Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 34944 articles
Browse latest View live

Sejam Tanpa Phone? Boleh Tahan Ke? Kalau Boleh Trylah Pepsi Blackout Hour Challenge Ni!

$
0
0

Smartphone kita ni memang dah macam nyawa dah. Mana-mana pergi je mesti bawa. Kalau telefon tak ada dekat tangan walaupun sekejap boleh gugur jantung.

Masa makan main phone, masa kerja main phone, masa mandi pun ada yang bawak! Ish, ish, ishhh. Kalau korang asyik tengok phone je, bila masa pula korang nak luangkan masa dengan keluarga korang? Mesti korang akan terlepas masa-masa berharga dengan mereka lagi-lagi bila berborak tu, mesti dengar tak dengar je sebab leka dengan telefon kan?

Kalau time lepak pulak, beria-ria kawan-kawan bercerita tapi korang tak fokus ha baik tak payah keluar lepak macam tu kan?

Sebab tu lah Pepsi buat challenge terbaru ni, iaitu Pepsi Blackout Hour Challenge!

Tahan sejam je tanpa phone, Pepsi Blackout Hour Challenge ni ajak korang untuk luangkan lebih masa dengan keluarga dan kawan-kawan!

Bila korang buat challenge ni korang akan sedar yang banyak benda dah berubah dalam keluarga dan kawan-kawan korang. Mungkin baru sedar adik korang dapat straight A dalam peperiksaan. Atau sebenarnya mak korang berkawan dengan mak kawan-kawan korang jugak.

Paling best bila korang main challenge ni, bukan sahaja boleh main bersama ahli keluarga tapi juga kawan-kawan! Ia juga beri peluang untuk korang recharge diri korang.

Ha haritu lama duduk rumah sebab PKP kan? Ni dah dapat jumpa kawan, takkan semua nak main phone pulak. Buat Blackout Challenge lah apa lagi!

Mesti seronok lagi-lagi kalau ada kawan yang suka bersaing tu. Ha tengok siapa yang boleh tahan tak tengok phone walaupun telefon mereka asyik vibrate je dengan notifikasi.

Caranya pun mudah je!

Korang hanya perlu fokus untuk fizz, hidangan korang dan luangkan masa selama sejam tanpa telefon korang. Siapa yang tak boleh tahan dan nak jugak pegang telefon mereka, akan disingkirkan!

Siap boleh dapat baucar GrabFood sebanyak RM20 lagi kalau korang berjaya habiskan Blackout Hour Challenge ni!

 

Untuk dapatkan RM20 ni korang kena pastikan masa buat challenge tu, ada korang minum air Pepsi.

Terpaling mudah sangat-sangat nak memang. Makan dengan minum air Pepsi kombinasi yang cukup sempurna. Tup,tup dah dapat RM20!

Ikut je langkah dibawah:

Langkah 1: Beli pek edisi terhad Pepsi Black “Taste of Malaysia”

Langkah 2: Imbas kod QR di pek tersebut

Langkah 3: 
Ikut segala arahan di microsite Pepsi, yang dimana termasuklah letakkan telefon korang di tepi. P/s: nak lagi best, korang letakkan handphone korang dalam silent mode!

Langkah 4: Nikmati hidangan korang dengan PepsiTu je dah boleh menang RM20 baucar GrabFood!

Nak buat dekat kedai makan? Tak ada masalah! Lagi banyak benda best korang boleh menang!

Lagi meriah kalau buat dekat luar! Pepsi akan berkolaborsi dengan beberapa outlet makanan untuk memudahkan korang join ni di luar. Korang boleh ke LINK ini untuk tengok outlet mana yang paling ngam untuk korang buat challenge ni!

Boleh menang extra hadiah dan juga Pepsi merchandise!

Set la lepak session dengan kawan-kawan atau keluarga korang sekarang!

Lahh apa tunggu lagi! Hujung tahun ni mesti banyak Year End Celebration kan, memang masa yang paling sesuai untuk korang set time dengan keluarga atau kawan-kawan korang untuk buat Blackout Hour Challenge ni! Gandingkan makanan korang dengan Pepsi dan join challenge ni sekarang!

Maklumat lanjut korang boleh lawati laman Facebook Pepsi dan juga Instagram mereka!

 

 


Wanita Lahirkan Bayi Pramatang Supaya Suami Penghidap Kanser Sempat Berjumpa Dengan Anak Lelaki

$
0
0

Seorang wanita membuat keputusan untuk melahirkan bayinya yang masih belum cukup bulan agar suaminya, seorang penghidap kanser yang ketika itu sedang ‘menghitung hari’ dapat berjumpa dengan anak lelaki mereka.

Sempat berjumpa dengan anak kurang sejam

Haley Parke, seorang wanita dan isteri berusia 28 tahun membuat keputusan yang besar dalam hidupnya untuk melahirkan seorang bayi pramatang, agar suaminya yang menghidap kanser sempat bertemu dengan anak kedua mereka.

Haley menggambarkan situasi itu sebagai satu kenangan yang pahit dan manis dalam hidupnya. Anak kedua mereka, John Beeson Parke diambil dan dibawa ke wad yang terletak dua tingkat di atas bilik bersalin sebaik sahaja dilahirkan untuk bertemu dengan bapanya, John Brinton Parke.

John pada ketika itu sudah berada pada saat-saat akhir hidupnya selepas berperang dengan sejenis kanser buah pinggang yang jarang ditemui.

Anak kedua pasangan itu yang diberikan nama gelaran ‘baby Jb’, diletakkan di atas dada John, dan mereka sempat meluangkan masa bersama lebih kurang 35 hingga 40 minit sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir.

Bayi dilahirkan sihat walaupun belum cukup hari

Ketika kandungan Haley berada diusia 37 minggu, dia dan suami bertemu dengan doktor mereka dan soalan pertama yang diajukan Haley adalah bolehkah dia melahirkan anak mereka dengan lebih awal.

Kurang dari 24 jam selepas itu, Haley melahirkan baby Jb yang sihat dengan berat badan 3.28kg dan kemudian mengucapkan kata selamat tinggal terakhir buat suaminya.

John meninggal dunia pada usia 33 tahun meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak termasuk baby Jb dan seorang anak lelaki berusia 18 bulan.

Dia telah disahkan menghidap sejenis kanser buah pinggang pada Januari 2021 dan pada ketika itu, diagnosis tersebut berada di satu tahap yang tidak mampu disembuhkan lagi, namun John tetap menjalani kemoterapi yang akhirnya tidak membuahkan hasil.

Pasangan tersebut membuat keputusan untuk memberikan seorang adik kepada anak sulung mereka yang pada ketika itu berumur 10 bulan agar dia tidak membesar keseorangan.

Haley disahkan mengandung pada bulan April dengan teknologi ‘in-vitro fertilization’ (IVF).

Sumber: yahoo! news

Dengar Jeritan Minta Tolong, Orang Ramai Selamatkan Warga Emas Berkerusi Roda Terkandas Atas Bumbung Surau

$
0
0

Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Selangor sejak Jumaat lalu telah menyebabkan penduduk negeri itu terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara bagi mendapatkan perlindungan. Malah, ada yang terperangkap di rumah yang dinaiki air menanti pertolongan daripada pihak berwajib.

Antaranya, seorang warga emas berkerusi roda yang terkandas di atas bumbung selama sehari sebelum berjaya dibawa turun dengan bantuan orang ramai yang menjumpainya.

Seharian di atas bumbung

Video yang tular di TikTok itu menyaksikan seorang warga emas berkerusi roda terkandas di atas bumbung sebuah surau sebelum diselamatkan orang ramai. Kejadian dikatakan berlaku di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor.

Menurut pemilik video, @khairulnizam1881, pasukannya menjumpai warga emas itu setelah mendengar bunyi jeritan meminta tolong ketika mencari mangsa banjir di kawasan tersebut.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan lebih kurang 15 orang lelaki yang bertungkus lumus membantu pak cik tersebut turun dari bumbung dalam keadaan yang selamat dan tidak terjatuh dari kerusi rodanya.

@khairulnizam1881

Menurun Mangsa Banjir yg Ke 2 Pakcik Ni Lumpuh. #banjirhululangat #hululangatmenangis #squadpermudalejas #fyp #tiktokmalaysia #tiktokviral

? original sound – KNMJ18481 – KNMJ18481

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut tersentuh, dan bangga dengan keprihatinan orang Malaysia dalam membantu satu sama lain tatkala berlakunya krisis. Tidak kurang juga mereka yang mendoakan kesejahteraan buat mereka yang telah membantu pakcik tersebut.

Sumber: @khairulnizam1881

Tak Boleh Balik Kampung Sebab Anak Tak Sihat, Siti Nurhaliza Risau Tengok Keadaan Banjir Di Pahang –‘Saya Di Kuala Lumpur Tapi Hati Di Daerah Lipis’

$
0
0

Ketika negeri Selangor teruk dilanda banjir pada hujung minggu lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi salah seorang individu terawal tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Artikel Berkaitan: ‘Ya Allah… Saya Tak Terkata’ – Sebak Lihat Mangsa Banjir, Siti Nurhaliza & Datuk K Turun Padang Hulur Bantuan

Hati di daerah Lipis

Terbaru, Siti, 42, meluahkan rasa risau selepas kampung halamannya yang terletak di Kuala Lipis, Pahang teruk dilanda bencana alam tersebut.

Kata pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin, walaupun dia kini berada di Kuala Lumpur namun hakikatnya hati dan fikiran sedang memikirkan nasib penduduk di sana.

Biarpun tidak dapat turun padang ke lokasi, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K ini sedaya upaya mencari jalan untuk menghantar bantuan.

Keadaan di Kuala Lipis, Pahang. Sukar nak saya gambarkan bagaimana keadaan ini tetapi inilah dugaan buat orang kampung saya, Januari lalu juga keadaannya begini.

Keadaan jalan untuk pulang juga menyukarkan team saya untuk ke sana tetapi apa yang penting adalah, kami sedaya mampu akan membantu.

Walaupun saya di Kuala Lumpur, terkekang dengan hal-hal di sini serta anak-anak saya juga tidak berapa sihat, tetapi hati saya pastinya ada di daerah Lipis. Banyak kawasan terjejas, bukan hanya di bandar malah di kampung-kampung sekitar. Sekolah saya juga terjejas sama.

Terus kuat rakyat Malaysia

Dalam pada itu, pelantun lagu Anta Permana akui terharu melihat keteguhan rakyat Malaysia membantu sesama sendiri tanpa berkira tenaga, kaum dan wang ringgit.

Tidak kira di negeri mana, kawasan mana, semoga kita sama-sama dapat mengharungi ujian ini.

Saya terharu melihat bagaimana rakyat Malaysia berganding bahu dalam apa jua situasi sukar yang sedang menimpa. Terus kuat! Saya doakan agar kita semua diberikan kekuatan dan ketabahan.

Kepada yang sama-sama ingin membantu, anda boleh menyumbang ke tabung Bantuan Khas Palestin, Covid-19 dan Bencana Alam, ada di linktree di bio saya. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan prihatin.

Terdahulu, Siti dan Datuk K ligat menghantar bantuan kepada mangsa terjejas di kawasan Lembah Klang pada Ahad lalu.

Sumber: Instagram @ctdk

Cara-cara untuk membeli kereta terpakai: Pengedar Kenderaan, Pemilik Kenderaan atau Platfom Online

5 Pencuci Mulut Ini Jadi ‘Favourite’ Marsha Milan Sampai Sekarang, Nampak Sedap!

$
0
0

Siapa yang lepas makan hidangan utama, mesti lepas tu cari dessert? Kalau tak ada, rasa macam tak puas pulak makan.

Lagipun manisan ni boleh buat kita rasa segar. Memang nikmat. Sama la seperti Marsha Milan. Dia pun sukakan pencuci mulut. Korang boleh cuba pencuci mulut yang disukainya ni. Serius sedap!

Aiskrim

Kredit: tallypress.com

Siapa je yang tak suka makan aiskrim kan? Bukan Marsha je yang suka, kami pun suka jugak. Lagi-lagi kalau dapat makan aiskrim pada waktu tengah hari dengan cuaca panas. Rasanya yang manis ditambah dengan sejuknya. Heaven!

Jeli kelapa

Kredit: bkkfoodie.com

Antara pencuci mulut paling simple tapi sedap dimakan. Semestinya jeli kelapa. Patut lah Marsha suka. Selain rasanya yang sedap dan teksturnya yang kenyal, ia juga menyegarkan. Tengah-tengah panas ni, dapat pulak jeli kelapa ni, pergh memang sejuk tekak.

Kek coklat

Kredit: www.latimes.com

Ladies semua mesti sukakan kek coklat seperti Marsha Milan kan? Tak kira jenis apa pun, pencuci mulut ni memang digilai ramai. Lelaki pun ada yang suka jugak tau. Kalau orang bagi ni sebagai hadiah, senyum sampai ke telinga haa!

Apple crumble

Kredit: www.archanaskitchen.com

Pencuci mulut yang Marsha Milan suka ni boleh tahan menarik! Ada yang pernah cuba apple crumble tak? Penggemar epal sekalian kena cuba pencuci mulut ni tau. Jujur kami katakan yang pencuci mulut ni memang sedap. Cuba sekali mesti nak lagi!

ABC

Kredit: Twitter David Horgan Jr

Orang Malaysia kalau pergi kedai makan, memang tak sah kalau tak order Air Batu Campur atau ABC sebagai pencuci mulut. Marsha Milan pun macam tu jugak. Minuman berasaskan ais dan dicampur dengan bahan seperti kacang, buah kabung, cendol, jagung manis, air nisan, susu, sirap dan cincau. Buat orang tergoda!

Nampak sedap pencuci mulut yang Marsha Milan suka ni. Tak sabar nak cuba. Korang mesti tertanya-tanya kenapa kami cerita pasal Marsha Milan dengan manisan yang disukainya kan?

Haa..kalau korang nak tahu, Marsha Milan ialah duta baru CSR pada tahun 2021! Dia pun rekomen korang untuk gunakan Gula Perang CSR Better Brown dalam masakan mulai hari ni. Nak tahu kenapa?

Gula Perang CSR Better Brown ialah pilihan gula yang lebih sihat!

Sebabnya, Gula Perang CSR Better Brown ialah produk gula rendah glisemik yang pertama di Malaysia. Pilihan tepat untuk gaya hidup sekeluarga yang lebih sihat!

Setiap masakan yang menggunakan Gula Perang CSR Better Brown memang sedap dan tak manis sangat. Kesihatan lebih terjaga. Paling penting, ia gula khusus ke arah semula jadi iaitu Gula Perang.

Gula Perang CSR Better Brown membantu meningkatkan rasa dan aroma makanan dan minuman. Apa yang bagusnya, ia menyokong pengurangan gula, rendah glisemik dan kurang diproses.

Paling best, Gula Perang CSR Better Brown tiada bahan tambahan dan tiruan pun. Ia dari sumber semula jadi jus tebu dan dan menawarkan rasa karamel yang mendalam, paling sesuai untuk mana-mana resipi makanan dan minuman.

Nak makan manis boleh, tapi pastikan jaga kandungan gula dalam badan kita tu. Jadi, apa tunggu lagi? Jomlah bertukar ke Gula Perang CSR Better Brown, pilihan gula yang lebih sihat! Tak perlu risau lagi selepas ni. Yay!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh terus ke laman web ni: https://csr-malaysia.com.my/healthier-sugar/.

Hanya Sekali Lafaz, Uyaina Arshad Sah Milik Raja Syahiran

$
0
0

Selepas setahun lebih bercinta, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad, 29, dan penyanyi, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, sah disatukan sebagai suami isteri, jam 9.03 pagi Selasa.

Sekali lafaz

Pasangan berkenaan dinikahkan oleh abang kandung Uyaina, Mohd Attaful Uzair Arshad dengan bersaksikan Pendaftar Penikahan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan, Mohd Abd Nasir Abdullah dan dua orang saksi.

Pada majlis yang berlangsung di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur, Uyaina menerima mas kahwin sebentuk cincin dan gelang tangan emas.

Bintang drama Perempuan Tanpa Dosa itu yang bergelar isteri dengan sekali lafaz, memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran atas persetujuan kedua belah pihak serta tiada pertukaran dulang hantaran.

Majlis akad nikah tersbeut dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja seramai 100 orang dan mereka masih belum merancang untuk melangsungkan majlis resepsi.

Tangguh ‘honeymoon’ di Eropah

Dalam pada itu, bekas Juara Pencarian Nona Manis 2015 melahirkan rasa syukur acara akad nikahnya berjalan dengan lancar biarpun pelbagai dugaan yang perlu ditempuh.

Alhamdulillah… majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pada hari ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.

Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami.

Bercerita mengenai destinasi bulan madu, pasangan ini memilih Eropah namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan variant baharu Covid-19.

Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing.

Memilih #URS sebagai tanda pagar rasmi walimatulurus mereka, yang merupakan akronim Uyaina Raja Syahiran dan juga merupakan singkatan bagi perkataan ‘Yours,’ dengan sebutan yang sama.

Selain itu, #HinggaAkhirWaktu juga menjadi tanda pagar pilihan pasangan ini disebabkan oleh lagu yang dicipta oleh Syahiran bersama Uyaina dan dihadiahkan buat Ummi kepada aktres itu, Siti Noor Farah. Muzik video lagu #HinggaAkhirWaktu pula ini akan dilancarkan pada Januari tahun hadapan.

Terdahulu, pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan majlis merisik telah berlangsung pada bulan Julai 2019.

Majlis merisik juga dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat Syahiran dan Uyaina.

Ibu Saksi Anak 8 Tahun Dirogol Bekas Suami Di Depan Mata, Dipaksa Makan Pil Kuda – ‘Turut Dirogol Bapa Saudara’

$
0
0

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dipercayai dirogol dan diliwat oleh bapa tiri dan bapa saudaranya di sebuah rumah di Pasir Puteh, Kelantan pada 14 Disember lalu.

Paksa mangsa makan pil kuda

Memetik laporan Harian Metro, ibu mangsa berdepan detik hitam apabila menyaksikan anak perempuannya dirogol oleh bekas suami. Menurut sumber, bekas suami wanita ini yang juga merupakan bapa tiri mangsa dikatakan telah memaksa kanak-kanak malang itu memakan pil kuda sebelum merogolnya. Menurut Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Shafien Mamat, ibu mangsa tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang dipukul oleh suspek.

Pada hari sama, kanak-kanak itu turut dirogol seorang lagi suspek iaitu bapa saudaranya.

Selepas kejadian itu, wanita terbabit bersama anaknya dipercayai telah melarikan diri sebelum melaporkan kepada pihak polis. Difahamkan, wanita itu juga cuba menghubungi beberapa pihak badan bukan kerajaan (NGO) di Facebook untuk mendapatkan bantuan.

Mangsa dirogol dan diliwat

Berikutan daripada maklumat yang diterima, polis akhirnya berjaya menahan kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 46 tahun. Kedua-dua suspek telah ditahan reman bermula 18 hingga 24 Disember dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, 377C Kanun Keseksaan, 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak dan 14(b) AKSTK.

Pihak polis menangkap kedua mereka bagi membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati mereka positif methamphetamine.

Sementara itu, mangsa telah dihantar Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu dan hasil pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu bukan sahaja dirogol tetapi turut diliwat.

Sumber: Harian Metro


Ini Cara Pastikan Minyak Wangi Yang Korang Beli Tu Betul-Betul Selamat Dipakai, Senang Gila!

$
0
0

Minyak wangi dah lama menjadi aksesori yang wajib dikenakan agar badan kita sentiasa berbau harum dan segar. Sebenarnya minyak wangi boleh membantu kita menjadi lebih yakin untuk berdepan dengan orang ramai. Confident gitu!

Banyak minyak wangi yang terdapat di pasaran sekarang. Sebelum beli, korang kena pastikan minyak wangi tu selamat dipakai untuk memastikan kesihatan korang terjaga. Macam mana nak tahu minyak wangi tu betul-betul selamat dipakai? Meh kami ajar.

Beli minyak wangi berjenama.

Kredit: Instagram @pipirazi

Bukan main-main tau. Korang memang kena beli minyak wangi berjenama kalau nak lebih yakin. Minyak wangi berjenama semestinya mengikuti peraturan ketat daripada pembuatan sehingga la pembungkusan. Confirm lebih selamat.

Beli dari kedai jenama rasmi dan penjual yang disahkan SAHAJA.

Kredit: Instagram @enchanteurmy

Biasa korang beli minyak wangi kat mana? Pada kami, baik korang beli dari kedai jenama rasmi dan penjual yang disahkan je. Jangan pandai-pandai beli di kedai atau penjual yang korang tak tahu dari mana asal-usul. Takut minyak wangi tu tak selamat je.

Hati-hati kalau harganya terlalu rendah, entah-entah palsu!

Kredit: xtra.com

Nampak harga murah je, mesti nak beli. Biasa la tu. Bab ni kalau korang nak gunakan pada minyak wangi, kena hati-hati sikit. Lagi-lagi kalau minyak wangi tu murah sangat. Sounds fishy. Mana la tahu minyak wangi tu palsu. Bahaya kot.

Mintak resit asal untuk minyak wangi yang korang beli.

Setiap minyak wangi yang dibeli, jangan lupa tanya pasal resit dulu. Resit ni penting untuk pastikan korang boleh claim kalau jadi apa-apa. Kena pastikan resit yang asli ya. Kalau kedai atau penjual tu tak boleh sediakan resit, bye bye je la kat dia.

Check ada tak logo seperti HALAL, ISO atau sebarang pensijilan lain yang boleh dipercayai.

Kredit: bangkitmedia.com

Paling penting, korang kena check logo seperti HALAL, ISO atau sijil yang dipercayai pada minyak wangi tu. Senarai bahan yang digunakan dalam minyak wangi tu pun kena check. Kalau label pada minyak wangi tu pun nampak ragu-ragu, lagi elok tak payah beli.

Hubungi NPRA kalau korang ada sebarang keraguan.

Kredit: istockphoto.com

Masih ragu-ragu dengan minyak wangi tu? Tak apa. Korang boleh hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Check sama ada minyak wangi yang korang nak beli tu ada dalam senarai produk yang berdaftar di NPRA atau tak. Kalau ada, memang selamat la.

Nak tahu lebih lanjut, korang boleh tonton sendiri video dekat bawah ni:

Lebih selamat kalau minyak wangi tu ada Perfume Safety Seal!

Nak lebih selamat dan yakin, kami syorkan korang gunakan minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur. Minyak wangi ni semuanya popular di Malaysia sekarang. Kalau dah cuba satu, mesti akan repeat punya.

Penting untuk beli produk yang betul-betul sahih kan? Haa.. Bahan-bahan dalam minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur sudah mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ketat tau.

Sebab tu la, mereka perkenalkan Perfume Safety Seal yang ada pada minyak wangi mereka. Haa.. Sekarang korang mesti dah tertanya-tanya, apa fungsi Perfume Safety Seal ni sebenarnya?

Perfume Safety Seal membantu untuk membuktikan semua bahan yang digunakan telah dinilai selamat tanpa kesan sampingan yang berbahaya kepada kesihatan korang. Paling best, korang boleh check sama ada produk yang korang beli tu sahih atau tak dengan hanya mengimbas kod QR yang ada.

Senang cerita, memang mudah korang nak kenal minyak wangi tu betul-betul selamat dipakai kalau ada Perfume Safety Seal ni. Berguna betul!

Kredit: FB Raja Lepak

Memang berterima kasih sangat pada minyak wangi jenama Dashing, Romano dan Enchanteur yang telah disahkan dengan selamat dengan Perfume Safety Seal. Minyak wangi ni merupakan minyak wangi pertama yang gunakan cara macam ni untuk mudahkan pengguna. Tabik spring la!

Tengok la, betapa pentingnya Perfume Safety Seal ni. Lepas ni boleh la korang pakai minyak wangi yang betul-betul selamat dipakai. Memang bagus la.

Jangan lupa kongsikan perkara ni dengan keluarga dan kawan-kawan korang jugak tau. Korang kena ajar mereka cara ni supaya mereka pakai minyak wangi yang betul-betul selamat.

Untuk info lebih lanjut, korang boleh terus ke laman web ni: https://perfumesafety.com.my

Lelaki Intai, Rakam Wanita Mandi Di Pusat Pemindahan Sementara

$
0
0

Masih ada yang mengambil kesempatan di dalam kesempitan. Seorang lelaki diburu pihak berkuasa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SMK USJ23, Subang Jaya, Selangor selepas dipercayai mengintai dan merakam di dalam tandas wanita.

Merakam di dalam tandas wanita

Tular sebuah hantaran video di Facebook satu pengumuman yang dibuat pihak bertugas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK USJ23, Subang Jaya, Selangor yang sedang mencari seorang lelaki yang dikatakan menggunakan telefon bimbit untuk merakam di dalam tandas wanita di PPS itu.

Menerusi pengumuman yang dibuat di dalam video tersebut, pihak polis kini sedang mencari lelaki tersebut yang dipercayai masih lagi berada berdekatan kawasan berkenaan.

Saya percaya dia masih ada di kawasan ini, pihak polis sedang mencari. Kalau ada siapa-siapa yang nampak lelaki yang menggunakan ‘handphone’ di tandas wanita, tolong maklumkan kepada saya.

Menjengah di ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang berang dengan sikap yang masih ingin mengambil kesempatan walaupun sedang berada di dalam situasi yang genting.

Sumber: Saudagar Kayangan

Viral Video Mangsa Banjir Pecah Masuk Mydin Mart, Pengarah Urusan Mydin Halalkan Demi Kelangsungan Hidup

$
0
0

Foto: Astro Awani

Baru-baru ini viral beberapa video dan foto di media sosial memaparkan sekumpulan mangsa banjir bertindak memecah masuk sebuah Mydin Mart di Sri Muda, Shah Alam untuk mencari makanan demi kelangsungan hidup.

Terbaru, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin memberi respon berhubung insiden terbabit.

‘Saya menghalalkan mereka’

Foto: Harian Metro

Menerusi satu kenyataan hari ini, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin memaklumkan dia menghalalkan mereka yang melakukan perkara tersebut demi kelangsungan hidup. Jelasnya lagi, meskipun dia tidak menyokong perbuatan mencuri namun dalam keadaan darurat, mungkin mangsa banjir tiada pilihan lain dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut.

Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya.

Dalam kesempatan itu, beliau memohon agar rakyat Malaysia memanjatkan doa kepada Allah SWT agar mangsa banjir terselamat dan bencana banjir serta pandemik kembali pulih seperti biasa.

Difahamkan, cawangan Mydin Mart, Sri Muda, Shah Alam turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 dan mengakibatkan kerugian lebih jutaan ringgit.

Kenyataan Rasmi

Sumber: Mydin

Tak Sorok Wajah Anak, Elly Mazlein Selesa Tidak Terlalu Terbuka Kongsi Di Media Sosial –‘Saya Rasa Bahagia Dengan Cara Sebegini’

$
0
0

Umum tahu, pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein kini bergelar ibu kepada sepasang cahaya mata selepas melahirkan anak lelaki pada Oktober lalu di sebuah pusat perubatan swasta.

Saya tak sorok anak

Ketika ditemui OhBulan!, Elly atau lebih mesra disapa Lina Pom Pom menyatakan anak lelakinya, Haider Mateen akan memasuki usia dua bulan pada 23 Disember ini.

Menurut Lina, 41, dia tidak berniat untuk sorok tetapi akuinya dia lebih selesa memilih tidak terlalu terbuka berkongsi foto wajah anaknya termasuk puteri sulungnya, Putri Sara Sefhia Azmi.

Alhamdulillah kehidupan saya macam biasa selepas bersalin. ‘Baby’ dah memasuki usia sebulan insya-Allah 23 Disember ini dah dua bulan. Kalau ikutkan, bulan Februari tahun hadapan baru saya mula bekerja tetapi dah rezeki saya terima untuk menggantikan posisi Jihan Muse.

Saya tak sorok anak pun sebenarnya. Untuk ‘baby’ ini kami ada eksklusif dan akan dikongsikan menerusi program MeleTOP. Macam Sofea sebelum ini pun saya jarang tunjuk, sama juga dengan anak kedua ini.

Masing-masing ada cara tersendiri, begitu juga dengan saya. Saya rasa bahagia dengan cara sebegini.

Elly ditemui ketika selesai konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya baru-baru ini.

Langsung tak janggal

Sementara itu, pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi kagum dengan cara suaminya, Mohamad Azlan Che Nur menguruskan anak sulung mereka.

Kata pelakon drama Kampung People dan Kampung People 2, suaminya langsung tidak kekok menjaga ‘baby’ malah kasih sayang terhadap Sefhia langsung tidak berkurangan.

Suami saya kan cikgu, jadi dia memang sayangkan budak-budak. Tak nampak pun dia kekok dalam menjaga Haider. Cara dia jaga Haider macam sebelum ini pernah ada anak.

Dia langsung tak nampak janggal, berjaga malam, tolong bancuh susu.. kalau saya penat sangat dia akan uruskan segalanya.

Bila Haider muncul dalam kehidupan kami langsung tak nampak dia kurangkan kasih sayang terhadap Sefhia. Sama rata dia bagi. Dia jaga Sefhia dengan penuh kasih sayang.

Alhamdulillah, saya dikurniakan suami sebaik ini dan harap kekal sampai bila-bila.

Terdahulu, Elly dan Mohamad Azlan, 31, mendirikan rumah tangga pada 18 Januari tahun lalu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Menerusi perkahwinan pertamanya, Elly dikurniakan cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia lima tahun.

Demi Isteri, Lelaki Redah Banjir Datang Majlis Kahwin Seorang Diri, Seluar Basah Lencun Pakai Jersi Je

$
0
0

Baru-baru ini beberapa kawasan di sekitar Selangor dilanda banjir teruk sehingga menyebabkan ramai penduduk terperangkap di rumah masing-masing. Difahamkan usaha menyelamat masih diteruskan sehingga ke hari ini.

Namun, lain pula kisah seorang lelaki ini apabila sanggup meredah banjir demi menghadiri majlis perkahwinannya.

Akhirnya pengantin lelaki datang juga

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita, Marisamiat di TikTok, memaparkan seorang pengantin perempuan yang hampir bersanding seorang diri kerana pengantin lelaki tersebut ‘tersangkut’ akibat banjir di Shah Alam. Turut kelihatan pengantin perempuan yang dikenali sebagai Fatyn mengelap air matanya ketika di atas pelamin dan paluan kompang dimainkan.

Walau bagaimanapun, semuanya berubah apabila pengantin lelaki yang dikenali sebagai Khusairi tiba di majlis persandingannya seorang diri dalam keadaan seluar yang basah lencun. Walaupun begitu, kedatangannya itu tetap disambut baik dan meriah oleh keluarga termasuklah isterinya yang mengetahui kedatangan suaminya itu sebelum memeluknya erat.

Lebih meriah lagi, kedatangan Khusairi yang hanya berbaju jersey itu turut diiringi dengan paluan kompang dan juga bunga mangga. Dia difahamkan datang seorang diri tanpa diiringa keluarga lain. Video yang berdurasi selama satu minit itu meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 74 ribu tanda suka di TikTok.

Video penuh:

@marisamiatSian tgok pengantin perempuan.. sbab sanding seorang2 kat pelamin..di sebabkan pengantin lelaki sangkut sabab Banjir kat shah alam???.. #fyp? suara asli – Hi, ini meme – ????????????

@marisamiatAlhamdulillah.. pengantin lelaki dtg jgak seorg diri.. smua tamu dah balik.. dgn sluar basah2?. ya allah time ni sis nangis..? bunyi asal – Marisamiat??

Sumber: Marisamiat

Benarkan Pelanggan Terkandas Banjir Berlindung, AEON Shah Alam Mohon Maaf Jika Layanan Tidak Memuaskan

$
0
0

Ekoran banjir besar yang melanda Shah Alam pada Sabtu lalu, AEON Shah Alam telah membenarkan mangsa-mangsa banjir yang terkandas di sekitar kawasan berkenaan untuk berteduh di dalam pusat beli-belah tersebut.

Menyediakan pelbagai kelengkapan

Menerusi satu kenyataan yang dikongsi di laman rasmi Facebook, AEON Shah Alam memaklumkan semasa kejadian lebih 570 orang pengunjung terkandas semasa kejadian banjir teruk itu. Menyedari banjir kilat yang berlaku di sekitar kawasan pusat beli-belah, pihak pengurusan akhirnya membuat keputusan membenarkan pengunjung, kakitangan dan penyewa berlindung di dalam premis sementara menunggu keadaan kembali pulih.

Para pelanggan yang terkandas di dalam premis tersebut dilayan baik oleh pihak AEON seperti dibenarkan untuk baring di sofa mahupun katil-katil pameran. Bukan itu sahaja, bantuan segera seperti air mineral, susu tepung, lampin pakai buang, roti, air panas serta tuala dan pakaian diberikan kepada mereka yang memerlukan akibat basah kuyup.

Pihak AEON turut menjelaskan bahawa dengan keadaan yang tidak bersedia serta kekangan tenaga pekerja, mereka sedaya upaya memberi bantuan dari setiap tingkat premis Mall tersebut supaya pelanggan lebih selesa. Mereka yang bermalam di situ turut dibenarkan menggunakan fasiliti yang sedia ada seperti surau, tandas dan bilik bayi.

AEON bagaimanapun memohon maaf sekiranya bantuan yang diberikan ketika hari kejadian tidak memuaskan ramai pihak. Sebelum ini wujud dakwaan pusat beli-belah itu menghalau orang ramai yang ingin menumpang berteduh.

Video penuh:

Sumber: Aeon Retail Malaysia

Pembantu Rumah Pelakon Taiwan Kaya Sekelip Mata, Majikan Tinggalkan Hadiah RM300k & Perhiasan Emas Sebelum Meninggal

$
0
0

Ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pembantu rumah dan pengasuh, seorang wanita dari Indonesia ini menjadi ‘kaya’ dalam sekelip mata selepas majikannya meninggalkan hadiah berjumlah hampir RM300k kepadanya sebelum meninggal dunia.

Pelakon terkenal Taiwan meninggal dunia

Memetik laporan Kompas, Chen Sung-Young yang merupakan seorang pelakon terkenal Taiwan itu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 17 Disember lalu ketika usianya 80 tahun. Difahamkan, mendiang Chen Sung-Young telah menceburkan diri dalam bidang lakonan sekitar tahun 1970 bahkan pernah memenangi beberapa anugerah dan penghargaan sepanjang kerjayanya.

Namun sekitar tahun 2000, mendiang Chen Sung-Young memilih untuk bersara dari bidang lakonan berikutan dengan keadaan kesihatannya yang semakin merosot. Pada 2006, mendiang menderita strok dan menghidap ulser perut pula pada 2009. Pada tahun 2016 pula, mendiang menghidap penyakit edema pulmonari.

Bagi hadiah berjumlah RM300k

Difahamakan, mendiang Chen Sung-Young tidak berkahwin dan tidak memiliki anak. Oleh itu, mendiang telah mengupah seorang wanita dari Indonesia iaitu Yuli sebagai pembantu rumah untuk membantu menguruskan keperluan hariannya. Malah, dalam sebuah temubual sebelum ini, mendiang menjelaskan bahawa dia dan Yuli sangat rapat malah dia juga telah menganggap wanita itu seperti anaknya sendiri.

Menurut sumber, sebelum meninggal dunia, Chen berjanji akan memberikan yang terbaik untuk Yuli kerana keikhlasan wanita itu menjaganya dengan baik selama ini. Chen berbuat demikian supaya Yuli dapat membeli tanah dan membina perniagaan apabila dia pulang ke Indonesia. Mendiang telah mewasiatkan hadiah berjumlah hampir RM300k kepada Yuli.

Difahamkan, sebelum ini juga, mendiang Chen pernah memberikan sejumlah perhiasan emas bernilai 1.2 juta TWD (RM180,000) kepada Yuli.

Sumber: Kompas


Suami Terkejut Tengok CCTV Isteri Bawa Balik Lelaki Lain, Siap ‘Berasmara’ Dekat Ruang Tamu Lagi!

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita yang juga bergelar isteri kantoi bermain kayu tiga bersama lelaki lain ketika suaminya tiada di rumah. Lebih meruntun hati apabila si suami hanya mengetahui kecurangan si isteri menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya.

Isteri kantoi bawa balik lelaki lain

Foto: World Today

Memetik laporan World Today, si suami yang dikenali dengan nama Peng Jichang telah berkahwin dengan isterinya selama lima tahun. Tetapi lelaki yang berasal dari Wuhan, China ini kerap tiada di rumah kerana kesibukannya bekerja di luar kawasan. Berikutan daripada itu, dia membuat keputusan untuk memasang CCTV di rumahnya bagi memantau keselamatan dan sebagai pengubat rindu terhadap isteri tersayang.

Namun siapa sangka, pada suatu hari ketika memeriksa rakaman CCTV menerusi telefon bimbit, dia terkejut melihat isterinya membawa lelaki lain masuk ke rumah mereka semasa ketiadaannya. Tidak terhenti di situ, wanita terbabit juga kelihatan sedang bermesra dengan lelaki tersebut di ruang tamu. Peng Jichang mengaku tidak sangka isteri yang dipercayainya selama ini tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu sehingga sanggup tidur dengan lelaki lain.

Rupanya dah 7 tahun jalin hubungan sulit

Foto: News Beezer

Selepas diselidiki, Jichang akhirnya mendapat tahu mengapa isterinya enggan bersetubuh dengannya kerana isterinya dan lelaki tersebut sebenarnya telah mempunyai hubungan sulit selama tujuh tahun sehingga hamil tetapi terpaksa menggugurkan kandungan itu. Jelas Jichang lagi, mereka berdua menjalinkan hubungan sebelum dia mengahwini isterinya.

Meskipun kantoi berlaku curang, wanita berkenaan dikatakan langsung tidak menunjukkan rasa menyesal. Jichang yang terlalu kecewa kemudian membuat keputusan untuk bercerai.

Sumber: World Today

Dah Dua Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Shila Amzah Failkan Perceraian – ‘Dia Decide Nak Prolong Benda Ni’

$
0
0

Di Instagram, penyanyi, Shila Amzah membuat pendedahan mengejutkan apabila dia dikatakan sudah dua bulan keluar daripada rumahnya di Cyberjaya.

Dah dua bulan keluar rumah

Menurut pelantun suara ‘Patah Seribu’ ini, dia sudah memfailkan penceraian dengan suami. Namun, dia tidak memaklumkan secara terperinci bila permohonan tersebut dilakukan. Difahamkan, Shila Amzah yang tinggal bersama keluarganya buat sementara waktu di Kuala Langat berdepan dengan situasi sukar apabila kediaman mereka turut terlibat dengan banjir. Kini, mereka sekeluarga menumpang di rumah ibu saudara dan tinggal di satu bilik sahaja.

Saya sentiasa menunjukkan wajah yang gembira sampai orang tak tahu yang saya tengah berjuang. Dah dua bulan sha keluar dari rumah dengan Seth tumpang di rumah mak abah di Langat. Sha dah file cerai but unfortunately still on going process sebab dia decide nak prolong benda ni. Cuma bila dah jadi macam ni, sha dah tak boleh nak sabar lagi sebab sha pun trying my hardest to survive and jaga hati dan nama baik semua orang.

Berkongsi lebih lanjut, Shila memberitahu bahawa dia mempunyai sebuah rumah di Cyberjaya dan tidak selesa untuk pulang ke sana memandangkan suaminya masih tinggal di rumah tersebut.

Dia masih berada di rumah Sha. Seth tak selesa. Sha pun tak selesa. Kesian satu family sha duduk dalam satu bilik buat sementara waktu. How i wish I can go back to my cyber house. Bolehlah return the favour dekat my parents. Doakan sha and family ya. Allahuakhbar! Dugaan demi dugaan.

Barang semua habis sebab banjir

Terdahulu, Shila berkongsi beberapa video dan foto mengenai keadaan rumahnya di Hulu Langat yang dinaiki air. Ujar Shila, semua keluarganya berada dalam keadaan yang baik cuma, kebanyakan barang di dalam rumah mengalami kerosakan. Kucing kesayangannya juga berjaya diselamatkan tatkala air mula memenuhi ruangan dalam rumah.

Sumber: Shila Amzah

6 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Oktovia Manrose Sah Bergelar Isteri Bekas Pemain Bola Sepak MU

$
0
0

Foto: Ali Toupan

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Oktovia Manrose sah bergelar isteri kepada bekas pemain bola sepak, Mohamad Khairul Efsan Mdisa.

Artikel berkaitan: Selalu Tarbiah Anak-Anak Agar Tampil Berhijab, Iwan Syahman Syukur Lihat Imej Terbaru Aprena & Oktovia Manrose

Wang hantaran rahsia

Menerusi laporan Kosmo, Oktovia dan Khairul Efsan disatukan sebagai pasangan suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Magica Quill Ballroom, Quill City Mall sekitar pukul 9.30 malam, semalam. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman disaksikan jurunikah, Ustaz Mohamad Fairuz Saderi.

Pada majlis bertemakan dalam taman itu, Khairul Efsan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan. Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, menerima lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki. Untuk pengetahuan semua, Efsan merupakan bekas pemain bola untuk kumpulan Melaka United.

Cantik sangat!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Antara rakan artis yang dilihat menghadiri majlis persandingan tersebut ialah Lufya. Pelakon ini sempat memuat naik satu video di mana Oktovia kelihatan sedang berjalan masuk ke dalam dewan. Menurut Lufya, Oktivia kelihatan sangat cantik di hari bahagianya itu. Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Iwan Syahman turut melakukan persembahan di majlis persandingan anaknya itu.

Terdahulu, Oktovia pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki bernama Mohd. Izat Abdul Rahman pada 2011 namun, mereka bercerai empat tahun selepas itu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 9 tahun bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain.

Sumber: Kosmo

Bergelar Isteri Selepas Tiga Tahun Menjanda, Pengikut Siap Pesan Jaga Intan Saleh Dengan Baik –‘Jangan Curang, Sayangi Kedua Anak Tu’

$
0
0

Hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal, bekas madu pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh kembali bergelar isteri buat kali kedua pada Isnin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih Layan Anak-Anak’ – Bekas Isteri Ude Dah Jumpa Calon Suami?

Sekali lafaz bergelar isteri kembali

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Intan, 35, berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto bersama suami, Mohamad Aizam bersama dua anak lelakinya, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 3.

Dalam kapsyen ditulis, Intan menitipkan doa agar perkahwinan ini akan kekal sampai ke syurga.

Dengan sepenuh hati dan sepanjang hidup saya. Insya-Allah.. tak banyak yang ku pinta hanya kekal ke syurga.

Rakan artis & pengikut ucap tahniah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah serta tumpang gembira melihat kebahagiaan yang dikecapi Intan.

Antara rakan selebriti yang meninggalkan komen adalah aktres Puteri Sarah dan Shikin Maembong.

Di samping itu, dalam entri yang berbeza, Intan kelihatan sebak ketika acara membatalkan air sembahyang ketika suaminya menyarungkan cincin.

Terdahulu, Intan pernah bernikah dengan seorang pemuzik dikenali sebagai Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 1 Mac 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Pasangan ini bercerai talak satu pada 22 Mac 2018 selepas Ude mengahwini Izreen Azmida pada 8 Ogos 2017.

Sumber: Instagram @__iiiintan.saleh

Pelamin Uyaina Arshad Hanyut Dibawa Banjir, Tiket Kapal Terbang Ke Eropah ‘Burn’–‘Kami Berdua Saling Ketawa Mengenangkan Pelbagai Drama’

$
0
0

Pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran Azhanrianshah sah menjadi pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz.

Artikel Berkaitan: Hanya Sekali Lafaz, Uyaina Arshad Sah Milik Raja Syahiran

Pelamin anganku musnah

Menurut Uyaina, dia dan Raja Syahiran, 28, diduga apabila pelamin asal untuk majlis akad nikah mereka dihanyut oleh banjir pada hari Ahad.

Kata Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, dia terpaksa menggunakan perkhidmatan daripada perancang perkahwinan lain bagi menjayakan majlis tersebut.

Biarpun tidak mendapat pelamin idaman, Uyaina dan Raja Syahiran tidak berasa terkilan kerana bagi mereka yang paling penting adalah majlis ijab qabul.

Sepatutnya malam berinai diadakan pada malam tadi dengan tema ‘arabian night’ tapi terpaksa dibatalkan. Bukan itu sahaja, pelamin saya juga musnah.

Pelamin asal yang sepatutnya dipasang pada pagi ini tidak dihantar gara-gara hanyut dibawa banjir pada Ahad lalu. Kami terpaksa berlapang dada… nasib baik ada perancang perkahwinan lain yang jadi bidang terjun walaupun pada saat-saat akhir.

Sejujurnya kami tidak berasa terkilan pun sebab yang penting ijab qabul dan dikelilingi keluarga dan rakan terdekat. Ikutkan rumah Syahiran di Subang pun terjejas akibat banjir. Kami berdua saling ketawa apabila mengenangkan pelbagai ‘drama’ yang berlaku sebelum majlis ini dapat dijalankan.

Saya tidak menangis langsung apabila keadaan begini terjadi. Sebab sepanjang proses Syahiran sentiasa ada bersama. Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan.

‘Burn’ tiket kapal terbang

Dalam pada itu, peserta Dansa Dan Sing menyatakan mereka sepatutnya ‘terbang’ ke Eropah pada hari Khamis namun terpaksa dibatalkan biarpun tiket penerbangan sudah dibeli.

Sepatutnya kami akan terbang ke Eropah untuk berbulan madu pada Khamis tapi terpaksa membatalkan hasrat itu. Ikutkan tiket dan semua perancangan sudah dibuat.

Ia berikutan variant baharu Covid-19 yang kini menyerang. Lagipun keluarga saya dekat sana pun ada dijangkiti virus tersebut.

Nak cakap anggaran kerugian itu, saya rasa tidak sesuai untuk dikongsi dalam keadaan sekarang. Ramai lagi yang lebih terkesan dengan bencana sedang melanda negara sekarang.

Terdahulu, pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan majlis merisik telah berlangsung pada bulan Julai 2019.

Majlis merisik juga dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat Syahiran dan Uyaina.

Viewing all 34944 articles
Browse latest View live