Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 34970 articles
Browse latest View live

Bayi Baru Lahir Dah Ada Gigi, Ramai Cakap Bawa ‘Tuah’ Tapi Doktor Saran Cabut

$
0
0

Gigi natal merupakan gigi yang muncul semasa bayi dilahirkan. Kebiasaanya gigi ini akan dibuang kerana akarnya tidak kuat dan mudah tercabut sehingga membolehkan bayi tercekik jika tertelan gigi berkenaan. Keadaan ini sangat jarang berlaku, sekitar satu kes dalam 2000 bayi yang baru dilahirkan.

Gigi dibuang

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita, Ciknurul di akaun TikTok, dia berkongsi kisah anaknya yang baru sahaja dilahirkan namun memiliki dua batang gigi di bahagian bawah.

Jelas doktor, keadaan itu berlaku akibat dirinya yang terlebih kalsium dan menyarankan agar gigi tersebut dibuang kerana terlalu lembut, bimbang bayi akan tertelan jika tercabut.

Doktor cakap terlebih kalsium, dan doktor hospital buat surat suruh cabut sebab gigi dia lembut dan bergoyang.

Katanya lagi, anak keduanya itu mempunyai rambut berwarna putih sejak dari dalam perut lagi, manakala bagi anaknya yang ketiga ini sudah mempunyai gigi ketika dilahirkan.

Saya anak nombor dua ada tumbuh rambut putih dari dalam perut, nombor tiga tumbuh gigi pula.

Video yang berdurasi selama 17 saat itu meraih lebih 976 ribu tontonan dan mendapat lebih 50 ribu tanda suka di TikTok.

Video penuh:

@jamumodernlahir nyaa nur zahira amani membawa tuah?? lahir² keluar 2 batang gigi…kecoh hospital & klinik gigi? #brandatiktok #tiktokviral #fypdongggggggg? BALADA KUKURUYUK DJ KARDUS – MUHAMMAD RAMA

‘Selalu bawa tuah ni’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa bayi itu membawa tuah kerana perkara ini jarang berlaku. Malah, ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman yang sama iaitu sejak lahir sudah mempunyai gigi.

Sumber: Ciknurul


Dah Last Minute Nak Bagi Hadiah? Korang Boleh Order Guna Grab Dengan Diskaun Sehingga 50%!

$
0
0

“Dah last minute ni, nak bagi apa?”

Bukan lelaki je yang pening kepala memikirkan hadiah yang sesuai buat teman istimewa, perempuan pun dua kali lima jugak. Tak kisah la hadiah apa pun yang korang nak bagi. Paling penting, ikhlas tu kena ada. Baru special!

Kalau last minute baru nak cari hadiah, mesti gelabah. Dah la kering idea nak bagi hadiah apa, tak sempat pulak tu. Tak pasal-pasal orang tu merajuk, satu kerja pulak nak memujuknya. Ada ke cara untuk berikan hadiah buat si dia dengan lebih mudah?

Guna Grab untuk surprise yang tersayang!

Tak hairan la kalau semakin ramai yang menggunakan Grab dalam kehidupan seharian. Sekarang Grab dah semakin moden. Banyak fungsi yang berguna. Lebih-lebih lagi, sebenarnya korang boleh gunakan Grab kalau nak hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk seseorang tau.

Terkejut? Pastinya ada di antara korang yang belum tahu lagi pasal ni. Tapi memang betul. Kalau korang nak berikan hadiah buat orang tersayang, boleh order guna Grab je. Tak payah susah payah keluar rumah cari hadiah. Senang gila!

Nak buat surprise yang dah last minute pun boleh wei!

Bayangkan korang dalam situasi yang korang dah last minute nak cari hadiah. Nak ikutkan, korang mesti terus start enjin kereta dan keluar cari hadiah kan? Jangan risau. Dengan Grab, korang tetap boleh buat surprise untuk si dia walaupun last minute. Semua boleh settle!

Lagi-lagi sekarang ni, Grab ada promosi istimewa untuk korang yang nak bagi surprise untuk orang tersayang!

GrabFood ada diskaun 50%, boleh la buat party!

Apa la ertinya party yang istimewa kalau tak ada juadah yang sedap belaka kan? Persiapan kena la lengkap di hari istimewa. Baru menjadi. Nak buat persiapan makanan yang lebih mudah, GrabFood kan ada!

Kami yakin korang mesti dah tahu makanan favourite teman istimewa korang. Jadi, boleh la order guna GrabFood. Paling best, korang boleh nikmati diskaun 50% kalau order dengan GrabFood.

Bagi kawasan Lembah Klang korang boleh guna kod promo HOTDEALS, manakala kawasan luar dari Lembah Klang pula, korang taip je HOTDEALSGF atau HOTDEALS50 untuk dapatkan diskaun tu.

Ha…mudah dan jimat kan? Lepasni order je dengan GrabFood untuk apa-apa majlis keraian pun. Last minute pun boleh. No problem!

Beli bunga dan coklat kesukaan si dia di GrabMart, ada diskaun sehingga 50%!

Bila dah buat party, mesti la korang nak hadiahkan sesuatu untuk kesayangan korang. Paling trending bagi bunga dan coklat kesukaan dia semasa majlis istimewa. Buat macam ni, confirm kesayangan korang tu gembira punya. Baru la romantik!

Haa.. Nak cari bunga dan coklat ni kat mana pulak? Paling senang, korang order guna GrabMart la. Alang-alang ada diskaun sehingga 50% untuk korang bagi surprise buat orang tersayang ni. Elok sangat la tu kan?

Bestnya ada diskaun sehingga 50% dari Grab ni. Bukan senang nak dapat promosi macam ni tau. Selain GrabFood dan GrabMart, promosi GrabPay yang ni pun tak kurang hebatnya!

Guna GrabPay untuk shopping hadiah istimewa, ada diskaun 30% wei!

Nak cari hadiah istimewa sama ada secara online atau di kedai, boleh je guys. Tapi korang jangan lupa guna GrabPay untuk shopping hadiah tu tau. Nak tahu kenapa?

Selain cepat dan mudah, GrabPay ada diskaun hebat 30% dan ia dihadkan sehingga RM30 saja untuk korang beli hadiah last minute. Bukan tu je, korang juga boleh membuat pembelian melalui online ataupun di kedai itu sendiri.

Yang penting, korang hanya perlu guna kod promosi mereka iaitu 30GRABPAYDEALS bagi pembelian dalam talian dan berbelanja minima RM100 di kedai terpilih. Bukan senang tau nak dapat promosi macam ni. Ini la peluang keemasannya!

Tapi orang tersayang duduk jauh la. Ada di perantauan pulak tu.

Jangan risau! Kalau korang nak tahu, korang masih boleh guna Grab untuk bagi hadiah buat kesayangan korang yang duduk jauh dengan korang tu. Serius tak tipu!

Korang boleh bagi surprise ke 100+ bandar merentasi Asia Tenggara!

Walaupun duduk berjauhan, tak semestinya dilupakan. Korang mesti sentiasa ingat orang tersayang ni dalam hati kan? Haa.. Apa kata pada hari istimewa mereka, korang guna la Grab untuk beri surprise istimewa. Boleh tengok langkah-langkah di bawah ni.

Nampak macam tak masuk akal tapi memang betul pun. Tak kisah la orang tersayang tu di bandar atau luar negara sekalipun, korang boleh guna Grab kalau nak bagi hadiah special ke 100+ bandar merentasi Asia Tenggara. Syoknya!

Menarik jugak fungsi terbaru dalam Grab ni! Apa yang kami boleh katakan, ini la cara paling seronok untuk korang surprise si dia. Tak kisah la last minute nak bagi hadiah pun, Grab boleh tolong. Dah la ada promosi istimewa, cepat dan mudah pulak tu. Siapa tak nak kan?

Tunggu apa lagi? Jom order dengan Grab untuk buat surprise. Last minute pun tak ada hal la. Semoga korang berbahagia di samping orang tersayang pada hari istimewa!

Untuk info lebih lanjut tentang promosi di Grab, korang boleh klik SINI je ya.

Abang Meninggal Dunia Sehari Sebelum Majlis Kahwin Adik – ‘Semua Dah Berkumpul, Tunggu Abang Tak Sampai-Sampai’

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Rezeki, jodoh ajal dan maut semuanya ketentuan Allah SWT, kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segalanya. Tak dapat dibayangkan betapa luluhnya hati keluarga ini apabila salah seorang ahli keluarga mereka disahkan meninggal dunia sehari sebelum majlis perkahwinan adik kandung arwah berlangsung.

Majlis kahwin jadi majlis tahlil

Kisah sedih itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Mama Sempoi. Menurut wanita ini, adik iparnya sepatutnya melangsungkan majlis perkahwinan pada 18 Disember 2021 (esok) namun siapa sangka, majlis tersebut bertukar menjadi majlis tahlil.

Menurut sumber, arwah yang merupakan abang kandung bakal pengantin disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk meraikan majlis perkahwinan adik bongsunya itu.

Esok 18/12/21 adik ipar yang bongsu nak nikah. Semua dah balik berkumpul. Tinggal tunggu seorang abang je lagi dalam perjalanan balik dari Johor tapi sampai tengah malam tak sampai-sampai lagi. Tapi majlis perkahwinan adik yang bongsu sepatutnya jadi majlis yang bahagia bertukar menjadi majlis arwah.

Ya Allah kau kuatkan lah hati ayah mentuaku, kuatkan lah hati keluarga kami untuk menerima segala ujian yang kau bari kepada kami.

Kemalangan yang membabitkan sebuah lori dan kereta itu dipercayai berlaku di Taman Suria Labis, Johor. Difahamkan, dua orang mangsa yang terlibat dilaporkan meninggal dunia manakala tiga lain mengalami kecederaan.

Video

Salam takziah

Sumber: Mama Sempoi

Hael Husaini Jadi Juri Jemputan Separuh Akhir LCK3, Achik & Maria Kembali Beraksi Atas Undian ‘Wild Card’

$
0
0

Episod seterusnya Lagu Cinta Kita 3 bakal dimeriahkan dengan Hael Husaini sebagai juri jemputan, dan Wany Hasrita sebagai panel cinta. Selepas tiada penyingkiran diumumkan episod lepas, Lagu Cinta Kita 3 akan menyaksikan 5 pasangan peserta berentap termasuk Achik & Maria yang kembali beraksi dengan ‘Wild Card’.

Achik & Maria menang undi ‘Wild Card’

Selepas tiada penyingkiran diumumkan pada episod lepas, Lagu Cinta Kita Musim Ketiga bakal menyaksikan 4 pasangan peserta meneruskan perjalanan mereka dan berentap dengan Achik & Maria, pasangan duet yang kembali beraksi selepas berjaya memperoleh jumlah undian tertinggi dalam ‘Wild Card’.

Episod lepas Lagu Cinta Kita Musim Ketiga menyaksikan Pasya & Puteri menduduki tangga paling atas dan diumumkan sebagai Pasangan Terbaik NIVEA. Mereka membawa pulang hamper barangan NIVEA masing-masing.

Episod seterusnya telah menetapkan ‘Cinta OST’ sebagai tema persembahan yang akan dimeriahkan dengan kehadiran Hael Husaini sebagai juri jemputan, dan Wany Hasrita sebagai panel cinta yang juga merupakan artis persembahan dengan Tajul pada malam itu.

Sudah 6 episod berentap di pentas Lagu Cinta Kita dan pelbagai cadangan, teguran, nasihat dan kritikan yang telah diberikan oleh dua juri tetap, Ajai dan Mas Idayu. Apakah persediaan dan strategi yang akan disusun oleh semua peserta di pusingan separuh akhir nanti?

Bersediakah mereka berhadapan dengan debaran yang semakin memuncak untuk merebut tiket ke pusingan akhir? Saksikan siaran langsung Lagu Cinta Kita 3 setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam. Boleh terus strim live HD di www.tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, Twitter dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

Fad & Achey Bawa Gambar Arwah Abam Di Pentas MLM2021, Gugur Air Mata Uqasha Senrose & Penonton –‘Bertiga Itu Sementara, Tapi Bocey Itu Selamanya’

$
0
0

Kumpulan Tiro yang dianggotai Sharif, Melati dan Danial Zaini telah dinobatkan juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) sekaligus membawa pulang wang tunai RM500,000 beserta trofi.

Bukan berdua tapi bertiga

@ajim_takada03##maharajalawakmega2021 ##fyp ##fyp? ##boro? Sayang Sampai Mati – Repvblik

Menyaksikan lima kumpulan berentap di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Jumaat malam, semuanya harus diucapkan tahniah kerana berjaya memberi persembahan yang terbaik.

Kumpulan Boro yang dianggotai Achey, Fad dan Atu telah menjentik emosi juri dan penonton yang menonton. Menerusi persembahan kedua, Achey dan Fad membawa bingkai gambar sahabat mereka, Allahyarham Abam Bocey ke atas pentas.

Abam. Alhamdulillah tahun ini kami dapat pergi ke peringkat akhir. Tapi tahun ini rasa lain sangat. Kalau kau nak tahu, setiap minggu, setiap saat, aku dan Achey akan tengok setiap sudut pentas cari kau.

Sampai hari ini ramai yang masih sayang, masih rindu dengan kau. Bertiga itu sementara, tapi Bocey itu selamanya. Semoga kau tenang di sana, sahabat.

Mengalir juga air mata aku

Video tersebut telah dikongsi semula di akaun TikTok @ajim_takada03.

Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya tidak dapat menahan air mata ketika menonton termasuklah aktres Uqasha Senrose.

Dalam pada itu, wargamaya turut sedekahkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kedimannya di Gombak, Selangor.

Sumber: TikTok @ajim_takada03

Foto: Astro & Azrul Rafie

‘Kaji Semula Juri, Tak Perlu Ada Sang Bara Dalam Maharaja Lawak Mega’– Shahrol Shiro

$
0
0

Kumpulan Tiro muncul juara dalam program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) pada pentas akhir yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC), pada Jumaat malam.

Artikel Berkaitan: Fad & Achey Bawa Gambar Arwah Abam Di Pentas MLM2021, Gugur Air Mata Uqasha Senrose & Penonton – ‘Bertiga Itu Sementara, Tapi Bocey Itu Selamanya’

Penat berbaloi

Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro antara rakan selebriti yang melayangkan ucapan tahniah kepada kumpulan Tiro. Kata Shahrol, 37, penat lelah selama 10 minggu Sharif, Melati dan Danial Zaini beraksi di atas pentas berbaloi.

Tahniah Tiro! Hasil penat lelah 10 minggu disulami keikhlasan serta doa diberi kemanisan malam ini.

Tak perlu ada sang bara

Tambah pemilik nama Shahrol Azizie Azmi, dia mengharapkan agar pihak penganjur membuka platform kepada semua komedian bukan setakat juara untuk terus menghiburkan orang ramai.

Selain itu, pelakon drama Kifarah: Duit juga mencadangkan agar mengkaji semula pemilihan juri serta menyingkirkan sang bara yang dipegang oleh pelakon Sharnaaz Ahmad.

Buat Astro Warna, berilah ruang seluasnya bukan sahaja juara tetapi kesemua komedian yang ada. Jangan dikubur bakat mereka dan hanya gah bersorak sewaktu MLM sahaja. Selepas itu hilang tanpa berita.

Jika ada MLM lagi perlu dikaji semula pemilihan juri. Tak perlu la ada sang bara. Malam ini kita meraikan peserta finalis, bukan drama siapa sang bara.

Tahniah semua finalis dan peserta MLM2021.Teruskan berkarya dengan ikhlas dan revolusikan industri komedi tanah air.

Terdahulu, kumpulan Tiro meraih tempat pertama dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.

Sumber: Instagram @shahrol_shiro

Foto: Astro & Azrul Rafie

Rupanya Penari Wanita Isteri Sendiri, Ariff Bahran Dah Kahwin Pada 3 September

$
0
0

Know know dah kahwin!

Penyanyi Ariff Bahran mengejutkan ramai terutama dalam kalangan peminat perempuan apabila sudah bergelar suami sejak tiga bulan lalu.

Dah tiga bulan kahwin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Ariff, 23, memilih wanita yang dikenali sebagai Amirah menjadi suri hati.

Menurut wakil pengurusan Rusa Music, pemilik nama sebenar Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari selamat disatukan dengan Amirah di Jabatan Agama Islam Shah Alam, Selangor pada 3 September lalu.

Cium dahi penari wanita

Sebentar tadi, persembahan duet bersama Sarah Suhairi pada Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS2021) mengejutkan ramai apabila Ariff bertindak mencium dahi penari wanita.

Bagaimanapun, pengacara Nabila Huda dan Ain Edruce mengumumkan penari berkenaan adalah isteri Ariff.

Gadis yang dicium oleh Ariff tadi sebenarnya, adalah isterinya. Dia dah berkahwin sejak tiga bulan lalu, namun, tak diuar-uarkan kerana situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, Ariff pernah digosipkan bercinta dengan rakan duetnya iaitu Sarah dan Sissy Imann, namun dia menegaskan bahawa hubungan mereka hanya sebagai kawan rapat.

Cinta Mati Angkara Khianat? Saat Kau Takluk Cinta Ini, Drama Terbaru Di TV3 & iQiyi Yang Korang Kena Layan!

$
0
0

Buat penggemar novel cinta, bulan ni kami nak kongsikan sebuah lagi drama bersiri TV3 adaptasi novel yang korang kena layan iaitu Saat Kau Takluk Cinta Ini. Para pelakonnya pun tak kurang hebatnya tau!

Kalau korang rindukan lakonan antagonis Syazwan Zulkifly, kali ni dia kembali dalam drama terbaru di iQiyi dengan membawa watak yang sama, tapi lagi kejam! Drama ini juga turut dibintangi oleh Idris Khan (Rahhal Taufiq), Intan Najuwa (Melissa Haira), Shakilla Khoriri, Wafariena Roslan, Zarynn Min dan ramai lagi!

Drama slot Samarinda TV3 yang beradaptasi novel karya Sara Hezra ni mengisahkan Rahhal, seorang graduan luar negara yang tiada pilihan dan perlu meninggalkan kerjayanya untuk pulang ke kampung apabila ibunya, Hajah Jemiah jatuh sakit. Namun, kepulangannya tidak disenangi Fakhril (Syazwan Zulkifly) dan Mak Long Nisah.

Angkara tamak dan busuk hati, Fakhril dan Mak Long Nisah bertindak merampas rumah pusakanya dan berniat ingin membolot tanah Hajah Jemiah.

Rahhal yang kental dan tak mudah mengalah tetap membangunkan tanah milik ibunya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan tiba-tiba terpaut hati dengan Haira yang menumpang di pondoknya.

Fakhril gunakan Haira untuk goda Rahhal?

Punyalah dengki si Fakhril ni, dia sanggup mengupah Haira untuk menggoda Rahhal. Disebabkan Haira berhutang duit dengan Fakhril, dia bersetuju dengan rancangan jahat Fakhril.

Sedar tak sedar, Haira jatuh cinta dengan Rahhal dan mereka pun berkahwin. Ternyata, gadis manis ini sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan walaupun diuji dengan kemiskinan.

Sedang enak diulit bahagia, terbongkar pengkhianatan Haira. Rahhal yang patah hati dan kecewa terus hilang kepercayaan dengan gadis selembut Haira. Haira mengaku bahawa dia terpaksa, namun dia tidak pernah membohongi rasa cintanya kepada Rahhal.

Rahhal akhirnya memutuskan untuk berhenti menyintai dan menyimpan dendam, tetapi Haira tetap setia.

Korang rasa, apakah yang akan terjadi antara Rahhal dan Haira? Adakah mereka akan bersatu dan mampukan Rahhal menghulur maaf kepada Haira?

Jom tonton drama Saat kau Takluk Cinta Ini secara PERCUMA di iQiyi!

Haa..kalau korang nak tahu kesudahan drama yang penuh konflik ni, korang kenalah tonton bermula 20 Disember 2021 ini, jam 11 malam. Drama ini akan ditayangkan 1 episod setiap hari Isnin hingga Khamis secara percuma dan eksklusif, di mana lagi, mestilah di iQiyi!

Yang bestnya, pelanggan VIP iQiyi akan mendapat akses episod baru 1 jam selepas disiarkan di TV3, manakala, pelanggan percuma pula akan diberikan akses 48 jam kemudian.

Nikmati pelbagai faedah eksklusif di iQiyi!

Bukan drama Melayu je tau, korang juga boleh nikmati kandungan Cina, Korea dan anime tempatan yang bermutu tinggi dalam sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Untuk pengalaman tontonan yang lebih menarik, korang juga boleh menjadi ahli VIP iQiyi untuk nikmati pelbagai faedah eksklusif seperti skip iklan, langganan berharga RM1.90 untuk bulan pertama, kandungan eksklusif dan tontonan awal, Dolby Atmos dan HD Penuh (Blu-ray 1080P). Menariknya!

Jadi, apa tunggu lagi, jangan lupa strim drama Saat Kau Takluk Cinta Ini secara percuma di iQiyi. 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web iQiyi. 


Budak Tebing Diangkat Drama Terbaik ADS 2021

$
0
0

Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS2021) yang sepatutnya melabuhkan tirai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi, terpaksa disambung dalam program hiburan, Melodi, pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Budak Tebing drama terbaik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Budak Tebing terbitan Country & Universal Sdn Bhd telah diangkat sebagai Drama Terbaik pada kali ini.

Mengangkat erti persahabatan, Budak Tebing turut mengungguli dua kategori lain iaitu Pengarah Terbaik yang dimenangi Feroz Kadir dan Penulis Skrip Terbaik diraih Janjira dan PGRs Team.

ADS 2021 yang disiarkan secara langsung oleh TV3, menampilkan gandingan pengacara Nabila Huda dan Ain Edruce.

Mempertaruhkan 11 kategori utama, ADS 2021 membariskan nama besar sebagai penyampai trofi antaranya Erra Fazira, Datuk Yusof Haslam, Jalil Hamid, Azhan Rani dan Aaron Aziz.

Malam kemuncak ADS 2021 juga dimeriahkan dengan persembahan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Noraniza Idris, Bunga Isme, Stacy, MK dan Noki.

Senarai Pemenang

Anugerah Pesona Bintang : Fauziah Ahmad Daud

Pelakon Lelaki Terbaik : Zul Ariffin (Ryan Aralyn)

Pelakon Wanita Terbaik : Janna Nick (Misteri Mona)

Pelakon Antagonis Pilihan : Liza Abdullah (7 Hari Mencintaiku 2)

OST Terbaik : Mimpi (Haqiem Rusly)

Pasangan Pilihan : Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku 2)

Babak Tular Drama Terbaik : Kampung People 2

Semalam, TV3 mengumumkan ADS 2021 terpaksa diberhentikan siaran langsung, disebabkan lokasi acara dilanda banjir.

‘Ya Allah… Saya Tak Terkata’– Sebak Lihat Mangsa Banjir, Siti Nurhaliza & Datuk K Turun Padang Hulur Bantuan

$
0
0

Selepas pandemik Covid-19, Malaysia diduga sekali lagi apabila dilanda banjir ‘besar’ yang melibatkan beberapa buah negeri antaranya Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan dan Pahang.

Saya tak terkata

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa simpati terhadap mangsa-mangsa banjir yang terlibat. Dari raut wajahnya, Siti kelihatan sebak mengharungi kawasan terjejas ketika dalam misi menghantar bantuan.

Menerusi hantaran di Instagramnya, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turun padang di kawasan Shah Alam.

Penyanyi berumur 42 tahun itu turut mendoakan agar mereka yang terlibat dilindungi serta dipermudahkan Allah.

Ya Allah… Saya tak terkata. Semoga Allah SWT permudahkan dan lindungi mangsa-mangsa banjir ini Ya Allah.

Beli barangan keperluan

Dalam pada itu, pelantun lagu Anta Permana turut berkongsi keberadaannya di sebuah gedung pasar raya bagi mendapatkan bekalan makanan dan barangan keperluan.

Kita cuba sebaiknya untuk membantu mereka yang terkesan akibat banjir. Saya tengok ramai juga insan-insan serta badan yang prihatin.

Kami semua sedang berusaha untuk membantu mangsa banjir. Semoga Allah permudahkan.

Sumber: Instagram @ctdk

‘Saya Tak Guna Aset Kerajaan’ – Jovian Mandagie Jawab Dakwaan Diselamatkan Daripada Banjir Naik Helikopter

$
0
0

Seperti umum mengetahui, sejak beberapa hari ini negara Malaysia berdepan bencana banjir lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Klang. Berikutan daripada bencana tersebut, ramai yang tersangkut di jalan raya kerana paras air banjir semakin meningkat.

Malah, ada lagi mangsa banjir yang terperangkap di bumbung rumah berjam lamanya sementara menunggu pasukan bantuan untuk menyelamatkan mereka.

‘Itu adalah fitnah’

Namun di sebalik kesusahan yang dilalui rakyat, ada dalam kalangan netizen mempersoalkan dan mendakwa bahawa menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu Datuk Jovian Mandagie yang terkandas akibat banjir telah diselamatkan menaiki helikopter. Pereka fesyen terkenal itu bagaimanapun menafikan dirinya menggunakan helikopter milik kerajaan untuk kegunaan peribadi.

Isu helikopter, tak perlu dipanjangkan. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah ‘posing’ dan buat video serta bergambar sakan.

Siapa yang kenal saya, mereka tahu saya bukan seperti itu. Saya tak guna aset kerajaan, Lillahi Taala. Tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. Kalian nak maki hamun saya silakan, tapi itu adalah fitnah.

Tidak terhenti di situ, ada juga netizen yang mempertikaikan mengapa Jovian tidak menggunakan helikopter tersebut untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Namun, Jovian dengan tenang menjawab bahawa helikopter yang dinaikinya itu adalah helikopter komersial jadi pintu tersebut tidak boleh dibuka untuk menurunkan bantuan atau membantu menaikkan mangsa yang terkandas akibat banjir.

Saya tiba-tiba buat bantuan setelah kena viral di Twitter? Saya bantu ikhlas kali ni, sewaktu White PPE, Palestine mask, bendera putih mask dan apa pun bencana. Saya suka bantu orang dan ikhlas!

‘Kalau tak suka, unfollow je’

Menurut Jovian lagi, jika kehadirannya menimbulkan rasa kurang senang kepada segelintir pihak, dia berharap individu terbabit boleh berhenti mengikuti perkembangannya di media sosial.

Kalau you tak suka saya, unfollow saja. Please do better to help the nation than just bashing what is not right about me. Terdapat banyak lagi perkara yang perlu dilaksanakan untuk membantu rakyat di luar sana. Betul orang memang tengah sengsara, kalau nak sertai turun padang agihkan makanan ‘roger’ saya.

Difahamkan sebelum ini, Jovian Mandagie ada memuat naik paparan Waze berada di Shah Alam dan mengatakan agak mustahil baginya untuk pulang ke rumah disebabkan jalan sesak akibat banjir. Malah, dia juga meluahkan rasa rindu terhadap isteri dan anak tercinta.

Tidak lama selepas itu, Jovian sekali lagi memuat naik satu gambar memaparkan pemandangan dari atas kawasan banjir melalui helikopter kemudian berkongsikan gambar dirinya bersama anak tersayang dengan kapsyen ‘home sweet home’. Hal tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Sumber: Jovian Mandagie

Terkandas Di Kawasan Tanah Runtuh, Fizo Omar Sedih Tak Boleh Bantu Warga Emas & Bayi –‘Ramai Terpaksa Keluar Dari Kereta Cari Tempat Selamat’

$
0
0

Pelakon Fizo Omar mendedahkan pengalamannya terkandas ekoran banjir besar yang melanda ketika dalam perjalanan pulang dari Pahang ke Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: ‘Ya Allah… Saya Tak Terkata’ – Sebak Lihat Mangsa Banjir, Siti Nurhaliza & Datuk K Turun Padang Hulur Bantuan

Sangkut dekat kawasan tanah runtuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Menurut Fizo, dia bersama staf terkandas di kawasan tanah runtuh sejak pukul 11 malam, pada Sabtu malam. Ceritanya lebih lanjut, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar berkata dia menyaksikan sendiri ratusan orang ramai tersangkut di kawasan lebuh raya dengan keadaan hujan lebat.

Kata usahawan berumur 36 tahun, dia berjaya sampai ke Kuala Lumpur pada jam 3 pagi selepas nekad untuk meredah juga.

Terkejutnya bila tengok video ini. Kat sini lah saya, partner saya dan staf saya terkandas semalam dari jam 11 lebih.

Kami tersangkut dekat tanah runtuh ni la malam tadi dan ambil keputusan untuk patah balik dan cross ke seberang jalan (wrong way) menuju ke Kuala Lumpur. Malam tadi air sebelah jalan yang menghala ke Kuantan tu tinggi sangat macam dalam video ni.. dah macam sungai dah tu.

Terima kasih kepada semua yang bersama buka jalan (emergency divider) untuk masuk ke laluan bertentangan dan gamble juga menghala ke Kuala Lumpur. Sepanjang jalan tu tanah runtuh dan pokok tumbang semua bersepah di lebuh raya Karak tu. Masya-Allah.

Ramai mangsa yang terkandas dan terpaksa keluar dari kereta dan bas untuk mencari tempat yang selamat, takut tanah runtuh lagi dan air naik mendadak.

Ramai weh beratus-ratus orang termasuk bayi kecil dan warga emas. Saya tak boleh bantu!! Seriously sedih tengok!!

Beberapa buah kereta yang gamble dan follow kereta kami akhirnya berjaya sampai ke tol Karak dan berhenti di BHP. Alhamdulillah sekitar jam 3 pagi saya selamat sampai di Kuala Lumpur. Syukur alhamdulillah.

Kena tutup tol masuk

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Dalam pada itu, pelakon drama Pengantin Satu Malam turut menyuarakan pendapat terhadap pihak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) agar segera menutup laluan masuk ke tol Lebuhraya Karak bagi mengelakkan ramai lagi yang tersadai.

Pandangan saya, pihak LPT sepatutnya ambil tindakan segera dengan menutup terus tol masuk ke Lebuhraya Karak malam tadi bila berlaku insiden tanah runtuh dan banjir.

Sehingga jam 2 pagi, kereta masih lagi menghala ke tempat terkandas tu dan dikhuatiri ramai yang stuck dekat situ dan tiba-tiba tanah runtuh menghempap mereka yang stuck dekat highway tu.

Semoga mereka yang terkandas dan masih lagi di sana dilindungi dan mendapat bantuan yang secepat mungkin.

Sumber: Instagram @fizoomar

Kebocoran Gas Punca Kebakaran Flat Sri Johor, Wang Tunai RM40,000 Lesap Sekelip Mata

$
0
0

Sedih.. Lapan rumah di tingkat empat Blok 31 Perumahan Awam Sri Johor, Cheras terlibat dalam kebakaran malam tadi.

Kebocoran gas

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM ?? (@hotfm976)

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kebakaran berlaku pada kira-kira 9.20 malam dan punca ekoran daripada kebocoran gas.

Kebakaran dipercayai bermula di bahagian tengah blok berkenaan sebelum merebak di keseluruhan tingkat.

Setakat ini, bomba masih menyiasat sama ada kejadian membabitkan kemalangan jiwa. Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.

RM40,000 lesap

Sementara itu, seorang mangsa kebakaran iaitu Thialai Mary, 37, ‘hilang kata’ apabila wang tunai berjumlah RM40,000 lesap dijilat api.

Kesal dengan sikap yang gemar menyimpan wang tunai sejak sekian lama, Thialai juga gagal menyelamatkan beberapa barangan kemas.

Sebaik kakak beritahu kebakaran di rumah kami, saya segera pulang dan tiba kira-kira 10 malam.

Apabila saya sampai semua sudah musnah. Kini hanya tinggal sehelai sepinggang, yang lain musnah. Namun, keluarga kami seramai tujuh orang terselamat dalam kejadian ini.

Sumber: Harian Metro, Hotfm976

[VIDEO] Hasil Titik Peluh 30 Tahun Jadi Artis, Rumah Impian Ebby Yus Dihanyut Air

$
0
0

Rumah yang dibina hasil dari titik peluh pelawak terkenal, Ebby Yus musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras di Kuala Langat, Selangor akibat bencana banjir.

Rumah dihanyut air deras

Difahamkan, rumahnya itu hanya tinggal 10 peratus untuk disiapkan di kawasan berkenaan. Akibat daripada bencana banjir itu, Ebby dipercayai mengalami kerugian sebanyak hampir RM200,000.

Tanpa disangka, musibah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu ‘lenyap’ dalam kejadian banjir, petang semalam.

Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena seni. Saya akur dengan ketentuan ini.

Ujarnya lagi, rumah berkenaan merupakan hasil titik peluhnya sendiri dan setiap kali mendapat bayaran lakonan, dia akan membahagikan duit itu untuk rumah tersebut.

Dalam pada itu, dia turut selesai melunaskan baki bayaran projek pembinaan tersebut setelah mendapat bayaran daripada penerbit sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK).

Sebelum ini, projek pembinaan bertukar kontraktor kerana masalah tidak terduga. Biasalah, kerja bina rumah semuanya perlukan wang.

Video penuh :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Berita Harian (@beritaharian)

Sumber : Berita Harian

Kediaman Impian Di Genting Highland dan Langkawi, Gaya Resort Dengan Harga Mampu Milik!

$
0
0

Bila sebut tentang memiliki rumah kediaman, mestilah kita nak yang lengkap dengan kemudahan menarik, lokasi strategik dan juga tinggi return investment. Haa..memiliki rumah di tempat tarikan pelancongan semestinya menguntungkan. Selain senang je nak bercuti, ia boleh juga menyumbang hasil lumayan kepada pemilik. 

Tropicana Journey Collection, kediaman ala resort di lokasi pelancongan popular 

Kalau korang nak tahu, perintis kediaman ala resort, Tropicana Corporation Berhad telah memperkenalkan Tropicana Journey Collection (TJC) dengan dua projek kediaman iaitu Tropicana Grandhill, Genting Highland dan Tropicana Cenang, Langkawi yang sesuai dijadikan pelaburan hartanah jangka panjang. 

Macam yang kita tahu, Genting Highland dan Langkawi terkenal sebagai destinasi pelancongan dengan jumlah pengunjung yang tinggi, jadi kedua-dua projek kediaman ini semestinya akan meningkatkan permintaan penginapan dan berpotensi mendapat permintaan sewa tinggi.

Sebagai destinasi percutian tanah tinggi utama, Genting Highland merekodkan kedatangan jumlah pelancong seramai 28.7 juta pada tahun 2019 menurut laporan tahunan Genting Berhad. Manakala, Langkawi pula merekodkan 3.9 juta pelawat pada tahun yang sama.

Pelbagai kemudahan gaya resort 

Pencarian kediaman impian korang akan terjawab dengan memilih Tropicana Journey Collection yang menjanjikan kemudahan gaya resort, perkhidmatan bertaraf hotel serta perkhidmatan pengurusan harta professional untuk kesenangan pemilik. Kemudahan yang disediakan juga akan buat korang bagaikan berada di pusat peranginan. 

Selain itu, Tropicana Grandhill akan membuka pusat pendidikan dan pusat kesihatan di sana, manakala Tropicana Cenang akan menempatkan hotel lima bintang sesuai dengan statusnya sebagai pulau peranginan pilihan ramai. 

Tropicana Grandhill, Genting Highlands 

Terletak di kedudukan strategik, 10 minit je dari Awana Skyway dan Genting Premium Outlet, berkeluasan 112 ekar, dengan pembangunan berpaksikan enam asas utama iaitu perumahan, komersial, kesihatan, pendidikan, taman riadah dan mesra persaraan, semestinya Tropicana Grandhill sesuai dihuni sesiapa sahaja daripada pelbagai lapisan usia!

Selain itu, Tropicana Grandhill juga mempunyai TwinPines Serviced Suites iaitu kediamanan servis yang terletak di ketinggian 3,000 dari aras laut, sedia dilengkapi dengan perabot dengan keluasan antara 379 kaki persegi bagi unit studio sehingga 1,330 kaki persegi untuk unit dengan empat bilik tidur. Harga unit ini juga boleh didapati bermula daripada RM360,000. 

Lebih menarik lagi, kediaman ini turut dilengkapi kolam renang dengan pemanas tau. Yelah, cuaca di sini kan sejuk. Kalau tuan rumah duduk jauh atau tiada di rumah pun, kemudahan seperti vacant homecare turut disediakan. Menarik bukan? 

Tropicana Cenang, Langkawi 

Tropicana Cenang yang berkeluasan 5.28 ekar ini terdiri daripada pembangunan kediaman, komersial dan hotel bertaraf lima bintang. Menariknya lagi, projek ini terletak di pesisir pantai yang sibuk di Langkawi iaitu, Pantai Cenang. 

Fasa pertama Tropicana Cenang, Assana Serviced Suites menjanjikan pemandangan laut di setiap unit. Dengan keluasan unit dari 380 sehingga 1,310 kaki persegi, unit yang ditawarkan ialah studio sehingga dua ke empat bilik tidur dengan harga bermula RM457,000 je! 

Selain menjadi kediaman peribadi, projek ini berpotensi untuk dijadikan pelaburan sebagai rumah pelancongan atau vacation house, dimana ia boleh disewakan kerana semestinya Pantai Cenang ialah satu spot pelancongan paling wajib dilawati di pulau lagenda ini. 

Yang penting, kedua-dua projek kediaman ini tentunya akan menghasilkan pulangan yang menarik buat pemiliknya, memandangkan Langkawi dan Genting Highland masing-masing menjanjikan permintaan penginapan yang tinggi semasa musim pelancongan. Ditambah pula dengan status unit pegangan bebas.

Jadi, apa korang tunggu lagi? Untuk maklumat lanjut tentang Tropicana Journey Collection, KLIK sini.


Mesra Pegang Muka Ruhainies, Netizen Tanya Zul Ariffin Bukan Cakap Tak Nak Sentuh Perempuan Ke?

$
0
0

Pelakon terkenal, Zul Ariffin sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila sebuah video yang memaparkan dirinya berpegangan tangan serta memegang muka pelakon jelita, Ruhainies tular di media sosial.

Zul Ariffin & Ruhainies berpegangan tangan

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki dikenali sebagai Zaharbubu di TikTok, memaparkan ‘kemesraan’ kedua-dua pelakon berkenaan ketika menghadiri sebuah majlis.

Di dalam video berkenaan turut kelihatan Zul Ariffin bersama Ruhainies seperti sedang berbual sebelum Pelakon Lelaki Terbaik FFM31 itu memegang muka Ruhaines dan memusingnya ke arah kamera lalu berpegangan tangan.

Sweet tak Zul dan Ruhainies? Hehe

Sebelum ini, pemilik nama Zulkifli Ariffin mengakui dia tidak perlu bersentuhan dengan pelakon wanita hanya untuk mendapatkan keserasian.

Malah, dia masih menghormati prinsip serta pendirian setiap pelakon yang berlakon dengannya.

Video berdurasi 10 saat itu meraih lebih 2 juta tontonan dan mendapat lebih 187 tanda suka di TikTok.

Video penuh :

@zaharzbubu7Sweet tak zul dan ruhainies?? !! Hehe ?? Title – Meghan Trainor

‘Hari tu cakap tak nak berlakon sentuh perempuan’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat video berkenaan dan mendakwa sebelum ini pelakon terbabit sudah berubah. Malah ada juga di antara mereka mengatakan kedua-kedua pelakon tersebut kelihatan serasi bersama.

Sumber : zaharbubu7

Peminat K-Pop Rindu Lakonan Yoona? Saksikan Filem Miracle: Letters To The President Di Tonton Cinema

$
0
0

Nama penyanyi Yoona dalam kalangan pengikut peminat K-pop bukan satu nama asing.

Dikenali dengan gelaran ‘The Nation’s Girl Group’, Yoona adalah generasi kedua Kpop yang ditubuhkan oleh SM Entertainment dan mula menempa nama di Korea serta di peringkat global melalui fasa kedua Hallyu.

Namun, kini Yoona tidak lagi menjadi sebahagian daripada kumpulan Girls’ Generation dan sedang aktif dengan aktiviti lain. Bagi yang merindui Yoona, OhBulan! kongsikan lima perkara yang anda perlu tahu tentang penyanyi dan pelakon berumur 31 tahun ini:

Muncul di skrin lebih 200 kali sebelum popular

Sebelum kejayaannya bersama Girls’ Generation, Yoona telah berada di skrin lebih daripada 200 kali dalam komersial, drama, filem dan muzik video.

Pandai buat kek

Sepanjang pandemik, kebanyakan orang sering menghabiskan masa terkurung menonton Netflix dan bermalasan namun Yoona sering mengisi masa terluang dengan membuat kek seperti seorang chef pastri profesional.

Rancang untuk kembali dengan Girls’ Generation

Baru-baru ini, akaun Instagram Girls’ Generation yang diuruskan oleh SM Entertainment mula mengikuti akaun Instagram rasmi lapan ahli kumpulan itu.

Menurut peminat, akaun rasmi itu sebelum ini hanya mengikuti Instagram rasmi Yoona, yang juga diuruskan oleh SM Entertainment untuk sebarang kemas kini jadual aktivitinya.

Berita gembira buat peminat, SMTOWN akan mengadakan konsert percuma dalam talian bagi album musim sejuk di bawah nama Girls’ Generation-Oh!GG. Dan tahun hadapan adalah ulang tahun ke-15 Girls’ Generation. Kebetulan kan?

Rangkul anugerah bintang popular

Filem bertajuk Miracle: Letters to the President, menerima pelbagai pencalonan seperti Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Arah Seni Terbaik dan Muzik Terbaik dan Yoona berjaya memenangi Anugerah Bintang Popular untuk filem itu.

Lakonan terbaik dalam Letters to the President

Berdasarkan kisah benar, filem ini mengisahkan tentang pelajar sekolah menengah Jun Kyung, seorang genius matematik yang tinggal di kawasan pedalaman tanpa jalan di wilayah Gyeongsang Utara bersama kakaknya, Bo Kyung.

Menanam impian untuk membina stesen kereta api di kampungnya, Jun Kyung menghantar surat kepada Presiden untuk meminta bantuan.

Dia akhirnya bertemu dengan Song Ra Hee, yang dilakonkan oleh Yoona, semasa dia mendaftar di sebuah sekolah menengah yang terkenal di bandar itu.

Jangan lupa saksikan filem terbaru lakonan Yoona dalam Miracle: Letters to the President, di tonton CINEMA dengan hanya serendah RM15. Layari cinema.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton sekarang!

Menteri Besar Selangor Redah Banjir Selamatkan Penduduk Terkandas Di Taman Sri Muda

$
0
0

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turun padang meredah banjir bagi membantu mengeluarkan mangsa yang terkandas di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Amirudin tegas operasi SAR diteruskan

Sejak Jumaat, Menteri Besar Selangor itu dilihat sibuk mengerahkan semua unit bantuan yang ada untuk menyelamatkan mangsa banjir dan membuka banyak tempat pemindahan sementara. Amirudin juga difahamkan berhubung terus dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memohon bantuan aset-aset Persekutuan dan penglibatan tentera bagi menyelamatkan mangsa banjir.

Selain Klang dan Puchong, Taman Sri Muda yang terletak di Shah Alam juga merupakan antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda sekitar Selangor. Menerusi perkongsian terbaru di Twitter, beliau mengambil masa lebih empat jam untuk membantu mangsa yang terkandas di sana.

Beliau berkata, pihaknya berhadapan dengan cabaran air yang masih belum surut dan suasana gelap sepanjang operasi menyelamat serta kereta yang terbengkalai menyukarkan pergerakan.

Saya di Taman Sri Muda malam ini bersama pasukan penyelamat membantu menyelamatkan mangsa yang terkandas. Cabaran yang dihadapi selain dari air yang masih belum surut ialah suasana gelap gelita serta kereta yang terbengkalai menyukarkan pergerakan.

Antara yang diselamatkan adalah sebuah keluarga dengan anak yang baru lahir serta warga emas.

Amirudin berkata, operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan lagi dengan bantuan pasukan Bomba, serta Pasukan Gerakan Am (PGA), dan operasi diselaraskan oleh Ketua Polis Shah Alam.

Sebelum ini, dilaporkan kira-kira 300 penduduk kawasan Taman Sri Muda terperangkap banjir sejak Sabtu berjaya diselamatkan pagi Ahad, dan kesemua mereka kini ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) dan akan dibenarkan pulang selepas banjir surut.

Setakat jam 10 pagi ini, seramai 32,044 individu telah ditempatkan di 162 Pusat Penempatan Sementara (PPS) di seluruh 9 daerah dalam Negeri Selangor. Daerah Klang mencatatkan jumlah tertinggi dengan jumlah 18,858 individu.

Sumber: Twitter

’30 Tahun Duduk Di Shah Alam, Ini Kali Pertama Berlaku’– Jihan Muse Terperangkap Dalam Banjir, Kak Lina Pom Pom Ganti Di GV8

$
0
0

Fenomena banjir besar yang melibatkan negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan pada Sabtu lalu telah mengejutkan semua orang. Pengacara Jihan Muse antara selebriti yang terjejas akibat bencana alam itu.

Artikel Berkaitan: ‘Ya Allah… Saya Tak Terkata’ – Sebak Lihat Mangsa Banjir, Siti Nurhaliza & Datuk K Turun Padang Hulur Bantuan

Artikel Berkaitan: Terkandas Di Kawasan Tanah Runtuh, Fizo Omar Sedih Tak Boleh Bantu Warga Emas & Bayi – ‘Ramai Terpaksa Keluar Dari Kereta Cari Tempat Selamat’

Banjir paling teruk

Tidak dapat mengacara program Gegar Vaganza lapan (GV8) minggu kelima, pasangan pengacaranya, Nabil Ahmad membuat panggilan video secara siaran langsung, malam tadi, di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menurut Jihan, ini adalah kali pertama dia merasai pengalaman banjir besar sejak tinggal di Shah Alam, Selangor kira-kira 30 tahun lalu.

Saya dah duduk di Shah Alam ini lebih 30 tahun. Ini adalah kali pertama berlaku banjir besar seperti ini. Shah Alam memang teruk.

Satu musibah melanda yang kita tak bersedia untuk hadapi. Ini bukan kawasan yang selalu kena banjir jadi agak terkejut juga.

Walau macam mana pun, kita dah hadapi pelbagai jenis musibah dalam dua tahun ini. Terkejut tapi ada sedikit ketenangan, saya fikir ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Rumah sendiri selamat

Bagaimanapun, pemilik nama Nuur Jihan Musa menzahirkan rasa syukur kerana rumahnya tak dinaiki air. Namun, naib juara Raja Lawak musim ketiga ini mendedahkan rumah ahli keluarga lain yang terletak di Hulu Langat terjejas teruk ekoran air mencecah paras bumbung.

Untuk rumah saya sendiri Alhamdulillah semua selamat termasuk kereta. Tapi rumah ahli keluarga saya di kawasan Hulu Langat, air sudah cecah paras bumbung. Paling teruk pernah berlaku.

Apa-apa pun, hujan dah berhenti, air pun dah makin surut. Lepas ini nak kena tengok apa kerosakan, nak cuci kotoran lagi.

Sehubungan itu, posisi Jihan digantikan oleh artis versatil, Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan Kak Lina Pom Pom.

Sumber: Instagram @jihanmuse

Foto: Astro & Azrul Rafie

[VIDEO] Majlis Kahwin Dibatalkan, Pengantin Agih Lauk Kenduri Kepada Mangsa Banjir

$
0
0

Banjir kilat yang melanda negara baru-baru ini telah mengakibatkan banyak kawasan terjejas terutamanya bagi penduduk di Selangor. Bukan itu sahaja, banyak aktiviti turut tergendala berikutan dengan bencana alam yang berlaku.

Agih lauk kenduri kepada mangsa banjir

Foto: Facebook Ahmad Firdaus Misnan

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan pasangan pengantin terpaksa membatalkan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung di Grand Gerbang Hall Meru, Klang. Berikutan dengan bencana alam yang berlaku, pihak pengantin mengambil inisiatif dengan mengagihkan lauk kenduri mereka kepada mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara SMK Meru, Klang.

Menerusi video dan gambar yang dikongsikan kelihatan orang ramai sedang beratur mengambil juadah yang disumbangkan. Tindakan murni yang dilakukan telah mendapat pujian ramai. Rata-rata daripada netizen mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan mereka menyalurkan sumbangan. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar pasangan ini dimurahkan rezeki dan diberi kebahagiaan dunia akhirat kerana telah memulakan sebuah perkahwinan dengan melakukan perkara baik.

Semoga dimurahkan rezeki

@erinereneMkn lauk kenduri majlis dibatalkan. Mkn dkt pusat memindahan banjir Meru, klang. Tq katering GGH #banjir #banjirklang #merubanjir #mangsabanjir? PENANTIAN ARMADA – sadvibes?

Respon netizen

Sumber: Ahmad Firdaus Misnan, Erinerene

Viewing all 34970 articles
Browse latest View live