Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 37150 articles
Browse latest View live

Pelakon Terkenal, Ashraf Sinclair Disahkan Meninggal Dunia

$
0
0

Dunia hiburan Malaysia dan Indonesia hari ini digemparkan dengan satu berita sedih apabila seorang pelakon terkenal, Ashraf Sinclair telah disahkan meninggal dunia.

Serangan jantung

Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair yang juga merupakan suami kepada aktress dan penyanyi terkenal, Bunga Citra Lestari menghembuskan nafas terakhirnya sekitar awal pagi Selasa (18 Februari 2020).

Memetik laporan daripada Kompas.com, bintang terkenal berkenaan dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung.

Jenzah masih di hospital

Menurut sumber, berita pemergian Ashraf ini disahkan oleh pengurus Bunga Citra Lestari iaitu Doddy melalui pesanan aplikasi Whatsapp.

Benar (meninggal dunia), tadi pagi.

Difahamkan juga, jenazah Ashraf dikatakan masih berada di sebuah pusat perubatan di Jakarta.

Sumber: Kompas.com, Suara.com


‘Saya Tidak Boleh Membayangkan Hidup Tanpa Ashraf’– Bunga Citra Lestari

$
0
0

Laman sosial dikejutkan dengan pemergian pelakon Ashraf Sinclair pada awal pagi Selasa 18 Februari di Jakarta, Indonesia. Ashraf meninggal dunia setelah terkena serangan jantung yang disahkan oleh pengurus isterinya, Doddy kepada portal berita Indonesia, Kompas.

Sama macam pasangan lain

Ashraf meninggalkan balu yang juga aktres dan penyanyi, Bunga Citra Lestari serta seorang anak lelaki, Noah Sinclair. Mendirikan rumah tangga pada 8 November 2008, rumah tangga mereka aman tanpa sebarang gosip liar. Menurut Bunga kepada portal Indonesia, Kumparan, hubungan mereka tidak ubah seperti pasangan lain yang menjalani jatuh bangun.

Kami sama-sama berjuang, sama seperti pasangan suami-isteri yang lain. Kami juga pasti punya masalah. Kami juga punya saat-saat bahagia kami sendiri.

‘Kami harus saling jujur’

Tambah Bunga lagi, pegangannya dengan Ashraf adalah, kejujuran yang mesti menjadi keutamaan rumah tangga. Pada mereka, apa yang penting adalah kesediaan untuk sama-sama berjuang ataupun mereka masih boleh kekal menjadi kawan.

Yang pasti, dari awal prinsip saya dengan Ashraf adalah, intinya, kami harus saling jujur satu sama lain, apakah kami masih ingin berjuang bersama atau tidak. Kalau tidak, tidak apa-apa, kami masih jadi rakan.

Bunga juga pernah mengatakan dia tidak boleh membayangkan kehidupannya tanpa Ashraf di sisi. Dia juga mendoakan supaya terus kuat untuk kekal mencintai pasangannya itu sampai ke akhir masa.

Setakat ini, saya tidak boleh membayangkan hidup tanpa Ashraf. Sampai sekarang, pandangan saya masih seperti itu. Jadi, mudah-mudahan kami berdua terus diberi kekuatan untuk mampu terus mencintai satu sama lain sampai nanti.

Sumber: Kumparan

Percutian Terakhir Ashraf Sinclair, Sempat Berjumpa Adam & Yuna Di New York

$
0
0

Kematian pelakon Ashraf Sinclair dipercayai serangan jantung telah mengejutkan ramai orang termasuk rakan artis dan peminat. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada sekitar jam 4.15 pagi di Jakarta, Indonesia.

Sebelum ini, Ashraf Sinclair bersama isterinya iaitu Bunga Citra Lestari sempat berkunjung ke Amerika Syarikat merupakan percutian terakhir sebelum aktor itu meninggal dunia.

Percutian terakhir di New York

Instagram Photo

Pada minggu lalu, pasangan ini pergi ke New York untuk bercuti di negara itu. Menerusi Instagram kedua selebriti ini, masing-masing memuatnaik foto bersama sebagai kenangan mereka berada di negara tersebut.

Makan malam bersama

Instagram Photo

Lebih menyedihkan lagi, Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari sempat menyambut Hari Kekasih dengan mengadakan makan malam bersama. Ashraf dilaporkan pulang ke Indonesia terlebih dahulu bersama beberapa kenalannya dan diikuti Bunga Citra Lestari pada keesokan harinya.

Sempat bertemu adik

Instagram Photo

Adik lelaki kepada arwah iaitu Adam Yousuf sempat berkongsi foto mereka berdua ketika Ashraf datang ke New York pada minggu lalu. Mereka sempat meluangkan masa bersama di sana demi melepaskan rindu.

Bunga baru selesai tugasan

Bunga Citra Lestari bagaimanapun baru sahaja selesai tugasannya sebagai juri di sebuah program realiti iaitu Indonesian Idol pada malam tadi. Dia terkejut apabila mengetahui kematian suaminya itu pada pagi tadi. Kedua-dua Instagram mereka itu dihujani dengan ucapan salam takziah dari peminat dan kenalan rapat. Sama-sama kita doakan semoga arwah Ashraf Sinclair ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber: Adamsofunny, Bunga Citra Lestari, Ashraf Sinclair

‘Dia Insan Yang Sangat Hebat’– Rakan Artis Dedikasi Ucapan Takziah Kepada Ashraf Sinclair

$
0
0

Pagi ini kita dikejutkan dengan pemergian pelakon terkenal Ashraf Sinclair yang mengalami serangan sakit jantung. Berita sedih ini mengejutkan seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia apabila pelakon ini dilihat sihat beberapa hari lalu.

Malah, rakan artis turut mengambil kesempatan ini mengucapkan salam takziah dan mendoakan agar roh arwah Ashraf Sinclair ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Mesej terakhir bersama arwah

Semoga ditempatkan dikalangan beriman

 

View this post on Instagram

 

Tak sangka , baru je sangat lagi jumpa @ashrafsinclair , semoga dia di tempatkan dgn orang2 yg beriman Al-fatihah

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Hanya ajal memisahkan kita

Seorang yang sangat suka memberi sokongan

Nora Danish turut berduka

Kami sayang kamu

Salam takziah

Sumber : Instagram

‘Janji Setia Sehidup Semati Benar-Benar Nyata’– Kisah Kebaya Nikah BCL & Ashraf Sinclair

$
0
0

Pelakon Malaysia yang melebarkan sayap ke Indonesia, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada pagi Selasa kerana serangan jantung di Jakarta, Indonesia. Ashraf menghembuskan nafas terakhir di usia 40 tahun, meninggalkan seorang isteri Bunga Citra Lestari (BCL) dan anak Noah Sinclair.

Mengimbas pernikahan BCL dan arwah pada 8 November 2008, pereka kebaya Anne Avanti menceritakan kisah persalinan penyanyi itu sebelum diijabkabul.

Kebaya hilang sebelum nikah

Anne mengimbas kenangan ketika membawa kebaya yang akan dipakai pelanggannya itu yang tiba-tiba hilang ketika mahu dihantar. Kisah itu diceritakan Anne menerusi Instagramnya, sebentar tadi.

Sebuah kisah kebaya akad BCL dan Ashraf. Sedih sekali, sangat sedihh teringat saat saya membuat baju pernikahan mereka. Saat yang sangat indah, teringat waktu itu baju akad BCL tiba tiba hilang di gantungan saat akan dikenakan ketika saya bawa dari Butik Grand Indonesia ke rumah BCL.

Waktu masuk kereta jelas-jelas dibawa, tapi mau diturunkan, baju itu tidak ada. Saya nangis di kereta di depan rumah BCL. Saya berusaha mencari dimana hilangnya? Anehh.

Rupanya..

Setelah diperiksa, rupanya kebaya berkenaan terjatuh di kawasan parkir pusat beli-belah Grand Indonesia, lokasi butik pereka itu.

Kira kira satu jam ditelusuri ternyata ada di parkir Grand Indonesia terjatuh dari hanger, ditemukan petugas parkir. Sebuah kisah yang tidak banyak orang tau, yang tidak terungkap kata saat itu.

Ketika kebaya nikah itu sampai di tangan saya kembali setelah 2 jam yang ditemukan oleh tukang parkir, saya tak hentinya bersyukur. Lalu saya menuliskan kisah kebaya itu dan saya serahkan secarik kertas itu kepada BCL dan Ashraf setelah selesai majlis.

Anne juga sempat berpesan kepada pasangan itu supaya kekal setia sehingga mati. Akhirnya, janji sehidup semati berkenaan akhirnya benar-benar terjadi.

Saya berpesan, tetaplah setia sampai maut memisahkan. Ini surat buat kalian, sebuah cerita tentang kebaya akadmu. Dan hari ini, janji setia sehidup semati sampai maut memisahkan, benar-benar nyata.

Sumber: Anne Avanti

‘Ayah Dia Meraung Allahuakbar’ – Bayi Maut Tertinggal Dalam Kereta, Rakan Sekerja Kongsi Detik Cemas

$
0
0

Semalam, viral kisah seorang bayi 9 bulan ditemui tidak bernyawa di dalam kereta di Kompleks Tun Razak, Indera Mahkota, Kuantan, tengah hari semalam gara-gara bapa terlupa untuk hantar ke pengasuh.

Kejadian itu menyebabkan ramai yang bersimpati dengan kehilangan itu dan tak kurang juga mengkritik bapa mangsa. Di facebook, seorang lelaki yang merupakan seorang rakan sekerja bapa itu kongsi cerita sebaliknya.

Terlupa hantar bayi ke rumah pengasuh

Pada jam 8.25 pagi bapa mangsa hantar pula anak kedua ke sekolah yang sama seterusnya menghantar isteri ke tempat kerja di Indera Mahkota sebelum ke tempat kerjanya di Pejabat Jabatan Kerja Raya yang terletak di Komtur.

Bayi itu sepatutnya dihantar ke sebuah taska di Indera Mahkota 15 tetapi bapanya itu terlupa dan mangsa dianggarkan ditinggalkan sendirian di dalam kereta tersebut dari jam 9 pagi.

Berdasarkan siasatan awal, pada jam 7.20 pagi bapa mangsa keluar menghantar anak sulung berusia 10 tahun ke sebuah sekolah di Kampung Chendering, Paya Besar sebelum balik semula ke rumah untuk mengambil isteri berusiaa 39 tahun, anak kedua berumur 6 tahun dan juga mangsa.

Sampai ke tingkat 3 dengar suara ayah dia

Aku tengok ramai sangat yang duk mengutuk ayah budak yang meninggal dalam kereta tu. Sebagai salah seorang staff yang bertugas di bangunan yang sama, aku nak bagitau. Rutin setiap hari budak ni dihantar oleh ibu dia ke pengasuh / taska. Hari ni ceritanya mak dia kena outstation dan tugas tu diambil oleh ayah. Budak ni pulak katanya demam dan tidur dekat belakang seat.

Ayah dia sampai ke opis seperti biasa langsung terlupa pada anak. Ayah dia baru sedar dalam pukul 12 tngahari (kalau ikut masa jam aku) Masa dia nak keluar lunch hour. Korang tau, suara ayah dia meraung sebut AllahuAkbar tu sampai kami yang kat tingkat 3 dengar jelas. Korang boleh bayang tak macamana perasaan ayah dia masa tu. Terus diorang hantar ke klinik kesihatan bersebelahan dan seperti kita maklum, anak dia tak dapat diselamatkan.

Lupa ni bukan buat main-main

Dari masa ayah dia sampai ke opis sampai lah ke masa dia sedar anaknya dalam kereta tu, berapa ramai staf lalu lalang (termasuk aku) dan takde sorang pun Allah gerakkan untuk tengok dalam kereta tu. Korang boleh kata macam macam pada ayah arwah ni sebab tak kena kat korang atau famili. Ingat…lupa ni bukan dibuat-buat. Ada masanya dalam kau bercakap pun kau lupa apa kau sebut 5 minit lepas.

Aku nak tanya korang, sebagai seorang mak dan ayah, berapa ramai yang sanggup tengok anak mati depan mata sendiri? So hati-hati mengutuk, silap hari nanti berbalik pada kau. Baru kau sedar apa itu Qada Dan Qadar. Alangkah bagus jika kecaman korang ditukar kepada doa agar Allah memberikan kekuatan kepada ibu bapa dan famili arwah.

Sumber : Aku ArejaxSinar Harian

‘Begini Rasanya Hilang Sahabat’– Imbau Kenangan Dengan Ashraf Sinclair, Baim Wong Luah Rasa Sayu

$
0
0

Pemergian pelakon, Ashraf Sinclair secara tiba-tiba akibat serangan jantung awal pagi tadi telah mengejutkan peminat Indonesia dan Malaysia. Allahyarham yang merupakan suami kepada selebriti Indonesia, Bunga Citra Lestari, akan dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

Pelakon, Baim Wong menerusi posting terbaru di Instagram luah rasa sayu dengan kehilangan salah seorang teman rapatnya ini.

Begini rasanya kehilangan sahabat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by baim wong (@baimwong) on

Begini rasanya ketika kehilangan sahabat. Lama ga pernah ketemu. Tapi disaat ada kesempatan ketemu, kita tau. Kalau diantara kita berdua.

Ada perasaan sangat dekat satu sama lain. Karena kita berdua sudah saling mengenal satu sama lain. Setiap ada pertemuan yang ga disengaja.. Selalu menjadi pertemuan yang lama..

Pernah sekali dia marah sangat

Karena memang sebenarnya kita itu saling kangen. Kangen dengan semua kebodohan kita, kalau kita bercanda. Pernah dia marah bgt pas lagi dibencandain. Karena terompet keras dibunyiin di kupingnya. Marah kecil, yang setelah itu kembali gua jailin lagi..

Kangen juga.. Kalau lama ga ketemu..

Dan kalau ketemu. Selalu dipenuhi becandaan yang kadang dengan kebodohan gua, dengan apa adanya gua. Dia selalu ketawa-ketawa terus.. Kita selalu menikmati kebersamaan kita..

Jadi inget ketika kemarin saya bilang sama Paula..

“Sayang, gmn ngaji kamu? Mau dilanjutin ga? Udah lama kamu ga ngaji.. Sayang ilmunya.. Semua harus dikejar… Apalagi kalau itu ibadah ”

Dan Paula bilang .. “Iya .. nanti sayang..”

“Nanti ya sayang.. Aku masih hrs jagain kiano..”

Dan jawaban itu tidak ada salahnya sama sekali. Berat memang pengorbanan menjadi seorang ibu. Paula wanita yang sangat hebat. Sampai sekarang dia pun sendiri mengurus kiano..

Semoga Allah ampunkan dosa-dosanya

Tapi dengan meninggalnya sahabat saya ini. Menjadi sebuah pelajaran berharga bagi saya untuk mengenal arti waktu yang sebenarnya. Kata-kata “Nanti..” sepertinya jangan dijadikan kebiasaan.

“Nantinya” kita.. Kita tidak pernah tau kapan..

Apakah itu seminggu.. Sebulan.. Atau setahun.. Mungkin sampai 5 tahun lagi, kita masih bilang “Nanti…”

Dan apakah “nantinya itu” kita masih punya waktu dari Allah untuk bisa melakukannya? Sama dengan mengerjakan sholat. Sering kita menggunakan kata “Nanti”.

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya. Semoga semua amal ibadahnya diterima di SisiNya. Dan semoga Allah memberikan ketabahan kepada Bunga dan Noah. Saya akan selalu ada untuk keluarga mereka.

Innalilahiwainnalilahiraji’un. Selamat tinggal sahabat. Sampai bertemu kembali.

Allah

#janganMenunda2Ibadah
#sayangkaliansemua

Sumber : Baim Wong

‘Kakak Langgar Saya, Tangan Saya Luka! Saya Nak Duit’

$
0
0

Sindiket penipuan di Malaysia semakin membimbangkan. Pelbagai cara yang dilakukan sidiket ini untuk mengaut keuntungan mudah. Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook ini, dia dipaksa untuk memberi wang kepada seorang perempuan selepas berlakunya satu kemalangan di sebuah jalan raya di Kuantan, Pahang.

Jalan ke kanan ke kiri

Sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum. Disini sekadar nak berkongsi pengalaman untuk awareness penduduk Kuantan. Kejadian berlaku tengah hari tadi sekitar jam 12 tengahari. Saya drive untuk COD makanan ke HTAA. Saya lalu di hadapan balai polis trafik Kuantan. Masa ke depan sikit (depan sikit dari kedai nora aman 2 dan hampir dengan pintu pagar belakang HTAA), banyak kereta yang parking di tepi2 sebelah kiri sebab ada gerai menjual makanan di tepi sebelah kanan.

Saya slow down kan kereta sebab di depan ternampak ada seorang perempuan bertudung berjalan kaki bersebelahan kereta-kereta yang parking di bahu jalan tadi. Saya serba salah sebab perempuan tu macam jalan ke kanan, kekiri n kekanan balik. Dalam hati dah cakap “nak pegi mana pulak orang ni? Mcm org mabuk berjalan”.. Nak ke kanan sedikit, banyak kereta pulak di jalan bertentangan so saya slowla dalam 30saat sampai saya rasa perempuan tu dah konsisten berjalan lurus dibahu jalan, saya tekan minyak sedikit untuk teruskan perjalanan.

Sekali perempuan tu semacam menerpa ke kanan dan saya langgar dia. Saya jerit dan sempat la tekan brek. Nasib baik saya bawa pun masa tu slow sangat (bayang kan kalau saya tak sempat brek?). Masa tu panik tatau nak buat apa. Orang sekeliling pun sama panik (orang yg depan gerai semua dah memerhati).. Saya xberani keluar sebab karang kene pukul tak pasal.

Saya mahu duit

Sekadar gambar hiasan

Perempuan tu bangun, sapu-sapu tangan sebab berpasir agaknya. Saya dapat tengok macam orang Rohinya. Pergi ke arah cermin kereta saya sambil cakap “kakak langgar saya. Tangan saya luka. Saya mahu duit” (dia cakap tone down je). Saya cakap dekat die “saya bawa slow. U tiba-tiba terpa ke kereta saya kenapa? Saya tunggu awak jalan kiri kanan. Ini jalan sibuk tau banyak kereta. Saya tak langgar, awak yang tiba-tiba saja terpa ke kanan”. Die cakap “saya nak duit.. Tangan saya sakit”. Die memang dok ulang ayat yg sama. Aduhai saya pegang tangan die memang takde luka pun (masa tu saya dah kuwa dari kereta)

Dalam 5 minit jugakla dia asyik minta duit (ayat sama sebab mungkin  tak fasih bercakap bahasa melayu kot). Sekali datang sorang brother ni saksi dekat situla. Dia cakap “nak duit je tu.. Bagi jela rm10”.. Saya tanya die boleh ke? Dia kata boleh. Bila keadaan dah tenang, saya call husband cerita. Dia cakap sebenarnya banyak sangat dah sindiket macam tu dekat China, Singapore. Pedestrian yang saja dok langgar kereta orang sebab nak minta duit. Husband tanya tak tangkap gambar ke, report polis ke apa. Saya kata panik sangat sampai tak tefikir tadi.

Nasib baik langgar slow. Kalau tak sempat brek sebab panik ke apa? Cedera parah ke mati? Tak ke naya haaa masuk penjara tak pasa-pasal. So, orang Kuantan berhati-hati la ye. Orang tu perempuan rohingya pakai tudung badan biasa dalam 55kg,tinggi 155cm kot. Debor tu sampai sekarang rasa.

Sumber: Liana Haffiza


[VIDEO] Suasana Hiba Sebaik Sahaja Van Jenazah Ashraf Sinclair Tiba Di Rumah

$
0
0

Desas-desus punca kematian pelakon Ashraf Sinclair terus menjadi persoalan dalam kalangan netizen. Jika anda mengikuti kehidupan pelakon lelaki ini di Instagram, boleh dikatakan Ashraf sering mengamalkan gaya hidup sihat termasuk melakukan aktiviti sukan. Pengurus kepada Bunga Citra Lestari turut menyifatkan Ashraf seorang yang sihat dan tiada penyakit.

Ketibaan jenazah Ashraf di perkarangan rumahnya di Pejaten Barat undang hiba keluarga dan kenalan rapat yang tiba. Kelihatan Bunga Citra Lestari juga dalam keadaan tidak bermaya dan mata sembab.

Jenazah tiba di rumah

Video yang dimuatnaik menerusi Youtube Kompasscom ini menyaksikan suasana hiba sejurus sahaja van jenazah tiba di rumah arwah di Pejaten Barat, Jakarta Selatan. Van jenzah yang tiba dari Rumah Sakit MMC, Kuningan, Jakarta Selatan itu tiba di rumah pada jam 7.30 pagi waktu tempatan. Terlihat kelibat isterinya, Bunga Citra Lestari tiba di perkarangan rumah dengan keadaan mata yang sembab. Rumah berkenaan turut dijaga dan dikawal oleh beberapa petugas yang mengenakan uniform berwarna hitam.

‘Dia paling sihat’

Desas-desus mengenai tahap kesihatan arwah mula diperkatakan apabila pemergiannya itu dikatakan terlalu awal pada usia mencecah 40 tahun. Bagimanapun, menurut pengurus kepada Bunga Citra Lestari, Ashraf tidak menghidap sebarang penyakit. Upacara pengebumian dijangka berlangsung di Sandiego Hills, Jakarta.

Enggak ada. Dia sehat banget. Di antara kami semua, dia paling sehat.

Forografer kongsi kenangan foto terakhir

Sementara itu, fotografer kepada Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Jodie Octora turut berkongsi kenangan foto terakhir bersama arwah. Menurut perkongsiannya di IG Stories, fotografer ini turut memuatnaik foto terakhir yang diambilnya dan foto ini juga telah diabadikan di Instagram Ashraf Sinclair.

‘Photo yang sangat berkenang’

Jodie Octora turut berkongsi perbualan terakhirnya bersama Ashraf Sinclair mengenai foto gaya permintaan arwah ketika bercuti ke luar negara. Ashraf Sinclair turut meminta fotografernya itu mengambil gambar gaya Jaywalker ketika berjalan.

Malah, Ashraf yang juga dikenali sebagai nama pena Ash turut dedahkan kenangan mengenai foto ini sewaktu arwah mengajak mereka bergambar bersama kenalan yang mengikuti percutian itu. Jodie Octora tiada di dalam gambar ini kerana dia yang tangkapkan gambar mereka tetapi Ashraf yang edit dan tampal foto Jodie di dalam foto bersama hanya menggunakan telefon sahaja.

Sumber: Jodieocto, Kompasscom, Astro Awani

[VIDEO] ‘Hampir Putus Asa’– Fasha Sandha Dedah Jantina Anak, Pengalaman Hamil Di Usia 35 Tahun

$
0
0

Selepas gugur pada Jun tahun lalu, pelakon popular Fasha Sandha disahkan hamil kali kedua. Namun, kali ini Fasha lebih banyak mendiamkan diri mengenai kandungan kerana trauma dengan pengalaman yang lepas.

Terbaru, Fasha mendedahkan mereka bakal menerima kehadiran seorang lagi cahaya mata perempuan. Menerusi video yang dimuatnaik, Fasha membuat kejutan khas buat suami dan anak-anak. Bukan main happy lagi, tahniah Fasha!

Hamil di usia 35 bukan mudah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

It’s a GIRL . Syukur Alhamdulillah #baby2020

Sejujurnya, ambil masa banyak hari juga memikirkan samada nak post atau tak video ni, akhirnya saya memilih untuk berkongsi pengalaman kehamilan saya kali ini, dengan harapan agar dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat.
Saya dan suami diuji sebelum ni kerana pernah 2 kali kerana keguguran diawal kehamilan. Syukur Alhamdulillah tak lama lepas tu, Allah gantikan dengan kandungan yang sihat.

Saya bertuah kerana mendapat nasihat daripada sahabat saya DS Vie Shanti untuk berjumpa dengan Dato Doktor Rafi. Saya juga pernah hampir berputus asa juga, tapi semangat yang diberikan oleh Vie dan suami, memberikan saya kekuatan untuk berjumpa doktor. Kehamilan di usia 35 bukanlah sesuatu yang mudah. Paling teruk alahan nya, lemah, melepet, kena cucuk setiap minggu, makan Duphaston (ubat kuat rahim) 3 kali sehari, sampai ada hari kena marah dengan suami dan doktor sebab mengelat nak makan ubat.

Tawakal dan redha

Ada juga pernah menangis teruk sebab kena marah combo. Suami marah, doktor pun marah. Alhamdulillah semua tu tak lama, lepas habis je trimester pertama dah tak perlu cucuk dan makan ubat lagi . Fuh lega. Alhamdulillah kini di Trimester ke 2 (15 minggu), kandungan membesar dengan sihat. Syukur Alhamdulillah. Syukur tak terhingga. Sehingga hari ni, di atas pengalaman keguguran yang lalu, saya hanya tawakal dan redha, semoga kandungan ini sihat sehingga melahirkan nanti Insyaallah.

Video ni kenangan hanya kami berempat, diatas bantuan deco saat akhir oleh kak @ainacopartynsuch dan video daripada @reymokhtar. Hari tu lepas dapat result Nipt mengesahkan baby sihat dan mengesahkan jantina baby, saya terus buat suprise pada mereka bertiga ni. Allahuakbar melompat kegembiraan suami, Rayfal dan Jemyma kerana bakal menerima seorang lagi ‘girl’ dalam keluarga kami. Anak ibu, cahaya ibu, semoga membesar dengan sihat sayang. My 2020 baby, Syukur,. Terima kasih suami tercinta, @vieshantiekhan, Team Hosp Umra. Terima Kasih ALLAH. Ini adalah #instaikhlas khas daripada sy untuk membantu ibu-ibu lain, cari masa untuk berjumpa dengan Dato Dr Rafi atau Datin Dr Ummul. Insyaallah berkat doa dan usaha, akan berhasil. Amin YRA. Kredit Lagu : Hari ini by Dayang & Hael#iburayfalraysha

Sumber : Fasha Sandha

Dapat Tahu Abang Meninggal Sebelum ‘On Air’, Aishah Sinclair Bergegas Terbang Ke Jakarta

$
0
0

Pemergian mengejut Ashraf Sinclair atau nama sebenar Ashraf Daniel Mohammed Sinclair sekali lagi menghibakan hati ramai orang terutama dari kalangan ahli keluarga dan rakan karib arwah. Arwah telah mengembuskan nafas terakhir pada awal pagi di MMC Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia.

Kehilangan itu turut memberi kesan yang dalam buat adik kepada Ashraf Sinclair iaitu Aishah Sinclair yang dapat tahu berita sedih ini ketika berada di konti radio tempat dia bekerja.

Baru tahu sudah sampai konti radio

Aishah tiba sebelum jam 6 pagi. Dia kemudian dihubungi ibunya memaklumkan berita sedih itu.

Menerusi Astro Awani, penyampai radio dan pelakon, Aishah Sinclair dikhabarkan sudah bersiap sedia untuk ke udara di konti stesen radio Mix FM pada jam 5.48 pagi tadi sebelum mendapat berita sedih mengenai abangnya, Ashraf.

Aishah yang mengendalikan program Mix Breakfast bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi di stesen radio berkenaan menerima perkhabaran duka itu daripada ibunya. Perkara itu dikongsikan rakan penyampai Rod dan Prem dalam program berkenaan awal pagi tadi.

Dalam kenangan

Terkejut dengar berita itu

Ramai sedih

Sumber : Astro Awani, Mix

‘Dia Adalah Penderma Tetap Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman’

$
0
0

Bukan sahaja pernah bergiat dalam bidang lakonan di Malaysia, malah, Allahyarham Ashraf Sinclair juga mula aktif ke pasaran Indonesia sejak tahun 2008 lagi. Arwah juga dikenali ramai dengan hati budinya yang baik dan dermawan sepanjang hayatnya. Dia telah menjadi penyumbang tetap di Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman di Jakarta, Indonesia. Pemergian Ashraf disifatkan sebagai kehilangan yang sangat memberi kesan kepada yayasan itu.

Dia adalah penderma tetap

Memetik laporan Detik Hot, Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman iaitu Haji Ahmad Habib terkejut dan tidak percaya dengan berita yang diterima mereka pada awal pagi tadi (18 Februari 2020). Malah, anak-anak yatim di yayasan berkenaan turut bersedih apabila diberitahu berita itu.

Beliau ini adalah donatur tetap Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman. Sosoknya sangat familiar, baik hati, tidak segan menyapa. Kami sangat merasa kehilangan saat mendapat berita duka ini.

Ini kan seperti pesantren, jadi kapan beliau siap datang, beliau datang saja. Sangat sering datang. Setiap dapat rezeki apa, beliau pasti datang dan memberi rezeki ke kami. Dua bulan lalu kami masih silaturahmi ya. Saat itu beliau sehat, baik-baik saja.

Apa saja rezeki yang diterima arwah, dia akan berkongsi rezeki itu kepada anak-anak di sana. Ashraf juga sering datang ke yayasan berkenaan dan kehadiran terakhir arwah ke sana adalah pada dua bulan lepas.

‘Ashraf orang yang baik’

Sementara itu, rakan-rakan artis yang turut datang menziarahi arwah di Pejaten Bara, Indonesia bagi memberi penghormatan terakhir. Rata-rata meluahkan rasa simpati dan masih lagi bersedih akan kehilangan Allahyarham Ashraf Sinclair di usia 40 tahun itu. Rakan artis iaitu Andien turut datang menziarahi keluarga arwah dan Bunga Citra Lestari.

Pemergian Ashraf kalau menurut orang disekitarnya, dia pergi sangat tenang, bahagia dan tersenyum. Minta doakan saja ya. Bunga sangat shock (terkejut), dia bilang berita ini sangat mendadak. Aku sekeluarga turut berdukacita sekali kerana Ashraf adalah orangnya baik dan akan selalu dikenang sebagai orang yang baik. Jadi, sama kita mendoakan agar semua ibadah Ashraf diterimaNya.

Sumber: Beepdo, DetikHot

Ibu Hamil Bakal Berdepan Risiko Kelahiran Pramatang & Terencat Jika Tidak Ambil Asid Folik

$
0
0

Asid folik (atau disebut juga folate) adalah vitamin semulajadi yang mengandungi pelbagai faedah. Ia juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan oleh manusia untuk membina sel-sel baru dalam tubuh dan membaiki DNA yang rosak dalam sel.

Kebiasaannya, ramai wanita mendapat informasi yang salah di mana asid folik akan membantu mereka segera hamil dan ianya merupakan ubat ajaib bagi kesuburan. Namun, beberapa kajian telah membuktikan bahawa asid folik hanya boleh membantu kesuburan dan memberi faedah pada bayi yang berada dalam rahim.

Asid folik bukan ubat penyubur?

Ya benar, asid folik bukanlah ubat yang dicipta untuk merawat kesuburan. Namun, ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan asid folik, kesihatan bayi dalam rahim mungkin akan terjejas. Pada tahun 1960 pakar-pakar perubatan mula mendapat bukti dalam kajian mereka bahawa kekurangan asid folik dalam tubuh wanita hamil boleh dikaitkan dengan penyakit akibat kandungan asid folik yang rendah pada bayi mereka.

Oleh itu supplemen asid folik harus diberikan kepada wanita hamil sebaik sahaja disahkan hamil (sama ada melalui ujian air kencing atau pun ultrasound). Namun bagi kehamilan yang tidak dirancangkan, wanita berkenaan dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan asid folik setiap hari. Ia harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ada beberapa kajian yang menunjukkan supplemen asid folik akan mengurangkan masalah bayi yang dilahirkan dengan kecacatan saraf seperti spina bifida dan neural tube defect.

Begitu juga terdapat beberapa kajian yang menunjukkan pengambilan supplemen asid folik ketika hamil, boleh mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat anak yang mempunyai masalah bibir dan lelangit bercelah (lip and palate palate), kecacatan jantung (congenital heart disease), dan risiko lahir pramatang.

Mempunyai risiko yang tinggi

Mengapa pengambilan asid folik harus dimulakan sejak mula disahkan hamil? Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama, perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahem berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua, iaitu berusia melebihi 13 minggu, pengambilan asid folik boleh dihentikan. Namun ia tidak menjadi mudarat jika pengambilannya diteruskan. Dos yang perlu diambil bagi wanita biasa ialah 400 microgram (0.4 mg) sehari. Bagi wanita yang hamil pula, dosnya ialah 600–800 micrograms.

Namun dos yang diberikan boleh ditingkatkan, bergantung kepada penilaian doktor yang merawat terutama jika wanita hamil itu mempunyai risiko yang tinggi iaitu :

1. Mengalami masalah kecacatan pada bayi pada kehamilan yang lepas
2. Suami atau wanita itu sendiri mengalami masalah NTD.
3. Wanita itu mengambil ubat sawan (epilepsy)
4. Wanita itu mempunyai penyakit ceoliac disease, diabetes, sickle cell anaemia, atau thalassaemia.

Kekurangan asid folik ketika hamil juga boleh meningkatkan risiko kelahiran pamatang, perkembangan fizikal bayi dalam rahim yang terencat, dan menyebabkan peningkatan kandungan homocysteine dalam darah yang akan menyebabkan keguguran secara tiba-tiba atau kehamilan yang mempunyai komplikasi seperti pendarahan disebabkan oleh placental abruption atau sawan ketika hamil (pre eclampsia). Sekurang-kurangnya wanita yang hamil harus mengambil makanan yang ditambah dengan folic acid atau makanan yang kaya dengan folate bagi mengurangkan kebarangkalian mendapat kecacatan.

Membantu kesuburan wanita dan lelaki

Asid folik juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama. Selalunya wanita yang mengalami keguguran di awal kehamilan disebabkan oleh masalah ini. Untuk mengurangkan risiko ini, para suami juga dinasihatkan untuk mengambil folic acid antara 700 – 1 000 mcg sehari.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ ke dalam rahem. Oleh itu bagi pasangan yang agak sukar mendapatkan zuriat, perlu mengambil supplemen folic acid sebagai usaha untuk merawat masalah kesuburan.

Ia bukanlah rawatan yang definitif, tetapi ia satu langkah yang membantu. Ia haruslah disertai dengan banyak berdoa kepada Allah. Jika masih tidak berjaya, harus berjumpa dengan pakar kerana mungkin masalah kesuburan yang dihadapi telah menjadi sesuatu yang lebih parah.

Bahaya ambil asid folik dengan kadar yang banyak?

Bahayakah jika mengambil folic acid dengan kadar yang banyak? Kemungkinan untuk mengalami keracunan akibat pengambilan dos folic acid yang berlebihan agak rendah kerana folic acid larut dalam air. Ini bermakna jika kita mengambil folik asid secara berlebihan, ia tidak dapat disimpan di dalam hati (pusat simpanan nutrient), maka ia akan dikeluarkan melalui air kencing.

Oleh itu, dos yang disyorkan untuk pengambilan folic acid yang maksima ialah 1 000 mcg (1mg) bagi lelaki dan wanita dewasa, sementara bagi wanita yang hamil dan wanita yang menyusukan bayi adalah 800 µg (0.8 mg).

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

‘Anak Saya Dimana?’– Tiba Di Jakarta, Gugurnya Air Mata Ibu Ashraf Sinclair Tambah Suasana Hiba

$
0
0

Disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, pemergian pelakon Ashraf Sinclair amat dirasai kedua ibu bapa dan ahli keluarganya. Sejurus menerima berita duka tersebut, ibu bapa, Mohammed Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman bersama Aishah Sinclair terus terbang ke Jakarta Indonesia menghadiri majlis pengebumian.

Portal Indonesia, Tribun News melaporkan setibanya di rumah duka ibu tidak dapat menahan sebak lalu menangis sekuat hati.

‘Anak saya dimana?’

Difahamkan, kedua ibu bapa Allahyarham sampai di Jalan Pejaten Barat IV, Pasar Minggu, Jakarta Selatan lebih kurang jam 13:00 waktu Indonesia Barat. Mereka dilihat berjalan sugul masuk ke rumah duka diiringi tetamu yang ada disitu. Dia juga dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis.

Anak saya dimana, anak saya dimana.

Walaubagaimanapun, bapa, Mohammed Sinclair ketika ditanya media hanya berdiam dan meminta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai pemergian anak.

Maaf maaf.

Tolong (jangan halangi saya).

‘Anak saya Ashraf telah pulang ke Rahmatullah’

Sementara itu, The Star melaporkan ibu sempat menghantar pesanan Whatsapp kepada media memaklumkan mengenai kematian Allahyarham.

Anak saya Ashraf telah pulang ke Rahmatullah. Dalam perjalanan ke Jakarta sekarang.

Malah, semasa ulang tahun kelahiran Ashraf ke-40 September tahun lalu, ibu ada memuatnaik ucapan hari jadi khas buat anaknya tersayang.

Kami bersyukur, dia bahagia

Ashraf turned 40 today! As parents, we are blessed, he is happily married to a beautiful woman, Bunga, they have a delightful son, Noah and they are living comfortably in Jakarta. Its wonderful for us to go to Jakarta anytime we want and to enjoy being with them. Do enjoy every minute of being 40… before the numbers change!

Sebagai orang tua, dia bersyukur Ashraf bahagia berkahwin dengan seorang wanita cantik, Bunga. Malah, anaknya itu juga dikurniakan seorang zuriat lelaki yang comel, Noah. Apa yang lebih membahagiakan, mereka ada kehidupan selesa di Jakarta. Bila-bila masa sahaja, dia boleh ke sana untuk menghabiskan masa bersama. Dia berharap Ashraf gembira nikmati kehidupan di usia 40.

Sumber : Tribunnews.com , dida_sinclair

Padah Pijak Al-Quran & Hina Islam, Penganggur Berdepan Hukuman Dua Tahun Penjara

$
0
0

Tindakan seorang lelaki memijak al-Quran dan menghina Islam telah menimbulkan kemarahan seluruh umat Islam di negara. Menerusi Harian Metro, lelaki berkenaan telah ditahan dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor bahru.

Dibelasah beberapa individu

Sebelum tertuduh ditahan pihak polis, dia telah dibelasah teruk oleh beberapa individu yang marah akan perbuatannya kerana telah menghina kitab suci al-Quran. Individu yang membelasah tertuduh turut bertindak merakam video dan telah viral di media sosial. Tidak lama selepas kejadian, tertuduh telah ditahan pihak polis atas kesalahan tersebut.

Pihak polis terima laporan

Pengurus projek itu sedang melayari Facebook sebelum ternampak satu paparan daripada kenalannya. Paparan berkenaan menunjukkan seorang lelaki yang membuat siaran langsung dan dirakam semula oleh seorang pemilik laman sosial itu.

Pengadu kemudian ke balai membuat laporan polis pada 2.56 petang Khamis lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, pihak polis telah menerima aduan berhubung insiden berkenaan dari seorang lelaki yang merupakan pengurus projek yang sedang melayari Facebook.

Diarah jalani pemeriksaan mental

Tertuduh, Mohd Zulkifli yang merupakan seorang penganggur mengangguk isyarat faham ke atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistrer Nurasidah A Rahman. Namun tiada sebarang rekod pengakuan diperoleh.

Walau bagaimanapun, Majistret mengarahkan agar tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai selepas permohonan yang dibuat Timbalan Pendakwa Raya. Hal ini bagi mengikut prosedur Seksyen 345 Kanun Prosedur Jenayah  yang membolehkan pihak pendakwaan dan mahkamah mengetahui statur sebenar kesihatan mental tertuduh.

Boleh dipenjara 2 tahun

Terdapat dua pertuduhan yang didakwa ke atas terduduh iaitu mencemarkan al-Quran yang suci bagi semua umat Islam dan mengeluarkan ayat berunsur penghinaan terhadap Islam. Bagi pertuduhan pertama, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Bagi pertuduhan kedua pula, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan pula yang membawa hukuman penjara setahun dengan denda atau kedua-duanya.

Sumber: Harian Metro


‘Tidak Ada Seorang Perempuan Pun Yang Mahu Kematian Suami’- Nora

$
0
0

Umum mengetahui penyanyi, Nora Ariffin kehilangan anak keduanya iaitu Alif Johan sebaik sahaja dua tahun pemergian suami tercinta Johan Nawawi iaitu pada 24 Mac 2017. Kehilangan kedua-dua insan yang disayangi itu ternyata masih dirasai Nora sehingga kini. Menerusi Instagram Nora, penyanyi ini berkongsi kisah apabila dia menerima pelbagai kutukan daripada orang ramai sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal. Sedihnya!

Tidak ada perempuan yang mahu kematian suami

Instagram Photo

Menurut Nora, tidak ada seorang perempuan di dalam dunia ini mahu suaminya meninggal dunia dan anak-anak menjadi anak yatim di usia yang masih muda. Namun, itu semua ketentuan Allah S.W.T. Sebagai ibu tunggal, segala tanggungjawab yang sebelum ini dipikul oleh suami terpaksa digalas sendiri olehnya. Tambahnya, dia pernah dihina oleh masyarakat kerana berstatus balu. Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan kepadanya bahkan anak-anaknya turut dipanggil anak yang tidak cukup kasih sayang dan meraih simpati sebaik sahaja suaminya telah pergi menghadap ilahi.

Menjadi balu ketika umur 23 tahun

Lumrah kehidupan

Di ruangan komen, Nora mengucapkan ribuan terima kasih buat netizen yang memberi kekutan dan kata-kata yang positif buat dirinya. Nora turut menganggap ujian ini merupakan sebahagian daripada lumrah kehidupan. Rata-rata rakan artis dan netizen turut membanjiri ruangan komen Nora di Instagram.

Sumber: Nora Ariffin

Mahu Berdamping Dengan Suaminya, Bunga Cinta Lestari Tempah Liang Lahad Bersebelah Ashraf Sinclair

$
0
0

Pemergian pelakon terkenal Ashraf Sinclair hari ini memberi kesan yang dalam buat isterinya, Bunga Cinta Lestari sehinggakan dia menempah liang lahad bersebelahan dengan makam arwah suaminya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy memaklumkan BCL ingin ditempatkan bersama suaminya di tanah perkuburan tersebut. Sebaknya.

Tempah liang lahad bersebelahan

Benar. Dari BCL minta karena beliau maunya berdampingan dengan suami tercinta. Sudah direncanakan untuk BCL-nya.

Tidak hanya menempah tanah perkuburan untuk suaminya, BCL juga terus menempah tanah perkuburan disamping suaminya sekali. Sebaknya melihat seorang isteri yang sangat mencintai suaminya.

Beliau cuma nggak mau yang single. Dia maunya berdampingan dengan suami. Yang hubungi BCL langsung melalui Doddy manajernya telpon ke saya.

Manakala menurut pengurusnya, Doddy, BCL menolak untuk menempah satu makam untuk suaminya, lalu menyuruhnya menempah sepasang makam untuk menempatkan dirinya kelak.

Ramai sebak

Tanah perkuburan yang mewah

Persiapan pemakaman Ashraf Sinclair di San Diego Hills

Buat pengetahuan semua, tanah perkuburan San Diego Hills memang sangat terkenal kerana konsepnya yang lebih moden dan cantik. San Diego Hills ini terletak di Margamulya, Telukjambe Barat, Karawang Barat, Jawa Barat merupakan sebuah tanah perkuburan yang mewah.

Bukan itu sahaja, malah tanah perkuburan ini juga dijadikan sebagai tempat pelancongan bagi orang ramai melihat keindahan sebuah tanah perkuburan yang dijaga seperti taman.

Tanah perkuburan yang dijaga rapi

Persiapan pemakaman Ashraf Sinclair di San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Selasa.

Berdasarkan website sandiegohills, harga paling murah di San Diego Hills pada bulan Februari 2020 adalah Rp 57 juta bersamaan RM17 ribu untuk satu liang lahad. Dilihat pada foto dikongsikan tidak hairanlah jika harganya agak mahal memandangkan tanah perkuburan ini terjaga baik dan rapi. Semoga arwah tenang dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Sumber : Hotdetik, beedotcom

 

Papan Tanda Nama Sudah Tersedia, Jenazah Ashraf Sinclair Dikebumikan Di San Diego Hill

$
0
0

Jenazah Ashraf Daniel Sinclair dikebumikan di San Diego Hill, Jakarta seusai solat Asar waktu tempatan. Jenazah telah diusung keluar dari Rumah Duka dan kelihatan isterinya iaitu Bunga Citra Lestari bersama anak mereka, Noah mengiringi jenazah ke lokasi perkuburan itu.

Jenazah diusung keluar

Instagram Photo

Perkongsian video menerusi Instagram Fashion Bunga Citra Lestari ini menyaksikan kenalan dan ahli keluarga mengusung jenazah untuk dimasukkan ke dalam van jenazah sebelum bertolak ke pemakaman.

Suasana di kediaman rumah arwah

Kelihatan juga ramai orang termasuk media menunggu di pintu masuk kediaman Rumah Duka itu bagi mendapatkan perkembangan berita mengenai arwah. Peminat juga setia menunggu di luar rumah dan bersedih akan berita ini.

Papan tanda sudah tersedia

Sumber: IG Fashion BCL, Youtube Garem Alus

[VIDEO] ‘Disaat Hatinya Juga Hancur’– Bunga Citra Tenangkan Anak Di Majlis Pengebumian Suami

$
0
0

Jenazah Allahyarham Ashraf Sinclair telah selamat dikebumikan di San Diego Hill, Jakarta selepas solat Asar waktu tempatan. Suasana pilu sekitar majlis pengebumian makin terasa apabila melihat anak tunggalnya, Noah menangis sebak di samping ibu, Bunga Citra Lestari.

Rakaman yang disiarkan media Indonesia itu menunjukkan Bunga Citra kelihatan tenang memujuk Noah yang sedang bersedih. Tambah memilukan apabila air mata Bunga sendiri tidak berhenti mengalir.

Semoga kuat

 

View this post on Instagram

 

??? #bclsinclair #ashrafsinclair #deepcondolences #truelove

A post shared by Young living (@volasinthia) on

Menerusi video yang dimuatnaik pengguna Instagram, Volasinthia, Noah yang baru berumur 10 tahun menangis teresak-esak semasa majlis pengebumian bapa. Majlis pemakaman yang disiarkan iNews Live itu juga memperlihatkan Bunga Citra berwajah sugul sambil mengesat air mata yang jatuh ke pipi.

Di media sosial, ramai yang turut berduka melihat anak kecil itu terpaksa menerima hakikat kehilangan bapa sekelip mata. Malah, mereka juga tidak dapat membayangkan kehidupan yang bakal dijalani Noah tanpa seorang bapa.

Hancur hati ini

Sumber : Volasinthia , auliadg_

 

‘Terima Kasih Bunga Kerana Telah Mencintai Anak Saya’ – Bapa Ashraf Sinclair

$
0
0

Kelihatan bapa kepada Allahyarham Ashraf Daniel Sinclair iaitu Mohammad Anthony John Sinclair turut hadir ke pusara anaknya. Jenazah telah selamat dikebumikan di San Diego Hill, Karawang selepas Asar petang tadi.

Kehadiran ibu dan ayah kepada arwah di pusara turut undang sebak dan seakan tidak percaya dengan berita pemergian anak lelaki merek itu.

Terima kasih, Bunga

Memetik laporan Tribun News, Mohammad Anthony John berterima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir memberi penghormatan terakhir buat anaknya itu. Dia turut memberi ucapan penghargaan kepada menantunya iaitu Bunga Citra Lestari kerana telah membahagiakan anaknya dan sama-sama melayari kehidupan berumahtangga sehingga ke hari terakhir arwah bernafas.

Terima kasih kepada semua yang memberi penghormatan terakhir kepada arwah di sini. Terima kasih Indonesia kerana mencintai anak saya. Terima kasih Bunga sudah mencintai putra saya.

Membawa bingkai gambar anak

Suasana sayu menyelubungi tanah perkuburan San Diego Hill ketika jenazah disemadikan dihadapan keluarga, rakan artis, sahabat dan peminat.

Lebih memilukan lagi apabila kelihatan ayah kepada arwah membawa bingkai gambar arwah Ashraf ke upacara pengebumian itu.

Sumber: Tribun News 

Viewing all 37150 articles
Browse latest View live