Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35057 articles
Browse latest View live

Viral Video Bagi Anak Hisap Vape, Wanita Minta Netizen Jangan Masuk Campur

$
0
0

Foto: Tangkap layar video

Pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya sering diguna pakai dan menjadi pedoman masyarakat Melayu khususnya, dalam mendidik anak-anak yang masih kecil supaya menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak. Bahkan, kanak-kanak kecil ini perlu dibentuk dengan sebaik mungkin mengikut ‘acuan’ yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, menerusi satu video yang tular di laman Facebook memaparkan seorang kanak-kanak kecil menghisap rokok elektrik (vape) yang dipercayai telah diberikan oleh kedua ibu bapanya sendiri. Video tersebut secara tidak langsung membangkitkan amarah dalam kalangan warganet.

Hisap vape?

Foto: Tangkap layar video

Difahamkan, wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu telah memuat naik Instastory anaknya menerusi laman Instagramnya miliknya. Menerusi video tersebut dapat dilihat ‘reaksi’ kanak-kanak kecil itu yang seolah-olah terpaksa menghisap rokok elektronik itu berulang kali setelah diberikan oleh ibunya.

Dah tiga kali, mummy cakap apa?

Susulan daripada itu, wanita itu juga turut memuat naik satu ‘kenyataan’ membidas segala kecaman-kecaman netizen yang marah akan tindakannya itu. Bahkan, dia turut memberikan peringatkan mesra kepada netizen supaya tidak mencampuri urusannya. Namun, sehingga kini tiada sebarang maklumat tambahan berhubung kejadian itu.

Suka hati aku lah nak post apa, kalau rasa semak jangan follow aku. Aku tak follow pun sibuk-sibuk comment-comment dekat gambar aku.

Anak aku suka hati aku, aku yang jaga dia bod**!

Respon netizen

Sumber: Facebook


‘Hang Nak Tunjuk Samseng, Hang Tahu Dak Aku Sapa’ – Lan Pet Pet Mengamuk?

$
0
0

Sebelum ini, nama pelawak Lan Pet Pet pernah menjadi sebutan selepas terbabit dengan insiden mengasari pengawal keselamatan di sebuah pondok pengawal di Nilai, Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan: ‘Dengan Orang Tua Berani Lah! ‘ -Didakwa Pukul Pak Guard, Instagram Lan Pet Pet Kena Serang

Tetapi kali ini nama Lan Pet Pet kembali menjadi bualan hangat netizen selepas viral satu video yang memaparkan dirinya dipercayai melakukan kekerasan terhadap seorang pengguna jalan raya.

Lan Pet Pet bergaduh?

Berdasarkan video pendek berdurasi 0:24 saat itu memaparkan pergelutan yang berlaku antara seorang lelaki memakai baju putih dan berseluar jeans yang dipercayai adalah Lan Pet Pet bersama seorang rider penghantar makanan. Tidak terhenti di situ, pelawak berkenaan dilihat merangkul leher lelaki terbabit sebelum memukul kepalanya.

Menerusi rakaman tersebut, turut kedengaran Lan Pet Pet menengking penghantar makanan ini sambil berkata ‘Hang nak tunjuk samseng dekat aku. Hang tahu dak aku sapa’. Dalam situasi yang tegang itu, beberapa individu lain cuba menenangkan Lan Pet Pet selain cuba menghalang pelawak ini daripada terus memukul individu terbabit. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan lokasi kejadian dan apakah punca sebenar sehingga tercetusnya pergelutan tersebut.

Video


Sumber: Arif Danial

Ariel NOAH Akui Ada Terbawa-Bawa Perasaan Dengan Bunga Citra Lestari

$
0
0

Baru-baru ini, Ariel NOAH bersama Bunga Citra Lestari (BCL) menjadi tumpuan para netizen gara-gara adegan mereka berdua di dalam klip video ‘Mencari Cinta’.

Artikel berkaitan : Bunga Citra Lestari Peluk Ariel NOAH?

Ketika itu, BCL memeluk Ariel dari belakang membuatkan ramai netizen tertanya malah ada yang mengatakan vokalis kumpulan NOAH itu nampak sesuai dengan lakonan bersama pasangan duetnya.

Akhirnya mengaku

Akhirnya, Ariel telah mengakui bahawa yang mereka melakukan penggambaran klip video berkenaan secara profesional. Malah dia juga mengatakan yang dia terbawa-bawa perasaannya ketika menjalani pengambaran berkenaan bersama BCL.

Perkara tersebut telah dinyatakan sendiri oleh rakannya Raffi Ahmad ketika mereka berada di dalam majlis yang turut dihadiri bersama dua anggota kumpulan NOAH yang lain. Ariel telah menerima soalan secara rawak dan salah satu daripada soalan berkenaan mengenai muzik videonya bersama BCL.

Jujur Ariel. Semasa adegan video ‘Mencari Cinta’ dengan BCL adakah anda gugup atau terbawa-bawa?

Ketika mendapat soalan sebegitu, Ariel kelihatan bingung untuk menjawab soalan berkenaan kerana dia diberi dua pilihan untuk menjawab sama ada gugup mahupun terbawa-bawa.

Hanya di klip video

Setelah berulang kali ditanya mengenai soalan berkenaan, Ariel akhirnya mengaku bahawa dia terbawa-bawa dengan perasaan bersama BCL. Walau bagaimanapun, Raffi menekankan lagi soalannya untuk mendapat kepastian lebih ke arah mana.

Ariel menjawab soalan berkenaan dengan mengatakan dia perlu bersikap profesional dan harus terbawa perasaan tersebut ketika merakam klip video berkenaan.

Kerana saya harus bersikap profesional dan harus terbawa perasaannya.

Sumber : Liputan6

Anak Kritikal Selepas Dilahirkan, Wanita Lelong Barang Tampung Kos Pembedahan Anak

$
0
0

Foto: Ummi Ar Rayyan

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi sebuah keluarga yang terpaksa mencari dana tambahan bagi menampung kos rawatan anaknya yang baru sahaja berusia 46 hari.

Kisah yang meruntun hati ini diceritakan oleh seorang wanita dikenali sebagai Ummi Ar Rayyan di laman Facebook, dan membuatkan rata-rata warganet berasa sebak akan kisah anak keduanya itu.

‘Ada tak yang nak beli car seat?’

Foto: Ummi Ar Rayyan

Menerusi posting tersebut, wanita ini menawarkan untuk menjual car seat dan beberapa barangan bayi bagi menampung kos rawatan anaknya yang diuji dengan pelbagai penyakit. Difahamkan, segala hasil jualan barangan-barangan tersebut akan diguna pakai bagi menampung kos pembedahan anaknya itu.

 Keputusan MRI scan otak anak saya baru dapat update dari doktor. Hasilnya ada beberapa pendarahan dalam otak anak saya , dan juga saluran air dalam otak tersumbat dan menyebabkan saluran air tu bengkak .Perlukan menjalankan operation untuk keluaran cairan yang tersumbat tu . Anak saya baru berusia 46 hari namun, dah diduga dengan macam-macam penyakit .

Pada masa yang sama, dia turut meminta doa daripada orang ramai supaya anaknya kembali sembuh seperti sedia kala. Berbicara dengan lebih lanjut, wanita ini menjelaskan keadaan anaknya selepas dilahirkan sama sahaja seperti bayi yang lain namun, atas persuratan takdir dia terpaksa akur dan reda dengan apa yang telah terjadi.

‘Misi kena jaga adik 24 jam’

Sekadar gambar hiasan

Jelas wanita ini, anaknya yang dikenali sebagai Sofia merupakan seorang bayi yang sangat aktif seperti bayi-bayi yang lain.

Happy sangat umie waktu lahirkan adik , susukan adik . Tuhan je yang tahu perasaan umie waktu tu macam mana. Namun, apakan daya keesokan harinya doktor pakar datang nak cek SPO2 adik , tapi malangnya spo2 adik tak naik-naik . Naik pun dlm 84% je . Hm risaunyaa umie . So doktor bawa adik pergi wad baby utuk pantau sehari. Tapi masa tu umie yakin yang adik ada masalah nafas laju je sebab mungkin adik dah terberak dalam perut . Umie cuba pikir positif . Umie balik rumah tanpa adik . Sedih sangat-sangat dengan bengkak susu lagi , sebab adik tak susu.

Namun, alangkah terkejutnya wanita ini apabila doktor membuat panggilan telefon dan memberitahu unuk berjumpa bagi menjelaskan apa yang telah berlaku kepada anaknya itu. Pada masa itu, wanita ini sudah meletakkan harapan yang tinggi untuk membawa pulang anaknya ke rumah namun, sangkaannya ketika itu meleset sama sekali.

Tapi bila dah sampai hospital , umie nmpak adik terbujur kaku di katil dengan oksigen kat mulut , wayar hampir penuh satu badan. Adik tak bgerak Doktor beritahu umie yang dah kritikal , sarat , tenat 50-50. Tambahan lagi, doktor cakap adik kena sawan banyak kali. Sehinggakan kena pasang camera kat katil adik untuk pantau sawan adik .

Misi pun kena jaga adik 24 jam. 6 jarum masuk kat setiap badan adik 2 jarum kat kepala , 2 kat tangan , 2 kat kaki . tuk masukkan ubat , darah , air , vitamin macam-macam lagi, bengkak-bengkak badan adik. Banyak sakit yang adik kena tanggung , paru-paru berdarah , usus tersumbat , buah pinggang cedera , macam-macam lagi. Sampai satu masa doktor cakap  hampir semua organ dalaman adik rosak  Allahu .

Sumber: Ummi Ar Rayyan

Mayat Bayi Hampir Reput Ditemui Dalam Kotak Plastik, Rakaman CCTV Bongkar Tindakan ‘Pelaku’

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di dalam sebuah kotak plastik yang ditinggalkan di belakang sebuah premis perniagaan di Batu Pahat, Johor.

Bayi dalam kotak plastik

Foto: Harian Metro

Memetik laporan daripada Harian Metro, mayat kanak-kanak malang itu telha ditemui oleh orang awam sebelum mereka bertindak melaporkan kepada pihak berkuasa. Menurut, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berdasarkan keadaan mayat yang sudah mereput, pihak polis percaya mangsa telah tinggalkan di lokasi kejadian lebih daripada 24 jam.

Polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar premis perniagaan berdekatan tempat kejadian yang menunjukkan seorang lelaki meletakkan kotak berkenaan pada 27 April lalu.

Susulan daripada itu, mayat bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Menurut sumber, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat. Sekiranya disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai menghubungi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4363300 sekiranya mempunyai maklumat berhubung kejadian.

Sumber: Harian Metro

Polis Buka Kertas Siasatan Majlis Tahnik Anak Siti Nurhaliza

$
0
0

Baru-baru ini majlis tahnik yang dilakukan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk anaknya mendapat perhatian ramai setelah dihadiri oleh beberapa tokoh agamawan dan penceramah terkenal tatkala negara sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.

Artikel berkaitan : ‘Datuk K Ini Kawan Saya’ – Ustaz Azhar Idrus Jawab Isu Hadir Majlis Tahnik

Artikel berkaitan : Siti Nurhaliza Perjelas Isu Majlis Tahnik Anak, Ustaz Azhar Memang Ada Di KL, Menteri Agama Cuma Singgah

Kini, pihak polis dikatakan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat perkara ini.

Kertas siasatan dibuka

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Assisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, siasatan mengenai isu berkenaan telah dijalankan selepas pihak polis menerima satu laporan berhubung dengan majlis tahnik tersebut. Pihak polis telah menjalankan siasatan mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Terdahulu, pihak polis menerima maklumat berkenaan majlis tersebut melalui sebuah portal berita yang telah menyiarkan majlis terbabit dianjurkan di kediaman penyanyi itu di Bukit Antarabangsa, Ampang. Pihak penganjur juga telah dikenal pasti dan akan dipanggil bagi memberi keterangan mengenai kejadian yang berlaku ketika majlis berkenaan dijalankan.

Sumber : Kosmo 

[VIDEO] Lepas Duduk ICU 13 Hari, Keluar-Keluar Terus Menari Dengan ‘Frontliners’ Memang Supporting Habis!

$
0
0

Foto: Tangkap layar video

Seorang pengguna TikTok berasal dari negara Indonesia, dikenali sebagai Fahmi Aditian berkongsi beberapa video semasa mendapatkan rawatan di hospital setelah disahkan positif Covid-19.

Bahkan, menerusi video yang dikongsi dia juga sempat berkongsi pengalamannya berdepan dengan virus itu yang secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada masyarakat akan bahayanya virus itu.

Sempat menari

Foto: Tangkap layar video

Tidak berakhir di situ, apa yang lebih melucukan apabila dia sempat berkongsi aktivitinya menari bersama petugas barisan hadapan (frontliners) yang lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE). Ujar lelaki ini, walaupun mereka (frontliners) penat dalam menjaga kesemua pesakit namun, mereka tetap komited dengan tugas yang diamanahkan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Berbicara lebih lanjut, lelaki ini turut mendoakan supaya petugas barisan hadapan ini terus diberikan ganjaran pahala yang tinggi berikutan sanggup berkorban masa dan merisikokan diri mereka bagi memastikan para pesakit sembuh seperti biasa. Difahamkan, sebelum ini, dia telah dimasukkan ke wad kritikal Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 13 hari.

Aku sayang korang, maaf selama 13 hari di ICU aku banyak menyusahkan.

Pada masa yang sama, lelaki ini turut meminta doa daripada orang ramai supaya dia kembali sembuh seperti sedia kala dan boleh menyamput perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Video penuh:

@fahmimomoIya iya sus ini terakhir kita TikTokan, alhamdulillah aku membaik dan mau pindah kamar biasa. Maaf aku merepotkan kalian kemarin” ???? Cari Pacar Lagi Koplo – metzbellamy

Semoga cepat sembuh!

Sumber: Fahmi Aditian

‘Rumah Nama Suami, Bila-Bila Masa Boleh Dihalau’ – Suami Kahwin Lain, Tinggalkan Rumah & Anak-Anak

$
0
0

Memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni merupakan impian setiap pasangan yang bergelar suami isteri. Tetapi, tidak semua orang berpeluang untuk mengecapi kehidupan yang mereka inginkan.

Artikel Berkaitan: ‘Anak Isteri Patah Hati & Bawa Diri’ – Tinggalkan Baju & Buku Sekolah Anak, Ini Kisah Di Sebalik Rumah ‘Lelong’

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menceritakan kisah sedih yang menimpa seorang wanita apabila dia telah ditinggalkan selepas suaminya menemui ‘cinta baru’.

Kisah rumah lelong

Berdasarkan yang dimuat naik, Shariza Abd Latif menunjukkan keadaan sebuah rumah lelong yang berjaya dibelinya. Siapa sangka, di sebalik rumah besar yang tersergam indah ini mempunyai kisah ‘hitam’ tersendiri. Menurut Shariza, sebelum ini, isteri pemilik rumah tersebut telah menjaga rumah dengan baik sekali. Malah, jika dilihat keadaan rumah itu sangat bersih dan semua perabot serta perkakas rumah disusun dengan rapi.

Tetapi selepas si suami menceraikannya dan berkahwin lain, lelaki itu telah meninggalkan rumah dan anak-anak. Menurut wanita ini, niat di hati ingin terus tinggal di rumah itu dan membayar secara ansuran kepada bank. Tetapi rumah berkenaan bukanlah atas namanya tetapi nama si suami. Simpati dengan keadaan itu, Shariza menghulurkan bantuan dengan mencari dan membayar deposit rumah sewa sebagai tempat berteduh wanita ini dan anak-anaknya.

Isteri nak bayar ansuran di bank tapi rumah bukan atas nama dia. Bila-bila masa suami boleh halau dia keluar. Si suami mesti gembira dapat cash berpuluh ribu. Isteri hidup terbuang. Kejamnya.

Rumah atas nama suami

@sharizaabdlatifRumah atas nama suami seorang. Bila bercerai isteri tiada hak.. ##rumahlelong ##zsteam? bunyi asal – PU Azman (Cik Man)

Penjelasan tentang harta sepencarian

@sharizaabdlatifBalas kepada @anjakunit kes lain2.. Tak Boleh samakan.. Memang boleh tuntut harta sepencarian. Tapi perlu dicairkan aset terlebih dahulu..? bunyi asal – Shariza abd latif

Kasihan isteri dan anak-anak

Sumber: Shariza Abd Latif


‘Saya Cuma Bergurau’– Bapa Budak Hisap Vape Tampil Mohon Maaf

$
0
0

Semalam, viral sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak menghisap rokok elektrik (vape) yang dipercayai telah diberikan oleh kedua ibu bapanya sendiri. Video tersebut secara tidak langsung membangkitkan amarah dalam kalangan warganet.

Artikel berkaitan:Viral Video Bagi Anak Hisap Vape, Wanita Minta Netizen Jangan Masuk Campur

Terbaru, bapa kepada kanak-kanak kecil tersebut telah tampil membuat permohonan maaf kepada umum.

Mohon maaf

Terima kasih atas nasihat semua. Saya ingin memohon maaf atas kesilapan saya mendidik anak. Saya bukan memaksa atau mendera beliau. Saya cuma bergurau. Kalau mana yang dah follow isteri saya, mesti tahu cara anak saya macam mana. Dia agak lasak dan ganas. Dia juga suka main benda bukan mainan dia atau budak-budak. Kalau dia nak sesuatu mesti dia nak juga.

Menurut Syamin Aizat, dia memohon maaf atas kesilapan memberikan anaknya vape seperti yang viral di laman sosial. Tambahnya, dia turut memaafkan semua yang tidak tahu kisah sebenar mengenai apa yang berlaku. Ujarnya lagi, dia tahu masyarakat di luar sana sangat mengambil berat mengenai anaknya itu.

Aku yang jaga dia

Terdahulu, isteri kepada Syamin turut memuat naik satu ‘kenyataan’ membidas segala kecaman netizen yang marah akan tindakannya itu. Bahkan, dia turut memberikan peringatkan mesra kepada netizen supaya tidak mencampuri urusannya.

Sumber: Syamin Aizat

[VIDEO] Tak Nak Masuk Hospital, Pesakit COVID-19 ‘Bersilat’ Depan Petugas Hospital

$
0
0

Seorang pesakit COVID-19 telah mencuba untuk membuka langkah silatnya untuk menghalang petugas kesihatan yang memintanya untuk masuk semula ke dalam hospital di Jakarta.

Bangun dari katil lalu lari dari wad

Menerusi video yang tular di media sosial dikongsikan oleh Andre Li di akaun Instagramnya, kelihatan seorang yang lelaki sedang menerima rawatan di atas katilnya.

Walau bagaimanapun, ketika seorang jururawat yang sedang membaiki alat perubatan berhampiran dengan katilnya itu, secara tiba-tiba pesakit berkenaan bangun daripada katilnya lalu berlari keluar daripada wad berkenaan.

Situasi menjadi bertambah tegang apabila beberapa petugas hospital terpaksa mengejar pesakit berkenaan untuk menghalang daripada dia keluar daripada hospital. Kemudiannya, pesakit berkenaan mengamuk dan mula bersilat di hadapan petugas hospital tersebut.

Dalam rakaman sistem litar televisyen tertutup (CCTV), kelihatan pesakit berkenaan memukul serta menghalau petugas hospital yang cuba menghalangnya untuk melarikan diri.

‘Pesakit positif COVID-19 cuba melarikan diri’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andre Li (@andreli48)

Sumber : Merdeka.com , andreli48

Followers Bertambah, Bekas Suami Zarina Anjoulie Buat ‘Paid Review’ IG

$
0
0

Semalam, bekas suami Zarina Anjoulie iaitu Eilyas, tampil menjelaskan apa yang berlaku di antara dirinya dengan Anju sehingga bercerai. Bukan itu sahaja, Eilyas dipercayai ingin membakar beg yang diberikan oleh Anju kepadanya.

Artikel berkaitan: ‘Aku Dah Banyak Bagi Muka Sampai…’ – Bekas Suami Jawab Isu Zarina Anjoulie Minta Beg

Artikel berkaitan: ‘Aku Bukan Sugar Mummy Kau’ – Zarina Anjoulie Minta Bekas Suami Pulangkan Beg, Telefon

Terbaru, Eilyas kelihatan memuat naik satu posting di mana dia membuka slot untuk ‘review’ produk di akaun Instagram miliknya. Tambahnya, dia akan menawarkan harga yang murah serendah RM30 sahaja.

Story review

Menurut Eilyas, dia menawarkan dua slot story bernilai RM100 kepada mereka yang mahukan perkhidmatan review. Bagi peniaga yang berminat, mereka diminta untuk Whatsapp nombor yang tertera. Menerusi posting itu juga, Eilyas menunjukkan bahawa jumlah views yang diraihnya mencecah 200 ribu. Ujarnya lagi, dia akan melakukan review mengikut kelapangan masanya.

Tunggu seminggu dua

Di samping itu, Eilyas turut memberitahu bahawa harga untuk review akan menjadi murah bagi tempoh seminggu dua lagi. Jelasnya lagi, mulai minggu depan harga bagi 1 story review bernilai RM30 sahaja. Selain menjelaskan apa yang berlaku terhadap hubungannya dengan Anju, Eilyas turut memuat naik posting lafaz cerai terhadap Anju di Instagramnya. Bahkan, dia turut bercerita mengenai isu beg yang diberikan oleh Anju kepadanya selepas mereka rujuk semula tempoh hari.

Sumber: Eilyas

Jom Heboh Di Rumah Tawar RM50,000 Voucher Shopee! Jom Shopping Raya Malam Ini

$
0
0

 

 

Nampaknya ramai yang dah tak sabar nak shopping sakan di Jom Heboh Di Rumah (JHDR) yang dijadualkan berlangsung pada hari ini jam 9 malam hingga 10 malam di TV3. Korang ada hal malam ini? Jangan risau! 5 Mei pun JHDR ada lagi, bermula jam 2 petang.

Artikel Berkaitan: Jom Heboh Di Rumah Kembali Lagi, Jom Berhibur Sambil Shopping Raya!

Pelbagai hadiah menarik menanti

Lebih menarik, tahun ini JHDR bergabung dengan platform e-dagang terulung Asia Tenggara, Shopee. Sambil berhibur bersama barisan artis popular tanah air, korang boleh beli belah dengan tawaran harga menarik menerusi beberapa segmen yang disediakan.

Menerusi kerjasama Raya Bersama Shopee, penonton berpeluang untuk memenangi dan mengumpulkan 5,555,555 syiling Shopee, baucar Shopee RM 50,000, produk Xiaomi bernilai RM 50,000 dan 1000 kampit beras Sultan Basmathi Beras Era, hanya dengan melayari laman web www.jomhebohdirumah.com.my semasa program bersiaran.

Misi khas

Penonton juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik apabila menyertai ‘Misi Khas‘ JHDR pada edisi kali ini. Caranya cukup mudah:

  1. Daftar penyertaan anda dengan mengisi nama, nombor telefon, e-mel, umur, jantina dan alamat.
  2. Lengkapkan misi-misi yang disediakan bagi kedua-dua hari (4 & 5 Mei 2021). Misi akan bermula pada 8 pagi untuk kedua-dua hari.
  3. Kumpul 100 mata bagi setiap misi yang telah lengkap.
  4. Keseluruhan nilai mata terkumpul untuk semua misi adalah 1000 mata. Mata terkumpul yang tertinggi layak untuk masuk cabutan bertuah dan memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan! Tunggu apa lagi, mulakan misi anda sekarang!

Antara misi yang perlu diselesaikan ialah melawati e-gerai yang telah disediakan, mendaftar di Tonton Cinema, tonton siaran langsung JHDR, kongsi kemeriahan JHDR di media sosial dan daftar masuk WOWShop. Lengkapkan semua misi untuk melayakkan anda memenangi hadiah istimewa.

Jangan lupa dapatkan barangan idaman anda menerusi tawaran ‘Shocking Sale’, ‘Heboh Deals & Vouchers’, ‘Heboh Rewards’ dan ‘Celebrities Appearance’ sepanjang dua hari JHDR berlangsung. JHDR kali ini akan dihoskan oleh Fiza Frizzy dan AG Kool FM di samping rakan-rakan selebriti lain seperti Yassin, MK, Ernie & Syamel, Santesh Kumar, Anuar Zain, Hanbyul, Daiyan Trisha, Caprice, Kaka Azraf, Lando Zawawi, Chef Wan, Nabila Huda, Remy Ishak, Jovian Mandagie dan ramai lagi.

Asyik Ulang Kesalahan Sama, Netizen Minta PU Riz Tegur Isteri ‘Kena Tegas Sikit’

$
0
0

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini, pengacara dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa dan suami, Haris Ismail telah dikenakan kompaun kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menganjurkan majlis perkahwinan dan menyalahgunakan permit rentas negeri di Langkawi.

Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Neelofa & Suami Ke Langkawi Atas Urusan Kerja, Bukan Honeymoon

Artikel Berkaitan: Ingkar SOP Majlis Pernikahan, Neelofa & Keluarga Dikenakan Kompaun RM60k

Artikel Berkaitan: Isu Rentas Negeri Beli Karpet, Sekali Lagi Polis Panggil Neelofa

Nama pasangan selebriti ini sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas mereka didakwa merentas negeri untuk membeli karpet.

Netizen dakwa PU Riz tak tegur isteri?

Difahamkan, isu tersebut mula menjadi bualan selepas Neelofa memuat naik video di IG Story menunjukkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai terletak di Nilai 3, Negeri Sembilan. Dalam video tersebut juga memaparkan seorang pekerja sedang mempromosikan kedai karpet mereka.

Hal ini secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Malah, mereka juga tertanya-tanya adakah Neelofa tidak serik sedangkan dia baru sahaja dikenakan kompaun atas kesalahan menggunakan kebenaran merentas negeri. Tidak terhenti di situ, ada dalam kalangan mereka turut mengkritik suami Neelofa iaitu PU Riz  tidak menjalankan peranannya sebagai seorang suami. Mereka turut mengecam PU Riz dengan menuduhnya tidak tahu mendidik dan menegur isterinya meskipun wanita itu sudah berulang kali melakukan kesalahan yang sama.

‘Besar dugaan PU Riz’

Sumber: Twitter

‘Sebelum Ni Ampa Maki Aku, Sekarang Makanlah Sijil UPSR & PT3 Ampa Tu..’– Suhaimi Saad

$
0
0

Sebelum ini, bekas anggota kumpulan nasyid In Team iaitu Suhaimi Saad pernah berkongsi kepada umum bahawa dia memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Artikel Berkaitan: ‘Aku Rela Mati Berbanding Membiarkan Agama Allah Dihina’ – Suhaimi Saad Kekal Pendirian Tolak Vaksin

Artikel Berkaitan: Kenapa Perlu SPM Kalau Boleh Bekerja? – Suhaimi Saad Jawab Sebab Tak Hantar Anak Ke Sekolah

Dia berpendapat pendidikan seseorang tidak semestinya diperoleh melalui sekolah sahaja. Malah terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk menimba ilmu.

‘Bukalah minda’

Terbaru, menerusi akaun Instagram, Suhaimi Saad seakan berbangga membuktikan kepada orang ramai tentang pendiriannya untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah lebih-lebih lagi selepas kerajaan membuat pengumuman memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan membatalkan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Lagi kebenaran dizahirkan. Sebelum ni ampa maki aku sebab kononnya aku nafikan hak anak anak. Nanti anak anak takdak UPSR, takdak PT3, takdak sijil, payah nak kerja. Payah nak cari makan. Sekarang makan la sijil upsr dan pt3 ampa tu.

Dakwa suami kepada Ina Naim, sijil pelajaran tidak menjamin kehidupan di dunia sebaliknya sebagai umat Islam, kita perlu bergantung kepada rezeki Allah SWT.

Bukalah minda. Jidup mati kita kena bergantung harap pada Tuhan bukan makhluk. Jangan rasa hidup boleh berjaya dengan satu cara saja. Cara yang paling betul adalah cara yang Allah dan nabi tunjukkan.

Sumber: Suhaimi Saad

‘Apa Jadah Pi Nilai Cari Karpet!’– Nam Ron

$
0
0

Mungkin dah meluat dengan cerita rentas negeri dalam kalangan vvip dan selebriti, pelakon berbakat besar Nam Ron seakan menyindir golongan itu.

Artikel berkaitan : Asyik Ulang Kesalahan Sama, Netizen Minta PU Riz Tegur Isteri ‘Kena Tegas Sikit’

Artikel berkaitan : Isu Rentas Negeri Beli Karpet, Sekali Lagi Polis Panggil Neelofa

Artikel berkaitan : ‘Saya Rasa Neelofa Ini Memang Sejenis Dahagakan Perhatian’ – Pengarah

‘Apa jadah pi Nilai cari karpet!’

Menerusi posting di laman sosial Twitter yang telah dimuat naik oleh Nam Ron sendiri, dia berkongsi sekeping foto di sebuah gerai makanan dipercayai diambil sebelum pandemik melanda dunia.

Menurut Nam Ron, jika diberi keizinan untuk merentas negeri, dia ingin pergi makan di tempat berkenaan yang kebiasaannya berada di negeri pantai timur.

Aku kalau nak merentas negeri aku nak pi makan ikan, sotong, udang dan ketam celup tepung kat sini.

Apa jadah pi Nilai cari karpet!

‘Aku suka cara hang’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan posting pelakon berkenaan dan ada juga kaitkan dengan caranya bercakap ketika berlakon dalam filem ’18 Puasa di Kampong Pisang’.

Sumber : _Nam_Ron_


Tak Sempat Pindah Rumah Lepas Dapat Kerja Baru, Suami ‘Pergi’ Tinggalkan Isteri Sarat Hamil 7 Bulan

$
0
0

Rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan serta perpisahan adalah takdir Allah. Kita hanya mampu merancang dan Allah SWT yang menentukan segalanya. Meskipun begitu, kita sebagai umat Islam perlu redha dengan takdir yang sudah tertulis ini.

Begitulah takdir yang dilalui oleh wanita, Nurul Fatimah Az-Zahrah apabila suaminya telah dijemput Ilahi.

‘Tinggalkan’ isteri hamil 7 bulan

Kisah sedih ini dikongsikan oleh rakan wanita ini yang dikenali dengan nama Izzah Ali. Menurut Izzah, siapa sangka, hasrat rakannya, Nurul Fatimah Az-Zahrah untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung sambil ditemani suami, Muhd Syamil Izzat akhirnya terkubur selepas suami tercinta pergi buat selama-lamanya. Menurut sumber, motosikal yang ditunggang Allahyarham telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lebih meruntun hati apabila mengetahui Allahyarham yang berusia 26 tahun itu telah meninggalkan si isteri yang sedang sarat hamil 7 bulan.

Bercerita dengan lebih lanjut, Izzah memaklumkan rakannya dan arwah suami bercadang untuk berpindah ke Klang disebabkan Allahyarham sudah mendapat tawaran pekerjaan baharu tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila keluarga kecil ini diuji dengan dugaan yang sangat berat. Difahamkan, pasangan ini dipercayai telah mendirikan rumah tangga pada bulan Mac tahun lalu.

Kuat demi baby

@izzahhhaliAra kuat demi baby okay ?????Arwah izzat pegi dalam bulan mulia 17 ramadhan ? Al-fatihah ?? #fyp #foryou #foryoupage? original sound – Izzah Ali

Sedihnya…

Sumber: Izzah Ali

Isu Rentas Negeri Beli Karpet, Neelofa & Suami Selesai Beri Keterangan

$
0
0

Tindakan Neelofa dan Haris Ismail sebelum ini yang dikatakan merentas negeri ke Nilai 3 untuk membeli karpet menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen. Namun bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitandan Mohd Fazley telah memanggil pasangan suami ini untuk memberi keterangan.

Artikel berkaitan: Isu Rentas Negeri Beli Karpet, Sekali Lagi Polis Panggil Neelofa

Artikel berkaitan: ‘Saya Rasa Neelofa Ini Memang Sejenis Dahagakan Perhatian’ – Pengarah

Keterangan pemilik kedai dirakam

Memetik laporan Utusan Malaysia, keterangan telah diambil pihak polis daerah Nilai terhadap pasangan selebriti ini selama empat jam pada 2.30 petang dan selesai 6.45 petang, semalam. Keterangan diambil susulan penularan gambar dan video di sosial media yang mendakwa Neelofa dan Haris Ismail berada di sebuah premis Pusat Perniagaan Nilai 3.

Selain itu, keterangan pemilik premis serta pembantu kedai karpet turut dirakamkan. Kertas siasatan akan dirujuk ke kamar Timbalan Pendakwa Raya setelah beberapa tindakan dikemas kini.

Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak mensensasikan fakta isu ini dan terus kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan awam.

Tindakan tersebut bagaimanapun turut mendapat kecaman netizen dan mempersoalkan selebriti itu mengulangi kesalahan yang sama berulang kali walaupun sudah memohon maaf sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Senior Asisten Komisioner Datuk Che Zakaria Othman memaklumkan tiada sebarang keistimewaan akan diberikan kepada pasangan selebriti tersebut dalam siasatan terhadap mereka berdua. Malah, siasatan melibatkan kedua-duanya akan berjalan seperti biasa mengikut undang-undang.

Sumber: Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

Pelantar Minyak Naga 7 Tenggelam, 101 Anak Kapal Nyaris Maut

$
0
0

Sebuah pelantar minyak milik Velesto Drilling Sdn Bhd iaitu Naga 7 yang terletak di peraiaran Sarawak dilaporkan tenggelam ekoran daripada kerosakan salah satu tiang sokongan. Menurut ConocoPhillips Sarawak Ltd dari laporan Astro Awani memaklumkan kejadian itu berlaku pada jam 2.45 petang, hari Isnin dimana pelantar kelihatan menyenget 10 peratus daripada posisi awal.

Tiang pelantar rosak

Pelantar minyak laut dalam iaitu Naga 7 berdekatan perairan Sarawak dan negara Brunei tenggelam dipercayai terdapat kerosakan pada salah satu kaki sokongan pelantar itu. Kerosakan mula dikesan pada petang semalam dan kelihatan makin lama makin senget sampai akhirnya pelantar itu tenggelam ke lautan tersebut.

Keutamaan kami ialah keselamatan petugas dan kami mengesahkan semua kru berjaya dikeluarkan dari Naga 7. Tiada kecederaan atau kerosakan alam sekitar dilaporkan.

Sementara itu, dilaporkan kesemua 101 anak kapal Naga 7 berjaya diselamatkan melalui operasi penyelamatan oleh kapal Perdana Marathon dan Armada Tuah. Kesemua mangsa yang selamat dipindahkan ke darat bagi tujuan keselamatan dan punca kerosakan tersebut masih dalam siasatan.

Pelantar ‘jack up

Naga 7 merupakan pelantar ‘jack up‘ dengan kaki julur bebas premium yang berupaya untuk menggerudi sehingga 30,000 kaki dan kadar operasi kedalaman air sejauh 375 kaki. Pelantar minyak ini dibina untuk mengeluarkan minyak mentah seperti petroleum dan gas asli di tengah laut perairan dalam Sarawak.

Pelantar minyak ini turut dibina bangunan berskal kecil untuk tujuan penginapan pekerja, ruang pendaratan helikopter dan tempat pemprosesan minyak mentah.

Foto Naga 7 ketika tenggelam

Sumber: Astro Awani

[VIDEO] ‘Pergi Melaka Membeli Cincau’– Wartawan

$
0
0

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) untuk Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

PKP bakal dilaksanakan

Menerusi pengumuman itu, enam daerah di Selangor bakal menjalani PKP bermula 6 Mei 2021 sehingga 17 Mei 2021 dan larangan rentas daerah turut berkuatkuasa.

Manakala solat sunat Aidilfitri adalah dibenarkan bagi kawasan PKP,PKPB dan juga PKPP. Walau bagaimanapun, solat sunat Aidilfitri di kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan.

‘Pergi Melaka membeli cincau’

Ketika sesi soal jawab bersama Menteri Keselamatan, seorang wartawan telah menarik perhatian orang ramai apabila membangkitkan isu rentas negeri oleh golongan tertentu. Jelasnya kerajaan harus lebih tegas mengenai isu ini.

Kita tak mahu lagi rentas negeri melibatkan orang kenamaan, orang terkenal bagi alasan tidak munasabah. Contohnya ke Melaka membeli cincau. Nak ke Pulau Pinang membeli pasembur.

Mungkin Datuk Seri boleh bagi jaminan dan penjelasan yang tegas kepada semua rakyat Malaysia supaya patuh pada SOP dan tiada sesiapa diberi kebenaran untuk rentas negeri.

‘Brother we salute you!!!’

Sumber : neddokhan

Hidup Sebatang Kara Sejak Ibu Ayah Meninggal Akibat Covid-19, Ebit Lew Bantu Remaja Ini…

$
0
0

Sebak membaca perkongsian dari pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew mengenai seorang remaja lelaki yang hidup berseorangan tanpa hala tuju. Ibu bapa kepada remaja ini difahamkan telah meninggal dunia akibat daripada dijangkiti positif Covid-19 pada bulan Januari lalu. Walaupun kehidupan remaja ini bagaikan sebatang kara namun, dia tetap kuat untuk menjalani hidup seperti kebiasaan tanpa ibu dan bapa di sisi.

Kecil lagi dah jadi gelandangan

Ebit Lew berjumpa dengan remaja berkenaan di sekitar Bukit Raja, Klang yang kelihatan sedang tidur di jalanan. Remaja ini terpaksa reda apabila ibu dan ayahnya telah meninggal dunia pada bulan Januari lalu disebabkan positif Covid-19. Lebih menyedihkan lagi apabila remaja berkenaan meluahkan kepada Ebit Lew di mana dia tiada sesiapa dalam hidupnya.

Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur di jalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan. Mak ayahnya baru meninggal Januari baru ini kerana positif Covid. Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi. Ramai orang sekitar cuba membantu. Ada yang mesej saya. Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah disebalik semuanya.

Saya terus bergegas cari adik ni. Dari jauh tengok adik ni terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat. Fikir macam manalah hidup merata begini. Bila tanya mak ayah je terus adik ni menangis. Allahuakbar. Saya sampai tadi terus adik cium tangan. Tiada handpone. Tak kenal saya. Wajah bersih je jernih. Saya dah tiada sesiapa lagi ustaz. Eh, jangan cakap macam tu adik. Saya dan semua yang ada sini macam keluarga adik ye.

Nak jumpa mak ayah di syurga

Malah, remaja ini juga sering diberi makanan untuk berbuka puasa dan bersahur daripada orang awam. Dia juga menerima pelawaan Ebit Lew untuk mendaftarkannya ke sebuah madrasah.

Adik puasa ke? Puasa ustaz. Sahur ada orang bagi. Buka pun ada orang bagi. Saya bawa ke balai untuk report. Selepas itu saya terus bawa adik ni ke pasaraya.

Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih, saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah.

Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri ye. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang. Nanti kita jumpa lagi. Tak berhenti cakap terima kasih. Best seronok dapat masuk belajar sini.

Sumber: Ebit Lew

Viewing all 35057 articles
Browse latest View live