Sebelum ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu berita yang menyayat hati apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Jahidah Nordin dipercayai dipukul sehingga koma oleh suaminya. Lebih teruk lagi apabila ketika itu wanita berkenaan dipercayai sedang hamil.
Artikel berkaitan : [VIDEO] Wanita Koma Dibelasah Suami, Anak Terus Berhenti Meragam Bila Letak Sebelah
Artikel berkaitan : Wanita Koma Dibelasah Suami Selamat Lahirkan Bayi Secara Czer
Artikel berkaitan : Mata Mula Berkelip-Kelip, Wanita Koma Dibelasah Suami Kini Sudah Separuh Sedar
Makin lemah selepas dijangkit Covid-19
Menerusi video yang dimuat naik oleh adiknya, Fauziah Nordin di TikTok, meluahkan rasa buntu dengan kesihatan kakaknya yang tidak menentu selepas disahkan positif Covid-19 pada minggu lalu.
Difahamkan, Jahidah sudah selesai menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari serta dipindahkan semula ke wad biasa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, Negeri Sembilan.
Doktor turut menghubunginya beberapa kali untuk memaklumkan keadaan kakaknya yang memerlukan proses bantuan penafasan (CPR) kerana badannya semakin lemah dan berisiko jantungnya terhenti.
Kali ke berapa doktor panggil lagi nak explain (terangkan) mengenai kakak. Dengan keadaan kakak macam tu, badan makin lemah. Risiko jantung berhenti.
Kalau terjadi keadaan lagi teruk, kami pun tak mengharapkan macam tu. Perlukan persetujuan waris untuk buat CPR. Tapi keadaan itu akan menyeksakan dia. Dia memang terlantar, banyak kesakitan yang dia lalui selama hampir setahun.
Risau dengan keadaan kakak
Dalam pada itu, Fauziah turut berasa risau dan sebak dengan keadaan kakaknya itu kerana dia tidak boleh meluahkan rasa kesakitannya akibat berada dalam keadaan koma.
Ya Allah, memang saya tak nak lagi seksa kakak tapi bila fikir Nufail, sebak rasa. Tak henti mengalir air mata.
Walau bagaimanapun, dia perlu berfikir secara positif kerana ingin menyedapkan hati dengan berharap bahawa Jahidah akan sembuh. Namun sampai bila kakaknya perlu hidup sedemikian.
Saya selalu fikir positif sebab mahu sedapkan hati yang kakak akan sembuh. Tapi bila fikirkan keadaan dia, sampai bila dia macam itu, hidup hanya di katil, otak rosak kekal, mungkin kalau saya di tempat kak Jahidah pun saya akan minta redakan untuk pergi. Apa yang harus aku buat ya Allah.
Terdahulu, Jahidah selamat melahirkan cahaya mata lelaki yang diberi nama J Eshan Nufail pada akhir November tahun lalu dengan kaedah emergency czer walaupun masih berada dalam keadaan koma.
‘Ya Allah saya tak nak lagi seksa kakak’
@ziahzara15 ?…….#mangsaderasuamidayus #braindamage #kakjahidah #EshanNufail ? Kiss the Rain – Richard Abel
Sumber : ziahzara15