

‘Saya sendiri tak perasan’

Instagram Photo

Kenyataan peserta Hero Remaja iaitu Azri Khair undang pelbagai reaksi netizen apabila dia memberi respon terhadap dakwaan mempunyai iras bersama bintang Filipina, Dingdong Dantes. Memetik laporan Media Hiburan, dia turut tidak cepat melatah dan tak pandang enteng terhadap dakwaan itu.

Saya okay saja kalau mereka nak samakan saya dengan pelakon antarabangsa berkenaan. Saya sendiri tak perasan muka saya macam pelakon tersebut. Tetapi ramai yang usik dan samakan saya dengan dia.

Malah, perkara itu sudah berlaku ketika saya masuk universiti. Kebiasaannya kenalan rapat akan samakan saya dengan hero Filipina itu. Dalam masa yang sama, saya seronok dan terhibur juga apabila disamakan dengan aktor Filipina itu.

Graduan jurusan Pemasaran

Instagram Photo

Azri Khair yang berusia 24 tahun ini berasal dari Selangor dan merupakan graduan dari MMU, Cyberjaya. Dia baru sahaja menamatkan pelajarannya pada September 2019 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran.

Bagaimanapun, susulan daripada dakwaan yang raut wajahnya itu mirip pelakon terkenal Dingdong Dantes telah undang kecaman netizen. Rata-rata mempersoalkan dan kurang bersetuju sekiranya peserta lelaki ini mengakui wajahnya itu persis Dingdong Dantes.

Jauh beza

Celah mana sama?

Sumber: Media Hiburan, Azri Khair

Lepas Polis, Kali Ini Lelaki Menyamar Jadi ‘Komando’ Pula Kantoi! Siap Keluar Dating, Buat Tiktok Pakai Seragam

$
0
0

Komando itu adalah askar yang dipilih dan dilatih untuk menjalankan tugas-tugas yang berat dan sukar. Latihan untuk melayakkan diri sebelum seseorang anggota mendapat gelaran berkenaan membuatkan anggota ini dipandang tinggi dan dihormati. Namun, tindakan seorang individu menggunakan gelaran dan seragam unit ini sesuka hati membuatkan netizen menyeru supaya individu itu tersebut dicari untuk tindakan lanjut.

Salah pakai pangkat, boleh cemarkan imej Gerak Khas

Pengguna Facebook Sil Amar berkongsi beberapa foto seorang lelaki yang berpakaian celoreng yang dikatakan menggunakan nama Gerak Khas dan pangkat yang salah. Tindakan berkenaan dibimbangi akan menjatuhkan imej unit itu di mata awam.

Keluar bersama teman wanita, siap buat Tiktok pakai seragam!

Apa yang melucukan, lelaki berkenaan menyarung seragam lengkap dengan pangkat dan beret ketika keluar bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya. Turut dimuatnaik adalah video aplikasi Tiktok bersama seorang lagi wanita.

ATM keluarkan pekeliling

Dapat nanti bawa masuk PULPAK

Melihat kepada ‘minat’ dan kesungguhan individu itu yang teringin menyandang gelaran komando, netizen mencadangkan supaya dia dimasukkan ke Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) jika dapat dikesan pihak berkuasa.

Sumber: Sil Amar

Mahkamah Putuskan Anak Tak Sah Taraf Tak Boleh Berbinkan Bapa

$
0
0

Anak yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf tidak boleh dibin atau binti dengan nama bapanya. Itu keputusan dibuat Mahkamah Persekutuan yang mendapat sokongan majortiti 4-3.

Melayu Islam tak guna nama keluarga

Pada 2017, Mahkamah Rayuan memutuskan anak orang Islam yang tidak sah taraf tidak boleh menggunakan nama bapa dan sebaliknya perlu ‘di bin atau binti Abdullah’.

Hakim Rohana yang menyampaikan keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan itu hari ini berkata Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (BDRA) tidak digunapakai bagi pendaftaran kelahiran anak orang Melayu Islam kerana orang Melayu tidak menggunakan nama keluarga.

Tambah Hakim Rohana lagi, Seksyen 13A tidak diguna pakai dalam sistem nama orang Melayu dan tidak membolehkan anak-anak dibin atau binti dengan nama peribadi orang yang diketahui adalah bapa kepada anak itu.

Nama responden tanpa ‘bin Abdullah’ kekal

Hakim Rohana, bagaimanapun mengeluarkan perintah penting bagi ketua pengarah JPN mengeluarkan ‘bin Abdullah’ daripada sijil kelahiran kanak-kanak itu dalam kes ini.

Nama responden pertama (kanak-kanak) tanpa ‘bin Abdullah’ perlu kekal.

Hakim Rohana berkata ketua pengarah JPN tidak boleh menggunakan fatwa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap kanak-kanak itu kerana tiada fatwa tentang bagaimana memberi nama pada kanak-kanak tidak sah taraf yang diwartakan di Johor.

Sumber: Malaysiakini

‘Speaking’ Inggeris Pekat Loghat Ganu, Pelumba LTDL 2020 Dipuji Tak Lupa Diri

$
0
0

Pelumba Terengganu Inc. TSG Cycling Team Mohd Harris Saleh mengungguli pusingan kelima Le Tour de Langkawi (LTDL 2020). Harris muncul pelumba terpantas pada garisan penamat di Meru Perak dengan catatan masa 3:39:42 saat. Temubual pelumba itu mencuri perhatian apabila dia bercakap dalam Bahasa Inggeris loghat Terengganu.

 

Dalam temubual itu Harris ditanyakan mengenai kemenangannya tempoh hari. Dia menjawab mengenai strateginya menghadapi kilometer akhir sebelum berjaya menjadi pelumba terpantas. Walaupun kedengaran pekat dengan loghat Terengganu, Harris mampu berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa itu dengan baik.

Dipuji tak lupa jati diri

Rata-rata pengguna Twitter memuji Harris yang dikatakan boleh berbahasa Inggeris dengan baik tanpa menghilangkan loghat dan jati diri.

English bagus tak jamin podium

Sumber: My Teh O Ais

‘Nak Sangat Masuk Syurga, Usahalah Sendiri’– Dipaksa Masuk Tahfiz, Pelajar PT3 Kemurungan

$
0
0

Penyakit kemurungan merupakan penyakit yang melibatkan perasaan sehingga membawa kepada kesan negatif terhadap tingkah laku dan pemikiran seseorang. Pesakit akan mudah rasa tertekan, emosi tidak stabil dan cepat ‘naik angin’. Bagi penghidap penyakit ini haruslah segera mendapatkan rawatan dari pakar agar dapat mengurangkan penderitaan yang dialami.

Satu perkongsian melalui Facebook Nomie Mat Lias, menceritakan kisah sedih di mana seorang wanita yang merupakan pesakit kemurungan ini meluahkan bagaimana dia menghidap penyakit tersebut. Perjalanan hidup wanita itu sungguh sedih dan memberi impak terhadap kehidupan sehariannya.

Kemurungan disebabkan ayah meninggal

Kisah ini terjadi semasa dia berada di kafe hospital dan secara tidak langsung seorang wanita duduk bersebelahannya. Pada awalnya, mereka hanya berbual kosong sehinggakan dia bertanya kepada wanita itu tujuan hadir ke hospital. Jawapan yang diberikan wanita itu sungguh mengejutkan apabila dia memberitahu bahawa dia mempunyai temu janji bersama psikiatrik.

13 tahun alami kemurungan

Menurut wanita tersebut, dia mengalami penyakit kemurungan sejak ayahnya meninggal dunia pada tahun 2007. Dia telah menderita penyakit itu selama 13 tahun sehinggakan dia tidak boleh lagi menangis walaupun sedang bersedih. Tambahnya lagi, penyakit kemurungan ini boleh membuatkan seseorang itu terlampau emosi sehingga tidak boleh menahan rasa marah.

Nak masuk syurga, usalah sendiri

Tambah wanita itu lagi, dia turut berkongsi kisah anak buah rakannya yang mengalami kemurungan kerana dipaksa ibu bapa untuk ke asrama tahfiz. Remaja tersebut yang telah pendam lama masalah akhirnya terbongkar selepas dia meluahkan rasa marah kepada ibu bapanya.

Muda lagi dah kena rawatan psikiatrik

Jumpa psikiatrik bukan bermakna gila

Sumber: Nomie Mat Lias

Viral Penguatkuasa ‘Angkat Tangan’, Anggota Digantung Tugas, Adun Subang Jaya Tuntut Permohonan Maaf

$
0
0

Tindakan seorang lelaki warga emas melakukan provokasi dan menghalang tugas penguatkuasa undang padah apabila dia dipukul sehingga rebah. Menerusi sebuah video yang viral di laman sosial, lelaki warga emas itu dilihat terlebih dahulu menyerang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menggunakan payung dipercayai kerana tidak berpuas hati kereta ditarik.

Penguatkuasa harus minta maaf

Adun Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze menyatakan rasa kecewa dengan tindakan kasar penguatkuasa tersebut. Katanya, walaupun tindakan warga emas menyerang menggunakan payung adalah salah. Dia sebagai penguatkuasa tidak seharusnya membalas dengan kekerasan.

Dia juga menggesa penguatkuasa itu memohon maaf dan pihak MPSJ seharusnya melatih anggotanya cara yang betul ketika berhadapan dengan situasi tegang antara pemilik kereta.

Menerusi Berita Harian, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan berkata anggota penguatkuasa tersebut digantung tugas sementara siasatan dijalankan. Katanya lagi, pihaknya memandang serius insiden ini dan menasihatkan orang awam supaya mengemukakan aduan kepada MPSJ jika tidak berpuas hati dengan perkhidmatan anggotanya.

Dua-dua salah

Di ruangan komen, orang ramai walaubagaimanapun tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dianggap berat sebelah. Mereka berpendapat kedua-duanya salah kerana melampaui batas masing-masing.

Sumber : Michelle Ng Mei Sze , Berita Harian

HUAWEI Kongsi 3 Idea Temu Janji Romantis Serta Hadiah Percutian Ke Maldives Bersama Si Dia!

$
0
0

Tak kiralah pasangan yang dah berkahwin atau masih lagi baru menjalinkan hubungan percintaan, peluang bila dapat keluar temu janji bersama adalah saat yang terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan dengan si dia.

Bagi yang dah lama bersama, tak mustahil ada yang dah kehabisan idea untuk buat si dia happy. Haa.. masih tercari-cari idea baru untuk mengembirakan si dia saat keluar bersama? Jangan risau sebab kami ada beberapa cadangan aktiviti best yang korang boleh cuba waktu temu janji akan datang!

1. Boleh cuba aktiviti bouldering dengan si dia

Hm.. takkan setiap kali dating asyik nak ajak candle light dinner je? Bosanlah! Apa kata kali ni korang buat kelainan sikit untuk cuba aktiviti bouldering pulak. Kalau korang nak tahu, bouldering ni adalah salah satu aktiviti riadah seakan-akan sama dengan aktiviti rock climbing. Apa yang membezakannya ialah bouldering tak menggunakan tali abah-abah.

Di Malaysia, terdapat beberapa tempat bouldering yang korang boleh cuba seperti Bump Bouldering dan Camp 5. Kami yakin aktiviti lasak seperti ini sangat best dan pada masa yang sama korang boleh mengenali pasangan dari sudut berbeza. Apa yang pasti, badan pun sihat!

2. Berkhemah pun sweet lah!

Sibuk dengan kerja dan letih dengan komitmen harian pun boleh jadi punca hubungan dengan pasangan semakin renggang. Sebaiknya, korang rehatkan minda seketika dari kesibukan di bandar dan cuba nikmati keindahan alam semula jadi.

Ya, pergi berkhemah bersama pasangan dah tentu berikan pengalaman yang berbeza. Korang bayangkanlah bermula dari memasang khemah hinggalah masak bersama-sama. Sweet wei! Eh, jangan lupa untuk rancang percutian dengan baik dan bawa alatan serta pakaian yang mencukupi.

Tapi kalau korang atau pasangan jenis yang tak suka aktiviti mencabar, boleh juga try glamping di mana korang dan pasangan boleh berehat dalam khemah yang selesa dilengkapi dengan tilam, penghawa dingin atau kipas serta ada kemudahan untuk mandi.

3. Ajak member join ‘double date’

Kadang-kadang bila asyik dating berdua pun boleh jadi bosan sampai tak tahu nak berbual apa. So, tak salah kalau temu janji akan datang korang ajak kawan baik korang dan pasangan mereka untuk double date.

Ada banyak aktiviti berkumpulan yang korang boleh lakukan bersama. Contohnya, buat potluck atau berkelah dekat tasik. Kami yakin double date ni boleh jadi pengalaman manis yang lebih luar biasa untuk korang dan pasangan sekaligus dapat mengeratkan silaturrahim bersama rakan-rakan.

Jangan lupa bawa gajet sebagai pelengkap temu janji

Kalau korang nak tahu, HUAWEI baru-baru ini ada melancarkan beberapa gajet inovatif yang mampu menjadikan temu janji korang bersama pasangan lebih seronok dan bermakna.

Sebagai contoh, jam pintar HUAWEI GT 2 membolehkan korang dan pasangan memantau tahap kecergasan dan kesihatan ketika melakukan aktiviti sukan atau lasak. Dengan adanya jam pintar HUAWEI GT 2 ni siap ditemani si dia yang tersayang, confirm korang akan lebih semangat untuk bersukan!

Bukan setakat jam pintar je, HUAWEI juga ada telefon pintar terbaru yang membolehkan korang dan pasangan mengambil gambar kenangan dengan kualiti terbaik walaupun dalam keadaan gelap.

Ya, kemunculan peranti HUAWEI nova 7i yang dilengkapi teknologi Super Low Light Selfie confirm bikin gambar romantis bersama si dia dapat dirakam dengan sempurna.

Pendek kata kalau ada telefon pintar nova 7i, korang tak perlu susah hati pasal gambar tak cantik atau terlalu gelap. Peranti HUAWEI nova 7i ni juga dilengkapi fungsi Pro Mode yang menjanjikan gambar yang diambil confirm cantik dan boleh dikongsi terus bersama rakan-rakan di Instagram. Tak payah nak edit lagi!

Lepas dah ambil gambar banyak-banyak korang mesti nak simpan dan tengok semula gambar tu kan? Sebab tu jangan lupa bawa HUAWEI MateBook D 15 yang mempunyai fungsi Multiscreen Collaboration dan ia membolehkan korang menonton video dan melihat gambar di skrin yang besar, bersaiz 15.6 inci.

MateBook D 15 ni juga sangat sesuai untuk korang tengok movie bersama yang tersayang sebab ia amat ringan iaitu  seberat 1.53 kg je. Senang cakap MateBook D 15 ni boleh dibawa kemana saja.

HUAWEI janjikan temu janji lebih romantis

Apa pun tak kiralah macam mana korang dan pasangan bertemu janji, sama ada makan malam di restoran mewah atau dinner berbumbungkan bintang-bintang di langit, kami yakin temu janji korang akan jadi lebih indah dan manis dengan adanya cinta dan sayang juga kesetiaan korang bersama HUAWEI.

Sempena meraikan Hari Kekasih 2020, HUAWEI bukan saja buka tempahan awal untuk telefon pintar nova 7i, tapi ada banyak lagi produk baharu yang mula berada di pasaran hari ini! Ini antara produk HUAWEI yang korang wajib rebut:

  • HUAWEI nova 5T Crush Green – RM1,399
  • HUAWEI MateBook D 15 (8GB+256GB) RM2,299
  • HUAWEI Y7P RM699
  • HUAWEI FreeBuds 3 Red RM679
  • HUAWEI WatchGT2 42mm Rose Gold RM89

Paling best, HUAWEI juga menawarkan pakej yang sesuai untuk korang dan pasangan. Pakej ini membolehkan korang pilih peranti mengikut keperluan serta minat yang berbeza seperti pakej Kecergasan Pintar, Peneman Bercuti, Matlamat Belajar & Pintar Belajar.

Korang wajib langgan Pelan Ansuran Pakej Together 2020 HUAWEI SMART LIFE ni sebab HUAWEI menawarkan 0% faedah dan 0% yuran pemprosesan sehingga 12 bulan serendah RM4.87 sehari*!

Kejutkan si dia dengan percutian romantis ke Maldives!

Jangan lupa rebut peluang untuk MENANG 3 pasang baucar percutian ke Maldives bernilai sehingga RM36,000! Cara nak menang pun mudah je. Korang kena beli mana-mana produk HUAWEI terpilih bermula 10 Februari hingga 16 Februari 2020. Kemudian scan QR Code, jawab satu soalan mudah dan lengkapkan butiran diri beserta resit pembelian. Pemenang akan diumumkan pada 14 Mac 2020 di Facebook HUAWEI!

Apa pun, inilah masa terbaik untuk korang buat tempahan awal HUAWEI nova 7i sebab korang boleh dapat hadiah HUAWEI Band 4 secara PERCUMA. Confirm si dia lagi gembira dan cair dengan korang tau!

Korang boleh buat tempahan awal untuk HUAWEI nova 7i ini melalui HUAWEI Online Store atau mana-mana kedai flagship rasmi HUAWEI. Tawaran untuk pelan ansuran HUAWEI nova 7i pula hanya akan bermula pada 22 Februari 2020 nanti.

Sebarang maklumat lanjut, korang boleh layari laman sesawang HUAWEI atau kunjungi Facebook HUAWEI.


Kini Berada Di Pavilion KL- My Beaute Village Tawar Produk Kecantikan Dari Eropah Dengan Harga Berpatutan!

$
0
0

Kecantikan pada wanita bukan sekadar pada wajah. Tapi, meliputi keseluruhan iaitu dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Ye la! Pelik pulak kalau muka bersih dan terjaga tapi badan berbau, rambut kusam dan kulit tangan mengelupas.

Buat korang yang tercari-cari produk kecantikan yang menepati kehendak korang boleh ke My Beaute Village.Kat sini, korang nak cari apa semua ada. Pilih je beb!

Ni fakta tentang ‘My Beaute Village’ yang HARUS korang tahu!

Untuk pengetahuan korang, di dalam nama My Beaute Village, perkataan ” beaute” merupakan perkataan lama yang berasal daripada Perancis untuk mengambarkan perkataan ‘kecantikan’ pada zaman dahulu.

Jangan tak tahu, founder My Beaute Village telah mengembara dan melihat sendiri perkembangan produk kecantikan di hampir seluruh negara Eropah termasuklah Perancis, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Switzerland, Sweden, Denmark dan Poland sebelum beliau mengilhamkan kewujudan pusat kecantikan My Beaute Village.

Tambahan pula, founder My Beaute Village melihat sendiri bagaimana kedai-kedai kecantikan di Eropah ini mengetengahkan produk berasaskan bahan alam semula jadi, vegan dan organik sesuai dengan misi diorang.

Sebab tu, My Beaute Village tawarkan produk-produk terbaik daripada Eropah yang mesra alam dan organik dengan harga berpatutan dekat Malaysia. Tak ada third party. Mereka ambil direct produk dari Eropah sebab tu harganya jauh lebih menarik berbanding harga pasaran di Malaysia.

Sesuailah dengan matlamat diorang untuk menjadi pusat kecantikan, lengkap dengan produk yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan.

Lebih 1000 produk diimport & ditawarkan!

Produk yang mereka tawarkan bukan kaleng-kaleng. Ianya produk berkualiti tinggi yang diimport khas dari negara Eropah seperti Perancis, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Denmark dan Poland termasuklah produk dari Turki, Australia, China dan Korea.

Kebanyakan produk yang ditawarkan oleh My Beaute Village berunsurkan organik tanpa sebarang bahan kimia serta bebas dari pollution dan additives ini termasuklah produk penjagaan wajah, rambut, tubuh badan dan kosmetik. Lengkap semuanya!

Antara brand yang korang patut cuba termasuklah Hello Nature, Natura BalanceDicora Urban Fit, Evoluderm dan Eco Clean. Jenama-jenama ini menawarkan range produk yang cukup banyak bagi produk personal care & home care5 jenama ni admin recommend sangat-sangat. Kenapa? Sebab ianya produk berunsurkan organik dan vegan.

Hello Nature ialah produk penjagaan peribadi dan badan yang berasaskan bahan natural. Hello Nature, merangkumi produk penjagaan rambut, iaitu syampu, perapi rambut dan hair mask. Bagi Range penjagaan badan Hello Nature menawarkan produk seperti gel mandian, losyen badan, body oil dan body balm.  Korang kena try produk Hello Nature, baunya lembut sangat. Admin like!

Selain itu, diorang jugak ada tawarkan produk Natura Balance. Ianya produk yang menggunakan 100% bahan natural. Kalau korang nak tahu Natura Balance menawarkan pewarna rambut dan kosmetik bebas kimia yang dirumus khas dari Turki dengan harga RM 33.90 dan keatas.

Barisan produk keratin dan argan oil, Natura Balance juga merupakan produk pewarna rambut kekal yang diformulasikan dengan bahan organik yang telah mendapat pengiktirafan di Turki.

Berbeza dengan produk Natura Balance, Dicora Urban Fit merupakan produk keluaran negara Sepanyol yang fokusnya tertumpu kepada produk penjagaan peribadi macam minyak wangi, syampu, gel mandian dan sabun pencuci tangan. Harga yang ditawarkan memang mampu milik, bermula dengan harga serendah RM 14.90 dan ianya tidak mengadungi paraben.

Produk yang korang harus cuba ialah Evoluderm. Korang yang skincare junkie tu boleh la cuba produk penjagaan wajah diorang. Macam-macam yang diorang tawarkan bermula daripada pencuci mekap, micellar cleansing water, skrub muka, mask, toner wajah dan beauty oil.

Wajib cuba Evoluderm punya Micellar cleansing water sebab ianya dermatology tested, bebas silikon dan juga paraben.

Evoluderm juga terkenal dengan produk body care dan hair care diorang  seperti deodorant, gel mandian, gel mandian bayi, losyen badan, body oil, syampu, hair mask dan hair oil. By the way harga produk Evoluderm ni bermula pada RM 14.90. Murah kan?

Eco Clean ialah jenama yang menawarkan produk pembersih rumah seperti sabun pencuci baju, sabun pembersih tandas, sabun basuh pinggan, pembersih dapur dan pembersih serba guna. Ianya diformulasikan dari Denmark dan selamat digunakan sebab bebas kimia. Berikut adalah kelebihan produk Eco Clean:

  • 100% hasil tulen Denmark
  • Bahan organik berasaskan tumbuh-tumbuhan
  • mengguna essentials oils semula jadi yang diekstrak daripada tumbuhan dan bunga terpilih,
  • Harga jualan serendah RM16.90 dan ke atas

Cawangan Ke-6 dekat Pavilion!

Jangan tak tahu, pada 14 Februari lalu cawangan ke-6 My Beaute Village telah dibuka di Pavilion. Mereka ada banyak promosi menarik untuk korang. Korang boleh dapatkan pelbagai produk penjagaan rambut, wajah, tubuh badan dan kosmetik pada harga runtuh.

**Promosi Grand Opening sah dari 14 hingga 29 Februari 2020

Voucher booklet bernilai RM 500! Siapa cepat dia dapat…

Sempena pembukaan outlet Pavilion, korang yang berbelanja RM50 dan keatas dalam satu resit boleh dapat voucher booklet bernilai RM 500. Promosi ini berlangsung serentak di semua 6 cawangan.

**Sah dari 10 hingga 29 Februari 2020. Sementara stok masih ada.

Inilah masa terbaik nak try produk-produk yang dihasilkan di negara Eropah dengan harga berpatutan. Kalau takde promosi boleh kopak poket.

Jadi, apa lagi yang korang semua tunggu? Jom beramai-ramai ke My Beaute Village dan dapatkan produk kecantikan yang korang perlukan.

Berikut adalah cawangan My Beaute Village berdekatan dengan korang:

Pavilion KL, Lot 1.25.00 Level 1

Eko Cheras Mall, Lot G22 & G23 Ground Floor

IOI Mall Puchong, Lot 51A & F52B Level 1

Aeon Klebang Ipoh, Lot G27 Ground Floor

Toppen Shopping Centre JB, Lot 1.86 Level 1

Vivacity Megamall Kuching, Lot G-044A Ground Floor

Bakal dibuka:

Berjaya Times Square KL

Mytown KL

Pavilion Bukit Jalil

Setia Alam Mall Shah Alam

Central i-City Shah Alam

Dataran Pahlawan Melaka

Gurney Plaza Penang

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.

Facebook: My Beaute Village

Instagram: @beautevillage

Johor Benarkan Anak Luar Nikah Di Bin, Binti 99 Nama Allah

$
0
0

Sebelum ini, keputusan Mahkamah Persekutuan telah mendapat sokongan majoriti berkenaan isu anak yang lahir luar dari ikatan perkahwinan atau tidah sah taraf perkahwinannya tidak boleh namanya untuk di bin atau binti nama bapanya.

Walau bagaimanapun, menerusi laporan Berita Harian, Mufti Johor membenarkan anak orang Islam yang lahir di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, boleh di bin atau binti dengan nama 99 nama Allah atau Asmaul Husna selain nama Abdullah.

Tidak rasa teraniaya di masa hadapan

Alhamdulillah, Johor sudah mewartakan fatwa anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh bin atau binti bapa biologinya sejak 21 Mei 2018 lagi.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Ketua Agama Islam negeri juga sudah menitahkan supaya fatwa yang dibuat dahulu tidak sehingga menzalimi anak tidak sah taraf sekali gus mengaibkan mereka pada masa hadapan.

Menurut Datuk Yahya Ahmad selaku Mufti Johor, hal ini bagi mengelakkan anak tidak sah taraf tidak terasa teraniaya atau menanggung aib pada masa hadapan jika mereka hanya dibenarkan di bin atau binti dengan nama Abdullah sahaja.

100 nama untuk pilihan

Di Johor, kita memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, boleh dinamakan (di bin atau binti) dengan 99 nama Allah atau Asmaul Husna, selain nama Abdullah, menjadikan 100 nama bin atau binti untuk dipilih.

Kerajaan Negeri Johor turut menyokong penuh langkah Mahkamah Persekutuan, untuk memutuskan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh di bin atau binti dengan nama bapanya. Johor turut membenarkan nama anak untuk di bin atau binti 99 nama Allah menjadikannya 100 nama pilihan termasuk Abdullah.

Sumber: Berita Harian

Pegawai MPSJ & Uncle Cina Akhirnya Berdamai

$
0
0

Viral sebuah video menyaksikan seorang Pegawai MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) bertumbuk dengan seorang lelaki tua berbangsa Cina, tempoh hari. Insiden tersebut dipercayai tercetus apabila kereta milik warga emas itu ingin ditunda oleh pegawai berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak sudah dikatakan bersua muka dan mengambil keputusan untuk berdamai.

Berjumpa di pejabat Adun

Memetik laporan MalaysiaKini, pertemuan kedua pihak ini telah diadakan bersama Adun Subang Jaya iaitu Michelle Ng Mei Sze di pejabat Adun sendiri. Perjumpaan itu membuahkan hasil apabila kedua mereka ingin berdamai.

Dalam video menyaksikan pertelingkahan tercetus antara pegawai MPSJ dengan pakcik itu selepas keretanya ingin ditunda pegawai terbabit. Lelaki itu kemudian memukul pegawai tersebut dengan payungnya. Pegawai itu bertindak balas dengan memukul dan menolak lelaki itu sehingga jatuh ke jalan. Lelaki berkenaan dilihat terbaring dengan luka di kepala.

Pegawai MPSJ dan individu itu telah berjumpa dengan saya hari ini, bersama seorang pengara yang diakreditasi.

Sukarela berdamai

Pegawai MPSJ yang terlibat dalam insiden berkenaan dimaklumkan telah digantungkan tugasnya dan siasatan dalaman masih dijalankan.

Saya amat berbesar hati dan berbangga untuk memaklumkan bahawa, selepas berbincang dengan kedua-dua pihak, mereka dengan sukarela berdamai dan menyelesaikan salah faham. Pegawai MPSJ itu dan individu berkenaan juga bersetuju agar isu antara mereka dikira selesai secara muktamad.

Sumber: Malaysia Kini

Kondo 30 Tingkat Dalam Pembinaan Runtuh, Pekerja Binaan Terperangkap

$
0
0

Sebuah kondominium yang masih dalam pembinaan di Jalan Desa Bakti 2, Taman Desa, Kuala Lumpur telah runtuh sekitar jam 3.40 petang tadi ketika hujan lebat. Bagaimanapun, terdapat mangsa dipercayai warganegara Bangladesh terperangkap di dalam bangunan setinggi 30 aras itu.

Mangsa belum dapat dipastikan

Seramai  lebih 20 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur termasuk dari Balai Bomba Penyelamat Seputeh, Balai Bomba Pantai dan Ibu Pejabat JBPM Kuala Lumpur berada di lokasi kejadian bagi mengesan dan menyelamatkan mangsa terperangkap.

Bagaimanapun, setakat ini bilangan mangsa yang terperangkap di dalam bangun itu belum dapat dipastikan lagi. Tetapi difahamkan seorang mangsa sudah dibawa keluar dalam keadaan stabil.

Runtuh akibat hujan lebat

Sumber: Malaysia Kini, EdgeProp Malaysia

[VIDEO] Tak Sempat Baca ‘Ruqyah’ Dah Kena Penampar

$
0
0

Memang tidak dapat dinafikan, gangguan jin terhadap manusia seperti rasuk, santau, sihir dan sebagainya seakan-akan sudah menjadi fenomena khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu. Makhluk ini berupaya untuk berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain yang kadangkala boleh merasuki tubuh seseorang.

Kebiasaannya apabila berdepan dengan situasi seperti ini mereka pasti akan merujuk kepada pihak yang lebih berpengalaman untuk merawat individu yang ‘terkena’ gangguan jin ini. Namun, lain pula kisahnya dengan seorang pengamal perubatan, Ustaz Noradzri Medzlan apabila dia telah ‘diserang’ oleh seorang wanita yang dirasuk makhluk halus ketika hendak merawatnya.

‘Halkum aku tenggelam dah’

Menerusi video berdurasi 0:05 saat yang dimuatnaik seorang pengamal perubatan, Ustaz Norazri Medzlan di laman Facebooknya, memaparkan dia sedang memakai sarung tangan untuk merawat seorang wanita yang dirasuki makhluk halus. Tetapi lain pula yang jadinya apabila ustaz ini secara tiba-tiba telah ditampar oleh wanita yang lengkap bertelekung tanpa sempat memulakan apa-apa bacaan untuk merawatnya. Tidak cukup dengan itu, ustaz ini juga dilihat seperti dicekik oleh wanita berkenaan sehingga dia terpaksa bergelut untuk melepaskan dirinya.

Aku tak sedia lagi lah. Tak aci betul! Bergegar otak aku. Halkum aku tenggelam dah. Tamparan wanita.

‘Tak tahu nak gelak ke nak kesian’

Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial dan rata-rata daripada mereka terhibur melihat tindakan spontan wanita berkenaan. Malah, tidak kurang juga ada di antara mereka yang bersimpati dengan nasib yang menimpa pengamal perubatan itu.

Sumber: Norazri Medzlan

Viewing all 35747 articles
Browse latest View live