Quantcast
Channel: OHBULAN!
Viewing all 34806 articles
Browse latest View live

Malaysia Masuki Fasa Endemik Bermula 1 April, Pintu Sempadan Dibuka Sepenuhnya

$
0
0

Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri menerusi sidang media khas sebentar tadi, memaklumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan endemik bermula 1 April ini.

Masuk fasa peralihan endemik

Bermula 1 April pemakaian pelitup (face mask), pendaftaran MySejahtera masih diwajibkan dan had waktu operasi bagi premis dimansuhkan (mengikut lesen). Bukan itu sahaja, tiada lagi had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti berkumpulan namun penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan untuk dipraktikkan oleh orang awam.

Menerusi sidang media itu juga, Ismail menjelaskan solat jemaah di masjid atau pun di surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. Selain daripada itu, pintu sempadan negara juga akan dibuka semula bermula 1 April ini.

Bagi mereka yang sudah lengkap divaksin tidak perlu lagi menjalani kuarantin dan hanya perlu melakukan ujian polymerase chain reaction (PCR) sebelum berlepas dan ujian kit pantas (RTK) sebaik tiba.

Individu yang disyaki atau disahkan positif Covid-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Patuh Cakap Ibu, Abang Tangmo Tarik Diri Dari Cari Kebenaran Untuk Keadilan

$
0
0

Biarpun sudah lebih 10 hari pelakon Thailand terkenal, Tangmo Nida ditemui terapung dipercayai lemas namun misteri kematian beliau belum lagi terbongkar.

Sebelum ini kecoh apabila ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin membuat keputusan untuk memaafkan dua individu yang menjadi punca kematian dan mengambil wang pampasan bernilai 30 juta BHT (RM3.8 juta).

Artikel Berkaitan: Enggan Ditemu Bual Media & Tak Kisah Bab Duit, Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Barang Kenangan – ‘Bird Ambil Bantal, Patung & Kucing’

Tak nak masuk campur

@utexganu #justicefortangmo ? ????????????????????? – AnAn (??????)

Terbaru, abang Tangmo pula yang tarik diri daripada membela nasib adik tersayang. Peguam Tumm Sittra menyatakan dia mendapat berita yang Khun Dayos tiba-tiba enggan libatkan diri dalam mencari kebenaran apa yang terjadi pada malam 26 Februari.

Sangat berbeza pendirian Khun Dayos kerana dia pada mulanya ingin menegakkan keadilan sehinggakan sanggup ‘melawan’ ibunya dengan melantik peguam yang berbeza untuk menyelesaikan kes ini.

Bagaimanapun, atas dasar ikatan keluarga, Khun Dayos membuat keputusan untuk ‘tunduk’ dengan ibunya.

Ibu suruh peguam berhenti siasat

@lyariss4 Betul lah MONEY IS KING!!!!!!!!!! #tangmonida ? bunyi asal – Cikputerimisha? GSTT?

Sementara itu, Panida turut menghantar sepucuk surat peringatan kepada Peguam Tumm supaya tidak lagi mencampuri kes anaknya itu kerana dia hanya mempunyai seorang peguam iaitu Kritsana.

Sekarang, saya cuma ada seorang peguam sahaja iaitu Kritsana. Saya tak izinkan peguam lain masuk campur. Lagipun siasatan polis sudah berjalan. General polis juga dah berikan saya nasihat dan saranan.

Saya letakkan kepercayaan pada ketelusan pihak polis melaksanakan kerja mereka. Saya tidak mempertikaikan atau berikan tekanan kepada siasatan yang sedang berjalan. Saya biarkan mereka buat kerja mereka. Saya merayu pada Peguam Tumm, jangan terlibat lagi dalam mana-mana hal berkaitan isu Mo. Saya tak lantik Tumm sebagai peguam.

Peguam Tumm ketika ditemui media berkata dia melakukan siasatan tersebut untuk keadilan Tangmo bukan demi wang ringgit.

Dalam hantaran terbaru di Facebook, Peguam Tumm mengakui kecewa dengan sikap Khun Dayos yang sekadar hangat-hangat tahi ayam dalam membongkar teka-teki ini.

Lebih daripada kecewa sebab kena game dengan abang Tangmo. Ingatkan betul nak fight untuk adik tapi lain yang jadi.

Untuk hari ini saya minta rehat dan tak akan bagi update apa-apa. Bagi saya kumpul semangat dan akan terus fight atas kematian Tangmo.

Menerusi laporan media tempatan, pihak polis Thailand memaklumkan setakat ini kematian tersebut adalah berpunca daripada kemalangan sehingga siasatan selesai.

Untuk rekod, mayat Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas. Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Sumber: Khaosod Online, TikTok @utex ganu, @Ecaa

Tak Bagi Keterangan & Terus Masuk Hospital Sebab Darah Tinggi, Pemandu Bot Tak Nak Bagi Rambut Untuk DNA?

$
0
0

Sebelum ini, media Thailand melaporkan kesemua saksi yang menaiki bot bersama mendiang Tangmo Nida telah dipanggil oleh polis untuk membantu siasatan. Namun setiap saksi iaitu Idsarin Juthasuksawat (Kratik), Wisapat Manomairat (San), Nitas Kiratisoothisathorn (Job), pemilik bot Tanupat Lerttaweewit (Por) dan pemandu bot, Phaiboon Trikanjananun (Robert) dipercayai memberi keterangan palsu.

Artikel Berkaitan: Jumpa Bukti CCTV Pelakon Thailand ‘Ditolak’ & Bot ‘Sebenar’ Ditemui, Pengurus ‘Jual’ Tangmo Nida Sebab Duit?

Artikel Berkaitan: Enggan Ditemu Bual Media & Tak Kisah Bab Duit, Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Barang Kenangan – ‘Bird Ambil Bantal, Patung & Kucing’

Artikel Berkaitan: Ibu Tangmo Nida Minta Bedah Siasat Dilakukan Semula, Pengurus Dedah Bukti Video Rakaman Suara Bergelut Atas Bot

Elak bagi ‘sample’ rambut

Menurut sumber, salah seorang lagi individu yang seakan mengelak daripada memberi keterangan adalah pemandu bot laju iaitu Phaiboon Trikanjananun atau lebih dikenali dengan nama Robert. Difahamkan, Robert tidak terus memberi keterangan selepas insiden tersebut kerana dipercayai dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi dan hypertension.

Bukan itu sahaja, dia juga langsung tidak menghadirkan diri ketika pihak polis menjalankan sesi lakonan semula adegan Tangmo Nida tercampak dari bot sebelum terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya sehingga meragut nyawa pelakon terkenal itu. Tetapi apa yang lebih mencurigakan apabila Robert sekali lagi cuba mengelak apabila pihak polis meminta sample rambutnya untuk tujuan DNA.

Gaya rambut tak sama

Bukan itu sahaja, netizen juga tertanya-tanya adakah Robert individu yang sama berada di dalam bot bersama Tangmo Nida atau sebaliknya. Hal ini kerana, mereka melihat gaya rambut Robert ketika di dalam bot dan ketika berjumpa dengan ibu Tangmo agak berbeza dengan gambar yang viral di media sosial. Menjawab persoalan itu, Robert mendakwa bahawa pada tahun lalu dia telah melakukan rawatan tanam rambut (hair transplant). Spekulasi mendakwa kemungkinan gambar tersebut adalah gambar Robert yang terdahulu.

Menurut sumber, Robert merupakan CEO dan pengasas sebuah syarikat teknologi di Thailand yang berasaskan pemasaran dan menyediakan perkhidmatan komunikasi atas talian.

Untuk rekod, Phaiboon Trikanjananun (Robert) dan pemilik bot iaitu Tanupat Lerttaweewit (Por) telah mendapat kemaafan daripada ibu mendiang Tangmo Nida selepas mereka menawarkan wang pampasan berjumlah 30 juta baht (sekitar RM3.8 juta) kepada wanita itu.

Sumber: The Thaiger,Bangkok Bizz News, TNews

Diva AA Enggan Dedah Punca Digugurkan Dari Mengacara Program Mic On! –‘Sudahlah Bayar Ciput, Saya Tak Hadap’

$
0
0

Pihak pengurusan stesen televisyen Awesome TV mengambil keputusan menggugurkan nama pengacara, Azwan Ali atau Diva AA daripada mengacara program realiti, Mic On! berkuat kuasa serta-merta bermula semalam. Apabila disoal mengapa namanya digugurkan, Azwan Ali enggan mendedahkan punca.

‘Penonton tengok Mic On sebab saya’

Semalam, pihak penyiar Awesome TV membuat keputusan menggugurkan pengacara sensasi itu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas, pihak Awesome TV tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang hal berkaitan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada dalam kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terlibat dengan program-program terbitan pihak penyiar.

Pihak Awesome TV tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian. Tindakan keras akan diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran integriti prinsip tersebut.

Memetik laporan Metro, Azwan Ali ketika dihubungi berkata persoalan tentang sebab sebenar mengapa dia digugurkan itu sebagai pengacara program realiti itu sepatutnya diajukan kepada pihak pengurusan Awesome TV yang mengambil keputusan tersebut.

Mereka boleh cakap apa saja, dipersilakan. Allah Maha Berkuasa. Tunggu sajalah nasib mereka, karma itu pasti ada.

Saya tak rasa apapun, malah saya tetap kaya-raya dan disambar sana-sini oleh pihak produksi. Saya tak hairan dan tak hadap sebenarnya tawaran ‘ciput’ ini, tapi saya buat demi peminat.

Mereka boleh pertahankan kru dan wakil pengurusan, tapi saya juga ada prinsip hidup sendiri. Jangan main-main dengan saya.

Menurut Azwan, dia berjaya menarik penonton bagi program realiti tersebut, dan berharap pihak penyiar tidak sesekali mempergunakan orang sesuka hati dan menyelesaikan hutang mereka secepat mungkin.

Bayar hutang saya sebelum saya buat laporan polis. Sudahlah bayar ‘ciput’. Jangan sesekali menggelupur mempergunakan orang, saya tak hadap. Penonton tengok Mic On sebab saya. Jangan nak kurang ajar dengan saya. Mereka ingat mereka besar sangat. Mereka aniaya saya, tunggu karma yang bakal menanti.

Ada benda kurang ajar sudah berlaku. Jangan tanya saya, tapi tanya kepada mereka apa benda kurang ajar yang saya dakwa sudah berlaku dalam pengurusan Awesome TV. Saya takkan dedahkan tapi suruh mereka keluarkan kenyataan media.

Saya bila-bila masa boleh ke balai polis dan menggunakan khidmat peguam saya. Selagi hutang saya tak bayar jangan terkejut kalau ini jadi kes polis.

Sumber: Harian Metro

Aaron Aziz Minta Netizen Henti Kongsi Video ‘Aib’ Kak Long –‘Kasihan Anaknya, Nanti Nak Pergi Sekolah Malu…’

$
0
0

Kisah seorang wanita mengamuk berikutan anak lelakinya dituduh mencuri di kedai serbaneka turut mendapat perhatian pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Aaron meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan video tersebut yang secara tidak langsung akan memberi kesan emosi kepada kanak-kanak itu.

Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf Dengan Pekerja Kedai Serbaneka, ‘Kak Long’ Minta Netizen Henti Sebar Video – ‘Maruah Saya Dah Tercalar’

Artikel Berkaitan: Anak Dituduh Mencuri, Wanita ‘Mengamuk’ Serang Pekerja – ‘Mu Fitnah Anak Aku?’

Minta henti sebar video

Ujar pemilik nama Aaron Mustapha bin Aziz individu yang dikenali sebagai Wan Nor Baizura Bharudin (Kak Long) telah tampil memohon maaf berikutan tindakannya yang dikatakan keterlaluan.

Di sini, saya minta jasa baik netizen semua untuk berhentilah memuat naik semula (repost) mengenai Kak Long 7E. Dia pun dah minta maaf dan pasti menyesal.

Aaron pada masa yang sama turut bersimpati jika anak kepada wanita ini diejek di sekolah berikutan video yang telah viral sebelum ini. Pelakon utama KL Gangster ini juga menjelaskan tiada manusia yang sempurna dan masing-masing mempunyai kekurangan yang tersendiri.

Kasihan anaknya, nanti nak pergi sekolah malu diejek atau apa. Kita doakan yang baik-baik saja. Cerita dah habis, jadi biarlah mereka sekeluarga tenang. Saya pasti dia sudah belajar dan menerima pengajarannya.

Terdahulu video seorang wanita mengamuk di sebuah kedai serbaneka viral di media sosial dan menerima kecaman yang hebat daripada wargamaya. Dia bagaimanapun tampil memohon maaf kepada pekerja kedai berkenaan bagi menjernihkan keadaan.

Sumber: Aaron Aziz

Ini 6 Mitos Tentang Kesihatan Gusi Yang Buat Ramai Orang Salah Faham!

$
0
0

Masalah kesihatan gusi boleh dikatakan kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia.

Jika sakit gusi tidak dirawat ianya mungkin boleh mengakibatkan kehilangan gigi tau! Haa.. tak nak lah sampai kena guna gigi palsu pulak kan? Fakta tentang gusi ni banyak tapi banyak juga mitos-mitos yang buat ramai orang salah faham.

Jom tengok apa antara mitos-mitos yang selalu diperkatakan tu!

1. Orang tua je alami gusi berdarah

Tidak sama sekali! Tetapi apabila bertambah usia risiko untuk mengalami masalah gusi juga akan meningkat.

Sebenarnya terdapat banyak faktor boleh sehingga mempengaruhi masalah seumpama ini. Sama ada perubahan hormon, kurang pegambilan nutrien atau tidak menggunakan alatan oral yang bersesuaian. Malah, faktor utama masalah ni sebenarnya adalah kerana pengabaian penjagaan oral.

2. Tak ada masalah gigi, tak payahlah jumpa doktor gigi!

Mengaku jelah memang ramai yang tak akan jumpa dentist selagi korang tak ada masalah gigi kan? Seeloknya korang kena datang janji temu pemeriksaan gigi yang ditetapkan.

Korang mungkin tak ada rasa sebarang sakit tapi dengan pemeriksaan tersebut, doktor gigi korang boleh kesan lebih awal kalau ada tanda masalah gusi bagi mengelakkan benda tu jadi lagi teruk!

3. Memberus gigi dengan kuat supaya lebih bersih

‘Bristles’ pada berus gigi direka khas untuk menanggalkan plak dan bakteria bukan untuk korang sental gigi sebab kononnya nak gigi yang lebih bersih dan putih ya..

Sekiranya korang terus memberus gigi secara agresif ia boleh menyebabkan lapisan enamel menipis, seterusnya mendedahkan lapisan dentin pada gigi. Gusi korang juga berisiko untuk menyusut dan terjadi pendedahan akar gigi yang lembut.

4. Gigi putih maknanya sihat lah tu!

Gigi yang terlihat putih tak bermaksud ianya sihat dan kuat sebab gigi korang mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda masalah pereputan kerana ianya tersorok, boleh jadi di dalam gusi ataupun di kawasan belakang gigi.

Sebab tulah penting untuk korang sentiasa tepati janji temu dengan doktor gigi agar dorang boleh buat pemeriksaan berkala dan tentukan tahap kesihatan oral korang.

Ingat, tak kisah lah gigi korang putih atau tidak yang penting korang ada gusi yang sihat!

5. Gula-gula getah sama berkesan seperti memberus gigi

Mengunyah gula-gula getah bebas gula dalam masa 20 minit selepasa makan membantu mencegah masalah pereputan gigi. Tapi ianya masih tidak seberkesan korang memberus gigi tau.

Gula-gula getah adalah pilihan pantas untuk korang yang perlukan nafas segar ketika melakukan aktiviti luar tetapi tidak bermakna ia boleh menggantikan rutin memberus gigi korang.

6. Gusi berdarah bukan perkara serius

Ramai dari kita selalu tak endah pun kalau gusi berdarah, kita anggap benda tu macam biasa je. Tapi sebenarnya tidak! Gusi berdarah ketika memberus gigi adalah tanda awal korang sedang mengalami masalah gusi.

Gejala awal masalah gusi sebenarnya boleh diselesaikan dengan rawatan yang betul dan penjagaan oral harian yang baik!

Jadi suka untuk kami ingatkan sekali lagi supaya jangan lupa untuk sentiasa lakukan pemeriksaan di klinik gigi walaupun korang rasa gigi korang tu tak ada masalah dan kalau korang sendiri terasa ragu-ragu dengan sebarang masalah oral terus je dapatkan nasihat dari pakar okay!

Cuba parodontax sebagai salah satu rutin penjagaan oral harian!

Tak tahu macam mana nak mulakan penjagaan oral yang baik? Jom mula dengan guna ubat gigi parodontax!

Mengandungi 67% garam mineral sebagai salah satu bahan utama, ubat gigi ini membantu menghentikan dan mencegah masalah gusi serta  pembentukkan bakteria. Ingat gigi yang sihat bermula dengan gusi yang sihat!

Lazada atau Shopee pun ada!

parodontax boleh didapati di rangkaian pasaraya dan farmasi terpilih tapi kalau nak senang apa kata korang beli online je dekat Lazada atau Shopee.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk parodontax korang boleh ke laman web rasmi mereka di SINI.

MAL17055003XC Ini adalah Iklan Produk Ubat KKLIU: 0556/2022 Tarikh Tamat Tempoh: 31 Disember 2024. Cap dagangan adalah dimiliki oleh atau dilesenkan kepada kumpulan Syarikat GSK. PM-MY-PAD-22-00002

Masak Pukul 5 Pagi Nak Bawak Bekal, Wanita Tergamam Kena Tampar Dengan ‘Housemate’

$
0
0

Nasib malang menimpa seorang wanita apabila dia ditampar oleh rakan serumah akibat memasak pada pukul 5 pagi!

Rakan serumah ada ‘anxiety’

Gambar sekadar hiasan

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan Vestene Wong di laman Facebook, dia mendakwa telah ditampar seorang rakan serumah yang mendakwa Vestene telah mengganggu waktu tidurnya apabila memasak awal pagi. Menurut Vestene, dia dan rakannya yang lain telah merancang untuk pergi mendaki, justeru dia bangun lebih awal pada hari tersebut untuk menyediakan makanan.

Tidak lama kemudian, wanita tersebut berjalan masuk ke kawasan dapur, berkata sesuatu sebelum bertindak menampar dirinya. Selain itu, wanita tersebut turut memarahinya dengan kata-kata kesat dan mempersoal mengapa perkakas dapur tidak dibawa ke ruang tamu untuk memasak.

Akibat tindakan rakan serumah itu yang dianggap keterlaluan, Vestene telah membuat laporan polis. Namun, ketika wanita itu disoal, dia dengan selamba memberikan alasan bahawa dirinya menderita anxiety tahap ringan dan perlu banyak berehat sambil menunjukkan ubat-ubatan yang diambil.

Difahamkan, Vestene masih lagi tinggal di dalam rumah yang sama namun masih trauma dengan peristiwa yang menimpa dirinya.

Video

Sumber: Vestene Wong

Hampir Ragut Nyawa, Shima Anuar Hilang 2.5 Liter Darah –‘Kena Potong Di Tempat Bersalin Dulu ..’

$
0
0

Pada Ahad lalu, pelakon Shima Anuar terpaksa menjalani pembedahan menggugurkan kandungan selepas disahkan hamil luar rahim.

Artikel Berkaitan: Hamil Luar Rahim, Shima Anuar Terpaksa Jalani Pembedahan – ‘Saya Hilang Banyak Darah & Anak Dalam Kandungan ..’

Memang sakit sangat

Bercerita pengalaman ngeri, Shima, 30, mendedahkan dia hampir kehilangan nyawa selepas kehilangan 2.5 liter darah.

Disebabkan hilang banyak darah, wajahnya bertukar menjadi putih dan pucat selain dia tidak boleh bergerak langsung sejurus selepas pembedahan.

Doktor cakap, saya hampir kehilangan nyawa. Saya mengalami kekurangan darah sehingga 2.5 liter. Tekanan darah saya 60/30 dan wajah saya kelihatan sangat putih dan pucat.

Tetapi saya sangat berterima kasih pada Dr. Susanna yang merawat. Ia adalah satu pengalaman yang mengerikan, memang sakit sangat-sangat.

Pengalaman itu satu mimpi ngeri dan sangat menakutkan sehingga saya tidak boleh bercakap atau bergerak langsung. Selepas menjalani pembedahan, saya tidak dapat memberikan sebarang maklum balas sehingga ditempatkan di ICU.

Anggap sebagai ujian

Dalam pada itu, pemilik nama Noor Hashimah Anuar berkata dia tidak terfikir prosedur menggugurkan kandungan di luar rahim mampu meragut nyawa ibu hamil.

Biarpun tidak ada rezeki untuk menimang cahaya mata ketiga, pelakon filem Highland Towers bersyukur dia masih selamat dan anggap kehilangan ini sebagai ujian untuk dia.

Saya sendiri tidak menyangka membuang kandungan di luar rahim ini boleh membuatkan saya hampir kehilangan nyawa. Syukur semuanya sudah selamat, cuma terlalu sakit.

Kena potong di tempat pembedahan ketika bersalin dulu, cuma sakitnya lebih terasa lagi. Saya anggap ini sebagai ujian dan saya reda dengan ketentuan-Nya.

Untuk rekod, Shima berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha, 54, pada 8 April 2017. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2.

Sumber: Instagram @shimaanuar


Lelaki Cekik Teman Wanita Sampai Mati, Bawa Mayat Naik Motor Sebelum Buang Dalam Semak

$
0
0

Foto: Tribun News

Malang nasib menimpa seorang gadis dikenali sebagai Rizna Apriliandhiny berasal dari Cileunyi, Kabupaten Bandung, Indonesia selepas dipercayai dibunuh oleh kekasihnya sendiri.

Apa yang lebih menyedihkan apabila mayat mangsa ditemui di dalam semak yang terletak di Jalan Cisaranten Kulon III, Kecamatan Arcamanik, Kota Bandung pada Khamis (3/3/2022) pagi.

Dibunuh kekasih sendiri

Memetik laporan media tempatan, pihak polis telah menahan dua suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut dan mangsa dipercayai sempat diajak menginap di hotel sebelum berlakunya peristiwa hitam itu.

Ya, alhamdulillah, kami telah menangkap seorang (pembunuh) dibantu lelaki lain untuk melupuskan mayat mangsa.

Ujar Ketua Polis Bandung, Kombes Pol Aswin Sipayung, suspek yang ditahan masing-masing berusia 33 (DG) dan 25 tahun (DP). Hasil soal siasat mendapati DG mengaku sebagai kekasih mangsa dan kedua-dua supek mengenali antara satu sama lain.

Bercerita lebih lanjut, sebelum dibunuh mangsa pernah menginap hotel bersama suspek di sebuah hotel di kawasan Bandung. Namun berlakunya pertengkaran antara mereka berdua sebelum suspek bertindak mencekik leher mangsa sehingga meninggal dunia.

Daripada hasil bedah siasat, mangsa mati dicekik. Kerana hasil (bedah siasat) mangsa mati sesak nafas.

Bawa mayat naik motosikal

Sekadar gambar hiasan

Apa yang lebih mengejutkan, apabila suspek didakwa membawa mayat mangsa menggunakan motosikal dan sempat membuat panggilan kepada rakannya berikutan panik ketika itu.

Atas nasihat yang diberikan, suspek dikatakan membawa ‘mangsa’ menaiki motosikal dan sempat berpusing-pusing bagi mencari tempat yang sesuai yang membuang mayat tersebut.

Mereka sempat berpusing-pusing menaiki motosikal, menaiki tiga orang bersama mangsa yang maut. Setibanya di lokasi (Arcamanik), pelaku akhirnya membuang mayat itu.

Sumber: Tribun News

[VIDEO] Punya ‘Layan’ Main Telefon Sampai Tak Sedar Isteri Jatuh Tersungkur

$
0
0

Keterujaan sepasang pengantin dibawa berarak menaiki tandu (sejenis kenderaan tanpa roda dibawa tenaga buruh untuk mengangkut manusia) bertukar satu mimpi ngeri yang mungkin tidak dapat dilupakan seumur hidup selepas pengantin perempuan terjatuh.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Berjoget Sakan Atas Pentas Dengan Perempuan Cantik, Isteri Geram Baling Kasut

Pengantin terjatuh pula…

Ditonton hampir tiga juta kali di laman TikTok, video dikongsi seorang lelaki dikenali sebagai Herusuyanto1962 memaparkan seorang pengantin perempuan yang terjatuh ke atas jalan raya ketika sedang berarak. Menerusi video pendek dikongsi, pengantin lelaki dilihat begitu ‘asyik’ dengan telefon bimbitnya dan dipercayai merakam momen-momen tersebut di atas kenderaan berkenaan.

Namun secara tiba-tiba pengantin perempuan dilihat gagal mengawal keseimbangan badan ketika tandu itu membelok dan menyebababkan dia terjatuh ke atas jalan raya. Si suami ketika itu tidak sempat menarik tangan isterinya berikutan tangannya masih memegang telefon bimbit.

Bagaimanapun terdapat individu yang lain tampil membantu pengantin perempuan itu sebelum pengantin lelaki turun ke bawah bagi memeriksa keadaan isterinya. Difahamkan, pengantin tersebut berpakaian mengikut adat Jawa dan kejadian ini dipercayai berlaku di negara jiran, Indonesia.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan si suami yang terlampau ‘asyik’ dengan telefon bimbit dan tidak sedar dengan keadaan sekeliling.

Video penuh:

@herusuyanto1962Musibah# selamat#? suara asli – herusuyanto1962

Respon netizen

Sumber: Herusuyanto1962

Gagal Bayar Hutang, Pengurus Durjana Ajak Isteri Orang Buat Seks Sebagai ‘Ganti’

$
0
0

Sekadar gambar hiasan

Seorang pengurus koperasi di Sumbawa, Indonesia didakwa meminta melakukan hubungan seks bersama seorang wanita yang dipercayai gagal membayar hutang.

Sebagai pulangan, wanita yang berstatus isteri orang terpaksa melayan nafsu serakah lelaki ini. Tindakan keji ini berjaya dihidu oleh pihak polis selepas satu serbuan dibuat di sebuah hotel semalam (8/3/2022).

Seks sebagai pulangan

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Kompas, ketika serbuan dibuat pihak polis berjaya menjumpai dua pasangan bukan muhrim berada dalam dua bilik yang berbeza.

Ujar Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam Sumbawa, Sahabuddin ketika serbuan dilakukan seorang pengurus JP (25) dan seorang wanita EK (32) berada di dalam bilik berkenaan. Hasil soal siasat yang dijalankan wanita berkenaan dipercayai gagal membayar hutang pinjaman koperasi.

EK tidak mampu membayar dan pengurus meminta bertemu di TKP untuk melakukan hubungan seks.

Terdapat mangsa lain juga

Sekadar gambar hiasan

Bercerita lebih lanjut, pihak polis mengesyaki terdapat mangsa lain berikutan bukti yang dijumpai di dalam telefon bimbit milik lelaki berkenaan. Difahamkan serbuan tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang disampaikan orang ramai.

Kami mengesyaki ada mangsa lain, kerana banyak gambar dalam telefon bimbitnya dan perbualan dengan wanita lain.

Sumber: Kompas

Dianiayai Kawan Baik Sendiri Seakan Tangmo, Suspek Pembunuhan Siti Nur Surya Mengaku Tak Bersalah

$
0
0

Dua tahun lepas, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kes pembunuhan yang melibatkan seorang gadis iaitu Allahyarhamah Siti Nur Surya yang dijumpai mati dibunuh dalam kejadian samun. Kejadian ngeri itu berlaku di Kampung Lubok Batu, Telemong, Terengganu.

Artikel berkaitan : Tak Mampu Buat Apa-Apa, Ibu Hidap Kanser Otak Saksi Anak Perempuan Dibunuh Penyamun

Artikel berkaitan : Rancang Kahwin Tahun Depan, Bakal Tunang Mangsa Bunuh Kongsi Mesej Terakhir Sebelum Kejadian

Artikel berkaitan : ‘Semoga Syurga Tempat Awok’ – Sebak! Bakal Tunang Kongsi Video Kenangan Terakhir Bersama Arwah Surya

Namun begitu, hasil siasatan mendapati dalang utama bagi kes yang meragut nyawa remaja berusia 19 tahun itu adalah rakan karibnya sendiri.

Kes pembunuhan Siti Nur Surya sama dengan Tangmo?

Namun siapa sangka, kes berkenaan hampir serupa dengan insiden yang melibatkan selebriti terkenal Thailand, Tangmo Nida yang didakwa dikhianati oleh kawan sendiri sehingga sanggup ‘menjual’ Tangmo kepada seorang orang kaya yang berpangkat VVIP tanpa pengetahuan artis tersebut.

Menerusi laporan Sinar Harian, punca suspek yang dikenali sebagai Siti Nur Athirah nekad untuk membunuh mangsa adalah kerana tidak berpuas hati dengan kata mengata dan sindir menyindir sebelum ini.

Menurut Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, pada awalnya suspek datang ke balai polis ditemani ibunya untuk membantu siasatan, namun hasil keterangan remaja terbabit didapati mencurigakan.

Hasil pendedahan, suspek memaklumkan dia pergi ke rumah mangsa kira-kira jam 9 pagi dan bersembang di ruang tamu sebelum berlaku perselisihan faham sehingga tercetusnya pergelutan di antara mereka.

Suspek kemudian mengambil sebilah pisau yang ada di ruang tamu sebelum mencederakan mangsa dalam pergelutan itu.

Dalam pada itu, pihak polis turut memaklumkan bahawa mereka menemui beberapa barangan yang diambil daripada rumah mangsa termasuk peralatan solek dan wang tunai. Hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan di bahagian tubuhnya.

Mengaku tak bersalah

Walau bagaimanapun, suspek dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu atas pertuduhan membunuh rakan karibnya pada dua tahun lalu.

Gadis berusia 21 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik sahaja kertas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.

Susulan daripada itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika didapati bersalah.

Terdahulu, mayat Siti Nur Surya ditemui mati berlumuran darah di ruang tamu oleh adik bongsunya sewaktu pulang dari sekolah.

Sumber : Kosmo, Sinar Harian, Berita Harian

Kawan Rapat Dedah Tangmo Tak Buat Servis Layan Nafsu Lelaki, Polis Jangka Tutup Kes Jumaat Ini

$
0
0

Setiap hari ada sahaja bukti yang berkait rapat dengan kematian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida yang ditemui terapung dipercayai lemas di Sungai Chao Phraya. Media Thailand melaporkan seramai 71 orang telah memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: Ibu Tangmo Nida Minta Bedah Siasat Dilakukan Semula, Pengurus Dedah Bukti Video Rakaman Suara Bergelut Atas Bot

Artikel Berkaitan: Enggan Ditemu Bual Media & Tak Kisah Bab Duit, Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Barang Kenangan – ‘Bird Ambil Bantal, Patung & Kucing’

Artikel Berkaitan: Patuh Cakap Ibu, Abang Tangmo Tarik Diri Dari Cari Kebenaran Untuk Keadilan

Tangmo tak layan nafsu lelaki

Terbaru, rakan rapat Tangmo iaitu Nida, Anna dan Poodle Yuppadee hadir ke pejabat Wilayah Polis Wilayah 1 di Bangkok untuk memberikan kenyataan mereka kepada penyiasat.

Ketika ditemui media, Nida dan Anna menegaskan bahawa Tangmo tidak pernah mengambil dadah terlarang dan tidak pernah menerima bayaran untuk ‘melayan’ nafsu lelaki. Kata Anna, jika Tangmo menerima tawaran sedemikian, dia tidak akan mempunyai hutang.

Ditanya sama ada Tangmo telah ‘dipancing’ ke atas bot untuk dijadikan mangsa untuk menghiburkan seseorang, Anna menjawab;

Orang lain boleh memberikan jawapan itu kerana dia berurusan dengan Tangmo. Tangmo mempercayai orang itu dan tidak pernah bertanya butiran lain apa yang perlu dia lakukan.

Anna tidak menyebut nama individu itu, tetapi difahamkan dia merujuk kepada pengurus Tangmo, Idarin Jathusaksawat (Gatick).

Selain itu, Anna turut mencadangkan netizen untuk menyemak mengapa beberapa foto pada akaun Instagram Tangmo telah dipadam dan apakah komen di bawah foto tersebut.

Dalam pada itu, Anna menepis ada berlaku pertelingkahan antara dia dan ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin, kerana dia masih menghormati wanita itu.

Kes dijangka tutup Jumaat ini

Timbalan Ketua Wilayah Polis Wilayah 1, Pol Mej Jen Udom Yomcharoen berkata Ketua Polis Negara, Pol Jen Suwat Jangyosuk akan bertemu dengan penyiasat polis, pegawai forensik dan lain-lain untuk taklimat mengenai perkembangan kes itu.

Ia dijangka menjadi pertemuan terakhir. Ketua polis negara akan memberi garis panduan untuk menyelesaikan kes itu selepas penyiasat menyelesaikan semua keraguan. Penyiasat telah mengambil keterangan daripada 71 orang.

Sumber polis berkata penyiasat akan membuat kesimpulan bahawa Encik Tanupat dan Encik Phaiboon telah bertindak melulu sehinggakan menjadi penyebab kematian aktres itu. Siasatan itu dijangka selesai pada hari Jumaat.

Pol Jen Suwat sebelum ini berkata kematian aktres itu diklarifikasikan satu kemalangan berdasarkan daripada bukti.

Job bawa balik botol wain

Media Thailand melaporkan bahawa penyiasat polis mungkin mempertimbangkan untuk memfailkan pertuduhan terhadap salah seorang penumpang bot, Nitas Kiratisoothisathorn (Job) kerana didakwa membawa pulang sebotol wain dan membuang gelas wain ke dalam Sungai Chao Phraya pada malam tragedi itu.

Ada kemungkinan tindakannya akan dilihat sebagai membantu atau menyokong orang lain untuk menyembunyikan kesalahan. Wisapat Manomairat (San) mungkin menghadapi tuduhan seperti pemilik bot dan pemandu bot.

Ketika disoal siasat, mereka berlima nampaknya cuba menutup beberapa aspek. Penyiasat mungkin mendakwa mereka kerana memberi kenyataan palsu.

Terdahulu, Tangmo, 37, bersama lima orang lain menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya dari Jambatan Krung Thon di Bangkok ke Jambatan Rama VII di Nonthaburi. Dia terjatuh ke dalam sungai berhampiran jeti Pibul 1 di daerah Muang di wilayah Nonthaburi sekitar 10.40 malam pada 24 Februari lalu.

Sumber: Bangkok Post

Lelaki Dipenjara 3 Tahun Guna Duit Pinjaman Covid-19 Untuk Beli Kad Pokémon

$
0
0

Seorang lelaki di Georgia, Amerika Syarikat (AS) dikenakan hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah mendapatkan pinjaman bantuan Covid-19 secara haram, kemudian menggunakan sejumlah besar daripada pinjaman tersebut bagi membeli koleksi kad Pokémon.

Menipu demi kad Charizard

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan The Guardian, Vinath Oudomsine, 31 tahun menggunakan sebanyak AS$57,000 (RM238,277) daripada bantuan pinjaman itu untuk membeli koleksi kad Pokémon.

Vinath Oudomsine dari Dublin, Georgia, bersetuju untuk melucutkan kad dagangan yang mahal, yang memaparkan watak Pokémon Charizard, sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan, kata David Estes, Pemangku Peguam AS di daerah selatan Georgia, dalam satu kenyataan.

Oudomsine, mengaku bersalah atas satu pertuduhan melakukan penipuan kewangan melibatkan penggunaan telekomunikasi pada Oktober tahun lalu. Menurut pendakwa raya, Oudomsine menyerahkan maklumat palsu kepada Pentadbiran Perniagaan Kecil AS tahun lalu ketika memohon pinjaman bantuan Covid-19 untuk perniagaan ‘perkhidmatan hiburan’.

Jelasnya, lelaki itu berbohong mengenai jumlah pekerjanya serta pendapatan tahunan perniagaannya kemudian menerima pinjaman sebanyak AS$85,000 (RM355,326) dan menggunakan AS$57,789 (RM241,575) daripada wang pinjaman tersebut untuk membeli kad dagangan Pokémon.

Sumber: The Guardian

Dipecat Kerana Sudah ‘Menopaus’, Wanita Terima Pampasan RM114K

$
0
0

Hanya kerana didakwa sudah menopaus (putus haid), seorang wanita di Essex, London dipecat dari pekerjaan oleh majikan lelakinya serta diberi pampasan sebanyak 20,057.74 pound sterling (RM114,164).

Dipecat sebab bangkitkan isu keselamatan

Menerusi laporan BBC, wanita berkenaan dikenali sebagai Leigh Best dipecat sebagai pembantu jualan di kedai makanan haiwan peliharaan, Embark on Raw selepas membangkitkan isu keselamatan Covid-19.

Wanita berusia 54 tahun itu mendakwa bahawa dia diganggu oleh majikannya itu hanya kerana umur dan jantinanya sehingga menyebabkan dirinya berasa malu serta terhina.

Dalam pada itu, Tribunal pekerja di London Timur memutuskan wanita berkenaan diberikan pampasan sebanyak 20,057.74 pound sterling (RM114,164) termasuklah 680 pound sterling (RM3,870) untuk kehilangan gaji, 10,000 pound sterling (RM56,919) berhubung dengan kerugian menyalahi undang-undang dan 4,000 pound sterling (RM22,767) sebagai pampasan untuk gangguan serta penganiayaan.

‘Dia mesti menopaus’

Wanita berkenaan telah bekerja di syarikat tersebut dari 29 Januari hingga 11 Mei 2020 dan pengarah syarikat itu adalah sepasang suami isteri, David dan Andrea Fletcher.

Dalam pada itu, perbicaraan di tribunal mendengar Fletcher menjerit mengatakan wanita tersebut pasti sudah menopaus pada 20 Mac 2020 ketika bertengkar mengenai arahan keselamatan Covid-19.

Dia mesti menopaus.

Sumber : BBC


Promo Watsons Bulan Mac Lebih Gempak Dengan Beli 1, Percuma 1 & HUAWEI P50 Pro Untuk Dimenangi!

$
0
0

Sebut je Watsons, confirm terus teringat promo dan diskaun! Macam biasa, setiap bulan Watsons tak pernah jemu belanja korang dengan pelbagai potongan harga, promosi hebat dan faedah-faedah menarik!

Bulan ni pun tak kurang hebatnya, siap ada promosi Beli 1, Percuma 1, rebat segera dan korang juga berpeluang untuk menang smartphone HUAWEI serta banyak lagi hadiah menarik! Wow, bestnya!

Haa..cakap banyak pun tak guna, jom admin explain kat korang dengan lebih lanjut!

Beli 1, Percuma 1 bagi produk kecantikan dan kesihatan terpilih!

Promosi ni lah yang paling korang semua tunggu kan? Yelah, siapa tak suka benda percuma kan. Bayar untuk 1 barang, dapat pulak satu lagi secara PERCUMA. Jimat banyak!

Yang bestnya, promosi Beli 1 Percuma 1 ni adalah bagi barangan kosmetik, kesihatan, penjagaan diri dan produk penjagaan kulit. Memang heaven betul!

1. Barangan kosmetik

2. Produk kesihatan

3. Barangan penjagaan diri

4. Produk penjagaan kulit

Amacam? Memang best dan berbaloi-baloi gila kan! Jom dapatkan barang-barang ni secara online di sini. 

Bukan itu je tau, sekarang ni juga tengah ada trend makeup baru tau iaitu  “no make-up” makeup look, di mana teknik solekan tipis ini membuatkan korang seolah-olah tak pakai make-up pun. Bukan semua orang boleh buat tau.

Tapi buat korang yang suka sangat dengan “no make-up” makeup look ni, Watsons nak bantu korang achieve gaya makeup ni dengan produk penjagaan kulit dan kosmetik seperti di bawah ni!

Lagi best, kalau korang beli online, korang akan dapat lagi barangan PERCUMA tau. Nak tahu apa dia?

  • Kate Super Sharp Eyeliner Pencil dengan setiap pembelian bernilai RM80 ke atas bagi barangan kosmetik dan skincare facial masks
  • Ariul 7Days Mask 1’s dengan setiap pembelian bernilai RM50 ke atas bagi barangan kosmetik dan skincare facial masks
  • Untuk sebarang pembelian secara online, korang boleh klik sini.

Men’s fair

Bukan untuk barangan perempuan je, barangan lelaki pun tak terkecuali!

Yang bestnya, dengan setiap pembelian bernilai RM50 ke atas bagi produk yang terpilih, korang berpeluang untuk dapatkan rebat segera bernilai RM5!

Promosi ni juga adalah termasuk bagi pembelian di Watsons ataupun secara online.*

Selain itu, korang juga boleh nikmati promosi Purchase with Purchase (PWP) bagi Garnier Men Shampoo Colour 20 ml dan juga ekstra 30% bagi Bad Lab Hair Pomade 80g. Memang berbaloi-baloi gila!

Perghh..bertambah handsome dan macho la korang lepas ni. Untuk pembelian secara online, korang boleh klik sini. 

*Tertakluk terma dan syarat

Korang nak menang smartphone HUAWEI & hadiah menarik?

Apa yang korang perlu lakukan hanyalah:

1. Berbelanja minimum RM100 di mana-mana kedai Watsons (dalam satu resit)

2. Bayar menggunakan kad MyDebit ATM

3. Scan code untuk menghantar penyertaan. 1x penyertaan untuk pemegang kad debit, manakala, bagi ahli Watsons, korang layak untuk mendapat 2x penyertaan. Yeay!

Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah:

  • 160x mata ganjaran Watsons bernilai RM1,000
  • 28x HUAWEI P50 Pro
  • 18x HUAWEI FreeBuds Lipstick

Tarikh peraduan: 10 Februari – 4 April 2022

Klik sini untuk terma dan syarat-syarat peraduan.

Shopping online dengan Boost & bawa pulang hadiah menarik!

Eh..ada lagi. Kalau korang gemar shopping dan bayar menggunakan aplikasi Boost, inilah peluang korang untuk memenangi HUAWEI FreeBuds Lipstick dan mata ganjaran Watsons bernilai RM500!

Untuk menyertai, korang perlulah:

1. Berbelanja minimum RM100 (dalam satu resit)

2. Bayar menggunakan aplikasi Boost e-wallet dan hantar penyertaan korang

3. 1x penyertaan untuk pengguna aplikasi Boost, manakala, bagi ahli Watsons, korang layak untuk mendapat 2x penyertaan.

Tarikh peraduan: 10 Februari – 4 April 2022

Klik sini untuk terma dan syarat-syarat peraduan.

Jadi, apa lagi korang tunggu. Jomlah berbelanja di Watsons hari ini juga!

Gigi Hadid Jadi Tumpuan Netizen, Derma ‘Semua’ Gaji Dari Fashion Week 2022 Kepada Mangsa Perang

$
0
0

Sebut sahaja nama Gigi Hadid, korang mesti akan teringat gaya ‘catwalk’ yang selalu dilakukannya di dalam pentas peragaan. Bahkan, model terkenal ini akan sentiasa memeriahkan suasana Fashion Week setiap tahun.

Seperti baru-baru ini, Gigi tidak terkecuali melibatkan diri di pentas peragaan di kesemua empat buah ‘fashion capital’ untuk Fashion Week 2022 bagi musim luruh dan musim sejuk. Lebih mencuri tumpuan, Gigi dilaporkan menderma semua gajinya sepanjang acara tersebut.

Derma kepada siapa?

Di Instagram, model Amerika Syarikat yang juga kacukan Palestin itu menjadi bualan ramai kerana dia dilaporkan menderma semua gajinya sepanjang acara tersebut ‘Fashion Week’ itu berlangsung. Gigi mengumumkan bahawa kesemua hasil gajinya itu bakal didermakan kepada mangsa-mangsa perang pergolakan Ukraine-Rusia dan juga di Palestin.

Selain Gigi, Ashton Kutcher,Mila Kunis, Ryan Reynolds dan isteri, Blake Lively antara selebriti terkenal Hollywood yang dikhabarkan memberikan sumbangan wang ringgit bagi membantu mereka yang terkesan disebabkan isu ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gigi Hadid (@gigihadid)

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Gigi kerana mempunyai sifat pemurah. Netizen berharap usaha Gigi ini akan dicontohi oleh ramai model bagi membantu mereka yang terjejas akibat peperangan.

Sumber: Gigi Hadid

[VIDEO] Tersalah Masuk Tandas Wanita, Lelaki Takut Nak Keluar Tertidur Tunggu Tandas Kosong

$
0
0

Mungkin ada yang pernah berdepan dengan situasi yang memalukan atau mengaibkan  diri dalam hidup masing-masing seperti tersalah masuk tandas ketika berada di pusat membeli-belah.

Cuak tersalah masuk tandas

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Rizqin Daniel, berkongsi pengalaman yang tidak akan dilupakan olehnya apabila dia tersalah masuk ke dalam tandas wanita.

Korang tolong aku, aku tersalah masuk tandas. Tiba-tiba dengan suara perempuan pulak.

Ujarnya lagi, dia tidak sengaja memasuki dalam tandas terbabit kerana ikon pada papan tanda tandas berkenaan mencetuskan salah faham sehingga menyebabkan dia ‘terperangkap’ dalam tandas wanita.

Risau wanita akan menjerit jika dia keluar daripada tandas berkenaan, lelaki tersebut membuat keputusan untuk menunggu sehingga tiada siapa di dalam tandas berkenaan.

Aku dah tak larat dah nak tunggu orang tak ada. Aku tertidur. Baru perasan ada tong sampah for women.

Setelah menunggu lama untuk keluar, akhirnya lelaki terbabit berjaya ‘meloloskan diri’ daripada tandas berkenaan sehingga bateri telefon bimbitnya tinggal sedikit.

Aku dah keluar. Sorry muka barai. Thank you yang mana concern. Battery phone sikit bye.

‘Aku tertidur’

@rizqindanielSaya tak sengaja. Washroom icon dia confusing sangat . ???? original sound – Rizqin Daniel

@rizqindaniel Reply to @atinssss ? original sound – Rizqin Daniel

@rizqindaniel Reply to @alfnrazhr ? original sound – Rizqin Daniel

Sumber : rizqindaniel

Pasangan Kekasih Dikritik Buat ‘Content’ Solat Jemaah Guna Video Call

$
0
0

Di Instagram, viral sebuah video di mana pasangan kekasih sedang solat berjemaah bersama-sama secara ‘video call’. Menerusi video tersebut, seorang pendakwah yang dikenali sebagai Furqan Fawwaz tampil menegur tindakan pasangan tersebut.

Solat jemaah pakwe dan makwe?

Di dalam video tersebut, seorang lelaki yang memakai baju hijau sedang menunaikan solat sambil membuat panggilan video bersama kekasihnya. Lebih mencuri tumpuan, gadis yang memakai telekung tersebut turut solat bersama kekasihnya. Video yang hanya sempat dirakam beberapa saat itu menjadi perdebatan di kalangan netizen. Susulan daripada itu, saudara Furqan tampil dan memberi pandangan mengenai perbuatan pasangan tersebut.

Dalam keadaan hujan yang tak berhenti-henti, banjir sana sini korang berani buat macam ni. Ada orang Islam berani buat macam ni? Tak kisahlah negara mana yang buat content macam ni, tapi kita kena tegur sebab ini adalah solat penghubung antara kita dengan Allah.

Ujar Furqan, dia tidak kisah pasangan tersebut berasal dari negara mana. Sebagai umat Islam, Furqan menegaskan tindakan kekasih itu tidak wajar kerana solat merupakan penghubung antara manusia dengan Maha Pencipta. Tambah Furqan, mereka perlu memohon keampunan dan berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik ‘content’ sebegitu.

Solat itu adalah doa. Kita doa dekat Allah sebab nak jauh dari musibah yang kami tak mampu tanggung. Ini korang minta musibah datang buat content macam ni. View banyak. Kena tegur, risau anak kita bebas buat content demi nak kejar populariti. Moga Allah ampunkan kita semua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LembaranJuzukCinta (@furqanfawwaz)

Sumber: Furqan Fawwaz

Amalkan Zikir Fatimah, Dapat Meringankan Keletihan!

$
0
0

Satu amalan yang boleh diamalkan agar kita kekal bertenaga pada keesokan harinya iaitu zikir yang diajarkan Rasulullah kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya yang dikenali dgn ZIKIR FATIMAH melalui hadis Baginda SAW;

Dari ‘Ali bin Abi Thalib RA ketika menceritakan kisah Saidatina Fatimah RA binti Muhammad SAW. Suatu hari, Saidatina Fatimah RA mendatangi Nabi SAW untuk meminta diberi pembantu (hamba). Rasulullah SAW berkata kepada anaknya, Saidatina Fatimah RA,

“Mahukah kamu berdua jika aku tunjukkan kepada sesuatu yang lebih baik daripada seorang pembantu? Jika kamu berdua hendak tidur, ucapkanlah takbir 33 kali, tasbih 33 kali, dan tahmid 33 kali. Maka ini adalah lebih baik daripada seorang pembantu.” (HR Bukhari No: 3429)

Lagi mudah untuk amalkan Zikir Fatimah ini dengan Tasbih Vibrate pertama di Malaysia dari WASL Malaysia kerana ia akan bergetar setiap 33, 66 dan 99 kiraan. Fungsi getaran ini juga dapat membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan dan pendengaran untuk berzikir.

Tasbih inovatif, produk dari Saudi Arabia ini menggantikan tasbih manik yang terdiri dari 99 biji batuan yang melambangkan 99 Nama Allah. Paparan LED yang besar dan jelas memudahkan semua golongan untuk berzikir baik waktu siang dan malam.

Direka khas oleh pereka bentuk industrial dari United Kingdom, tasbih ini sangat moden, minimalis dan elegan. Tak perlu lagi segan atau malu untuk berzikir dengan tasbih WASL (disebut sebagai wassil yang bererti berhubung dengan Maha Pencipta dimana jua kita berada).

Getah yang elastik dan kemas di jari, membuatkan tasbih ini sangat sesuai untuk zikir “on-the-go” terutamanya ketika anda sedang dalam perjalanan ke tempat kerja, ketika menunggu dan sewaktu beriadah.

Kini boleh didapati di Malaysia dengan mudah. Jom dapatkan Tasbih Vibrate dari laman web WASL Malaysia di www.wasl.com.my dengan promosi “FREE POSTAGE WITHIN MALAYSIA” dan bagi yang ingin kongsi dengan keluarga dan rakan-rakan atau borong tasbih sebagai hadiah menjelang Ramadhan, dapatkan tasbih ini dengan serendah RM39 untuk 10 unit tasbih (harga biasa pada RM49 per unit).

Turut digunakan oleh ramai selebriti tempatan dan influencers antaranya Neelofa, Shiera Ijoy, Lah Ahmad, Zain Ruffedge, Dahlia Syazwan, Nabil & Zira, Bob Yusof AF, Inteam, Anas Tahir, Nur Khiriah, Saharul Ridzwan, Aliff Aziz, Elyana, Irma Hasmie, Dato’ Nash, Puan Seri Tiara Jacquelina, Dato’ Rizalman, Dato’ Ziela Jalil, Dato’ Fazley Yaacob, Datin Umie Aida, Zahiril Adzim, Kmy Kmo, Amar Asyraf dan Aidid Marcello.

 

Viewing all 34806 articles
Browse latest View live