Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 35056 articles
Browse latest View live

Rakam Momen Raya Korang Dengan Sempurna Menggunakan vivo V21! Kamera Hadapan 44MP Geng!

$
0
0

Hari raya ni, selain daripada baju dan persiapan memasak juadah raya, ada satu lagi benda yang penting. Gambar raya! Haa tak lengkap raya korang tu kalau tak ada gambar bersama keluarga atau teman-teman yang sama meraikan.

Gambar raya kenalah cantik kan, dah melaram sakan dengan baju raya tu tak akan lah pula nanti nak muat naik gambar yang tak jelas dan kelabu ke sosial media. Eii jangan! Korang tak perlukan kamera profesional pun untuk gambar yang cantik, guna je vivo V21 yang didatangkan dengan kamera berciri hebat dan harga yang mampu milik!

Hasil swafoto seakan dari kamera profesional

vivo memperkenalkan siri telefon pintar terbaru V21 dengan kamera hadapan 44MP, ia juga dilengkapi Penstabilan Imej Optik (OIS) yang unik. Istimewanya lagi V21, mempunyai Penstabilan Imej Elektronik (EIS), Potret Malam AI (AI Night Portrait) autofokus dan sensor cahaya yang canggih membolehkan penghasilan swafoto dan video berkualiti tinggi dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Kalau korang jenis yang beraya sampai ke larut malam dan masih sakan nak bergambar, memang V21 lah pilihan yang paling sesuai sebab ianya mempunyai kamera hadapan berkuasa tinggi dengan apertur f/2.0 memberikan pendedahan cahaya yang lebih besar walaupun dalam kondisi pencahayaan yang terbatas.

Dengan fungsi ‘Super Night Selfie’ korang boleh berswafoto sepuasnya di malam hari! Fungsi ni, bakal menjadikan perincian latar malam lebih baik dan terlihat jelas. Sekaligus, menjamin rakaman potret yang lebih berkualiti tinggi. Dipadankan pula dengan Potret Malam AI yang berupaya memadamkan multi-frame noise reduction algorithm serta teknologi berdefinisi tinggi AI, confirm gambar korang cun habis!

vivo V21 mempunyai fungsi autofokus canggih dan ‘Dual Selfie Spotlight’ khusus untuk membantu pengguna merakam imej yang jelas tanpa mengira jarak rakaman serta berupaya untuk memadankan cahaya halus skrin dan denyar (flash) yang terintegrasi di hadapan, ia dimuatkan di pinggir skrin paparannya untuk memudahkan rakaman gambar dan video yang mempesonakan pada waktu malam.

Hadir dengan 3 kamera belakang, video korang gerenti berkualiti tinggi!

kredit foti: Gadgets 360

vivo v21 memiliki tiga kamera belakang (64MP, 8MP dan 2MP) bersama fungsi OIS eksklusif dan rangkaian kamera sekunder untuk mengendali keupayaan fotografi makro, termasuk rakaman bersudut lebar dan yang lebih kompleks.

Kedua-dua kamera hadapan dan belakang peranti vivo V21 boleh merakam imej serta video berkualiti 4K. Memang cantiklah video korang di hari raya nanti!

Lagipun, V21 mempunyai keupayaan penstabilannya melalui algoritma perisian tanpa memerlukan perkakasan tambahan bagi memperbaiki kualiti video secara signifikan untuk rakaman yang dibuat dengan memegang telefon pintar. So tak payah dah nak guna perkakas tambahan, video korang tak ada gegar-gegar dah nanti walaupun merakam pakai tangan je. Inilah masanya untuk korang meluaskan kreativiti masing-masing!

Tak cukup denga semua tu, V21  juga hadir dengan ciri-ciri kefungsian kreatif yang lain seperti AI berteknologi tinggi, pengimbuh wajah, Dwi-Paparan Video, pelbagai penapis foto (filter) dan gaya potret untuk pengguna meneroka pengalaman yang lebih artistik dan interaktif.

Dengan kesemua fungsi hebat ni, siri V21 adalah peranti paling sempurna untuk korang gunakan terutama sekali untuk tujuan ‘vlogging’ dan untuk merakam detik-detik istimewa bersama keluarga tersayang serta rakan-rakan  secara maya mahupun fizikal.

Ultra nipis dengan design sofistikated dan beprestasi hebat untuk gaya hidup moden

Kerangka tengah V21 dan V21e diperbuat daripada bahan polikarbonat direka suai menggunakan teknik ‘Vacuum Metalizing’. Ia menjadikan tubuh telefon pintar ini padat dan rata, ia juga ringan dan selesa untuk dipegang.  Gubahan lensa kamera belakang pula diserlahkan dengan cetakan UV serta teknologi penyejatan sinar elektron untuk menaik taraf penampilannya yang kemas dan terlihat sofistikated

Bahagian depan telefon pintar V21 mempunyai Paparan E3 AMOLED FullView™ dengan kadar penyegaran 90Hz, yang membolehkan kecerahan skrin secara optimum, kontras, warna terang, perlindungan mata cahaya biru dan banyak lagi.

Sementara, V21e mempunyai paparan AMOLED 6.44” beresolusi ultra tinggi FHD yang membekalkan efek visual yang menakjubkan, selain meminimumkan kekaburan gerakan (motion blur)

V21 yang berukuran senipis 7.29mm hadir dengan dua pilihan warna mempesona iaitu Dusk Blue dan Sunset Dazzle. Manakala, vivo V21e dengan ukuran senipis 7.38mm dan seberat 171g sahaja didatangkan dalam dua warna memukau Roman Black dan Diamond Flare.

Bukan rekaan luaran je cantik tau, vivo V21 baharu turut dikuasakan oleh cip pemproses Antutu Mark MTK Dimensity 800U manakala V21e dilengkapi dengan Qualcomm® Snapdragon™ 720G, kedua-duanya memuatkan RAM 8GB dan ROM 128GB.

Extended RAM’ pun ada! Korang akan dapat sokongan RAM maya sebanyak “+3GB” menerusi algoritma bersofistikasi tinggi yang memanfaatkan seluruh potensi memori siri V21 untuk membekalkan aplikasi dan sistem operasi yang membolehkan ia beroperasi selancarnya.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cip pemproses teras 2.4Ghz yang melengkapi V21 dan V21e membolehkan aplikasinya dibuka dengan lebih cepat, serta hadir dengan ‘refresh rate’ yang tinggi untuk membolehkan pengguna melihat pergerakan pada kaca skrin dengan lebih jelas.

Hal bateri pun korang dah tak perlu risau lagi, siri V21 dilengkapi bateri 4000mAh (TYP) serta teknologi FlashCharge 33W yang membolehkan peranti ini dicaj dengan segera! 

Peranti hebat ni turut membawakan pelbagai fungsi kediaman pintar seperti Jovi Home, termasuk aplikasi kesejahteraan kendiri untuk memenuhi segala aspek gaya hidup yang moden dan pintar. Pengguna kini dapat menikmati interface baharu yang lebih seragam, berserta dengan aplikasi yang dirumus untuk memantau dan menjaga kesihatan emosi dan fizikal.

Siri vivo V21 kini disediakan di Malaysia

Siri vivo V21 boleh didapati di semua kedai konsep vivo, pengedar bertauliah vivo, dan e-Kedai rasmi vivo, kedai rasmi vivo di Shopee dan juga Lazada

V21 ditawarkan pada harga RM1,599, manakala V21e ditawarkan pada harga RM1,299. Kedua-dua peranti bakal dijual bermula 5 Mei 2021. Kena pergi beli cepat tau! Barulah boleh bergambar sakan time raya nanti!

Nak tahu lebih lanjut mengenai siri vivo V21? Korang boleh layari laman rasmi vivo atau kunjungi laman Facebook dan Instagram milik vivo Malaysia.


Isu Buka Puasa Langgar SOP, Selebriti & Instafamous Dah Kena Panggil Polis

$
0
0

Baru-baru ini tular foto beberapa selebriti dan instafamous yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial serta tidak memakai pelitup muka ketika berada di majlis berbuka puasa di sebuah hotel.

Artikel berkaitan : Majlis Buka Puasa Langgar SOP Instafamous, Artis Bakal Disiasat

Artikel berkaitan : Didakwa Tidak Menjaga SOP Ketika Pergi Majlis Buka Puasa, Instafamous Tampil Mohon Maaf

Pihak polis telah memanggil seorang penyanyi rap yang juga merupakan penganjur Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 berkenaan.

Tujuh individu telah dipanggil

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pada ketika ini seramai tujuh individu telah dipanggil yang terdiri daripada penganjur, wakil hotel dan juga selebriti.

Kita akan panggil lagi lima individu yang membabitkan selebriti, pasangan mereka dan adik seorang selebriti hari ini untuk membantu siasatan.

Turut dipanggil ialah penyanyi berkenaan bagi merekodkan keterangan mengenai dakwaan majlis yang telah dianjurkannya itu melanggar SOP di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selain daripadanya, selebriti wanita bersama suaminya juga turut dipanggil untuk merekodkan keterangan kerana mereka juga dilihat hadir pada majlis berbuka puasa tersebut pada 29 April lalu.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 19 serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) Kawalan Pergerakan Bersyarat (NO 4) 2021.

Sumber : Berita Harian

‘Jangan Takut Bro…’– Penyampai Berita Kembali Bertugas, Netizen Janji Akan ‘Back Up’

$
0
0

Terdahulu, kenyataan yang dikeluarkan oleh penyampai berita Astro Awani, iaitu Luqman Hariz mendapat sokongan penuh daripada netizen berhubung isu peniaga yang dikenakan kompaun mencecah RM50k disebabkan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.

Perkara itu bagaimanapun telah disiasat polis kerana didakwa menimbulkan fitnah.

Artikel berkaitan : Isu Kompaun RM50k, Pembaca Berita Astro Awani ‘Sound Setepek’ Otak Letak Dekat Lutut

Artikel Berkaitan: Didakwa Menimbulkan Kenyataan Fitnah, Polis Siasat Pembaca Berita

Artikel Berkaitan: Isu Penyampai Berita ‘Sound Setepek’, Pihak Astro Awani Beri Kerjasama Sepenuhnya

Tidak berakhir di situ, pihak Astro Awani menerusi satu kenyataan media menjelaskan akan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis.

Kembali ‘beraksi’

Terbaru, menerusi tweet penyampai berita berkenaan menjelaskan, dia sudah kembali bertugas menerusi saluran berita Awani 7.45.

Antara pesanan yang ditinggal netizen ialah jangan gentar dan teruskan membaca berita untuk rakyat. Tak kurang juga ada yang berjanji akan menyokong penyampai berita itu tak kira apa pun akan terjadi kelak.

Respon netizen

Sumber: Twitter

Instafamous Buat Video Dengan Polis Dah Kena Kompaun

$
0
0

Seorang instafamous telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 gara-gara tidak memakai pelitup muka dalam video rayanya baru-baru ini yang membabitkan anggota polis berpakaian seragam lengkap.

Dikompaun kerana melanggar SOP

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, kompaun telah dikeluarkan kerana individu berkenaan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Individu berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi memberi keterangan berkenaan isu tidak memakai pelitup muka terbabit. Hasil siasatan polis mendapati lokasi adegan raya berkenaan telah dilakonkan di kawasan Bukit Rimau, Presint 3.

Video itu turut membabitkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terbabit dalam adegan lakonan itu berpakaian penuh seragam.

Tiada kebenaran dikeluarkan oleh pihak polis

Katanya lagi, individu tersebut tidak memakai pelitup muka serta dilihat mempersendakan alasan-alasan yang telah diberikan untuk tujuan merentas negeri.

Walau bagaimanapun, ketua polis mengatakan bahawa tiada kebenaran dikeluarkan daripada pihaknya dan pihak polis yang terbabit tidak menerima sebarang bayaran mahupun sagu hati.

Kedua-dua anggota polis serta seorang anggota tentera yang terbabit di dalam video berkenaan sebenarnya sedang bertugas dalam pasukan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di IPD Putrajaya.

Sumber : Bernama

[VIDEO] ‘Eh Anak Aku!’ – Amin Idris Menangis Di Live TV, Terima Kejutan Panggilan Dari Anak Sendiri!

$
0
0

Bersempena bulan Ramadan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 dan TV2 menyajikan pelbagai program menarik buat tatapan para penontonnya antaranya ialah Borak Dulu #Baru Buka.

Tetapi pada episod baru-baru ini, satu momen mengharukan telah berlaku ketika live sedang berlangsung.

‘Daddy apa khabar’

Program khas Borak Dulu #Baru Buka ini dihoskan oleh Amin Idris dan ditemani oleh beberapa personaliti dan artis jemputan lain. Menerusi video yang dikongsikan RTM di TikTok, memaparkan suasana penuh sayu yang berlaku di dalam studio tersebut. Difahamkan, ketika live sedang berlangsung, studio mereka telah menerima satu panggilan daripada seorang remaja perempuan yang bernama Wardah.

Sebagai hos, Amin Idris telah menyapa si pemanggil terlebih dahulu dengan memberi salam dan dengan nada sayu gadis ini kemudian bertanya kepada Amin ‘Daddy apa khabar? Daddy rindu akak tak?’. Pada awalnya, Amin Idris langsung tidak cam bahawa yang sedang membuat panggilan itu adalah anak perempuannya kerana respon si pemanggil agak ‘delay’ dan suara juga kurang jelas.

‘Eh anak aku!’

Lebih membuat pangacara ini keliru apabila mendengar gadis itu memanggilnya dengan gelaran ‘Daddy’. Pada ketika itu, barulah dia sedar itu adalah panggilan daripada anak perempuannya yang kini berada di asrama. Dalam rakaman tersebut turut kelihatan kedua-dua beranak ini tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata.

Eh anak aku. Ya Allah, kakak! Ya Allah. Kakak how are you sayang? Kakak macam mana dekat asrama, okay sayang? Daddy rindu kakak, everyday daddy tunggu kakak call, daddy doakan kakak happy dekat asrama. Kakak don’t cry okay, kalau kakak cry, daddy cry.

Sementara itu, di Instagram, Amin Idris memaklumkan rupa-rupanya itu adalah kejutan daripada penerbit rancangan ini.

 Dia kata dari peminat BDBB bernama Wardah. Yer yer jer Bro Amin fokus kat kamera, bila jeling kat moniter… “Ya Allah anak aku Qistina!” Terus terburai air mata rindu.

Sebaknya…

@radiotelevisyenmalaysiaSebak min tengok masa berbuka semalam ? ##fyp? ##fyp ##foryoupage ##explore ##foryou ##fypdongggggggg ##rtmklik ##borakdulubarubuka ##rtm75? original sound – RTM Malaysia Official


Sumber: RTM, Amin Idris

Sarat Dengan ‘Plot Twist’, Penonton Tak Sabar Nak Tengok ‘Ending’ Penjara Janji. Sediakan Tisu Awal-Awal Tau!

$
0
0

Drama ‘Penjara Janji’ yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 bermula 12 April lalu nampaknya berjaya menyentuh emosi setiap penonton. Adegan dan jalan cerita yang disajikan dalam drama ini sememangnya menarik, padat dan paling penting penuh dengan mesej tersurat dan tersirat.

Setelah 14 episod ditayangkan, kini drama Penjara Janji ini sudah hampir di penghujungnya. Mesti korang tak sabar nak tengok pengakhiran kisah keluarga Zulkifli ni kan?

Sarat dengan ‘plot twist’

Penjara Janji adalah sebuah naskah terbitan JS Pictures Sdn Bhd yang digarap oleh sutradara Azman Yahya atau lebih dikenali dengan nama Jinggo. Drama yang sarat dengan emosi ini dilakonkan oleh barisan pelakon yang sangat berbakat dan hebat antaranya ialah Alif Satar, Azira Shafinaz, Fauzi Nawawi,  Zulin Aziz, Raja Hakim, Esma Daniel dan ramai lagi. Drama ini menceritakan ‘penyesalan’ seorang bekas banduan, Zulkifli lakonan Fauzi Nawawi terhadap kisah silamnya selepas ‘bersekongkol’ dengan Acai (Aidil Alias) dalam perniagaan pengedaran dadah.

Sehinggalah pada suatu hari, Zulkifli telah ditahan polis dan meringkuk di dalam penjara. Dari situlah bermula segala ‘plot twist’ yang tak terlintas dek akal para penonton. Di penjara di mula bertemu dengan seorang warden penjara, Rizan lakonan Alif Satar. Rizan merupakan satu-satunya pegawai polis yang sangat rapat dengan Zulkifli, malah dia juga sanggup ‘mengetepikan’ tunangnya, Rozita (Azira Shafinaz) semata-mata mahu memenuhi permintaan Zulkifli sebelum lelaki itu ke tali gantung.

Dalam tempoh itu, Rizan menerima berita yang sangat mengejutkan apabila mengetahui sebenarnya Zulkifli itu adalah bapa kandungnya yang tak pernah ditemui selama ini. Lagi membuatkan Rizan buntu selepas dia tahu bapa Rozita iaiu Razlan (Esma Daniel) turut mempunyai sejarah ‘hitam’ dengan Zulkifli.

Sempat ke jumpa Zulaikha dan Azam?

Dalam tempoh tersebut, Rizan berjaya membawa ibunya, Sabariah (isteri Zulkifli) dan Razlan bertemu dengan bapanya di penjara. Zulkifli tidak putus-putus memohon kemaafan dari mereka atas kekhilafan dan kekejaman yang dilakukannya pada suatu ketika dahulu. Tetapi sayangnya, Zulkifli masih tidak berkesempatan untuk bertemu dengan seorang lagi isterinya iaitu Zulaikha dan anaknya, Azam.

Masa semakin suntuk, adakah Sabariah dan Rizan mampu menjejaki keberadaan Zulaikha dan Azam dan adakah Zulkifli sempat bertemu dengan mereka sebelum dia dibawa ke tali gantung? Dan benarkah Sabariah sudah memaafkan Zulaikha yang pernah ‘merampas’ kebahagiaannya dahulu?

Pasti para penonton tertanya-tanya bagaimana pengakhiran drama ini. Sama-sama kita saksikan episod akhir drama Penjara Janji di saluran TV3 pada jam 10 malam ini!

Jeritan Minta Tolong Tak Didengari, Jururawat Dibakar Hidup-Hidup Ketika Berehat Di Klinik

$
0
0

Foto: Tribunnews

Seorang wanita yang bertugas sebagai jururawat mengalami kecederaan parah selepas tubuh badannya dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Dibakar hidup-hidup

Foto: Tribunnews

Memetik laporan Tribunnews, kejadian yang menimpa Eva Sofiana Wijayanti berlaku ketika mangsa sedang berehat di dalam sebuah bilik di tempatnya bekerja yang terletak di Kecamatan Pagelaran, Kabupaten Malang, Indonesia. Namun secara tiba-tiba, dia telah didatangi oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda Beat berwarna merah.

Menurut sumber, pada awalnya suspek telah turun dari motosikalnya dan mendekati Eva sebelum bertindak menyimbah petrol ke wajah dan badan wanita ini. Lebih mengejutkan apabila suspek kemudian menyalakan api pada badan mangsa.

Pekerja klinik tolong padam api

Foto: Tribunnews

Eva yang merupakan ibu kepada dua anak ini meronta-ronta dan menjerit kesakitan tetapi malangnya pada ketika itu, tiada seorang pun berada di lokasi kejadian. Tidak lama kemudian, barulah salah seorang pekerja di klinik tersebut menyedari kejadian itu dan segera membantu memadamkan api.

Susulan daripada insiden itu, Eva telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Hasil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek memakai jaket berwarna hitam dan helmet serta mengenakan pelitup muka. Difahamkan, pihak polis kini sedang giat menjejaki suspek.

Sumber: Tribunnews

Disney+ Hotstar Bakal dilancarkan Di Malaysia 1 Jun, RM54.90 Untuk 3 Bulan

$
0
0

Syarikat Walt Disney akhirnya mengumumkan perkhidmatan penstriman yang dinanti-nantikan Disney+ Hotstar bakal dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun 2021. Penonton kini mempunyai satu lagi cara untuk menikmati kandungan menarik daripada jenama-jenama hiburan yang paling ikonik di bawah Syarikat Walt Disney, termasuk Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, dan National Geographic serendah RM54.90 selama 3 bulan.

Hanya yang terbaik

Pelanggan berpeluang menikmati Disney + Originals, seperti The Mandalorian dan High School Musical: The Musical: The Series, serta WandaVision, The Falcon and The Winter Soldier dan Loki daripada Marvel Studios. Barisan rancangan ini merupakan tambahan kepada siaran “blockbuster” dan barisan kandungan terbaharu, termasuk Avengers: Endgame, Avengers: Infinity War dan Black Panther daripada Marvel Studios; adaptasi aksi langsung Disney – Mulan, Maleficent: Mistress of Evil, The Lion King, Aladdin dan Beauty and the Beast; animasi-animasi Disney popular – Frozen 1 dan 2, Moana dan Big Hero 6, serta Soul, Coco, The Incredibles 2 dan Finding Dory daripada Disney dan Pixar.

Selain itu, turut disajikan adalah katalog siri dan filem hiburan umum yang hebat seperti Nomadland, The Walking Dead, Jojo Rabbit, Criminal Minds, Fresh off the Boat, The Simpsons, Grey’s Anatomy, 9-1-1 dan banyak lagi.

Filem, drama tempatan

Disney+ Hotstar telah memeterai satu siri perjanjian beberapa tahun dengan studio-studio tanah air yang terkemuka seperti Skop Productions, Revolution Media Films, Primeworks Studios, WAU Animation, Act 2 Pictures, Les’ Copaque Production, Red Films dan sebagainya.

Perjanjian berkenaan bermaksud Disney+ Hotstar akan menjadi platform eksklusif bagi beberapa filem “blockbuster” Malaysia yang paling dinanti-nantikan – yang akan melangkau pawagam dan dilancarkan terus melalui perkhidmatan penstriman seperti filem J2: J Retribusi, iaitu sekuel “blockbuster” J Revolusi penuh aksi yang dibintangi Zul Ariffin, Ashraf Sinclair dan Amelia Henderson, Zombitopia yang dibintangi Shaheizy Sam, Bront Palarae dan Sharifah Amani, serta Ada Hantu yang dibintangi Hairul Azreen. Ejen Ali The Movie 2 juga akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar selepas tayangan perdana di pawagam.

Di samping itu, siri drama masa perdana tempatan daripada TV3 seperti Single Terlalu Lama dan Kekasih Hati Mr. Bodyguard akan ditayangkan terlebih dahulu di Disney+ Hotstar pada pukul 7 pagi pada hari yang sama dengan siaran langsungnya. Dengan ini, penggemar drama dapat menonton siri tempatan kegemaran mereka menerusi platform ini sehingga 15 jam sebelum siaran di platform lain.

Kandungan untuk semua

Selain itu, beberapa filem Malaysia yang paling ikonik dan terunggul, termasuk J Revolusi, Tombiruo, KL Special Force, Ejen Ali The Movie, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal, Munafik, Istanbul Aku Datang!, francais filem Rock (Rock, Rock Oo!, Rock Bro! dan Rock 4: Rockers Never Dai), Talentime, Mukhsin, The Kid From The Big Apple 2, Vedigundu Pasangge, Evolusi KL Drift 1 & 2, KL Gangster 1 & 2, Gol & Gincu 1 & 2, Guang, Redha and Roh, akan disajikan menerusi Disney+ Hotstar.

Bagi penonton yang gemar menonton cerita bersiri terus menerus dalam satu masa, terdapat siri-siri yang menampilkan barisan bintang tersohor seperti Wifi Sebelah Rumah (menampilkan Zul Ariffin dan Ruhainies) dan Semanis Senyumanmu (menampilkan Daiyan Trisha dan Aiman Hakim Ridza).

Kanak-kanak dan seisi keluarga dapat menikmati siri hebat seperti Ejen Ali, lebih 10 musim Upin & Ipin, Club Mickey Mouse, T.O.T.S, Alif & Sofia, Wizards of Warna Walk dan Spider-Man daripada Marvel, manakala peminat kandungan Asia dapat menantikan filem dan siri popular dari seluruh rantau ini, seperti Infernal Affairs, Ip Man 4 The Finale, The Deer and the Cauldron, The Legend of Haolan, Pandian Stores and Vishwaroopam 2, serta kandungan eksklusif seperti The Silent Forest, Dil Bechara dan Live Telecast.


Pesakit Positif Covid-19 Lari Dari Hospital

$
0
0

Di Sungai Petani, Kedah, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki yang juga pesakit positif Covid-19 yang dipercayai melarikan diri dari wad Hospital Lama, semalam.

Tiada di wad

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, lelaki berusia 39 tahun itu dipercayai sedang menjalani tempoh kuarantin pada hari keenam selepas disahkan positif Covid-19. Namun begitu, pihak hospital menyedari bahawa lelaki tersebut telah tiada di wad kira-kira pukul 8.45 pagi. Tambah Adzli, jururawat di wad B1 hanya menyedari kehilangan tersebut selepas mendapati pesakit itu tiada di katilnya.

Berdasarkan maklumat, pesakit itu dipercayai mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada Khamis lalu untuk melakukan pembedahan kecil pada tangannya yang bernanah.

Namun hasil ujian swab yang dilakukan mendapati dia positif Covid-19 sebelum dihantar ke pusat kuarantin di Hospital Lama Sungai Petani, Jumaat lalu.

Pesakit lain turut memaklumkan kepada jururawat berkenaan bahawa lelaki tersebut telah membawa beg dan barangan miliknya ketika keluar pada jam 6.30 pagi.

Gagal ditemui di rumah

Sekadar gambar hiasan

Ujar Adzli lagi, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak dapat mengenal pasti sama ada pesakit berkenaan mempunyai kontak rapat dengan sesiapa berikutan kes itu masih dalam siasatan. Pada masa yang sama, pasukan khas yang mencari pesakit tersebut gagal menemuinya di rumahnya.

Pihak KKM juga turut dimaklumkan untuk mengesan lelaki berkenaan dan sekiranya dia ditemui, kita akan hubungi pihak KKM untuk tindakan lanjut. Berikutan itu kes disiasat mengikut Seksyen 11(3)(a) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Sumber: Harian Metro

Inginkan Juadah Raya Lebih Sihat & Rendah Kalori? Jom Gantikan 5 Bahan Masakan Ni!

$
0
0

Lepas dah sebulan berpuasa, masa raya lah nak balas dendam dan makan semua makanan kan? Faham-faham jelah dengan rendang, lemang, lontong, semuanya tinggi dengan kolestrol tu! Sedap memang sedap tapi dalam tak sedar tu, berat pun naik berkilo-kilo. Adoi!

Ish..ishh..nak makan boleh, tapi berpada-pada dan pastikan korang kawal pengambilan makanan korang tu. Nak lagi bagus, korang gantikan bahan masakan tu dengan ramuan yang lebih berkhasiat dan dalam masa yang sama masih mengekalkan keenakan juadah raya korang nanti!

Jom kami kongsikan!

Gantikan santan dengan susu badam?

Murai MY

Santan ni memang bahan yang wajib dalam masakan rakyat Malaysia. Tanpa santan dalam rendang atau kari memang kurang kick! Tapi sekali sekala apa salahnya kalau korang gantikan santan dengan bahan yang lebih berkhasiat seperti susu badam!

Selain itu, susu badam juga mempunyai kalori yang sangat sedikit iaitu 17kcal setiap 100 gram berbanding santan.

Caranya, korang rendam 1 cawan badam semalaman, kemudian kisar dengan air suam atau susu. Tapis dulu sebelum masukkan ke dalam masakan kari, gulai atau rendang. Sedap tau!

Garam bukit vs garam putih

Freepik

Tanpa garam, masakan apapun takkan menjadi sedap. Tapi kalau berlebihan garam, boleh jadi darah tinggi pulak!

Nak lagi sihat, korang boleh gantikan garam putih yang selalu korang guna tu dengan garam bukit (pink salt) dalam masakan. Memanglah mahal sikit, tapi garam bukit ni tidak diproses dan mempunyai jumlah mineral yang tinggi tau!

Greek yogurt sebagai alternatif sour cream!

Heather’s Dish

Sour cream atau krim masam memang akan meningkatkan keenakan kek, biskut atau pemanis mulut tapi ia mengandungi kalori yang tinggi tau!

Senang je, korang boleh gantikan krim masam dengan greek yogurt. Selain kalorinya yang lebih rendah, greek yogurt juga dapat memberikan lebih banyak protein daripada krim masam biasa.

Tukarkan dari marjerin ke mentega!

FeedFeed

Bila nak buat biskut raya, mestilah kena ada marjerin. Tapi, tahukah korang yang marjerin sebenarnya mempunyai asid lemak trans yang sangat tinggi!

Untuk lebih sihat, korang boleh gantikan marjerin dengan mentega (butter) yang mempunyai banyak manfaat nutrisi semulajadi. Biskut pun akan jadi lebih rangup dan lemak!

Gunakan beras basmathi berbanding beras biasa!

Cookidoo®

Ramai yang tak makan nasi bila nak diet, kononnya nasi ni menggemukkan. Haa..tak betul tu! Sebenarnya nasi adalah makanan yang bebas gluten, dibandingkan dengan roti, mee, oat dan makanan berasaskan gandum.

Nasi juga tak mengandungi garam dan tinggi dengan protein yang diperlukan oleh tubuh. Nak lagi sihat, kawal jumlah pengambilan nasi dan gantikan dengan beras basmathi yang lebih sihat dan berkhasiat tinggi!

Pilihan kami, mestilah Beras Basmathi PusaCream Jasmine!

Kalau korang nak tahu, Beras Basmathi PusaCream Jasmine adalah beras basmathi premium berkualiti tinggi yang diproses untuk mengekalkan kandungan mineral dan vitamin semulajadinya. Ia juga tiada kolestrol dan bebas gluten serta mempunyai kandungan karbohidrat kompleks dengan kandungan lemak rendah.

Basmati Images | Free Vectors, Stock Photos & PSD

Beras Basmathi PusaCream Jasmine juga mengandungi protein, zat besi, selenium, tiamina dan niasin dan mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang lebih rendah. Secara tak langsung, ia dapat membantu mengawal tahap glukosa darah dan mengurangkan tahap kolestrol dalam badan.

Teksturnya yang berwarna krim keemasan, kering, gebu dan menjadi dua kali lebih panjang setelah dimasak juga membuatkan rasanya lebih lazat dan memberikan aroma yang enak untuk dinikmati seisi keluarga.

Tak hairanlah ia digemari oleh pakar makanan dan menjadi beras basmathi pilihan rakyat Malaysia! Malah, Masterchef Ezani dalam video masakannya iaitu Dapur Healthy, pun syorkan kepada kita semua untuk menggunakan Beras Basmathi PusaCream Jasmine dalam menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat serta semestinya enak!

Jom bertukar ke Beras Basmathi PusaCream Jasmine untuk kekal sihat Syawal ini!

Untuk lebih banyak tips tentang #StayFitJasmine, layari facebook @jasminefoodmy

Wah! Sedap & Cute Ais Krim Wall’s LINE FRIENDS Sandwich Ni! Rugi Tak Cuba.

$
0
0

Korang pencinta Ais krim?Ha! Korang tahu tak yang sekarang ni Wall’s Malaysia ada ais krim baru edisi terhad tau. Korang yang belum cuba, wajib cuba. Yang dah cuba, boleh beli lagi. Sedap kan? Harga pulak terbaik, memang affordable untuk semua.

Cute sangat! Korang Kena Cuba!

Untuk pengtahuan semua, Wall’s LINE FRIENDS Sandwich ini merupakan ais krim edisi terhad hasil kerjasama diantara Walls Malaysia dan LINE FRIENDS.

Setiap ais krim Wall’s LINE FRIENDS Sandwich, ada cetakan salah satu karakter LINE FRIENDS yang terkenal seperti BROWN, CONY, SALLY dan CHOCO.

Ais krim smooth dan tak manis sangat, biskut dekat luar pulak lembut!

Ha! Bagi korang yang belum cuba lagi ais krim ni, min nak share review peribadi min mengenai ais krim Wall’s LINE FRIENDS Sandwich ni.

Dari segi bungkusan, memang tiptop. Bungkusannya pun comel sebab dengan gambar karakter-karakter LINE FRIENDS. Bersaiz segi empat tepat, ia juga mempunyai logo karakter LINE FRIENDS pada permukaan biskut ais krim ni.

Ais krim Wall’s LINE FRIENDS Sandwich ni isi dia ialah Ais Krim Coklat dan Ais Krim Vanilla. Macam gambar dekat atas. So, korang boleh nikmati dua jenis perasa ais krim dalam satu masa. Harga pun memang murah, cuma RM 2.00 je. Semua orang mampu beli termasuklah budak sekolah. Itulah yang kita nak. Mesra poket.

Dari segi rasa, ais krim Wall’s Malaysia memang tak pernah mengecewakan. Rasa ais krim lembut dan tak la manis melampau. Yang lebih sedap, biskutnya ada rasa lemak manis, memang ngam! Kalau tak percaya, korang kena cuba. Mesti korang seisi keluarga suka. Sesuai sangat kalau nak dijadikan pencuci mulut selepas makan!

Boleh didapati di hampir semua pasaraya dan mini market!

Korang boleh dapatkan ais krim ni di semua pasaraya, mini market, stesen minyak, 7-Eleven, 99 Speedmart dan beli secara dalam talian pun boleh. Korang boleh beli di Lazada atau Shopee! Itu pun masa min nak try, jenuh jugak min cari, barang edisi terhad ni laku keras, faham-faham je la. Jadi, korang kena cepat dapatkan Ais krim Wall’s LINE FRIENDS Sandwich ni!

Untuk maklumat dan info lanjut mengenai Wall’s Malaysia, korang boleh klik SINI

Elak Sekatan Jalan Raya, Sanggup Naik Rakit Balik Kampung

$
0
0

Gara-gara ingin pulang ke halaman kampung, penduduk Indonesia menemukan cara baru untuk menyambut lebaran dengan mendayung sampan menyeberangi Sungai Citanduy di Jawa Barat, Indonesia.

Elak sekatan jalan raya

Sekadar gambar hiasan

Bagi mengelak sekatan jalan raya, beberapa individu dilaporkan telah menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif.

Menurut ketua kampung Desa Sidaharja, Maman Suparman, pihaknya tidak membenarkan menggunakan laluan sungai Citanduy untuk pulang berhari raya di kampung masing-masing.

Orang ramai menggunakan perahu atau rakit sebagai alternatif daripada melintas Jambatan Manganti yang dikawal polis.

Menggunakan rakit atau bot kecil

Sekadar gambar hiasan

Katanya lagi, orang ramai lebih memilih laluan berkenaan kerana cepat sampai ke destinasi yang diingini dan terdapat sekurang-kurangnya lima laluan air yang menggunakan rakit ataupun bot kecil.

Laluan berkenaan bukan sahaja digunakan oleh warga Lakbok, namun ianya turut digunakan oleh warga Tarisi, Wanareja dan juga Cilacap. Kini, makin ramai pelancong menggunakan laluan antara daerah Jawa tengah.

Waktu operasi perjalanan laluan sungai berkenaan telah dibuka selama 24 jam dan bilangan penduduk yang ingin pulang ke kampung melalui sungai semakin bertambah.

Sumber : Suara.com

6 Barang Ni Paling Best Untuk Membersih Dan Disinfeksi Rumah Raya Ni! Rumah Pun Lebih Selamat!

$
0
0

Raya hampir tiba! Mesti semua excited nak sambut Raya kan? Tapi Raya, Raya juga, sebelum nak sambut Raya tu korang kena bersihkan rumah dulu! Masa Raya ni, kebersihan merupakan aspek yang paling penting sebab masa ni lah orang kunjung-mengunjungi.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, korang bersihkan sesetengah tempat je kan? Sekarang ni korang tak boleh dah buat macam tu. Korang kena fikirkan keselamatan setiap ahli keluarga yang datang dan juga yang ada dirumah!

Setiap tempat dan setiap sudut korang kena bersihkan. Membersih ni memang penat dan perlukan banyak tenaga, tapi kalau korang tahu cara dan kaedah yang sesuai, korang boleh jimat masa dan juga jimat duit! Lagi best kalau ada satu pencuci yang boleh selesaikan semua masalah kebersihan rumah korang tu kan?

Clorox boleh membantu! Bukan setakat membersihkan rumah sahaja. Ia juga boleh disinfeksi rumah korang Raya ni!

Guna Clorox Bleach untuk menghilangkan kesan kotoran dan membasmi kuman!

Masa Raya ni lah korang nak basuh semua benda kan? Lagi-lagi fabrik yang berwarna putih ni. Korang mesti nak ia nampak lebih bersih dan bebas dari kotoran yang ada kan?

Gunakan Clorox Bleach ni untuk menghilangkan kesan-kesan kotoran yang ada tu. Memang terus bersih nampak macam baru dan ia juga boleh disinfeksi kuman. Dah kemas tu, korang jangan lupa juga untuk basuh mop dan kain lap korang tu dengan Clorox Bleach untuk disinfeksi segala sisa-sisa kuman yang tertinggal.

Sesuai untuk kegunaan: Mencuci fabrik berwarna putih, membersihkan bilik Make-up, mencuci mop dan juga kain lap.

Klik link Shopee ni untuk beli!

Nak membersih tapi nak rumah bau wangi semerbak!

Nak lantai wangi berkilat dan berbau wangi semerbak? Percayalah cakap admin, guna Clorox Clean-Up All Purpose Cleaner ni confirm rumah dapat vibe Raya tu!

Ada 3 bauan yang korang boleh pilih iaitu Lavender,Lemon dan Fresh Scent! Wangian lavender tu antara kegemaran orang ramai tau. Pencuci ni juga ada Clorox Bleach jadi, selain dari rumah korang wangi dan bersih, ia juga boleh membasmi kuman!

Sesuai untuk kegunaan: Lantai, dinding, sinki dan kaunter dapur.

Klik link Shopee ni untuk beli!

Ada Kulat dan kulapuk?

Tiba-tiba terperasan ada kulat dan kulapuk dekat dinding? Clorox Mold & Mildew Remover ni boleh membantu!

Korang spray je Clorox Mold & Mildew Remover  yang khas untuk kulat dan kulapuk ni! Menanggalkan kulat & kulapuk dalam masa kurang dari 1 minit. Lagi best sebab korang tak perlu nak gosok kuat-kuat pun. Mesti mak korang terus kagum tengok betapa bersihnya bilik air tu!

Sesuai untuk kegunaan: Sinki, Tub Mandi dan dinding berjubin.

Klik link Shopee ni untuk beli!

Korang tahu tak, mangkuk tandas mengandungi 3.2 juta bakteria per inci persegi?

Banyak betul bakteria yang ada dekat mangkuk tandas ni! Korang boleh hilangkan semua tu dalam sekelip mata je dengan Clorox Toilet Bowl Cleaner ni! Muncung dispenser yang lebar memudahkan pembersihan di bawah rim mangkuk tandas.

Paling best sebab korang tak payah bukak Cap nozzle tu untuk keluarkan detergent tersebut! Takde lah asyik hilang atau tersalah letak kan?  Hanya perlu pusing je dah boleh guna. Ada dua bau yang korang boleh pilih iaitu Lavender dan Lemon!

Klik link Shopee ni untuk beli!

Membersihkan dapur boleh menjadi salah satu tugas yang paling memakan masa! Korang guna je ni!

Tapi kalau korang guna Clorox Kitchen Cleaner Spray ni boleh menjimatkan masa korang! Spray-spray je dalam masa kurang dari 1 minit dah bersih.

Ia boleh menghilangkan gris & minyak-minyak serta selamat digunakan di kebanyakan permukaan dapur

Sesuai untuk kegunaan: Kebanyakkan permukaan dapur.

Klik link Shopee ni untuk beli!

Eh jangan lupa bersihkan tempat yang orang selalu pegang jugak!

Korang boleh siap-siap beli  Clorox Expert Disinfecting Wipes! Letakkan di ruang tamu jadi bila-bila korang nak lap air tertumpah atau tombol pintu senang korang boleh terus pakai! Tisunya juga lebih tahan dan mempunyai kualiti yang terbaik. Tak kisah apa-apa permukaan,semuanya boleh dibersihkan.

Antara area yang paling korang kena titikberatkan ialah tombol pintu, suis-suis, telefon bimbit, tablet, laptop dan alat kawalan jauh.

Nak lagi senang korang letak je dekat pintu masuk rumah tu, senang tetamu masuk terus ambil dan bersihkan apa yang patut kan? Kalau kita nak Raya dengan lebih tenang dan selamat ni, kena lah sentiasa bersedia!

Korang boleh dapatkan juga Clorox Expert Disinfecting Wipes ni dalam bentuk 3 saiz iaitu Flowpack 15s, Flowpack 30s and Canister 30s. Mudah nak dibawah kemana-mana juga.

Tetamu pun rasa lebih selesa dan selamat kalau korang buat macam ni.

Pastikan korang beli semua produk ni dan bersihkan rumah korang dulu barulah sambut Hari Raya ok! Dapatkan produk Clorox ni di pasaraya atau kedai berhampiran korang! Online pun ada! Korang klik je dekat sini!

Untuk maklumat lanjut, layari  laman web Clorox atau Facebook Clorox Malaysia

Suami Dari ‘Neraka’ Tergamak Ragut Isteri Sendiri…

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 38 tahun telah ditahan oleh pihak polis atas kesalahan meragut seorang wanita. Paling tidak disangka-sangka apabila mengetahui sebenarnya mangsa ragut tersebut merupakan isteri si pelaku.

Ragut isteri sendiri

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Indo Zone, sebelum kejadian, suspek yang dikenali dengan nama Herman dipercayai telah mengekori motosikal yang ditunggang isterinya, Nurwahidah sehingga wanita itu tiba di Jalan Sultan Hasanuddin, Kabupaten Bulukumba, Indonesia. Ketika itu, suspek bertindak menghalang laluan dan menarik rambut mangsa.

Tidak terhenti di situ, suspek seterusnya merampas telefon bimbit dan motosikal isterinya sebelum dia bertindak melarikan diri. Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bulukumba, AKP Bayu Wicaksono Febrianto memaklumkan kejadian itu berlaku pada 21 April yang lalu dan pada 2 Mei, suspek telah ditahan oleh pihak polis.

Hasil daripada siasatan mendapati, punca kejadian adalah disebabkan keretakan hubungan rumah tangga antara suspek dan mangsa. Bahkan, suspek dikatakan berang kerana wanita itu sudah tidak mahu tinggal sebumbung dengannya. Sehingga kini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

Sumber: Indo Zone, Berita Sulsel, Dream.co.id

Ibu Menangis Syawal Tanpa Anak-Anak & Cucu, Beto Sebak Tak Boleh Balik Raya…

$
0
0

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan enam daerah di Selangor diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa esok (6 Mei) hingga 17 Mei, berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19. Susulan daripada itu, larangan untuk merentas daerah juga tidak dibenarkan sama sekali meskipun Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang.

Di Instagram, pelakon, Beto Kusyairy memuat naik satu posting sedih di mana ibu dan ayahnya terpaksa beraya berdua memandangkan anak-anak dan cucu tidak dapat pulang beraya.

Luluh hatiku

Tadi balik tengok orang tua. Daerah cuma sebelah. Tiba di pagar mak aku terus sebak sehingga menitis air mata dek mengenangkan akan cuma berdua bersama abah di pagi Syawal tanpa anak-anak dan cucu-cucunya. Luluh hatiku. Sabarlah wahai sekalian mak abah yang tak dapat beraya bersama. We love you.

Menurut Beto, dia sempat menziarah ayah dan ibunya semalam. Tambah Beto, ibunya sebak sebaik sahaja terkenang akan nasib mereka yang tidak dapat menyambut hari raya bersama pada tahun ini. Sebagai anak, Beto turut sebak melihat ibu tercinta menangis. Oleh itu, dia berharap ibu dan ayahnya tabah dengan dugaan ini.

Kami pun rindu

Kami pun rindu mak ayah di kampung. Dah la mereka tinggal berdua juga.

Semoga ada sinar untuk kita pulang selepas PKP ni.

Tak boleh tahan sebak juga baca posting abang Beto ni.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan teringat ibu bapa di kampung. Ujar netizen lagi, mereka berharap pihak kerajaan memberi kelonggaran untuk mereka pulang ke kampung selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.

Sumber: Beto Kusyairy


Viral Kisah Anak 28 Orang, Lembaga Zakat Selangor Mahu Panggil Bapa Beri Kaunseling

$
0
0

Semalam, tular di media sosial mengenai kisah sebuah keluarga yang menetap di rumah yang serba kekurangan. Difahamkan, rumah tersebut dihuni oleh 28 orang anak bersama empat isteri. Namun, apa yang mengejutkan apabila mendengar respon si bapa apabila terdapat pihak yang ingin membantu anak-anaknya untuk ke sekolah.

Artikel Berkaitan:28 Anak, 4 Isteri Tinggal Di Rumah Sewa Sempit. Bila Nak Tolong Uruskan Anak Ke Sekolah, Si Bapa…

Terbaru, menerusi laporan yang dipetik daripada Astro Awani, pihak Lembaga Zakat Selangor (ZLS) telah menyampaikan pelbagai jenis bantuan zakat sejak tahun 2010 kepada keluarga berkenaan.

Terima pelbagai bantuan

Ujar Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan M. Yusop keluarga berkenaan yang tinggal di Klang, telah menerima bantuan merangkumi bantuan rumah sewa, persekolahan, kecemasan dan modal yang boleh digunakan oleh keluarga itu.

Tambahnya lagi, pihak LZS juga akan mengadakan sesi kaunseling kepada keluarga itu terutamanya kepada si bapa manakala, si anak yang tidak bersekolah akan menghadiri kursus kemahiran bagi membantu menambahkan pendapatan keluarga mereka.

Mereka juga akan diberikan motivasi termasuk perlu menandatangani akur janji untuk berubah. Manakala, anak-anak yang tercicir di sekolah menengah dibantu dengan mencari kursus vokasional dan latihan teknikal dalam membantu meningkatkan potensi mereka.

Sebelum ini, kisah mengenai keluarga ini telah tular di media sosial dan meraih pelbagai respon daripada netizen yang turut bersimpati dengan nasib keluarga itu.

Sumber: Astro Awani

‘First Time Tak Enjoy Buat Video Sebab..’– Khairul Aming Takut ‘Termakan’ Pujian

$
0
0

Rata-rata antara kita sudah mengenali selebriti sosial media iaitu Khairul Aming yang sentiasa menyediakan resipi masakan mudah di media sosial. Terbaru, di Twitter, Khairul Aming telah meluahkan rasa takut mengecewakan peminatnya yang setia memuji dan menanti hasil kerja darinya.

Artikel berkaitan: Nak Dengar ‘Feedback’ Penonton, Ini Sebab Khairul Aming Shooting Resipi Setiap Hari Sepanjang Ramadan

Artikel berkaitan: Jualan Sambal RM1 Juta Selepas 3 Bulan, Khairul Aming Belum Puas Hati

Malah, dia turut mendedahkan pernah terima beberapa pesanan mesej sebelum ini melalui DM di Instagram dan menasihatinya supaya berhati-hati khuatir ada yang berniat ‘menjatuhkannya’.

Terima DM nasihat untuk lebih berhati-hati

Status berkenaan telah mendapat lebih 5.8 ribu tanda Retweet dan Khairul Aming bersetuju dan berterima kasih kepada pengguna Twitter iaitu Naufal Antezem yang meluahkan pandangannya mengenai budaya ‘cancelled’ masyarakat Malaysia. Tambahan, dia turut berasa cemas hampir setiap hari disebabkan beberapa ‘persoalan’ yang menghimpit dirinya sehingga khuatir mengecewakan peminat.

Saya sering buat salah, cuma orang tak tahu

Katanya, selama empat tahun berkecimpung dalam dunia masakan dan tahun ini merupakan tahun pertama dia berasa tidak seronok dalam pembikinan video. Ini kerana dia terbaca banyak penerimaan masyarakat dan memuji kredibiliti sehingga membuatkan dia berasa segan. Malah, dia juga takut ‘termakan’ dengan kata-kata pujian kerana takut mengecewakan penonton.

Akuinya, hampir setiap hari dia melakukan kesalahan sepanjang proses pembikinan video cuma perkara tersebut sahaja tidak diketahui umum.

Tak ada team besar

Dedah Khairul Aming lagi, dia tidak mempunyai krew dalam kuantiti yang besar. Tulang belakang dalam menjayakan video-videonya hanya rakan serumah. Segala proses memasak, penggambaran, sunting, rakaman suara, olahan idea dan interaksi bersama penonton dilakukannya sendiri.

Khairul Aming turut mengucapkan terima kasih buat semua penonton yang telah memberi sokong kepadanya selama empat tahun terlibat dalam dunia masakan dan sosial media ini.

Sumber: Khairul Aming

Cantiknya Semua Koleksi Raya Rizman Ruzaini Ni, Siap Boleh Menang Hadiah Menarik!

$
0
0

Rasa macam baru je mula berpuasa, tapi rupanya kita dah masuk ke minggu terakhir bulan Ramadan dah. Macam mana dengan persiapan korang? Walaupun tak dapat pulang beraya ke kampung tahun ni, tapi tak bermakna raya kita tak meriah kan.

Cakap pasal meriah, baju raya pun kenalah vogue dan glam. Barulah ada semangat nak raya. Haa..berita baik untuk fashionista semua, bermula hari ini hingga 23 Mei 2021, korang dah boleh grab Koleksi Raya Rizman Ruzaini di Central i-City tau. Tak sabarnya!

A Fabulous Raya – Tema unik dengan kolaborasi hebat

Sempena meraikan lebaran yang bakal tiba, Central i-City dengan bertemakan ‘A Fabulous Raya’ telah mengadakan kolaborasi ekslusif bersama pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Rizman Ruzaini.

Sebagai sebuah pusat membeli belah yang sentiasa menyokong jenama-jenama tempatan, Central i-City menjadi pilihan utama Rizman Ruzaini untuk mengetengahkan koleksi raya mereka tahun ini, di samping mengembangkan dan mengukuhkan lagi nama mereka dalam industri fesyen tempatan.

Banyak design yang meletop dan mampu milik!

May be an image of 6 people, people standing and text that says 'A FABULOUS RAYA April-23 Central Concourse, Ground Floor, Central i-City R15 YEARS RAYA Û RAYALUX BAJU MELAYU KURTA BAGS BEAUTY'

Menariknya, Koleksi Raya Rizman Ruzaini kali ini menampilkan 15 rekaan terbaru baju kurung moden yang dah pun menjadi signature Rizman Ruzaini sejak dulu lagi. Kenapa 15 rekaan? Haa..ianya bersempena dengan ulang tahun ke 15 jenama ini. Bukan itu je, Rizman Ruzaini juga akan memperkenalkan 5 rekaan khas yang hanya terdapat di Central i-City!

Korang tengok jelah kat bawah ni. Memang rambang mata sangat. Rekaan yang moden tetapi sangat elegan!

Mesti korang tertanya-tanya berapa harganya kan? Percaya tak kalau kami bagitahu yang Koleksi Raya Rizman Ruzaini tahun ini semuanya mampu milik dengan harga bermula dari RM299 hingga RM429 sepasang. Yeay!

Nak menang hadiah wang tunai lumayan dan barangan dari Rizman Ruzaini?

Lagi best, selain shopping baju raya, korang juga boleh menangi wang tunai beserta hadiah-hadiah menarik dengan menyertai cabutan bertuah Shop & Win Fabulous Treats dan Shop & Redeem : A Fabulous Raya 2021!

Nak tahu macam mana nak sertai? Mudah je..

Shop & Win Fabulous Treats

  • Dengan setiap pembelian Koleksi Raya Rizman Ruzaini bernilai sehingga RM350 ke atas, korang layak untuk mendapatkan 1 penyertaan cabutan bertuah*
  • Hadiah Utama – Produk Rizman Ruzaini bernilai RM4,000 dan wang tunai bernilai RM1,000
  • Hadiah Saguhati x 5 – Produk Rizman Ruzaini bernilai RM750 dan wang tunai bernilai RM250
  • Tempoh peraduan: 23 April – 5 Mei 2021 (5pm)

*Tertakluk terma dan syarat

Shop & Redeem : A Fabuous Raya 2021!

  • Berbelanja sehingga RM500 dan tebus tote bag dan sampul duit raya ekslusif Central i-City x Rizman Ruzaini Raya*
  • Tempoh: 5 – 23 Mei 2021

*Tertakluk terma dan syarat

Oh ya, pengumuman pemenang untuk cabutan bertuah Shop & Win Fabulous Treats akan diumumkan pada 5 Mei 2021 dalam sebuah acara khas yang turut diserikan dengan kehadiran Rizman Ruzaini dan penampilan khas dari Hael Husaini.

Selain itu, terdapat juga sesi make-up tutorial percuma oleh artis tempatan seperti Ikmal Amry, Puteri Aishah bersama Nurida Suraya. Bestnya!

Korang juga jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertunjukan fesyen Koleksi Raya Rizman Ruzaini dengan penampilan istimewa Nur Fazura dan dihoskan oleh Fiza Sabjahan pada 8 Mei 2021 ini.

Mengambil semangat bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan ini, Central i-City dengan kolaborasi bersama Rizman Ruzaini juga akan mendermakan RM50 bagi setiap pembelian Koleksi Raya Rizman Ruzaini.

Dah puas shopping, jangan lupa ambil gambar dulu!

Tak lengkap rasanya kalau tak abadikan foto di sana nanti kan? Sambil cuci-cuci mata tu, apa kata korang posing dengan produk-produk ekslusif Rizman Ruzaini. Tak beli pun takpe, asalkan dapat bergaya dengan produk terkenal ni pun jadilah!

Selain Koleksi Raya Rizman Ruzaini, korang juga boleh berkunjung ke Bazaar Ramadan tau. Di sana ada macam-macam keperluan raya yang korang boleh beli antaranya kuih raya, baju kurung, tudung, baju melayu dan banyak lagilah!

Apa tunggu lagi? Jumpa di sana!

Jadi, jangan lupa untuk shopping koleksi ekslusif ini di Central i-City dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan. Siapa tahu, mungkin korang antara yang bertuah!

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook dan Instagram Central i-City

Jom Join Pertandingan Pantun LBS Ni! Ada Wang Tunai Dan Percutian Di SCAPES Hotel Untuk Dimenangi!

$
0
0

Pantun suatu masa dahulu digunakan sebagai tujuan komunikasi wujud dalam bentuk kiasan merupakan salah satu kebanggaan orang Melayu yang mempunyai nilai puitis yang sangat tinggi.

Nak berpantun ni memerlukan kreativiti yang tinggi tau. Bukan senang nak atur-atur ayat tu jadi sedap dan paling penting ia perlu mempunyai irama a,b,a,b di pengakhiran. Susah tu! Terdapat beberapa jenis pantun yang ada contohnya, Pantun Nasihat, Pantun Teka- Teki, Pantun Berkasih-kasihan, Pantun Agama dan sebagainya.

Berpantun ni merupakan skills yang tak semua orang ada. Kalau korang ada skill ni, memang power lah! Tapi lagi sayang kalau ada skill berpantun tapi korang tak tunjukkan! Jom join pertandingan berpantun dari LBS ni, boleh menang hadiah best tau!

Balas Pantun dan menangi wang tunai serta percutian di SCAPES Hotel Genting Highlands!

Ha awak jual saya beli, bukan saja-saja nak suruh korang tunjukkan skills berpantun korang tau! LBS nak beri korang peluang untuk memenangi percutian dan juga wang tunai dengan pantun korang tu!

Hadiahnya ialah:

Tempat Pertama: Wang tunai bernilai RM2,000 dan Percutian 3 hari 2 malam di SCAPES Hotel, Genting Highlands X 1

Tempat Kedua: Wang tunai bernilai RM1,500 dan percutian 3 hari 2 malam di SCAPES Hotel, Genting Highlands X 1 

Tempat Ketiga: Wang tunai bernilai RM800 dan percutian 3 hari 2 malam di SCAPES Hotel, Genting Highlands X 1

Jangan risau kalau tak menang hadiah tempat pertama sehingga tempat ketiga, sebab korang masih lagi berpeluang untuk memenangi baucar wang tunai SCAPES Hotel , Genting Highlands bernilai RM300! Ada 10 orang akan dipilih tau bukan sikit! Selain itu, ada juga 12 lagi wang tunai bernilai RM100 jugak! Seronoknyaaaa, pantun-pantun dapat RM100!

Ha sementara tu, tengok la dulu video Raya dari LBS ni, kot kot dapat inspirasi nak berpantun!

Tu je kena buat? Macam mana nak join pertandingan LBS Balas Pantun ni?

Senang sangat nak masuk dan menang hadiah menarik ni. Sambil-sambil tu korang boleh lah sebarkan bakat berpantun dekat orang lain juga kan?

Seronok tau berpantun ni, buat otak korang ligat berfikir apa yang korang nak balas. Lagi best kalau pantun korang ada makna yang mendalam.

Mudah je! Ikut langkah dibawah ni kalau nak join!

  1. Muatnaik gambar atau video korang berpantun di Instagram

  2. Letakkan hashtag #BalasPantunDenganKumika di kapsyen

  3. Tarikh penyertaan dari 4 Mei hingga 16 Mei 2021

  4. Tarikh untuk vote adalah dari 21 Mei hingga 28 Mei 2021

  5. Pastikan akaun Instagram korang tu public tau!

Seramai 25 orang pemenang akan dipilih!

25 pemenang yang menghasilkan pantun yang paling kreatif dan juga mempunyai jumlah like yang paling banyak akan ke pusingan pengundian! Dari situ lah, orang ramai pula akan vote pantun korang tu. Setiap orang boleh vote sehingga 10 kali sehari melalui Facebook!

Para peserta digalakkan untuk kongsikan borang pengundian tersebut di laman social Facebook atau Twitter mereka! Siapa yang dapat undian paling banyak akan menang!

Korang kena usha dulu SCAPES Hotel, Genting Highlands ni! Memang cantik betul!

Cantik kan? Nak join contest pun mudah je kan? So apa lagi?  Korang klik dekat SINI untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ni!

Viral Video Bergaduh, Lan Pet Pet Dakwa Kena Maki Lepas Tegur Rider Bawa Motor Main Phone

$
0
0

Sebelum ini, di media sosial kecoh dengan video memaparkan seorang pelawak iaitu Lan Pet Pet didakwa memukul seorang penghantar makanan di tepi jalan. Lan Pet Pet menerusi laporan BH Online memaklumkan dirinya sudah diprovok oleh individu berkenaan. Dia bagaimanapun tampil memberi penjelasan terhadap insiden tersebut.

Artikel berkaitan: ‘Hang Nak Tunjuk Samseng, Hang Tahu Dak Aku Sapa’ – Lan Pet Pet Mengamuk?

Hanya ingin tegur

Difahamkan, dia yang sedang memandu di Jalan Ampang berdekatan Kedutaan Russia ternampak penghantar makanan yang sedang menunggang motosikal sambil menggunakan telefon bimbit dalam kedudukan motosikal di tengah jalan. Perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya bukan hanya kepada dirinya, malah kepada pengguna jalan raya yang lain juga.

Dia bagaimanapun menghampiri penghantar makanan tersebut untuk menegur.

Saya menegur pemuda itu… Tindakannya menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal amat berbahaya. Bukan sahaja boleh mengancam nyawanya, malah pengguna jalan raya lain. Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi.

Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang. Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun, kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja.

Akan bersemuka

Susulan insiden tersebut, Lan Pet Pet membuat laporan polis. Pelawak itu akan berjumpa dengan individu berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang telah terjadi.

Saya juga membuat laporan polis terhadap seorang wanita dalam kereta dipercayai merakamkan dan menyebarkan video ini. Saya kesal dengan tindakan wanita ini, dia hanya melihat kejadian depan mata, tanpa mengetahui punca kejadian sebenar. Saya diberitahu wanita ini mula menyebarkan video menerusi aplikasi WhatsApp hingga tular.

Dia tidak sepatutnya membuka aib orang sesuka hati. Tindakannya menyebarkan video ini boleh menimbulkan fitnah. Saya tidak mahu membiarkan insiden ini terus membelenggu hidup secara berpanjangan. Lagipun, eloklah kami meleraikan kekusutan yang berlaku, Aidilfitri pun tidak lama.

Sumber: Bh Online

Viewing all 35056 articles
Browse latest View live