Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35747 articles
Browse latest View live

[VIDEO] ‘Hadap Game Macam Nak Mati Esok’– Bila Satu Malaysia Tengok Johan Kena Bebel Isteri

$
0
0

Buat pengikut laman sosial Johan Raja Lawak sudah pasti sedia maklum mengenai betapa bahagia pelawak itu disamping isteri, Ozlynn dan 5 anak mereka. Namun, sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri. Naik darah dengan suami yang asyik bermain game, Ozlynn membebel kepada Johan, yang ketika itu sedang live streaming game di Facebook!

Main game FIFA

Game bola FIFA Johan tiba-tiba terganggu apabila suara Ozlynn yang nyaring masuk ke dalam siaran live Johan. Ozlynn didengari membebel kepada suaminya itu yang terlalu leka bermain game bagaikan tiada hari esok. Johan kemudian membalas mengatakan itu adalah game terakhirnya.

Tambah Ozlynn lagi, dia sudah menunggu lama si suaminya dan sudah diberi peringatan sebelum itu namun tidak diendahkan. Permainan yang berlanjutan sehingga lewat malam membuatkan Johan dikatakan susah bangun awal pagi untuk solat Subuh.

Video itu dimuatnaik pengguna Twitter Khairil Anuar yang mendapat lebih 2 ribu perkongsian dan lebih 1 ribu likes pengguna laman sosial itu yang turut terhibur dengan Johan yang teruk dibebel isteri.

Sumber: Khairil Anuar


Ariana Grande Sudah Berhijab, Kahwin & Jadi Hot Mummy Di Malaysia?

$
0
0

Dikenali dengan banyak lagu hits, penyanyi antarabangsa Ariana Grande tanpa disangka-sangka mempunyai seorang ‘kembar’ di Malaysia. Ibu anak satu, Nabila Azlan dikatakan mempunyai wajah mirip penyanyi itu dan ada yang tag Instagram Ariana dalam usaha ‘menemukan’ mereka berdua!

Masih  bergaya walau sudah anak satu

Menurut profil Instagramnya, Nabila merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan mempunyai seorang anak dan suami. Perkongsiannya di laman sosial itu banyak berkisar mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu dan isteri dan mengumpul 13 ribu pengikut.

Saling tak tumpah Ariana

Ibu muda stailo

Sumber: Nabila Azlan

Wang ‘Lesap’ Terlupa Ambil Di ATM, Lelaki Syukur Hak Dikembalikan Selepas Viral

$
0
0

Gara-gara mahu cepat, seorang lelaki tertinggal duit yang dikeluarkannya dari mesin wang automatik (ATM). Kejadian tersebut berlaku di stesen minyak Petronas berhampiran pasar borong Selayang 14 Februari lalu mendapat perhatian netizen apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) disebarkan untuk mengesan lelaki pengguna seterusnya ATM tersebut.

Syukur wang dipulangkan

Alhamdulillah syukur. Allah sebaik baik pengatur. Semua yang berlaku hari ini merupakan satu pelajaran yang amat mahal.

Terimakasih kepada semua netizen, Siakap keli, OhBulan dan Instagram. Juga Petronas HQ, orang-orang perseorangan dan group FB dan Wasap. Wartawan China Press dan ramai lagi sungguh sungguh ambil berat dan begitu prihatin.

Lihatlah kuasa viral mampu memecahkan kekusutan.Kuasa viral juga amat ditakuti. Sama ada kita terima yang baik-baik atau sebaliknya nauzubillah.

Berkali-kali minta video dipadamkan

3 Learning point yang saya perolehi daripada kejadian ini ialah:

1.Lebih focus
Apa juga tugasan beri tumpuan sungguh-sungguh, sebesar mana pun masalah kita, letak tepi. Focus dan focus.

2.Berlapang dada memaafkan orang
Tidak berdendam,sentiasa bersangka baik.

3.Ramai orang diluar sana bersama dengan kita bila kita mahukan yang baik-baik. Walaupun tak kenal ada yang nak bantu bagi duit, ada yang suruh buat report polis bagai.

Apapun terima kasih pada adik Danial (beliau mualaf dan memeluk Islam) kerana menyerahkan semula wang tersebut. Pihak majikan beliau mohon maaf. Berkali-kali beliau dan boss nya minta delete video yang tengah viral sekarang. Yang mendapat perhatian dan ditonton lebih 153k view.

Sumber: Ishak Ibrahim

‘Mayat Dia, Saya Isi Dalam Guni & Campak Tepi Jalan’– Peguam Dedah Kronologi Pembunuhan Ahli Kumpulan Spoon

$
0
0

Masihkah korang ingat kes pembunuhan kejam yang menjadi liputan seluruh media massa sekitar tahun 2000? Mangsa seorang anggota kumpulan Spoon didakwa telah dibawa ke sebuah kawasan sunyi di hutan sebelum dibunuh dengan kejam. Mayat mangsa kemudian ditemui dalam keadaan yang telah reput dan dimasukkan ke dalam guni sebelum dicampakkan di tepi jalan.

Seorang peguam, Sir Kamarul ada berkongsi kronologi yang berlaku di sebalik kisah pembunuhan kejam salah seorang anggota kumpulan Spoon yang dikenali dengan nama Along Spoon.

Dibawa di kawasan sunyi

Mangsa tiba-tiba hilang

Menerusi perkongsian Sir Kamarul di laman Twitter, dia menceritakan bahawa kejadian pembunuhan tersebut telah melibatkan 3 orang individu termasuk mangsa. Seorang pemandu dikatakan telah menurunkan mangsa dan suspek di dalam sebuah hutan sebelum meninggalkan mereka berdua disana.

Namun tidak lama selepas itu, pemandu tersebut berasa tidak sedap hati kerana berbuat sedemikian dan dia telah berpatah balik untuk melihat keadaan mereka berdua. Sebaik sahaja tiba di hutan, dia amat terkejut apabila melihat hanya seorang sahaja daripada mereka yang berada di situ dan seorang lagi telah ‘menghilangkan diri’.

Diminta wang tebusan RM500k

Mangsa yang hilang langsung tidak ditemui dan disebabkan itu suspek yang merupakan individu terakhir bersama mangsa telah ditahan oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes kehilangan mangsa. Namun, tidak lama selepas itu ahli keluarga mangsa dikatakan telah menerima panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali dengan meminta wang tebusan sebanyak RM500k sebelum mangsa dilepaskan.

‘Mayat dia, saya isi dalam guni’

Semasa soal siasat, suspek akhirnya mengaku bahawa dia telah membunuh dan memasukkan mayat mangsa ke dalam guni sebelum dicampakkan di tepi jalan. Apa yang lebih mengejutkan apabila suspek dengan rela hati ingin menunjukkan lokasi dimana dia meninggalkan mayat mangsa.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, mereka memulakan misi pencarian dan akhirnya mereka menemui mayat mangsa yang telah reput diikat dalam guni. Mayat mangsa kemudian dibawa ke unit forensik untuk dibedah siasat. Hasil daripada siasatan mendapati leher mangsa telah dijerut sebelum dimasukkan ke dalam guni.

Motif pembunuhan

Menceritakan kisah itu, motif pembunuhan itu berlaku adalah disebabkan kes cemburu. Suspek dikatakan mengesyaki mangsa mempunyai hubungan sulit dengan isterinya kerana dia pernah melihat mereka berdua berada di dalam sebuah kereta. Disebabkan itu dia mula berang dan bertindak agresif dengan melakukan pembunuhan kejam ini.

Pemandu jadi saksi

Pemandu kereta terbabit yang juga merupakan saksi dalam kes perbicaraan itu telah menceritakan perkara sebenar. Suspek dikatakan telah menghentak kepala mangsa beberapa kali di dalam kereta sebelum mangsa dibunuh di dalam hutan tersebut.

Keputusan mahkamah akhirnya menetapkan suspek yang juga seorang anggota polis itu menerima hukuman gantung sampai mati.

Sumber: Sir Kamarul

Seorang Maut, Tiga Cedera Dirempuh Pemandu ‘Gila’ Lawan Arus Atas Highway

$
0
0

Seorang lelaki maut dalam sebuah kemalangan yang terjadi pada sekitar jam 3.20 pagi tadi di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Kemalangan susur keluar Plaza Tol Pajam menghala ke Seremban itu melibatkan dua kereta dan tiga motosikal.

Seorang maut di lokasi kejadian

Memetik laporan Metro, sebuah kereta jenis Ford Fiesta yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun dari arah Kajang dipercayai cuba melawan arus untuk masuk ke jalan susur keluar Tol Pajam. Tindakan lelaki terbabit telah menyebabkan berlakunya pelanggaran antara kereta Proton Persona dipandu mangsa iaitu Abdul Salam dengan tiga lagi buah motosikal.

Parah di kepala

Mangsa Abdul Salam maut di tempat kejadian akibat parah di kepala. Manakala, tiga lagi mangsa yang menaiki motosikal juga cedera dan dirawat di zon kuning di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ). Bagaimanapun, suspek yang memandu lawan arus itu dikatakan memandu dalam keadaan mabuk sehingga bertindak demikian.

Mayat Abdul Salam dibawa ke Unit Forensik HTJ untuk bedah siasat dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: MyGosip.com, Metro

[VIDEO] ‘Unboxing Hadiah Kahwin, Bila Dibuka Rupa-Rupanya..’– Eyra Hazali Kongsi Berita Hamil

$
0
0

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri kehidupan mereka. Begitu juga, pelakon Eyra Hazali yang baru sahaja berkongsi video ‘kejutan’ diberikan kepada suaminya iaitu Haziq Nadzli.

Bagaimanapun, Eyra juga menjelaskan keadaan kesihatannya kepada syarikat dan produksi yang pernah menawarkan pekerjaan sebelum ini. Disebabkan morning sickness yang dialaminya, dia terpaksa menolak semua tawaran pekerjaan.

Alhamdulillah…

Instagram Photo

Eyra Hazali menerusi laman Instagram berkongsi video pendek menyaksikan dia buat kejutan kepada suaminya. Dia baru saja memaklumkan berita gembira itu kepada suami, Haziq Nadzli. Suami kepada Eyra yang juga merupakan pemain bola pasukan JDT itu berasa sungguh gembira dan terharu kerana tidak lama lagi akan bergelar seorang ayah.

Kejutan buat suami

Eyra juga merupakan salah seorang artis yang gemar membuat video rutin hariannya dan dimuatnaik ke laman YouTube. Video kejutan buat Haziq ini baru sahaja dimuatnaik sejam lalu sudah mencecah 15ribu tontonan! Rata-rata juga terharu melihat reaksi dari suaminya itu. Tahniah buat Eyra dan Haziq!

Terpaksa tolak tawaran berlakon

Bagaimanapun, Eyra terpaksa membuat keputusan untuk menolak beberapa tawaran berlakon atau apa-apa majlis disebabkan kesihatannya. Tambahan pula, Eyra mengalami morning sickness dan kandungannya masih belum kuat. Pelakon ini juga mengharapkan mana-mana syarikat atau produksi faham akan situasi yang dialaminya itu. Dia juga memohon agar semua mendoakan kesihatan dirinya dan kandungan.

Pandai prank suami

Sumber: Eyra Hazali

Baru Berlabuh Di Jepun, 355 Penumpang Kapal Persiaran Diamond Princess Positif Covid-19

$
0
0

Sebuah kapal persiaran Diamond Princess telah berlabuh di Jepun. Jumlah penumpang yang berada di dalam kapal berkenaan telah disahkan positif Covid-19 sehingga angka meningkat ke 355 orang. Bagaimanapun, 73 penumpang lagi tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan wabak itu.

Dikuarantinkan di Jepun

Menurut laporan CNA, setakat ini Menteri Kesihatan Jepun iaitu Katsunobu Kato dan pasukan telah menjalankan pemeriksaan terhadap 1,219 ke atas penumpang kapal berkenaan. Bagaimanapun, Amerika Syarikat juga dalam persiapan membawa pulang rakyatnya yang berada di dalam kapal berkenaan di mana ketika ini masih dikuarantinkan di negara Jepun.

330 rakyat Hong Kong akan dibawa pulang

Bukan negara Amerika Syarikat dan Kanada sahaja, malah, Hong Kong juga bersedia membawa pulang seramai 330 rakyatnya ke negara masing-masing. Kerajaan Jepun mengambil keputusan mengkuarantinkan kesemua penumpang kapal berkenaan berikutan seorang penumpangnya telah di uji positif Covid-19.

Seramai 3,700 penumpang termasuk anak kapal terdiri lebih daripada 50 buah negara yang berada di dalam Diamond Princess itu. Negara Jepun dikatakan tidak dapat melakukan pemeriksaan segera terhadap semua penumpang disebabkan kekurangan fasiliti dan tenaga kerja.

Sumber: CNA

Terkenal Sebagai Destinasi Percutian Mesra Muslim, Perth Kini Jadi Tumpuan Kaki Travel!

$
0
0

Siapa tak nak pergi bercuti kan? Tambahan pula kalau dapat berjalan-jalan makan angin di negara orang, memang mimpi indah la. Bagi korang yang masih mencari tempat mana nak pergi, kami sarankan korang terbang ke Australia Barat sebab ia cukup terkenal dengan identiti Muslim Friendly!

Selain mempunyai lokasi percutian yang mengagumkan, Australia Barat juga sinonim dengan gelaran ‘rumah’ untuk pelbagai agama. Paling mengagumkan, masjid-masjid di Perth pun dah lama bertapak sejak tahun 1905 lagi tau. So, jangan terkejut pulak kalau orang Malaysia dilayan baik dekat sana.

Haa… memandangkan AirAsia dah ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Perth setiap hari serendah RM369 je, jadi tak ada alasan lagi untuk korang tangguh plan percutian korang tahun ni. Tapi sebelum tu, jom kita tengok dulu apa yang best dekat Perth!

Lokasi insta-worthy bikin korang tak nak balik

Kalau kami nak list semua tempat-tempat menarik dekat Perth, memang tulis berpuluh artikel pun tak habislah kan. Tapi apa yang korang kena tahu, dekat sini memang banyak giler tempat best yang dijamin insta-worthy. So, jangan lupa ambil gambar banyak-banyak!

Rottnest Island

Kredit Gambar: AirAsia

Kagum! Itu yang boleh digambarkan apabila menjejakkan kaki ke Rottnest Island, Australia Barat. Keindahan landskap alam di sini sukar digambarkan dengan kata-kata. Cara terbaik untuk mengelilingi pulau ini adalah dengan berbasikal. So, korang bolehlah singgah sekejap apabila terjumpa spot menarik untuk berswafoto atau bergambar bersama rakan-rakan. Selain berbasikal, korang juga boleh cuba aktiviti lain seperti berenang, berkayak, snorkeling dan tidak ketinggalan selfie bersama Quokka, haiwan comel yang hanya ada di Rottnest Island.

The Pinnacles

Kredit Gambar: AirAsia

Walaupun perlu menghabiskan masa sehari perjalanan dari Perth untuk ke Pinnacles Desert di Nambung National Park, admin yakin korang tak akan menyesal kalau dah sampai sini. Di Indian Ocean Drive, korang boleh jumpa kanggaru yang jinak, cuba aktiviti meluncur pasir dan nikmati hidangan makanan laut Cervantes yang terkenal iaitu Udang Karang Batu. Kalau korang nak enjoy keindahan landskap pantai dipenuhi bunga-bunga liar yang mekar pula, boleh pilih tarikh percutian antara Julai dan Oktober ya!

Swan Valley & Perth Hills

Kredit Gambar: AirAsia

Pandu 25 minit saja dari bandar Perth dan korang dapat menikmati pemandangan ladang anggur yang tertua di Australia Barat. Ada banyak kedai minuman dan korang juga boleh membeli produk-produk gourmet dan berkelah di sekitar Guildford atau di sebelah Bells Rapids. Nak lagi onz, teruskan perjalanan korang dari Swan Valley ke Perth Hills, melalui Kalamunda dan Armadale, laluan bagi Araluen Botanical Park, Brikley Valley, dan Bibbulmun Track.

Syurga membeli belah

Macam tak lengkap percutian di Perth kalau tak membeli-belah. Lebih-lebih lagi Perth ada banyak giler pusat membeli-belah yang bukan hanya menjual pelbagai barangan berjenama tetapi ada macam-macam promosi hebat buat pengunjung.

Westfield Corousel

Pusat Membeli-belah yang terletak di subbandar Cannington ini menawarkan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti selain membeli-belah wei! Lokasinya tak jauh dari Daerah Pusat Perniagaan Perth, hanya 12km dan korang boleh je akses terus sini melalui Cannington Railway Station.

Waktu Operasi: 11.00 pagi hingga 5.00 petang

Direct Factory Outlet

Direct Factory Outlet ini pula terletak berdekatan dengan lapangan terbang Perth iaitu di High Street. Kalau korang nak shopping di saat akhir bolehlah singgah di sini sebelum penerbangan pulang. Pelbagai butik barangan berjenama yang anda wajib kunjungi, malah diskaun yang ditawarkan sehingga 70%!

Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Hay Street Mall

Bagi korang yang lebih suka aktiviti shopping ‘outdoor’ pula, inilah lokasi yang cukup chill dan relaks. Sebabnya korang boleh bergerak dari satu kedai ke kedai lain sepanjang jalan Hay Street. Jalan ini hanya bersebelahan dengan William Street yang juga terdapat banyak kedai untuk diterokai.

Pelbagai kedai dan pilihan butik untuk korang kunjungi baik jenama tempatan mahupun antarabangsa. Antara yang kami recommend untuk korang singgah adalah Target, David Jones dan Lush! Apa yang pasti, harga Lush di sini lebih murah berbanding di Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 5.oo petang

Restoran makanan halal yang sedap-sedap belaka

Apa yang paling mengejutkan kami di Perth ni ialah bab makanan halal. Memang senang nak cari berbanding di negara Barat yang lain. Paling best, makanan tradisional melayu pun ada jugak tau!

D’Angkasa Restaurant

Walaupun dah berada di Perth tapi masih tak boleh tinggalkan selera melayu? Jangan risau sebab D’Angkasa Restaurant menyajikan pelbagai jenis lauk pauk melayu asli. Masakan panas dan goreng-goreng pun ada tau.

Waktu Operasi: 11.30 pagi – 4.30 petang

Kailis Fish Market Cafe

Kafe ini pula menawarkan hidangan Fish & Chips yang begitu sedap. Buktinya, resepi Fish & Chips di sini pernah memenangi anugerah Fish & Chips paling sedap dan resipinya juga adalah turun-temurun sejak tahun 1928 lagi.

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 8.00 malam

Penginapan unik dan menenangkan di ladang

Selain pilihan penginapan di bandar, korang boleh cuba kelainan baru dengan menginap di kawasan desa yang sedikit terpencil daripada bandar. Apa yang pasti dekat sini memang menenangkan!

Boshack Outback

Lokasi terpencil yang berdekatan dengan Toodyay ini hanya terletak 90 minit dari Perth. Di sini korang berpeluang untuk belajar tentang sejarah, budaya dan warisan Australia. Paling syok, korang juga boleh mendalami tradisi Orang Asli yang telah lama menduduki kawasan ini sejak 150 tahun yang lalu.

Korang juga boleh join macam-macam aktiviti seperti  jungle trekking, menangkap udang karang dengan tangan, minum teh dan nikmati scones bersama jem. Waktu malam pula, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan kelipan bintang-bintang di langit yang cerah sambil memancing dan berkanu. Musim panas adalah musim terbaik untuk korang bercuti di sini.

Billa Billa Farm

Sama macam namanya, memang tempat peranginan ini cukup unik dan mempunyai pemandangan yang mengasyikkan di North Walpole. Destinasi ini menawarkan kotej yang mempunyai dua bilik dan perkidmatan tunggangan kuda padi percuma buat kanak-kanak setiap pagi.

Walpole merupakan lokasi istimewa di Australia Barat yang kaya dengan hutan simpan, sungai yang bersih dan alam semula jadi yang cukup nyaman. Ideal untuk korang yang suka aktiviti seperti merentas desa, kayak, belayar dan memancing.

Percutian lebih luar biasa bersama AirAsia!

Mesti semua tak sabar nak bercuti di Perth kan? Haa… tips paling penting adalah korang wajib terbang bersama AirAsia sebab mereka ada menyediakan penerbangan tambang murah dari Kuala Lumpur ke Perth setiap hari serendah RM369 je untuk penerbangan sehala.

Tapi sebelum tu, kami sarankan korang untuk dapatkan lebih banyak info tentang tempat-tempat menarik di Australia Barat menerusi laman sesawang Tourism Western AustraliaConfirm tak sabar nak ke sana punyalah!

Haa… jangan tangguh lama-lama tau. Cepat ajak kawan atau keluarga dan buat tempahan tiket penerbangan korang sekarang di www.airasia.com.

 


Tak Sampai Dua Jam Culik, Perompak Tinggalkan Kanak-Kanak 6 Tahun Tepi Jalan

$
0
0

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dilarikan perompak pada sekitar 7.45 pagi tadi telah berjaya ditemui. Kejadian berlaku apabila perompak berkenaan bertindak masuk dan melarikan kenderaan mangsa di mana kanak-kanak itu berada.

Diculik sebelum ke tadika

Memetik sumber daripada BH Online, difahamkan ibu kepada mangsa berhentikan kenderaan jenis Proton Exora di sebuah gerai untuk membeli kuih sebelum menghantar anaknya itu ke tadika di Cabang Tiga, Kemubu. Suspek lelaki itu kelihatan memakai pakaian berwarna kuning dan berkopiah, kemungkinan juga baru saja pulang dari masjid.

Terus masuk ke dalam kereta

Terbaru, kanak-kanak lelaki itu telah berjaya ditemui pada jam 9.30 pagi tadi. Perompak berkenaan telah meninggalkan mangsa berserta kenderaan itu di Kok Lanas. Mangsa tersebut kini berada di Balai Polis Kok Lanas. Menurut bapa saudara mangsa, Che Azwadi Che Mud menceritakan kejadian yang berlaku semasa kakaknya bersama anak saudara dalam perjalanan ke tadika.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, kakak berhenti untuk membeli kuih namun anak saudara berada dalam kereta kerana enggan turun. Secara tiba-tiba seorang lelaki datang terus masuk ke dalam kereta dan melarikan kenderaan bersama anak saudara saya.

Sumber: BH Harian, Harian Metro

‘Bermula Di IG’– Bagai Mimpi Kahwin Gadis Itali, Pengantin Baru Cerita Detik Perkenalan

$
0
0

Siapa sangka perkenalan di laman Instagram membawa pasangan ini ke jinjang pelamin. Pada awalnya, Mohamad Khalies Hami Hamzah menghantar mesej ucapan tahniah kepada Giovanna Khadija kerana telah memeluk Islam.

Bermula dari situ, mereka mula mengenali hati budi masing-masing dan empat bulan kemudian Khalies mengambil keputusan melamar Giovanna menjadi isteri.

Bagaikan mimpi

Foto: Harian Metro

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki yang berasal dari Kampung Kubang Tangga ini tidak menyangka isteri menerima lamarannya.

Saya bagaikan bermimpi apabila memperisterikan wanita Itali.

Difahamkan Khalies Hami Hamzah bertugas sebagai Pembantu Tadbir di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) manakala Giovanna Khadija pula menuntut dalam jurusan Sarjana di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT.

Giovanna memeluk agama Islam pada 18 Jun 2019 selepas tertarik dengan alunan al-Quran yang sering didengarinya di pembesar suara masjid UMT.

Tak sangka isteri terima lamaran

Foto: Media Kreatif UMT

Menceritakan dengan lebih lanjut detik perkenalan, Khalies berkata dia langsung tiada niat mahu memikat isteri, hanya sekadar mengucapkan tahniah di atas hijrah yang dilakukan isteri waktu itu.

Saya sendiri pun tidak sangka, isteri menerima lamaran saya dan memilih tarikh berkahwin pada 14 Februari sempena tarikh hari pertama dia menjejak kaki ke negara ini pada tahun lalu.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Giovanna Khadija juga sekarang dalam proses mendalami ilmu agama bersama saya.

Sejak daripada awal perkenalan kami di IG , saya membantu dia mendalami ajaran Islam termasuk membaca al-Quran.

Namun, tiada siapa yang dapat menolak takdir yang telah ditentukan Allah SWT. Isteri membalas mesej dan mereka menjadi rapat sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Isteri tertarik dengan keikhlasan

Foto: Media Kreatif UMT

Katanya lagi, isteri sudah menghafal lebih 10 surah lazim dan al-Mulk. Isteri juga dalam proses mengenal bacaan al-Quran selain sudah tahu menunaikan solat dengan sempurna. Sebagai seorang suami, sudah menjadi tanggungjawabnya membimbing saudara baru dengan didikan agama dan kasih sayang secukupnya.

Sementara itu, Giovanna Khadija berkata dia mula tertarik dengan suami selepas melihat kesungguhan dan keikhlasannya. Walaupun berbelah bahagi mahu menamatkan zaman bujang seawal usia 25 tahun, dia yakin suami seorang yang kuat agama dan mampu membimbingnya mendalami agama Islam dengan baik.

Sumber : Media Kreatif UMT , Harian Metro

Dimasukkan Ke Wad Selepas Terjatuh, Anzalna Nasir Lepas Rindu Jumpa Anak Dalam Kereta

$
0
0

Pelakon jelita, Anzalna Nasir dimasukkan ke wad sejak kelmarin selepas dipercayai terjatuh di rumahnya. Susulan daripada itu, dia mengambil keputusan untuk tidak membenarkan anaknya, Mohammad Eidress untuk melawatnya di hospital ekoran pelbagai kes penularan wabak virus yang sedang berlaku sejak belakangan ini.

Di Instagram, Anzalna melepaskan rindunya terhadap Eidress hanya di dalam kereta. Walaupun hanya sebentar, pertemuan tersebut sangat bermakna buat dirinya.

Dapat juga lepaskan rindu

Instagram Photo

Menurut Anzalna, kalau diikutkan hati dia ingin membawa anaknya datang ke hospital juga. Namun, disebabkan pelbagai kes penularan wabak virus di negara ini, dia lebih rela jika anaknya itu berada jauh dari kawasan hospital. Walaupun hanya melepaskan rindu dalam kereta, Anzalna meluahkan perasaan gembira kerana dapat bertentang mata dan usap kepala anaknya sambil minum susu.

At emergency department

Instagram Photo

Instagram Photo

Menerusi posting Instagram Anzalna yang lain, dia memberitahu bahawa dia terpaksa berada di unit kecemasan sebuah hospital selepas terjatuh. Sewaktu terjatuh, anaknya Eidress melihat kejadian tersebut lalu tersenyap daripada menangis. Rata-rata netizen mendoakan pelakon itu segera sembuh dan mengharapkan berita baik daripada pelakon itu sempena tahun 2020 ini.

Good news kan?

Sumber: Anzalna Nasir

5 Tahun Layari Bahtera Perkahwinan, Akhirnya Elizad Nekad Jalani IVF Selepas Kehilangan Sebelah Ovari

$
0
0

Sudah masuk lima tahun pelakon Elizad Sharifuddin dan suami melayari bahtera rumah tangga namun, pasangan ini belum lagi dikuarniakan cahaya mata. Akhirnya, pelakon Isteriku Bukan Tukang Masak ini mengambil keputusan untuk menjalani In Vitro Fertilisation (IVF) bagi usaha mendapatkan zuriat.

Dalam proses IVF

Instagram Photo

Elizad menerusi Instagram peribadinya berkongsi momen hari pertama menghadiri sesi pemeriksaan sebelum menjalani proses IVF itu. Ramai peminat juga mendoakan agar pelakon ini dipermudahkan urusan demi menjalani ujian itu. Malah, ada segelintir peminat turut menasihati agar kuat mental sepanjang menjalani ujian ini.

Hanya tinggal sebelah ovari saja

Pelakon ini turut berkongsi perkembangan kesihatannya di IG Story. Dia telah kehilangan sebelah ovari semasa pembedahan pertama cyst.

Saya kehilangan sebelah ovari semasa pembedahan pertama cyst dahulu. Hanya tinggal sebelah sahaja. Moga-moga adalah rezeki buat kami Ya Allah.

Sumber: Elizad Sharifuddin

‘Songlap’ 1 Sen, Beli 6 Kereta Mewah, Kisah Pegawai Bank ‘Genius’ Ini Pernah Gemparkan Malaysia

$
0
0

Apabila kes rompakan dilaporkan, sudah pastinya semua membayangkan kehilangan ratusan ribu hingga jutaan Ringgit not wang kertas dilarikan penjenayah. Siapa pernah menyangka, rompakan juga boleh berlaku dengan hanya duit syiling sekecil 1 sen sahaja, namun boleh membuat pelakunya jadi jutawan segera!

Miliki 6 kereta mewah di usia 24 tahun

Kes menggelapkan wang itu berlaku pada 1990 membabitkan eksekutif muda bank, Aman Shah Ahmad yang ketika itu berumur 24 tahun. Dengan gaji hanya RM1800 ketika itu, dia mampu memiliki 6 kereta mewah, tak ubah seperti jutawan.

Kereta mewah dimiliki Aman Shah adalah Lamborghini Countach bernilai RM1.3 juta, Mercedes Benz 300SL (RM502K), Mercedes Benz 300E (RM192K), Porsche 928 S4 (RM638K), Porsche Carerra (RM350K), BMW 3291 (RM68K).

Jenayah menyonglap duit pelanggan dilakukan Aman Shah ketika dia berkhidmat di Hock Hua Bank Kuala Lumpur sebelum minat pada kereta mewah tidak dapat dibendung lagi.

Beli kereta cash

Dia pernah dihantar menghadiri kursus komputer ketika bekerja di bank itu sebelum diberi mandat menjawat posisi penting dalam syarikat. Dia mengambil kesempatan memperguna pengetahuannya untuk melakukan jenayah.

Kesemua kereta dibelinya secara tunai dan tiga darinya tidak ada pendaftaran dan tidak dibayar cukai import. Dua buah kenderaan itu didaftarkan atas namanya manakala sebuah lagi meletakkan teman wanitanya ketika itu, Raha V V Aboo sebagai penama.

Licik jalankan operasi

Aman kemudian dinaikkan pangkat sebagai ketua di jabatan pemprosesan di Sistem Pemprosesan Elektronik untuk Dana dan Sekuriti atau SPEED. Dia menggunakan kepakaran dan pengetahuan untuk memindahkan 1 sen setiap hari dari akaun pelanggan bank Hock Hua ke akaun proksi bank lain.

Minat pada kereta sport mewah membuatkan Aman Shah dijemput sebagai tetamu ke rancangan bual bicara Sekapur Sireh di TV3 pada 3 Jun 1990. Ketika ditemubual, dia menceritakan koleksi kereta mewahnya selain keistimewaan masing-masing.

Akhirnya…

Ketika itu, dia sudah meletakkan jawatan di bank Hock Hua. Secara kebetulan, majikan lamanya telah menonton rancangan tersebut. Siapa menyangka, hari-hari mendatang bakal menjadi mimpi ngeri buat Aman Shah apabila majikannya itu telah mencurigai kemampuannya memiliki koleksi kereta berkenaan.

Bekas majikannya mengarahkan audit dalaman dijalankan membabitkan transaksi Aman Shah. Dengan segala bukti dikumpul, lelaki itu dicekup di kondo mewahnya di Bangsar, 3 hari kemudian. Jenayah melibatkan kehilangan RM4 juta dibuat hanya dalam 14 hari sahaja.

Taktik licik dilaksanakan lelaki itu dengan mengeluarkan arahan palsu menerusi SPEED sebelum pemindahan wang dilakukan ke akaun agensi pengiklanan Bistro. Dia kemudiannya dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara.

Sumber: The Reporter, Iluminasi

[VIDEO] Terpengaruh ‘Perangai’ Myvi, Giliran Jazz Pula Buat Hal ‘Main’ Brek Atas Highway

$
0
0

Oleh kerana sifat penting diri, dua buah kereta telah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Walau bagaimanapun, kejadian tersebut berjaya dirakam. Menerusi Facebook Nicholas Yap, dia berjaya merakam tindakan sebuah kereta jenis Honda Jazz memandu dalam keadaan sangat perlahan di laluan paling kanan yang merupakan laluan laju.

Setelah dia memberi isyarat lampu tinggi supaya memberi laluan, pemandu Jazz berkenaan bertindak memberhentikan kereta di tengah-tengah lebuhraya. Disebabkan tindakan kereta Jazz itu, kereta di belakangnya yang merupakan sebuah kereta mewah jenis Lamborghini terlibat kemalangan.

Pemandu ‘gila’ berhenti tengah jalan

Kepada pemandu Lamborghini di belakang saya, saya meminta maaf, tolong saya mencari pemandu ‘gila’ Honda Jazz di hadapan saya. Apa yang terjadia pada masa itu : pemandu Honda Jazz (WNA 2331) memandu terlampau perlahan di laluan kanan dalam tempoh masa yang lama. Selepas saya memberi isyarat lampu, pemandu gila tersebut bertindak berhenti secara mengejut di tengah-tengah lebuhraya (lebuhraya utara-selatan sebelum susur keluar Sungai Buloh). Pemandu Lambogini sempat berhenti di belakang saya namun dia dilanggar oleh sebuah lagi kereta di belakangnya. Saya tidak turun dari kereta kerana anak dan isteri saya di dalam kereta. Sesiapa yang tahu apa yang boleh saya buat dengan rakaman ini?

Sikap pemandu Honda Jazz tersebut sememangnya merbahayakan pemandu lain di atas lebuhraya. Nicholas menyeru agar sesiapa yang mengenali pemilik kenderaan Honda Jazz berkenaan untuk tampil memberi penjelasan angkara tindakannya itu.

Keadaan kereta BMW

Berikut merupakan keadaan kereta BMW yang tidak sempat berhenti sebelum melanggar belakang kereta mewah Lamborghini.

Buat laporan pihak berkuasa

Rata-rata netizen menyuruhnya untuk membuat laporan polis dengan menunjukkan bukti rakaman tersebut. Pihak berkuasa turut digesa agar mengambil tindakan sewajarnya ke atas pemandu Honda Jazz kerana membahayakan pemandu lain dan juga mengakibatkan kemalangan kepada orang lain.

Sumber: Nicholas Yap

‘Pukul 4 Pagi Kejut Ayah Nak Ke Hospital’- Isteri PU Abu Kongsi Cerita Bersalin Tanpa Suami

$
0
0

Umum mengetahui, isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa selamat melahirkan bayi lelaki pada 1 Februari yang lalu kira-kira 6.59 pagi. Menerusi Instagram Hana, dia berkongsi pengalamannya melahirkan anak kedua secara normal tanpa suaminya di sisi. Memandangkan anak sulungnya dilahirkan melalui pembedahan cesarean, Hana nekad untuk bersalin anak keduanya secara normal pula kali ini.

Ulang alik pergi tandas

Hi hampa semua! Okay jom malam ni mommy nak share sikit dekat hampa yang request dekat qna hari tu journey nak deliver anak bertuah mommy Muhammad Uwais Al-Mateen ni ya. Sekadar kongsi suka suka ja nah.By the way, first baby Hana, @afifahaisyah27 Hana deliver czer. Alhamdulilah, Mateen ni Hana dapat deliver secara normal. Itulah yang depa panggil VBAC tu. Hat mana taktau tu VBAC maksudnya Varginal Birth After Caesarean okay.

So, nak pendekkan cerita. Hana start rasa contraction jam 1 pagi (1 Feb 2020), masa tu dekat rumah baru lepas mandi. Malam-malam la sebab panas. Tiba-tiba saja lepas mandi tu mai rasa contraction. Masa ni Hana dah 39 weeks 3 days tau. Start ja rasa contraction tu, Hana terus buka apps baby tracker & track kekerapan contraction. Iyalah kena track sebab kita ni dah cukup bulan. Takkan nak ingat Braxton Hicks contraction pulak hujung hujung ni. Buat pasai. Haha.

Ulang alik Hana pergi tandas buang air. Bila makin kerap rasa dan tengok bacaan dekat tracker pun selang 10 minit dia mai, hana dah prepare mindset “okay, aku nak beranak dah ni. Memang betoi contraction bersalin.” Tapi Hana still lengah lengah & layan lagi ataih katil. Sampai satu masa, Hana pi tandas lagi nak buang air, tiba-tiba turun lendir dan ada darah sikit. Apa lagi, memang tak syak lagi. Aku nak beranak dah weh!

Lepas tu Hana amik tuala, mandi sekali lagi. Tadi mandi biasa biasa ja sebab panas. Kali ni cewah. Aku shampoo sekali. Bagi wangi-wangi apa semua. Iyalah, takkan nak pi dengan bau yang hapak apa semua. Biaq betoi hampa. Tapi apa yang paling penting jangan lupa SHAVE sebelum hampa nak pi serah diri dekat hospital tu nah. Karang kesian doktor tak dapat beza mana satu bulu dan mana satu rambut anak. Gurau saja.

Zikir dan berdoa semoga dipermudahkan

So lepas mandi, Hana hair dryer rambut bagi kering elok, sambil layan contraction yang semakin kuat. Then topup sikit sikit bag and barang nak bawa p hospital. Kalut sana kalut sini dah nak pukul 4 pagi. Ha masa ni Hana p buang ayaq then darah turun sekali lagi. Tapi kali ni macam banyak sikit. Gelabah terus lah apa lagi. Bukan risau apa tau. Memikirkan anak dalam perut ni ja. Takut jantung dia lemah ka, terbelit tali pusat ka, terberak dalam perut ka. Kita mana nak tau. Betui dak.

So pukul 4 pagi tu Hana terus kejut ayah dan minta bawa pergi hospital. Kesian bapak aku weh. Terkebil kebil pagi pagi buta dok sedap tidoq Hana kejut bangun. Ha la terkejut aku kata nak terberanak dah. Cepat cepat dia p mandi and siap siap bawak p hospital.

On the way ke Hospital tu, zikir doa macam macam supaya Allah mudahkan. Sampai dekat hospital terus ke PAC then diorang terus pasang ctg dan check bukaan. Alhamdulilah. Happy sangat. Sebab saja la buat ralit dekat rumah layan contraction tu, nurse check bukaan dah 3cm masa tu. Habis ja depa pasang ctg tu, depa tolak Hana masuk ward & minta tukar baju hospital.

Lepas tukar baju, hospital nurse check lagi bukaan dah 5cm masa dekat ward. Then terus tolak ke LR. Ha, masa ni memang tak ingat apa dah nah. Tak ingat and tak nampak sapa dah. Haha. Sakit dia tak ingat weh. Masa aisyah dulu sejujur nya Hana tak tahan sakit ja terus mintak epidural. Haha. Lepas tu aku sembang sakan lah sebab tak rasa sakit. Tapi kali ni Hana tekad. Apa pun jadi tak nak and tak akan ambil epidural tu. Big No!

Sakit sangat!

Lepas tukar baju, hospital nurse check lagi bukaan dah 5cm masa dekat ward. Then terus tolak ke LR. Ha, masa ni memang tak ingat apa dah nah. Tak ingat and tak nampak sapa dah. Haha. Sakit dia tak ingat weh. Masa aisyah dulu sejujur nya Hana tak tahan sakit ja terus mintak epidural. Haha. Lepas tu aku sembang sakan lah sebab tak rasa sakit. Tapi kali ni Hana tekad. Apa pun jadi tak nak and tak akan ambil epidural tu. Big No!

Memang dah tekad nak rasa macam mana nikmat beranak normal. Haha. Hampa tau dak dalam labour room tu, Hana rasa semua nurse macam nak bagi penampar tu dekat muka ni. Tekalah sebab apa haha. Sakit okay. Sakit gila. Sakit yang tak tau nak habaq macam mana. Pukul 6 pagi nurse tolak Hana masuk labour room masa tu bukaan 5cm dan Alhamdulilah, jam 6.59pagi Mateen selamat lahir ke dunia yang fana ni.

Rasa dia fuh tak terkata. Hilang teruih rasa sakit tu. So keluarlah seketul Muhammad Uwais Al-Mateen jam 6.59 pagi, secara normal dengan berat 3.12kg. Alhamdulilah. Habis cerita. Haha. Tak ada apa yang special ka apa ka. Tak ada pun. Biasa-biasa saja. Cumanya, bersyukur sangat Allah permudahkan. Allah Maha Baik. Walaupun diri ini hina dan penuh dosa. Tapi Allah tetap bantu Hana bertarung nyawa melahirkan anak. Allahu. Sebak pulak dah. Okay lah, lagi panjang sat lagi teriak pulak hampa semua.

Sumber: Hana Azraa


‘Lumpuh Satu Badan, Sawan’– Murung Selepas Himpit Anak Sampai Mati, Kisah Ini Undang Sebak

$
0
0

Bagi pencinta kucing, mereka sudah menganggap haiwan peliharaan sebahagian daripada hidup mereka. Ragam manja si comel yang menghiburkan mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihat. Jadi tidak hairanlah jika kehilangan haiwan peliharaan ini sangat dirasai.

Seperti perkongsian lelaki ini, kucing kesayangannya yang diberi nama Afiyah mati akibat diserang penyakit Dry Feline Infectious Peritonitis iaitu sejenis penyakit bawaan virus. Tambah menyedihkan apabila kucing yang lumpuh seluruh badan dan sawan ini menunggu mereka sekeluarga pulang ke rumah sebelum mati. 

Jaga Afiyah penuh kasih sayang

Bunting anak kucing hitam

Bunting lagi sekali tapi..

Lumpuh satu badan

 

‘Tanam tempat kau suka main dulu’

Sumber: muazz_t

Senator US Dakwa China Menipu, COVID-19 Bukan Berpunca Dari Pasar Tetapi..

$
0
0

Kes kematian semakin meningkat hari demi hari selepas virus COVID-19 ini mula menular sejak December tahun lepas. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang antidot yang boleh melawan virus ini. Bagaimanapun, di Malaysia terdapat beberapa kes dimana pesakit virus ini boleh sembuh dan bes

Terbaru, Senator Amerika Syarikat, Tom Cotton ketika ditemu bual Sunday Morning Futures menerusi saluran Fox News mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan China menipu sejak dahulu dan terus menipu sehingga hari ini.

Berapa ramai yang boleh dijangkiti dari seorang

Malah, terdapat banyak lagi yang masih tidak diketahui berkenaan virus ini. Contohnya, berapa ramai individu yang boleh dijangkiti sekiranya salah seorang adalah pembawa virus tersebut.

Beliau turut mendakwa virus yang kini meragut lebih 1,700 nyawa itu berpunca di sebuah makmal bio-keselamatan yang terletak kurang beberapa batu dari pasar tersebut.

Kita tidak mempunyai bukti berkenaan penyakit ini bermula di situ, namun ketidakjujuran China sejak mula perlu dipersoalkan.

Dalam perkembangan sama, South China University of Technology turut merumuskan bahawa koronavirus itu berkemungkinan berpunca dari sebuah makmal di Wuhan.

Ia menjurus kepada kajian terhadap kelawar dan penyakit pernafasan yang dibawa oleh haiwan di Pusat Kawalan Penyakit Wuhan dan Institut Virologi Wuhan. Para saintis China percaya virus tersebut mungkin mula hidup di fasiliti kajian yang terletak cuma 300 meter dari pasar Wuhan.

Kertas kajian oleh Botao Xiao dan Lei Xiao dari universiti tersebut menyatakan Pusat Kawalan Penyakit Wuhan ‘melahirkan’ penularan wabak itu di wilayah Hubei kerana menyimpan haiwan pembawa penyakit di makmal mereka termasuk 605 ekor kelawar – yang merupakan haiwan dikaitkan dengan virus tersebut.

Laporan itu menyatakan Urutan genom (genome sequences) daripada pesakit adalah 96 peratus atau 89 peratus menyerupai koronavirus Bat CoV ZC45 yang ditemui pada Rhinolophus (spesis kelawar).

Ia menerangkan bagaimana kelawar asli hanya terdapat sekitar 600 batu jauhnya dari pasar makanan laut Wuhan dan kebarangkalian kelawar yang terbang dari wilayah Yunnan dan Zhejiang adalah minimum.

Sumber : Astro Awani

Remaja 18 Tahun Hero Selamatkan 8 Mangsa Tembakan Rambang Di Thailand Undang Perhatian Ramai

$
0
0

Insiden tembakan rambang yang berlaku di pusat membeli-belah Terminal 21 di Korat, Thailand telah meragut 29 nyawa dan 57 orang cedera. Suspek yang juga merupakan seorang askar Thailand iaitu Mejar Jakrappanth Thomma ditembak mati oleh pihak berkuasa di lokasi kejadian.

Berkemungkinan besar jumlah mangsa lebih ramai dalam insiden itu tetapi disebabkan beberapa orang ‘hero’ ini bertindak melindungi mangsa yang lain daripada ditembak suspek perlu dipuji. Mereka terpaksa gadaikan nyawa sendiri demi menyelamatkan orang lain.

Ditembak di dada

Pengorbanan seorang remaja bernama Athiwat Promsuk berusia 18 tahun mendapat perhatian ramai apabila tindakan dia melindungi 8 mangsa yang lain. Remaja lelaki ini bertindak menahan pintu dengan penyejuk daripada suspek memasuki bilik. Malangnya, remaja ini telah ditembak di bahagian dada dan disahkan mati di tempat kejadian. Mangsa lain yang berada di dalam bilik itu turut berterima kasih kepada Athiwat atas jasa baiknya itu.

Dia hero selamatkan 8 orang

Athiwat turut mengambil benda berat untuk menahan pintu daripada suspek masuk ke bilik berkenaan. Malah, dia turut menyerahkan T-shirt yang dipakainya itu kepada mangsa tercedera. Rakan sekelas Athiwat juga menyifatkan dia seorang yang suka membantu orang lain.

Dia hero yang telah menyelamatkan lapan orang. Kadang-kadang dia kena buli di sekolah tapi dia tidak pernah marah langsung.

Sementara itu, menurut salah seorang mangsa yang terperangkap di dalam bilik yang sama iaitu Umakorn berkata dia bersama Athiwat selepas remaja itu ditembak di bahagian dada. Malangnya, sekitar jam 8 malam waktu hari kejadian itu mangsa Athiwat sudah tidak bernyawa lagi. Setelah menyedari Athiwat tidak bernyawa lagi, Umakorn berlutut dan menangis kerana hero yang berjasa ini terkorban setelah menyelamatkan mereka.

Sumber: Bangkok Post, SAYS, Al Jazeera

[FOTO] Mat Salleh Ambil Masa 5 Bulan Jalan Kaki Sejauh 2408km Pusing Semenanjung Malaysia

$
0
0

Memiliki hobi mengelilingi dunia boleh dikatakan impian ramai orang terutamanya golongan belia. Seperti pemuda dari Estonia ini telah berjalan mengelilingi Semenanjung Malaysia mengambil masa selama 5 bulan dapat perhatian rakyat Malaysia. Meigo Mark berjalan sejauh 2,408 km tanpa menaiki sebarang kenderaan darat kecuali bot untuk ke pulau. Dia turut berkongsi gambar momen terindah sepanjang mengelilingi Malaysia.

Sebelum ini, Meigo Mark telah berjalan sebanyak kira-kira 20,000 kilometer dalam 22 buah negara dan mengambil masa selama 4 tahun 3 bulan.

Check point Semenanjung Malaysia

Rehat sekejap

Tempat tidur

Makanan

Redah Malaysia

Sumber: Meigo Mark

‘Saya Sumpah Dia Ditangkap Dan Dapat Hidayah’– Pejabat Dipecah Masuk, Ustaz Ebit Lew Rugi RM80k

$
0
0

Setiap manusia tidak akan terlepas dari ujian Allah, tanpa mengambil kira siapa pangkat, status mahupun tahap keimanan. Ustaz Ebit Lew berkongsi berita sedih apabila pejabatnya telah dipecah masuk penjenayah dan membabitkan kerugian besar.

Rugi RM80 ribu

Office saya kena pecah, sedihnya. Ya Allah terkejut sebelum ceramah di Penjara Perlis. Dapat tahu office saya di Bandar Baru Bangi kena pecah. Semua komputer, laptop 2, kamera-kamera baru beli juga rakam ceramah-ceramah dan dakwah, telefon bimbit 3 dah takde dan ada duit sikit. 80k juga semuanya. Ya Allah tuhanku. Pencuri tinggalkan tulisan ini.

Tinggalkan pesanan

Dalam pada itu, penjenayah berkenaan juga turut meninggalkan pesanan dan memohon maaf atas perbuatan keji berkenaan. Pencuri itu meminta maaf dan mengatakan perbuatan itu adalah kerana dia terpaksa.

Mohon diberi hidayah


Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Saya sumpah dia ditangkap dan dapat hidayah. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha.

Netizen tumpang bersimpati

Sumber: Ebit Lew

Viewing all 35747 articles
Browse latest View live