Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 34778 articles
Browse latest View live

Selebriti Media Sosial Ditangkap Sedang Melacur Di Hotel, Tawar Perkhidmatan Sehingga RM7k

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Seorang selebriti media sosial yang merupakan bekas pelakon sinetron ditahan oleh pihak polis selepas terbabit dalam sindiket pelacuran di sebuah bilik hotel di Semarang, Indonesia.

Selebriti media sosial ditahan

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Tribun News, bekas pelakon yang berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah bilik hotel di daerah berkenaan ketika dia sedang melakukan hubungan intim bersama pelanggannya. Selebriti tersebut dikatakan mengenakan cas yang mahal untuk perkhidmatannya.

Menurut pihak polis, penahanan tersebut dilakukan setelah pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian berkenaan. Dalam pada itu, pihak polis juga turut menahan beberapa lagi wanita bukan warganegara Indonesia serta seorang ejen yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral itu.

Selebriti media sosial ini akan dicari oleh ejen. Dia menawarkan duit yang lumayan iaitu 25 juta rupiah (RM7,380).

Selepas risikan dijalankan, pihak polis kemudiannya telah menyerbu sebuah bilik di hotel yang terletak di Semarang.

Pihak polis sedang jejak ejen terlibat

Ketika serbuan dijalankan, wanita berkenaan bersama seorang lagi wanita Brazil sedang melakukan hubungan seks dengan pelanggannya di bilik masing-masing. Susulan daripada itu, pihak polis sedang menjejaki ejen yang mengaturkan aktiviti terbabit dan dipercayai berada di sekitar hotel tersebut.

Ejen tersebut dipercayai akan menerima wang daripada aktiviti tidak bermoral itu menerusi transaksi dalam talian sebagai pembayaran perkhidmatan.

Bukti transaksi tersebut akan dijadikan sebagai bukti ketika perbicaraan nanti.

Sumber : Tribun News


‘Setiap Dugaan & Ujian Ada Ganjaran’ – Sharnaaz Ahmad Beri Kata Semangat Buat Shila Amzah

$
0
0

Semalam, penyanyi, Shila Amzah membuat pendedahan mengejutkan apabila dia dikatakan sudah dua bulan keluar daripada rumahnya di Cyberjaya. Bukan itu sahaja, pelantun suara ‘Patah Seribu’ ini sudah memfailkan penceraian dengan suami.

Artikel berkaitan: Dah Dua Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Shila Amzah Failkan Perceraian – ‘Dia Decide Nak Prolong Benda Ni’

Semoga semua tabah

Berikutan daripada pendedahan tersebut, rata-rata rakan artis meluahkan rasa terkejut dan mendoakan yang terbaik buat Shila Amzah dan keluarga. Menjengah di ruangan komen, Sharnaaz Ahmad antara salah seorang rakan artis yang memberikan kata-kata positif buat penyanyi tersebut. Menurut Sharnaaz, setiap dugaan dan ujian yang berlaku pasti ada ganjarannya.

Semoga semua tabah mengharungi ujian. Semoga semua dalam keadaan yang baik-baik.

Susulan daripada komen tersebut, rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen berkenaan. Menurut netizen, mereka mahu melihat Sharnaaz berbaik semula dengan Shila Amzah selepas masing-masing membawa haluan hidup sejak beberapa tahun yang lalu.

Terdahulu, nama Sharnaaz dan Shila Amzah pernah mencuri perhatian ramai apabila hubungan mereka sebagai kekasih telah terlerai. Sejak daripada kontroversi tersebut juga, Sharnaaz dilihat memberi fokus terhadap bidang lakonannya manakala, Shila meluaskan sayapnya sebagai penyanyi di peringkat antarabangsa.

Rakan artis doa yang terbaik

Sha subhanAllah. Akak doakan semoga sha diberikan kekuatan melampaui apa yang sha fikirkan. InsyaAllah berkat kesabaran Allah akan ringankan beban dan beri ganjaran setimpal. Kami doakan yang terbaik. If u need any help just reach out to us okay.

Selain Sharnaaz, pelakon, Nadiya Nisaa turut berdoa kepada Allah agar sahabat baiknya itu diberikan kekuatan. Ujar Nadiya, semua rakan-rakan artis termasuk dirinya sentiasa ada bersama Shila. Antara barisan artis yang memberikan kata-kata semangat buat Shila di Instagram ialah Misha Omar, Nad Zainal, Janna Nick, Hael Husaini, Jue Aziz, Shiha Zikir, Tomok dan ramai lagi.

Sumber: Shila Amzah

Bakal Bawakan Lagu Sendiri, 4 Pasangan Sedia Berentap Di Pentas Akhir Lagu Cinta Kita 3 Ahad Ini

$
0
0

Program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) bakal melabuhkan tirainya pada 26 Disember 2021 jam 9.00 malam di TV3 dengan menyaksikan empat peserta pasangan LCK3 yang telah berjaya mara ke pentas akhir. Empat pasangan yang bakal berentap adalah Achik & Maria, Hariz & Wanie, Pasya & Puteri dan Syafeek & Zazo.

Artikel berkaitan : Hael Husaini Jadi Juri Jemputan Separuh Akhir LCK3, Achik & Maria Kembali Beraksi Atas Undian ‘Wild Card’

Artikel berkaitan : Walaupun Gagal Pamer Keserasian, 2 Pasangan Diberi Peluang Kedua Mara Ke Pusingan Seterusnya Dalam Lagu Cinta Kita 3

Pasangan yang bakal dinobatkan sebagai juara baharu pada pentas akhir nanti akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 manakala tempat kedua bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 dan tempat ketiga berjumlah RM20,000.

Bakal tampil dengan lagu mereka sendiri

Meskipun banyak tekanan serta merasa gementar menjelang minggu terakhir, finalis LCK3 tetap akan memberikan yang terbaik dalam persembahan terakhir mereka. Bertemakan Lagu Cinta Kita, para finalis akan melakukan dua persembahan. Sepanjang tiga musim bersiaran, ini merupakan kali pertama mereka akan membawa lagu yang dicipta khas untuk mereka sendiri sejak tiga musin LCK bersiaran.

Di pentas akhir pada Ahad ini pasangan Achik & Maria bakal membawa lagu duet yang bertajuk Jangan Pisahkan nyanyian asal Deddy Dores & Mayang Sari serta lagu mereka sendiri. Manakala Hariz & Wanie akan membawa lagu Akan Ku Tunggu nyanyian asal kumpulan Candy dan juga lagu mereka sendiri yang mengisahkan tentang cabaran dalam percintaan.

Dalam pada itu bagi pasangan Pasya & Puteri, mereka akan membawa lagu Kejora Ku Bersatu nyanyian asal daripada kumpulan Search. Lagu berkenaan merupakan lagu kegemaran Puteri dan dia ingin membawa lagu tersebut bersama pasanganya iaitu Pasya. Pasangan ini bakal tampil dengan lagu mereka sendiri tetapi tidak sama seperti pasangan yang lain apabila mereka bakal membawa lagu genre band.

Pasangan Syafeek & Zazo akan membawa lagu genre rancak pertama mereka serta lagu mereka sendiri yang mengisahkan seseorang yang sudah menemukan teman sejiwanya.

Sudahkah mereka bersedia untuk berentap di pusingan terakhir?

Pentas akhir Lagu Cinta Kita musim ketiga bakal menyaksikan Hael Husaini sebagai juri jemputan dan nantikan juga persembahan menarik daripada Aina Abdul bersama-sama Hael Husaini pada Ahad ini.

Sudah 7 episod berentap di pentas Lagu Cinta Kita dan pelbagai cadangan, teguran, nasihat dan kritikan yang telah diberikan oleh dua juri tetap, Ajai dan Mas Idayu. Apakah persediaan dan strategi yang akan disusun oleh semua peserta di pusingan akhir nanti?

Bersediakah mereka berhadapan dengan debaran yang semakin memuncak untuk merebut gelaran juara di pusingan akhir? Saksikan siaran langsung Lagu Cinta Kita 3 setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam. Boleh terus strim live HD di www.tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, Twitter dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

HUAWEI Lancarkan nova 9 Dan WATCH GT 3, Kombinasi Sempurna Untuk Meningkatkan Penggayaan Korang!

$
0
0

Sebagai peneraju pasaran teknologi, HUAWEI nampaknya semakin serius dalam menawarkan seleksi produk yang bukan sahaja menarik malah memfokuskan kepada keperluan semasa pengguna. Variasi produk yang menggunakan konsep ‘1+8+N’ beserta teknologi AI antara yang mendorong syarikat ini dalam menawarkan yang terbaik buat para pengguna.

Melihat kepada trend semasa di mana pengguna bukan sahaja mahukan peranti terbaik malah penuh dengan gaya, HUAWEI nampaknya telah melancarkan dua produk terbaru iaitu HUAWEI nova 9 dan HUAWEI WATCH GT 3.

Model yang baru dilancarkan ini bukan sahaja elegan dan penuh dengan gaya, malah bakal turut memudahkan pengguna dengan penawaran spesifikasi dan fungsi yang pelbagai. Ayuh kita ketahui lebih lanjut mengenai dua model berbaloi daripada HUAWEI ini.

HUAWEI nova 9

1. Rekaan yang elegan

Kredit: trusted reviews

Seperti ramai sedia maklum, rekaan telefon pintar sentiasa berevolusi. Semuanya dilakukan dalam menjamin pengguna tidak bosan dengan rekaan yang sedia ada yang hampir sama.

Menerusi HUAWEI nova 9, syarikat ini dilihat tampil berbeza daripada kebiasaan dengan tidak menawarkan warna yang lebih unik atau rare dalam menyerlahkan penggayaan penggunanya.

HUAWEI nova 9 ditawarkan dengan Starry Blue dan Black mengikut personaliti pengguna serta turut hadir dengan ketebalan senipis 7.77mm sahaja beserta berat 175g. Skrin bersaiz 6.57-inci pada model ini pastinya memberi kepuasan tontonan kepada pengguna di samping kaca melengkung pada bahagian tepi model ini dalam membuatkan HUAWEI nova 9 tampil menyerlah.

2. Dilengkapi dengan sokongan video selfie 4K UltraHD

Dalam mendapatkan telefon pintar, pastinya pengguna dambakan sebuah telefon pintar yang mampu menjalankan pelbagai fungsi dengan baik dalam menjamin penggunaan yang panjang.

Menerusi HUAWEI nova 9, para pengguna bukan sahaja dapat mengambil gambar dengan kamera 32-megapixel dalam mendapat imej yang terbaik, malah model ini turut membolehkan pengguna merakam video dengan resolusi sehingga 4K UltraHD.

Fungsi yang ditawarkan pastinya bakal dimanfaatkan khusus buat pengguna yang mahu menjalankan live stream dan vlog.

Bukan itu sahaja, model ini turut menyokong AIS Selfie Video Stabilisation yang membantu untuk mengurangkan gegaran membolehkan pengguna merakam sambil berjalan tanpa masalah seakan menggunakan kamera profesional.

Oh ya, model ini turut menyokong fungsi Dual View di mana pengguna bukan sahaja dapat merakam menggunakan kamera hadapan, malah turut berpeluang merakam menggunakan kamera belakang secara serentak. Menarik bukan?

3. Hadir dengan kamera 50-megapixel RYYB Ultra Vision

Mengulas mengenai kamera, tidak sah rasanya jika tidak membincangkan soal kamera utama HUAWEI nova 9. Menerusi kamera utama model ini, HUAWEI telah melengkapkan ciri RYYB Super Sensing dalam menawarkan kualiti gambar yang lebih jelas dan terang.

Selain itu, model ini turut menyokong sokongan rakaman 4K pada kadar 30 fps yang sekaligus membolehkan pengguna merakam untuk membuat vlog.

4. Sokongan HUAWEI Mobile Services

Menerusi penggunaan telefon pintar, korang tidak lagi perlu risau untuk mendapatkan seleksi aplikasi yang popular. Hanya dengan melayari HUAWEI AppGallery, korang sudah berpeluang mendapatkan pelbagai aplikasi popular seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Selain itu, buat korang yang memuat turun aplikasi daripada Google, korang boleh mendapatkannya dengan melayari HUAWEI AppGallery dan cari Gspace. Untuk pengetahuan, Gspace merupakan sebuah aplikasi yang mengumpul kesemua aplikasi Google yang anda perlukan sebagai Gmail, Google Maps, Google Photos dan sebagainya.

Aplikasi penstriman seperti Viu, iQiyi, YouTube, iFlix dan Netflix juga turut tersedia menerusi HUAWEI AppGallery atau Petal Search. Semudah cari dan muat turun sahaja untuk menonton siri kegemaran korang.

Buat korang yang kerap bermain game, permainan seperti Asphalt 8, PUBG Mobile, Mobile Legends dan Modern Combat Versus pastinya menjadi peneman baik korang.

HUAWEI WATCH GT 3

1. Gabungan terbaik untuk memudahkan urusan korang

Dalam usaha untuk memberi kemudahan kepada para pengguna, HUAWEI nampaknya tidak hanya memfokuskan kepada telefon pintar malah turut menghasilkan jam tangan pintar yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi.

Menerusi penggunaan jam tangan pintar, korang tidak lagi menghadapi masalah untuk mengangkat panggilan dengan pantas semudah satu sentuhan pada jam tangan pintar.

Bukan itu sahaja, memilih lagu pada aplikasi penstriman anda juga lebih mudah di mana anda boleh memilihnya dengan hanya menggunakan jam tangan pintar sahaja. Semua ini dapat direalisasikan menggunakan HUAWEI WATCH GT3. Serius best!

2. Melengkapkan penggayaan korang

Sama ada lelaki mahupun wanita, memakai jam tangan sudah menjadi aksesori wajib untuk tampil bergaya disamping mengetahui waktu. Dalam pada itu, mendapatkan jam tangan terbaik yang mempunyai rekaan yang menarik, fungsi yang pelbagai pastinya menyukarkan korang.

Melihat kepada isu yang berlaku, HUAWEI nampaknya berjaya menawarkan HUAWEI WATCH GT 3 yang bukan sahaja memfokuskan kepada spesifikasi dan fungsi malah turut sesuai digunakan untuk pengayaan seharian.

Model ini memfokuskan kepada rekaan minimalis seiring dengan gaya penggayaan kini serta hadir dengan dua variasi model yang terdiri daripada 42mm dan 46mm.

Selain itu, model ini turut ditawarkan bersama beberapa pilihan tali jam tangan dengan material berbeza mengikut kesesuaian pengguna sama ada untuk menghadiri mesyuarat mahupun untuk ke gim.

3. Ketahanan bateri yang panjang

Mempunyai jam tangan pintar yang hebat tanpa ketahanan bateri yang panjang juga turut menyukarkan pengguna. Dalam pada itu, isu ini nampaknya tidak berlaku pada HUAWEI WATCH GT 3 yang mempunyai ketahanan bateri yang panjang dan juga turut menyokong pengecasan pantas tanpa wayar.

Oh ya, nak tahu apa yang lebih menarik, model ini turut menyokong reverse charging di mana korang boleh terus mengecas HUAWEI WATCH GT 3 pada belakang model telefon pintar HUAWEI terpilih dan HUAWEI WATCH GT 3 akan terus dicas. Mudah bukan?

Berdasarkan penawaran yang ditawarkan, jelas HUAWEI nova 9 dan HUAWEI WATCH GT 3 merupakan kombinasi terbaik. Para pengguna tidak lagi terlepas untuk sedia berhubung bersama rakan kerja mahupun keluarga menerusi fungsi yang ditawarkan.

Ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI nova 9 dengan klik di sini dan HUAWEI WATCH GT 3 dengan klik di sini. Para pengguna berpeluang turut berpeluang mendapatkan kedua-dua model ini di Shopee dan juga Lazada. Selain itu, para pengguna berpeluang mencubanya terlebih dahulu menerusi rangkaian rasmi HUAWEI yang tersedia.

Boleh Ketawa & Tersenyum Ketika Hadir Di Meletop, Ebby Yus Terima Ketentuan Allah –‘Lagi 10% Rumah Tu Nak Siap’

$
0
0

Bina rumah idaman selama empat tahun secara perlahan-lahan menggunakan hasil rezeki sebagai anak seni, pelawak, Ebby Yus berkongsi perasaan sedih apabila rumah tersebut habis ‘disapu’ arus banjir baru-baru ini.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Hasil Titik Peluh 30 Tahun Jadi Artis, Rumah Impian Ebby Yus Dihanyut Air

Rumah idaman lenyap

Hadir di program Meletop semalam, Ebby Yus memberitahu bahawa rumahnya di Kuala Langat berbaki 10% untuk siap. Sebagai insan biasa, sudah pasti dia berasa sedih sebaik sahaja mengetahui berita tersebut. Namun begitu, Ebby Yus akur dan menerima ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Ujar Ebby, hampir empat tahun dia berusaha untuk membina rumah idaman itu.

Sewaktu kejadian, saya dah sampai dekat Kapar. Saya dapat call dan tahu ada sesuatu telah berlaku. Tukang buat rumah beritahu yang rumah saya dah senget. Ketika panggilan terakhir, saya dengar suara tangisan dan saya dapat tahu semuanya telah lenyap sekelip mata.

Tambah Ebby, ahli keluarganya turut menahan sebak apabila rumahnya disahkan lenyap sekelip mata. Perkongsian Ebby Yus turut membuatkan Nabil dan Elly Mazlein mengalirkan air mata. Berbicara mengenai kos kerugian, Ebby Yus dipercayai mengalami kerugian sekitar RM200 ribu.

Semoga terima ganjaran lebih besar

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Ebby Yus seorang yang tabah dan kuat kerana sempat ketawa dan tersenyum meskipun ditimpa musibah berat. Netizen berharap dan yakin satu hari nanti kesabaran Ebby Yus ini akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar.

Sumber: Meletop

Tinggal 2 Anak Dalam Bilik, Anggota Tentera & Isteri Terjun Dari Hotel Dipercayai Bunuh Diri

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Sepasang suami isteri disahkan meninggal dunia selepas bertindak terjun dari tingkat enam sebuah hotel yang terletak di Jawa Barat, Indonesia.

Tinggal anak dalam bilik hotel

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan CNN Indonesia, si suami yang bertugas sebagai anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah check in di hotel berkenaan pada hari Ahad lalu bersama isteri dan dua orang anaknya. Pasangan suami isteri ini dipercayai meninggalkan kedua anak mereka di dalam bilik hotel sebelum bertindak menerjun dari tingkat enam bangunan tersebut.

Dua orang anak mangsa ada dalam bilik hotel. Tapi yang adalah menerjun suami isteri.

Menurut jurucakap polis, Supriyanto mengesahkan kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 1:15 pagi. Hasil daripada siasatan mendapati kedua-dua mangsa tidak terjun serentak. Si isteri telah terjun terlebih dahulu kemudian disusuli oleh si suami.

Menurut sumber, kejadian yang berlaku itu dipercayai berpunca daripada pertengkaran yang berlaku antara kedua-dua mangsa. Difahamkan, kedua-dua anak mangsa telah diserahkan kepada pihak polis tentera (Denpom).

Sumber: CNN Indonesia

‘Anak Kita Yang Semangat Minta Turun’– Ernie Zakri Naik Lori Bantu Mangsa Banjir, Peminat Ingatkan Jaga Diri & Kandungan

$
0
0

Umum tahu penyanyi Ernie Zakri sedang sarat hamil anak pertama iaitu kandungannya sudah memasuki tujuh bulan.

Artikel Berkaitan: Makcik Bawang ‘Serang’ Maryam Keluar Rumah Pakai Seluar & Tak Ikat Rambut, Ernie Zakri Datang ‘Back Up’ – ‘Dia Kan Korea Mana Boleh Dipaksa Adat Kita’

Artikel Berkaitan: Tak Boleh Balik Kampung Sebab Anak Tak Sihat, Siti Nurhaliza Risau Tengok Keadaan Banjir Di Pahang – ‘Saya Di Kuala Lumpur Tapi Hati Di Daerah Lipis’

Naik lori bantu mangsa banjir

Terbaru, Ernie, 29, dilihat turun padang bersama suami tercinta, penyanyi Syamel bagi membantu mangsa banjir yang terjejas teruk sejak Sabtu lalu.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri menghantar barangan keperluan dan bekalan makanan di beberapa kawasan di Shah Alam, Selangor dengan menaiki sebuah lori.

Terima kasih izinkan saya ikut kam, shurami (suami)! Pengalaman naik lori. Sampai bayi dalam perut bergerak-gerak gembira.

Syukur Allah SWT permudahkan urusan kami semalam. Semoga ada kesempatan lagi untuk turut sama membantu. Amin.

Semoga Allah balas jasa baik

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan ini memuji dengan keprihatinan pelantun lagu Gundah itu biarpun sedang berbadan dua.

Di samping itu, ada juga dalam kalangan pengikut yang mengingatkan pelakon drama Suri Katriana supaya lebih berhati-hati menjaga diri dan kandungan.

Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncah Alam, Selangor.

Terdahulu, negara sekali lagi diuji dengan hujan lebat yang berterusan selama dua hari mengakibatkan kawasan di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur dilanda banjir teruk.

Sumber: Instagram @erniezakri

‘Banyak Keluarga Yang Telah Kehilangan…’– CEO Apple Sedia Beri Sumbangan Kepada Malaysia & Filipina

$
0
0

Bencana banjir yang melanda Malaysia serta ribut taufan Filipina telah mendapat perhatian daripada negara-negara lain. Fenomena hujan yang berterusan di Malaysia merupakan ‘tempias’ dari badai Taufan Rai yang kini sedang melanda Filipina, jadi beberapa hari yang lalu situasi kedua buah negara ini kelihatan sangat membimbangkan.

Artikel berkaitan: ‘Ya Allah…Saya Tak Terkata’ – Sebak Lihat Mangsa Banjir, Siti Nurhaliza & Datuk K Turun Padang Hulur Bantuan

Artikel berkaitan: Benarkan Pelanggan Terkandas Banjir Berlindung, AEON Shah Alam Mohon Maaf Jika Layanan Tidak Memuaskan 

Sedia memberi sumbangan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook turut menzahirkan rasa simpatinya dan menyatakan hasratnya untuk menghulurkan bantuan kepada Malaysia dan Filipina yang terjejas akibat bencana alam yang berlaku ketika ini.

Menerusi ciapan di laman rasmi Twitternya, Tim Cook berkata, Apple akan menyumbang bantuan dan barangan keperluan, pemulihan dan pembangunan semula jangka panjang di dua buah negara berkenaan.

Taufan Rai telah mengakibatkan kemusnahan yang bukan sedikit di Filipina dan Malaysia. Banyak keluarga yang telah kehilangan terlalu banyak. Apple akan menyumbang bagi meringankan beban, membaik pulih dan berusaha untuk membantu pembangunan jangka panjang

Disebabkan oleh perkara itu, rata-rata warganet yang datang singgah ke ruangan komen CEO Apple itu terutamanya rakyat Malaysia telah memberi respon yang baik dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinannya.

Sumber: Tim Cook 


Netizen Kecam Sebab Ciapan ‘Demand’ Selimut & Gula, Suami Nora Danish Tetap ‘Cool’–‘Jangan Layan Depa Ni Semua Kat Rumah’

$
0
0

Sedang semua pihak sedang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir yang terlibat di beberapa buah negeri, nama suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri atau dikenali sebagai Bossned menjadi bualan ramai di media sosial.

Jangan layan

Ekoran satu ciapan di akaun Twitter miliknya yang menyentuh tentang mangsa banjir, Bossned telah mengundang kecaman daripada warganet.

Biarpun bertalu-talu ‘diserang’, Bossned enggan mengambil pusing malah tetap meneruskan misi menghantar bantuan ke lokasi yang terjejas.

Jangan layan dik (adik) depa (mereka) ni semua kat rumah, bangang tak baca betul-betul. Relaks kita tak memerlukan mereka, yang penting kita buat kerja untuk mangsa-mangsa ja.

Bossned turut memuat naik tangkapan skrin (screenshot) daripada seorang pengguna yang meluahkan rasa simpati serta berasa tidak adil dengan kritikan netizen kepada lelaki berumur 38 tahun itu.

Kami bukan Grab

Sebelum ini, ayah kepada dua orang cahaya mata itu ada meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir mangsa banjir. Ciapan itu telah membuatkan rata-rata pengguna menyuarakan pelbagai reaksi dan pendapat.

Sangat kecewa, kami masuk ada yang tak nak dibantu, tapi demand nak selimut, gula dan lain-lain. Sedara kami datang nak keluar kan orang bukan jadi Grab.

Sumber: Instagram & Twitter @boss_ned

Langgar Etika Dan Integriti Penjawat Awam, JKNJ Siasat Isu Viral Suami Curang

$
0
0

Sekadar Gambar Hiasan

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kekecohan rumah tangga penjawat awam sebuah klinik kesihatan di negeri Johor. Walau bagaimanapun, kes berkenaan kini dalam siasatan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) kerana melanggar etika dan integriti kakitangan kerajaan.

Melanggar etika dan integriti penjawat awam

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, JKNJ mengambil maklum mengenai kes yang tular itu dan menganggap ianya sebagai perkara yang serius kerana telah melanggar Etika dan Integriti Penjawat Awam mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Tambahnya lagi, JKNJ sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lebih lanjut termasuklah memandang berat mengenai pihak pengadu yang menyebarkan isu berkenaan di media sosial.

Sehubungan itu, JKNJ sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut. JKNK juga memandang berat tindakan yang diambil oleh pihak pengadu dalam menyebarkan isu berkenaan di media sosial

Ujarnya lagi, kakitangan penjawat awam diingatkan supaya menggunakan saluran sedia ada dalam jabatan bagi menyampaikan semua isu mahupun aduan.

JKNJ mengingatkan semua kakitangan untuk menggunakan saluran sedia ada dalam jabatan bagi menyampaikan semua isu atau aduan

Isu yang tular di media sosial itu membabitkan seorang pegawai kesihatan di sebuah klinik kesihatan di daerah negeri tersebut dan dipercayai isterinya juga seorang pegawai kesihatan mendedahkan kelakuan curang suaminya secara terbuka.

Menerusi video yang tular di media sosial itu, isteri kepada pegawai kesihatan terbabit berjaya membongkarkan hubungan sulit suaminya dengan wanita lain, sebelum dia mendakwa diceraikan di hadapan wanita tersebut.

Sumber: Harian Metro

Netizen Terkejut Pemuda Amanah Minta Sumbangan Nak Beli ‘Water Jet’ Berharga RM1k Untuk Mangsa Banjir

$
0
0

Umum mengetahui, fenomena banjir besar yang melibatkan beberapa negeri termasuklah di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan pada Sabtu lalu telah mengejutkan ramai orang. Berikutan daripada bencana tersebut, ramai yang tersangkut di jalan raya serta terperangkap di bumbung rumah kerana paras air banjir yang semakin meningkat.

Sumbangan beli water jet

Menerusi perkongsian Pemuda Amanah Nasional (AMANAH) di Facebook, mereka memerlukan sumbangan untuk membeli water jet bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir untuk membersihkan rumah.

Sumbangan anda diperlukan meringankan beban mangsa banjir melalui kerja pembersihan rumah menggunakan water jet.

Difahamkan, harga bagi seunit water jet berkenaan berharga RM1,000 dan sasaran untuk disumbangkan adalah sebanyak 65 unit.

Walau bagaimanapun, sumbangan berkenaan telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan warganet berikutan harganya yang agak mahal.

Malah, ada juga di antara mereka yang mendakwa water jet berkenaan boleh didapatkan dengan harga yang murah dan rata-rata warganet mempertikaikan mengenai harga alat tersebut.

Susulan daripada itu perkongsian berkenaan telah meraih lebih 2700 komen dan mendapat lebih 1300 shares di Facebook.

Respon netizen

Sumber : Pemuda Amanah Nasional 

Malaysia Airlines Tawar Tiket Serendah RM78, Bolehlah Balik Kampung Sempena Cuti Panjang & Musim Perayaan Nanti!

$
0
0

“Malasnya nak drive, dah la jauh. Tapi kalau tak balik time cuti ni rugi pulak!”

Haa..inilah situasi yang selalu terjadi bila ada antara korang yang nak pulang ke kampung atau pun pergi bercuti. Lagi-lagi bila melibatkan perjalanan jauh yang memerlukan korang untuk drive. Fuh..sakit pinggang wehh.

Dah-dah! Jangan risau, kami ada berita baik untuk korang ni!

Diskaun sehingga 30% untuk penerbangan domestik & antarabangsa!

Kalau nak tahu, bermula 23 Disember 2021 sehingga 7 Januari 2022, korang boleh dapatkan tiket flight domestik serendah RM78 dan tiket flight antarabangsa pulak serendah RM238 dengan diskaun sehingga 30% bagi tempoh penerbangan bermula 23 Disember 2022 sehingga 30 Jun 2022. Semuanya dalam satu hala.

Wahhh bestnya kan? Bagi yang kampung jauh atau nak celebrate CNY dekat luar negara tu, ini pun peluang terbaik korang tau. Ini antara destinasi antarabangsa yang ditawarkan:

  • Singapura
  • Phuket, Thailand
  • Bali, Indonesia
  • Jakarta, Indonesia
  • Bangkok, Thailand
  • Dhaka, Bangladesh
  • Colombo, Sri Lanka
  • Kathmandu, Nepal
  • Melbourne, Australia
  • Sydney, Australia
  • London, United Kingdom

Dapatkan 22% bonus mata ganjaran Enrich

Selain diskaun penerbangan, Malaysia Airlines juga menawarkan 22% bonus mata ganjaran Enrich tau!

Korang boleh gunakan mata ganjaran Enrich tu untuk tebus pelbagai benda. Antaranya penerbangan, naik taraf tempat duduk, barangan, penginapan hotel, restoran dan banyak lagi!

Bukan tu je, diskaun 25% pun ada untuk pemilihan tempat duduk & bagasi tambahan!

Yang ni paling best, selalu kalau dah balik kampung atau pergi bercuti ke, tau tau je barang banyak bila nak balik. Lebih-lebih lagi bila nak jumpa orang tersayang kan? Mesti excited lebih!

Bagi korang yang travel dalam Malaysia, ada diskaun 25% untuk pemilihan tempat duduk dan bagasi tambahan. Boleh la korang pilih tempat duduk yang korang rasa selesa. Barang banyak pun dah takde masalah. Jimat dan berbaloi adalah!

Jom rancang percutian korang dengan Malaysia Airlines!

Jadi, yang mana ada plan nak balik kampung tu, boleh la start rancang perjalanan korang dengan penerbangan Malaysia Airlines ni. Promo kaw-kaw ni wehhh!

Nak info lebih lanjut tentang tawaran menarik ni? Klik dekat SINI je guys!

Positif Covid-19: Harris Alif Kuarantin Di Rumah, Intan Ladyana Dikejarkan Ke Hospital –‘Saya & Isteri Berada Dalam Keadaan Baik’

$
0
0

Pasangan selebriti, Intan Ladyana dan Harris Alif diduga apabila mereka disahkan positif Covid-19.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Comelnya Baby Bump Dia!’ – Netizen Teruja Nampak Baby Bump, Intan Ladyana Terus Kunci Mulut

Kami baik-baik saja

Ketika dihubungi OhBulan!, Harris, 22, berkata dia dan Intan, 39, berada dalam kondisi yang baik.

Kata pemilik nama Nor Harris Alif Nor Rashidi, dia sedang menjalani kuarantin di rumah manakala pelakon filem Adnan Sempit terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), malam tadi.

Alhamdulillah buat masa sekarang, saya dan isteri berada dalam keadaan baik. Saya kini sedang kuarantin di rumah, Intan yang berada di hospital.

Bagaimanapun, ketika ditanya keadaan bayi dalam kandungan, Harris memilih untuk tidak menjawab.

Jawapan ringkas itu dijawab oleh bekas juara program realiti, Idola Kecil musim 3 menerusi kiriman mesej di WhatsApp.

Sama-sama kita doakan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MELODI TV3 Official (@meloditv3)

Sebelum ini, program hiburan terbitan TV3, Melodi melalui Instagram (IG)nya melaporkan tentang situasi pasangan tersebut di samping memohon doa daripada orang ramai.

Pelakon @intanladyana terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif COVID-19. Beliau kini dikhabarkan hamil anak pertama dan suaminya, @harrisalif disahkan positif COVID-19.

Sama-sama kita doakan kesihatan Intan dan suami pulih seperti biasa.

Hantaran itu telah menarik perhatian ramai rakan selebriti untuk mendoakan kesejahteraan Harris, Intan dan bayi yang berada dalam kandungan. Antara yang meninggalkan komen adalah Nora Danish, Didie Alias, Lan Solo dan Liza Abdullah.

Terdahulu, Intan dan Harris bernikah di Masjid Wilayah di sini, pada 4 Februari lalu selepas lebih setahun berkenalan.

Sumber: Instagram @meloditv3

[VIDEO] ‘Uwais Menang Ibu’ Buat Netizen Sebak – ‘Arwah Mesti Tersenyum & Menangis Kegembiraan Dari Atas Sana’

$
0
0

Semalam, Shuib berkongsi video dan foto kemenangan anaknya, Uwais dalam sebuah pertandingan golf. Menerusi video tersebut, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat momen terdahulu arwah Siti Sarah menemani anaknya itu ketika berlatih dan menyertai pertandingan golf.

Uwais menang

Difahamkan, Uwais telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan ‘Palm Resort Junior Open Golf Championship’ baru-baru ini. Bagi meraikan kemenangan Uwais, Shuib membawa anak-anaknya yang lain termasuk bapa mentuanya ke majlis penyampaian hadiah tersebut. Menurut Shuib, arwah Siti Sarah pasti bangga melihat pencapaian anak sulung mereka.

Percaya daddy, ibu pasti sangat bangga! Ibu yang nak sangat Uwais jadi golfer sayang. Hari ni dia senyum tengok Uwais menang. More to go, kerja keras, Praktis kuat-kuat. Terima kasih datuk selalu bawa uwais praktis. Daddy akan buat habis baik untuk Uwais selagi daddy bernyawa. U are my champion!

Ujar Shuib, dia akan melakukan sehabis baik untuk Uwais dan berharap anaknya itu mampu menjadi golfer yang paling hebat seperti yang diimpikan oleh arwah Sarah.

Ibu mesti senyum

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi ucapan tahniah buat Uwais. Jelas netizen lagi, mereka tidak mampu menahan perasaan sebak sebaik sahaja melihat video yang dikongsikan itu.

Sumber: Siti Sarah

Risau Sebab Ada Masalah Kulit Wajah? Jom Kekal Cantik Berseri Dengan Neutrogena Deep Clean Gentle Cleanser!

$
0
0

 

Pernah tak korang bila tengok cermin lepas tu terfikir kenapalah kulit muka masih tidak ada perubahan walaupun dah pakai macam-macam produk?

Beli produk mahal-mahal tapi kulit muka masih kusam, berjerawat dan tona tak sekata. Sedih betul!

Haa… Jangan risau sebab, Neutrogena Deep Clean Gentle Cleanser kan ada! Jom kita tengok masalah yang sering ramai orang hadapi dan macam mana Neutrogena Deep Cleanser boleh membantu korang.

1. Kulit wajah kering sampai mengelupas

Kulit kering dan mengelupas memang perlu perawatan yang lebih khusus dan tepat. Kalau dibiarkan lama, kulit kita akan menjadi lebih parah dan mungkin akan meninggalkan kesan parut.

Korang tau tak penggunaan cleanser pun memainkan peranan yang penting tau! Sebab tu korang kena pilih produk yang terbaik macam Neutrogena Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser.

Cleanser ni dirumuskan dengan 3 jenis bahan penghidratan yang terbaik iaitu, HA, PHA dan fatty acid, memberikan kuasa penghidratan tambahan.

Memang patutlah ia menjadi kegemaran ramai sebab ianya sangat bagus untuk menanggalkan 99% kotoran dengan lembut tanpa membuatkan kulit wajah korang kering. Best kan!

2. Kulit wajah tiba-tiba timbul jerawat

Masalah jerawat ni bukan sahaja isu remaja, tapi orang dewasa pun sering mengalaminya tau.

Ibarat mimpi ngeri bila bangun je tidur tiba-tiba jerawat tumbuh kat muka. Mesti korang rasa nak menjerit depan cermin tu kan. Urghh bencinya!

Jerawat biasanya disebabkan oleh sel kulit mati, minyak berlebihan, kotoran dan sisa makeup yang terkumpul serta faktor genetik.

Apa kata korang gunakan Neutrogena Deep Clean Acne Foaming Cleanser sebab ia mampu meresap dengan menyeluruh dan meninggalkan kulit terasa licin dan lembut. 

Neutrogena Deep Clean Acne Foaming Cleanser ini dapat membantu menanggalkan sel-sel permukaan mati untuk menghalang  pertumbuhan jerawat kat kulit wajah korang, dirumus khas untuk kulit normal hingga berminyak.

3. Kulit wajah berminyak setiap masa

Kulit wajah berminyak tentu sangat mengganggu. Kita tahu bahawa minyak yang terhasil pada kulit adalah bermanfaat namun jika terlalu banyak minyak atau sebum akan menyebabkan pelbagai masalah pada kulit wajah kita.

Korang kena guna cleanser yang betul untuk mengurangkan minyak tanpa mengganggu pH pada kulit wajah tau, macam Neutrogena Deep Clean Soothing Foaming Cleanser.

Kadang-kadang formulasi penjagaan kulit yang tidak bersesuaian mencetuskan rasa tidak selesa pada kulit. Dengan menggunakan Neutrogena Deep Clean Soothing Foaming Cleanser ini menjalankan tugas membersihkan kulit tanpa mengganggu imbangan pH kulit.

Makin glowing lah kulit wajah korang lepas ni!

4. Kulit wajah kusam dan tak sekata

Kulit kusam dan tak bermaya? Masalah ini merupakan salah satu masalah kulit yang sering kita alami.

Masalah kulit ini, disebabkan oleh berbagai faktor dari perubahan cuaca, hormon, penggunaan produk kosmetik dan perawatan wajah yang kurang sesuai. Kadang-kadang tu cara korang membersihkan dan merawat kulit wajah pun kurang tepat.

Jangan risau, masalah korang mungkin boleh diatasi dengan menggunakan Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser, yang dikhususkan untuk merawat kulit kusam, mencerahkan dan menambah seri pada wajah korang. Nak tau sebab apa?

Cleanser ni mengandungi formulasi niacinamide dan mampu membersihkan 99% kotoran dengan lembut tanpa mengeringkan kulit wajah korang.

5. Kulit wajah penuh dengan jeragat

Siapa je yang tidak mahukan kulit wajah yang bersih tanpa sebarang cela kan? Tidak kira lelaki atau perempuan, tiada individu yang mahu wajah mereka penuh dengan jeragat.

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa ia adalah disebabkan oleh keadaan kulit yang kurang bersih kan? Ya, ini mungkin merupakan salah satu faktor penyebabnya.

Namun apa yang lebih tepat adalah ia sebenarnya berpunca daripada lebihan minyak yang terkumpul dalam saluran kelenjar sebum.

Haa… Kalau macam tu, gunalah Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser sebab ia mempunyai kuasa dua kali ganda untuk membantu mengurangkan jeragat yang ada pada kulit wajah korang. Bukan itu je, tekstur cleanser ni pun lembut pada kulit serta cepat berbuih.

Ia menggunakan teknologi Amino Micellar, di mana kaya dengan buih yang mengandungi pH yang semulajadi dan mampu membersihkan kulit wajah korang dengan baik.

Selesaikan masalah korang dengan Neutrogena Deep Clean!

Macam mana nak selesaikan masalah kulit wajah ni? Haa.. Apa kata korang cuba gunakan Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser sebab ada satu bahan yang baik untuk kulit tau!

Yang best dengan produk ni ialah, cleanser ni tak akan menyebabkan kulit korang kering dan sangat sesuai untuk kulit sensitif. Hebat kan!

Bukan setakat itu je, Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser merupakan cleanser yang bersifat non-comedogenic iaitu mampu membersihkan lang pori wajah secara mendalam dan tidak menyebabkan sebarang kotoran tersumbat yang boleh mengakibatkan bintik hitam.

Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser menggunakan teknologi Amino Micellar serta kaya dengan asid amino yang memberi kesan mendalam untuk membersihkan kulit, menyingkirkan 99%*! kotoran dan pencemaran mikro pada kulit dengan berkesan dan pastikan kulit wajah korang akan sentiasa lembap sehingga 99%*!

 

Dengan Micellar Amino Foam, 99%* kekotoran dari kulit dapat disingkirkan, kemudiannya digantikan dengan 99%* kelembapan semulajadi.

Korang tau tak yang sebenarnya pemilihan cleanser ni sangat penting tau! Sebab tu korang kena gunakan Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser, confirm tak menyesal!

Selain itu, Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser ni memang mempunyai nilai pH yang semulajadi dan mampu membersihkan kulit wajah korang tanpa mengganggu pH semulajadi kulit serta mengekalkan kelembapan kulit wajah.

Yang menarik lagi, keberkesanannya memang dah terbukti dan telah diuji secara klinikal mesra pH kulit oleh ahli dermatologi yang profesional tau.

Ini yang buatkan kita bertambah yakin nak gunakan Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser.

Bukan itu je, Neutrogena Deep Clean Foaming Gentle Cleanser ni juga merupakan cleanser yang terbaik dipasaran sekarang, nak tau kenapa?

  • Dikuasakan oleh teknologi Amino Micellar
  • Membuang 99% kotoran
  • Kekalkan 99% kelembapan kulit
  • Tahap PH yang rendah
  • Lembut pada kulit
  • Tekstur kaya dengan buih
  • Diuji pakar dermatologi

Formula siri terbaru Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser yang baru dinaik taraf ini menggunakan cleanser asid amino, sebagai formula yang mengandungi 8% asid amino atau teknologi Amino Micellar.

Ia sangat serasi dengan kulit wajah korang, melembapkan, lebih bersih, lebih lembut, dan tidak akan menjadikan kulit kering dan tegang selepas dicuci! Menarik kan!

Memang tak rugi kalau korang gunakan Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser ni sebab banyak kebaikan yang korang dapat. Lepas ni makin cantik berserilah muka korang!

Neutrogena Deep Clean Gentle Foaming Cleanser ni memang kaya dengan buih tau, teksturnya yang lembut pada kulit, malah hanya memerlukan air yang sedikit sahaja untuk menghasilkan buih yang banyak berkrim untuk keselesan yang terbaik!

Patutlah ramai yang berpendapat bahawa Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser ini merupakan produk yang terbaik sebab ia mempunyai teknologi yang terkini untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri, di samping mempunyai tekstur yang berbuih lembut dan membantu menyingkirkan segala kotoran yang ada di kulit wajah korang.

Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser mempunyai 6 varian berbeza yang korang boleh cuba tau antaranya:

1. Neutrogena Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser

Bagi korang yang mempunyai masalah kulit kering boleh cuba gunakan, Neutrogena Deep Clean Hydrating Foaming Cleanser sebab ia mempunyai  hydrating water mineral complex yang memberikan 2 kali rangsangan lembapan untuk memperkuat lapisan perlindungan kulit.

2. Neutrogena Deep Clean Acne Foaming Cleanser

Jangan lupa gunakan, Neutrogena Deep Clean Acne Foaming Cleanser untuk korang yang ada masalah kulit berjerawat. Ia mampu membersih secara mendalam ke dalam liang pori  sambil mengekalkan 99% kelembapan semulajadi kulit.

Buih Amino yang dikuasakan oleh teknologi Amino Micellar pula mampu membersihkan sel kulit mati dan mengurangkan bintik hitam serta jerawat.

3. Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser

 

Korang yang mempunyai kulit wajah yang kusam dan tak bermaya memang patut gunakan, Neutrogena Deep Clean Brightening Foaming Cleanser ni. Ia diperkaya dengan ekstrak mulberry dan whitening vitamin complex bagi menyokong kecerahan kulit hari demi hari.

4. Neutrogena Deep Clean Soothing Foaming Cleanser

Formulasi penjagaan kulit memang penting tau sebab kalau tidak bersesuaian ia boleh mencetuskan rasa tidak selesa kulit. Neutrogena Deep Clean Soothing Foaming Cleanser ini berfungsi dengan membersihkan kulit tanpa mengganggu imbangan pH kulit.

Ia juga diformulasikan dengan 0.5% Cica Complex, mampu membersihkan 99% kotoran dengan lembut sambil menjadikan kulit berasa begitu lembut dan selesa.

5. Neutrogena Deep Clean Micellar Gel Makeup Remover

Neutrogena Deep Clean Micellar Gel Makeup Remover sangat penting untuk korang yang suka makeup. Ianya Mengandungi 0.5% Cica Complex + Portulaca.

Cleanser ini mampu menanggalkan 99% kesan makeup secara mendalam dengan geseran rendah dan mesra pH kulit.

6. Neutrogena Deep Gentle Clean Foaming Cleanser

Neutrogena Deep Gentle Clean Foaming Cleanser dikuasakan oleh teknologi Amino Micellar untuk membersihkan sambil mengekalkan kelembapan semula jadi kulit!

Sebenarnya kulit kita secara semula jadi terdiri daripada kira-kira 40% asid amino dan cleanser ni dikuasakan oleh teknologi Amino Micellar yang mempunyai struktur asid amino yang serupa dengan kulit kita.

Ianya mampu membersihkan kulit tanpa mengganggu lapisan perlindungan kelembapan.

Mesti korang dah tak sabar nak cuba Neutrogena Deep Clean Foaming Cleanser ni kan? Apa tunggu lagi, jom dapatkannya sekarang di Shopee, Lazada, Guardian dan Watsons.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, korang boleh layari laman web Neutrogena atau Facebook mereka.


Ibu Harris Alif Buka Mulut, Dedah Intan Ladyana Hamil Tujuh Bulan –‘Sebab Itu Doktor Saran Kuarantin Di Hospital’

$
0
0

Umum tahu, pelakon Intan Ladyana disahkan positif Covid-19 dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), pada malam, Rabu. Suaminya yang juga aktor dan pengacara Harris Alif juga dijangkiti wabak tersebut namun hanya menjalani kuarantin di rumah.

Artikel Berkaitan: Positif Covid-19: Harris Alif Kuarantin Di Rumah, Intan Ladyana Dikejarkan Ke Hospital – ‘Saya & Isteri Berada Dalam Keadaan Baik’

Hamil tujuh bulan

Ketika dihubungi, ibu kepada Harris iaitu Khalizah Abdul Khalid, berkata Intan dan Harris mula mengalami demam sejak Isnin.

Kata Khalizah, selepas mendapat keputusan, doktor menyarankan agar Intan dikuarantin di hospital supaya dapat memeriksa keadaan kesihatan menantunya itu yang sedang hamil tujuh bulan.

Intan dan Harris mula demam pada Isnin. Ingatkan demam biasa, tapi keesokkan hari pun masih demam. Jadi, saya minta mereka buat swab test.

Semalam dapat keputusan disahkan positif Covid-19. Disebabkan Intan sedang hamil, doktor sarankan untuk dia kuarantin di Hospital Sg Buloh.

Malam tadi, ambulans datang ambil Intan untuk dibawa ke hospital supaya senang jururawat dan doktor nak tengok keadaan Intan dan bayi dalam kandungan. Manakala Harris hanya kuarantin di rumah seorang diri.

Dah lengkap vaksin

Dalam pada itu, Khalizah menarik nafas lega apabila Intan dan Harris berada dalam keadaan baik serta tidak mempunyai simptom yang teruk.

Alhamdulillah… pagi tadi Intan dan Harris ada hubungi saya memaklumkan keadaan mereka baik-baik sahaja. Doktor pun dah periksa keadaan Intan dan bayi.

Mereka dalam keadaan baik dan tiada simptom yang teruk. Intan dan Harris pun dah lengkap vaksinasi, harapnya keadaan mereka semakin baik.

Setiap masa saya akan periksa keadaan mereka. Macam Harris, dekat rumah seorang diri, saya akan masak dan letak makanan di depan rumah dia.

Terdahulu, program hiburan terbitan TV3, Melodi melalui Instagram (IG)nya melaporkan tentang situasi pasangan tersebut di samping memohon doa daripada orang ramai.

Untuk rekod, Intan dan Harris bernikah di Masjid Wilayah di sini, pada 4 Februari lalu selepas lebih setahun berkenalan.

“Kami Sanggup Datang, Pikul Mangsa Ke Tempat Selamat”– Anggota Bomba

$
0
0

Kredit: JBPM

“Kami sedaya upaya membantu mengeluarkan mangsa banjir dengan segala yang kami ada. Kalau tiada sampan, kami sanggup datang dan pikul mangsa ke tempat selamat. Apakan daya, kami tidak mampu memuaskan hati semua orang,”.

Itu luahan Pegawai Operasi Zon 4 Selangor (Hulu Langat) Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Akmal Mohamad Khairi.

Bencana sangat luar biasa bataskan kerja menyelamat

Mohamad Akmal berkongsi luahan itu menerusi Facebook (Fb) miliknya susulan kritikan dilemparkan netizen terhadap anggota bomba yang dikatakan lambat bertindak dalam menyelamatkan mangsa banjir.

Menurut Mohamad Akmal, bencana yang berlaku ada kalanya sangat luar biasa hingga membataskan anggota melakukan kerja menyelamat mangsa ditambah lagi dengan kekangan ketika bertugas.

“Kami bertugas dengan anggaran tujuh hingga 12 anggota di setiap balai bagi satu syif. Apabila ada panggilan kecemasan banjir, kami semua akan bergegas ke lokasi panggilan yang pertama dahulu.

“Ketika berlakunya bencana, panggilan kecemasan yang masuk kebiasaannya akan bertalu-talu dan tanpa henti, itu tidak termasuk lagi panggilan terus ke telefon bimbit anggota dan pegawai.

“Tiada masa nak rakam video atau ambil gambar ketika bekerja”

“Persoalannya, bagaimana kami nak hadir 10 tempat berbeza dalam masa yang sama? Kami tiada masa untuk merakam video atau mengambil gambar ketika bekerja kerana kami sememangnya tiada masa untuk berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, anggota dan pegawai bertugas mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) ditetapkan.

Katanya, amalan JBPM sama seperti agensi lain iaitu mementingkan keselamatan terlebih dahulu sebelum melakukan tugas menyelamat bagi mengelakkan risiko pada diri sendiri mahupun rakan sepasukan.

“Ketika itu, masa dan peluang adalah amat terhad untuk kami bertindak. Bilangan anggota kami terhad, aset juga terhad.

“Satu pasukan penyelamat terpaksa memberi maklum balas beratus panggilan. Pada masa itu, kami akan utamakan kes yang boleh kami respon (beri maklum balas) bergantung kepada tahap bahaya dan risiko bakal dihadapi.

“Ada masanya, kami sanggup mengambil risiko tinggi demi menyelamatkan nyawa. Apabila berlakunya bencana, kami tidak tamatkan syif kami dengan balik tepat pada masa tetapi sanggup bekerja lebih masa tanpa mendapat apa-apa bayaran demi keselamatan nyawa (masyarakat) dan harta-benda anda.

“Saya bertugas di pejabat bomba mengikut waktu pejabat tetapi apabila terima panggilan kecemasan, saya perlu hadir ke lokasi tidak kira waktu dan masa. Tengah malam, pagi buta (awal pagi), hari cuti dan waktu rehat pun tetap akan hadir demi tugas,” katanya.

“Langsung tak dihargai, malah dituduh lembab & makan gaji buta”

Tambahnya, apabila berlakunya bencana, tugas selaku pegawai kanan sedikit berbeza dengan anggota kerana tiada syif.

Katanya, pegawai perlu bertugas merancang, mengkoordinasi dan mengawal tindakan operasi sehingga keadaan selesai.

“Kadang kala, memakan masa hingga lebih 48 jam lamanya. Kami terpaksa melupakan waktu rehat, saat bersama anak dan isteri serta penat jerih di pejabat kerana kami tahu, tugas kami masih belum berakhir.

“Bagaimanapun, apabila kami muncul membantu, tiada langsung sikap menghargai walau dengan ucapan terima kasih namun lebih teruk lagi pengorbanan kami dibalas dengan cercaan lambat, lembab, makan gaji buta dan macam-macam lagi.

“Fahamilah kami juga, kami juga manusia. Kami juga ada keluarga, batas kemampuan juga hati dan perasaan. Fikirlah dahulu sebelum berkata-kata,” katanya.

Katanya, pemergian enam anggota bomba akibat lemas ketika melakukan kerja menyelamat pada 2018 masih meninggalkan kesan mendalam buat semua sehingga kini.

“Enam sahabat seperjuangan kami pergi meninggalkan kami serentak. Hanya Allah yang tahu hati kami,” katanya.

Aziz M Osman Perjelas Isu Lan Pet Pet Tiada Dalam Filem Baru Senario –‘Dia Ada Komitmen Lain’

$
0
0

Kredit Foto: Harian Metro

Filem terbaru kumpulan lawak lagenda tanah air, Senario berjudul Jaga-Jaga Senariounion menyaksikan lakonan kesemua ahli kumpulan tersebut kecuali Lan Pet Pet.

Aziz M Osman, pengarah filem tersebut tampil memberikan penjelasan tentang ketiadaan Lan di dalam filem itu.

Lan ada komitmen lain

Pengarah Aziz M Osman yang sangat sinonim dengan Senario tampil mengulas ketiadaan pelakon Lan Pet Pet dalam filem terbaru Senario berjudul Jaga-Jaga Senariounion.

Menurutnya, Lan mempunyai komitmen lain, dan mereka memahami situasinya. Lan pada awalnya menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan mereka, serta sempat melalukan promosi bersama, namun atas faktor komitmen yang lain, Lan tidak dapat hadir pada waktu pengambaran.

Kami semua sudah menghubungi Lan. Kita tahu apabila Lan mempunyai komitmen lain dan kami fahamlah.

Dia juga sempat melakukan promosi bersama kita. Namun, sehingga saat ini, walaupun dua, tiga hari lepas sebelum kami nak selesai penggambaran, kami tetap telefon Lan untuk sekurang-kurangnya ada satu dua babak untuknya.

Namun, kami faham bukan dia tolak atau tak terima tapi dia ada komitmen lain

Ditanya sama ada Mazlan berada di Kedah atau Kuala Lumpur, Aziz berkata, dia boleh berada di mana-mana saja.

Wahid, Hamdan dan Ilya bukan tinggal di Kuala Lumpur tapi di Ipoh. Namun, untuk penggambaran mereka boleh datang sini.

Sehingga saat akhir kami cuba juga nak tampilkan Lan dalam cerita ini. Bukan tak dapat berhubung, kami dapat bercakap dengan dia tapi masa tak mengizinkan untuk dia berlakon

Watak untuk Lan sudah digarap oleh Aziz, tetapi akhirnya diberikan kepada orang lain untuk dibawakan.

Lan, atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad yang terpalit kontroversi sebelum ini sudah beralih kerjaya sebagai pembantu peguam di syarikat guaman Aswandi Hashim & Co milik Datuk Dr Aswandi Hashim, dan memulakan tugas pertamanya di Kompleks Mahkamah Alor Setar pada 25 Ogos lalu.

Jaga-Jaga Senariounion terbitan Botak Production Management Sdn Bhd menampilkan semua anggota Senario iaitu Azlee, Hamdan, Wahid, Yassin, Saiful Apek dan Ilya, dan turut disertai pelakon yang pernah membintangi filem Senario sebelum ini seperti Syanie, Bobby Kiran dan Prono.

Turut berlakon ialah Amm Raja Lawak, Farisha dan Badrul Shah.

Sumber: Harian Metro

Seminggu Menghilang Lepas Keluar Dari Asrama, Gadis Ditemui Dikurung Di Ruang Bawah Tanah, Diseksa & Dirogol

$
0
0

Misteri kehilangan seorang gadis berusia 19 tahun lebih seminggu akhirnya terjawab selepas ditemui selamat di sebuah ruang bawah tanah di sebuah rumah di Utah, Amerika Syarikat.

Dilarikan sejauh 140km

Foto: Madlyen Allen (mangsa)

Memetik laporan CNN, mangsa yang dikenali dengan nama Madelyn Allen dilaporkan hilang selepas dia keluar dari asrama di Snow College, Utah pada 13 Disember 2021 yang lalu. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kali terakhir Allen dilihat memakai jaket dan skirt sebelum meninggalkan bangunan asrama.

Berdasarkan siasatan awal, Allen dan suspek, Brent Brown dipercayai berkenalan melalui ruang perbualan dalam talian. Mereka kemudian merancang untuk bertemu di Ephariam, Utah. Namun sebaliknya yang berlaku apabila bertemu, suspek yang berusia 39 tahun bertindak agresif dengan mengangkat Allen ke dalam kereta dan merampas serta mematikan telefon bimbit gadis itu.

Mangsa kemudian dilarikan dan diculik sejauh 140 kilometer sebelum dikurung di ruang bawah tanah sebuah rumah yang juga merupakan tempat penyimpanan arang. Pada keesokan harinya iaitu 14 Disember 2021, suspek membenarkan mangsa membuat satu pesanan terakhir kepada ibu bapanya. Dalam pesanan tersebut, mangsa dikatakan hanya menulis ‘i love you’ buat kedua orang tuanya.

Kurung mangsa di ruang bawah tanah

Foto: Brent Brown (suspek)

Namun selepas daripada itu, Allen langsung tidak dapat dihubungi malah pesanan ringkas juga tidak dibalas. Ibu bapa Allen mula bimbang dan mereka segera menghubungi rangkaian Verizon untuk mengenalpasti lokasi terakhir anak gadis mereka itu. Tidak terhenti di situ, mereka kemudian membuat laporan polis.

Selepas berita kehilangan Allen tersebar di media, suspek bertindak memusnahkan telefon bimbit mangsa. Pihak polis mula menjalankan siasatan untuk menjejaki keberadaan mangsa dan apabila tiba di sebuah rumah, mereka ternampak kelibat seorang gadis berambut perang di ruang bawah tanah dalam keadaan ketakutan.

Polis kemudian mengetuk pintu rumah berkenaan untuk melakukan pemeriksaan tetapi suspek tidak membenarkan pasukan polis masuk tanpa kebenaran malah dia juga menafikan bahawa ada individu lain di rumah terbabit.

Mangsa berjaya diselamatkan

Foto: Madelyn Allen (mangsa)

Pihak polis mula curiga dan mereka membuat keputusan untuk menghubungi ibu bapa suspek yang merupakan pemilik rumah berkenaan. Selepas menerima kebenaran, polis segera ke ruang bawah tanah dan sangkaan mereka tepat sekali.

Mereka menemui Allen dalam keadaan berbogel selain tubuh badannya dipenuhi dengan luka. Rupa-rupanya sepanjang tempoh tersebut, Allen telah diseksa dan diikat malah dia turut dicekik, mulut dan hidungnya ditutup sehingga dia tidak boleh bernafas. Lebih mengejutkan apabila mengetahui Allen turut dirogol beberapa kali oleh suspek.

Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Suspek telah ditahan dan akan dijatuhi hukuman kerana menghalang tugas pasukan polis, kes penculikan dan merogol.

Sumber: CNN, NBC News

Dah Bertahun Cuba Perbaiki Hubungan, Shila Amzah Anggap ‘Cerai’ Jalan Yang Terakhir –‘I Took Charge Of My Own Life’

$
0
0

Umum mengetahui, penyanyi, Shila Amzah telah memfailkan penceraian dengan suami. Pada masa yang sama, pelantun suara ‘Patah Seribu’ ini dikatakan sudah dua bulan keluar daripada rumahnya di Cyberjaya.

Artikel berkaitan: Dah Dua Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Shila Amzah Failkan Perceraian – ‘Dia Decide Nak Prolong Benda Ni’

Artikel berkaitan: ‘Setiap Dugaan & Ujian Ada Ganjaran’ – Sharnaaz Ahmad Beri Kata Semangat Buat Shila Amzah

Terbaru, Shila Amzah memberitahu bahawa dia sendiri yang melakukan keputusan tersebut tanpa dipengaruhi oleh orang lain.

Ini jalan yang terakhir

I put my baby first in everything, untuk jadi ibu yang lebih baik. This time, I chose me. Sha buat keputusan sendiri untuk kendalikan masalah ini dengan cara sha. Please jangan pandang rendah pada sha cakap sha tak boleh buat keputusan dan dipengaruhi oleh orang lain. Maybe itu dulu, tapi sekarang I took charge of my own life.

Menurut Shila Amzah, dia berharap tidak ada pihak yang memandang rendah terhadapnya setelah melakukan keputusan untuk bercerai. Tambah Shila, ini merupakan jalan terakhir buatnya setelah bertahun mencuba untuk memperbaiki hubungan dengan suami. Sebagai manusia biasa, Shila yakin semua orang mahukan kebahagiaan termasuk dirinya sendiri.

Sha jarang sekali mengendahkan hati sendiri. Ramai yg tanya kenapa sha pilih Jalan ini? Percayalah, ini adalah jalan yang terakhir, dah bertahun sha cuba. Semua orang nak bahagia. Sha pun manusia biasa.

Bukan perkara mudah

Menerusi posting di Instagram, Shila turut memberi pesanan kepada para ibu di luar sana agar jangan takut untuk melakukan sesuatu keputusan. Jelasnya, menjaga anak tatkala perasaan diri sendiri terdera merupakan suatu tindakan yang tidak baik untuk tumbesaran anak.

Sha cuma nak cakap kepada ibu-ibu dulu kat luar sana supaya jangan takut. Ramai yang suruh ibu atau bapa bertahan dalam perkahwinan demi anak-anak. Tapi, ianya bukan perkara mudah. Bila kita nak jaga anak dengan perasaan diri terdera, bukanlah satu environment yang sihat untuk tumbesaran anak.

Di akhir posting tersebut, Shila memberi ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan terhadapnya.

Sumber: Shila Amzah

Viewing all 34778 articles
Browse latest View live