Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 34765 articles
Browse latest View live

Kongsi Ilmu Penyusuan Bayi, Wanita Terkilan Terima Mesej ‘Lucah’, Sampai Minta Tunjuk Secara ‘Real’!

$
0
0

Memang tak dapat dinafikan, amat sedih dan menakutkan apabila melihat kebanyakan anak muda zaman sekarang termasuklah kanak-kanak seakan sudah hilang adab dan budaya hormat-menghormati.

Terbaru, seorang wanita yang merupakan Kaunselor Laktasi meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir anak muda yang langsung tidak menjaga adab dan bahasa di media sosial.

Ilmu penyusuan disalah tafsir

Menurut wanita yang dikenali dengan nama Nad Masrom, sejak kebelakangan ini dia telah menggunakan aplikasi TikTok bertujuan untuk berkongsi ilmu kepakarannya tentang cara penyusuan bayi dengan betul dan sebagainya. Tetapi siapa sangka, niat murninya disalah anggap oleh segelintir netizen bahkan mereka tergamak meninggalkan komen berbaur lucah pada video yang dikongsikan wanita ini.

Tidak terhenti di situ, menurut Nad, bukan golongan lelaki sahaja yang mengecamnya malah golongan wanita turut mengkritik tindakannya. Dakwa mereka, Nad telah memilih platform yang salah dalam berkongsi ilmu tersebut.

Namun yang lebih menyedihkan adalah komen-komen lucah yang tak putus setiap hari dari golongan lelaki yang bergelar bapa, lelaki bujang, dan paling ramai golongan remaja yang saya kira sebahagiannya adalah pelajar sekolah tak kira pelajar perempuan atau lelaki. Ada juga golongan remaja ini yang saya lihat akaun profilnya masih di bawah umur.

Siap tag kawan masing-masing di komen bila video saya masuk fyp untuk ‘travel’ bersama. Kemudian barulah saya tahu yang perkataan ‘travel’ itu merujuk kepada bayangan mereka kepada payudara sebenar bila lihat saya sedang demonstrasi tentang penyusuan susu ibu.

Terima mesej jijik

Meskipun sudah menerima banyak komen berbaur lucah, tetapi wanita ini mengakui dia tidak mudah melatah. Tambahnya lagi, penyusuan bayi bukanlah perkara yang lucah dan bukan sesuatu yang boleh dibuat sebagai lawak jenaka.

Saya juga acapkali diganggu secara personal selepas beberapa post atau video pendidikan tentang penyusuan susu ibu saya tular di media sosial. Beberapa kali saya menerima PM dari lelaki yang ayatnya sangat jijik untuk dibaca. Ada yang tanpa segan silu minta saya tunjukkan secara real agar mereka lebih faham. Selalunya saya block sahaja. Dan jika berlarutan saya akan ambil tindakan yang sepatutnya.

Dalam pada itu, wanita ini berharap agar ilmu penyusuan bayi ini menjadi satu perkara yang dititikberatkan oleh golongan wanita mahupun lelaki. Hal ini kerana, ianya adalah satu ilmu yang sangat penting terutamanya bagi mereka yang bergelar ibu dan bapa.

Komen netizen

Sumber: Nad Masrom


[VIDEO] ‘Cantiknya Ciptaan Tuhan’ – Isteri Terkejut Shukri Yahya Join Live, Sempat Puji Cantik

$
0
0

Umum mengetahui pasangan merpati dua sejoli Shukri Yahya dan Tya Adnan telah selamat mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Setelah enam tahun melayari bahtera bersama, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata yang menyerikan lagi kehidupan mereka.

Tidak berakhir di situ, pasangan ini juga sering kali menarik perhatian netizen menerusi gelagat mereka yang begitu ‘bersahaja’ dan sweet.

‘Cantiknya ciptaan Tuhan’

Foto: Tangkap layar video

Terbaru, menerusi live di platfom Instagram milik Tya Adnan menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi tutorial untuk memakai tudung dengan cara yang mudah. Tetapi, apa yang lebih mengujakan apabila suaminya turut serta dalam sesi live itu dan memberikan respon yang memuji akan kecantikannya itu.

Akak, akak buat apa? Ya Allah cantiknya ciptaan Allah.

Bahkan, Shukri dilihat seolah-oleh terpegun melihat wajah isterinya itu dan dia juga sempat mengusik tentang harga tudung yang dijual menerusi live tersebut.

Video penuh:

 

Sumber: The Only Fatin

[VIDEO] Viral Seorang Nenda Beri Kejutan Kepada Keluarganya Kerana Tak Boleh Raya Bersama

$
0
0

Sejak pandemik melanda, ramai yang tak dapat balik kampung berjumpa dengan keluarga tersayang. Mujur zaman sekarang kita mempunyai teknologi untuk berhubung. Bayangkan kalau korang di era 80an, macam manalah kita nak berhubung dengan keluarga yang jauh.

Jarak bukanlah penghalang bagi Nenda untuk terus berhubung dengan keluarga. Dengan bantuan cucu kesayangannya, Nenda dapat menggunakan media sosial malah menjadi lebih advance siap buat vlog!

Sebagai tanda kasih sayang, Nenda memberi kejutan istimewa untuk anak dan cucunya. Kalau nak tahu apa kejutan dia mari kita tengok vlog Nenda ini!

Barulah syoknya raya ada Mister Potato Edisi Terhad!

Kurma & ubi keledek hanya dengan Mister Potato

Memperkenalkan Mister Potato Edisi Khas Ubi Keledek Perisa Kurma Manis tanpa pewarna tambahan. Campuran dua perisa unik ubi keledek dan kurma sempena edisi khas raya, memberikan rasa manis yang menarik. Korang memang kena cuba, bulan lain tak dapat tau!

Datang dalam dua saiz iaitu kanister biasa dan kanister gergasi yang pertama di Malaysia. Kalau korang nak tahu kanister gergasi ini boleh memuatkan dua kanister biasa Mister Potato, sangat sesuai kalau nak jadikan sebagai buah tangan masa musim perayaan.

Nak beli dekat mana? Kanister gergasi hanya boleh didapati eksklusif di Mydin dan Econsave saja dengan kuantiti dan masa yang terhad. Kalau yang normal Mister Potato Sweet Potato Kurma Manis 130g tu korang boleh nampak je dekat mana-mana.

Apa lagi, jom dapatkan Mister Potato Edisi Khas Keledek Ubi Perisa Kurma Manis, barulah rare raya korang!

Drama Terbaru ‘Cukup Derita Itu’ Ni Dari Pengarang Novel Yang Sama 7 Hari Mencintaiku! Mesti Sama Best!

$
0
0

Siapa yang dah tengok drama 7 hari mencintaiku mesti tahu yang drama tu memang best gila! Viral betul semua orang cakap pasal drama tu. Semua ternanti-nanti akan episode seterusnya dan tak sabar nak tengok pengakhirannya bagaimana kan?

Ha, bagi yang tak tahu, drama tersebut merupakan drama adaptasi novel hasil karya Siti Rosmizah! Dan kini, ada drama baru yang diadaptasikan dari novel juga dari pengarang yang sama tau!

Confirm-confirm la best kalau pengarang yang sama kan? Drama terbaru wajib tonton ni berjudul ‘ Cukup Derita Itu’!

Menampilkan gandingan menarik Hisyam Hamid, Cha Cha Maembong dan Ruhainies!

Bila tengok hero dan heroin ni dah tahu memang menarik cerita ni! Paling best sebab ada Hisyam Hamid! Jarang la cerita tak best kalau ada Hisyam Hamid berlakon kan?

Cha-Cha Maembong dan Ruhainies ni pulak gadingan yang tak pernah ada sebelum ni jadi mestilah makin teruja nak tonton!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

Yang buat lagi tak sabar nak tengok sebab Ruhainies membawakan watak berat dalam drama ni! Selalunya jadi gadis lemah lembut je tapi kali ni, Ruhainies membawakan watak dibuli dan dipukul. Sampai tak sanggup lah nak tengok.

Drama ni penuh dendam dan sifat cemburu! Mesti korang geram!

Sedikit sebanyak mengenai drama ni, ia mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara mereka yang dilakonkan oleh Jasmin Hamid

Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara mereka sendiri, tetapi mereka mendapat layanan yang berbeza. Ellana dilayan bak puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba!

Konflik drama ini memuncak apabila Zarul yang sepatutnya berkahwin dengan Ellana berubah hati dan memutuskan untuk mengahwini Ellani.

Lepas tu terus lah Mak Ngah dan Ellana ni cuba nak rosakkan perkahwinan mereka! Dah boleh bayangkan dah Jasmin Hamid dan juga Cha Cha Maembong bergabung nak kacau Ruhainies ni!

Ada pelakon ternama tanah air yang lain juga tau!

Antara pelakon lain yang ada dalam Drama Cukup Derita Itu ni ialah Rosnah Johari, Fahrin Ahmad,Didie Alias,Farhan Asri, Dian P. Ramlee, Balkisyh Semundur Khan, Sera Melissa dan juga Arash Mohamad!

Tengok barisan pelakon tambahan pula dengan pengarang novel tersebut korang memang dah boleh tahu yang cerita ni akan menjadi salah satu cerita korang akan mengadap lepas ni!

Tonton di iQiyi setiap hari dari Isnin hingga Khamis

Jangan risau kalau tak sempat nak tengok dekat TV, korang masih lagi boleh tengok episod paling latest di iQiyi!

Episod baru akan ditayangkan setiap hari dari Isnin sehingga Khamis dan paling best, sejam lepas drama ni bersiaran di TV, korang dah boleh strim di iQiyi untuk pengguna VIP!

Jangan risau jika korang belum jadi VIP iQiyi, korang pun boleh akses secara percuma selepas 24 jam kemudian tau! Korang juga boleh download dulu dan tonton kemudian!

Tak sabar nak tengok episode baru? Nak jadi pengguna VIP? Raya ni ada promosi!

Bermula dari 7 Mei sehingga 16 Mei 2021, kalau korang nak naik taraf dari akaun percuma kepada akaun Standard VIP, ada promosi hebat!

Pakej yang harga asalnya berharga RM23.90, promosi raya ni jadi RM16.90 je untuk 3 bulan guys! Manakala untuk setahun pula dari RM87.90 jadi RM44.90 je!

Apa kelebihan jadi ahli VIP?

Memang berbaloi kalau korang dapatkan deals ni!

Kalau korang jadi pengguna VIP, bukan sahaja dapat tengok episod baru dengan lebih cepat tapi iklan pun tak ada. Banyak cerita-cerita menarik untuk korang tonton. Ada drama lokal, K-Drama, C-Drama dan juga Anime!

K-Drama dan C- Drama yang tak ada dekat aplikasi penstriman lain, ada dekat iQiyi ni tau! Kedua-dua sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pun ada.

Malahan, korang akan dapat content-content ekslusif lain dan Advance Privilege dimana ada sesetengah episod dan drama korang boleh tengok dulu dari pengguna akaun percuma!

Korang juga akan menonton drama tersebut Full HD (Blu-ray 1080P) lengkap dengan Dolby Atmos! Fuh, berbaloi sangat harga tu dengan apa yang korang dapat ni.

So apa lagi? Rebut peluang ni cepat dan tonton semua drama favourite korang,harini! Maklumat lanjut korang boleh klik dekat SINI!

Lelaki Jual Anak, Guna Duit Pergi Bercuti Bersama Isteri Baru

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Di China, seorang lelaki dikenali sebagai Xie dipercayai telah menjual anaknya yang berusia dua tahun kepada satu pasangan dengan harga AS$24,400 (kira-kira RM100,467.00). Susulan daripada itu, lelaki itu telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Guna wang untuk pergi bercuti

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada South China Morning Post, bapa kepada kanak-kanak itu didakwa menggunakan wang yang diperolehnya untuk pergi bercuti bersama isteri barunya. Difahamkan dia sebelum ini, telah diberikan hak penjagaan anaknya selepas bercerai namun, dia sama sekali tidak menggunakan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Sebelum ini, dia sering bertengkar dengan bekas isterinya sebelum bertindak menjual anak lelakinya yang dikenali sebagai Jiajia sebagai ‘tiket’ untuk melepaskan diri daripada perlu menyara anaknya itu.

Diberikan hak penjagaan

Foto: Sg

Menerusi keputusan yang dibuat selepas bercerai, Xie mempunyai hak penjagaan kepada anak lelakinya manakala, bekas isterinya menjaga anak perempuan mereka. Bagaimanapun, atas tuntutan kerja dia terpaksa berpindah sebelum meninggalkan anak lelakinya kepada saudaranya yang berada di Huzhou.

Bagaimanapun, pada bulan lepas Xie mengambil keputusan untuk membawa anaknya pergi dan sempat memberikan alasan kepada saudaranya yang bekas isterinya mahu berjumpa dengan anaknya itu. Namun, perkara itu sama sekali tidak terjadi dan saudaranya telah membuat laporan polis bagi mengenal pasti apa yang telah terjadi.

Kini, pasangan itu akan dihadapkan ke mahkamah dan anaknya itu sudah dikembalikan kepada saudaranya bagi hak penjagaan.

Sumber: South China Morning Post

Datang Dari Jauh Naik Bas Nak Tengok Perbicaraan Anak Di Mahkamah, Isteri Bekal Sosej Goreng

$
0
0

Foto: Syed Azmi

Aktivis terkenal Syed Azmi menerusi perkongsiannya di laman Facebook sering bercerita mengenai kisah rakyat Malaysia yang cukup menyayat hati dan serba kekurangan. Kebanyakannya memerlukan sumbangan dek kesempitan hidup. Ada juga berkongsi kisah sedih dirogol atau dicabul ahli keluarga.

Artikel Berkaitan:Umpan Air Soya Diletakkan ‘Ubat’ Khayal, Wanita Geram Anak Cerita Dirogol Pak Cik Sendiri!

Terbaru, beliau sekali lagi berkongsi satu kisah yang cukup meruntun hati di mana seorang bapa yang sanggup datang jauh bagi berjumpa dengan anaknya.

‘Ayah datang dari jauh’

Foto: Syed Azmi

Ujar Syed Azmi lelaki berkenaan datang ke mahkamah bagi berjumpa dengan anaknya yang dipercayai akan dijatuhkan hukuman berikutan salah laku. Namun, apa yang menyedihkan, apabila lelaki itu menceritakan bekalan yang dibawanya dan terpaksa menaiki bas untuk sampai ke destinasi berkenaan.

Sampai pagi tadi terus ke mahkamah untuk berjumpa anaknya yang akan diperintahkan untuk masuk institusi JKM atas salah laku. Dia bawa bag yang besar. Tapi malam ni balik dah. Jadi saya tanya bag ni isi apa ni? Dia pun bukak.

Bercerita lebih lanjut, lelaki ini membawa satu bekas sosej goreng yang dijadikan bekal ketika waktu sahur dan selebihnya akan dijadikan juadah sebagai menu berbuka.

Semalam dia naik bas dalam jam 10 malam. Suka dia cerita beli sosej ni murah aje. Ada slipper, tuala, 2 kotak air kordial nak buat minum dan ada 2 pek besar makanan ringan nak passkan kat anak dia.

Bawa pergi beli baju raya

Foto: Syed Azmi

Difahamkan, lelaki itu hanya bekerja sebagai pengering ikan bilis dan menerima upah sebanyak RM15 sehari yang digunakan bagi menampung empat anaknya yang lain. Apa yang lebih menyedihkan, apabila dua anaknya itu merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

Susulan daripada itu, Syed Azmi telah membawa lelaki berkenaan untuk membeli baju baru buat seluruh ahli keluarganya yang boleh dipakai menjelang tiba Hari Raya Aidilfitri.

Saya bawak dia pergi shopping baju raya untuk seluruh keluarga dia. Kemudian kami hantar dia balik TBS.

Sumber: Syed Azmi

Biskut Mentega Dan Biskut Oat 25 Dari Julie’s™ Ni Paling Sesuai Untuk Sahur! Simple Dan Cepat!

$
0
0

Seperti yang kita tahu, berpuasa bermaksud kita kena menahan lapar dan dahaga dari matahari terbit sehinggalah matahari terbenam kan? Tempoh berpuasa tersebut berbeza-beza mengikut zon, daerah atau negara yang kita diami. Ada negara yang berpuasa sehingga 16 jam tau!

Jadi, makanan terakhir yang kita makan sebelum mula berpuasa keesokan harinya tu memainkan peranan yang sangat penting! Ada yang memilih untuk makan nasi dan ada juga yang memilih untuk makan oats. Tapi, yang penting ramai yang nakkan sahur yang cepat, mudah dan mengenyangkan. Terutamanya yang masih bujang ni. Semua benda nak cepat je!

Ada 2 jenis biskut yang boleh bantu korang untuk tahan puasa korang dengan lebih efektif iaitu makan biskut mentega atau biskut Oat 25 dari Julie’s™ ni!

Biskut Oat 25 ni bukan sahaja enak tapi ia juga merupakan sumber serat yang baik!

Seperti yang kita tahu, oats merupakan sumber serat yang tinggi! Memang sesuai untuk sarapan pagi pada bila-bila masa! Ramai makan oats pada waktu sahur untuk kekal bertenaga untuk tempoh yang lebih lama. Tapi nak buat oats pun memerlukan beberapa bahan yang mesti korang rasa leceh nak buat kan? Dah buat nanti tak sedap pula. Ada yang suka overnight oats tapi tak sempat dan selalu sangat terlupa nak sediakan.

Biskut Oat 25 ni menjadikan sahur korang lebih ringkas dan mengenyangkan! Diperbuat menggunakan Australian rolled oats yang sememangnya berkualiti tinggi dan juga enak!

Ada 3 perasa Biskut Oat 25 ni yang korang boleh cuba!

Jangan risau, korang tak akan rasa bosan sebab ada 3 perasa yang boleh korang pilih. Tukar-tukar je perasa tu. Ada dengan Coklat Hazelnut! Biskut Oat 25 perisa coklat yang ditaburi dengan hazelnut dan juga chocolate chip yang cair dalam mulut dari gigitan pertama ni sememangnya akan menarik perhatian peminat coklat ! Fuh, yang tak minat pun boleh jadi minat tau.

Selain itu, Oat 25 ni juga ada dengan Ten Grains dibungkus dengan Australian rolled oats yang diadun dengan sembilan jenis whole grains dan juga grains! Gabungan oat dan bijirin ni memang buatkan biskut ni lebih berganda-ganda sedap!

Korang juga boleh cuba Oat 25 dengan Strawberry ni! Ada kepingan strawberry kenyal tau. Rasa strawberry tu pun memang boleh buat korang tersedar dari mengantuk! Betul-betul macam makan buah strawberry dengan oats lah!

Biskut ‘Golden Crackers’ kini berwajah baru dari hijau ke warna emas! Padan dengan namanya!

Korang suka sahur sekali dengan air panas? Tak ada masalah! Boleh cuba juga Golden Crackers ni! Sekarang ni dah ada wajah baru memang padan betul dengan nama Golden tu. Bukan pek hijau, sekarang ni kita panggil pek Golden!

Yang ni kalau korang cicah air panas memang bukan 1, 2 keping korang cicah. Menu paling evergreen lah orang kata, silap-silap boleh habis satu pek tu masa sahur.

Crackers ni juga ada pelbagai perisa yang korang boleh cuba! Bergula ada, sayuran pun ada!

Memang biskut yang paling senang untuk korang beli dan letak dekat rumah atau di pejabat. Kepelbagaian produk Julie’s™ ni yang membuatkan biskut ni menjadi kesukaan keluarga!

Antara yang korang boleh pilih selain Golden Crackers ialah:

  • Sugar Crackers
  • Butter Crackers
  • Wheat Crackers
  • Cheese Crackers 
  • Osborne Crackers
  • Veggie Crackers

Banyak betul dan paling best, semua ni sedap!

Korang boleh dapatkan biskut Julie’s™ ni sekarang di pasaran atau nak beli online pun boleh! Korang boleh beli di Lazada dan Shopee.

Eh, jangan lupa untuk ikuti mereka di laman Web, Facebook dan juga Instagram.

Jangan terlepas untuk tonton iklan viral Raya mereka tau!

Wanita sememangnya memainkan peranan yang penting dalam setiap aspek, termasuklah iklan Raya kali ini. Ternyata kini mereka berani untuk tampil ke hadapan dan tidak terbelenggu dengan skrip yang sama lagi! 

[VIDEO] Rumah Kena ‘Ketuk’ Pukul 4 Pagi, Tengok Luar Tak Ada Orang, Tapi Bila Check Gambar..

$
0
0

Foto: Syahmi

Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Syahmi berdepan detik cemas apabila secara tidak sengaja merakam ‘bayangan’ kelibat misteri yang dipercayai pocong pada pukul 4 pagi.

Kisah seram tersebut yang terjadi sewaktu bulan Ramadan diperincikan menerusi satu thread dan memperoleh pelbagai respon daripada warganet.

Pagi-pagi ketuk pintu

Jelas lelaki ini, kejadian ini terjadi sewaktu ahli keluarganya yang lain sedang nyeyak tidur dan dia ketika itu sedang menyiapkan  tugasan yang diberikan oleh pihak universiti. Pada masa kejadian, dia sempat untuk memasak bagi mengisi perut yang sedang lapar namun, alangkah terkejutnya dia apabila terdapat ‘seseorang’ yang bertindak mengetuk pintu rumahnya.

Apa yang lebih menakutkan, apabila ‘individu’ berkenaan masih mengetuk pintu dan ketukan itu seolah-olah tidak menggambarkan manusia biasa yang mengetuk.

‘Kiri kanan takde orang’

Susulan daripada itu, lelaki ini mengambil keputusan untuk meninjau di kawasan luar rumahnya namun, tiada siapa yang berada di depan pintu rumahnya itu. Tetapi, alangkah terperanjatnya dia apabila ternampak pocong yang berada di hujung koridor rumahnya itu.

Jelasnya lagi, ketika kejadian wajah pocong itu tertutup oleh kain sebelum dia mengambil keputusan untuk membaca ayat-ayat Al-Quran. Pada masa yang sama, dia turut hairan bagaimana seseorang itu boleh masuk ke pintu rumahnya walhal terdapat pagar yang berkunci dan seseorang itu perlu melepasi pagar itu terlebih dahulu sebelum boleh mengetuk pintu rumahnya.

Sumber: Syahmi


Skrin Digital Di KL Ini Bikin Ramai Terkejut, Nampak ‘Real’ Macam Betul-Betul Depan Mata!

$
0
0

Orang ramai yang melalui jalan Jalan Ampang, berhadapan dengan Menara Berkembar Petronas terkejut melihat skrin digital terbaru yang berada di persimpangan jalan itu. Mana tidaknya, paparan 3D yang dipaparkan membuatkan objek di dalam skrin itu kelihatan ‘hidup’ dan betul-betul berada di depan mata!

Big Tree, peneraju pasaran industri pengiklanan luaran di Malaysia, juga anak syarikat milik Media Prima Berhad telah melancarkan CuBig @ KLCC Junction, skrin digital terbaru dan terbesar syarikat ini. Skrin unik ini pastinya akan menarik perhatian pengguna jalan raya dan pejalan kaki di persimpangan antara Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng, dan Jalan P. Ramlee.

Macam ‘real’

 

Skrin digital CuBig @ KLCC Junction mempamerkan paparan yang jelas dan keupayaan anamorfik di mana orang ramai mampu melihat paparan 3D seperti kehidupan sebenar pada skrin digital bersaiz besar. Teknologi seni digital ini menawarkan pandangan stereoskopik 3D dari sudut tertentu membenarkan khalayak ramai melihat kedalaman dan kekukuhan visual yang dipamerkan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Shukor Ariffin berkata skrin bersaiz besar ini bakal menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Pengiklanan luaran memangkin kekukuhan hubungan pelanggan dengan pengguna dengan cara memikat perhatian khalayak ramai semasa mereka menjalankan rutin harian. Skrin bersaiz besar ini mampu memukau ramai pengguna jalan raya di pusat bandar, terutama sekali ketika berada di persimpangan jalan raya utama ini

Pelancaran ini dilakukan secara atas talian. Nama “Impulse by Big Tree” telah dipilih sebagai nama pelancaran untuk memenuhi pemahaman bahawa media pengiklanan luaran melahirkan kesedaran jenama pengiklan serta mempengaruhi naluri tingkah laku pengguna.

Bapa Bagi Anak Hisap Vape Direman 7 Hari

$
0
0

Sekadar gambar hiasan 

Baru-baru ini tular video seorang bapa yang memberi anaknya menghisap rokok elektrik (vape). Video itu mengundang kecaman netizen yang menganggap ianya keterlaluan dan lelaki yang berada di dalam video tersebut harus dihukum.

Artikel berkaitan : ‘Saya Cuma Bergurau’ – Bapa Budak Hisap Vape Tampil Mohon Maaf

Artikel berkaitan : Viral Video Bagi Anak Hisap Vape, Wanita Minta Netizen Jangan Masuk Campur

Kini, suspek yang berusia 23 tahun telah ditahan dan direman selama tujuh hari bagi siasatan selanjutnya.

Pihak polis menahan bapa kanak-kanak tersebut

Sekadar gambar hiasan 

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pihak polis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melakukan pemeriksaan di sebuah rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Setapak dan telah menahan bapa kanak-kanak tersebut kerana dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.

JKM dan PDRM kemudian menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dan membawanya bersama ibunya untuk pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kanak-kanak dan ibu ditahan wad HKL.

Ketika kejadian berlaku, ibunya telah merakam perbuatan bapa yang memberi vape berkenaan kepada anaknya yang berusia dua tahun itu sehingga mengundang kemarahan ramai orang.

Anaknya sukar bernafas akibat asap vape

Video yang berdurasi 12 saat itu menunjukkan suspek yang memberi vape berkenaan sebanyak dua kali ketika anaknya sedang menonton video di telefon bimbit.

Walau bagaimanapun, ketika sedutan kedua terlihat anaknya itu seperti sukar untuk bernafas akibat daripada asap vape berkenaan.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di Taman Sahabat Jaya di Batu Caves, Selangor pada 2 Mei 2021 dan kini suspek telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber : Harian Metro

Jom Bawa Keluarga ‘Bercuti’ Ke Insta Fiesta, Bandar Sri Sendayan. Memang Insta-Worthy Sangat!

$
0
0

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, kita dah tak boleh rentas negeri. Bosan jugak bila hujung minggu tu terperuk je kat rumah. Anak-anak pun dah muka monyok sebab tak dibawa berjalan.

Haa..kami ada berita baik untuk orang-orang Negeri Sembilan ni! Bermula 1 hingga 30 Mei 2021 ni, korang boleh terokai pelbagai aktiviti dan lokasi menarik di Insta Fiesta, Bandar Sri Sendayan. Boleh bawak satu family!

Kalau korang nak tahu, Insta Fiesta ni bukan sahaja ada pelbagai aktiviti menarik, malah terdapat pelbagai dekorasi, persembahan budaya dan gerai-gerai makanan yang enak untuk korang sekeluarga nikmati!

Ini antara aktiviti-aktiviti di Insta Fiesta..

1. Fur-everland

Tarikh: 1 – 2, 8 – 9, 15 – 16 Mei 2021
Masa: 6:00 pm – 10:00 pm
Tempat: Clover, Resort Residence

Jeju Teddy Bear Museum

[IMAGE AS APLACEHOLDER]

Siapa je yang tak minat dengan teddy bear kan? Haa..buat penggemar patung beruang, korang mesti enjoy sangat berada di Fur-everland ni sebab terdapat 50 Teddy Bear yang akan diletakkan sebagai display. Jangan lupa untuk join DIY Teddy Bear Workshops juga. Mesti anak korang suka!

Siapa kata tak boleh travel ke luar negara? Di Fur-everland nanti, korang akan merasa seperti berada di luar negara dengan dekorasi dan lampu-lampu ala-ala Europe. Bolehlah feeling-feeling bercuti!

Kat sana juga, turut disediakan permainan dan makanan ringan.

Klik sini untuk RSVP.

2. Teddy Bear House

Tarikh: 1 – 30 Mei 2021
Masa: 10:00 am – 6:00 pm
Tempat: Crisantha Resort Homes

Kalau tadi, korang hanya boleh tengok display teddy bear je kan? Haa..di Teddy Bear House ni, korang boleh kunjungi rumah keluarga teddy bear iaitu ‘Romeo Home Sweet Home’! 

Ada mak teddy bear tengah masak, anak teddy bear tengah main kad dan macam-macam lagilah aktiviti keluarga mereka. Comel gila! Memang bergambar sakanlah korang. Instagram spot sangat!

Klik sini untuk RSVP.

3. Retro Raya

Tarikh: 22 – 23, 29 – 30 Mei 2021
Masa: 10:00 am – 3:00 pm
Tempat: Tiara Sendayan

Jaga pemakanan ketika beraya

[IMAGE AS A PLACEHOLDER]

Haa..dah puas bergambar dan upload di sosial media masing-masing, apa kata korang ke Retro Raya pulak! Kat sini, bukan je ada dekorasi raya yang ala-ala rumah terbuka, malah ada persembahan gamelan dan angklung juga.

Di ruangan kanak-kanak pula, ada pelbagai permainan tradisional dan moden yang anak-anak korang boleh sertai seperti Chapteh, Congkak, Hopscotch, Pertandingan Beyblade dan Mencanting Batik.

Selain itu, terdapat juga Raya DIY Arts dan Sudut Kraf yang bagus untuk kita semua pelajari.

Perut pun dah lapar, apa kata singgah makan dulu di gerai-gerai makanan. Ada makanan tradisi hari raya juga seperti sate, ketupat, kuih raya, lemang, nasi briyani, nasi hujan panas, ayam masak merah, rendang ayam dan banyak lagi yang lazat-lazat semuanya!

Klik sini untuk RSVP.

4. Ice Cream & Neon Dreams

Tarikh: 22 – 23, 29 – 30 Mei 2021
Masa: 6:00 pm – 10:00 pm
Tempat: Ervina Ara Sendayan

Kredit: South China Morning Post

Dah kenyang makan tu, mestilah nak cari pencuci mulut pulak kan? Haa..jomlah ke Ice Cream House! Di sini, terdapat lebih daripada 60 jenis ais krim tau. Yummy!

Sambil-sambil makan ais krim tu, bolehlah tengok dekorasi bertemakan neon dan layan live band. Lepas tu, jangan lupa join Ice Cream Tastemaster Challenge untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik!

Klik sini untuk RSVP.

Apa tunggu lagi guys, jom ajak keluarga dan kawan-kawan untuk bersuka ria dan merasai pengalaman menarik di Insta Fiesta!

Oh ya, jangan lupa RSVP dulu tau. Jumpa di sana!

Korang boleh RSVP di bawah ni:

Untuk maklumat lanjut, kornag boleh layari laman Facebook mereka di sini. 

#InstaFiesta #MatrixConcepts

‘Doktor Syak Demam Denggi Tapi Sekali Check Rupanya..’– Pemuda Cerita Pengalaman Terseksa Dijangkiti Covid-19

$
0
0

Saban hari peningkatan jumlah bilangan pesakit positif Covid-19 semakin membimbangkan apabila angka harian hampir cecah 4 ribu kes sehari. Penularan wabak ini bukan suatu yang boleh diambil remeh kerana ianya mampu membuatkan pesakit tidak terdaya dan alami kesukaran untuk bernafas.

Seperti perkongsian dari pengguna Twitter iaitu Hasyir Husam yang turut mengalami pengalaman sebagai pesakit positif Covid-19. Pada awalnya, dia terasa seperti nak demam dan apabila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan, doktor syak dia mungkin terkena demam denggi. Namun, sebaliknya pula yang berlaku…

Mula rasa nak demam

Perkongsian kisah dari pengalaman Hasyir Husam ini telah mendapat lebih 3.9 ribu tanda Retweet dan rata-rata pengguna media sosial yang lain turut berkongsi pengalaman mereka pernah dijangkiti wabak ini.

Menurut Hasyir Husam, selepas bangun pagi selepas waktu bersahur badannya mula rasa seperti nak demam dan turut alami kesukaran untuk bernafas seperti biasa.

Doktor syak kena denggi

Kemudian, dia mengambil keputusan untuk merehatkan diri sebentar. Malangnya, kondisi badan dia makin tidak selesa sehingga membuatkan pemuda ini mengambil keputusan untuk ke hospital. Pada awalnya, doktor mensyaki dia mengalami demam denggi dan doktor menyaran untuk dia melakukan ujian darah terlebih dahulu.

Namun bagaimanapun, keputusan ujian denggi menyatakan negatif dan doktor menyarankan dia melakukan ujian saringan Covid-19 pula. Malangnya, pemuda ini disahkan positif Covid-19 apabila pihak hospital menelefon dan memaklumkan perkara tersebut.

Kuarantin kendiri di rumah

Kemudian, dia diminta ke Stadium Melawati selepas diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Di sana, dia perlu menunggu giliran untuk dipakaikan gelang kuarantin dan perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Benar-benar melemahkan tubuh

Susulan itu, pemuda ini juga tidak pasti dari mana punca dia boleh menghidap penyakit ini. Bagaimanapun, dia reda untuk hadapi ujian ini. Kini, baru dia mengerti penderitaan yang dialami orang lain yang pernah disahkan positif Covid-19.

Kesan daripada jangkitan tersebut, badannya menjadi lemah tidak terdaya, tekak pula menjadi pedih. Selain, tidur tidak selesa dan cepat letih walaupun sedang makan.

Patutlah dengan SOP

Pemuda ini bagaimanapun mengingati orang ramai supaya mengikut SOP sepertimana disarankan pihak KKM sebelum ini dengan memakai pelitup muka dan kerap cuci tangan.

Sumber: Hasyir Husam

Syed Saddiq Nafi Sembang Lucah Dengan Pelajar Di Whatsapp, Mahu Cari Penyebar Video

$
0
0

Foto: The Star

Baru-baru ini tersebar satu video di media sosial memaparkan perbualan berbaur lucah yang didakwa dilakukan oleh Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq bersama dengan seorang pelajar sekolah.

Terbaru, Syed Saddiq telah tampil menafikan sekeras-kerasanya berhubung dakwaan yang dilemparkan kepadanya itu.

Video perbualan lucah tersebar

Sekadar gambar hiasan

Difahamkan, video pendek berdurasi 0:45 saat telah dimuat naik pada 3 Mei lalu di satu akaun Youtube yang baru sahaja dicipta sekitar 28 Mac. Berdasarkan video tersebut memaparkan perbualan Whatsapp seorang individu yang nombornya disimpan dengan nama ‘Baby Saddiq’ bersama seorang pelajar sekolah yang dikenali dengan nama Eika.

Kelihatan juga si pengirim mesej tersebut didakwa berkali-kali berbicara mengenai bentuk badan selain memuji gambar terbaru yang dimuat naik oleh gadis tersebut di IG. Tidak terhenti di situ, individu berkenaan dipercayai turut meminta gambar tidak senonoh daripada gadis ini.

Dengan I tak yah lah malu. You know me right.

Thinking of you already gets me hard. So difficult with puasa.

Beritahu saya apa yang awak pakai sekarang. Apa yang awak pakai di dalam baju?

Syed Saddiq nafi

Foto: Malay Mail

Memetik laporan Malaysiakini, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan bahawa dirinya terlibat dalam perbualan lucah itu selain memaklumkan akan mengambil tindakan kepada individu yang telah menyebarkan video berkenaan.

Menjijikan. Ini terang-terang suatu fitnah, fitnah yang menjijikkan. Tak masuk akal. Kalau tahu siapa yang sebarkan, tolong maklumkan supaya saya boleh ambil tindakan mahkamah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Taware mengesahkan telah menerima laporan berhubung isu terbabit dan mereka sedang menjalankan siasatan.

Sumber: Malaysiakini

[VIDEO] ‘Malam Terakhir Bersama Ibu’ – Dr Sheikh Muszaphar Sebak, Beraya Tanpa Ibu

$
0
0

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa buah negeri yang lain, seluruh umat Islam di negeri tersebut tidak berpeluang untuk merentas negeri dan daerah sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi sebuah video di mana dia dan keluarga sempat bermaaf-maafan sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Malam terakhir bersama ibu

Beraya tanpa Ibu. Malam terakhir bersama Ibu. Sebak di dada hanya Allah yang tahu. Tanpa Ibu tiada hala tuju. Walaupun rumah hanya berbatu, namun terasa sukar buat diriku. Tabahlah wahai Ibu. Ia hanya untuk sementara waktu. Semoga Allah permudahkan dirimu. Ku panjat doa buatmu. InsyaAllah akan ketemu. Amiinn Ya Rabb.

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau berasa sebak kerana tidak dapat beraya bersama ibu tercinta meskipun rumah mereka tidak jauh. Sebagai anak, dia berharap semua ibu di luar sana tabah dengan apa yang berlaku. Jelas beliau, mereka sekeluarga sempat bersalam-salaman semalam.

Di samping itu, Dr Shehikh Muszaphar turut mengucapkan salam Ramadan buat keluarga mentuanya yang dipercayai menetap di Seremban. Hampir setahun tidak bertemu, Dr Sheikh Muszaphar hanya mampu memohon doa agar kedua-dua insan tersebut berada dalam keadaan sihat dan dipanjangkan usia.

Berhabuk mata

Berhabuk mata pagi ni, masin lajak lauk sahur, rindunya mak ayah dekat Alor Setar, mak abah dekat Paka. Semoga Allah berikan kesihatan buat mak ayah, mak abah di kampung untuk kami terus berbakti pada mereka.

Tahun ni pertama kali beraya tanpa mak. Mak baru meninggal bulan 3 lepas. Sedihnya, dua-dua orang tua saya dah tak ada.

Sedihnya tengok video macam ni.

Di ruangan komen, rata-rata netizen sedih melihat video tersebut. Pelbagai komen ‘rindu’ terhadap keluarga masing-masing turut diluahkan oleh netizen.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar

‘Saya Tak Kenal Pun Neelofa’– Pekerja Dakwa Neelofa, PU Riz Beli Karpet RM10,000

$
0
0

Sebelum ini, pasangan Noor Neelofa dan Haris Ismail telah dipanggil pihak polis daerah Nilai untuk memberi keterangan susulan dakwaan rentas negeri semata-mata membeli karpet di sana. Susulan itu, pihak polis pergi ke sebuah premis di Pusat Perniagaan Nilai 3 untuk mendapatkan keterangan peniaga dan pekerja di sana pula dalam membantu siasatan.

Artikel berkaitan: Isu Rentas Negeri Beli Karpet, Sekali Lagi Polis Panggil Neelofa

Artikel berkaitan: Isu Rentas Negeri Beli Karpet, Neelofa & Suami Selesai Beri Keterangan

Tak sangka dia selebriti

Memetik laporan Harian Metro, salah seorang pekerja yang melayani pasangan selebriti itu mengakui tidak mengenali Neelofa dan PU Riz. Dia hanya mengambil gambar dan melayani pasangan tersebut sama seperti pelanggannya yang lain sebelum ini.

Malah, pekerja di premis perniagaan berkenaan turut memberi kerjasama kepada pihak polis dalam memberi keterangan dakwaan pasangan selebriti itu ‘rentas negeri’ untuk membeli karpet.

Saya tak kenal pun Neelofa, memang biasanya saya ambil gambar pelanggan dan memuat naik di media sosial, perkara sama saya lakukan pada Neelofa dan suaminya, tak sangka dia selebriti terkenal.

Saya hanya tahu Neelofa selebriti terkenal selepas gambar mereka berbelanja di kedai ini tular di media sosial. Saya layan mereka macam pelanggan biasa dan merakam gambar selepas membeli permaidani di sini.

Polis tanya barang yang dibeli selebriti itu dan jumlahnya serta mengenai premis kami. Pihak polis ingin mendapatkan pengesahan bahawa Neelofa ada berkunjung ke premis kami untuk melengkapkan siasatan.

Harga karpet Neelofa

Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan selebriti terkenal itu ke premis perniagaan tersebut untuk membeli karpet Iran yang berkualiti tinggi. Difahamkan, harga bagi kesemua karpet yang dibeli cecah sehingga RM10 ribu.

Neelofa dengan suami ada datang ke kedai dan membeli beberapa karpet termasuk karpet Iran yang berkualiti tinggi dan karpet jenis lain yang semuanya berharga RM10,000. Harga bagi satu karpet Iran ini sahaja ialah RM3,000 dan Neelofa beli dalam dua atau tiga gulung.

Sumber: Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia


Sempat Nasihat Isteri Jangan Mulakan ‘Pergaduhan’, Wanita Dipukul Guna Tombak Kelapa Sawit Hingga Maut

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara tidak tahan kerana sering dimarahi oleh isteri, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Rizal bertindak kejam dengan memukul kepala isterinya menggunakan tombak sehingga maut.

Tak tahan asyik kena marah, bebel

Foto: Tribunnews

Memetik laporan Tribunnews, sebelum kejadian, mangsa yang bernama Yeti Septarini berusia 26 tahun yang berasal dari Indonesia ini telah memarahi suaminya sebaik sahaja lelaki itu baru pulang dari kerja. Bermacam-macam perkara yang dimarahi wanita ini termasuklah kerana ada sisa makanan tertumpah di lantai. Bahkan dia turut menuduh suaminya ada berhubung dengan wanita lain.

Pada ketika ini, suspek masih bersabar dan terus masuk ke bilik tidurnya untuk berehat. Pada awalnya dia menyangka isterinya itu akan berhenti ‘membebel’ tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila wanita ini terus memarahinya. Oleh itu, suspek bertindak mencampakkan bantal ke arah isterinya dan ketika itu, wanita ini seakan menyindir memberitahu bahawa suaminya hanya berani berlawan dengan perempuan sahaja.

Pukul kepala isteri guna lembing

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, meskipun suspek sudah menasihati si isteri supaya tidak menimbulkan ‘kekecohan’ kerana malu jiran tetangga mendengarinya, tetapi mangsa sebaliknya memaki dan menggelarkan suaminya itu sebagai ‘anjing’. Pada saat ini, suspek sudah tidak dapat menahan sabar dan terus bertindak memukul kepala mangsa menggunakan tombak kelapa sawit yang berukuran 110cm.

Mangsa kemudian rebah dengan keadaan yang berlumuran dengan darah. Penduduk setempat bergegas ke lokasi kejadian selepas mendengar pertengkaran yang berlaku antara mangsa dan suspek. Tetapi malangnya, setibanya mereka di rumah terbabit, mangsa sudah tidak bernyawa. Berikutan daripada insiden itu, suspek telah ditahan oleh pihak polis bersama-sama dengan barang-barang bukti yang ditemui di lokasi kejadian.

Sumber: Tribunnews

Bapa, 3 Anak Lelaki Hadapi 52 Pertuduhan Rogol, Cabul & Liwat

$
0
0

Foto kredit : Harian Metro

Derita seorang remaja perempuan yang menjadi mangsa rogol dan liwat oleh bapanya sendiri serta tiga abang kandung kini berakhir apabila keempat-empat lelaki berkenaan telah ditahan oleh pihak polis setelah mangsa membuat laporan polis pada 21 April lalu.

Dihadapkan ke Mahkamah

Sekadar gambar hiasan

Bapa serta tiga anak kandungnya itu telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan merogol, meliwat serta memukul anak perempuannya itu.

Bapa yang berusia 51 tahun itu berhadapan dengan 35 pertuduhan iaitu 33 pertuduhan merogol dah dua lagi pertuduhan berkaitan dengan mencabul serta memukul anak perempuannya itu.

Manakala tiga lagi abang kandungnya itu yang berusia 23, 27 serta 29 tahun itu didakwa atas 17 pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melibatkan meliwat.

Mengaku tidak bersalah

Sekadar gambar hiasan

Walau bagaimanapun, keempat-empat tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin. Mengikut pertuduhan yang dibaca, tertuduh didakwa merogol, mencabul serta memukul dengan menggunakan getah paip sehingga berlaku kecederaan kepada mangsa.

Bapanya didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Manakala abang-abangnya itu didakwa melakukan persetubuhan diluar tabii dan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377 (c) Kanun Keseksaan.

Hakim telah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 setiap pertuduhan dan menetapkan 8 Jun untuk sebutan semula kes berkenaan serta penyerahan dokumen.

Sumber : Harian Metro

Dah Semangat Nak Berbuka Puasa Tapi Gigi Sensitif Menganggu? Guna Sensodyne Fresh Mint Ni Dulu!

$
0
0

Bila tiba bulan puasa ni selain dari korang teruja nak menjalankan amal ibadah, korang juga teruja nak makan macam-macam benda! Sebab ada menu yang ada ketika bulan ramadan sahaja. Jadi confirm-confirmlah korang taknak terlepas peluang makan semua yang korang dah idamkan selama setahun kan?

Lagi-lagi kalau tak boleh balik kampung. Dekat makanan jela korang boleh lepas rindu. Tapi masalahnya, gigi sensitif ni selalu kacau mood korang nak makan. Aduhaii…

Walaupun nampak remeh tapi masalah kebersihan mulut sebenarnya besar dan boleh mengakibatkan gigi sensitif pada diri sendiri. Korang mesti tercari-cari kalau ada ubat gigi yang boleh buat korang nikmati makanan dan juga mengurangkan sensitiviti pada gigi kan? Sensodyne Fresh Mint ni lah jawapannya!

Berus gigi di waktu malam dan selepas sahur dengan Sensodyne Fresh Mint!

Jangan biarkan gigi sensitif menghalang korang untuk menikmati makanan berbuka tu! Gosok gigi korang selepas berbuka dan selepas sahur dengan Sensodyne Fresh Mint ni. Confirm reda dan gigi korang akan dapat perlindungan yang berpanjangan.

Berus gigi dengan teliti terutama di pinggir gusi dan celah-celah gigi supaya sisa-sisa makanan selepas berbuka puasa dan setelah sahur dapat dibuang sebelum korang berpuasa seharian. Sisa-sisa makanan yang tinggal tu lah yang akan menyebabkan bakteria, seterusnya mengakibatkan mulut korang berbau!

Sensodyne Fresh Mint boleh membantu mengurangkan rasa ngilu dan ketidakselesaan pada gigi ketika makan. Berperisa pudina segar, ubat gigi ni akan membuatkan nafas korang berbau segar dan lebih bersih!

Jangan terburu-buru gosok gigi!

Menurut MyHealth, Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, ambil masa seeloknya 2 hingga 3 minit untuk memberus gigi korang tapi jangan terlalu lama! Berus gigi termasuklah permukaan atas lidah. Perbuatan ini dapat mengurangkan jumlah kuman (bakteria) dan meningkatkan kebersihan mulut tau!

Confirm lepas ni keyakinan diri korang terus melonjak naik bila dah tak ada bau mulut. Confident je nak cakap dengan orang lepas ni!

*Rujukan: 1) MyHealth Portal

Tampil lebih yakin bulan Ramadan dan Raya ni!

Bila diri sendiri dah yakin, korang boleh ajak orang lain pulak untuk menjaga kebersihan mulut mereka! Tapi kalau simptom-simptom itu berpanjangan, korang digalakkan untuk mendapatkan konsultasi doktor!

Korang boleh dapatkan Sensodyne Fresh Mint di Shopee ataupun di Lazada hari ni! Jom cuba dan dapatkan nafas segar berpudina!

‘Emir Sayang Papa, Tak Terkata’– Mira Filzah Peluk, Tenangkan Suami Sedih Kenang Pemergian Bapa

$
0
0

Kehilangan insan yang tersayang buat selama-lamanya amat pedih dan amat sukar untuk digambarkan. Rindu yang tiada penghujung.

Rindu arwah bapa

Menerusi posting yang dimuat naik oleh suami Mira Filzah, Emir berkongsi gambar allahyarham bapanya iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang telah meninggal dunia dalam tragedi helikopter terhempas pada lima tahun lalu.

Emir meluahkan rasa rindu dan berasa sedih kerana semalam merupakan tarikh yang sentiasa diingati olehnya genap lima tahun arwah bapanya meninggalkan mereka sekeluarga pada 5 Mei 2016.

Dia juga mengakui tersentuh apabila melihat gambar sewaktu dirinya kecil ketika baru sahaja bangun dari tidur itu sama seperti gaya arwah.

Tersentuh hati melihat gambar sewaktu saya kecil, yang baru sahaja bangun daripada tidur, tidak lari reaksi daripada mengikut reaksi Papa sewaktu dia bangun tidur. Seolah-olah jiwa diri ini dari kecil lagi, sudah terikut jejak langkah jiwa yang akan dirindui.

Isteri pujuk jangan sedih

Di dalam kesedihan itu, Anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) berkenaan turut memberitahu kepada isterinya bahawa arwah bapanya merupakan seorang yang penyayang.

Tidak sanggup melihat suaminya terus bersedih, Mira Filzah terus mendakap dan sambil memujuknya agar tidak terus bersedih mengingat kembali kenangannya bersama arwah bapanya itu.

Sumber : wanemirastar

PS5 & Apple Airpods Untuk Dimenangi Bila Korang Join Contest Dari Tic Tac Ni!

$
0
0

Korang mesti pernah makan Tic Tac kan? Alaaa gula gula yang famous dan dengan macam-macam perisa tu. Ada Mint, Orange, Spearmint, dan Strawberry. Bukan setakat kanak-kanak je tau yang suka, orang dewasa pun suka!

Bila makan selalu pun rasa segar je. Apa yang special nya tentang Tic Tac ni adalah kerana cara yang dihasilkan tu memerlukan masa lebih dari 24 jam tau untuk menghasilkan 100 lapisan bagi mengekalkan rasanya yang sedap dan segar tu. 

Ha…paling bestnya, sekarang mereka ada buat contest Tic Tac & Play tau dan korang semua pun boleh sertai peraduan ni. Lagipun, dengar cerita hadiah yang ditawarkan pun menarik juga! Antaranya adalah  Sony PlayStation5 atau Apple Airpods. Wow!

Korang nak join tak? Ha jom kita tengok macam mana caranya.

Beli & tunjuk kan kreativiti korang!

Tic Tac & Play adalah satu game yang memerlukan kreativiti korang dalam melengkapkan ayat. Contohnya macam “Tic Tac sangat menyegarkan dan …. “. Ha lepas tu korang sambung je ayat tu sampai habis. Kalau korang dapat reka ayat paling kreatif, korang ada peluang lah untuk menang!

Apa yang korang perlu buat untuk sertai dan menang game ni adalah dengan membuat pembelian Tic Tac dimana mana kedai dan lengkapkan ayat yang diberi dengan kreativiti korang tersendiri.

Nak senang faham, korang ikut je steps dekat bawah ni:

  1. Buat pembelian Tic Tac 14.5g dengan pelbagai perisa. Antara perisa yang ada seperti Mint, Orange, Spearmint, dan Strawberry.
  2. Muat naik resit pembelian korang dengan details yang lengkap. Satu resit unik akan mendapat satu peluang bermain.
  3. Boleh mula bermain game ” Lengkapkan ayat” dari Tic Tac dan peserta yang kreatif akan berpeluang untuk memenangi PS5, Apple Airpods.

Tapi perlu diingatkan ya, bagi peserta yang menghantar penyertaan dalam resit yang sama akan hilang kelayakan korang secara automatik. 

Pemenang akan diumumkan pada setiap minggu

Kalau korang nak join contest ni, pastikan korang membuat pembelian Tic Tac dengan sebanyak mungkin tau! Lepastu, muat naik je resit pembelian korang tu untuk mendapatkan peluang bermain game Tic Tac & Play.

Untuk pengetahuan korang, contest ini bermula dari 19 April sehingga 25 Jun 2021, dan pemenang kreatif akan diumumkan pada setiap minggu menerusi laman web Tic Tac. Ha…kalau nak tahu korang menang ke tak, nanti korang boleh check it out je dekat situ.

Jangan risau, kalau tak dapat peluang pada minggu ni, korang boleh terus cuba pada minggu yang seterusnya. Jadi, jangan lupa untuk cuba dan fikirkan ayat yang menarik mengikut kreativiti korang untuk memenangi hadiah-hadiah yang gempak ni!

Tunggu apa lagi? Jom lah join sekarang!

Ha… korang taknak ke hadiah PS5 dengan Apple Airpods ni? Memang rugi weh kalau korang tak join! Tengah musim pandemik macam sekarang ni, atleast boleh lah luangkan sedikit masa untuk salurkan kreativiti dan imaginasi korang menerusi peraduan yang best macam ni kan?

Sambil korang fikirkan ayat yang kreatif tu, jangan lupa nikmati Tic Tac dengan pelbagai perisa ni. Barulah segar!

Untuk ketahui lebih lanjut, korang boleh layari laman web Tic Tac  atau Facebook mereka sekarang. Ia juga tertakluk kepada terma dan syarat ya. Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang korang!

Viewing all 34765 articles
Browse latest View live