Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35061 articles
Browse latest View live

Takut Berjangkit Covid-19, Bayi 18 Bulan Dibiarkan 2 Hari Dengan Mayat Ibu

$
0
0

Satu kejadian yang menyayat hati berlaku di Maharashtra, India apabila seorang bayi ditemui menangis kelaparan di sisi jenazah ibunya yang telah dua hari meninggal dunia.

Bayi 18 bulan ditemui disisi jenazah ibunya

Akibat daripada peningkatan kes COVID-19 di India, tiada siapa pun berani mendekati rumah wanita tersebut kerana takut dijangkit virus COVID-19.

Menurut laporan India Times, bayi yang berusia 18 bulan ditemui di sisi jenazah ibunya oleh pihak polis yang telah memecah masuk  bagi meninjau keadaan di dalam rumah berkenaan.

Wanita tersebut dipercayai telah meninggal dunia pada Sabtu lalu dan menyebabkan anaknya tidak dapat makanan serta minuman sejak hari kejadian itu.

Punca kematian masih belum diketahui

Walau bagaimanapun, setelah menyelamatkan bayi berkenaan, pihak polis telah memberikan makanan serta susu sebelum membawanya untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.

Hasil ujian mendapati bayi berkenaan negatif daripada virus COVID-19. Punca kematian ibunya masih belum diketahui lagi sama ada berkaitan dengan virus tersebut ataupun tidak.

Wakil daripada pihak polis tempatan mengatakan bahawa suami kepada wanita berkenaan tidak berada di tempat kejadian kerana telah pergi ke Uttar Pradesh atas urusan kerja.

Sumber : India Times


10 Kes Covid-19 Varian Afrika Selatan Dikesan Di Kelantan

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Baru-baru ini, COVID-19 varian Afrika Selatan B.1.351 telah dikesan untuk pertama kalinya di Kelantan iaitu berpunca daripada Kluster Bunut Sarang Burung. Negeri itu merekodkan 10 kes baru varian tersebut semalam.

Varian baru dikesan di Kelantan

Sekadar gambar hiasan

Menerusi posting di Facebook yang telah dimuat naik oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, jumlah keseluruhan kes tempatan COVID-19 varian South African B.1.351 ialah sebanyak 48 kes setakat ini termasuk di negeri Selangor dan juga Perak.

Buat pertama kalinya sehingga hari ini, varian South African B.1.351 mula dikesan di Kelantan dari Kluster Bunut Sarang Burung.

Pada sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan mengenai kewujudan varian berkenaan di Malaysia melalui empat kes penularan tempatan yang positif COVID-19.

Dikesan sejak Mac lalu

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertama kali varian tersebut dilaporkan di dunia adalah di United Kingdom dan Afrika Selatan pada Disember lalu.

Walau bagaimanapun, varian terbabit mula dikesan di Malaysia sejak Mac lalu dan mempunyai kaitan dengan lokasi geografi yang berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima.

Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 

Penuh Plot Twist, Saspen. Vincenzo Tamat Tayangan Dengan Sempurna Menyaksikan 2 Watak Antagonis Mati

$
0
0

K-drama siri iaitu Vincenzo baru saja melabuhkan tirai tayangan bagi 20 episod dan drama bergenre dark comedy ini sangat mendapat sambutan luar biasa dari penonton. Drama Vincenzo dibintangi oleh pelakon handal Korea iaitu Song Joong-ki, Jeon Yeo-Been, Taecyeon 2PM dan ramai lagi.

Tidak dinafikan, drama ini trending di laman sosial media setiap kali pada hari tayangan kerana disebabkan jalan cerita yang tidak cliche. Lebih menarik perhatian ramai lagi di episod terakhir drama ini yang rata-rata berpuas hati dengan kesudahan yang dilakukan Vincenzo terhadap Pengerusi Syarikat Babel Group iaitu Jang Jun-woo dan peguam Choi Myung-hee.

Kisah peguam mafia Itali

K-drama ini mengisahkan mengenai seorang peguam mafia Itali iaitu Vincenzo Cassano yang datang ke Korea Selatan kerana pengkhianatan organisasi dan menghancurkan kejahatan dengan cara penjahat. Malah, dia dan peguam Hong Cha-young bekerjasama dalam menghancurkan syarikat Babel yang dipercayai telah menyebabkan kematian ke atas beberapa pekerja dan didakwa berlaku penyelewengan beberapa projek di negara itu.

Lebih menarik perhatian apabila penduduk di Plaza Geumga-dong mengetahui terdapat emas yang tersembunyi di bangunan tersebut. Drama ini memperlihatkan unsur komedi dalam kalangan penduduk di Plaza Geumga-dong di mana masing-masing berusaha mencari emas berkenaan secara senyap tanpa diketahui oleh penduduk yang lain.

Banyak plot twist

Drama yang penuh dengan ‘kejutan’ dan plot twist ini menjadi salah satu faktor membuatkan ramai penonton mengikuti perkembangan naratif Vincenzo. Ramai tidak sangka watak Jang Jun-woo lakonan Taecyeon yang dahulunya merupakan pelajar intern sebenarnya adalah Pengerusi sebenar syarikat Babel di mana akhirnya bekerjasama dengan Wusung untuk memanipulasikan helahnya.

Bukan itu saja, Vincenzo juga pernah beberapa kali berdepan dengan saat genting apabila dia hampir dibunuh dengan beberapa orang pembunuh upahan termasuk dari Itali. Namun, ada saja yang membantunya termasuk ketika babak di atas bangunan Plaza Geumga-dong dimana tiga pembunuh upahan Itali hampir membunuh Vincenzo tetapi diselamatkan oleh puluhan ekor burung merpati yang diketuai oleh Inzaghi.

Selain itu, Vincenzo turut bekerjasama dengan adik kepada Jang Jun-woo iaitu Jang Han-seo untuk menjatuhkan pasukan polis antarabangsa (Interpol) dari Itali ketika di gelanggang ice-hockey. Mungkin ketika babak tersebut ramai penonton sangkakan Vincenzo akan berjaya ditangkap oleh Interpol dan dibawa pulang ke Itali buat selamanya setelah ditembak oleh Han-seo. Namun, segalanya berubah apabila ‘tembakan’ tersebut adalah sudah dirancang oleh Vincenzo dan Han-seo sebelum Interpol datang ke lokasi kejadian.

Dua watak yang dibenci

Menggalas watak antagonis sememangnya sukar dan pastinya akan dibenci ramai penonton. Lakonan watak antagonis yang di bawa oleh Taecyeon dan Kim Yeo-jin sangat menjadi. Pelbagai rancangan jahat yang telah dirancang oleh mereka berdua untuk membalas dendam dan menghapuskan Vincenzo dianggap gagal.

Akhirnya, kedua-dua watak ini dibunuh oleh Vincenzo pada episod 20 dengan sangat kejam dan terseksa sebelum mati. Peguam Choi Myung-hee telah ditangkap oleh Vincenzo ketika dia pulang ke rumahnya untuk mengambil passport, berancang untuk keluar dari Korea. Malangnya, Vincenzo sudah menunggunya di rumah peguam tersebut sebelum membawa di ke sebuah lokasi terbiar yang tidak diketahui dan membakar peguam Choi hidup-hidup.

Manakala, Pengerusi Jun-woo yang cuba melarikan diri ke luar negara juga telah ditangkap oleh Vincenzo dengan bantuan empat penduduk Plaza Geumga-dong di sebuah pelabuhan. Jun-woo juga dibunuh secara perlahan-lahan, diikat di atas sebuah kerusi dengan menggunakan sebuah mesin gerusi yang menikam ke bahagian paru-parunya.

Malah, kedua-dua watak ini juga pernah bersepakat membunuh ibu kepada Vincenzo ketika di hospital. Insiden tersebut telah membangkitkan kemarahan Vincenzo untuk membalas dendam dan mencari pembunuh upahan tersebut.

Trailer Vincenzo

Sumber: Netflix

Menteri Sahkan Penerbangan Dari India Hanya Kargo, Tiada Penumpang

$
0
0

Baru-baru ini tular dakwaan mengenai penerbangan Malaysia Airlines dari India dibenarkan masuk ke Malaysia. Hal berkenaan telah menimbulkan kerisauan orang ramai kerana terdapat kes varian COVID-19 dari India dikesan di Malaysia.

Hanya penerbangan kargo dibenarkan

Sekadar gambar hiasan

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, kesemua penerbangan Malaysia Airline (MAB) dari India merupakan penerbangan kargo dan tidak membawa penumpang.

Tindakan yang dilakukan itu adalah selari dengan arahan kerajaan selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah berkuatkuasa pada 28 April 2021. Kesemua penerbangan penumpang dari India mahupun ke negara berkenaan adalah dilarang sama sekali.

Hanya penerbangan kargo yang akan dibenarkan pada masa ini. Penerbangan pesawat penumpang juga kosong dan digunakan untuk membawa muatan yang kebanyakannya adalah barangan farmasi, ubat-ubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan bungkusan kurier.

Tidak dibenarkan masuk atau transit pada ketika ini

Sekadar gambar hiasan

Katanya lagi, semua penerbangan MH yang telah tular di media sosial tersebut merupakan penerbangan kargo dan pengubahan penerbangan penumpang kargo itu bukan sesuatu yang baharu (P2c penumpang-ke-kargo). Malah pada sebelum ini ianya telah dipraktikkan selama berbulan-bulan susulan berlakunya pandemik COVID-19.

CAAM, MAS kargo di bawah kendalian Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan suruhanjaya Penerbangan Awam (Mavcom) juga telah mengesahkan fakta ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga telah mengesahkan kes seorang pemegang pas pekerja asing warga india berkenaan sebenarnya telah berlaku lebih awal pada 10 April lalu.

Pelancong yang bukan dari Malaysia dari India tidak dibenarkan masuk mahupun transit di Malaysia pada ketika ini. Walau bagaimanapun, jika mempunyai pengecualian untuk warganegara Malaysia yang ingin memasuki Malaysia daripada India dibenarkan tanpa melalui imigresen dan kastam.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

‘Aku Dah Banyak Bagi Muka Sampai…’– Bekas Suami Jawab Isu Zarina Anjoulie Minta Beg

$
0
0

Umum mengetahui, pelakon, Zarina Anjoulie dan suaminya Eilyas Azhar telah sah bercerai hari ini. Berita tersebut dikongsikan oleh Anju sendiri di akaun Instagramnya.

Artikel berkaitan: Zarina Anjoulie Sah Cerai Dengan Suami Sekali Lagi

Artikel berkaitan: ‘Aku Bukan Sugar Mummy Kau’ – Zarina Anjoulie Minta Bekas Suami Pulangkan Beg, Telefon

Terbaru, Eilyas tampil menjelaskan apa yang berlaku di antara dirinya dengan Anju. Bukan itu sahaja, Eilyas dipercayai ingin membakar beg yang diberikan oleh Anju kepadanya petang nanti.

Supaya dia boleh dapat views

Alhamdulillah, aku dah cerai. Anju nak benda ni viral supaya dia boleh dapat views yang tinggi. Jom support dia guys. Bagi dia perhatian sebab semua orang, anjing, kucing tengah kisah dan hairan tentang dia. Ayuh support Anju. Bunga bukan sekuntum. Maruah sahaja la yang kena jaga. Maruah diri, keluarga dan anak-anak lagi. Dah cukup bersabar. Malas dah. Baik fokus diri sendiri.

Menurut Eilyas, dia bersyukur kerana akhirnya hubungan di antara mereka sudah berakhir. Tambah Eilyas, bekas isterinya itu hanya mahukan perhatian. Sepanjang perkahwinan, Eilyas memberitahu bahawa dia banyak bersabar. Ujarnya lagi, dia mahu fokus kepada diri sendiri selepas ini.

Aku dah banyak bagi muka sampai aku tak ada muka dah. Hiduplah kau dengan tenang. Inalillah. Aku ceraikan Zarina Anjoulie dengan talak 1 sekarang. Mana tahu kang tetiba jap lagi cakap dia tak tahu ke. Hakim nak minta saksi tapi tak ada ke. Elok la aku selitkan lafaz dekat sini sekali. Dah la tu kot. Tak ada apa dah aku nak cakap. Have a good day semua. Bye.

Di samping itu, Eilyas turut memuat naik posting lafaz cerai terhadap bekas isterinya. Jelas Eilyas, lafaz tersebut ditulis agar bekas isterinya tahu mengenai hal tersebut. Eilyas turut mendoakan supaya Anju lebih tenang selepas ini.

Petang ni ada upacara bakar-bakar

Selain menjelaskan apa yang berlaku, posting Eilyas hendak membakar beg yang diberikan oleh Anju turut mendapat perhatian ramai. Jelas Eilyas, petang ini akan ada upacara bakar-bakar.

Siapa yang cakap aku macam budak-budak ke apa ke sebab asyik cerai. Sekarang aku tiba-tiba up macam ni. Sebelum ni ada aku buat benda terkutuk keji ni? Ada aku up ke? Aku diam sahaja. Real life dengan sosial media ni lain. Semuanya fake. Biar aku, keluarga dan Allah sahaja yang tahu. Bukan pertandingan pun siapa betul siapa salah. Siapa menang atau kalah.

Aku tolak tapi dia paksa suruh ambil siap cakap ikhlas. Tu ikhlas dia kali kedua untuk beg bodoh ni. Jadi balik benda ni dia ulang. Ingat aku ada masa ka nak layan benda bangang ni. Bakar sahaja la tak pun jual. Nak sembang hukum dengan aku bab ikhlas pun dia macam tak tahu apa maksud ikhlas. Aku dah bagitahu lama dah, kalau jadi lagi benda jijik ni aku memang bakar terus. So, tak payah sembang sugar mummy la apa la. Aku kerja ada duit sendiri siap bagi nafkah. Tak ada aku heran duit kau sesen pun.

Eilyas turut bercerita mengenai beg yang diminta oleh Anju semula. Menurutnya, Anju telah memaksanya untuk memakai beg tersebut meskipun dirinya tidak mahu. Selepas cerai tempoh hari, Eilyas dipercayai sudah memulangkannya semula dan Anju didakwa memberikan semula kepadanya selepas mereka rujuk.

Cerai talak tiga terus la

Megah habis la tu ceraikan aku dekat Instagram. Bro aku nak cerai talak tiga terus. Kalau kau ada telur aku nak kau buat ye. Punya la batak views nak bakar beg aku belikan. Tapi duit RM500 yang aku bagi semalam kau simpan pula. Asal tak bakar sekali? Nampak sangat batak views. Bakar la duit aku kasi semalam tu.

Berikutan daripada posting Eilyas, Anju didakwa membalas kenyatan tersebut. Ujar Anju, dia mahu diceraikan dengan talak tiga. Tambahnya, mengapa bekas suaminya itu tidak mahu membakar RM500 yang diberikan olehnya semalam termasuk telefon yang diberikan juga.

Sumber: Eilyas</a

Siti Nurhaliza Perjelas Isu Majlis Tahnik Anak, Ustaz Azhar Memang Ada Di KL, Menteri Agama Cuma Singgah

$
0
0

Di Instagram, Dato Sri Siti Nurhaliza telah memuat naik satu kenyataan media berhubung isu viral majlis tahnik anak lelakinya baru-baru ini.

Timbul dakwaan

Berhubung isu yang sedang tular ketika ini, kami sebagai tuan rumah ingin memberi pencerahan mengenai majlis tahnik anak lelaki kami, Muhammad Afwa yang kami anjurkan pada 26 April lalu yang didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuk berlakunya aktiviti rentas negeri.

Menurut Tok Ti, dakwaan ini ditimbulkan apabila mereka mengundang seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu. Jelas Tok Ti, tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya, individu tersebut bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis tersebut diadakan.

Memandangkan acara itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis dan bilangan tetamu yang hadir turut mematuhi syarat yang ditetapkan.

Majlis terbahagi kepada 3 sesi

Ujar Tok Ti lagi, majlis tersebut dibahagikan kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu yang terhad. Majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak mereka sempena hari ke-7 mengikut sunnah Rasulullah.

Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka. Sebaliknya beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.

Jelas Tok Ti lagi, sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, mereka tidak pernah memandang ringan mengenai hal tersebut bahkan, cuba untuk mematuhinya semampu mungkin. Di akhir kenyataan media, Tok Ti memberitahu penjelasan ini bukanlah untuk mempertahankan diri tetapi bertujuan memberikan pencerahan terhadao beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu.

Ini merupakan kenyataan terakhir daripada kami mengenai isu ini dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dan difahami dengan baik.

Tok Ti dan seluruh ahli keluarganya turut memohon maaf seandainya apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak. Mereka turut memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan. Tambah Tok Ti lagi, mereka sedia memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.

Sumber: Tok Ti

Viral Di Thailand, Ini Hasil Selepas Kami Buat 3 Kali Cucian Dengan Syampu Sunsilk Collagen Filler!

$
0
0

Viral di Thailand baru-baru ni mengenai satu produk rambut. Pelbagai reaksi dan komen netizen kongsikan di media sosial. Katanya, produk ni bagus dan berkesan. Rambut jadi lebih bersinar dan bermaya dengan hanya beberapa kali cucian.

Hmmm… Min pun tertanya-tanya bagus sangat ke produk ni sampai kecoh satu Thailand? Jadi, min pun grab jugak produk ni sebab nak cuba dan kongsikan sendiri pandangan min tentang produk baru keluaran Sunsilk.

3 variasi, Sunsilk Power Shine pilihan min!

Jika 2 tahun lepas, Sunsilk memperkenalkan Sunsilk Collagen Conditioner, kini mereka melangkah setapak lebih kehadapan dengan penghasilan syampu rambut pertama berasaskan kolagen di pasaran.

Teruja nak tahu mengenai keberkesanan syampu terbaru mereka, min pun terus grab satu set syampu dan perapi Sunsilk Power Shine sebab rambut min kering dan kusam.

Selepas cucian pertama tak banyak sangat perubahan, cuma terasa rambut lebih lembut dan ringan tapi kilat tu tak nampak sangat lagi. Selepas dah guna 3 kali penggunaan, baru jelas sikit perubahan rambut.

Rambut jadi lebih lembut, senang diurus dan berkilat. By the way, min tak cuci rambut hari-hari tau. Hanya cuci 3 hari sekali.

Korang tengok sendiri la gambar sebelum dan selepas. Bagi min, dari gambar itu sendiri korang dah boleh nilai tahap keberkesanan produk ini. Ini hanya selepas 3 kali cucian saja ye.

Bagi min, okay sangat selepas 3 kali cucian dah nampak hasil. Sebab rambut memang ambil masa sikit untuk kita rawat sama juga seperti penjagaan kulit wajah.

Dari segi tekstur syampu, min bagi 4 bintang. Pertama, syampunya bening, tak ada warna, tak likat sangat, just nice. Paling penting, berbuih. Min suka syampu yang ada buih banyak, baru rasa puas bila mencuci rambut.

Sunsilk Collagen Filler Shampoo ada 3 variasi semuanya. Yang min guna ialah Sunsilk Power Shine. Lagi dua ialah Sunsilk Damage Rescue dan Sunsilk Volume Booster.

Kesemua syampu Sunsilk ni wangi. Nanti kita review 2 lagi variasi okay!

Kenapa review Sunsilk Collagen Filler?

Reason min review syampu ni mudah je, pertama sebab macam min kata dekat atas tadi la, syampu ni viral dekat Thailand. Of course kita ada perasaan nak cuba plus harga pulak murah dan mampu milik.

Lagi satu, sebab nak tahu macam mana kolagen memainkan peranan bantu jaga rambut. Search punya search baru la min tahu yang kolagen ni berfungsi untuk menguatkan dan menyuburkan kutikel, sekaligus menjadikan rambut yang kusam menjadi lebih lembut dan berkilat.

Macam mana kolagen buat semua tu? Ha, ni yang ramai tak tahu. Dalam kolagen ada sejenis asid yang dipanggil Asid Amino. Asid ni merupakan bahan penting untuk menghasilkan prolin iaitu protein penting dalam penghasilan keratin.

Justeru, pengambilan kolagen dapat memastikan rambut korang kuat, sihat dan bersinar bak sutera.

Nikmati diskaun 20% & PERCUMA baucar tunai Grab RM 10.

Bagi pengetahuan korang semua, syampu ni available di Guardian dan khas untuk bulan Mei ni sahaja, korang boleh nikmati diskaun sebanyak 20%! Dan kalau korang beli lebih dari RM 30 produk Sunsilk Collagen Filler pula, korang akan dapat baucar Grab bernilai RM10 secara percuma. Iye! Percuma diknon oit!

Caranye mudah je, korang ikut step-step ni:

  1. Buat pembelian produk Sunsilk di Guardian Malaysia pada nilai RM 30.
  2. Kemudian whatsapp resit pembelian korang di nombor yang tertera.
  3. Baucar tunai daripada grab bernilai RM 10 akan menjadi milik anda.
**Tertakluk pada terma &syarat
**Sementara stok masih ada.

Dah ramai selebriti yang cuba!

Selebriti-selebriti Malaysia pun dah ramai yang cuba Sunsilk Collagen Filler Shampoo antaranya Farah Nabilah dan Athisha Khan. Diorang berdua pun puas hati lepas guna Sunsilk Collagen Filler Shampoo dengan conditioner.

Bagi yang nak cuba syampu pertama di pasaran dengan kolagen, korang boleh dapatkan di semua cawangan Guardian Malaysia. Korang juga boleh klik SINI untuk buat pembelian secara dalam talian.

Nanti boleh la korang share pengalaman korang guna rangkaian Sunsilk Collagen Filler Shampoo dan Conditioner di ruangan komen Oh Bulan.

 

 

‘Datuk K Ini Kawan Saya’– Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Hadir Majlis Tahnik

$
0
0

Sebentar tadi, Dato Sri Siti Nurhaliza telah memuat naik satu kenyataan media berhubung isu viral majlis tahnik anak lelakinya yang dianjurkan baru-baru ini. Menurut Tok Ti, isu dakwaan tersebut berlaku apabila mereka mengundang seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu.

Artikel berkaitan: Siti Nurhaliza Perjelas Isu Majlis Tahnik Anak, Ustaz Azhar Memang Ada Di KL, Menteri Agama Cuma Singgah

Terbaru, Ustaz Azhar Idrus turut tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

Hadir atas dasar ‘kawan’

Datuk K ni saing (kawan) saya. Dah tiga tahun kami kenal dan kawan. Dia selalu ajak saya datang rumah dan minum. Saya tak suka ambil gambar dan tunjuk. Kali ketiga ni dia panggil saya datang la, kebetulan ada dekat Kuala Lumpur dengan satu pasukan saya.

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), dia sering mendapat undangan daripada Datuk K untuk datang ke rumah. Namun kali ini dia keberatan untuk menolak pelawaan Datuk K memandangkan Datuk K pernah datang melawat Ustaz Azhar ketika sakit.

Lagi satu saya segan sebab saya sakit dia mari. Dua jam dia ziarah saya dan datang dari Kuala Lumpur. Datuk K kata mari saja pukul berapa nak mai. Saya kawan dengan suami dia bukan dengan Siti.

Tambahnya, tidak salah kalau dia mendoakan anak rakannya itu. Jelas UAI lagi, rumah Datuk K dan ibu mentuanya tidak jauh antara satu sama lain. Kebetulan Ustaz Azhar memang berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Sumber: Sutan Mustaffa


Lucinta Luna Tunjuk ‘Pregnancy Test’ Dakwa Sedang Hamil, Rakyat Indonesia ‘Pening’

$
0
0

Selebriti media sosial Indonesia iaitu Lucinta Luna sering berkongsi content yang menghiburkan dan mengelikan hati pengikut di Instagram. Terbaru, dia memuat naik video mendakwa seolah-olah memberi gambaran dirinya ‘hamil’. Perkongsian tersebut membuatkan rakyat Indonesia ‘pening’ setelah menonton video tersebut.

Muntah-muntah

Video berdurasi 3:12 minit itu dimuat naik melalui akaun Instagram Lucinta Luna sendiri dan mencuri perhatian ramai pengguna media sosial terutamanya di Indonesia. Video tersebut menyaksikan Lucinta Luna kelihatan mual dan berlari ke tandas untuk muntah di sinki.

Malah, rata-rata netizen geli hati menonton aksi Lucinta Luna yang mendakwa konon dirinya hamil apabila menunjukkan dua garis pada pregnancy test. Apa yang menjadi persoalan adalah status Lucinta Luna yang dipercayai merupakan seorang transgender.

Suara muntah macam suara jantan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen Indonesia terhibur menyaksikan telatah Lucinta Luna yang dilihat seolah-olah ‘berlakon’ seperti dirinya hamil. Netizen turut mengusik suara selebriti media sosial ini kedengaran mirip lelaki ketika sedang muntah di tandas tersebut.

Ada netizen menyifatkan Lucinta Luna suka berkongsi video ‘drama’ yang dibikin olehnya sendiri dan dipaparkan ke laman media sosial.

Video ‘hamil’ Lucinta Luna

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lucintaluna (@lucintaluna_manjaliita)

Sumber: Lucintaluna

Buah Pinggang Bengkak, Andi Bernadee Dibedah Buang Batu Karang

$
0
0

Penyanyi serta pelakon iaitu Andi Bernadee bakal menjalani pembedahan pada hari ini di sebuah hospital di Lembah Klang setelah disahkan menghidap penyakit buah pinggang.

Doktor sahkan buah pinggang bengkak

Andi dikatakan telah lama menahan sakit pada sekitar perut hingga ke bahagian pinggang, namun ketika dia berada di sebuah acara di Shah alam secara tiba-tiba dia berasa sakit sehingga tidak dapat menahannya lagi.

Itu yang saya bersama pengurus, Nair Deraman bergegas ke klinik berhampiran dan telah diberikan suntikan oleh doktor.

Setelah menerima suntikan, Andi hanya dapat menahan sakit sekejap sahaja dan selepas waktu berbuka puasa sakit berkenaan datang balik. Walau bagaimanapun, dia bergegas ke hospital bagi mendapat rawatan selanjutnya dan doktor telah mengesahkan buah pinggangnya sudah bengkak dan perlu menjalani pembedahan segera.

Pembedahan secara laser untuk buang batu karang

Katanya lagi, doktor telah membuat CT Scan pada jam 6 pagi tadi dan dijangka pada tengah hari ini pembedahan secara laser akan dilakukan bagi membuang batu karang.

Andi mengharap agar pembedahannya berjalan dengan lancar dan minta semua pihak untuk mendoakannya kerana ia merupakan pertama kali dirinya dimasukkan ke hospital.

Sumber : Gempak 

‘Perlu Ke Cium Pipi?’– Sarah Hildebrand Bengang Ramai Masih Degil Langgar SOP

$
0
0

Di Instagram, pelakon Sarah Hildebrand meluahkan rasa bengang terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang didakwa masih degil tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Malah, dia menegaskan supaya rakyat Malaysia mengikuti SOP yang ditetapkan ekoran bilangan kes positif Covid-19 semakin membimbangkan saban hari.

Kenapa susah sangat nak ikut peraturan?

Sarah kelihatan memuat naik sekeping foto berwarna merah menyaksikan dirinya kelihatan memakai sebuah penutup muka gas. Dalam posting berkenaan, Sarah tegas meluahkan pandangan peribadinya dalam memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia yang masih lagi belum menyedari betapa bahayanya jangkitan virus ini.

Kenapa susah sangat orang nak ikut peraturan? Kenapa orang tak boleh jadi rakyat yang bertanggungjawab? Korang tak tengok berita ke? Korang tak perasan ke kes makin tinggi? Korang dah lupa ke kita ni masih dalam pandemik? Inilah masanya untuk kita cerminkan diri semula.

Adakah korang membantu negara dengan perlakuan korang? Korang tahu kan kita berada dalam situasi ini bersama-sama. Dan itu bermakna kita kena ikut peraturan sama ada kita suka atau tidak.

Perlu ke cium pipi kiri kanan?

Pelakon ini turut menegur orang ramai yang gemar bercium pipi sesama mereka ketika bertemu. Malah, Sarah turut bersuara agar netizen memikirkan mengenai tanggungjawab dan kesejahteraan terhadap keluarga supaya tidak dijangkiti wabak ini.

Setiap daripada kita kena bekerjasama untuk menjadi lebih baik di mana kita kena ikut peraturan sama ada suka atau tidak. Perlu sangat ke cium pipi kiri kanan waktu-waktu macam ni? Tak sah dok gatal pungkoq dok keluar melilau. Kalau dok gatal sangat pakailah mask dan jaga jarak.

Jadikan tanggungjawab sebagai keutamaan dalam mempraktiskan nilai kemanusiaan. Tanggungjawab ini bukan saja pada diri kita tapi juga terhadap masyarakat.

Sumber: Sarah Hildebrand

Menang Hingga RM50 Bila Berbelanja, Hanya Scan & Pay Sahaja!

$
0
0

Zaman sekarang ni segalanya dah moden dan canggih. Lupa nak cucuk duit? Duit dalam wallet tak cukup nak bayar? Jangan risau..kan boleh Scan & Pay! Tak payah susah-susah nak beratur di ATM dan nak jaga penjarakan sosial. Cuma keluarkan smartphone korang, bukak apps dan bayar!

Kalau korang nak tahu, Scan & Pay ataupun dulu dikenali sebagai Maybank QRPay adalah kaedah pembayaran sedia ada, dan kini terdapat pada aplikasi MAE by Maybank2u terbaru yang ternyata mudah dan selamat!

Nak tahu apa yang best tentang Scan & Pay ni?

What You Need To Know About Maybank's New MAE App

Kredit: Maybank

Selain mudah dan pantas, Scan & Pay juga adalah selamat digunakan memandangkan aplikasi MAE by Maybank2u dan Maybank2u MY ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan untuk memastikan semua maklumat peribadi dan kewangan korang dilindungi.

Bukan itu je, dengan ciri DuitNow QR yang terdapat dalam ciri Scan & Pay ini, korang kini dapat memindahkan duit dari atau ke mana-mana bank dan e-dompet yang mengambil bahagian dalam DuitNow QR atau membuat pembayaran tanpa tunai kepada merchant dengan kod DuitNow QR. Senang kan?

Mudah je nak gunakan Scan & Pay ni! Korang hanya perlu:

  1. Muat turun MAE by Maybank2u dari App Store atau Google Play Store dan tap pengimbas QR untuk mengaktifkan Scan & Pay korang.
  2. Setelah siap, cuma scan kod QR atau tunjukkan kod QR korang untuk diimbas.
  3. Pembayaran selesai dibuat secara terus dari akaun korang ke akaun mereka! Senang kan!

Korang juga boleh nikmati pelbagai ganjaran ekslusif apabila korang membuat pembayaran tanpa tunai!

Kalau nak lebih faham, jom tengok video kat bawah ni!

Macam mana nak aktifkan Scan & Pay?

Ini pula caranya untuk menggunakan Scan & Pay!

Cashback sehingga RM50 dengan MAE-Mang Boleh Raya!

Kredit: Maybank

Yang lagi best, sempena bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba ni, korang juga boleh nikmati pulangan tunai sehingga RM50 apabila korang melakukan transaksi minimum berjumlah RM30 di lebih 250,000 kedai-kedai terpilih di seluruh negara!

Senang cerita kalau korang pergi mana-mana tu, mesti boleh guna punyalah Scan & Pay ni!

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Kempen MAE-Mang Boleh Raya ni, klik sini. 

Ini antara kategori merchant yang terlibat:

Barangan runcit dan keperluan isi rumah 

Kredit: Simply Enjoy JB

  • Econsave
  • Giant
  • MYDIN
  • KK Mart
  • 99 Speedmart
  • TF Value Mart
  • Billion Shopping Centre
  • Hero Market

Pelbagai jenis restoran dan cafe untuk berbuka puasa!

Kredit: Nando’s Malaysia

  • McDonald’s
  • Pizza Hut
  • Nando’s
  • Kyochon 1991
  • Seoul Garden
  • KennyHillsBaker
  • Pelita
  • Mohd Chan
  • KFC
  • Secret Recipe
  • Suki-ya Restaurant

Keperluan dan kelengkapan peribadi 

A.S. Watson eyes expansion with potential UAE entry - Global Cosmetics News

Kredit: retailnews.asia

  • Guardian
  • Watsons
  • Caring Pharmacy
  • BIG Pharmacy
  • Alpro Pharmacy
  • Pemeriksaan kesihatan di BP Healthcare

Nak shopping baju dan kelengkapan raya?

Kredit: The Star

  • Bokitta Hijab
  • Fashion Valet
  • Jakel
  • Siti Khadijah
  • PEACE Collection
  • Adidas
  • Bata
  • Parkson
  • UMMA
  • Poplook
  • Christy Ng
  • JD Sports

Terasa nak makan snek dan pencuci mulut?

Starbucks Malaysia Polling Day Buy 1 Free 1 Summer Frappuccino – Miri City Sharing

Kredit: Miri City Sharing

  • Starbucks
  • Breadstory
  • Chatime
  • Dunkin Donuts
  • Big Apple Donuts
  • llao-llao

Barangan kosmetik pun ada!

innisfree | Cosmetics & Fragrances | Beauty & Wellness | Junction 8

Kredit: innisfree Junction 8

  • Hermo
  • Nita Cosmetics
  • Innisfree
  • L’occitane
  • Etude House

Manjakan diri dan santai-santai di:

Massage & Foot Reflexology

Kredit: My HealthCare @ Malaysia

  • Healthland
  • A-saloon
  • Glitter Nails

Kalau korang nak tahu senarai penuh dan lebih lanjut tentang merchant yang terlibat, klik sini.

Jadi, apa tunggu lagi, jom muat turun aplikasi MAE by Maybank2u hari ini juga!

Oh ya, bagi pengguna Maybank, korang hanya perlu muat turun MAE by Maybank2u dan aktifkan Scan & Pay untuk memulakan pengalaman membeli belah tanpa tunai!

Sekiranya korang tak ada akaun Maybank, jangan risau..Korang hanya perlu memuat turun aplikasi ini dan daftar akaun MAE untuk mula menggunakannya!

Klik sini untuk muat turun MAE by Maybank2u.

Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi MAE, layari laman web Maybank2u atau dapatkan info terkini tentang Kempen Scan & Pay MAE-Mang Boleh Raya,  di sini. 

‘Saya Rasa Neelofa Ini Memang Sejenis Dahagakan Perhatian’– Pengarah

$
0
0

Semalam, usahawan dan pengacara terkenal iaitu Noor Neelofa sekali lagi mencetuskan kontroversi susulan berkongsi Instastory di sebuah kedai permaidani yang disyaki terletak di Nilai 3. Perkongsiannya itu secara tidak langsung menyebabkan netizen mendakwa dia telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri yang sama sekali tidak dibenarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) melainkan sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Susulan daripada kontroversi panas itu, pengarah drama terkenal Shahrulezad Mohameddin menerusi satu posting di laman Facebook, tampil memberikan peringatan ‘mesra’ kepada pengacara itu.

Laparkan perhatian?

Menerusi posting tersebut, dia menyarankan supaya Neelofa ‘memperlahankan’ berkongsi aktiviti hariannya di media sosial yang kini menjadi perhatian ramai terutamanya netizen.

Saya tegur dan beri nasihat ini kerana ambil berat. Harap, dia (Neelofa) tak ambil hati. Nasihat ini, saya tujukan juga kepada kawan artis dan selebriti lain. Kalau dapat rentas negeri tu, senyap-senyap sudah. Tak payah nak kongsi segalanya di media sosial masing-masing. Setakat beli karpet je pun.

Netizen bukannya suka sebab kebanyakan netizen tak dapat kelebihan yang sama macam kamu semua yang boleh sewenang-wenangnya rentas sana sini atas gelaran selebriti. Tolong jangan bangkitkan kemarahan orang ramai.

Berbicara lebih lanjut, Shahrulezad turut mempercayai Neelofa mempunyai sikap ‘laparkan’ perhatian daripada orang ramai berikutan namanya sekali lagi mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Kadang-kadang, saya rasa Neelofa ni memang sejenis craving (laparkan) perhatian sebegini. Sengaja cari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet di Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu, dah kenapa? Tu satu hal la. Cuma, kenapa memuat naik video di Instagram Story tu dan kemudian padam. Kau tak tahu ke netizen kita ni semua sejenis ikan jerung laparkan darah, yang pantang ko buat silap?

Minggu lepas, kau muat nak gambar burger, lepas tu padam. Orang kecam, kau dengan ayat pijak semut tak mati cakap netizen bersangka buruk pada kau. Lepas tu, buat benda sama lagi sekarang. Kau dah kenapa? Suka ek orang kecam cerca macam ni? Lapar ek?

Teguran & nasihat diberikan

Pada masa yang sama, pengarah drama ini turut menjelaskan dia sudah ‘lali’ dan ‘sudah tiba masanya bagi dirinya untuk memberikan teguran dan nasihat kepada Neelofa.

Aku cakap ni sebab aku dah tak larat tengok orang buat dosa mengata kau mengeji kau sedangkan imej mulia mulia kau tu sepatutnya tidak dikecam begitu begini. Imej-imej seperti ini sepatutnya disayangi ramai bukannya semakin dibenci disebabkan telatah sebegini. Pas satu satu perangai kau buat. Abam kesian tempiasnya turut terkena pada golongan niqabist yg lain. Apatah lagi pada golongan artis yang sememangnya dipandang serong sokmo turut rasa panas yang sama.

Sorry Lofa this time around I need to voice out too sebab dah too much kot. Abam tegur sebab abam care. Abam harap lepas ni Lofa hati hati la yer. Nasihat ni juga untuk semua kawan kawan artis dan celebrity yang lain. Kalau dapat merentas negeri ke planet ker tolonglah senyap senyap. Tak yah ler nak share bagai segala tok nenek benda kat medsos korang. Setakat beli karpet jer pun. Netizen bukannya suka sebab most of netizen tak der dapat privileges yang sama macam korang yang boleh sewenang-wenangnya merentas sana sini atas title celebrity.

Terdahulu, Neelofa bersama suaminya, Pu Riz didenda sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB ketika majlis perkahwinan yang berlangsung 27 Mac lalu.

Sumber: Shahrulezad Mohameddin

Isu Rentas Negeri Beli Karpet, Sekali Lagi Polis Panggil Neelofa

$
0
0

Semalam tular di media sosial menampakkan pengacara terkenal Neelofa bersama suami, Haris Ismail yang didakwa merentas negeri ke Nilai untuk membeli karpet. Perkara itu bagaimanapun telah mencetus amarah netizen dengan mendakwa pasangan itu telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika negara berdepan dengan pandemik.

Artikel berkaitan: ‘Saya Rasa Neelofa Ini Memang Sejenis Dahagakan Perhatian’ – Pengarah

Terbaru, Ketua Polis Daerah Nilai iaitu Superitandan Mohd Fazley akan memanggil mereka untuk mengambil keterangan dalam masa terdekat.

Didakwa merentas negeri ke Nilai 3

Memetik laporan Sinar Harian, pada hari Ahad lalu, Neelofa dipercayai memuat naik video di IG Stories menyaksikan dia berada di sebuah kedai karpet di Nilai 3 sebelum menurunkan posting berkenaan. Tindakan tersebut mengundang rasa kurang berpuas hati dalam kalangan ramai pihak dengan Neelofa yang didakwa ‘merentas negeri’ ketika Kuala Lumpur dan Selangor dalam PKPB.

Superitandan Mohd Fazley bagaimanapun akan memanggil pasangan selebriti tersebut untuk mengambil keterangan susulan beberapa video di premis perniagaan di Nilai 3 itu telah tersebar di laman sosial media.

Sumber: Sinar Harian

[VIDEO] Ingatkan Tak Dapat Hadiah Birthday, Gadis 17 Tahun Terkejut Bapa Bagi Tanah & Saham..Untunglah!

$
0
0

Setiap kali apabila seseorang itu menyambut ulang tahun kelahiran, perkara pertama yang akan terlintas di fikiran kita adalah ucapan ‘Selamat Hari Lahir’. Selain ucapan, pemberian kek dan hadiah juga seakan sudah menjadi kebiasaan sempena sambutan ulang tahun kelahiran.

Begitu juga dengan kisah seorang remaja ini apabila dia menerima hadiah yang tak terlintas dek akal. Memang tak sangka!

Dapat tanah dan saham

Seorang gadis yang dikenali dengan nama Farisa menceritakan pengalaman manisnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-17. Menurut gadis ini, dia telah menerima banyak hadiah seperti teddy bear, bunga dan beberapa barangan berjenama yang lain. Difahamkan, kesemua hadiah tersebut telah diberikan oleh ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakannya. Akan tetapi hanya bapanya seorang sahaja yang masih belum memberikan apa-apa hadiah sempena hari jadinya itu.

Namun siapa sangka, rupa-rupanya si bapa sudah merancang mahu memberikan kejutan hadiah yang sangat ‘berharga’. Si bapa kemudian mengajak anak gadisnya keluar untuk dibawa ke suatu tempat. Tanpa semena-mena, dia telah dibawa ke sebuah pejabat. Pada awalnya gadis ini mengakui tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dia diminta untuk menandatangani beberapa dokumen. Rupa-rupanya bapa tersayang telah menghadiahkan tanah dan saham untuk pelaburan pada masa akan datang.

Bertuahnya!

@itsficaally dad?? original sound – xxtristanxo

Bukan sembarangan hadiah ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian gadis ini. Menurut mereka, Farisa sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang berada. Tambah mereka lagi, tidak semua ibu bapa mampu memberikan hadiah sebegitu kepada anak-anak.

Sumber: Farisa


Main Atas Katil Sebelah Tingkap, Bayi 11 Bulan Maut Jatuh Tingkat 3

$
0
0

Di Jalan Aman Putra, Kuala Lumpur, seorang bayi berusia 11 bulan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kediaman keluarganya. Insiden itu dipercayai apabila bayi berkenaan bermain bersama-sama abang dan kakak di atas sebuah katil bersebelahan tingkap di bilik tidur utama.

Bermain bersama abang, kakak

Foto sekadar hiasan

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Sentul iaitu Asisten Komisioner Beh Eng Lai telah menerima laporan kemalangan tersebut sekitar jam 6.00 petang sebelum pasukan polis dari Balai Polis Jinjang bergegas ke lokasi kejadian.

Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bahagian atas bersebelahan dengan tingkap yang berada dalam bilik pertama rumah sebelum terjatuh dari tingkap kira-kira jam 3 petang.

Katil berkenaan dirapatkan ke bahagian tingkap untuk mengemas bilik terbabit. Siasatan mendapati tingkap di dalam bilik itu tidak mempunyai jeriji dan katil diletakkan berdekatan tanpa sebarang halangan.

Kecederaan di kepala

Foto sekadar hiasan

Ketua Polis Daerah Sentul melakukan siasatan lanjut dan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kematian melibatkan bayi berusia 11 bulan itu. Bayi tersebut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi dan kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ibu bayi membawa mangsa ke Hospital Selayang (HS) untuk mendapatkan rawatan dan apabila tiba di Unit Kecemasan Hospital Selayang, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.

Mayat kemudian dirujuk ke Unit Forensik HS untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Sumber: BH Online

28 Anak, 4 Isteri Tinggal Di Rumah Sewa Sempit. Bila Nak Tolong Uruskan Anak Ke Sekolah, Si Bapa…

$
0
0

Sebuah keluarga hidup dalam keadaan serba daif dan kekurangan di dua rumah sewa bersama anak seramai 28 orang anak dan 4 isteri. Pengalaman ini dikongsikan sendiri oleh sukarelawan Nur Ima Rahman yang berkunjung menghulurkan bantuan kepada keluarga besar ini.

Ketika berbual mengenai persekolahan anak-anak, si ayah mempunyai pendapat yang bercanggah. Meskipun sudah dipelawa untuk mendaftarkan anaknya ke sebuah tahfiz berdekatan, namun tetap ditolak tawaran tersebut hanya kerana…

Tinggal di rumah sewa yang sempit

Sukarelawan Ima Rahman menceritakan kesusahan terpaksa ditanggung keluarga yang tinggal dengan menyewa di rumah yang sempit bersama 28 orang anak. Difahamkan, anak-anak dari keluarga tersebut semuanya tidak mendapatkan pendidikan di sekolah.

Anak 28 orang. Sulung 20an dah lari tinggalkan keluarga, tinggal adik berderet-deret dan paling bongsu umur setahun. Isteri ke-4 kini sedang mengandung lagi. Menyewa 2 buah rumah yang sempit, zakat bayarkan sewa. 1 rumah ada 2 bilik. 1 bilik, milik 1 isteri. Anak-anak tidur mana? Berselerakkan dalam rumah asalkan masih di bawah bumbung (Katanya anak-anak perempuan di dalam bilik. Harap-haraplah betul).

Anak-anak semua tak sekolah. Kata bapanya dia tak ada transport nak hantar anak-anak ke sekolah. Dulu pernah orang kebajikan bantu sewa van untuk anak-anak. Tapi anaknya keluar tak mahu duduk dalam kelas. Bapanya kata anak-anak minda usahawan, genius. Umpama burung, tak suka terkurung.

Ini kali ke-2 kami jejakkan kaki ke rumahnya. Pukul 12.00 tengahari, ketuk pintu kuat, hampir 5 minit baru buka sebab isi rumah baru bangun tidur. Dan 5 minit pula tunggu dipelawa masuk, sebab masing-masing kelam kabut kemas rumah.

Mereka turut berbual bertanyakan perkembangan anak-anak di sekolah. Namun, si ayah menjawab sudah ada perancangan untuk menghantar anak masuk ke tahfiz. Bukan itu saja, sukarelawan ini turut mencadangkan sebuah pusat tahfiz yang terletak di Klang, milik sepupunya untuk membantu kemasukkan anak-anak tadi ke situ.

Namun, pelawaan tersebut ditolak oleh si ayah yang menginginkan anak-anaknya mendapat ilmu di Pondok Pasir Tumboh di Kelantan. Malah, si ayah difahamkan tidak mempunyai kenalan di negeri itu dan tetap bertegas untuk menghantar anaknya ke sana kerana menganggap itu merupakan sekolah pondok yang terbaik di Malaysia. Dia turut bercita-cita untuk memberi anak-anaknya peluang melanjutkan pelajaran ke Cairo.

Banyak NGO sudi hulurkan bantuan

Posting sebelum ini bagaimanapun telah diturunkan bagi menghormati keluarga tersebut dan memohon maaf kerana tidak berniat menviralkan posting berkenaan. Terbaharu, Ima Rahman berkongsi perkembangan terkini di mana terdapat beberapa oleh termasuk NGO yang sudi menghulurkan bantuan kepada keluarga ini. Di samping itu, pasukan sukarelawan ini turut mendoakan agar anak-anak itu akan bebas dan mengenali dunia di luar sana suatu hari nanti.

Alhamdulillah. Asbab post sis siang tadi, public figure dan beberapa lagi NGO PM sis dan sudi hulurkan bantuan buat anak soleh solehah. Insyaallah kita support takat mana yang boleh. Jadi sis take down post tersebut. Bukan intention sis untuk viral pun.

Buat anak-anak, mungkin hari ni kamu semua rasa malu. Tapi suatu hari nanti, kamu akan bebas keluar dari kepompong dunia itu, kamu akan lihat dunia yang lebih indah. Yang tidurnya selesa, makannya cukup, dan boleh ketawa seronok mencari ilmu bersama kawan-kawan.

Sumber: Nurul Ima Rahman

‘Saya Dan Isteri Dah Maafkan Tapi Jangan Tulis…’ – Nabil Mahir Dedah Ayda Jebat Hampir Gugur

$
0
0

Di Instagram, suami kepada pelakon Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir meluahkan rasa kurang senang dengan layanan dari laporan sebuah portal hiburan yang didakwa mengeluarkan berita kehamilan isterinya tanpa pengetahuan mereka. Nabil turut memaklumkan Ayda mengalami pendarahan dan hampir keguguran dipercayai akibat terkejut dengan penyebaran berita itu, selain sibuk dengan jadual kerjanya.

Artikel berkaitan: ‘Tolong Hormat Urusan Orang Lain’ – Nabil Mahir Kecewa Laporan Ayda Jebat Hamil

Artikel berkaitan: Ayda Jebat Sah Hamil, Tak Boleh Bau Dapur & Hand Sanitizer

Difahamkan, Nabil bagaimanapun kecewa dengan layanan diterimanya dari pihak media tersebut untuk berbincang mengenai posting berita kehamilan Ayda yang telah diterbitkan sebelum ini.

Ayda bleeding

Berita mengenai Ayda Jebat dimasukkan ke wad itu telah dikongsi sendiri oleh Nabil menerusi laman Instagram. Difahamkan, sepanjang Ayda ditahan di hospital, dia telah menerima lima suntikan. Malah, Nabil sendiri tidak sampai hati untuk melihat kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh isterinya itu.

Assalamualaikum semua. Ramai family, peminat dan media yang Whatsapp dan DM Nabil tanya tentang kandungan Ayda yang hampir gugur. This is the story, Ayda bleeding selepas portal yang tak bertanggungjawab keluarkan news tentang kehamilan Ayda. As you guys know, Ayda bekerja dengan banyak big brand. Belum sempat Ayda dan Xeno Entertainment susun jadual (kerja diselang-seli dengan rehat bersesuaian dengan keadaan wanita yang hamil di peringkat awal), berita dah tersebar dengan mengejut, jadual bertambah padat dalam tempoh masa yang singkat. Back to back.

Korang faham tak perasaan bila tengok isteri yang kita sayang menangis disebabkan orang lain? Kena warded, amik 5 injection. Saya sendiri tak sampai hati tengok.

‘Tanpa pengetahuan dan kebenaran kami’

Nabil bagaimanapun kurang berpuas hati dengan laporan media yang dikeluarkan oleh pihak media berkenaan mengenai berita kehamilan isterinya tanpa pengetahuan mereka. Menerusi posting berkenaan, Nabil turut sertakan tangkap layar perbualan melalui aplikasi Whatsapp bersama pihak media tersebut.

Di sini saya reveal sekali conversation saya dengan orang yang bertanggungjawab menyebarkan berita tersebut, dan cara dia layan kami selepas dia viralkan berita yang tak sepatutnya keluar tanpa pengetahun dan kebenaran kami. Jangan kata nak mintak maaf, nak call, nak delete pun tak nak, minta dihormat? Lagi keluarkan artikel baru-baru ni nak selit juga isu kata mereka tak fitnah.

Semoga di bulan Ramadan ni, Allah ampunkan dosa abang ya. Abang dah tua? Lebih lama dalam industri? Lebih berkuasa mengikut apa yang abang tulis dekat Facebook la (sampai artis takut nak jumpa). Saya dan isteri saya maafkan abang, tapi jangan tulis artikel apa-apa pun yang berkaitan Ayda dan saya. Sekian terima kasih. Semoga bertemu lailatur qadar.

Stay strong my love. I love you and our baby. Insyaallah semua doakan yang terbaik.

Sumber: Nabil Mahir

Viral Video Pukul Warga Asing, Yusuf Azmi Tampil Cerita Perkara Sebenar

$
0
0

Semalam nama Yusuf Azmi menjadi bualan hangat netizen dek kerana tindakan beraninya memukul seorang warga asing. Video ‘pergaduhan’ tersebut telah viral di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai.

Mengaku jual barang ‘reject’

Berdasarkan video yang viral itu memaparkan Yusuf Azmi yang merupakan pengerusi NGO Semboyan 1 Malaysia bersama Abang Ali dan beberapa pengikutnya telah pergi ke sebuah kedai warga asing yang dipercayai menjual baju cetak rompak jenama NGOnya. Berang dengan tidak ‘bermoral’ lelaki itu, Yusuf Azmi dan individu lain bertindak mengepung mangsa sebelum berlaku pergelutan.

Sementara itu, Yusuf menerusi akaun Facebook miliknya telah membuka mulut menceritakan kejadian sebenar dan apakah sebab yang membuatkan dia bersama rakan-rakannya itu ‘mengamuk’. Yusuf mengakui sejak kebelakangan ini mereka mendapat banyak aduan mengenai scammner yang mengambil kesempatan menjual baju ‘Tshirt Semboyan Jihad’ secara cetak rompak. Bahkan, penjual tidak bertanggungjawab ini telah menawarkan harga yang jauh lebih murah dengan kualiti baju yang sangat tidak memuaskan.

Kami pihak Semboyan Malaysia dapat berjumpa dengan penjual ini selepas menyamar untuk menjadi pelanggan dan ingin membeli sebanyak 600 helai. Apa yang membuatkan Yusuf Azmi dan Abang Ali betul betul marah adalah kerana diawal pertemuan itu suspek sudah menipu dengan mengatakan dia bukan penjual.

Apabila di telefon nombor penjual baju itu, telefon suspek yang berbunyi. Selepas ditekan berkali-kali untuk cerita hal sebenar, kesabaran Yusuf Azmi dan lain-lain tercabar selepas dia sendiri mengaku bahawa dia menjual barangan ‘reject’ produk Semboyan Malaysia.

Umpan, tipu pembeli

Jelas Yusuf lagi, dia tidak mahu merosakkan namanya sendiri dan memberikan imej buruk kepada jenama Semboyan angkara tindakan tidak bertanggungjawab orang ketiga.

Sudahlah makan untung atas angin, dia turut menggunakan satu kedai pencetakan baju yang dimiliki oleh bangsa Melayu sendiri sebagi umpan dan menyakinkan mangsa untuk ditipu. Yusuf Azmi serta pemilik kedai berkenaan mengamuk kerana tidak mahu imej branding Semboyan Malaysia dan bisness kedai print milik En Sabri Leman tercalar angkara perbuatan yang boleh dikatakan satu penipuan ini.

Dalam kesempatan itu, Yusuf Azmi memohon maaf kepada semua pihak atas tindakannya itu selain berharap agar perkara ini boleh dijadikan tauladan buat semua.

Yusuf Azmi dah beri kerjasama dengan polis

Susulan daripada video yang viral itu, Harian Metro melaporkan, pihak polis iaitu pasukan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sedang mengesan Yusuf Azmi dan beberapa individu lain yang terlibat. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, sekumpulan lelaki tersebut didapati tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul serta tidak menjaga penjarakan fizikal.

Jelasnya, kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (merusuh)dan bagi kesalahan melanggar SOP PKPB, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan / 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Difahamkan, Yusuf Azmi telah pun pergi ke balai polis untuk memberi kerjasama berhubung kes ini.

Video

Sumber: Yusuf Azmi, Harian Metro, Nan Manjoi8715

Gerak Khas Satukan Sheera Iskandar Dengan Suami

$
0
0

Kalau dah jodoh tak kemana. Siapa sangka ketika menjalani penggambaran drama bersiri Gerak Khas dua tahun lalu merupakan detik pertemuan pasangan suami isteri ini.

Selamat bernikah

Pelakon Sheera Iskandar telah menamatkan zaman janda dengan memilih teman hidupnya iaitu seorang anggota polis, Mohd Halim Abdul Ghani pada majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup di ibu kota, petang Isnin.

Ketika majlis berlangsung, pasangan tersebut telah dinikahkan oleh jurunikah daripada Jabatan Agama ISlam Wilayah Persekutuan (JAWI), Muhammad Firudz Sader dan Halim telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 beserta dulang hantaran satu berbalas satu.

Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas mengatakan majlisnya diadakan secara tertutup dan dihadiri seramai 70 tetamu termasuk ahli keluarganya serta rakan terdekat bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Bertemu jodoh ketika jalani penggambaran

Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shahira Ilani Tengku Iskandar dikatakan bertemu jodoh dengan suaminya ketika menjalani penggambaran tersebut dan tidak menyangka yang suaminya yang memulakan salam perkenalan dahulu.

Walaupun ketika itu dia merahsiakan statusnya sebagai janda, namun keluarga pihak lelaki tidak melihatnya sebagai seorang janda dan bertanya mengenai kisah silamnya.

Turut hadir ketika majlis raikan cinta pasangan berkenaan ialah rakan artis seperti Salina Saibi, Abby Abadi dan juga penerbit drama bersiri Gerak Khas itu juga Datuk Yusof Haslam bersama isterinya Datin Fatimah Ismail.

Sumber : Harian Metro , _salinasaibi_

Viewing all 35061 articles
Browse latest View live